You are on page 1of 1

Isikan tempat kosong dengan kata ganti nama diri yang sesuai.

1. Mustaqim tidak datang ke sekolah pada hari ini kerana ________ demam panas.
( dia, kamu , beliau )

2. "_________ akan belajar dengan bersungguh-sungguh," kata murid-murid Tahun


Lima Cemerlang kepada Cikgu Faizul. ( Mereka, Kami, Kita )

3. Guru besar sedang berucap di perhimpunan rasmi sekolah. ________ menasihati


murid-murid supaya tidak melanggar peraturan sekolah. ( Baginda, Dia, Beliau )

4. Murid-murid lelaki Tahun Enam Cemerlang sedang giat berlatih kerana __________
akan menyertai perlawanan bola sepak pada minggu hadapan. ( kami, dia, mereka )

5. " Jumpa _______ di bilik guru pada waktu rehat nanti," kata Cikgu Azhari kepada
Alif.( beta, aku, saya )

6. Jangan buka kertas soalan ini sebelum _______ arahkan," kata Cikgu Sarala kepada

murid-murid Tahun Lima Dahlia. ( kami, saya, dia)

7. "_______ berharap agar rakyat mengutamakan persekitaran yang bersih," titah


Sultan Iskandar. ( Saya, Beta, Baginda )

8. Cikgu Nazariah mengarahkan murid-murid_______ membawa kain buruk semasa


aktiviti gotong- royong esok. ( hamba, dia, nya )

9. " ________ akan pergi berburu petang esok," kata Tun Mamat kepada Hang Nadim.
( Kami, Saya, Hamba )

10. "Segala titah perintah _________ ( baginda , tuanku, kamu ) akan ________
( patik, saya, kamu ) laksanakan," kata Laksamana Hang Tuah kepada Sultan
Mahmod.

You might also like