You are on page 1of 9

BAHASA MELAYU TAHUN 5

AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK


AYAT TUNGGAL
Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu
subjek dan satu predikat sahaja.

1 subjek 1 predikat
Saya sakit
Rumah Ali cantik
Ahmad tidak pergi ke sekolah hari ini.


AYAT MAJMUK
Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi lebih
daripada satu subjek atau predikat yang
digabungkan dengan kata hubung.

Ayat majmuk Kata hubung Ayat tunggal
Suhaili suka makan nasi lemak dan mi
sup.
dan (a) Suhaili suka makan nasi lemak.
(b) Suhaili suka makan mi sup.
Rumah yang besar itu rumah Fazli. Yang (a) Rumah itu besar.
(b) Rumah itu rumah Fazli.
Dia memberitahu bahawa kakaknya
akan melanjutkan pelajaran ke luar
Negara.
bahawa (a) Dia memberitahu.
(b) Kakaknya akan melanjutkan
pelajaran ke luar Negara.
Dia akan balik ke kampong apabila ada
masa lapang.
Apabila (a) Dia akan balik ke kampung.
(b) Dia ada masa lapang.


Latihan
(A) Nyatakan sama ada ayat-ayat di bawah ayat tunggal
atau ayat majmuk.

1.Peserta yang pengsan itu bernama Sulaiman.
___________
2.Adik saya suka menonton rancangan
kartun.____________
3.Wanita yang berambut panjang itu ialah Cikgu Soon
_____________
4.Sakinah akan berasa kecewa jika dia gagal dalam
pertandingan itu. _____________
5. Encim Rahman sedang menyapu daun-daun
kering. ______________
6.Kucing itu mengiau kerana lapar.
______________
7.Cikgu Anita memakai baju batik hari.
______________
8.Mereka bertiga pergi ke kantin. ______________
9.Gopal masih mempunyai datuk dan
nenek.______________
10. Hartawan itu sangat kedekut._______________

(B) Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah dengan
kata hubung yang diberi supaya menjadi ayat
majmuk.

1. Ayah membaca surat khabar.
Ayah menonton televisyen. (sambil)
________________________________________
2. Hanita tinggal di Taman Aman.
Suresh tinggal di Taman Aman (dan)
_________________________________________
3. Amran melayari internet.
Amran mencari maklumat terbaru. (untuk)
_________________________________________
4. Kasut itu berwarna biru.
Kasut itu sangat mahal. (yang)
_________________________________________
5. Kami terkejut.
Kami terdengar bunyi letupan. (apabila)
_________________________________________
6. Halim kaya.
Halim kedekut. (tetapi)
_________________________________________

7. Murid itu mengetuk pintu.
Murid itu masuk ke dalam bilik darjah. (sebelum)
__________________________________________

8. Ibu memarahi adik.
Adik bermain di tepi longkang. (kerana)
__________________________________________
9. Asward tetap pergi ke kelas tuisyen.
Asward tidak sihat. ( walaupun)
__________________________________________

You might also like