You are on page 1of 3

Bil. Fail: ( 7 ) dlm PPS. 10/4/2 BUB Jld.

IBU PEJABAT JPS MALAYSIA

SURAT PEKELILING JPS BIL 3/2011

PENGGUNAAN BUKU HARIAN TAPAK BINA (SITE DIARY)

1.0 LATARBELAKANG

Tujuan utama penggunaan Buku Harian Tapak Bina adalah untuk merekodkan segala
aktiviti yang dijalankan setiap hari di tapak seperti bilangan pekerja di tapak, rekod
penggunaan logi dan jentera, bahan binaan yang diterima, ujian-ujian yang dijalankan dan
sebagainya. Ia juga boleh digunakan untuk merekod keadaan cuaca di tapak, arahan-
arahan yang dikeluarkan kepada kontraktor dan laporan pemeriksaan keselamatan.

Hasil penemuan semasa melaksanakan audit Anugerah Pengurusan Projek tahun 2010
yang telah dijalankan oleh Bahagian Audit Prestasi, terdapat banyak kelemahan dalam
penggunaan Buku Harian Tapak Bina di projek-projek Jabatan ini yang mana tahap
penggunaannya boleh dikategorikan sebagai sangat rendah dan tidak menyeluruh.

Ketiadaan Buku Harian Tapak Binaan yang merupakan sebagai salah satu dokumen
rujukan dan sokongan menyebabkan Jabatan sukar untuk menyelesaikan masalah
pentadbiran kontrak.


 
2.0 KEPENTINGAN PENGGUNAAN BUKU HARIAN TAPAK BINA

Catatan di dalam Buku Harian Tapak Bina amatlah penting dan mustahak sebagai rekod
untuk digunakan bagi perkara-perkara berikut:-

a) Membuat pertimbangan sama ada lanjutan masa layak diberikan kepada


Kontraktor.
b) Membuat penilaian terhadap Perubahan Harga Bahan Binaan (VOP).
c) Membuat penilaian terhadap Tuntutan yang dibuat oleh Kontraktor.
d) Mencari penyelesaian dalam pertikaian dengan Kontraktor.
e) Mencari penyelesaian dalam lain-lain masalah pentadbiran kontrak.
f) Memantapkan pelaksanaan pengurusan projek.

3.0 PANDUAN PENGGUNAAN BUKU HARIAN TAPAK BINA

Berikut adalah panduan penggunaan Buku Harian Tapak Bina:-

a) Arahan-arahan Untuk Penggunaan (yang terdapat di dalamnya) hendaklah


dipatuhi apabila mengisi Buku Harian Tapak Bina.

b) Buku Harian Tapak Bina hendaklah disimpan dengan selamat di pejabat tapak
bina mulai permulaan kerja hingga kerja siap dan seterusnya hendaklah disimpan
di pejabat Pegawai Penguasa sehingga ia boleh dilupuskan.

c) Pegawai-pegawai Penyelia Tapak bina adalah dipertanggungjawabkan bagi


menguruskan penggunaan, penjagaan dan penyimpanan Buku Harian Tapak Bina
dengan sempurna dan selamat.

d) Pengisian Buku Harian Tapak Bina merupakan tugas harian Pegawai Penyelia
Tapak. Pegawai Penyelia Tapak dan wakil Kontraktor yang berkenaan hendaklah
menyetujui dan menandatangani bersama catatan-catatan yang dibuat dalam Buku
Harian setiap hari. Wakil Kontraktor hendaklah dilantik secara bertulis oleh
Kontraktor dan dimaklumkan kepada Pegawai Penguasa dan Pegawai Penyelia
Tapak.


 
e) Buku Harian Tapak Bina hendaklah disemak oleh Pegawai Penguasa semasa
membuat lawatan ke tapak bina bagi memastikan ianya sentiasa digunakan
dengan teratur.

f) Bagi projek-projek yang boleh dibahagikan kepada lebih daripada satu tapak bina
di mana aktiviti-aktiviti pembinaan boleh berjalan serentak, Buku Harian Tapak
Bina yang berasingan hendaklah digunakan bagi tiap-tiap satu tapak bina.

4.0 KUATKUASA

4.1 Arahan ini berkuatkuasa dengan serta merta dari tarikh surat pekeliling ini
dikeluarkan dan wajib digunapakai untuk semua projek di bawah penyeliaan
Jabatan.

4.2 Bagi projek yang sedang dalam pelaksanaan dan belum menggunakan Buku
Harian Tapak Bina hendaklah berbuat demikian dengan memasukkan maklumat-
maklumat terkini mulai dari tarikh surat pekeliling ini dikeluarkan.

4.2 Surat Pekeliling ini disertakan dengan satu contoh Buku Harian Tapak Bina untuk
dicetak di Bahagian atau Negeri masing-masing.

Sekian, Terima kasih.

Tarikh: 18 April 2011


 

You might also like