You are on page 1of 2

CONTOH PERMASALAHAN KAJIAN

1.2 Permasalahan Kajian


Menurut Khazi (2016), masyarakat di Malaysia tidak sedar bahawa terdapat beberapa spesies
haiwan liar yang kini dikatakan sudah pupus dan tidak lagi ditemui di habitat asalnya di hutan
simpan kekal mahu pun di taman negara di Malaysia. Antara spesies yang dikatakan pupus adalah
banteng, badak Jawa, burung merak hijau, burung botak upeh, gajah Pygmy Borneo dan kucing batu.
Selain itu, binatang liar lain seperti gajah, badak Sumatra, tapir, harimau Malaya, kancil, napuh,
Orang Utan, rusa samba, beruang matahari, kambing gurun, seladang, burung kuang, ‘black shrew’
atau tikus hitam pula kini di ambang kepupusan dan sukar ditemui di habitat semula jadi di hutan.

Antara kes kekejaman terhadap haiwan di Malaysia yang boleh dikupas adalah seorang
individu lelaki telah menembak seekor kera di dalam perangkap haiwan lalu menyembur cat pada
bangkai haiwan tersebut di Kuantan, Pahang. Pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman
Negara (PERHILITAN) telah menangkap individu tersebut melalui aduan yang diterima daripada
Jabatan Haiwan Malaysia berkenaan penularan video seorang individu lelaki menembak seekor kera.
Individu tersebut ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 86 (Kezaliman Terhadap Hidupan Liar)
Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Mohd Rafi Mamat 2020; Afiezy Azaman 2020).

Seterusnya, kes kekejaman kepada kera juga berlaku di mana seorang lelaki berusia 67 tahun
telah melakukan kekejaman kepada haiwan. Individu tersebut telah dipanggil oleh Jabatan
PERHILITAN untuk disoal siasat berkenaan tindakannya. Pihak jabatan telah melakukan
pemeriksaan di rumah individu tersebut setelah menerima video yang tular di laman sosial
Facebook. Individu dipercayai telah melakukan kekejaman dengan menyembur cat kepada haiwan
liar tersebut kerana pihak jabatan menjumpai tiga tin cat semburan di rumahnya. Individu tersebut
disiasat mengikut Akta 716 kerana telah melakukan kezaliman kepada hidupan liar (Nurul Amanina
Suhaini 2020).

Di Kota Kinabalu, Sabah seekor gajah telah dibunuh dengan kejam dengan tembakan
sebanyak 70 peluru berdasarkan bedah siasat yang telah dilakukan. Pihak Jabatan Hidupan Liar
Sabah masih tidak menemukan pembunuh gajah tersebut tetapi pembunuh merupakan daripada
pemburu haram. Gajah tersebut telah dijumpai terduduk berhampiran tebing sungai dengan keadaan
yang amat menyedihkan di mana terdapat luka di pipi, kepala, badan dan punggung gajah tersebut
akibat kesan tembakan daripada senjata api (Bernama 2019).

Kes kekejaman yang berlaku di Kuala Langat, Selangor melibatkan seorang lelaki yang
disyaki mempunyai masalah mental telah menggantungkan anjing di pokok. Anjing tersebut
dibiarkan tergantung sehingga ia meronta-ronta untuk dilepaskan tetapi lelaki itu hanya melihat
sahaja keadaan anjing itu. Kejadian ini dilihat oleh pegawai veterinar yang sedang melakukan
rondaan di kawasan itu. Anjing itu telah dilepaskan dan di bawa oleh pegawai tersebut untuk
siasatan lanjut. Lelaki itu ditahan dan disiasat oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor di
bawah Seksyen 29, Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) (Muhammad Afham 2020).

You might also like