You are on page 1of 7

Harimau

Pagi tadi, saya menonton rancangan Malaysia Hari Ini (MHI). Ada satu topik yang amat
penting dibincangkan iaitu mengenai Harimau Malaya yang semakin diancam kepupusan.
Bilangan yang dianggarkan kini hanya tinggal hanya 500 ekor di Malaysia!! Bilangan yang
ditunjukkan ini amat-amat menyedihkan...
Harimau...
Satu ketika dahulu, terdapat 9 sub-spesies harimau, namun 3 telah pupus. Dalam tempoh
seabad yang lalu, bilangan harimau di seluruh dunia telah menurun dari 100,000 ekor ke
5,000 ekor sahaja; sebanyak 95% harimau telah pupus!!!
Punca-punca kepupusan Harimau Malaya:

Harimau diancam oleh kehilangan habitat dan mangsa, pemburuan haram serta
perdagangan.

Ia diburu kerana tanggapan sesetengah pihak bahawa dengan memakan daging atau
mengambil ubatan traditional yang dihasilkan daripada bahagian-bahagian badan
harimau akan membuatkan mereka lebih kuat dan sihat.

Bahagian badan lain seperti gigi, kuku dan kulit pula disimpan sebagai barang ajaib
ataupun perhiasan.

Manusia turut bersaing dengan harimau untuk memburu spesies mangsa seperti rusa
dan Babi Hutan. Akibat kekurangan mangsa, harimau terpaksa menyerang lembu dan
ternakan lain sebagai makanan mereka.

Selain itu, aktiviti perhutanan dan menggondolkan kawasan tanah tinggi secara haram
memaksa haiwan yang hidup bersendirian itu keluar dari habitat mereka.

Ini adalah konflik manusia-harimau. Kesannya, harimau mungkin dibunuh oleh


penternak yang berang atau ditangkap oleh pihak berkuasa dan dihantar ke zoo untuk
dikurung seumur hidupnya.

Kini, sudah tiba masanya untuk kita bersama-sama berusaha menyelamatkan harimau ini
daripada terus diancam kepupusan...

Harimau

ISU YANG BERKAITAN MASALAH KEPUPUSAN HARIMAU


Saya masih ingat lagi semasa umur saya 8 tahun sekitar tahun 1988 di kampung Bantal, Ulu
Tembeling ramai orang kampung berkerumun di bawah pokok dekat padang pada waktu
petang menyaksikan banyak harimau telah ditembak oleh orang kampung. Semua orang
berasa amat puas melihat kesemua harimau itu mati ditangan mereka.
Harimau di seluruh dunia semakin pupus. Daripada 100,000 ekor pada awal abad sekarang
cuma tinggal 3,200 ekor sahaja sebab pemburuan haram dan penebangan hutan. Jika tidak
ada usaha bersama dunia kempen selamatkan harimau maka lagi 12 tahun harimau akan
pupus. Amat sukar membayangkan spesies haiwan yang dipanggil Pak Belang dek kerangka
badannya yang tegap dan berbelang akan pupus daripada muka bumi ini.
Walaupun pahit untuk ditelan tetapi itulah hakikat yang perlu ditelan semua pihak apabila
Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) menjangkakan hidupan liar tersebut akan pupus dalam
masa 12 tahun lagi jika tiada inisiatif pemuliharaan dilakukan dengan segera.
Senario buruk adalah harimau boleh menjadi pupus apabila tahun harimau mengikut
kalendar Lunar tiba dalam masa 12 tahun lagi, kata Ketua Program Pemuliharaan Alam
Antarabangsa, Ola Jennersten pada WWF Sweden. Organisasi berkenaan sedang giat
melakukan kempen global pemuliharaan harimau dalam usaha melipat ganda jumlah haiwan
berkenaan sebelum tahun 2022.
Sejak 70 tahun lalu, tiga sub spesies harimau iaitu Bali, Jawa dan Caspian sudah pun pupus,
manakala enam lagi sub spesies yang masih kekal sehingga hari ini adalah Amur, Benggala,
Indochina, Malaya, China Selatan dan Sumatra.Bagaimanapun, keenam-enam sub spesies
tersebut berkemungkinan akan mengikuti jejak langkah tiga spesies yang sudah pupus
sebelum ini jika sesuatu tidak dilakukan dalam pemuliharaan terhadap hidupan liar itu.
Sejak seabad lalu, WWF berkata, pemburuan haram, pengecutan habitat dan perdagangan
bahagian harimau yang digunakan untuk ubatan tradisional memberi kesan mendalam
terhadap hidupan liar itu.Mengikut perangkaan, jumlah harimau seluruh dunia menurun
sebanyak 97 peratus dan terdapat kira-kira 3,200 hidupan liar berkenaan pada hari ini.
Walaupun angka-angka tersebut dilihat agak suram, keadaan sekarang adalah lebih baik
berbanding sebelum ini. Ia penuh dengan harapan untuk menyelamatkan harimau-harimau
ini, kata Jennersten.Menurut WWF, sebanyak 1,800 harimau kini boleh dilihat di India,
Nepal, Bhutan dan Bangladesh. Di Sumatera, Indonesia pula terdapat 450 ekor manakala 400
berada di Malaysia.Sebanyak 350 ekor lagi harimau itu berada di sekitar Asia Tenggara dan
450 hidup berada di Rusia.
LANGKAH-LANGKAH YANG DIAMBIL:
Pihak-pihak yang bertanggungjawab dari dalam dan luar negara telah cuba mengambil
beberapa langkah bagi memastikan haiwan ini diipantau bagi mengelakkan kepupusannya.

Kerjasama semua pihak ini telah mewujudkan kempen ini dan cuba memastikan kempen ini
berkesan.
Persidangan kemuncak empat hari tiger summit telah dihadiri oleh 13 negara diadakan di
St. Petersburg, Rusia bermula pada 22 November 2010 adalah untuk merancang mengelakkan
kepupusan harimau. Usaha yang baik dan mulia ini diketuai oleh PM Rusia, Vladimir
Putin. Pakar harimau ini berkata jika tiada tindakan drastik di ambil , harimau akan cepat
pupus. 13 negara yang menghadiri persidangan diharap komited mengandakan populasi
harimau menjelang 2022.
Justeru itu 13 negara ini dan kumpulan konservasionis akan diberi dana USD$330 juta dari
Bank Dunia yang mengetuai inisiatif harimau global. 13 negara yang menyertai itu ialah
Bangladesh, Bhutan, Cambodia, China, India, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Nepal,
Rusia, Thailand dan Vietnam.
Bagi Malaysia pula kawasan yang diberi perhatian ialah hutan yang ada di Jerantut
bersempadan dengan Kelantan dan Terengganu terutamanya daerah Tahan. Saya percaya
agensi-agensi kerajaan Malaysia terlibat dengan penyaluran dana tersebut dan benar-benar
menyokong serta memberi kerjasam dalam kempen ini.
Sebelum kempen ini dijalankan, di Gerik,Kempen Bergerak Harimau MYCAT telah
bergerak di Malaysia sejak 2007 dengan tujuan dapat memberi kesedaran dan pemulihan
tentang kepupusan harimau yang semakin meruncing dinegara kita. Kempen MYCAT ini
melibatkan semua penduduk kampung didaerah yang terlibat dan pendedahan tentang
kegiatan pemburu harimau haram yang menyalahi undang-undang negara.
MENGAPA HARIMAU DIBUNUH DAN SEMAKIN PUPUS :

1.Pemburuan haram telah meningkat kerana permintaan tinggi pasaran haram bagi harimau
terutama di Asia seperti di China dan Vietnam serta di seluruh dunia.
2.Persepsi orang Cina, harimau baik untuk nilai perubatan-produk, tulang, kulit, daging, hati,
limpa, jantung, perut dan juga persepsi status kerana memakan harimau.
3. Habitat dan makanan harimau juga semakin pupus kerana kerja-kerja menarah bukit dan
hutan untuk aktiviti pembangunan yang semakin giat dan meluas dijalankan diserata dunia.

4. Akibat daripada kepupusan habitat dan makanannya,


harimau telah mula memasuki kampung yang didiami penduduk lalu membunuh manusia dan
akhirnya harimau dibunuh
TUJUAN DAN FAEDAH KEMPEN INI DIJALANKAN

Tujuan kempen ini dujalankan adalah untuk:


1. Memelihara dan meningkatkan kesedaran rakyat untuk memastikan ikon Malaysia ini agar
tidak pupus supaya generasi akan datang dapat mengetahui tentang harimau dan
kegunaannya.
2. Ianya adalah salah satu cara atau alternatif agar masyarakat sedar bahawa harimua juga
berhak mendapat habitat yang aman, hukuman dan undang-undang antiperburuan liar
menjadi lebih ketat, dan mendidik masyarakat agar mereka faham tentang harimau.
3. Mengurangkan perdagangan organ-organ, kulit dan bahagian tubuh lain harimau yang
dijalankan secara haram.
4. Melindungi kawasan habitat, perlindungan jangka panjang harimau dan pemakanannya
serta menggunakan sains untuk memantau kecekapan aktiviti konservasi.
SARANAN YANG DITEKANKAN
2 plan untuk menyelamatkan harimau daripada pupus;

Plan TX2 (Tiger Times Two) oleh WWF sasaran untuk mengandakan populasi
harimau Malaysia menjelang 2020. Telah diusahakan oleh Malaysia sejak 2 tahun
dulu.

Plan Tindakan Harimau Kebangsaan Malaysia 2008-2020. Disokong kuat oleh


Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
dan Kerajaan Malaysia.

Lihat dan renungkanlah wajah-wajah anak-anak harimau ini. Walaupun haiwan pemakan
daging ,mereka juga ingin hidup seperti haiwan lain..mereka tidak dilahirkan untuk
dibunuh..

SAYANGILAH HARIMAUjangan biarkan haiwan ini pupus sebelum tiba masanya


berilah peluang kepadanya untuk menikmati keindahan kehidupan dihutan hijau ciptaan yang
Maha Esa.
HARGAI DAN SAYANGILAH HARIMAU KERANA HARIMAULAH HERO KITA
Harimau

PETALING JAYA: Malaysia boleh dikategorikan sebagai salah sebuah negara berbahaya
untuk haiwan terancam apabila sekurang-kurangnya satu perlima daripada spesis mamalia
yang hampir pupus, termasuk kambing gurun Sumatera, dugong dan harimau Malaya.
Data Bank Dunia menunjukkan 70 daripada 336 spesis mamalia terancam di Malaysia
tercatat pada 2014 dan menjadikan ia ketujuh tertinggi di dunia dalam kategori ini.
Terdapat sestengah spesies mamalia Malaysia mati termasuk kambing gurun Sumatra, badak
Sumatra, dugong dan harimau Malaya dalam jumlah yang banyak di antara beratus-ratus
yang lain.
Di Asia Tenggara, Malaysia menduduki tempat kedua selepas Indonesia apabila mempunyai
184 spesies mamalia terancam.
Walaupun Bank Dunia tidak memaklumkan punca sebenar, dipercayai kebanyakan spesis
mamalia semakin pupus di seluruh dunia disebabkan aktiviti manusia yang tidak bermoral
seperti pembalakan, pembangunan melampau, penyeludupan haiwan liar dan pemburuan
haram.
Ketika dihubungi, satu organisasi pencinta alam tempatan berkata, mereka sama sekali tidak
terkejut dengan data yang diperolehi.

Kambing gurun Sumatera


Menurut Pegawai Kanan Komunikasi, Elizabeth John, rantau ini terkenal dengan kewujudan
pelbagai spesis tumbuhan dan haiwan yang hidup dalam persekitaran semula jadi.
"Tetapi malangnya, keindahan rantau ini menyebabkan golongan yang tidak
bertanggungjawab merompak dan mengambil hasil sumber," katanya.
Selain itu, beliau turut memberi amaran bahawa hidupan liar lain seperti burung, ikan dan
tumbuh-tumbuhan juga berhadapan risiko.
Kos yang diperlukan untuk mengembalikan hidupan ini bukan sahaja mahal, malah mustahil
untuk dilakukan sekiranya hidupan ini diancam kepupusan.
"Pelaburan terhadap perlindungan dan mencegah ancaman adalah tindakan yang masuk akal,"
katanya.
Pengarah Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar Malaysia, Dr Melvin Gumal berkata, data
yang diterima mengesahkan apa yang dilihat oleh ahli biologi setiap hari.
"Kita bakal menyaksikan kehilangan warisan semula jadi dan spesis hidupan liar sekiranya
tidak mengubah budaya ini," katanya.

Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia, Henry Goh berkata, undang-undang lebih kukuh
dan penguatkuasaan yang lebih perlu dilaksanakan terhadap golongan yang melakukan
jenayah hidupan liar.
Goh menjelaskan bahawa bukan kerajaan sahaja yang perlu memainkan peranan, malah
orang awam perlu berwaspada bagi mengelak keadaan ini berlaku.
"Setiap orang mempunyai peranan masing-masing," katanya.
Sementara itu, dilaporkan hampir 100 harimau yang masih hidup dan anggota haiwan
tersebut dirampas pihak berkuasa antara 2000 hingga 2012.
Jumlah itu dianggap besar kerana mungkin terdapat antara 250 hingga 340 harimau sahaja
yang masih wujud di hutan belantara Malaysia.

You might also like