You are on page 1of 1

 

Home  SEKOLAH  Cara-Cara Mengelakkan Kepupusan Haiwan Liar (Langkah)

CARA-CARA MENGELAKKAN
KEPUPUSAN HAIWAN LIAR (LANGKAH)

Facebook Twitter WhatsApp

Haiwan yang hidup secara bebas di hutan dikategorikan sebagai haiwan atau hidupan liar.
Taburan hutan di negara kita telah menjadi habitat atau rumah kepada haiwan liar seperti
harimau, tapir dan gajah. Kepesatan pembangunan dan industri pertanian telah mengancam
habitat haiwan-haiwan liar ini. Berikut dikongsikan contoh karangan Cara-Cara Mengelakkan
Kepupusan Haiwan Liar untuk panduan semua.

Kerajaan telah mewujudkan sebuah agensi khas untuk memastikan kesejahteraan hidupan liar
iaitu Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN). Kita sebagai
masyarakat juga perlu menyokong segala usaha yang diperlukan untuk memastikan haiwan liar
bebas daripada ancaman kepupusan demi generasi akan datang.

Contoh Karangan Cara-Cara Mengelakkan Kepupusan Haiwan Liar

Setiap tahun, akhbar dan berita tempatan melaporkan jumlah haiwan yang diancam kepupusan
semakin membimbangkan. Jika tiada tindakan dilaksanakan, haiwan seperti harimau dan orang
utan hanya wujud di dalam buku atau gambar semata-mata.

Di bawah dikongsikan contoh karangan dan huraian serta isi-isi penting bagi karangan bertajuk:
Cara-Cara Mengelakkan Kepupusan Haiwan Liar

Sleigh with SIM Only Plus


Do more of what you love with 150GB of 5G data at $36.34/mth with SIM Only Plus.

Singtel Shop Now

Isi-isi penting

Memelihara dan memulihara habitat haiwan liar

Membina pusat perlindungan haiwan liar

Mewujudkan pusat pembiakan haiwan liar

Menguatkuasakan undang-undang

Membanteras aktiviti pemburuan haram

Melaksanakan kempen kesedaran

Pendahuluan

Malaysia dikenali dengan Harimau Malaya sebagai ikon yang digunakan untuk mewakili
pasukan yang mewakili negara ini. Namun, kelaziman tersebut tidak menggambarkan realiti
sebenar yang berlaku di tanah air ini. Akhrbar melaporkan pada tahun 2022, populasi Harimau
Malaya di hutan kini kurang daripada seratus lima puluh ekor sahaja.

Kepupusan haiwan liar adalah isu serius yang mempengaruhi kepelbagaian dan keseimbangan
ekosistem kita. Bayangkan jika spesis Harimau Malaya pupus suatu hari nanti, hilanglah juga
ikon yang menjadi lambang negara kita dan hanya menjadi sejarah oleh generasi akan datang.
Oleh itu, penting untuk kita mengetahui cara-cara untuk mengelakkan kepupusan haiwan liar.

Isi 1

Pertama sekali, pencegahan kepupusan haiwan liar boleh dilaksanakan dengan memelihara
dan memulihara habitat haiwan liar. Habitat semula jadi haiwan liar telah berkurangan dengan
pesat akibat daripada pembangunan manusia dan pemusnahan hutan. Oleh itu, kita perlu
melindungi dan memelihara kawasan-kawasan yang menjadi habitat bagi haiwan liar. Langkah
ini boleh dilakukan melalui penubuhan kawasan perlindungan seperti taman nasional dan hutan
simpan.

Selain itu, kita perlu menggalakkan amalan pengurusan lestari dalam penggunaan sumber alam
seperti kayu-kayan di hutan dan sumber air mentah. Ketamakan segelintir individu demi
mengaut keuntungan daripada alam semula jadi hanya akan merugikan kita dan juga haiwan
liar. Tuntasnya, haiwan liar akan terlepas daripada ancaman kepupusan sekiranya habitat
mereka yang dipelihara dengan baik.

Isi 2

Kaedah lain yang boleh dilakukan untuk memastikan kelangsungan hidup haiwan liar adalah
dengan membina pusat perlindungan haiwan liar. Pusat perlindungan seperti pusat pemulihan
hidupan liar memberi perlindungan kepada haiwan-haiwan yang terancam dan mengamalkan
pemulihan dan pembiakan terkawal. Di sini, haiwan-haiwan yang terluka atau terancam akan
diberikan penjagaan dan rawatan yang sewajarnya.

Sebagai contoh, Pusat Konservasi Gajah di Kuala Gandah, Pahang yang berjaya menarik
jumlah pelancong dengan ramai. Pusat perlindungan juga berperanan dalam penyelidikan dan
pendidikan kepada masyarakat tentang kepentingan pemuliharaan haiwan liar. Intihannya, pusat
perlindungan haiwan liar adalah seperti galah penyokong yang memberikan perlindungan
kepada haiwan tersebut daripada ancaman keselamatan.

Isi 3

Mewujudkan pusat pembiakan haiwan liar juga adalah salah satu langkah untuk mengelakkan
kepupusan haiwan liar. Pusat pembiakan seperti kebun binatang dan pusat pemulihan adalah
tempat di mana haiwan liar yang terancam atau hampir pupus dibiakkan untuk tujuan
pemuliharaan. Pusat pembiakan ini memainkan peranan penting dalam pemuliharaan spesies
yang terancam dan memastikan kelestarian mereka.

Inilah masa untuk kita menggunakan kepakaran anak tempatan dalam industri-industri yang
berkaitan. Kerjasama daripada agensi kerajaan dapat membantu memudahkan inisiatif ini dan
memberikan peluang kepada masyarakat kita untuk menyelamatkan alam sekitar kita. Selain
daripada pembiakan, pusat ini juga berperanan dalam penyelidikan dan pendidikan tentang
kepentingan alam semula jadi. Izharnya, pusat pembiakan haiwan liar memberikan peluang
kepada masyarakat untuk mengenali dan memahami keunikan dan kepentingan haiwan liar.

Isi 4

Akhir sekali, pihak berkuasa bertanggungjawab untuk menguatkuasakan undang-undang


berkaitan dengan pemuliharaan haiwan liar. Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 menyatakan
bahawa sesiapa yang didapati bersalah memburu, memiliki atau membunuh haiwan
terpeliharam mereka boleh dikenakan denda dan dipenjarakan jika disabit kesalahan. Undang-
undang perlindungan haiwan liar perlu dikuatkuasakan dengan tegas. Ini termasuk larangan
perburuan haram, perdagangan haiwan liar yang tidak sah, dan pemusnahan habitat semula
jadi.

Pihak berkuasa perlu menjalankan pemantauan yang ketat dan menangkap serta mengambil
tindakan terhadap mereka yang melanggar undang-undang perlindungan haiwan liar.
Masyarakat juga boleh memainkan peranan dengan melaporkan sebarang penemuan aktiviti
pemburuan haram dan sebagainya. Sekiranya penguatkuasaan undang-undang kukuh dan
tegas, kita pasti dapat melindungi haiwan liar daripada kepupusan.

Penutup

Sebagai kesimpulan, mencegah kepupusan haiwan liar adalah tanggungjawab bersama kita
sebagai manusia. Melalui pemeliharaan habitat, pembinaan pusat perlindungan dan pembiakan,
serta penguatkuasaan undang-undang yang tegas, kita dapat menjaga kelestarian haiwan liar.
Jadi, janganlah kita memandang ringan masalah ini, tetapi ambillah langkah untuk menjadi
penjaga alam sekitar dan memastikan kelestarian haiwan liar untuk generasi akan datang.

Related : kepupusan hidupan liar, pihak kerajaan, semasa ke semasa, spesies hidupan liar,

Facebook Twitter WhatsApp

previous post next post


Punca-Punca Kenaikan Harga Barang (Faktor) Tanggungjawab Anak Terhadap Ibu Bapa
(Karangan)

YOU MAY ALSO LIKE

AN 1 SENARAI SBP DI MALAYSIA SEKOLAH SEMAKAN SMA TERENGGANU 2023 ONLINE


BERASRAMA PENUH (SMANT) & TEMUDUGA ME

LEAVE A COMMENT

Your Comment

Name* Email* Website

SIMPAN NAMA, EMEL, DAN LAMAN WEB SAYA DALAM PELAYAR INI APABILA SAYA MENGULAS PADA
MASA HADAPAN.

SUBMIT

ARTIKEL PILIHAN

SAPS Ibu Bapa 2023 Semakan Keputusan Peperiksaan Pelajar Online

Semakan Keputusan SPM 2022 & SPMU 2023 Online SMS

Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2023/2024 Online

Permohonan Kemasukan Prasekolah 2024 KPM Online

Semakan Keputusan Prasekolah 2024 Online

Semakan Keputusan Guru Interim KPM 2020 Online

Semakan Keputusan SBP Tingkatan 1 & 4 2024 Online

Semakan Keputusan Sekolah Sukan Malaysia 2024 Online

TENTANG KAMI

Portal Informasi Terkini Semakan Malaysia: Keputusan Permohonan Online

KATEGORI

AGAMA BANTUAN INFO IPTA JPJ KEMAHIRAN KPM LPM MPM PLKN SEKOLAH

SMKA SPA SUKAN UNCATEGORIZED

Dasar Privasi Penafian Hubungi

© 2020. Hak Cipta Terpelihara - semakan.my


You might also like