You are on page 1of 5

Page |1

BAHAN BACAAN TERAKHIR UNTUK HADAPI PENDIDIKAN MORAL KSSM


UNTUK KEGUNAAN MURID-MURID SMK PUSAT BANDAR PUCHONG (1)
DAN EDARAN DALAMAN SAHAJA
__________________________________________________________________________________________

PRINSIP KEADILAN DAN PRINSIP KEPRIHATINAN

1 Seorang polis trafik telah menahan seorang pengguna jalan raya yang memandu melebihi
had laju yang ditetapkan. Setelah disoal , polis trafik mendapati pemandu tersebut
memandu laju kerana membawa ayahnya yang sedang sakit tenat ke hospital.

Pada pendapat anda , apakah tindakan yang wajar diambil oleh polis trafik tersebut?
Justifikasi jawapan anda berdasarkan prinsip keadilan atau prinsip keprihatinan.
[10 markah]

Cadangan Jawapan

Tindakan pertama polis trafik berdasarkan prinsip keprihatinan adalah


tidak menyaman pemandu tersebut.
Polis trafik telah membuat pertimbangan moral dan melepaskan pemandu
tersebut daripada ditahan.
Polis trafik wajar arahkan pemandu untuk teruskan perjalanan ke hospital
dengan segera.
Misalnya , dalam situasi ini , polis trafik harus tunjukkan sikap
berperikemanusiaan setelah melihat sendiri keadaan bapa pemandu yang
sakit tenat.
Kesimpulannya , tindakan polis trafik tidak keluarkan saman kepada
pemandu menunjukkan sikap simpati dan impatinya terhadap situasi
pemandu berkenaan.

Tindakan kedua , polis trafik boleh mengiringi pemandu tersebut ke


hospital.
Polis trafik boleh lakukan tugas eskot seperti mana ditawarkan untuk
orang kenamaan.
Polis boleh bantu lencongkan kenderaan untuk mengosongkan jalan raya
bagi laluan pemandu.
Misalnya , polis trafik boleh menashati pemandu untuk memasang lampu
amaran kecemasan dan mengikut sahaja motosikal PDRM.
Konklusinya , polis trafik boleh tawarkan khidmat polis pengiring kepada
pemandu berkenaan demi untuk menyelamatkan nyawa bapa pemandu
selaku orang awam biasa.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK PUSAT BANDAR PUCHONG (1)


Page |2
BAHAN BACAAN TERAKHIR UNTUK HADAPI PENDIDIKAN MORAL KSSM
UNTUK KEGUNAAN MURID-MURID SMK PUSAT BANDAR PUCHONG (1)
DAN EDARAN DALAMAN SAHAJA
__________________________________________________________________________________________

SIBER BULI / BODY SHAMING

2 Gambar yang berikut berkaitan sejenis buli siber iaitu ‘body shaming’.

‘Body shaming’ atau Sindir Badan ialah perbuatan mengutuk , menghina dan mencaci
rupa fizikal seseorang. Perbuatan ini ialah satu kesalahan jenayah yang boleh diambil
tindakan undang-undang.

Jelaskan kesan perbuatan ‘Body Shaming’ sekiranya berlaku kepada diri anda.
[10 markah]

Cadangan Jawapan

Kesan pertama , saya akan alami stres dan gangguan emosi.


Saya akan alami trauma untuk berhadapan dengan masyarakat kerana
sering terdedah dengan ejekan fizikal.
Jika hal ini berlanjutan saya mungkin alami kemurungan melampau
sehingga saya mungkin memutuskan untuk akhiri hidup saya.
Misalnya , kajian menunjukkan satu daripada lapan orang dewasa di
United Kingdom mempunyai pemikiran bunuh diri disebabkan masalah
imej badan.
Kesimpulannya , body shaming boleh menyebabkan mangsa alami
tekanan hidup sehingga mengakibatkan kejadian bunuh diri.

Kesan kedua , kesihatan tubuh badan saya akan terjejas.


Apabila saya dihina kerana tubuh badan obes maka ini dorong saya
mulakan diet yang melampau.
Saya akan mula ambil makanan secara terhad dengan senaman secara
keterlaluan sehingga mengundang kesan sampingan yang lain.
Misalnya , saya akan alami masalah kecelaruan pemakanan sehingga
mengakibatkan kerosakan organ dalaman saya.
Konklusinya , amalan diet yang melampau dengan motif untuk turunkan
berat badan secara drastik boleh mengundang masalah kesihatan yang
lain.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK PUSAT BANDAR PUCHONG (1)


Page |3
BAHAN BACAAN TERAKHIR UNTUK HADAPI PENDIDIKAN MORAL KSSM
UNTUK KEGUNAAN MURID-MURID SMK PUSAT BANDAR PUCHONG (1)
DAN EDARAN DALAMAN SAHAJA
__________________________________________________________________________________________

MAKANAN EKSOTIK

3 Gambar di bawah berkaitan binatang eksotik yang semakin pupus.

(a) Makanan eksotik kian menjadi kegemaran masyarakat dunia. Hal ini menyebabkan
manusia hilang pertimbangan sehingga sanggup membunuh haiwan yang kian pupus.

Senaraikan dua ciri berperikemanusiaan yang perlu diamalkan oleh masyarakat.


[2 markah]
Cadangan Jawapan

Ciri pertama , menyayangi sesama makhluk.


Ciri kedua , melestarikan keseimbangan ekosistem.

(b) Huraikan kesan pengabaian sikap berperikemanusiaan terhadap haiwan eksotik.


[8 markah]
Cadangan Jawapan

Kesan pertama , mengurangkan populasi spesies haiwan eksotik.


Hal ini akan membawa kepada kepupusan spesies haiwan berkenaan.
Natijahnya , generasi akan datang tidak dapat melihat spesies haiwan
eksotik tersebut.
Misalnya , bilangan tenggiling semakin berkurangan ekoran permintaan
tinggi disebabkan sisik dan darah tenggiling dikatakan boleh merawat
barah.
Kesimpulannya , pemburuan haiwan untuk tujuan hidangan eksotik
mampu mempercepatkan kepupusan pelbagai spesies haiwan.

Kesan kedua , ia mengundang kemunculan penyakit zoonotik.


Penyakit ini boleh berjangkit dari haiwan kepada manusia dan juga
sebaliknya.
Setiap haiwan dikelilingi oleh microflora tersendiri yang pada asalnya
tidak berbahaya kepada haiwan tersebut tetapi ia boleh mendatangkan
kesan buruk kepada manusia sekiranya kita memakannya.
Contoh terdekat adalah pandemik Covid-19 di mana pakar mempercayai
virus tersebut berasal daripada makanan eksotik iaitu kelawar.
Konklusinya , pengambilan makanan eksotik membawa penyakit
berjangkit berbahaya dan membunuh manusia dan haiwan.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK PUSAT BANDAR PUCHONG (1)


Page |4
BAHAN BACAAN TERAKHIR UNTUK HADAPI PENDIDIKAN MORAL KSSM
UNTUK KEGUNAAN MURID-MURID SMK PUSAT BANDAR PUCHONG (1)
DAN EDARAN DALAMAN SAHAJA
__________________________________________________________________________________________

GAYA KEIBUBAPAAN

4 Gambar di bawah berkaitan dengan isu anak menjadi tuan.

Anak menjadi ‘tuan’ merupakan gaya keibubapaan sekarang yang selalu melayani
kehendak anak-anak. Ibu bapa suka memenuhi permintaan anak-anak dengan barangan
yang mewah. Mereka tidak mahu anak-anak berasa kecewa jika permintaan tidak
ditunaikan.

(a) Keluarga ialah unit asas yang berkait rapat dengan integriti dalam membentuk sikap
dan perlakuan mulia setiap anggotanya. Senaraikan dua ciri integriti keluarga.
[2 markah]
Cadangan Jawapan

Dua ciri integriti keluarga adalah penyayang dan hubungan erat.

(b) Wajarkan gaya keibubapaan sebegini diteruskan? Berikan alasan anda. [8 markah]

Cadangan Jawapan

Gaya keibubapaan sebegini tidak wajar diteruskan.

Sebab pertama , anak-anak akan membesar terlalu manja dengan kemewahan


melampau.
Kesannya , anak-anak akan merasakan bahawa hidup ini adalah terlalu mudah.
Mereka tidak akan memahami keperluan untuk berusaha secara gigih untuk mencapai
sesuatu impian.
Misalnya , anak akan alami kejutan budaya jika mereka tidak didedahkan dengan reality
sebenar kehidupan yang penuh dengan cabaran dan persaingan.
Kesimpulannya , ibu bapa harus kikiskan amalan terlalu memanjakan anak-anak dengan
kemewahan sehingga mereka tiada ketahanan jiwa untuk hadapi cabaran hidup.

Sebab kedua , anak-anak tidak arif dalam memikul dan melaksanakan tugas atau
kewajipan dengan sempurna.
Ini kerana , terdapat ibu bapa yang terlalu sayangi anak sehingga enggan memberi
sebarang tugas atau kerja rumah kepada anak-anak mereka.
Alasan mereka adalah supaya anak-anak tidak penat dan hilang fokus untuk belajar.
Contoh terdekat adalah tugas-tugas mudah seperti mengemas bilik , menyapu sampah
dan membasuh pinggan pun tidak disuruh anak-anak melakukannya.
Konklusinya , anak-anak akan naik lemak dan tidak pandai buat kerja rumah dan hanya
mampu untuk melihat tanpa hulurkan bantuan kepada ibu bapa yang sedang buat kerja
rumah.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK PUSAT BANDAR PUCHONG (1)


Page |5
BAHAN BACAAN TERAKHIR UNTUK HADAPI PENDIDIKAN MORAL KSSM
UNTUK KEGUNAAN MURID-MURID SMK PUSAT BANDAR PUCHONG (1)
DAN EDARAN DALAMAN SAHAJA
__________________________________________________________________________________________

PELANCONGAN

5 Gambar di bawah menunjukkan contoh kempen pelancongan yang dianjurkan oleh


kerajaan.

Sektor pelancongan memainkan peranan utama untuk menaikkan nama negara di mata
dunia. Huraikan langkah-langkah yang boleh diambil oleh kerajaan untuk
mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan di peringkat global.
[10 markah]

Cadangan Jawapan

Langkah pertama , kerajaan perlu memajukan konsep ekopelancongan.


Ekopelancongan merupakan pelancongan yang berasaskan alam
semulajadi.
Dalam hal ini , Malaysia memang kaya dengan keindahan alam semulajadi
yang dapat dijadikan sebagai destinasi ekopelancongan.
Antaranya , hutan hujan tropika , pulau-pulau , pantai-pantai , taman laut
dan kawasan tanah tinggi yang cantik pemandangannya.
Kesimpulannya , usaha kerajaan memberi fokus kepada pembangunan
ekopelancongan dapat menarik kedatangan pengembara asing ,
jurugambar professional dan pencinta alam di seluruh pelusuk dunia.

Langkah kedua , kerajaan membangunkan konsep inap desa.


Inap desa merupakan rumah orang awam yang menyediakan ruang atau
bilik untuk disewakan kepada pelancong khususnya di kawasan luar
bandar.
Inap desa mampu menarik pelancong asing yang ingin menjauhi
kesibukan bandar dengan tinggal dan pelajari budaya masyarakat luar
bandar di Malaysia.
Antaranya , keunikan kampung di Pahang , Sabah , Sarawak dan
Terengganu mampu menarik perhatian pelancong asing untuk berkunjung
ke negara kita.
Konklusinya , kaedah inap desa mampu menambat hati pelancong asing
dan mengatasi masalah kekurangan bilik hotel di sesetengah tempat.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK PUSAT BANDAR PUCHONG (1)

You might also like