You are on page 1of 4

Rasuah dan kartel seringkali dilihat sebagai faktor utama yang menyebabkan berlakunya

pencerobohan terhadap hutan simpan di Malaysia. Pada pandamgan anda sejauhmanakah


persepsi ini tepat dalam menggambarkan pencerobohan hutan simpan di Malaysia

Rasuah adalah jenayah atau kesalahan undang-undang di mana seseorang mendapat


kebebasan, kontrak atau keistimewaan daripada pihak berkuasa atau syarikat selepas
memberi wang, hadiah, hadiah kepada pihak-pihak tersebut.
Definisi menurut Transparency International ialah “tingkah laku di pejabat atau pegawai
awam, termasuk ahli politik dan pegawai, yang tidak munasabah dan menyalahi undang-
undang/mengikut undang-undang, memperkayakan diri atau memperkayakan saudara mereka
, dengan menyalahgunakan kuasa dan amanah. daripada orang awam yang diberikan kepada
mereka".

Kartel ialah sekumpulan pengeluar bebas dari segi undang-undang yang bertujuan untuk
meningkatkan keuntungan kolektif mereka dengan menetapkan harga, menyekat bekalan atau
beberapa amalan ketat lain. Kartel biasanya mengawal harga jualan, tetapi ada yang
dinasihatkan untuk mengawal harga input yang dibeli. Undang-undang persaingan cuba
menghalang atau melarang kartel. Entiti yang mempunyai monopoli mengikut definisi ini
tidak boleh menjadi kartel, tetapi ia mungkin menyalahgunakan monopoli ini dengan cara
lain. Kartel biasanya beroperasi dalam oligopoli, di mana terdapat sebilangan kecil penjual
dan biasanya melibatkan jenis produk yang sama. Penipuan ortopedik ialah sejenis kartel
yang istimewa.

Rasuah menjadi salah satu faktor utama yang menyebabkan berlakunya pencerobohan
terhadap hutan simpan di Malaysia. Hal ini dapat dibuktikan dengan wujudnya pelbagai
penerokaran hutan simpan di pelbagai negeri , namun pihak atasan tidak ambil apa -apa
tindakan terhadap mereka. Selaku pihak yang diberi mandat untuk menjalankan
penguatkuasaan, persoalan telah timbul tentang faktor jenayah pembalakan haram masih
berleluasa di negara Malaysia pada waktu ini Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam
Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, operasi pembalakan sangat mudah
dikesan kerana ia melibatkan penggunaan jentera besar yang berulang alik dari kawasan
hutan dengan begitu jelas tetapi tidak diambil apa-apa tindakan oleh pihak berkuasa.
Menurutnya, aktiviti pembalakan banyak berlaku tetapi tidak dimaklumkan sama ada
diluluskan atau tidak kerana ketiadaan pemberitahuan oleh pihak berkuasa kepada awam.
Mengulas lanjut, Mohd Azmi berkata, pembalakan haram pada hakikatnya Terengganu
Strategic and Integrity Institute (TSIS) tidak wujud. "Sebaliknya yang ada ialah pembalakan
haram yang dihalalkan apabila pihak berwajib memejamkan mata untuk tidak bertindak ke
atas pihak yang beroperasi dengan bebas," katanya. Contoh beberapa kes pembalakan yang
telah diambil tindakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) anataranya
adalah pada tahun 2015, SPRM pernah melakukan tindakan drastik dengan membekukan 375
akaun bernilai melebihi RM560 juta dalam pembongkaran terbaharu terhadap pembalakan
haram dan rasuah balak di Sarawak. SPRM turut merampas lebih 500 kayu balak semasa
operasi bersama untuk memperketatkan kawalan ke atas aktiviti pembalakan haram, serta
pada tahun 2017, lima termasuk Pegawai Hutan Daerah Jerantut dan isterinya ditahan reman
selama enam hari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah melibatkan kegiatan
pembalakan haram di Jerantut. Tiga lagi yang direman ialah seorang renjer hutan daerah
berkenaan dan pemilik serta pengurus sebuah syarikat kontraktor yang dipercayai terlibat
dalam kegiatan pembalakan haram tersebut yang mengakibatkan kerajaan negeri Pahang
mengalami kerugian jutaan ringgit. Pada tahun 2020 juga terdapat dua individu bergelar
Datuk direman empat dan lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah
membabitkan projek pembalakan bernilai lebih RM27 juta. Seorang suspek yang juga bekas
Timbalan Pengerusi syarikat berusia 65 tahun direman. Kes-kes yang disebut di atas
merupakan contoh betapa aktifnya kegiatan pembalakan haram ini di seluruh negara dan ia
juga melibatkan golongan kenamaan. Walau bagaimanapun, kes pembalakan haram yang
belum diambil tindakan atau masih dalam siasatan dijangka lebih besar bilangannya pada
waktu ini.

Selain dari faktor rasuah dan kartel menjadi faktor utama yang menyebabkan berlakunya
pencerobohan terhadap hutan simpan di Malaysia, undang undang yang longgar juga menjadi
faktor berlkunya pencerobohan terhadap hutan simpan di Malaysia. Pindaan Akta Perhutanan
1984 ini sangatlah dialu-alukan memandangkan jelas kelihatan penjenayah dalam kegiatan
pembalakan haram ini tidak takut dengan hukuman dan denda yang ditetapkan pada waktu
ini. Kebanyakan daripada mereka mempunyai kemampuan kewangan dan sumber untuk
menghadapi tindakan undang-undang jika disabitkan dengan kesalahan tersebut. Hal ini perlu
penetapan hukuman dan denda yang lebih tinggi, amatlah diharapkan ia mewujudkan
perasaan takut kepada semua pihak untuk melakukan jenayah alam sekitar ini. Dengan
pelbagai musibah dan bencana alam yang sentiasa muncul di negara kita, kepentingan hutan
amat penting untuk dipelihara dalam memastikan populasi manusia dan hidupan lain di dalam
ekosistem hutan tidak terjejas pada masa akan datang.

Salah satu faktor yang menyumbang kepada aktiviti pembalakan haram ini adalah permintaan
yang tinggi terhadap kayu-kayan di Malaysia kerana negara kita memiliki pelbagai jenis kayu
balak yang diiktiraf berkualiti tinggi. Bahkan, industri perkayuan telah mencatatkan angka
eksport yang menggalakkan iaitu sebanyak RM22.02 bilion pada tahun lepas sekali gus
meletakkan ia di kedudukan ketiga sektor komoditi utama selepas minyak sawit dan getah.
Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa kayu-kayan dari Malaysia memiliki nilai yang tinggi
dalam pasaran ekonomi dunia. Oleh hal demikian, ramai pihak tidak bertanggungjawab
mencari peluang bagi mendapatkan keuntungan banyak dengan cara yang salah seperti
melakukan pembalakan haram.

Di samping itu, kepesatan industri pelancongan turut menjadi faktor utama pembalakan
haram dan kemusnahan hutan. Lazimnya, pembukaan tempat pelancongan baru memerlukan
infrastruktur yang banyak untuk didirikan. Contohnya pembinaan prasarana seperti jalan raya
yang berfungsi menghubungkan tempat pelancongan dengan kawasan bandar berdekatan.
Sekiranya pembangunan yang dilakukan ini tidak terancang, maka ekosistem di kawasan
tersebut akan musnah. Dalam keadaan negara kita pesat membangun sebagai salah satu lokasi
tarikan pelancongan di rantau ini, keghairahan sesetengah pengusaha tempat pelancongan
dalam menebang pokok di kawasan hutan tanpa kawalan adalah tidak menghairankan demi
mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda.
Kesimpulannya, Rasuah dan kartel merupakan faktor utama yang menyebabkan berlakunya
pencerobohan terhadap hutan simpan di Malaysia. Namun begitu , terdapat pelbagai factor
lain yang turut menjadi sebab pencerobohan terhadap hutan simpan di Malaysia. Sebagai
rakyat marhaen, kita tahu kita tidak mampu untuk melakukan aktiviti seperti pembalakan
haram dan mereka yang mempunyai sumber kewangan yang kukuh hanya menjalankan
aktiviti tersebut untuk mengaut keuntungan. Mereka yang berkuasa yang bertanggungjawab
memperkukuh kuasa seharusnya mempunyai integriti yang tinggi dan tidak melaksanakan
perkhidmatan mengikut pangkat. Di samping mengukuhkan undang-undang dan hukuman
berat terhadap pembalak haram, pendidikan mengenai penjagaan dan pemuliharaan alam
sekitar di kalangan rakyat perlu diperkasakan. Semoga perbincangan ini memberi impak
kepada pembaca dan melaksanakan kewajipan masing-masing menjaga khazanah kurniaan
Allah kepada tanah air.
RUJUKAN

Costa, F., & Magnusson, W. (2002). Selective logging effects on abundance, diversity, and
composition of tropical understory herbs. Ecological Applications, 12, 807-819.
Pinard, M. A., & Putz, F. E. (1996). Retaining forest biomass by reducing logging damage.
Biotropica, 28, 278-295.
Shukla, J., Sellers, P., & Nobre, C. (1990). Amazon deforestation and climate change.
Science, 247, 1322-1325.
Sokal, R. R., Gurevitch, J., & Brown, K. A. (2004). Long-term impacts of logging on forest
diversity in Madagascar. Proceedings of the National Academy of Sciences of the United
States of America, 101, 6045-6049.
Putz, F., Sist, P., & Frederickson, T. (2008). Reduced-impact logging: challenges and
opportunities [Abstract]. Forest Ecology & Management, 256, 1427-1433.
Abdullah Samsuddin, Tesis Ilmiah : Industri Balak di Negeri Perak , Malaysia : Satu kajian
Dasar dan Perlaksanaannya, Perpustakaan USM, Pulau Pinang,1987.
Ahmad Badri Muhamad (Ed), Sumber Alam  : Potensi dan Penerokaannya, Dewan Bahasa
dan Pustaka,Kuala Lumpur, 1992
Hassan Ahmad, Kaca di Jendela, Dewan Masyarakat , DBP, Kuala Lumpur, Nov 1994
Kamal Ahmad, Alam Sekitar : Kita Harus Bersiap Hadapi Serangan, Berita Harian, Mei
1992
Kassim Ahmad, Mengenali Muslihat Komplot Penaja UNCED, Berita Harian, Mei 1992
Manja Ismail , Permulaan Ke Arah Kerjasama Lebih Erat, Berita Harian, 25.4.1992

You might also like