You are on page 1of 4

Sejak akhir-akhir ini kecurian barangan logam semakin menjadi-jadi. Oleh itu, usahausaha pencegahan perlu dilaksanakan.

Berikan pandangan anda tentang hal ini.

Logam telah digunakan sejak beribu-ribu tahun lalu malah ia memainkan peranan utama dalam pembangunan tamadun manusia. Logam adalah bahan serbaguna, kuat, tahan lama, magnetik dan konduktif menjadikan logam boleh dipelbagaikan. Kenaikan harga logam dan bahan keluli di pasaran merupakan punca kehilangan kabel Telekom Malaysia( TM ) ,Tenaga Nasional Berhad( TNB ), bahan logam dan tembaga di premis loji rawatan kumbahan Indah Water Konsortium ( IWK ), dan banyak lagi kes-kes kecurian bahan bahan logam di tapak pembinaan . Bagi syarikat utiliti negara pula mereka terpaksa menanggung kerugian yang banyak akibat daripada perbuatan ini. Harga semasa barangan lusuh daripada besi dan tembaga boleh mencapai antara RM18.00 hingga RM30.00 sekilogram. Telekom Malaysia dilaporkan mengalami kerugian sebanyak RM57.7 juta, manakala Indah Water Konsortium pula dilaporkan mengalami kerugian melebihi RM 7 juta pada tahun lepas. Justeru itu langkah-langkah reaktif dan proaktif perlu diambil bagi membanteras penyangak-penyangak logam ini daripada terus melakukan kerja tidak bermoral ini yang boleh menjejaskan imej negara.

Dalam usaha syarikat utiliti awam berusaha untuk memberi perkhidmatan yang terbaik, seharusnya kita bersama mengembleng tenaga untuk membanteras masalah

kecurian bahan logam ini. Antara usaha pencegahan peringkat awal yang boleh

dilaksanakan

ialah dengan melibatkan semua pihak dari segi kesedaran tentang

tanggungjawab menjaga utiliti awam seperti memantapkan institusi keluarga dan komuniti, serta menerapkan nilai murni dan kesedaran sivik .

Pihak media cetak dan elektronik juga perlulah bekerjasama dengan melaksanakan kempen-kempen kesedaran dan peringatan tentang kepentingan menjaga utiliti awam demi kepentingan dan kebaikan bersama . Mengingatkan tentang masalah-masalah yang bakal dihadapi yang boleh mengganggu kesejahteraan hidup masyarakat. Kegiatan mencuri kabel ini bukan sahaja mengakibatkan bekalan elektrik terputus dan talian telefon terjejas tetapi juga membahayakan nyawa orang awam apabila lubang-lubang pembentungan terbuka tanpa penutup dan ada yang mati terkena renjatan elektrik semasa mencuri kabel. Cara ini mungkin sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran dan menimbulkan rasa keinsafan di kalangan masyarakat.

Langkah seterusnya ialah dengan menyemak semula dan menguatkuasa akta pembelian barangan lusuh. Pihak pihak yang terbabit perlulah menghadkan pengeluaran lesen kepada syarikat barangan lusuh dan mereka juga perlulah mendapatkan permit daripada pihak polis untuk beroperasi. Selain itu, perlulah juga diwujudkan satu sistem untuk mengawal aktiviti membeli bahan logam terpakai dan selalu memantau bagi

memastikan tidak wujudnya premis mudah alih yang menjalankan urusniaga secara haram membeli barangan lusuh.Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ) atau majlis daerah perlulah dipertanggungjawabkan untuk memantau operasi premis-premis ini. Para peniaga yang terlibat di dalam perniagaan ini perlulah menyimpan rekod daripada manakah mereka

mendapat bekalan, lebih-lebih lagi bagi barangan yang tidak boleh dikutip dari tepi jalan atau tempat pembuangan sampah, seperti kabel dan tembaga. Dengan cara ini pencuri pencuri ini akan berfikir dahulu sebelum mencuri kerana mereka pasti tidak mahu identiti mereka direkodkan. Jika pencuri ini dapat ditangkap, selain didakwa kerana mencuri, mereka juga hendaklah dikenakan tuduhan lain kerana kegiatan mereka itu menjurus kepada menganggu ketenteraman awam.

Dalam usaha melibatkan semua masyarakat mengambil berat tentang permasalahan ini langkah memberikan sedikit sagu hati seperti hadiah atau ganjaran kepada pemberi maklumat adalah diharapkan dalam menggalakkan kerjasama daripada mereka.

Rondaan pihak berkuasa di kawasan yang kerap berlaku kecurian juga hendaklah dilakukan dengan lebih kerap lagi supaya kegiatan ini dapat dikawal. Selain itu untuk memantapkan lagi tahap keselamatan pihak terbabit perlulah mendapatkan khidmat syarikat kawalan keselamatan bagi menyelia premis mereka.

Usaha-usaha proaktif lain yang boleh dilakukan dalam mencegah perbuatan mencuri barangan logam ini ialah dengan mempelopori penggunaan alatan alternatif seperti memperluaskan lagi penggunaan alatan tanpa wayar bagi Telekom Malaysia, penggunaan kabel bawah tanah bagi Tenaga Nasional Berhad, dan bagi Indah Water Konsortium dan Syarikat bekalah air bolehlah menggantikan bahan-bahan logam mereka kepada bahan polimer atau plastik yang mana kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan ( R&D) telah dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Bahan Termaju ( AMREC). Semoga dengan adanya

pembangunan dalam teknologi ianya dapat membantu mengurangkan kes-kes kecurian bahan logam ini malahan dapat menyelamatkan banyak pihak daripada terus menanggung kerugian.

( 595 patah perkataan )

You might also like