You are on page 1of 7

Zon bebas cukai yang terletak di Rantau Panjang, Kelantan merupakan kawasan destinasi

tarikan pelancong untuk membeli belah kerana harga barangan yang ditawarkan di kawasan
zon bebas cukai ini dikatakan jauh lebih murah berbanding dibeli di kawasan bukan bebas
cukai. Ini kerana pelbagai jenis barangan dan cenderahati yang dijual di kawasan zon bebas
cukai tidak dikenakan sebarang cukai ke atas barangan.

1. Sempadan Malaysia-Thailand adalah bermula dari Batu Putih di utara Kuala Perlis
hingga ke Sungai Kolok, Tak Bai di kelatan yang panjangnya adalah sejauh 646.5 km yang
mana sempadan daratnya adalah 551.5 km. Kajian ini memfokuskan kepada kawasan
sempadan Rantau Panjang dan Sungai Golok yang mana bermula dari Jeli, Pengkalan Kubor,
Tumpat hingga Rantau Panjang, Kelantan adalah kira-kira 95 kilometer panjang dan ianya
adalah kawasan sempadan utama yang memisahkan negeri Kelantan dengan Wilayah
Narathiwat, Thailand.

2. Kawasan sempadan antara pekan Sungai Golok dan Rantau Panjang merupakan salah
satu penggerak yang penting bagi perkembangan ekonomi kawasan Pekan Rantau Panjang.
Pada masa yang sama, kawasan ini juga telah memberikan impak yang negatif kepada negara
kerana kebanyakan barangan yang dibawa masuk dan keluar adalah secara tidak sah
walaupun pelbagai usaha pencegahan dan penubuhan badan-badan berkanun bagi mencegah
kegiatan ini tetapi masih kurang berkesan. Pemeriksaan dan kawalan dari Unit Pencegah
Penyeludupan, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Jabatan Imigresen dan Polis Diraja
Malaysia masih gagal menyekat aktiviti penyeludupan ini.

Namun begitu, kedudukan Rantau Panjang yang bersempadan dengan Sungai Golok,
Thailand ini telah memberi impak yang negatif kepada negara kerana kebanyakan barangan
yang dibawa masuk dan keluar adalah secara tidak sah walaupun pelbagai usaha pencegahan
dan penubuhan badan-badan berkanun bagi mencegah kegiatan ini tetapi masih kurang
berkesan. Pemeriksaan dan kawalan dari Unit Pencegah Penyeludupan, Jabatan Kastam dan
Eksais Diraja, Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia masih gagal menyekat aktiviti
penyeludupan dadah, beras, gula, manusia dan sebagainya kerana dikatakan terdapat banyak
pangkalan haram berada di sini untuk melakukan kegiatan haram di sepanjang sempadan
Malaysia-Thailand.

Faktor kawasan sempadan antara pekan Sungai Golok dan Rantau Panjang merupakan salah
satu penggerak yang penting bagi perkembangan ekonomi kawasan Pekan Rantau Panjang.
Ini adalah kerana kemasukan barangan dari negara Thailand secara seludup yang dibawa
masuk melalui perairan Sungai Golok apabila dieksploitasi secara profesional akan dapat
memberikan kesan berganda (multiplier effect) yang mendorong pengembangan wilayah
yang signifikan. Kesan berganda dari kemasukan barangan negara Thailand terutama
kemasukan secara haram (penyeludupan) melalui perairan Sungai Golok berlaku di sektor
ekonomi serta sumbangannya yang besar terhadap penciptaan peluang pekerjaan dan sumber
pendapatan, khususnya di kawasan penempatan di sepanjang peraliran Sungai Golok dan
Rantau Panjang.Rantau Panjang juga di ibaratkan sebagai syurga membeli-belah bagi
penduduk luar Kelantan mahupun penduduk di sekitar Rantau Panjang. Pelbagai barangan
keperluan boleh diperolehi di Pekan Rantau Panjang dengan harga yang murah dan
berpatutan.
Perbincangan

1. Kajian ini akan memfokuskan cabaran yang dihadapi oleh pihak penguatkuasa dan
agensi-agensi berkaitan di sempadan Rantau Panjang dan Sungai Golok. Antara cabaran
utama yang dihadapi oleh pihak berkuasa adalah berdasarkan faktor sosioekonomi setempat
dan integrasi maklumat bagi agensi-agensi terlibat untuk mengawal kegiatan jenayah rentas
sempadan.

a. Sosioekonomi. Antara cabaran berdasarkan sosioekonomi yang dapat


dibentangkan adalah seperti berikut:
(1) Geografi di kawasan tersebut akan memberikan impak berikutan
keadaan lembaran Sungai Golok yang pendek dan cetek yang memudahkan
penyeludup untuk merentas sungai tersebut dalam tempoh jangka masa yang
singkat.

(2) Bentuk muka bumi yang berbukit bukau dan lembangan sungai yang
berliku-liku menyukarkan saling pandang pos-pos keselamatan bagi
memantau dengan lebih efisien.

(3) Cuaca memberikan kesan kepada perubahan sungai dan ini


membolehkan trend dan taktik penyeludup berubah-ubah.

(4) Penempatan padat di tanah rizab sungai dan tanah milik persendirian
menyukarkan pihak berkuasa mengambil langkah pencegahan awal
membendung aktiviti berkaitan.

(5) Faktor hubungan kekeluargaan dan dwi kerakyatan menyukarkan


pihak berkuasa mendapatkan petunjuk lebih mendalam berikutan penduduk
tempatan sukar memberi kerjasama untuk menyalurkan maklumat kepada
pihak berkuasa.

(6) Penduduk tempatan telah menganggap aktiviti ini adalah sebagai


sumber mata pencarian sejak turun temurun melalui kaedah membawa masuk
dan keluar barangan terkawal serta menjadi tonto/mata-mata penyeludup ini
menyukarkan tindakan yang lebih efektif oleh pihak berkuasa.
b. Kerjasama Antara Agensi. Bagi melaksanakan kawalan dan pencegahan
terhadap isu di sempadan ini memerlukan kerjasama daripada agensi penguatkuasaan
terlibat. Namun begitu, cabaran yang dihadapi oleh agensi penguatkuasaan adalah
seperti berikut:

(1) Integrasi Maklumat. Setiap agensi dilihat bekerja secara in-silo dan
tiada kerjasama dalam perkongsian maklumat berkaitan isu sempadan di
peringkat pemerintahan dan staf.

(2) Bidang Kuasa. Sebagaimana yang diamalkan di Malaysia, setiap


agensi mempunyai bidang kuasa dan akta yang berkaitan untuk menangkap
dan mendakwa penyeludup. Justeru, bagi meningkatkan keberkesanan
penguatkuasaan, perubahan terhadap akta tertentu perlu di teliti semula supaya
setiap agensi diberi lebih kuasa untuk menangkap dan mendakwa penyeludup.
Sebagai contoh bidang kuasa ATM dalam mengawal sempadan perlu
diperhalusi supaya ATM juga diberikan kuasa yang sama dan setara dengan
lain-lain agensi bagi melaksanakan penangkapan semasa melaksanakan
operasi di sempadan sebagaimana penglibatan ATM dalam Operasi Merpati di
kawasan Rantau Panjang ke Jeli. Meskipun tugas ini di luar bidang kuasa
ATM, namun atas arahan pihak kerajaan, ATM turut mengembling tenaga
bagi menangani masalah penyeludupan ini. Pelbagai kekangan yang dihadapi
ATM dalam tempoh operasi ini dilaksanakan kerana mempunyai bidang kuasa
yang terhad selain daripada Ordinan Darurat. Pihak ATM hanya perlu
bergantung kepada Rules of Engagement (ROE) yang digariskan untuk
berhadapan dengan pelbagai bentuk ancaman daripada penjenayah rentas
sempadan dan juga penduduk setempat.

(3) Kelemahan lain yang perlu diperhalusi adalah penguatkuasaan undang-


undang di mana pengimport dan pengeksport terpaksa melalui beberapa
lapisan check-point dengan pelbagai bentuk dokumen tertentu dari segi borang
dan pengesahan. Selain kesukaran ini, kos menunggu dan kos birokrasi ini
agak tinggi berbanding menyeludup melalui Sungai Golok dengan kos yang
rendah dan jangka masa yang lebih pendek. Antara akta yang digunapakai
ialah Akta Kastam 1964, Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Pengangkutan
Jalan bagi yang terlibat dengan pengubahsuaian kenderaan. Walau
bagaimanapun, akta yang ada ini memerlukan lebih ramai anggota untuk
penguatkuasaan yang berkesan.Jika berdasarkan keadaan semasa, bilangan
anggota tidak mencukupi untuk memastikan penguatkuasaan ini dapat
dilaksanakan dengan berkesan.
ANALISA
1. Kajian ini adalah menggunakan teknik analisis SWOT yang bertujuan untuk
mengenalpasti empat kuadran iaitu strength (S) /kekuatan (K), weakness (W)/ kelemahan (L),
opportunity (O)/ peluang (P) dan threat (T)/ ancaman (A) yang dihadapi oleh agensi
penguatkuasaan dan seterusnya mengenalpasti dua cabaran utama oleh agensi
penguatkuasaan dalam melaksanakan tugas di persempadanan negera yang memfokuskan
kawasan Rantau Panjang, Kelantan dan Sungai Golok.
ANALISA SWOT CABARAN AGENSI PENGUATKUASA DALAM
MELAKSANAKAN TUGAS
KEKUATAN KELEMAHAN PELUANG ANCAMAN
Kuasa - AKTA Keadaan demografi Kerjasama proaktif Tradisional
dan geografi dengan
pihak Thailand
Agensi keselamatan Intangeble factor Pembangunan Bukan Tradisional
(integrity)

Permintaan Membekalkan NGO


Barangan bekalan
Kemudahan
Komunikasi

Bekerja In-Silo
Birokrasi Politik

STRATEGI STRATEGI STRATEGI STRATEGI


UNTUK UNTUK UNTUK UNTUK
MENGEKALKAN MEMBAIKI DIDAPATI MENGELAK
BINA DAN ATAU
EKSPLOIT MELAWAN
Meningkatkan Akta dikaji semula Kerajaan Melaksanakan
integrasi kempen/
aktiviti PS.
Mewujudkan Memperhalusi kajian Bajet (peralatan/ Kempen integriti
organisasi bersepadu penugasan agensi pagar/ rmk-12) terhadap
berkaitan agensi kerajaan

Agensi yang Audit Melaksanakan Reward to the


mempunyai kuasa kempen/ informer
aktiviti Gerak Saraf
terhadap masyarakat
(banteras dalang
penjenayah
tempatan)

Pemutihan Kawasan

Jadual 1. Analisis SWOT


Data dianalisis secara pendekatan kajian induktif dan juga kualitatif. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa cabaran sosioekonomi dan kerjasama antara agensi mempunyai banyak
kelemahan dan fokus kajian ini juga untuk menilai dan mengenalpasti gambaran untuk
merangka strategi dan cadangan selaras dengan objektif kajian ini. Jadual 1 berikut adalah
merupakan Analisa SWOT yang menunjukkan dua cabaran utama yang dihadapi oleh agensi
penguatkuasaan iaitu sosio-ekonomi dan kerjasama antara agensi.
a. Cabaran Sosio-Ekonomi. Keadaan geografi sungai golok yang memiliki
kelebaran yang pendek antara 40 hingga 50 meter (tertakluk mengikut kawasan). Hal
ini memudahkan aktiviti jenayah rentas sempadan berlaku dengan berleluasa dan pada
masa yang sama Kepadatan kawasan berpenduduk di sepanjang sungai golok
menyukarkan pelaksanaan penguatkuasaan oleh pihak berkuasa kerana ia melibatkan
tanah persendirian. Mereka juga mempunyai dwi kerakyatan dan ia memudahkan
mereka untuk berulang-alik antara dua negara. Pada masa yang sama, penduduk
setempat juga telah menganggap aktiviti perniagaan rentas sempadan melalui Sungai
Golok adalah bukan aktiviti yang menyalahi undang-undang berikutan kebiasaan dan
rutin mereka sejak dahulu lagi. Sumber pendapatan / ekonomi penduduk di sepanjang
Sungai Golok adalah bekerja sebagai tonto dan informer kerana pendapatan yang
mudah untuk diperolehi di samping mendatangkan hasil yang lumayan

b. Selain itu, pasukan dan agensi penguatkuasa yang beroperasi di kawasan


tersebut perlu berhadapan dengan ancaman kumpulan tradisional dan bukan
tradisional antaranya pasukan keselamatan dari negara Thailand, Thai Border Patrol
Police (Tochodo) sebagai ancaman kumpulan tradisional yang berkemungkinan
berlaku kesalahfahaman dalam melaksanakan tugas kerana Tochodo juga pernah
memasuki Kawasan sempadan Malaysia. Selain itu ancaman bukan tradisional yang
melibatkan kumpulan pemisah di Kawasan sempadan, PATI, sindiket dan penjenayah.
Pada masa yang sama, kebanyakan penduduk yang tinggal di sepanjang sungai golok
mempunyai hubungan kekeluargaan dengan pihak penyeludup dan bertindak sebagai
‘double agent’.
c. Kejadian serangan ke atas pos keselamatan hadapan pasukan kompeni ranger
4514 di daerah Tak Bai, Wilayah Narathiwat pada 3 ogos 2021 merupakan bukti yang
jelas bahawa bumi Malaysia dijadikan sebagai safe haven kepada kumpulan puak
pemisah Selatan Thailand yang seterusnya berupaya menggugat kedaulatan negara
dan hubungan diplomatik malaysia-thailand sekiranya kejadian seumpama itu berlaku
sekali lagi

e. Kerjasama Antara Agensi. Tedapat pelbagai agensi yang terlibat dalam


melaksanakan penugasan dan operasi sempadan di Rantau Panjang. Antaranya adalah
melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu Tentera Darat (TD) khasnya dan
juga Polis iaitu Pasukan Gerakan Am (PGA). Perbezaan latihan dan doktrin telah
menjadi faktor kepada pasukan ini bekerjasama di mana mereka akan memilih untuk
bekerja secara in-silo. Agensi Penguatkuasaan adalah kekuatan utama kepada negara
dan bagi meningkatkan pengawalan di kawasan operasi, pasukan keselamatan /
agensi kerajaan yang beroperasi dan melaksanakan tugas di sepanjang sempadan
malaysia-thailand seharusnya diletakkan di bawah pemerintahan satu bumbung seperti
yang dilaksanakan oleh pihak Royal Thailand Army (RTA) yang meletakkan
tanggungjawab 4 wilayah bergolak Selatan Thailand di bawah pemerintahan 4th
Army bagi memudahkan penyatuan integrasi maklumat.

f. Pada masa yang sama, cabaran yang dihadapi oleh PGA atau ATM khasnya
adalah melibatkan penguatkuasaan. PGA dan ATM tidak menpunyai bidangkuasa
untuk mendakwa kesalahan yang melibatkan kes-kes tertentu kerana kes tersebut
adalah di bawah bidang kuasa pasukan lain. Sebagai contoh, sekiranya tangkapan
yang dibuat adalah daripada kategori barangan kawalan maka pihak yang
bertanggungjawab untuk membuat pendakwaan adalah Kementerian Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Sebaliknya, jika tangkapan tersebut
melibatkan barangan yang melibatkan cukai dan dilarang seperti rokok, arak, dadah
dan mercun, pendakwaan akan diserahkan kepada JKDM. Selain daripada itu, Jabatan
Imigresen akan melaksanakan pendakwaan jika hasil tangkapan daripada PGA dan
ATM melibatkan pendatang asing tanpa izin (PATI).

g. Birokasi politik juga telah mejadi faktor pendorong tehadap konsistensi


penugasan dan penugasan yang dimanik dimana ianya juga telah menyukarkan
pentadbiran semasa pengoperasian di sempadan. Sebagai contoh yang mana dahulu
diwujudkan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) dan diberi tanggungjawab dalam
membenteras kegiatan penyeludupan barangan dan manusia melalui sempadan dan
kemudian Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) diperkenalkan pada tahun
2015 yang mana berfungsi untuk mengawal jalan masuk dan keluar Malaysia
daripada aktiviti haram seperti penyeludupan, pendatang tanpa izin,
dan pemerdagangan manusia dengan memerlukan kerjasama ATM, PDRM, PGA dan
UPP. Fungsi AKSEM itu sendiri tidak dapat diperkasakan oleh faktor dan agenda
politik semasa menyebabkan ianya dibubarkan.

You might also like