You are on page 1of 20

0

|PANDUAN JAR POLYCC 2023


1

TUJUAN
Panduan Jawatankuasa Antirasuah (JAR) Politeknik dan Kolej Komuniti ini adalah
bertujuan bagi menerangkan dengan lebih jelas berkaitan pengurusan JAR di
peringkat politeknik dan kolej komuniti. Diharap dengan adanya panduan ini dapat
dijadikan rujukan berkaitan pengurusan JAR di institusi masing-masing.

PENGENALAN

PELBAGAI USAHA telah


dan sedang dilaksanakan di
peringkat Kementerian
Pendidikan Tinggi (KPT) dan
Jabatan Pendidikan Politeknik
dan Kolej Komuniti (JPPKK)
khususnya bagi
memperkukuhkan Sistem
Pengurusan Pentadbiran
Kerajaan dalam memastikan
pengurusan pentadbiran di
JPPKK ini bebas daripada
perlakuan rasuah, salahguna
kuasa dan penyelewengan.

Usaha berterusan ini dilihat merupakan salah satu daripada tindakan yang wajar
diambil perhatian oleh semua pihak dapat menurunkan status penarafan risiko JPPKK
yang kini berada dalam kategori berisiko TINGGI. Pada 10 Februari 2021, Jabatan ini
telah menerima satu surat Pemakluman Status Penarafan Semula Risiko Agensi
Tahun 2021- Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti daripada Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Menerusi surat tersebut, SPRM melalui
Bahagian Pengurusan Integriti Agensi (BPIA) telah melaksanakan penarafan semua
agensi tahun 2020 dan hasil dapatan Bahagian tersebut telah mendapati bahawa
JPPKK kini berada dalam kategori risiko tinggi. Risiko dalam konteks penarafan ini
merangkumi faktor ancaman (threat) bagi kesalahan rasuah dan faktor

|PANDUAN JAR POLYCC 2023


2

kemudahterancaman (vulnerability) iaitu kecenderungan berlakunya kesalahan


rasuah berdasarkan kepada ciri-ciri agensi.

Berikutan daripada penarafan yang telah diterima ini, pihak Jabatan telah merangka
pelbagai strategi dalam mengingkatkan pengukuhan governan, integriti dan anti
rasuah menerusi pelaksanaan berterusan Jawatankuasa Antirasuah (JAR) di semua
institusi, perkongsian PINTAR dan lain-lain aktiviti lain yang berkaitan.

LATAR BELAKANG JAR


Sistem pentadbiran yang lebih bersih, telus, efektif dan terbuka menjadi agenda utama
Kerajaan melalui tindakan mencegah penyelewengan dan ketirisan dana Kerajaan
demi kebajikan rakyat dan kepentingan negara

Kepimpinan Kerajaan kini telah menyatakan hasrat dan komitmen yang tinggi untuk
menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang bebas daripada rasuah serta
meningkatkan tadbir urus dan integriti di kalangan warga kerja terutamanya mereka
yang dalam perkhidmatan awam.

Bagi merealisasikan agenda ini, Kerajaan bersetuju supaya Jawatankuasa Khas


Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan (JKKMKPK) dipinda kepada
Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) pada 8 Jun 2018.
Mesyuarat JKKMKPK Siri 70/ JKKMAR Siri 1 Bil. 1 Tahun 2018 pada 8 Jun 2018 telah
bersetuju supaya usaha pemantapan sistem pengurusan pentadbiran Kerajaan
mengenai governans, integriti dan antirasuah perlu diberi penekanan serius.

Mesyuarat tersebut juga memutuskan sekretariat JKKMAR diletakkan di bawah Pusat


Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) yang diwujudkan bagi
menasihat, merancang, menyelaras, memantau, menilai dan melapor semua inisiatif
berkaitan governans, integriti dan antirasuah sekali gus menjadikan GIACC peneraju
dalam usaha-usaha pemantapan berkaitan governans, integriti dan antirasuah dalam
pentadbiran Kerajaan Malaysia.

|PANDUAN JAR POLYCC 2023


3

APA ITU JAR?


Pemantapan governans, integriti dan antirasuah mempunyai visi untuk menjadikan
Malaysia sebuah negara yang memartabatkan governans, integriti dan antirasuah di
mata dunia. Visi ini dicapai melalui misi yang ditetapkan iaitu meningkatkan
kecekapan dan ketelusan pengurusan Kerajaan berteraskan prinsip governans,
integriti dan antirasuah yang memfokuskan kepada tiga bidang utama iaitu
pengukuhan governans, pemantapan integriti dan antirasuah. bagi mencapai objektif
ini, dua jawatankuasa utama bertindak sebagai penggerak iaitu:

❖ Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR); dan


❖ Jawatankuasa Anti-Rasuah (JAR)

Objektif JKKMAR dan JAR dalam sistem pengurusan pentadbiran Kerajaan adalah
seperti berikut:

❖ Meningkatkan komitmen Kerajaan merangkumi semua sektor dalam


pembanterasan rasuah sekali gus meningkatkan imej negara;
❖ Menjana sinergi dalam memastikan sistem pentadbiran Kerajaan dapat
digerakkan dalam persekitaran sifar toleransi terhadap rasuah; dan
❖ Memperkukuh kualiti sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan berteraskan
prinsip ketelusan, akauntabiliti serta berdaya saing.

TERMA RUJUKAN JAR


Empat terma rujukan Pemantapan Governans, Integriti dan Antirasuah dalam
pengurusan pentadbiran Kerajaan adalah seperti berikut:

DASAR, PERUNDANGAN DAN PERATURAN


Mengenal pasti, mengkaji serta memperaku pindaan atau keperluan kepada mana-
mana dasar dan perundangan kementerian, jabatan dan agensi serta peraturan-
peraturan yang dapat mengatasi kelemahan pengurusan, mempertingkatkan kawalan
dalaman terhadap pelanggaran integriti, perlakuan rasuah, salah guna kuasa,
penyelewengan dan kelemahan governans.

|PANDUAN JAR POLYCC 2023


4

Seterusnya mewujud dan mendokumenkan pelan pencegahan bagi meningkatkan


amalan governans terbaik bagi mengatasi kerenah birokrasi ke arah pencapaian
sistem penyampaian Perkhidmatan Awam yang berintegriti dan akauntabiliti.

Huraian:

i. Timbul sesuatu isu berkaitan pelanggaran integriti, perlakuan rasuah,


salah guna kuasa, penyelewengan dan kelemahan governans namun
perkara ini tidak dapat ditangani dengan dasar, undang-undang dan
peraturan sedia ada;
ii. Peruntukan dasar, undang-undang dan peraturan sedia ada terlalu
kabur, longgar dan mudah untuk dimanipulasi oleh pihak tertentu;
dan;
iii. Ketiadaan atau kelemahan pelan pencegahan yang bersesuaian
menyebabkan kementerian, jabatan dan agensi tidak dapat menangani
isu pelanggaran integriti, perlakuan rasuah, salah guna kuasa,
penyelewengan dan kelemahan governans dengan berkesan.

SISTEM DAN PROSEDUR


Mengenal pasti dan mengkaji kelemahan atau keperluan sistem dan prosedur kerja
kementerian, jabatan dan agensi yang lapuk ataupun terlalu rumit sehingga
menimbulkan pelbagai kerenah birokrasi, melemahkan pentadbiran, ketidakadilan
serta membuka peluang kepada perlakuan rasuah, penyelewengan dan salah guna
kuasa.

Kementerian, jabatan dan agensi hendaklah mengambil tindakan untuk menambah


baik dan memperakukan apa-apa perubahan dalam sistem dan prosedur kerja yang
berkaitan serta memaklumkan kepada seluruh warga kerja kementerian, jabatan dan
agensi.

|PANDUAN JAR POLYCC 2023


5

Huraian:

i. Terdapat isu berkaitan pelanggaran integriti, perlakuan rasuah, salah


guna kuasa, penyelewengan dan kelemahan governans yang tidak dapat
ditangani dengan sistem dan prosedur kerja sedia ada;
ii. Sistem dan prosedur kerja sedia ada tidak mengambil kira integrasi
sistem antara agensi yang mengakibatkan pelanggaran integriti,
perlakuan rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan dan kelemahan
governans; dan
iii. Sistem dan prosedur kerja sedia ada telah lapuk, longgar dan tidak
releven dengan keperluan semasa akibat perubahan dasar, perundangan,
peraturan dan teknologi terkini.

PENGUKUHAN GOVERNANS DAN INTEGRITI


Mengenal pasti isu dan tindakan yang bersesuaian bagi memperkukuh aspek
governans dan integriti melalui inisiatif pencegahan, penggalakan dan pembudayaan
governans dan penginstitusian integriti secara terancang bagi mencegah pelanggaran
integriti, perlakuan rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan dan kelemahan
governans.

Huraian:

i. Kelemahan governans dalam pengurusan organisasi yang melibatkan


elemen-elemen seperti ketelusan (transparent), akauntabiliti
(accountability), kedaulatan undang-undang (rule of law), responsif
(responsiveness), kesepakatan (consensus oriented), ekuiti dan
kebersamaan (equity and inclusiveness), keberkesanan dan kecekapan
(effectiveness and efficiency) serta penglibatan (participation) warga
organisasi; dan
ii. Kelemahan integriti melibatkan nilai dan etika dalam kalangan individu
antaranya termasuklah isu kepimpinan, kejujuran, amanah dan
kewibawaan.

|PANDUAN JAR POLYCC 2023


6

PENGESANAN, PEMATUHAN, PUNITIF DAN PEMULIHAN


Melaksanakan tindakan pengesanan, pematuhan, punitif dan pemulihan yang tegas
secara adil dan saksama terhadap sebarang pelanggaran undang-undang, peraturan
dan prosedur kerja atau kod etika kerja. Bekerjasama dengan agensi penguat kuasa
yang berkaitan atau mana-mana pihak lain bagi mengambil tindakan sewajarnya
terhadap sebarang bentuk salah laku atau jenayah yang dilakukan oleh warga
organisasi dan pihak luar yang berkepentingan dengan organisasi. Mengambil
tindakan pembetulan dan pencegahan dengan segera berdasarkan undang-undang
atau peraturan tatatertib terhadap mereka yang terlibat.

OBJEKTIF JAR
Meningkatkan komitmen institusi dalam membanteras rasuah sekali gus
meningkatkan imej Jabatan, Kementerian dan Negara secara amnya;
Meningkatkan kesedaran di kalangan semua warga institusi agar sistem
pentadbiran dapat digerakkan dalam persekitaran sifar toleransi terhadap rasuah;
dan
Mengukuhkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan berteraskan
prinsip ketelusan, akauntabiliti serta anti rasuah.

|PANDUAN JAR POLYCC 2023


7

STRUKTUR DAN MEKANISME

|PANDUAN JAR POLYCC 2023


8

JADUAL MESYUARAT JAR PERINGKAT INSTITUSI, ZON, JPPKK DAN KPT 2023

BIL PERKARA JAN FEB MAC APR MEI JUN JUL OGS SEPT OKT NOV DIS

MESYUARAT JAR
1. INSTITUSI

MESYUARAT JAR
2. PERINGKAT ZON

MESYUARAT JAR JABATAN


3. PENDIDIKAN POLITEKNIK
DAN KOLEJ KOMUNITI
MESYUARAT JAR
4. KEMENTERIAN
PENDIDIKAN TINGGI
MESYUARAT JAR
5. PERINGKAT KEBANGSAAN

CATATAN:
• Tarikh mesyuarat tertakluk kepada perubahan/pindaan semasa
• Maklum balas JAR hendaklah dikemukakan oleh zon kepada BGK selewat-lewatnya 2 minggu selepas mesyuarat diadakan.

|PANDUAN JAR POLYCC 2023


9

JAR PERINGKAT JPPKK


Keanggotaan JAR di peringkat JPPKK adalah terdiri daripada:

Ketua
Pengerusi
Pengarah

Timbalan
Pengerusi ganti Ketua
Pengarah

TKP (P), Pengarah-


Pengarah Pengerusi
Ahli TKP(G), Bahagian Zon
PKK, PKA JPPKK

Penyelaras Subunit Aduan & Integriti, BGK

PERANAN JAR JPPKK

Menyelaras, mengenal pasti isu, masalah dan langkah-langkah penambahbaikan


berdasarkan empat terma rujukan yang telah ditetapkan bagi tujuan dibentangkan
sebagai agenda wajib Mesyuarat JAR peringkat Jabatan dan Kementerian;
Merancang, menyelaras dan melaksanakan program/hebahan berkaitan integriti
dan antirasuah; dan
Memberikan latihan kepada penyelaras JAR institusi berkaitan pelaksanaan JAR
peringkat zon dan institusi.

|PANDUAN JAR POLYCC 2023


10

JAR PERINGKAT ZON

PERANAN PENGERUSI ZON JAR

Mempengerusikan Mesyuarat JAR di peringkat Zon;


Memberi khidmat nasihat berkaitan isu, masalah dan langkah-langkah
penambahbaikan berdasarkan empat terma rujukan yang telah ditetapkan bagi
peringkat Zon;
Membentangkan maklum balas pelaporan isu JAR sebagai agenda wajib dalam
Mesyuarat JAR di peringkat Zon;
Mengesahkan maklum balas pelaporan isu JAR peringkat zon yang perlu dihantar
kepada Penyelaras JAR, JPPKK; dan
Merancang program-program pembudayaan integriti dan anti rasuah serta
membuat hebahan di peringkat Zon samada secara bersemuka atau secara maya.

SENARAI TUGAS JAR ZON

JAWATANKUASA SENARAI TUGAS

Pengerusi Ganti 1. Mempengerusikan Mesyuarat JAR sekiranya Pengurusi


tidak dapat mempengerusikan mesyuarat

Ahli 1. Keahlian JAR peringkat Zon adalah terdiri daripada


Pengarah, Timbalan Pengarah atau wakil daripada
Politeknik dan Kolej Komuniti di bawah Zon masing-masing
2. Kehadiran ahli JAR ke Mesyuarat JAR Peringkat Zon
adalah perlu direkodkan
3. Memberi komitmen sepenuhnya untuk menyokong
pelaksanaan program-program pembudayaan integriti dan
antirasuah serta membuat hebahan di institusi samada
secara bersemuka atau secara maya

Penyelaras 1. Merancang jadual dan mengurusetia Mesyuarat JAR di


peringkat Zon

|PANDUAN JAR POLYCC 2023


11

JAWATANKUASA SENARAI TUGAS

2. Menyelaras isu, masalah dan langkah-langkah


penambahbaikan berdasarkan empat terma rujukan yang
telah ditetapkan bagi peringkat Zon
3. Menyediakan laporan isu JAR dan dibentangkan sebagai
agenda wajib dalam Mesyuarat JAR di peringkat Zon
4. Menghantar laporan isu JAR yang tidak dapat diselesaikan
di peringkat Zon kepada Penyelaras JAR, JPPKK
5. Melaksanakan program-program pembudayaan integriti
dan antirasuah serta membuat hebahan di peringkat Zon
samada secara bersemuka atau secara maya

Urus setia 1. Mengurusetiakan pelaksanaan Mesyuarat JAR peringkat


Zon
2. Membantu menyelaras isu, masalah dan langkah-langkah
penambahbaikan berdasarkan empat terma rujukan yang
telah ditetapkan bagi peringkat Zon
3. Menyediakan minit mesyuarat JAR peringkat Zon
4. Membantu melaksanakan program-program pembudayaan
integriti dan antirasuah serta membuat hebahan di peringkat
Zon samada secara bersemuka atau secara maya

|PANDUAN JAR POLYCC 2023


12

CADANGAN CARTA ORGANISASI JAR ZON

PENGERUSI
PENGERUSI ZON

PENGERUSI GANTI
TIMBALAN PENGERUSI ZON

AHLI-AHLI

AHLI* AHLI* AHLI* AHLI* AHLI* AHLI*

PENYELARAS
Ditentukan oleh Pengerusi Zon

URUS SETIA
Ditentukan oleh Pengerusi Zon

*Bilangan keahlian tertakluk kepada jumlah institusi di bawah seliaan zon masing-masing.

|PANDUAN JAR POLYCC 2023


13

SENARAI PENGERUSI DAN TIMBALAN PENGERUSI ZON

BIL ZON PENGERUSI TIMBALAN PENGERUSI

1. PENGARAH POLIMAS PENGARAH KK BANDAR


PERLIS & KEDAH
DARUL AMAN

2. PENGARAH PSP PENGARAH KK KEPALA


PULAU PINANG
BATAS

3. PENGARAH PSA PENGARAH KK


SELANGOR & W.P
SELAYANG

4. MELAKA & NEGERI PENGARAH PPD PENGARAH KK MASJID


SEMBILAN TANAH

5. PENGARAH PUO PENGARAH KK


PERAK
CHENDEROH

6. PENGARAH POLISAS PENGARAH KK


PAHANG
KUANTAN

7. PENGARAH PIS PENGARAH KK


JOHOR
SEGAMAT

8. KELANTAN & PENGARAH PKB PENGARAH KK KOK


TERENGGANU LANAS

9. PENGARAH PKS PENGARAH KK MAS


SARAWAK
GADING

10. SABAH PENGARAH PKK PENGARAH KK TAWAU

|PANDUAN JAR POLYCC 2023


14

JAR PERINGKAT POLITEKNIK DAN


KOLEJ KOMUNITI

SENARAI TUGAS AHLI JAR POLITEKNIK DAN KOLEJ


KOMUNITI

JAWATANKUASA SENARAI TUGAS

Pengerusi 1. Mempengerusikan Mesyuarat JAR


2. Memberi khidmat nasihat berkaitan isu, masalah dan
langkah-langkah penambahbaikan berdasarkan empat terma
rujukan yang telah ditetapkan

Pengerusi Ganti 1. Mempengerusikan Mesyuarat JAR sekiranya Pengurusi tidak


dapat mempengerusikan mesyuarat

Ahli 1. Menghadiri Mesyuarat JAR secara berkala berdasarkan


kepada jadual yang telah ditetapkan.
2. Memberi komitmen sepenuhnya untuk menyokong
pelaksanaan program-program pembudayaan integriti dan
antirasuah serta membuat hebahan di institusi samada
secara bersemuka atau secara maya.

Penyelaras 1. Merancang jadual dan mengurusetia Mesyuarat JAR


2. Menyelaras urusan JAR di institusi
3. Menyelaras isu, masalah dan langkah-langkah
penambahbaikan berdasarkan empat terma rujukan yang
telah ditetapkan
4. Menyediakan laporan isu JAR dan dibentangkan sebagai
agenda wajib dalam Mesyuarat JAR
5. Menyelaras program-program pembudayaan integriti dan
antirasuah serta membuat hebahan di institusi samada
secara bersemuka atau secara maya.

|PANDUAN JAR POLYCC 2023


15

JAWATANKUASA SENARAI TUGAS

Urus setia 1. Mengurusetiakan pelaksanaan mesyuarat JAR


2. Menyediakan minit mesyuarat JAR
3. Membantu menyelaras isu, masalah dan langkah-langkah
penambahbaikan berdasarkan empat terma rujukan yang
telah ditetapkan
4. Membantu menyediakan laporan isu JAR dan dibentangkan
sebagai agenda wajib dalam Mesyuarat JAR di peringkat

|PANDUAN JAR POLYCC 2023


16

CADANGAN CARTA ORGANISASI JAR POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI

PENGERUSI
PENGARAH

PENGERUSI GANTI
TIMBALAN PENGARAH (TERKANAN)

AHLI-AHLI

AHLI* AHLI* AHLI* AHLI* AHLI* AHLI*

PENYELARAS
PENYELARAS

URUS SETIA
URUS SETIA
CATATAN
*Bilangan dan senarai ahli-ahli JAR adalah berdasarkan kepada pelantikan yang dibuat oleh Pengarah yang difikirkan perlu dan
bersesuaian.

|PANDUAN JAR POLYCC 2023


17

TAKWIM AKTIVITI PEMBUDAYAAN INTEGRITI DAN ANTIRASUAH (PINTAR) JPPKK 2023

BIL PERKARA JAN FEB MAC APR MEI JUN JUL OGS SEPT OKT NOV DIS

1. HEBAHAN PINTAR

2. MAJLIS LAFAZ IKRAR DAN TANDATANGAN


IBR BERSAMA PENGARAH POLYCC
3. SESI LIBAT URUS BERSAMA PENYELARAS
JAR POLYCC 2023
4. BENGKEL PEMURNIAN GARIS PANDUAN
PENGURUSAN MAKLUM BALAS (ADUAN)
JPPKK
5. MAJLIS LAFAR IKRAR DAN TANDATANGAN
IBR WARGA JPPKK
6. POLISI ANTIRASUAH JPPKK

7. BENGKEL PEMURNIAN GARIS PANDUAN


JAWATANKUASA SIASATAN DALAMAN
(JKSD) JPPKK
8. BENGKEL ASAS SIASATAN JKSD

9. PELANCARAN OACP JPPKK

10. PELANCARAN GOOGLE SITE PINTAR

11. WACANA INTEGRITI

12. SAMBUTAN BULAN INTEGRITI JPPKK

|PANDUAN JAR POLYCC 2023


18

MAKLUM BALAS SENARAI PELAPORAN ISU MESYUARAT JAR PERINGKAT ZON POLITEKNIK DAN
KOLEJ KOMUNITI

A. ZON :
B. PEGAWAI PENYELARAS :
C. EMEL :
D. NO. TELEFON :

Laporkan mengikut pecahan empat (4) terma rujukan JAR mengikut format di bawah:
1. Dasar, Perundangan dan Peraturan
2. Sistem dan Prosedur Kerja
3. Pengukuhan Governans dan Integriti
4. Pengesanan, Pematuhan, Punitif dan Pemulihan
PIHAK-PIHAK USAHA-USAHA STATUS
BIL. ISU PUNCA ISU KESAN ISU LAIN YANG PENYELESAIAN DAN (SELESAI DIPERINGKAT
TERLIBAT STATUS KEMAJUAN INSTITUSI / ZON)

(Nyatakan sama ada isu Usaha-usaha Penyelesaian:


ini membawa
kepada masalah
rasuah/ governans/
integriti/ pentadbiran di Status Kemajuan:
peringkat agensi/
merentas agensi)

Nota:

Maklum balas pelaporan isu peringkat Zon hendaklah diserahkan kepada urus setia JAR JPPKK sekurang-kurangnya 2 minggu
selepas selesai mesyuarat. Maklum balas yang diterima akan diselaraskan oleh BGK untuk dilaporkan di Mesyuarat JAR KP
19

DISEDIAKAN OLEH
Subunit Aduan dan Integriti
Bahagian Governan dan Kecemerlangan
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
Kementerian Pendidikan Tinggi

You might also like