You are on page 1of 3

Kini, masalah pencemaran sungai semakin serius di Malaysia.

Pencemaran sungai menyebabkan air sungai hitam dan


mengeluarkan bau busuk. Pensyarah Pusat Pengajian Sosial,
Persekitaran dan Pembangunan Fakulti Sains Sosial dan
Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM), Prof Datuk
Dr. Mohd Ekhwan Toriman mendedahkan beberapa punca yang
menyebabkan pencemaran sungai yang perlu kita ketahui untuk
mengelakkan perkara seperti umpan habis pancing putus, punca
terlepas daripada tangan berlaku. Persoalannya, apakah punca-
punca pencemaran sungai berlaku? (44)

Pertama, pengusaha kilang yang tidak bertanggungjawab dan


menjadi biang keladinya dalam pencemaran sungai ialah punca
tersebut. Hal ini kerana pengusaha kilang yang ingin menjimatkan
kos pelupusan akan melakukan tindakan yang buruk. Contohnya
ialah membuang sisa-sisa toksik ke dalam sungai. Kesannya,
kehilangan keupayaan ekosistem akan berlaku kerana makhluk-
makhluk sungai mati disebabkan oleh pencemaran air.
Konklusinya, pengusaha kilang yang angkat bahu ialah punca
pencemaran sungai. (61)

Selain itu, anggota masyarakat yang tidak bertanggungjawab


ialah penyebab pencemaran sungai. Hal ini kerana orang yang
berat tulang suka membuang sisa-sisa domestik atau sampah
sarah ke dalam sungai. Contohnya, plastik, botol-botol dan tayar
terpakai. Bukan sahaja itu, pihak kerajaan yang tidak
menguatkuasakan undang-undang juga ialah penyebab pencemaran
sungai. Kesannya, pencemaran sungai tidak boleh diselesaikan dan
menjejaskan kesihatan manusia. Tuntasnya, anggota masyarakat
yang tidak bertanggungjawab ialah punca tersebut. (62)

Kesimpulannya, semua pihak bertanggungjawab untuk menjaga


kebersihan sungai. Oleh itu, fikirkan masak-masak sebelum
membuat keputusan supaya tidak menyesal seperti sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tidak berguna untuk mengelakkan
perkara seperti lain orang makan nangka, orang lain yang kena
getah berlaku. Oleh itu, marilah kita berkejasama bagai aur
dengan tebing untuk mencerahkan masa hadapan Malaysia. (33)

Peribahasa:

i) lain orang makan nangka, lain orang yang kena getah

ii) sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah


juga

iii) sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

i) lain orang makan nangka, lain orang yang kena getah

Maksud: Orang lain yang melakukan kesalahan, orang lain pula


yang dituduh. 比喻无端受害或牵连

Contoh ayat: Ali marah akan orang kampung yang menuduhnya


mencuri walaupun dia tidak melakukannya, ibarat lain orang
makan nangka, lain orang yang kena getah.

ii) sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah


juga
Maksud: Sepandai-pandai seseorang melakukan sesuatu pekerjaan,
sesekali pasti akan tersilap juga. 无论多聪明的人,都会失误或做错

Contoh ayat: Perompak-perompak yang telah lama bermaharaja
lela itu telah ditahan oleh pasukan polis semalam kerana
sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

iii) sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

Maksud: Fikirkan masak-masak sebelum berbuat sesuatu supaya


jangan menyesal. 三思而后行以免将来会后悔

Contoh ayat: Sebelum membuat pembelian sesuatu barang


perlulah difikirkan habis-habisan kerana dirisaukan menyesal
menyebabkan pembelian itu seperti pepatah sesal dahulu
pendapatan sesal kemudian tidak berguna.

You might also like