You are on page 1of 15

NOTA SAINS TAHUN 4 UNIT 5: SIFAT CAHAYA

5.1.1  Pergerakan Cahaya
1. Cahaya kelihatan bergerak daripada sumber cahaya. Pergerakan ini
adalah dalam garis lurus.
2. Cahaya bergerak secara lurus. 
3. Banyak fenomena cahaya bergerak lurus yang berlaku di sekeliling
kita:
1. Cahaya daripada lampu kereta.
2. Alur cahaya matahari pada celahan pokok di kawasan hutan.
3. Cahaya daripada lampu helikopter.

5.1.2  Kejelasan Bayang-bayang Objek


1. Bayang-bayang terbentuk apabila cahaya yang bergerak lurus dihalang
oleh sesuatu objek.
2. Kejelasan bayang-bayang yang terbentuk mungkin berbeza mengikut
jenis objek yang menghalangnya, iaitu sama ada lut sinar, lut cahaya
atau legap.
1. Plastik jernih ialah contoh objek lut sinar kerana membenarkan
semua cahaya melaluinya.
2. Plastik berwarna ialah contoh objek lut cahaya kerana
membenarkan sebahagian cahaya melaluinya.
3. Kad manila pula ialah contoh objek legap kerana tidak
membenarkan cahaya melaluinya. 
5.1.3  Faktor yang Mempengaruhi Saiz Bayang-bayang

Terdapat dua faktor yang mempengaruhi saiz bayang-bayang:

1. Jarak di antara objek dengan sumber cahaya


2. Jarak di antara objek dengan skrin
Aktiviti 1:

Faktor 1: Jarak di antara objek dengan sumber cahaya.

1. Tujuan: Untuk menyiasat hubungan di antara jarak objek dengan

sumber cahaya dan saiz baying-bayang.

2. Hipotesis: Semakin bertambah jarak di antara objek dengan sumber

cahaya, semakin berkurang saiz baying-bayang.

3. Pemboleh ubah:

1. Dimanipulasi: Jarak di antara objek dengan sumber cahaya

2. Bergerak balas: Saiz bayang-bayang

3. Dimalarkan: Jarak di antara objek dengan skrin.

4. Pemerhatian:

Jarak di antara objek dengan sumber Saiz bayang-bayang


cahaya

Kesimpulan:

Semakin bertambah jarak di antara objek dengan sumber cahaya, semakin

berkurang saiz bayang-bayang. 


Aktiviti 2

Faktor 2: Jarak di antara objek dengan skrin.

1. Tujuan: Untuk menyiasat hubungan di antara jarak objek dengan skrin


dan saiz bayang-bayang.
2. Hipotesis: Semakin bertambah jarak di antara objek dengan skrin,
semakin bertambah saiz bayang-bayang.
3. Pemboleh ubah:
1. Dimalarkan: Jarak di antara objek dengan sumber cahaya
2. Bergerak balas: Saiz bayang-bayang
3. Dimanipulasi: Jarak di antara objek dengan skrin
4. Pemerhatian:

Kesimpulan: Semakin bertambah jarak di antara objek dengan skrin, semakin bertambah saiz
bayang-bayang. 
5.1.4  Faktor yang Mempengaruhi Bentuk Bayang-bayang
1. Orientasi objek dan kedudukan sumber cahaya mempengaruhi bentuk
bayang-bayang. 
2. Bentuk bayang-bayang sesuatu objek bergantung kepada:
1. Kedudukan/ Orientasi objek
1. Tujuan: Untuk menyiasat hubungan di antara kedudukan
objek dan bentuk bayang-bayang yang terhasil.
2. Kesimpulan: Bentuk bayang-bayang objek akan berubah
apabila kedudukan/ objek berubah. 
2. Kedudukan sumber cahaya
1. Tujuan: Untuk menyiasat hubungan di antara kedudukan
sumber cahaya dan bentuk bayang-bayang yang terhasil.
2. Kesimpulan: Bentuk bayang-bayang objek akan berubah
apabila kedudukan sumber cahaya berubah. 

5.2.1 Pantulan Cahaya
1. Apabila melihat cermin, kita melihat imej kita terbentuk pada cermin.
Fenomena ini dinamakan pantulan cahaya.
2. Cahaya yang menyinari kamu sebenarnya dipantulkan ke arah cermin,
dan cermin itu pula memantulkan imej ke arah mata kamu.
3. Contoh-contoh fenomena pantulan cahaya:
1. Imej terbentuk pada permukaan air.
2. Imej terbentuk pada permukaan lantai berjubin.
3. Imej terbentuk pada permukaan logam.
4. Info Sains: Bulan bukan sumber cahaya. Bulan kelihatan bercahaya
pada waktu malam kerana Bulan memantulkan cahaya Matahari ke
arah Bumi. 

5.2.2  Kegunaan Pantulan Cahaya


1. Dalam kehidupan harian kita, banyak situasi yang melibatkan kegunaan
pantulan cahaya. Perhatikan contoh di bawah.
1. Cermin muka memantulkan cahaya dari muka ke mata kita.
2. Cermin sisi membolehkan kita melihat objek di belakang dan di
sisi kereta.
3. Cermin cembung membolehkan pemandu melihat kenderaan lain
yang terlindung daripada pandangannya untuk mengelakkan
kemalangan.
4. Cermin pergigian membantu doktor gigi untuk melihat keadaan
gigi pesakit pada bahagian yang terlindung.
5. Pelanggan di kedai kasut boleh melihat imej kasut yang dipakai
melalui cermin yang diletakkan pada bahagian bawah.
6. Pelanggan di kedai gunting rambut boleh melihat imej bahagian
belakang kepalanya melalui cermin yang diletakkan di belakang.
7. Tentera laut boleh melihat objek yang berada di permukaan laut
dari dalam kapal selam dengan menggunakan periskop. Dua
cermin dalam periskop memantulkan cahaya dari objek yang
terhalang ke arah mata pemerhati.
2. Terdapat bahagian yang berkilat pada lampu suluh supaya cahaya dapat
dipantulkan dan kecerahan cahaya yang terhasil bertambah. 
3. Alat mainan, kaleidoskop yang menggunakan prinsip pantulan
cahaya boleh dihasilkan dengan menggunakan kitak berbentuk silinder,
kerajang aluminium, labuci, kad manila, kertas hitam, kertas bercorak,
gam, pita pelekat, gunting dan plastik jernih.

Buku Teks ms 106: Membina Kaleidoskop


5.2.3  Gambar Rajah Sinar
1. Apabila cahaya terkena pada permukaan yang rata dan licin seperti
cermin muka, cahaya tersebut akan dipantulkan.
2. Fenomena ini juga boleh dilukis dalam bentuk gambar rajah sinar
seperti di bawah. 
5.3.1 Pembiasan Cahaya
1. Cahaya dari sudu di dalam air dibiaskan apabila cahaya bergerak dari
air ke udara. Keadaan ini menyebabkan imej sudu berubah ke atas dan
kelihatan bengkok.
2. Apabila cahaya bergerak melalui dua medium yang berbeza, arah
pergerakan cahaya akan berubah. Fenomena ini dinamakan pembiasan
cahaya.
3. Untuk menjadikan saiz imej ikan yang dipamerkan di dalam akuarium
kelihatan lebih besar daripada saiz asalnya, kita boleh menggunakan
cermin yang lebih tebal kerana pembiasan cahaya membolehkan imej
ikan menjadi lebih besar.
5.3.2  Pembentukan Pelangi
1. Apabila Matahari memancarkan cahaya semasa atau selepas hujan,
pelangi akan terbentuk.
2. Apabila cahaya Mahatari terkena pada titisan air hujan, cahaya akan
dibiaskan dan akan membentuk pelangi. 
5.4    Kepentingan Sifat Cahaya dalam Kehidupan
1. Sifat cahaya penting dalam kehidupan kita. Fikirkan:
1. Situasi 1: Jika cahaya tidak bergerak lurus, adakah cahaya dari
lampu suluh dapat menyuluh objek yang dicari dengan tepat?
2. Situasi 2: Jika cahaya tidak dapat dipantulkan, adakah kita dapat
melihat wajah pada cermin?
3. Situasi 3: Jika cahaya tidak dapat dibiaskan, adakah kanta tangan
dapat membesarkan imej objek 

Imbasan Minda

You might also like