You are on page 1of 2

Apa Perbezaan Penulisan IMPAK & REFLEKSI di dalam PdPc?

Refleksi atau impak perlu ditulis setelah berakhirnya PdPC

Impak merupakan sebahagian daripada REFLEKSI

PERSAMAAN refleksi dan impak ialah kedua-duanya mencatatkan:

1. JUMLAH/ BILANGAN murid dan BUKAN PERATUSAN murid yang mencapai objektif dan
yang tidak mencapai objektif.
2. Tindakan yang akan dilaksanakan untuk mengatasi masalah pembelajaran murid.

PERBEZAAN refleksi dan impak ialah REFLEKSI mencatatkan PENAMBAHBAIKAN yang akan
dibuat pada PdPC akan datang.

#Jika guru melaksanakan TP atau Band guru perlu catatkan jumlah murid yang mencapai TP atau
Band yang ditaksir dalam Refleksi.

Contoh impak :

25/32 orang murid mencapai objektif/kemahiran manakala 7 orang murid tidak mencapai objektif.

Contoh refleksi:

25/32 orang murid mencapai objektif/kemahiran manakala 7 orang murid tidak mencapai objektif dan
telah/akan diberi latihan pemulihan dan akan dibimbing lagi dalam PdPC akan datang. Lembaran
kerja @ worksheets akan dipermudah untuk kelas akan datang.

Antara contoh penulisan Impak / Refleksi


🎓 Sesi P&P telah mencapai objektif/target yang diingini
🎓 Murid – murid dapat menguasai kesemua aras P&P

🎓 Murid-murud dapat menguasai kesemua kemahiran yang dipelajari


🎓 Murid-murid dapat menguasai kemahiran pembelajaran secara intensif

🎓 Murid-murid dapat menguasai objektif pembelajaran dengan 10 daripadanya mencapai target


🎓 Murid-murid dapat menguasai aras satu dan dua daripada hasil pembelajaran

📚 5 daripada 30 murid-murid tidak menguasai hasil pembelajaran


📚 10 daripada 30 murid-murid tidak mencapai objektif pengajaran

📚 5 daripada 30 murid-murid tidak menguasai aras 3 daripada hasil pembelajaran


📚 10 daripada 30 murid-murid tidak menguasai aras 2 daripada hasil pembelajaran

📖 Murid-murid kelihatan tidak seronok kerana ketiadaan BBM yang menarik dan bersesuaian
📖 Sebahagian murid-murid kelihatan tidak seronok kerana ketiadaan BBM yang menarik dan
bersesuaian
📖 Hanya sebahagian murid-murid yang mengikuti PdP, manakala bakinya tidak bersungguh-sungguh
dalam PdP
📖 Sebahagian pelajar tiada di dalam kelas kerana menghadiri aktiviti luar kelasa 
📖 PdP ditangguhkan kerana menghadiri mesyuarat / mesyuarat guru

📖 PdP ditangguhkan kerana menghadiri program luar kelas


📖 PdP ditangguhkan kerana menghadiri program luar sekolah

📒 Aktiviti P&P tidak dapat berjalan dengan sempurna pada tempoh yang ditetapkan atas sebab yang
tidak dapat dielakkan
📒 Sebahagian aktiviti P&P perlu diulang semula kerana murid2 tidak menguasai objektif pembelajaran

** Ubahsuai ikut keperluan guru-guru.

You might also like