You are on page 1of 4

Kebaikan Makanan Segera

Budaya pemakanan masyarakat Malaysia pada masa kini iaitu budaya


mengamalkan
makan makanan segera sebenarnya mempunyai pelbagai pra dan kontranya yang
tersendiri. Namun begitu, di sebalik kelebihan dan keburukan yang telah
disenaraikan,
industri makanan segera atau makanan ringan ini sebenarnya menyumbang
kepada
jatuh bangunnya ekonomi negara kita. Misalnya, industri makanan segera ini
mewujudkan banyaak peluang pekerjaan kepada orang ramai, lantas
mengurangkan
kadar pengganguran dalam negara dan seterusnya meningkatkan produktiviti
negara
kita dalam mengeluarkan sesuatu barang dengan kadar yang maksima. Selain
itu,
industri makanan segera ini juga turut membantu dalam menjana pendapatan
negara
dan menghasilkan eksport produk bahan makanan ringan lantas
memperkenalkan
negara kita di mata dunia.
Pengenalan kewujudan industri makanan ringan ini telah mewujudkan peluang
pekerjaan yang banyak dari setiap peringkat industri makanan segera. Sebagai
contoh,
McDonald secara globalnya mempunyai jumlah pekerja lebih daripada 1.5 juta
orang
dan jumlah ini akan bertambah berikutan semakin banyak restoran McDonald di buka di
seluruh negeri, sekaligus mambantu negara mengurangkan kadar pengganguran yang
semakin meruncing dan seterusnya melalui peluang pekerjaan yang diberi,
produktiviti
negara dapat dipertingkatkan dengan jumlah yang maksima.
Syarikat pada hari ini juga turut melancarkan perkhidmatan telefon mudah
alih
bagi membolehkan para pengguna tahu kedudukan mana-mana restoran makanan
segera seperti KFC seluruh negeri, termasuklah Sabah dan Sarawak.
"Jamaludin
berkata syarikat telah melaburkan RM250, 000 untuk perkhidmatan baru,
termasuklah
pengiklanan dan promosi.¨ Kenyataan yang dipetik dari BERNAMA, jelas menunjukkan
bahawa dengan adanya pelaburan besar dari industri makanan segera itu
sendiri
semestinya dapat mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih banyak. Bukan itu sahaja,
ia juga sebagai salah satu mata pencarian bagi golongan muda untuk
mencari mata
pencarian sampingan sambil bekerja atau pun semasa cuti. McDonald dan KFC
yang
juga merupakan peneraju makanan segera di Malaysia dan secara global,
telah
membuka banyak cawangannya, bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh
pelusuk
dunia. Sebagai contoh, McDonald mempunyai 31,000 restoran di setiap pelusuk dunia
dan mempunyai kitaran antara 47 juta pengguna setiap masa. KFC atau Kentucky Fried
Chicken pula mempunyai 14,800 restoran di 80 buah negara termasuklah
Malaysia,
China dan Amerika Syarikat. Di samping itu, keadaan ini dijangkakan bilangan
restoran
makanan segera McDonald dan KFC akan berganda pada setiap masa.
Sebenarnya,
pertumbuhan industri makanan segera tidak hanya tertumpu kepada kesan
buruk ke
atas pengambilan makanan segera, malah ia juga turut mempunyai perspektif
yang
positif antaranya ialah penjanaan pendapatan negara kita sendiri.
Penjanaan pendapatan negara juga dapat dipertingkatkan melalui industri
makanan segera ini yang menggunakan system francais. Selain itu, untuk
memaksimumkan keuntungan mereka, perniagaan makanan segera mencipta sistem
"franchise¨. Sistem ini membolehkan syarikat untuk mempertahankan kawalan
keseluruhan produk dan seterusnya memberikan tingkat pengembalian yang dijanjikan,
sementara pada masa yang sama membolehkan pemilik tempatan untuk mengawal
kadar rendah upah kerja yang paling sesuai dengan keadaan semasa. Di
Malaysia,
sebanyak 30 peratus sistem francais adalah terdiri daripada industri
makanan dan
minuman (F&B) dan kebanyakannya beroperasi dengan konsep segera. Sumbangan
daripada industri F&B kepada Perbelanjaan Pengiklanan (Adex) adalah
sebanyak
RM100 juta atau 2.5 peratus daripada jumlah Adex di Malaysia iaitu kira-
kira RM 4.4
bilion. Situasi ini mencerminkan bahawa industri makanan segera ini
mendatangkan
pendapatan yang sangat lumayan kepada kerajaan dengan adanya cukai
kerajaan
sebanyak lima peratus. Hal ini bermakna setiap pembelian makanan segera
oleh
pengguna bukan sahaja untuk membeli makanan segera tersebut, malahan untuk
menampung cukai kerajaan. Dengan adanya bilangan restoran makanan segera
yang
banyak serta kitaran pelanggan sebanyak tujuh hingga dua belas orang
setiap masa
dapat menjana pendapatan negara.
Bukan itu sahaja, industry makan segera juga perlu membayar banyak lagi cukai
kepada kerajaan termasuklah cukai tanah, cukai pendapatan dan sebagainya.
Maka
keadaan ini boleh dikatakan selain daripada industri pelancongan,
perindustrian dan
pertanian, industri makanan segera juga perlu ditekankan kerana permintaan
masyarakat terhadap makanan segera semakin meningkat. Cukai-cukai yang
dibayar
tersebut telah membantu pendapatan negara meningkat.
Restoran McDonald yang ada pada masa kini telah meempunyai lebih dari
20,000 buah restoran di seluruh dunia yang menggunakan sistem francais
untuk
mengembangkan perniagaannya di mana 85 peratus daripada jumlah restorannya
adalah diurus secara francais. Mengikut kajian European Franchising,
Progress &
Prospects 1998, terdapat 3,838 sistem francais di 13 buah negara Eropah
dengan
kadar bilangan outlet francais sebanyak 167,432 buah. John Naisbitt,
pengarang
Megatrends pula mengatakan sistem francais adalah satu-satunya konsep
pemasaran
yang paling berjaya. Tuntasnya, sistem francais ini sekaligus menaikkan
ekonomi
negara. Di samping itu juga, industri makanan segera ini tidak terhad
kepada produk
dari luar negara sahaja, malah produk tempatan yang dihasilkan turut
membantu
ekonomi negara, misalnya dari segi peningkatan eksport barang makanan ke
luar
negara. Pengekspotan bahan makanan hasil produk tempatan seperti KUNÌTA
contohnya telah menembusi ke pasaran luar dengan menjual hasil produk
makanan
segera ke Dubai dan Singapura. Melalui pengekspotan makanan tersebut,
negara
akhirnya dapat menikmati hasil daripada jualan tersebut dan turut membantu
dalam
pengaliran masuk mata wang asing ke dalam negara kita. Lantas, negara
juga dapat
diperkenalkan di seluruh dunia apabila produk tempatan ini dihasilkan dan
menaikkan
nama Malaysia dan ekonominya setaraf dengan negara-negara maju yang lain.
Tuntasnya, budaya pemakanan makanan segera dalam kalangan masyarakat
Malaysia pada hari ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam menggerakkan
kemajuan industri makanan segera seterusnya membantu dalam menyumbang kepada
ekonomi negara kita. Walaupun makanan segera ini dikatakan lebih membawa banyak
keburukan dengan pengambilannya yang tidak dikawal. Namun begitu, kewujudannyaa
membantu negara meningkatkan pendapatan dan ekonomi negara menjadi lebih
terkawal.
Selain itu, sebab utama masyarakat Malaysia mengamalkan pengambilan
makanan segera dalam menu makanan mereka kerana disebabkan oleh kesibukan
pengguna terutamanya masyarakat bandar. Masyarakat bandar lebih terdorong
untuk
memilih makanan segera kerana makanan segera mempunyai satu kelebihan iaitu lebih
mudah disediakan. Kelebihan inilah yang menyebabkan makanan segera ini
menjadi
popular dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini. Hal ini demikian
kerana
pengguna lebih gemar membeli makanan yang telah tersedia ada. Keadaan
sebegini
adalah disebabkan oleh mereka setelah penat pulang dari bekerja seharian dan dengan
langkah yang mudah mereka mangambil jalan paling singkat dengan hanya
membeli
makanan segera. Dengan adanya makanan segera tersebut, tidak perlu lagilah mereka
membazirkan masa yang lama untuk menyiapkan makanan kerana makanan segera
sememangnya sudah tersedia. Tambahan pula, dengan adanya restoran makanan
segera seperti Baskin Robbins, McDonalds, Kentucky Fried Chicken (KFC), Pizza Hut,
jajan, coklat dan sebagainya memudahkan mereka lagi untuk memilih pelbagai
makanan yang mereka kehendaki. Lagipun makanan segera beegini cukup mudah
untuk diperolehi kerana terdapat banyak restoran dan kadai "fast food¨
yang
berdekatan. Malah, makanan yang digemari dan dipesan tersebut tidak
mengambil
maasa yang lama serta tidak sampai lima minit hidangan yang dipesan akan
sampai
terus ke meja seterusnya siap untuk dimakan sahaja.
Di samping itu, bagi makanan di dalam tin dan sejuk beku pula, orang
ramai
boleh membelinya secara pukal di pasaraya. Dengan pembeelian secara pukal begini,
secara tidak langsung ini akan dapat menjimatkan masa pengguna untuk
membeli
makanan di pasaraya pada setiap hari. Kesibukan waktu bekerja menyebabkan
masyaraakat pada hari ini mempunyai kekangan masa dalam meluangkan masa untuk
membeli barang makanan. Oleh sebab itu, sebagai satu langkah yang bijak
dan
menjimatkan masa, pemilihan makanan di dalam tin dan sejuk beku yang paling
terbaik.
Hal ini demikian kerana, jika tiada masa, makanan itu hanya dibuka dan boleh
dimakan
terus atau dipanaskan sekejap dalam masa tidak sampai dua minit, makanan tersebut
bolehlah dijamah. Berbeza dengan cara biasa yang selalu dilakukan, kita
perlu
mengambil masa tidak kurang setengah jam untuk menanak nasi, menumbuk
sambal
dan menggoreng ikan. Keadaan yang biasa tersebut akan menyebabkaan
pengguna
berasa kehilaangan lebuh banyak masa dalam penyediaan makanan sedangkan
mereka begitu penat akibat daripada seharian bekerja.
Seterusnya, selain daripada kesibukan bekerja iaitu bagi orang dewasa
manakala bagi para pelajar pula, kesibukan jadual belajar telah membataskan mereka
untuk menikmati hidangan yang seimbang. Ditambah lagi, sudah menjadi satu
trend
bagi para pelajar pada masa sekarang di universiti untuk menyimpan makanan segera
sebagai bekalan makanan mereka. Sebagai contohnya milo, biskut, mee
segera,
keropok, coklat dan sebagainya. Pembelian makanan segera ini akan menjadi semakin
meningkat apabila musim peperiksaan menjelang tiba. Masing-masing sibuk menelaah
pelajaran dan tiaada masa untuk memasak makanan. Oleh sebab itu, makanan segera
yang paling dicari-cari untuk menjimatkan lagi masa. Apa yang penting pada ketika
itu
adalah asalkan mereka makan walhal makanan yang dipilih adalah kurang berkhasiat.
Menelaah pelajaran berjam-jam membuatkan seseorang itu makan dengan banyak
tanpa mereka sedari. Ditambah pula makanan segera yang mereka makan itu kosong
nilai khasiatnya.

You might also like