You are on page 1of 12

HGF3053 BIOGEOGRAFI

(KUMPULAN B)

TUGASAN INDIVIDU 1:
GEOLOGI & TANIH TEMPATAN

PENSYARAH :
ENCIK AZMI BIN BAHAROM

DISEDIAKAN OLEH:
NAMA: SITI NORFAIEZAH BINTI MOHD AHMAD
NO. MATRIK: D20172080738
1

A. GEOLOGI DAN JENIS BATUAN DI SANDAKAN, SABAH


Sandakan merupakan salah sebuah bandar utama di Sabah dan merupakan bandar kedua terbesar di negeri
tersebut. Kedudukan Sandakan di Teluk Sandakan menjadikannya sebuah pelabuhan yang baik. Sandakan
berada di sebelah pantai timur pulau Borneo dan mempunyai penduduk berjumlah 479 121 (2009). Keluasan
Sandakan adalah sekitar 2 266 km2. Kawasan di bawah bidang kuasa Daerah Sandakan meliputi Bandar (46
batu persegi), Separa Bandar (56 batu persegi), Luar Bandar dan pulau-pulau (773 batu persegi) yang
keseluruhannya keluasannya adalah 875 batu persegi.

Bandar
Separa bandar
Luar bandar
Pulau-pulau

Rajah 1 Peta Sandakan, Sabah


2

Rajah 2 Peta geologi di Sandakan, Sabah

Sumber: https://www.jmg.gov.my/add_on/mt/sbh/tiles/

Rajah 3 Peta geologi di Sabah

Sumber: https://www.jmg.gov.my/add_on/mt/sbh/tiles/
3

Rajah 4 Jenis batuan dan fitur-fitur geologi utama

Sumber: https://www.jmg.gov.my/add_on/mt/sbh/tiles/

Berdasarkan laman web JMG, jenis batuan dan fitur-fitur utama di kawasan Sandakan, Sabah terdiri
daripada batuan sedimen sahaja. Batuan sedimen terbentuk oleh proses pelonggokan atau pengenapan
bahan di atas muka bumi. Bahan sedimen dibentuk oleh proses luluhawa dan hakisan di kawasan punca yang
kemudiannya diangkut ke tempat pengenapan oleh air, angin, gerakan longsoran atau glasier dan di enap
membentuk struktur perlapisan. Batuan sedimen boleh dibahagikan kepada batuan klastik dan bukan klastik.
Batuan sedimen klastik terdiri terutamanya daripada pecahan atau klasta batuan lebih tua yang terluluhawa
dan terhakis. Batuan sedimen bukan klastik terbentuk apabila mineraloids atau mendakan kimia dimendapkan
terus dari air, atau dipekatkan oleh bahan atau hidupan organik. Tiada klasta hadir dalam batuan ini.
Sebahagian batuan sedimen merupakan sumber mineral penting sepertu batu arang dan batu kapur.
Batuan sedimen juga boleh menjadi perangkap kepada bahan api fosil seperti petroleum atau akuifer air
bawah tanah dalam strata sedimen.
4

Rajah 5 Jenis Batuan Di Sandakan

Sumber: https://www.jmg.gov.my/add_on/mt/sbh/tiles/

1. PLEISTOCENE AND RECENT


Pleistosen ialah epok dari 2.588 juta hingga 12 000 tahun sebelum kini yang meliputi zaman pengglasieran
berulang-ulang yang paling terkini sepanjang sejarah dunia. Epok pleistosen menyusuli epok pliosen dan
disusuli oleh epok holosen. Zaman pleistosen ialah epok pertama dalam zaman kuarternari atau epok ke-6
era senozoik. Penghujung epok pleistosen bersempena dengan peleburan glasier kebenuaan yang terakhir
dan juga alamat berakhirnya zaman paleolitik yang digunakan dalam bidang arkeologi (P. Gibbard & Van
Kolfschoten).

a. Clay (Tanah Liat)


Tanah liat ialah kata generik untuk zarah galian silikat hidrous yang berdiameter kurang daripada
4 mikrometer. Tanah liat mengandungi hablur-hablur silika dan alumina yang halus. Unsur-unsur ini,
silikon, oksigen dan aluminium adalah unsur yang banyak komposisinya di kerak bumi. Tanah liat
terhasil daripada proses luluhawa, batuan silika oleh asid karbonik, tetapi sesetengah terhasil
daripada kegiatan pemanasan dari dalam bumi. Tanah liat membentuk gumpalan keras apabila kering
dan melekit apabila basah terkena
5

b. Silt (Kelodak)

Rajah 6 Batu Lodak

Sumber: https://www.jmg.gov.my/add_on/fb/batuan_mineral_fosil/mobile/index.html#p=14

Zarah-zarah tanah kelodak terbentuk seperti tanah pasir, iaitu melalui luluhawa secara mekanik,
tetapi saiz tanah kelodak adalah lebih halus daripada tanah pasir. Zarah-zarahnya yang halus tidak
mudah dilihat dengan mata kasar. Tanah kelodak yang kering rasnya seperti tepung gandum yang
kering apabila disentuh. Saiz setiap zarah tanah kelodak ialah 0.002mm hingga 0.02mm. Gabungan
luas permukaan bagi setiap gram tanah kelodak ialah 450cm persegi. Jika dibandingkan dengan
tanah jenis yang lain, nilai ini masih kecil, jadi tanah kelodak mempunyai nilai CEC yang rendah.
Zarah-zarah kelodak tidak menggumpal menjadi agregat dengan mudah dan kalua terbentuk juga,
agregat kelodak tidak stabil dan mudah dileraikan. Hal ini boleh menyebabkan permukaan tanah
diliputi kelodak dan terserap masuk ke dalam tanah dan menyumbat liang-liang permukaan tanah.
Zarah-zarah kelodak mudah bergerak di dalam tanah.

c. Sand (Pasir)

Rajah 7 Batu pasir


Sumber: https://www.jmg.gov.my/add_on/fb/batuan_mineral_fosil/mobile/index.html#p=14
Pasir ialah bahan berbutir terbentuk secara semula jadi yang terdiri daripada batu dan zarah galian
kecil yang halus. Menurut takrifan yang digunakan oleh pakar kaji bumi, bijiran pasir bersaiz ukur
6

lilit antara 0.0625mm (atau 1⁄16 mm, atau 62.5 μm) hingga 2 milimeter. Setiap bijiran dalam julat
saiz ini dikenali sebagai bijiran pasir. Kelas saiz pasir lebih besar berikutnya adalah anak batu,
dengan zarah antara 2 mm sehingga 64 mm (lihat saiz zarah bagi kegunaan piawaian). Saiz lebih
kecil berikutnya dalam geologi adalah lumpur: zarah kecil daripada ukurlilit 0.0625 mm sehingga
0.004 mm. Spesifikasi saiz antara pasir dan anak batu telah kekal sama lebih dari satu abad, tetapi
zarah dengan ukur lilit sekecil 0.02 mm telah ditakrifkan sebagai pasir di bawah piwaian Albert
Atterberg digunakan seawal abad ke-20. Piwaian kejuruteraan 1953 yang diterbitkan oleh
Persatuan Pegawai Lebuh Raya Negeri dan Pengangkutan Amerika Syarikat (AASHTO) telah
menetapkan saiz pasir minimum sebagai 0.074 mm. Spesifikasi minimum bagi Jabatan Pertanian
Amerika Syarikat 1938 adalah 0.05 mm (Urquhart et. Al, 1959)

d. Peat (Gambut)
Pembentukan batuan ini melalui tahap peatification iaitu tahap pembentukan gambut dari
tumbuhan) terjadi apabila berlaku pelapukan dan pembusukan daripada bakteris terhadap tumbuhan
yang mati tidak terjadi dengan sempurna. Hal ini biasanya terjadi di lingkungan rawa, delta, sungai
atau danau dangkal dimana kandungan oksigen adalah rendah, sehingga tidak memungkinkan adanya
bakteria aerob (bakteria yang memerlukan oksigen) yang bertugas melakukan proses oksidasi
sempurna terhadap tumbuhan yang sudah mati tersebut, diserahkan ke bakteria aerob dan dari
hasil kerja pelapukan tidak sempurn bakteria anaerob inilah terbentuk gambut.

Rajah 8 Pembentukan Proses Peatification

Meskipun oksigen tidak tersedia dalam jumlah yang cukup, komponen utama pembentuk kayu akan
juga teroksida menjadi H2O, CH4CO dan CO2. Gambut yang umumnya berwarna kecoklatan sampai
hitam merupakan kepadatan yang bersifat poros dan masih menunjukkan sifat asalnya.
7

2. NEOGENE
Zaman neogen ialah zaman dan sistem geologi dalam skala masa geologi Suruhanjaya Stratigrafi
Antarabangsa (ICS) bermula pada 23.03 +- 0.05 juta tahun dahulu dan berakhir pada 2.588 juta tahun
dahulu

a. Arenaceous (Arenit) – Batu pasir


Menurut Wikipedia, batu pasir (kadangkala dikenali sebagai arenit) ialah sejenis batuan enapan
klasik. Ia adalah sejenis batu yang terhasil daripada pasir mampat yang "digam" bersama dengan
kalsium karbonat. Batu ini terdiri daripada mineral bersaiz pasir ataupun bijian batu. Seperti pasir,
warna batu pasir tidak tentu, namun yang paling biasa ialah sawo matang, perang, kuning, merah,
kelabu dan putih. Batu pasir tahan luluhawa, dan digunakan untuk membina bangunan di banyak
negara. Apabila batu pasir dipanaskan ia bertukar ke warna hitam. Ia boleh digunakan untuk
menghias rumah. Sebagai contoh, jubin jalan dibuat daripada batu pasir.

b. Argillaceous (Argilit) – Batu lumpur/ batu lodak


Menurut Wikipedia, batu lumpur adalah batu mendakan berbiji halus yang juzuk asalnya adalah
tanah liat atau lumpur. Saiz zarah adalah sehingga 0.0625 mm (0.0025 in) dengan butiran individual
terlampau kecil untuk dibezakan tanpa menggunakan mikroskop. Dengan peningkatan tekanan
dengan masa kepingan mineral tanah liat menjadi sejajar, dengan rupa kefisilan atau lapisan selari.
Mineral berlapis halus ini yang mudah pecah pada lapisan nipis dikenali sebagai syal (shale),
membezakannya dari batu lumpur. Ketiadaan kefisilan atau lapisan pada batu lumpur mungkin
disebabkan oleh tekstur asal atau gangguan pada pelabisan oleh organisma pada mendakan sebelum
pembatuan (lithification). Batu lumpur, seperti kerikil lumpur atau shale membentuk 65% bagi
kesemua batu mendakan. Batu lumpur kelihatan seperti tanah liat keras dan, bergantung kepada
keadaan ia terbentuk, mungkin menunjukkan retakan atau bukaan, seperti deposit tanah liat
dibakar matahari

Ia boleh diasingkan menurut kategori berikut:


• Batu lodak - lebih dari separuh komposisi adalah zarah bersaiz kelodak.
• Batu-lempung - lebih dari separuh komposisi adalah zarah bersaiz tanah liat.
• Batu lumpur - lumpur keras; campuran zarah bersaiz tanah liat dan kelodak. Batu lumpur turut
merangkumi:
Shale - menunjukkan berlapisan atau kefisilan.
Argilit - telah melalui metamorfis gred rendah.
8

c. Calcareous Beds (Lapisan berkapur)


Kapur adalah material lembut berwarna putih dan halus berasal dari batuan enapan mineral kalsium
tersusun. Tiga sebatian utama yang menghasilkan bahan ini iaitu: kalsium karbonat (CaCO3,
mendominasi gamping dan kapur tambang), kalsium oksida (penyusun utama kapur tohor) dan
kalsium hidroksida (banyak kapur mati). Kapur yang ditemukan di alam juga dapat tercampur
dengan mineral magnesium membentuk formasi tersendiri iaitu dolomit. Pembentukan kapur banyak
terjadi di dasar laut di mana terkumpulnya sisa organisme laut purba bercangkerang yang
bertumpuk dan perlahan-lahan membentuk lapisan endapan. Setelah berjuta tahun, lapisan ini
menjadi batuan melalui proses geologi. Kapur adalah bahan yang sangat bermanfaat serta mudah
diperolehi dengan kos murah untuk berbagai kegiatan manusia, terutamanya dalam bidang
pembangunan dan pertanian.

d. Coal (Arang batu)


Batu arang wujud sebagai lapisan atau lipit dalam strata batuan. Ia terdiri terutamanya daripada
karbon dan lain-lain unsur seperti hidrogen, sulfur, oksigen dan nitrogen. Batu arang terbentuk
daripada tumbuh-tumbuhan mati di bawah tekanan dan suhu yang tinggi di bawah perut bumi dalam
masa yang lama. Kegunaan batu arang adalah sebagai sumber tenaga bagi penjanaan elektrik. Ia
juga digunakan sebagai pemangkin penurunan dalam industri peleburan bijih logam, umpamanya bijih
besi.

3. PALEOGENE
Zaman dan sistem geologi yang bermula pada 66 juta dan berakhir pada 23.03 juta dahulu dan merangkumi
bahagian pertama Era Senozoik.
a. Argillaceous rocks
b. Some arenaceous
c. Calcareous beds
9

B. LAPISAN TANAH (SOIL HORIZON)

Rajah 9 Soil Horizon


Tanah adalah bahagian permukaan bumi yang terdiri daripada mineral dan bahan organik. Tanah adalah
komponen yang sangat penting untuk menjalankan penanaman pelbagai tumbuhan sama ada untuk tanaman
makanan, tanaman industri atau tanaman ternakan. Tanah sangat penting peranannya bagi semua kehidupan
di bumi, kerana tanah mampu mendukung kehidupan tumbuhan di mana tumbuhan menyediakan makanan dan
oksigen kemudian menyerap karbon dioksida dan nitrogen. Komposisi tanah berbeza-beza pada satu lokasi
dengan lokasi yang lain. Tanah terbentuk daripada proses luluhawa semenjak berjuta-juta tahun dahulu
dan terdapat banyak jenis tanah terbentuk dimuka bumi yang mempunyai pelbagai ciri-ciri untuk dipelajari.

Sistem USDA Soil Taxonomy (1992) digunakan untuk sistem klasifikasi tanah di Semenanjung Malaysia
yang telah diubahsuai mengikut keadaan tempatan. Dengan menggunakan sistem ini, siri tanah di Malaysia
dapat dikenal pasti. Sehingga kini lebih 240 siri tanah telah direkod dan disusun semula kepada 11 kumpulan.
Kumpulan tersebut adalah:
i. Tanah yang terbentuk dari batuan igneus dan batuan metamorfik bergred tinggi
ii. Tanah yang terbentuk dari batuan endapan dan batuan metamorfik bergred rendah
iii. Tanah yang terbentuk dari alluvium lama
iv. Tanah laterit
v. Tanah yang terbentuk dari alluvium sungai terbaru
vi. Tanah BRIS
vii. Tanah asid sulfat dan potensi asid sulfat
viii. Tanah lempung laut tidak berasid sulfat
ix. Tanah organan
x. Tanah organan gambut yang sederhana dalam
10

Rajah 10 Lakaran Lapisan tanah


LULUHAWA
Menurut Wikipedia, luluhawa merupakan proses pemecahan dan penguraian atau pereputan batuan yang
berlaku secara insitu. Pemecahan atau penguraian ini terjadi akibat tindak balas pelbagai agen persekitaran
seperti air hujan, perubahan suhu, tindakan fros atau ibun dan mikroorganisma yang memecahkan batuan
tersebut kepada saiz yang lebih kecil atau terurai menjadi bahan baru seperti larutan, tanih, regolit dan
sebagainya. Kejadian ini boleh menjejaskan bahan sekitar secara kimia, fizikal dan biologi bergantung
kepada iklim tempat persekitaran bahan yang terurai.

FAKTOR-FAKTOR UTAMA YANG MEMPENGARUHI DALAMNYA PERLULUHAWAAN (Michael F. Thomas,


1974)

i. Faktor iklim
Suhu yang tinggi menambahkan kadar tindak balas kimia endoterma. Kerpasan yang banyak
menambahkan bahan uji utama yang terlibat dalam proses luluhawa air.
ii. Faktor biotik
Kanopi hutan yang tebal melindungi permukaan dari proses-proses basuhan dan membekalkan asid
organic yang boleh memobilisasikan setengah-setengah mineral batuan, terutama, besi melalui
proses celasi. Sebaliknya, tumbuh-tumbuhan lapang dari jenis savana tidak menggalakkan mobilisasi
besi dan menggalakkan larian permukaan.
iii. Faktor geomorfologi
Dalamnya luluhawa digalakkan oleh kadar penggondolan permukaan yang rendah yang terdapat di
cerun-cerun landau. Kestabilan yang berpanjangan (kehadiran permukaan tanah tua yang
berlanjutan) membenarkan kejadian profil dalam.
iv. Faktor tapak
11

Tapak yang tinggi mendorong pergerakan air tanah ke bawah dan penambahan air tanah yang perlu
untuk penguraian batuan yang cepat. Tapak-tapak yang menjadi tempat tumpuan air larian mungkin
mempunyai bekalan air yang lebih banyak, tetapi ini mungkin mengakibatkan saliran tapak yang
buruk.
v. Faktor geologi
Adanya mineral yang amat mudah berubah sifatnya boleh meningkatkan kadar penembusan luluhawa
dan menggalakkan diagregasi batuan awal-awal lagi. Tekstur batuan mempengaruhi tindak balas
semasa perluluhawaan. Batuan hablur dari tekstur yang kasar terlerai dengan lebih cepat lagi dari
batuan bertekstur halus yang mungkin mengalami perubahan yang cepat. Tekstur batuan mendak
mempengaruhi kejerapan dan kadar penembusan luluhawa. Gelinciran, kekar dan sempadan bijian
yang merekah mendorongkan penembusan luluhawa, terutama bagi batuan hablur. Batuan yang telah
mengalami berbagai-bagai aktiviti hidroterma mungkin kelak juga terluluhawa oleh air tanah
vi. Faktor kronologi
Perubahan iklim dan tumbuh-tumbuhan mengikut masa mengubah imbangan di antara luluhawa
dengan hakisan. Keadaan pluvial di zon gersang pada Zaman Tersier dan Pleistosen menghasilkan
sisa-sisa perluluhawaan yang dalam. Perbezaan kestabilan kerak bumi mempengaruhi kestabilan
permukaan daratan dan tempoh untuk penembusan luluhawa

RUJUKAN
Gibbard, P. and van Kolfschoten, T. (2004) "The Pleistocene and Holocene Epochs" Chapter 22PDF
(2.96 MiB) In Gradstein, F. M., Ogg, James G., and Smith, A. Gilbert (eds.), A Geologic Time
Scale 2004 Cambridge University Press, Cambridge, ISBN 0-521-78142-6
Laman web Jabatan Mineral Geologi (JMG).
https://www.jmg.gov.my/add_on/fb/batuan_mineral_fosil/mobile/index.html#p=14
Thomas, F. M. (1974). Tropical Geomorphology-A Study of Weathering and Landform Development in
Warm Climates. Ismail B. Ahmad, Penterjemah. London: The Macmillan Press Ltd
Urquhart, Leonard Church. (1959). Civil Engineering Handbook. McGraw-Hill Book Company

You might also like