You are on page 1of 4

Terdapat banyak kajian yang menunjukkan bahawa perbezaan antara lelaki dan perempuan yang

jelas dalam penerimaan pelajaran di sekolah (Coates 1998). Dapatan kajian menunjukkan
bahawa jantina dilihat memainkan sebagai salah satu faktor sosial yang mempengaruhi
pencapaian akademik pelajar iaitu khususnya tahap penerimaan dan penguasaan pelajar
akan sesebuah mata pelajaran bergantung kepada jantina sama ada lelaki atau perempuan
guru atau pelajar tersebut di dalam konteks pendidikan.

Isu Jantina (Murid)

 Menurut Amla dan rakan-rakan (2014) pula, tiada perbezaan jantina yang signifikan dalam
keterlibatan pelajar di sekolah, sokongan pembelajaran dan pencapaian akademik.

- Keterlibatan pelajar di sekolah merupakan perantara dalam hubungan jantina dan


pencapaian akademik. Kajian yang dijalankan mengenai jurang pencapaian akademik
mengikut jantina mengetengahkan bahawa kesan gaya pembelajaran serta kemahiran
dan strategi pembelajaran memihak kepada pelajar perempuan daripada lelaki. Gaya dan
kemahiran belajar pelajar perempuan bersesuaian dengan gaya pengajaran guru
perempuan serta persediaan untuk peperiksaan (Zalizan & Hazadiah, 2010)

 Aminah Ahmad (2000) menyatakan penglibatan wanita dalam pendidikan sangat


menggalakkan tetapi masih wujud segregasi mengikut gender dalam pendidikan peringkat
menengah, terutama di vokasional dan teknik mahupun pengajian tinggi.

- Mengikut kajian, kebanyakkan ruang dan peluang untuk berjaya dimonopoli oleh
golongan perempuan. Kebanyakan murid perempuan dan lelaki lebih cenderung untuk
memilih matapelajaran yang bersifat lebih kearah mereka.

 Menurut Syarifah Alwiah Alsagoff (1988), segala gerak-geri dan tingkah laku akan ditiru atau
diikuti oleh rakan sebaya.

- Disebabkan pergaulan dengan rakan-rakan yang tidak minat untuk menimba ilmu, pelajar
lelaki tidak menguasai pelajaran yang dipelajari kerana tidak membuat latihan yang diberi
dan hilang fokus dalam kelas. Maka, pencapaian mereka adalah lebih rendah berbanding
pelajar perempuan
Isu Jantina (guru)

 Dr. Zalizan bin Mohd Jelas (2001) dalam kajiannya, mengkaji perbandingan persepsi guru
lelaki dan guru perempuan terhadap pelajar lelaki dan pelajar perempuan yang
mempengaruhi pencapaian kedua-dua jantina pelajar. Keadaan ini turut dikukuhkan lagi
dalam kajian Brophy dan Evertson (1981) dan Bank (1987).

- Hasil kajian menunjukkan bahawa guru lelaki secara keseluruhannya mempunyai


persepsi positif terhadap pelajar lelaki dan juga pelajar perempuan berbanding guru
perempuan. Dengan lain perkataan, guru lelaki tidak mempunyai persepsi yang berbeza
terhadap pelajar lelaki dan perempuan. Mereka tidak bias dalam melabelkan kebolehan
pelajar, baik pelajar lelaki mahupun pelajar perempuan, berbanding guru perempuan.

 Menurut, Zalizan, et.al (2005), guru perempuan kurang memberi perhatian kepada pelajar
lelaki yang dianggap bermasalah di dalam kelas.

- Guru lebih memberi perhatian kepada pelajar perempuan yang sering mengikut arahan
guru dan mudah untuk dikawal. Pelajar lelaki sering kali dikatakan hilang fokus di dalam
kelas, mengganggu rakan lain serta tidak membuat kerja rumah. Guru perempuan akan
mengambil tindakan untuk mengabaikannya sekiranya segala amaran dan peringatan
yang diberikan tidak dihiraukan. Dengan mengabaikan pelajar lelaki di dalam kelas,
sudah semestinya akan mengganggu pencapaian mereka kerana mereka tidak dapat
menguasai pelajaran yang diajar dengan baik

 Menurut Norawati binti Hashim (2004) dalam kajiannya, beliau menyatakan bahawa guru
seharusnya kreatif dalam pengajaran supaya dapat menarik minat pelajar terhadap proses
pembelajaran.

- Peranan guru adalah penting untuk mewujudkan kreativiti di dalam bilik Kreativiti guru
di dalam bilik darjah seharusnya boleh memimpin murid-murid supaya lebih berminat
dan mengambil bahagian dalam pengalaman dan pengajaran.
Isu Jantina ( Sekolah )

 Jumlah kemasukan pelajar perempuan di IPTA seluruh negara secara umumnya melebihi 70
peratus kebelakangan ini (Zalizan.et.al, 2009).

- Jurang perbezaan pencapaian akademik pelajar lelaki dan perempuan di peringkat


persekolahan memberi impak kepada enrolmen pelajar di institusi pengajian tinggi
awam (IPTA).

 Santrock (2008), budaya yang diamalkan di sekolah membentuk penerimaan kelainan


gender, keupayaan dan prestasi mengikut gender.

- Pelajar perempuan dilihat lebih tekun memberikan perhatian terhadap pelajaran, lebih
mematuhi peraturan sekolah dan bilik darjah.

 Kementerian Pendidikan Malaysia (2000) mengenai keputusan peperiksaan awam dari tahun
1996-1999 menunjukkan pelajar perempuan memperoleh prestasi akademik yang lebih baik
berbanding pelajar lelaki dalam peperiksaan awam di peringkat sekolah rendah (UPSR),
menengah rendah (PMR) dan menengah (SPM) dalam kebanyakan mata pelajaran
terutamanya Sains, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Matematik.
Isu Jantina (Kurikulum Tersirat)

KESIMPULAN

Kesimpulannya, pihak-pihak yang berkenaan harus berganding bahu dalam usaha mencari jalan bagi
mengatasi masalah jurang pencapaian akademik antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Hal ini
akan membolehkan kita untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara
maju yang lain dalam melahirkan modal insan berminda kelas pertama yang mampu meletakkan
nama negara Malaysia yang tercinta di persada dunia.

You might also like