You are on page 1of 5

@icebearrawrr

Terdapat 2 jenis tisu meristem :


• Meristem apeks terjumpa di hujung pucuk dan hujung akar
• Meristem lateral terjumpa di kambium vaskular dan kambium gabus

• Sel dalam tisu tumbuhan mempunyai


keupayaan untuk membahagi secara
mitosis
• Peranan penting tisu meristem ialah
untuk menambah bilangan sel bagi
pertumbuhan pokok

A) ZON PEMBAHAGIAN SEL


• Sel meristem aktif menjalani
mitosis
• Bilangan sel bertambah

B) ZON PEMANJANGAN SEL


• Saiz sel memanjang disebabkan
pengambilan air secara osmosis
• Melibatkan pemvakuolan
(penggabungan vakuol kecil
menjadi vakuol besar)

C) ZON PEMBEZAAN SEL


• Sel khusus terhasil untuk menjalani fungsi tertentu
• Contoh : Epidermis, korteks, floem dan xilem

D) TISU MATANG

• Pertambahan ketinggian untuk bersaing dengan tumbuhan lain dalam mendapat cahaya
matahari bagi proses fotosintesis
• Penghasilan sel tumbuhan untuk membentuk tisu baharu dan menggantikan tisu mati
• Pembentukan tisu vaskular baharu untuk mengangkut air, garam mineral, glukosa dan bahan
organik lain dalam tumbuhan
@icebearrawrr

• Pertambahan diameter atau lilitan yang disebabkan oleh penghasilan xilem sekunder dan
floem sekunder
• Pembentukan xilem sekunder, iaitu kayu untuk sokongan mekanikel
• Menggantikan xilem primer dan floem primer yang tidak dapat mengangkut air, mineral dan
bahan organik yang cukup dalam pokok yang tinggi
• Menghasilkan gabus untuk memberi perlindungan kepada tumbuhan daripada kehilangan air
dan jangkitan penyakit

1) Sel kambium vaskular aktif


membahagi secara mitosis
membentuk gelang kambium
vaskular

6) Pembahagian sel kambium


vaskular secara aktif
seterusnya menghasilkan
floem sekunder di sebelah
luar dan xilem sekunder di
sebelah dalam
7) Dinding xilem sekunder
menebal dengan lignin untuk
memberikan sokongan
mekanikel pada tumbuhan

3) Sel kambium vaskular terus membahagi menghasilkan tisu vaskular sekunder untuk
pertumbuhan
4) Sel kambium gabus aktif membahagi secara mitosis membentuk sel gabus di sebelah luar
5) Apabila sel gabus menjadi matang, dindingnya mengandungi suberin (bahan berlilin) yang
kalis air dan gabus

2) Tumbuhan yang mengalami pertumbuhan sekunder akan menunjukkan gelang tahunan dalam
batangnya terutamanya pokok pada negara bermusim

1) Sel kambium vaskular aktif membahagi


secara mitosis membentuk gelang kambium

2) Sel kambium vaskular aktif terus


membahagi menghasilkan floem sekunder di
sebelah luar dan xilem sekunder di sebelah
dalam

3) Sel kambium gabus aktif membahagi secara


mitosis membentuk sel gabus yang akan
melindungi tisu akar
• Kayu balak mempunyai nilai ekonomi yang tinggi bagi industri kayu
• Jenis pokok yang mempunyai nilai ekonomi yang tinggi bagi industri kayu ialah pokok merbau,
jati, cengal, akasia, getah dan meranti
• Pokok ini mempunyai bahagian kayu yang kuat dan keras, sesuai digunakan dalam sector
pembinaan dan perabot
• Kayu akasia dan batai boleh digunakan untuk menghasilkan kertas
• Kayu merawan dan meranti juga digunakan untuk menghasilkan minyak
• Pokok bunga raya dan bunga kertas boleh digunakan sebagai tanam tanaman yang boleh
hidup lama

• Tumbuhan yang menamatkan kitar hidupnya dalam


satu tahun dengan satu musim pertumbuhan

• Tumbuhan ini akan mati sebaik sahaja


menghasilkan bunga dan buah
• Contoh tumbuhan : jagung dan bawang

• Tumbuhan yang menamatkan kitar hidupnya dalam


dua tahun dengan dua musim pertumbuhan

• Tahun pertama merupakan fasa vegetatif,


di mana tumbuhan tersebut bertumbuh
tanpa menghasilka bunga
• Pada tahun kedua, tumbuhan tersebut
menghasilkan bunga dan berbuah
• Contoh tumbuhan ; pokok bunga tulip dan
kubis

• Tumbuhan yang boleh hidup panjang walaupun


telah berbunga dan berbuah
• Semua tumbuhan saka ialah tumbuhan
berkayu
• Tumbuhan ini boleh kekal hidup selagi tidak
dijangkiti oleh penyakit atau dimusnahkan
oleh manusia, haiwan atau bencana
• Contoh tumbuhan : pokok cili dan pokok
durian

@icebearrawrr
@icebearrawrr

• Parameter yang digunakan ialah jisim kering


bermula daripada biji benih bercambah
• Lengkung pertumbuhan berbentuk S : lengkung
sigmoid
FASA PERMULAAN :
• Makanan yang disimpan di dalam kotiledon
digunakan untuk percambahan sebelum
tumbuhnya daun untuk jalankan fotosintesis

FASA EKSPONEN :
• Kadar pertumbuhan adalah paling pesat
• Tumbuhan memanjang dan menghasilkan banyak daun untuk meningkatkan kadar
fotosintesis
• Tumbuhan itu mencapai ketinggian maksimum

FASA PERTUMBUHAN PERLAHAN :


• Kebanyakan hasil daripada fotosintesis diangkut ke bunga dan buah-buahan untuk
kemandirian spesies
• Pertambahan jisim kering adalah perlahan

FASA MATANG :
• Fasa tumbuhan berbunga dan menghasilkan buah

FASA PENUAAN :
• Selepas berbuah, tumbuhan akan layu

FASA KEMATIAN :
• Tumbuhan mati

• Lengkung pertumbuhan terdiri daripada dua


lengkung sigmoid
LENGKUNG SIGMOID PERTAMA :
• Musim pertama di mana tumbuhan itu
memanjang dan membentuk banyak daun
LENGKUNG SIGMOID KEDUA :
• Pembentukan cabang yang banyak untuk
membentuk bunga yang banyak
• Pada akhir lengkung sigmoid kedua, tumbuhan itu berbunga dan berbuah
• Kemudian, tumbuhan itu memasuki fasa penuaan dan kematian
• Lengkung pertumbuhan bagi tumbuhan saka
terdiri daripada beberapa lengkung sigmoid
• Setiap lengkung sigmoid mewakili satu tahun
• Pertumbuhan adalah pesat pada musim bunga dan
panas, manakala pertumbuhan adalah perlahan
pada musim luruh dan sejuk
• Keamatan cahaya yang tinggi meningkatkan kadar
fotosintesis
• Gelang tahunan dihasilkan di mana gelang cerah
mewakili musim bunga dan panas kerana
pertumbuhan tisu vaskular yang pesat
• Gelang gelap mewakili musim luruh dan sejuk kerana pertumbuhan tisu vaskular perlahan
• Satu garis lurus dilukis untuk mewakili purata pertumbuahn

@icebearrawrr

You might also like