You are on page 1of 73

Bab 16

Organisasi Tisu Tumbuhan dan Pertumbuhan

16.1 Organisasi tisu tumbuhan


16.2 Tisu meristem dan pertumbuhan
16.3 Lengkung pertumbuhan
KANDUNGAN 16.1 : ORGANISASI TISU TUMBUHAN

STANDARD PEMBELAJARAN
Murid dapat :

16.1.1 Berkomunikasi tentang jenis tisu tumbuhan


dan
fungsi utamanya.
Anda telah pun mempelajari aras organisasi
organisma multisel dalam Bab 2 Tingkatan 4…

Dapatkah anda menamakan


beberapa sel khusus dalam
Sel yang menjalani proses pembezaan dan menjadi sel yang
khusus :
Sel-sel berubah struktur dan bentuk agar bersesuaian tumbuhan?
dengan fungsinya.
Mari kita ulangkaji sekejap…
Sel Khusus Dalam Tumbuhan :
Sel pengawal
 Merupakan sel epidermis permukaan bawah
daun yang terubahsuai.

 Mempunyai banyak kloroplas

 Mengawal bukaan stoma


Sel Khusus Dalam Tumbuhan :
Sel mesofil Sel mesofil
palisad berspan
 Berbentuk silinder dan  Tersusun longgar,
disusun menegak dan banyak ruang
padat untuk menyerap udara antaranya.
cahaya secara
maksimum.

 Membenarkan
pertukaran gas
 Mempunyai berlaku
banyak kloroplas
Sel Khusus Dalam Tumbuhan :
Sel akar rambut
 Merupakan sel epidermis yang terubahsuai

 Mempunyai rerambut pada sel untuk


meningkatkan jumlah luas permukaan
bagi memaksimukan penyerapan air
dan garam mineral
Sel Khusus Dalam Tumbuhan :
Xilem floem
 Mempunyai salur xilem
 Sel berbentuk silinder
dan trakeid yang
dan berplat tapis.
mengangkut air dan
garam mineral dari akar Plat
tapis
ke seluruh tumbuhan
 Mempunyai tiub
tapis yang
mengangkut hasil
 Salur xilem dan trakeid proses fotosintesis
terdiri daripada sel-sel dari daun ke
mati serta berbentuk seluruh tumbuhan
panjang dan berterusan
Okey, sekarang mari kita kenali jenis-jenis tisu
tumbuhan pula…
TISU TUMBUHAN

Tisu meristem Tisu kekal

Tisu Tisu
Tisu Tisu Tisu
meristem meristem
epidermis asas vaskular
apeks lateral
Tisu Tisu
xilem floem

Tisu parenkima Tisu kolenkima Tisu sklerenkima


Tisu matang yang telah mengalami pembezaan atau sedang
Tisu kekal mengalami pembezaan.

Tisu
asas

Tisu vaskular
 Tisu epidermis melapisi permukaan luar batang,
Jenis tisu kekal : Tisu daun dan akar tumbuhan muda.

epidermis
 Dinding sel epidermis yang terdedah kepada
udara dilitupi lapisan berlilin dan kalis air yang
dikenali sebagai kutikel.

 mengurangkann kehilangan air melalui


penyejatan (proses transpirasi)
Fungsi
 Melindungi daun daripada kecederaan
kutikel
mekanikal
 Menghalang serangan patogen

 Terdapat sel-sel epidermis yang


terubahsuai mengikut fungsinya,
contohnya sel pengawal dan sel akar
rambut.
Jenis tisu kekal :
Tisu asas : (i) Tisu parenkima
 Tisu parenkima merupakan sel hidup yang paling ringkas dan
belum mengalami pembezaan.

 Mempunyai dinding sel yang paling nipis

 Tisu parenkima yang berada dalam keadaan segah memberi


sokongan dan mengekalkan bentuk tumbuhan herba.

 Terlibat dalam fotosintesis dan membantu penyimpanan kanji dan


gula serta terlibat dalam pertukaran gas.

 Terlibat dalam baik pulih dan penjanaan semua tisu tumbuhan


serta dalam pengangkitan sistem vaskular
Jenis tisu kekal :
Tisu asas : (ii) Tisu kolenkima
 Tisu kolenkima terdiri daripada sel hidup, dan apabila
telah matang akan menjadi sel yang fleksibel

 Mempunyai dinding sel yang diperbuat daripada pektin


dan hemiselulosa.

 Mempunyai dinding sel yang lebih tebal berbanding dengan


dinding sel parenkima.

 Memberi sokongan mekanikal dan sifat keanjalan kepada


tumbuhan
Jenis tisu kekal :
Tisu asas : (iii) Tisu sklerenkima
 Tisu sklerenkima terdiri daripada sel-sel yang mati
apabila matang.

 Mempunyai dinding sel yang paling tebal antara


semua tisu asas

 Berfungsi memberi sokongan dan kekuatan


mekanikal kepada bahagian tumbuhan yang
matang, dan membantu dalam pengangkutan air
dan nutrien dalam tumbuhan
Jenis tisu kekal :
Tisu vaskular : (i) Floem
 Floem terdiri daripada sel rakan dan tiub tapis

Sel rakan
 Terbentuk daripada sel hidup, iaitu tiub tapis dengan
kehadiran sitoplasma
Tiub tapis
 Tiub tapis tidak mempunyai organel seperti nukleus
Plat tapis dan ribosom kerana mengalami kemerosotan apabila
matang
 Tiub tapis tersusun dari hujung ke hujung floem untuk
membentuk struktur tiub yang memanjang dan
bersambungan
 Floem mengangkut gula yang terhasil daripada proses
fotosintesis dari daun ke organ penyimpanan seperti
akar, buah dan umbisi
Jenis tisu kekal :
Tisu vaskular : (ii) Xilem
 Xilem terbentuk daripada sel-sel mati yang tidak
mengandungi sitoplasma.

 Mempunyai dinding sel yang diselaputi lignin.

 Terdiri daripada salur xilem yang memanjang, berongga


dan bersambungan antara satu dengan lain dari akar ke
daun.

 Ini membolehkan xilem mengangkut air dan garam


mineral dari akar ke semua bahagian tumbuhan.
KANDUNGAN 16.2 : TISU MERISTEM DAN
PERTUMBUHAN
STANDARD PEMBELAJARAN
Murid dapat :

16.2.1 Mengenal pasti jenis dan bahagian dan tisu yang terlibat
dalam
pertumbuhan.
16.2.2 Menghuraikan kedudukan zon pembahagian sel, zon
pemanjangan
sel dan zon pembezaan sel dalam pucuk dan akar
16.2.3 Mengenal pasti zon pembahagian sel, zon pemanjangan sel
dan
zon pembezaam sel dalam radikel anak benih.
TISU MERISTEM DAN PERTUMBUHAN
Pernahkah anda melihat perkembangan tumbuhan daripada anak benih hingga menjadi
pokok dewasa seperti di bawah ini??

Bahagian manakah yang tumbuh


terlebih dahulu??

Tisu apakah yang terlibat dalam


pertumbuhan ini?
= Tisu Meristem
Tisu Meristem
• Tisu meristem merupakan tisu yang aktif
membahagi secara mitosis.

• Terdapat 2 jenis tisu meristem :

a) Tisu meristem apeks

Terdapat di hujung pucuk dan


hujung akar

b) Tisu meristem lateral

Terdiri daripada kambium vaskular dan


kambiaum gabus
Tisu Meristem
ZON PERTUMBUHAN SEL
Hujung pucuk dan
hujung akar tumbuhan
dapat dibahagikan
kepada 3 zon
pertumbuhan sel :

• Zon pembahagian sel


• Zon pemanjangan sel
• Zon pembezaan sel
ZON PERTUMBUHAN SEL
Hujung pucuk dan
hujung akar tumbuhan
dapat dibahagikan
kepada 3 zon
pertumbuhan sel :

• Zon pembahagian sel


• Zon pemanjangan sel
• Zon pembezaan sel
Zon pertumbuhan : 1) Zon pembahagian sel
• Zon pembahagian sel berlaku pada meristem
apeks yang terdiri daripada sel-sel meristem
yang aktif membahagi secara mitosis.

• Pertambahan bilangan sel menyebabkan


peningkatan kepanjangan batang tumbuhan.

• Semasa sel baharu terbentuk, sel yang


terbentuk sebelumnya akan ditolak ke zon
pemanjangan sel.
Zon pertumbuhan : 2) Zon pemanjangan sel
• Zon pemanjangan sel terdiri daripada sel-sel yang mengalami
pertambahan saiz.

• Pertambahan saiz berlaku melalui resapan air secara osmosis dan


penyerapan nutrien ke dalam sel serta disimpan di dalam vakuol.

• Vakuol-vakuol kecil yang bersebelahan bergabung untuk


membentuk vakuol yang bersaiz besar. Proses ini dikenali sebagai
pemvakuolan.

• Kemasukan air akan mengenakan tekanan terhadap dinding sel,


lalu menolak, memanjang dan melebarkan sel.
Zon pertumbuhan : 2) Zon pembezaan sel
• Zon pembezaan sel terdiri daripada sel-sel yang membeza dan pembezaan berlaku apaila sel
telah mencapai saiz yang maksimum.

• Sel-sel membeza membentuk tisu kekal seperti epidermis, korteks, xilem dan floem.

• Sel berubah bentuk dan struktur untuk menjadi sel khusus yang mempunyai fungsi yang spesifik.

• Sebagai contoh : 1) sel epidermis pada daun membeza dan


membentuk sel pengawal yang mengawal
bukaan liang stoma.
2) sel epidermis pada akar membeza dan
membentuk sel akar rambut.
KANDUNGAN 16.2 : TISU MERISTEM DAN
PERTUMBUHAN
STANDARD PEMBELAJARAN
Murid dapat :

16.2.4 Memerihalkan jenis pertumbuhan : (i) primer (ii)


sekunder
16.2.5 Mewajarkan kepentingan pertumbuhan primer dan
pertumbuhan
sekunder
16.2.6 Membandingkan dan membezakan antara pertumbuhan
primer
dengan pertumbuhan sekunder dalam tumbuhan eudikot.
16.2.7 Menilai kepentingan tumbuhan yang mengalami pertumbuhan
sekunder dari segi ekonomi.
JENIS PERTUMBUHAN

Pertumbuhan Pertumbuhan
primer sekunder
Pertumbuhan primer
• Definisi = merupakan pertumbuhan yang berlaku selepas percambahan
dan dialami oleh semua tumbuhan untuk menambah panjang
batang dan akar.

• Pertumbuhan primer berlaku pada meristem


apeks yang terdapat pada hujung pucuk dan
hujung akar.

• Pertumbuhan primer bermula apabila sel-sel


meristem pada meristem apeks dalam zon
pembahagian sel giat membahagi.
Pertumbuhan primer
• Hal ini diikuti dengan pemanjangan sel dan pembezaan sel.

• Pemanjangan sel itu seterusnya menyebabkan pertumbuhan


primer.

• Pertumbuhan pucuk dan akar semasa pertumbuhan primer ini


membolehkan tanaman terus mencari air (melalui akar) atau
cahaya matahari (melalui pucuk)
Pertumbuhan primer
• Pada hujung pucuk, primordium daun dan primordium tunas
akan tumbuh membentuk daun serta pucuk baharu.

• Hal ini membolehkan tumbuhan menambahkan


ketinggiannya atau panjangnya.

• Di hujung akar, iaitu bahagian jidal akar akan menjadi


haus apabila menembusi tanah. Akar tumbuh
memanjang
dengan
bantuan tisu
• Hal ini menyebabkan sel-sel jidal akar digantikan dengan sel- meristem
apeks.
sel meristem.
Pertumbuhan sekunder
• Definisi = merupakan pertumbuhan yang berlaku kepada
kebanyakan tumbuhan eudikot dan sebilangan
kecil tumbuhan monokot (pokok renek) untuk
menambah ukur lilit atau diameter batang dan
akar tumbuan.

Diameter
batang pokok
bertambah
Pertumbuhan sekunder
• Pertumbuhan sekunder berlaku disebabkan oleh pembahagian sel meristem lateral
yang terdapat di batang dan akar.
Pertumbuhan sekunder

• Meristem lateral terdiri


daripada :

a) Kambium vaskular
Terletak di antara tisu floem
dan tisu xylem dalam berkas
vaskular

b) Kambium gabus

Terletak di bawah lapisan


epidermis
Mari kita perhatikan bagaimana
pertumbuhan sekunder berlaku pada
batang pokok . . .
Pertumbuhan sekunder pada batang

Sel-sel dalam gelang kambium membahagi


Pertumbuhan sekunder bermula apabila
ke arah dalam membentuk xilem baharu,
kambium vaskular membahagi secara
dan ke arah luar membentuk floem baharu.
mitosis dengan aktif • Apabila mengalami pertumbuhan
sekunder, xilem primer ditolak ke
arah empulur, manakala floem
primer ditolak ke arah epidermis.
• Akibatnya, tisu-tisu primer
dimampatkan untuk membentuk
lapisan kayu yang kuat. Hal ini
disebabkan dinding salur xilem
ditebali lignin.
• Penebalan lignin memberi
• Apabila lapisan xilem sekunder dimampatkan, berlaku pertambahan lilitan batang dan menyebabkan sokongan mekanikal kepada
epidermis batang meregang serta retak. tumbuhan.
• Kambium gabus membahagi dengan aktif membentuk sel-sel gabus di sebelah luar dan korteks di
sebelah dalam.
• Lapisan gabus melindungi batang daripada serangan serangga dan patogen apabila epidermis merekah.
Pertumbuhan sekunder pada batang pokok
KEPENTINGAN PERTUMBUHAN PRIMER
1) Membenarkan pemanjangan pokok agar dapat menyerap cahaya matahari untuk menjalankan
fotosintesis.

2) Floem primer dapat mengangkut hasil fotosintesis dari daun ke


bahagian lain tumbuhan.

3) Xilem primer dapat mengangkut air dan garam mineral dari


tanah melalui akar ke daun.

4) Xilem primer memberikan sokongan kepada tumbuhan herba


atau tumbuhan muda.
KEPENTINGAN PERTUMBUHAN SEKUNDER
1) Memberi kestabilan kepada tumbuhan dengan menambah diameter batang dan akar agar bersesuaian
dengan ketinggian tumbuhan.

2) Memberi sokongan mekanikal kepada tumbuhan

3) Menghasilkan lebih banyak tisu xilem dan tisu floem

4) Menghasilkan lebih banyak tisu xilem dan tisu floem secara berterusan
bagi menggantikan tisu xilem dan tisu floem yang tua dan rosak.

5) Menghasilkan kulit kayu yag kuat dan tebal yang memberi


perlindungan kepada pokok terhadap kehilangan air yang berlebihan,
kecederaan fizikal dna serangan patogen.

6) Mampu hidup lebih lama dengan meningkatkan peluang menghasilkan


biji benih dan membiak
Okay sekarang kita cuba bandingkan
kedua-dua jenis pertumbuhan ni dalam
tumbuhan Eudikot…
Persamaan antara Pertumbuhan Primer dengan Pertumbuhan
Sekunder dalam Tumbuhan Eudikot
Perbezaan antara Pertumbuhan Primer dengan Pertumbuhan
Sekunder dalam Tumbuhan Eudikot
Perbezaan antara Pertumbuhan Primer dengan Pertumbuhan
Sekunder dalam Tumbuhan Eudikot
Kepentingan Tumbuhan yang Mengalami Pertumbuhan Sekunder dari
Segi Ekonomi

 Dapat menghasilkan kayu balak seperti Shorea sp. (meranti) dan Balanocarpus sp.
(cengal)

 Dapat membekalkan sumber kayu yang kuat dan


keras yang sesuai digunakan sebagai struktur rumah
bot, perabot, pagar, pintu dan lain-lain.

 Kehadiran gelang tahunan pula


menyebbakan perabot kelihatan menarik
dan dapat dijadikan barang perhiasan.
Kepentingan Tumbuhan yang Mengalami Pertumbuhan Sekunder dari
Segi Ekonomi
 Kayu dan kulit pokok sesetengah tumbuhan seperti Hopea sp. (merawan) dan
meranti, dapat menghasilkan resin dan minyak. Bahan-bahan ini dapat
dikomersialkan sebagai varnis, bahan pelekat, minyak wangi dan
ubat-ubatan.

 Tumbuhan berbunga pula dapat dijadikan


sebagai tumbuhan hiasan.

 Jualan buah-buahan seperti manga dan manggis


iaitu hasil daripada pokok yang mengalami
pertumbuhan sekunder dapat menjana sumber
pendapatan dan ekonomi negara
KANDUNGAN 16.3 : LENGKUNG PERTUMBUHAN

STANDARD PEMBELAJARAN
Murid dapat :

16.3.1 Memerihalkan jenis tumbuhan berdasarkan kitar hidup

16.3.2 Mencerakinkan lengkung pertumbuhan :


• tumbuhan semusim
• tumbuhan dwimusim
• tumbuhan saka

16.3.3 Mengeksperimen untuk mengkaji lengkung


pertumbuhan
dalam tumbuhan
Jenis Tumbuhan Berdasarkan kitar Hidup
Tumbuhan dapat dikelaskan berdasarkan jangka hayatnya :

Tumbuhan Tumbuhan
Semusim Saka

Tumbuhan
Dwimusim
Tumbuhan Semusim
 merujuk kepada tumbuhan yang mempunyai satu kitar hidup untuk semusim atau setahun.

 Tumbuhan ini biasanya mati selepas melengkapkan kitaran biologinya, bermula daripada
percambahan sehinggalah diakhiri dengan berbunga atau penghasilan biji benih.

 Contoh tumbuhan :
a) pokok padi,
b) pokok labu,
c) pokok tembikai
Tumbuhan Dwimusim
 Merujuk kepada tumbuhan yang mengambil masa 2 tahun, iaitu 2 musim pertumbuhan
untuk melengkapkan kitar hidupnya :

1) Musim pertumbuhan pertama : Pertumbuhan tampang


- pertumbuhan struktur akar, daun dan batang

2) Musim pertumbuhan kedua : Pembiakan.


- kebanyakan tumbuhan dwimusim tumbuh di kawasan
beriklim sederhana.
- Setelah mengalami pertumbuhan tampang, proses
pertumbuhan akan berhenti seketika pada musim sejuk.
- Apabila memasuki musim bunga dan musim panas,
pertumbuhan kedua diteruskan sebagai persediaan
untuk membiak.
- Tumbuhan akan berbunga, menghasilkan buah serta
biji benih, dan akhirnya tumbuhan akan mati.

 Contoh tumbuhan : kubis, lobak merah, pokok balung ayam


Tumbuhan Saka
 merujuk kepada tumbuhan yang hidup lebih daripada dua tahun.

 Tumbuhan ini mempunyai jangka hayat yang panjang bergantung kepada spesis
dan keadaan.

 Tumbuhan saka dapat dikelaskan kepada 2 kategori, iaitu tumbuhan berkayu saka
dan tumbuhan herba saka.

 Kebanyakan tumbuhan saka mampu berbunga dan berbuah berkali-kali


sepanjang hidupnya.

 Tumbuhan ini mempunyai struktur yang dapat beradaptasi dengan persekitaran


dan perubahan suhu.

 Contoh tumbuhan : Rumput, pokok bunga raya dan


pokok mangga.
Lengkung Pertumbuhan dalam Tumbuhan

Tumbuhan Tumbuhan Tumbuhan


Semusim Dwimusim Saka
• Lengkung pertumbuhan berbentuk sigmoid.
Lengkung Pertumbuhan • Peringkat A : Penurunan jisim kering.
Tumbuhan Semusim Makanan yang disimpan di dalam kotiledon digunakan utk percambahan
sebelum tumbuhnya daun untuk menjalankan fotosintesis.

• Peringkat B : Peningkatan jisim kering


Kadar pertumbuhan meningkat dengan cepat. Hal ini berlaku disebabkan
tumbuhan telah menjalankan fotosintesis

• Peringkat C : Jisim kering malar


- Kadar pertumbuhan sifar
- Tumbuhan matang pada peringkat ini.

• Peringkat D : Penurunan jisim kering.


Berlaku secara perlahan-lahan disebabkan oleh penuaan, kadar fotosintesis
rendah, keguguran daun dan bunga, serta penyebaran biji benih.
Lengkung Pertumbuhan
Tumbuhan Dwimusim
• Lengkung pertumbuhan berbentuk dua lengkung

• Musim Pertumbuhan Pertama :


- Tumbuhan menghasilkan daun, berlakunya fotosintesis
- Makanan disimpan di dalam umbisi

• Musim Pertumbuhan Kedua :


- Makanan simpanan digunakan untuk
menghasilkan bunga dan biji benih.
Lengkung Pertumbuhan
Tumbuhan Saka
• Lengkung pertumbuhan terdiri daripada jujukan sigmoid
yang kecil.

• Lengkung pertumbuhan pada setiap tahun berbentuk


sigmoid.

• Pertumbuhan berlaku sepanjang hayat.

• Kadar pertumbuhan adalah tinggi pada musim bunga


dan musim panas. Keamatan cahaya yang tinggi
meningkatkan kadar fotosintesis.

• Kadar pertumbuhan menurun pada musim sejuk.

You might also like