You are on page 1of 1

Rujukan kami : SKSB/002/07

Tarikh : 09 Julai 2021


Kepada,
Pn. Mazilah binti Ishak
Sekolah Kebangsaan Sugai Besi
57000 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Tuan/puan,

PELANTIKAN HAKIM BAGI PERMAINAN SERIGALA DAN BIRI-BIRI 2021

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan, Kelab Bola Baling SK Sungai Besi akan menganjurkan dan mengadakan Permainan
Serigala dan Biri-Biri 2021 seperti pada ketetapan berikut;

Tempat : Padang SKSB, SK Sungai Besi


Tarikh/Hari : 12 Julai 2021 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi – 1.30 petang

3. Sehubungan dengan itu, sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan telah dilantik sebagai hakim bagi
Permainan Serigala dan Biri-Biri 2021.

4. Tahniah diucapkan atas pelantikan sebagai hakim pertandingan kawad kaki ini. Maklumat lanjut berkenaan
pertandingan ini (sila rujuk lampiran) juga telah dilampirkan untuk makluman pihak tuan. Kerjasama daripada pihak
tuan/puan amat kami harapkan. Semoga dengan kehadiran tuan/puan akan menyempurnakan lagi Permainan Serigala
dan Biri-Biri 2021 ini.

Sekian, terima kasih

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

_________________________
(TN HJ AHMAD BIN OTHMAN)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

s.k: fail 1

You might also like