You are on page 1of 6

Terdapat banyak kajian yang menunjukkan bahawa perbezaan

antara lelaki dan perempuan yang jelas dalam penerimaan pelajaran di


sekolah (Coates 1998). Dapatan kajian menunjukkan bahawa jantina
dilihat memainkan sebagai salah satu faktor sosial yang mempengaruhi
pencapaian akademik pelajar iaitu khususnya tahap penerimaan dan
penguasaan pelajar akan sesebuah mata pelajaran bergantung kepada
jantina sama ada lelaki atau perempuan guru atau pelajar tersebut di
dalam konteks pendidikan.
Isu Jantina (Murid)
 Menurut Amla dan rakan-rakan (2014) pula, tiada perbezaan
jantina yang signifikan dalam keterlibatan pelajar di sekolah,
sokongan pembelajaran dan pencapaian akademik.

- Keterlibatan pelajar di sekolah merupakan perantara dalam


hubungan jantina dan pencapaian akademik. Kajian yang
dijalankan mengenai jurang pencapaian akademik mengikut
jantina mengetengahkan bahawa kesan gaya pembelajaran
serta kemahiran dan strategi pembelajaran memihak kepada
pelajar perempuan daripada lelaki. Gaya dan kemahiran
belajar pelajar perempuan bersesuaian dengan gaya
pengajaran guru perempuan serta persediaan untuk
peperiksaan (Zalizan & Hazadiah, 2010)

 Aminah Ahmad (2000) menyatakan penglibatan wanita dalam


pendidikan sangat menggalakkan tetapi masih wujud segregasi
mengikut gender dalam pendidikan peringkat menengah,
terutama di vokasional dan teknik mahupun pengajian tinggi.

- Mengikut kajian, kebanyakkan ruang dan peluang untuk


berjaya dimonopoli oleh golongan perempuan. Kebanyakan
murid perempuan dan lelaki lebih cenderung untuk memilih
matapelajaran yang bersifat lebih kearah mereka.
 Menurut Syarifah Alwiah Alsagoff (1988), segala gerak-geri dan
tingkah laku akan ditiru atau diikuti oleh rakan sebaya.

- Disebabkan pergaulan dengan rakan-rakan yang tidak minat


untuk menimba ilmu, pelajar lelaki tidak menguasai pelajaran
yang dipelajari kerana tidak membuat latihan yang diberi dan
hilang fokus dalam kelas. Maka, pencapaian mereka adalah
lebih rendah berbanding pelajar perempuan

Isu Jantina (guru)


 Dr. Zalizan bin Mohd Jelas (2001) dalam kajiannya, mengkaji
perbandingan persepsi guru lelaki dan guru perempuan terhadap
pelajar lelaki dan pelajar perempuan yang mempengaruhi
pencapaian kedua-dua jantina pelajar. Keadaan ini turut
dikukuhkan lagi dalam kajian Brophy dan Evertson (1981) dan
Bank (1987).

- Hasil kajian menunjukkan bahawa guru lelaki secara


keseluruhannya mempunyai persepsi positif terhadap pelajar
lelaki dan juga pelajar perempuan berbanding guru
perempuan. Dengan lain perkataan, guru lelaki tidak
mempunyai persepsi yang berbeza terhadap pelajar lelaki dan
perempuan. Mereka tidak bias dalam melabelkan kebolehan
pelajar, baik pelajar lelaki mahupun pelajar perempuan,
berbanding guru perempuan.

 Menurut, Zalizan, et.al (2005), guru perempuan kurang memberi


perhatian kepada pelajar lelaki yang dianggap bermasalah di
dalam kelas.

- Guru lebih memberi perhatian kepada pelajar perempuan


yang sering mengikut arahan guru dan mudah untuk dikawal.
Pelajar lelaki sering kali dikatakan hilang fokus di dalam
kelas, mengganggu rakan lain serta tidak membuat kerja
rumah. Guru perempuan akan mengambil tindakan untuk
mengabaikannya sekiranya segala amaran dan peringatan
yang diberikan tidak dihiraukan. Dengan mengabaikan
pelajar lelaki di dalam kelas, sudah semestinya akan
mengganggu pencapaian mereka kerana mereka tidak dapat
menguasai pelajaran yang diajar dengan baik

 Menurut Norawati binti Hashim (2004) dalam kajiannya, beliau


menyatakan bahawa guru seharusnya kreatif dalam pengajaran
supaya dapat menarik minat pelajar terhadap proses
pembelajaran.

- Peranan guru adalah penting untuk mewujudkan kreativiti di


dalam bilik Kreativiti guru di dalam bilik darjah seharusnya
boleh memimpin murid-murid supaya lebih berminat dan
mengambil bahagian dalam pengalaman dan pengajaran.

Isu Jantina ( Sekolah )


 Jumlah kemasukan pelajar perempuan di IPTA seluruh negara
secara umumnya melebihi 70 peratus kebelakangan ini
(Zalizan.et.al, 2009).

- Jurang perbezaan pencapaian akademik pelajar lelaki dan


perempuan di peringkat persekolahan memberi impak kepada
enrolmen pelajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

 Santrock (2008), budaya yang diamalkan di sekolah membentuk


penerimaan kelainan gender, keupayaan dan prestasi mengikut
gender.
- Pelajar perempuan dilihat lebih tekun memberikan perhatian
terhadap pelajaran, lebih mematuhi peraturan sekolah dan
bilik darjah.

 Kementerian Pendidikan Malaysia (2000) mengenai keputusan


peperiksaan awam dari tahun 1996-1999 menunjukkan pelajar
perempuan memperoleh prestasi akademik yang lebih baik
berbanding pelajar lelaki dalam peperiksaan awam di peringkat
sekolah rendah (UPSR), menengah rendah (PMR) dan
menengah (SPM) dalam kebanyakan mata pelajaran
terutamanya Sains, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan
Matematik.

- faktor-faktor yang mempengaruhi perbezaan tersebut ialah


kajian mendapati pelajar perempuan lebih baik dalam tugasan
yang memerlukan penghafalan fakta dan peraturan yang jelas
manakala pelajar lelaki lebih cenderung kepada tugasan
berbentuk terbuka yang berkaitan dengan situasi yang
realistik dan praktikal. Pelajar perempuan juga didapati
mempunyai ciri-ciri positif yang menyumbang kepada
pencapaian prestasi akademik yang lebih baik berbanding
pelajar lelaki.
Isu Jantina (Kurikulum Tersirat)
 kajian terbaru yang dilakukan oleh Kostas (2019)[3] mendapati
bahawa watak wanita dalam buku teks pendidikan rendah
terutamanya digambarkan sebagai ibu dan suri rumah sementara
watak lelaki dikenali sebagai pencari nafkah. Kurikulum yang
disediakan memberi pertimbangan terhadap aspek perbezaan
antara jantina.

- Selain itu, guru sering menggunakan bahan, termasuk teks,


gambar atau contoh yang mengukuhkan peranan stereotaip.
Contoh khas yang diberikan termasuk, peranan bapa
(membaca surat khabar) dan ibu (melayani makan malam);
doktor (lelaki) dan jururawat (wanita); bermain bola (budak
lelaki) dan menyisir rambut anak patung (gadis).

 Kegagalan pada peringkat sekolah menyebabkan mereka lebih


terdedah untuk terbabit dengan aktiviti tidak sihat. Ramai dalam
kalangan remaja lelaki yang terbabit dalam kegiatan negatif
ditangkap dan dimasukkan ke pusat serenti dan penjara juvana.
-

 Kurikulum Tersirat menggalakkan murid berinteraksi dan


berhubung dengan rakan berlainan jantina. Mereka perlu diberi
kesedaran tentang batasan perhubungan dalam interaksi
berlainan jantina. (Budaya dan Pembelajaran)

- Interaksi dalam bilik darjah merupakan satu aspek penting


yang perlu dititikberatkan oleh guru untuk mewujudkan
persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Melalui
interaksi, murid-murid dapat bergaul antara satu sama lain
tidak kira berbeza agama, bangsa, budaya, mahupun jantina.
Interaksi adalah salah satu medium perantaraan bagi setiap
individu untuk bergaul mesra. Murid-murid tidak semestinya
hanya berinteraksi untuk tujuan pembelajaran, malah mereka
perlu berinteraksi untuk keperluan sosialisasi mereka sendiri.
Secara tidak langsung, interaksi antara murid akan berlaku
secara meluas di dalam sesebuah kelas. Justeru, interaksi
antara murid ini memainkan peranan penting ke arah
pembentukan budaya penyayang dalam kalangan murid.
Tuntasnya, kurikulum tersirat dapat menggalakkan
persekitaran yang mesra budaya dalam sesebuah bilik darjah.

Cara-----------------

KESIMPULAN
Kesimpulannya, pihak-pihak yang berkenaan harus berganding bahu
dalam usaha mencari jalan bagi mengatasi masalah jurang pencapaian
akademik antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Hal ini akan
membolehkan kita untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah
dengan negara-negara maju yang lain dalam melahirkan modal insan
berminda kelas pertama yang mampu meletakkan nama negara
Malaysia yang tercinta di persada dunia.

You might also like