You are on page 1of 7

1.

0 PENGENALAN

Pendidikan merupakan sesuatu yang tidak asing lagi dalam diri setiap khalifah yang ada
dibumi Allah S.W.T ini, Ia adalah kerana dengan pendidikan lahirnya individu yang
berpengetahuan. Pendidikan Islam pula merupakan perkara penting dalam kemajuan
sesebuah bangsa. Islam adalah satu-satunya agama yang begitu menitikberatkan kemajuan
ilmu dan pendidikan.

Justeru itu, mata pelajaran Pendidikan Islam terdapat didalam Kandungan Kurikulum
Sekolah Rendah(KSSR) bermula tahun 2011. Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR)ini mulanya dikenali sebagai Kurikulum Baru Sekolah Rendah(KBSR),namun seiring
dengan kemajuan abad-21 ini, ia telah mengalami proses penambahbaikan. Guru juga telah
diberi panduan atau cara yang mengandungi pelbagai strategi, kaedah aktiviti dan bahan
bantuan mengajar yang boleh digunakan untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran
didalam kelas melalui Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran.

2.0 HUBUNGKAIT FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM DAN FALSAFAH PENDIDIKAN


KEBANGSAAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM

“Pendidikan Islam merupakan suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu,


kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-sunnah bagi membentuk
sikap, kemahiran, keperibadian, dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang
mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan
negara kearah mencapai kebaikan didunia dan kesejahteraan abadi di akhirat”.
(Kementerian Pendidikan Malaysia).

“Matlamat atau hasrat kerajaan dalam bentuk sektor pendidikan dinegara ini adalah untuk
melahirkan individu atau modal insan yang seimbang dalam semua segi samada, intelek,
rohani,emosi mahupun jasmani”. (Roselan Baki, 2003)

Kedua-dua falsafah ini mempunyai perkaitan yang mana mempunyai tujuan yang sama iaitu
mewujudkan pendidikan secara berterusan bagi melahirkan insan yang berilmu
pengetahuan. Seterusnya bertujuan untuk menggalakkan perkembangan yang seimbang
untuk menjamin kesejahteraan diri, masyarakat dan juga negara.
3.0 ANALISIS KANDUNGAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4

Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) mampu membantu guru


menentukan dan memilih kaedah terbaik dalam melaksanakan proses pengajaran
berdasarkan standard kandungan dan standard prestasi sebagai rujukan. Merujuk kepada
DSKP ini, kurikulum Pendidikan Islam dibahagikan kepada tujuh bahagian iaitu Al-Quran,
Hadith, Akidah, Ibadah, Sirah, Adab dan Jawi. Bagi Tahun 1 dan 2, mereka belum
didedahkan dengan bidang Hadith dalam sesi pembelajaran. Bidang Hadith mula diajar
bermula Tahun 3 hingga Tahun 6.

BACAAN

BIDANG AL-QURAN TAJWID

BIDANG JAWI HAFAZAN

KANDUNGAN
KURIKULUM BIDANG AKIDAH
PENDIDIKAN
ISLAM SEKOLAH
RENDAH TAHUN
BIDANG IBADAH
4

BIDANG SIRAH

BIDANG ADAB

BIDANG HADITH

RAJAH 1 Organisasi Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah

3.1 BIDANG AL-QURAN

Dibawah bidang ini, terdapat tiga bahagian, iaitu, tilawah, hafazan dan tajwid. Seiring
dengan objektif Pendidikan Islam yang berkehendak memupuk dalam diri setiap murid
perasaan suka mempelajari dan membaca Al-Quran, bidang Al-Quran diwujudkan dalam
pembelajaran ini. Melalui bidang ini,murid-murid disediakan dengan kebolehan dan
kemahiran membaca, menghafaz dan memahami Al-Quran dengan baik dan bertajwid.
Murid turut didedahkan dengan kefahaman terhadap intipati kandungan surah-surah
telah dicadangkan sebagai bahan pembelajaran melalui bidang Al-Quran ini. Dalam
Islam, kita juga dituntut untuk mempelajari dan mengamalkannya,kerana matlamat ia
diturunkan bukan sahaja untuk dibaca, bahkan untuk dihayati supaya menjadi pegangan
dan pedoman hidup seterusnya melahirkan insan yang seimbang rohani dan jasmani
berdasarkan ayat Al-Quran dalam surah Saat (29) :

ِ ‫ار ٌك لِّيَدَّ َّب ُروا آ َياتِ ِه َولِ َي َت َذ َّك َر أُولُو اأْل َ ْل َبا‬
‫ب‬ َ َ‫اب أ‬
َ ‫نز ْل َناهُ إِلَ ْي َك ُم َب‬ ٌ ‫ِك َت‬

Maksudnya: Al-Quran ini adalah sebuah kitab yang kami turunkan  kepdamu penuh
dengan berkah supaya mereka memerhatikan  ayat-ayatNya, dan supaya  mendapat
pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran.

3.1.1 DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

Terdapat empat elemen yang terkandung dalam DSKP Pendidikan Islam Tahun 1 hingga
Tahun 6 iaitu Standard Kandungan, Standard Pembelajaran, Tahap Penguasaan dan
Standard Prestasi.

3.2 BIDANG JAWI

3.3 BIDANG AQIDAH

3.4 BIDANG IBADAH

3.5 BIDANG SIRAH

3.6 BIDANG ADAB

3.7 BIDANG HADIS


ialah satu proses mendidik, membentuk juga melatih seseorang insan ataupun individu
dalam pelbagai aspek jasmani, rohani, akal, akhlak dan juga kesedaran sosial bagi
melahirkan manusia yang sempurna, beriman berakhlak mulia, berbadan sihat, berilmu dan
berkemahiran dalam kerjaya. Dengan bertunjangkan dan berasaskan Falsafah Pendidikan
Islam dan juga Falsafah Pendidikan Kebangsaan, berteraskan Al-Quran As-Sunnah didalam
melahirkan individu yang seimbang dari segi rohani, jasmani, intelek,

You might also like