You are on page 1of 2

Faedah-faedah Kelas Tambahan

Kelas tambahan ialah kelas bimbingan yang diberikan


kepada murid-murid bagi mata pelajaran tertentu.
Kelas tambahan ini diadakan sama ada secara individu
atau berkumpulan. Kelas tambahan ini diadakan secara
berbayar dan ada juga yang percuma.

Kebiasaannya, kelas tanbahan ini diadakan selepas


waktu sekolah atau semasa cuti sekolah. Tetapi, ada
juga ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke
kelas tambahan iaitu pusat-pusat tuisyen yang
mengenakan jumlah bayaran tertentu bagi satu-satu
mata pelajaran. Kebanyakan murid yang mengikuti
kelas tambahan ini ialah calon yang akan menduduki
peperiksaan.

Sememangnya, kelas tambahan ini banyak


faedahnya kepada murid. Pertamanya ialah murid-
murid dapat membaiki kelemahan dalam sesuatu mata
pelajaran. Antara mata pelajaran yang sering diberi
tumpuan ialah mata pelajaran Sains, Matematik,
Sejarah dan Bahasa Inggeris. Dengan adanya kelas
tambahan ini, murid-murid dapat membaiki kelemahan
masing-masing.
Faedah yang kedua ialah kelas tambahan ini dapat
menambahkan ilmu pengetahuan murid-murid. Di
sekolah, masa yang diperuntukkan bagi sesuatu mata
pelajaran adalah terhad. Maka, kelas tambahan inilah
membantu murid-murid dapat memahami mata
pelajaran itu dengan lebih mendalam.

Faedah yang ketiga ialah guru yang mengajar di


dalam kelas tambahan dapat memberi tumpuan yang
lebih kepada seseorang murid. Jumlah murid yang
kurang akan memudahkan guru mengetahui
kelemahan dan kelebihan seseorang murid. Oleh itu,
guru dapat memberi tunjuk ajar kepada murid tersebut.
Di samping itu, murid-murid dapat juga bertanya
tentang sesuatu perkara yang kurang difahami.

Tuntasnya, kelas tambahan banyak memberi


faedah kepada murid-murid. Pihak ibu bapa haruslah
mengenal pasti kelemahan anak-anak dan hantar ke
kelas tambahan untuk membaiki kelemahannya. Ibu
bapa perlulah mengingkatkan anak-anaknya bahawa
ilmulah pelita hidup kepada mereka.

You might also like