You are on page 1of 3

Sivanesan A/L Elangkovan

No49, Jalan Limau Bali,


Taman Slim Jaya,
35800 Slim River
Pengarah,
Institut Kemahiran Belia Negara Bukit Mertajam
Jalan Berapit,
14000 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang 25 Julai 2021

Tuan,
RAYUAN MEMASUKI INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA BUKIT
MERTAJAM BAGI SESI 2021/2022

Merujuk kepada perkara di atas, saya Sivanesan A/L Elangkovan ingin membuat
rayuan agar permohonan saya untuk memasuki Institut Kemahiran Belia Negara
Bukit Mertajam diterima masuk dalam Diploma Teknologi Elektrik (Penjaga Jentera
Elektrik)

2. Saya membuat permohonan rayuan ini kerana kesemua permohonan saya


untuk menyambung pelajaran tidak berjaya dimana -mana Institut Pendidikan
walaupun saya mempunyai keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang
memuaskan. Bersama surat ini, saya lampirkan keputusan SPM saya.

3. Saya merupakan seorang pelajar yang datang daripada keluarga B40 dan ibu
saya merupakan ibu tunggal. Bagi kelangsungan hidup kami, saya perlu membantu
keluarga saya. Tawaran kemasukan saya ke IKBN dapat meringankan beban
keluarga saya.

4. Saya berjanji akan memberikan sepenuh daya usaha saya untuk belajar jika
rayuan saya diterima untuk melanjutkan pelajaran di Institut Kemahiran Belia
Negara. Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan amat diharapkan dan
dihargai.

Yang Benar,

Sivanesan
….……………………………………..
(SIVANESAN ELONGKOVAN)
0149819766

You might also like