You are on page 1of 27

harith faisal

Kewangan dan Hartanah Anak Muda


200,000 followers
F O RM ULA R A H SIA
PERSONAL BRANDING
&
penulisan viral
di

Hakcipta Terpelihara
Sebarang bahagian di dalam naskhah Formula Rahsia Personal
Branding & Penulisan Viral di Facebook ini dilindungi hakcipta dan
TIDAK DIBENARKAN untuk diterbitkan semula, disebarkan, dijual,
dikongsi atau diberikan kepada pihak lain kecuali mendapat
keizinan rasmi daripada pihak penerbit ProParenting Resources.

Barang dan produk yang berbentuk digital berbeza dengan barang


yang berbentuk fizikal kerana barang fizikal yang dikongsi oleh 2
orang, tetap dikira sebagai 1 unit tetapi barang digital akan dikira
sebagai 2 unit jika dikongsi oleh 2 orang.

Terima kasih kerana menjaga amanah dan hakcipta naskhah ini.


ru s b e rk ongsi
Te d a ya ng
wa la u a
i. K o n g s i tanpa
b enc e n ti. D i saat
h
pernah membenci,
seorang da beribu
pasti a lain
ya ng si.
terinspira

Harith Faisal
Hartanah & Kewangan Anak Muda
Followed by

200,000
People on Facebook
Harith Faisal berasal dari
Slim River, Perak. Lulusan
Ijazah Sarjana Muda Sains
(Sains Aktuari) Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Berusia 28 tahun. Beliau
memulakan kerjaya sebagai
seorang pegawai bank.

Kini beliau adalah seorang


perunding
kewangan dan
pelaburan sebagai
Assistant Unit Manager di
AIA Public Takaful Berhad
dan Agency Supervisor di
Principal Asset
Management Berhad.

Formula Rahsia Personal Branding & Harith Faisal


Penulisan Viral di Facebook 1 Hartanah & Kewangan Anak Muda
Konsultasi kewangan dan pelaburan yang disediakan oleh beliau
merangkumi pelbagai produk seperti takaful, unit amanah, ASB
Financing dan juga hartanah dijalankan secara sepenuh masa.

Beliau banyak berkongsi idea, panduan dan tip kewangan serta


pelaburan di Facebook peribadinya setiap hari. Mula menulis pada
hujung 2015, kini bilangan follower di Facebook beliau
lebih 200,000.
Untuk memastikan tulisannya tersebar lebih luas, beliau juga rajin
berkongsi ilmu kewangan dan pelaburan kepada lebih 50,000
subscribers di Channel Telegram rasmi beliau.
Beliau juga sering dijemput oleh persatuan pelajar universiti,
pemaju hartanah, jabatan kerajaan dan orang awam untuk
berkongsi ilmu tentang motivasi kewangan dan pelaburan untuk
anak muda. Beliau pernah bersiaran di Astro dan radio IKIM untuk
berkongsi ilmu kewangan dan pelaburannya. Malah cerita tentang
beliau pernah ditulis di akhbar perdana Berita Harian dan Kosmo.

Followers di Facebook Subscriber di channel


Harith Faisal Telegram Harith Faisal

200,000 followers
50,000 followers

Formula Rahsia Personal Branding & Harith Faisal


Penulisan Viral di Facebook 2 Hartanah & Kewangan Anak Muda
Bernaung di bawah penerbit Galeri Ilmu, beliau telah
menghasilkan tiga buah buku iaitu buku best seller Hipster
Hartanah (2017), Bajet Power (2017) dan Nota
Kewangan Sentap (2018).
Dalam dunia hartanah dan kewangan, beliau adalah ikon anak
muda yang sangat dikenali ramai kerana perkongsiannya telah
membuka mata ramai anak muda untuk mula mengatur
kewangan dengan baik dan memulakan pelaburan di awal usia.

Jika anda masih tercari-cari hala tuju kewangan, wajibkan diri


anda untuk follow Facebook peribadi dan channel Telegram rasmi
beliau. Pasti jiwa anda akan tersentap dan terus bertaubat
daripada melakukan dosa-dosa kewangan. Ha! - HF
Follo
telegra w la
m
Tungg saya.
ua
lagi tu pa
?

#harithfaisal

Formula Rahsia Personal Branding & Harith Faisal


Penulisan Viral di Facebook 3 Hartanah & Kewangan Anak Muda
Langkah 1
Profile Picture

Pilih profile picture yang tidak menunjukkan


anda adalah seorang jurujual. Tak perlu gambar
korporat yang diambil di studio. Lebih baik gunakan gambar
santai kerana profil peribadi adalah melambangkan diri kita,
bukannya bisnes.

Kita kena faham, bila kita nampak sangat macam jurujual, orang
takkan teringin pun klik button follow. Macam ni, biar orang follow
kita dahulu, biar orang selesa dengan kita.

Kemudian, juallah apa-apa pun, pasti lebih mudah untuk mereka


membeli dengan kita selepas itu.

Tapi En. Harith..


Saya masih keliru.
Bagaimana mahu
bermula?

Pada tahun 2015 saya mula menulis di Facebook dengan klik


butang SHARE sambil mengulas posting sifu-sifu hartanah dan
kewangan. Ulas sekadar beberapa ayat saja pun.

Formula Rahsia Personal Branding & Harith Faisal


Penulisan Viral di Facebook 4 Hartanah & Kewangan Anak Muda
Tak lama lepas tu, saya cuba menaip sendiri posting saya dengan
kekerapan 4hari sekali. Kemudian menjadi lebih kerap
kepada 2 hari sekali, satu posting.

Saya cuba pula buat posting sehari satu posting dan saya
berjaya. Kemudian, saya cabar diri untuk buat 2-3 posting
setiap hari.
Menjadi pula tu. Untuk 2-3 posting tu, satu
adalah posting
panjang berimpak tinggi, selebihnya ayat-ayat
pendek saja. Masa kerja bank dulu sempat. Sekarang tak
sempat dah.

posting
1x setiap 4 hari

posting
1x setiap 2 hari

posting
1x setiap hari

posting
2-3x setiap hari

1 posting
berimpak tinggi 1 posting
pendek 1 posting
pendek

posting
1x setiap hari

Formula Rahsia Personal Branding & Harith Faisal


Penulisan Viral di Facebook 5 Hartanah & Kewangan Anak Muda
Kini saya selesa buat satu posting saja sehari. Konsisten setiap
hari dan dah lebih 2 tahun tak pernah tinggal. Dengan niat supaya
orang ramai dapat manfaat.

Kalau nampak sehari saya dapat buat 2-3 posting tu maksudnya


saya tengah ada masa lapang. Idea pula sedang mencurah-curah
ke ladang gandum.

Kerana sokongan yang followers saya terjemahkan dalam bentuk


LIKE dan SHARE, saya menulis sampai hari ni. Pernah rasa jemu,
tapi saya kuatkan hati untuk teruskan.

Jom mula berkongsi ilmu kat media sosial kita. Jangan risau
Sebabnya untuk menjadi
dikata “bajet bagus”.
bagus, kita perlu rasa diri kita bagus dan kita
perlu nampak macam bagus dulu.

Ketika belum Apabila orang ,


sudah kenal sagl ya
terkenal, gambar i sin et
ini orang akan saya paka ta
kata saya bajet pun oran g ka
bagus. saya bagus.

Formula Rahsia Personal Branding & Harith Faisal


Penulisan Viral di Facebook 6 Hartanah & Kewangan Anak Muda
Langkah 2
Berkongsi Sebelum
Menjual

Saya berpendapat, kebanyakan Social media influencer hari ni tak


pernah pun terbayang dalam fikiran akan ada ramai follower dan
pengaruh yang kuat di media sosial.

Niat pertama saya hanya sekadar nak


berkongsi cerita dan ilmu bermanfaat. Tapi, bila
dah ramai orang like, comment dan share, beserta bilangan
followers yang makin bertambah setiap hari, maka saya pun
nampak peluang untuk buat duit.

Daripada situ, idea nak jual itu dan ini bercambah-cambah. Sebab
tu, anda boleh lihat social media influencer biasanya mesti akan
Sebab itu peluang
jual sesuatu. Salahkah menjual? Tidak.
dan rezeki halal yang Tuhan kurniakan.
Ilmu tetap saya kongsikan kepada followers, cuma kadang-
kadang saya selitkan dengan iklan-iklan servis dan produk yang
saya tawarkan. Memang bukan selalu pun, sampaikan orang tak
tahu pun saya ni kerja apa sebenarnya.

Formula Rahsia Personal Branding & Harith Faisal


Penulisan Viral di Facebook 7 Hartanah & Kewangan Anak Muda
Langkah 3
Seronok Viral

Semua orang nak viral, sebab nampak macam seronok. Bila viral,
satu Malaysia kenal anda, dan follower anda akan bertambah.
Mula timbul rasa acah-acah selebriti. Yang belum pernah viral,
mesti teringin sangat nak viral, kan.

Jika anda viral sebab perkara yang baik,


maka anda akan terima efek yang baik. Tapi jika
anda viral kerana keburukan, mungkin anda akan alami depresi
apabila membaca makian, cacian netizen yang tak kisah perasaan
anda.

Kalau posting anda tiba-tiba viral sekali dan lepas itu tiada
posting lain yang viral, maksudnya ia viral secara tak sengaja.
jika posting anda viral berkali-kali
Tapi,
maksudnya anda memang ada bakat untuk
jadi social media influencer.

Formula Rahsia Personal Branding & Harith Faisal


Penulisan Viral di Facebook 8 Hartanah & Kewangan Anak Muda
Langkah 4
Topik Viral

Sebenarnya, viral ni kita boleh rancang. Sebab itu


anda boleh nampak social media influencer punya posting selalu
menjadi viral. Untuk viral kali pertama, mungkin secara tidak
sengaja. Tapi viral yang berikutnya adalah kerana ia dirancang
dengan baik.

Posting yang viral biasanya adalah tentang


perkara yang rapat dengan masyarakat kita
dan evergreen contohnya parenting, resepi, kekeluargaan
dan travel.

Saya pilih niche kewangan dan pelaburan sebagai niche utama


saya. Setiap orang ada duit, maka perlukan tip untuk uruskan dan
kembangkannya melalui pelaburan.

Formula Rahsia Personal Branding & Harith Faisal


Penulisan Viral di Facebook 9 Hartanah & Kewangan Anak Muda
Langkah 5
Gaya Bahasa

Satu ketika dulu, niche kewangan dan pelaburan hanya ditulis oleh
orang-orang lama yang berusia 40-an dan 30-an di forum
internet, blog dan juga buku-buku fizikal.

Lenggok dan gaya bahasa pastinya skema,


tidak menarik dan mendatar walaupun penuh
dengan info dan fakta.
Kemudian, sekitar tahun 2012-2013, penulis umur hujung 20-an
mula berkongsi di media sosial. Juga masih mengekalkan gaya
bahasa orang-orang terdahulu.

Saya mula berkongsi di Facebook pada tahun 2015. Pada waktu


itu, ada beberapa orang sahaja penulis muda awal 20-an yang
berkongsi ilmu kewangan dan pelaburan di Facebook. Saya salah
seorang daripadanya.

Formula Rahsia Personal Branding & Harith Faisal


Penulisan Viral di Facebook 10 Hartanah & Kewangan Anak Muda
Gaya bahasa yang saya gunakan dalam penulisan saya adalah
santai dan sentap. Kita semua sedia maklum yang dua
topik ni adalah dry dan bosan.

Jadi, kalau saya mengekalkan gaya bahasa skema orang-orang


lama, sukar untuk menarik minat orang muda.

Saya berjaya menarik orang muda untuk mula


mencintai ilmu kewangan dan hartanah kerana
apa yang saya kongsikan adalah sangat asas dan tidak rumit.
Maka, ia diterima baik oleh orang muda dan juga 30-an yang baru
nak mula urus kewangan dan terlibat dengan pelaburan.

Menyedari bahawa orang muda sukakan sesuatu yang santai dan


sentap, kini ramai penulis umur awal 20-an sudah mula berkongsi
ilmu di Facebook, Twitter dan Telegram.

Formula Rahsia Personal Branding & Harith Faisal


Penulisan Viral di Facebook 11 Hartanah & Kewangan Anak Muda
Langkah 6
5
Mazhab
Gaya Penulisan
Bahasa

Style menulis kat Facebook ni ada banyak


mazhab. Yang buat posting nasihat lembut gemalai
berbunga-bunga, jangan kata yang posting nasihat sentap tak
bagus.

Nasihat lembut berbunga kalau dibaca oleh orang yang salah,


tetap boleh timbulkan perbalahan. Nasihat sentap pun sama juga.
Ada yang suka, ada yang tak.

Setiap style tulisan ni ada pengikut tersendiri.


Selagi bermanfaat, okay saja. Saya dah cuba dua-dua style.
Nampaknya follower saya lebih suka yang santai dan sentap.

Pernah dulu saya buat ayat skema baik punya, tapi krik krik
sangat. Tujuan saya menulis kat Facebook ni hari-hari supaya
ramai orang suka baca dan dapat manfaatnya. Makin ramai orang
baca, makin tersebar ilmu yang saya kongsikan. Makin ramai
orang dapat manfaat, makin banyak pahala saya. Tamak pahala
sungguh.

Tapi, saya tak kata menulis secara skema itu


tidak bagus. Ada satu segi, ia bagus. Apa-apa pun, kita kena
cuba kenali apa yang audien kita suka. Lain orang, lain audien.

Formula Rahsia Personal Branding & Harith Faisal


Penulisan Viral di Facebook 12 Hartanah & Kewangan Anak Muda
Langkah 7
5
Sediakan Profil Sebelum
Gaya
Viral Bahasa

Apabila saya terlihat artikel viral di Facebook, saya suka untuk


masuk ke profil pemilik artikel untuk lihat jumlah follower dia.
Adakah makin bertambah atau tidak.

Apa yang saya perhatikan, jika profil dia sudah bersedia, jumlah
follower yang bertambah adalah banyak. Tapi kalau tidak ready,
tiada pertambahan follower yang ketara. Rugilah jika anda sudah
viral tapi tidak bertambah follower.

Biasanya sebelum orang klik button Follow,


orang akan scroll down wall anda dan lihat posting-
posting sebelum ni untuk menilai sama ada berbaloi atau tidak
untuk dia follow Facebook anda.

Antara faktor orang tak nak follow Facebook anda adalah, terlalu
tiada posting ilmu yang
banyak posting menjual,
dikongsikan, tiada posting cerita yang
bermanfaat, banyak sangat gambar selfie
buatkan orang rimas.

Formula Rahsia Personal Branding & Harith Faisal


Penulisan Viral di Facebook 13 Hartanah & Kewangan Anak Muda
Langkah 85
Jumlah Bahasa
Gaya Follower

Berimpian besar itu bagus, tapi bila kita terlalu nak jadi macam
orang lain yang dah beratus ribu follower, kita
akan rasa
perjalanan kita itu jauh dan memenatkan.
Sampai satu masa kita akan rasa ia adalah mustahil.

Jika anda baru nak bermula, kecil-kecilkan dahulu matlamat anda.


Sebagai contoh, anda nak dapatkan 500 follower baru
dalam masa satu bulan.
Cuba konsisten selama 2-3 bulan. Kemudian,
naikkan target kepada 1,000-3,000 follower
baru setiap bulan.

Dulu-dulu ketika saya


sangat fokus untuk
menambah follower, saya
letakkan target untuk
dapatkan purata 5,000
follower baru setiap bulan.

Kalau bulan itu hanya dapat


4,000 follower baru, saya
akan pastikan bulan
berikutnya follower baru
adalah 6,000 orang. Kena
ganti.

Formula Rahsia Personal Branding & Harith Faisal


Penulisan Viral di Facebook 14 Hartanah & Kewangan Anak Muda
Langkah 9
5
FollowerBahasa
Gaya Untuk Bisnes

Sejujurnya jika anda sudah mempunyai 3,000-5,000


followers di Facebook peribadi, anda sudah
sangat bersedia untuk menjual produk dan servis
anda. Itu pun dah tak menang tangan. Percayalah.

Dengan jumlah follower sebanyak itu pun, di mata orang awam,


anda adalah somebody. Pasti mereka akan tertanya-tanya,
“Kenapa ada 3,000 orang follow dia ni? Mesti sebab tulisannya
bagus.” Maka, mereka akan mula membaca posting di wall anda
satu per satu.

Orang ramai
followers ni biasanya
postingnya bagus.
Aku pun kena follow
nih!

Formula Rahsia Personal Branding & Harith Faisal


Penulisan Viral di Facebook 15 Hartanah & Kewangan Anak Muda
Langkah
Langkah 10
5
Nisbah Perkongsian
Gaya Bahasa
dan Iklan

Tetapkan nisbah anda sendiri. Sebaiknya paling tidak 5


posting
ilmu/cerita berkualiti dinisbahkan dengan 1
posting menjual. Maksudnya, jika anda nak kerap menjual,
anda perlulah rajin untuk berkongsi ilmu/cerita di Facebook anda.

Semakin banyak anda berkongsi ilmu/cerita, semakin kerap anda


boleh buat posting menjual lalu jualan anda akan ikut bertambah
daripada hari ke hari.

5
kali
hantaran
bermanfaat

1 2 3 4 5
manfaat manfaat manfaat manfaat iklan

5
Langkah 11
Gaya
Jangan Bahasa
Copy Paste

Boleh saya
‘copy’ posting
Tuan?

h.
Tak bole h klik
ole
Hanya b share
butang .
sahaja

Formula Rahsia Personal Branding & Harith Faisal


Penulisan Viral di Facebook 16 Hartanah & Kewangan Anak Muda
Walau anda akan letakkan kredit kepada
penulis asal lepas anda copy paste tu, lebih
baik anda klik button SHARE yang Facebook
telah sediakan.
Paling tidak, pembaca
boleh kenal dan bertanya
terus kepada penulis asal jika dia ada apa-apa
persoalan tentang posting tu. Pasti ia lebih senang, kan.

Lagi satu, bukan apa, bila anda terlalu kerap sangat copy paste,
kredibiliti anda akan jatuh teruk jika terkantoi.
Terutamanya kalau anda adalah orang yang terlibat dengan jualan
dan bisnes. Percayalah.

Belajarlah buat ayat sendiri. Mulakan dengan satu dua


perenggan dulu setiap posting. Kemudian, lima perenggan pula.

Lama-lama anda pasti akan mahir. Jikalau takda idea mahu tulis
apa, banyakkan membaca buku mahupun bacaan online.
Daripada situ anda akan belajar sikit sikit dan yakin untuk mula
menulis.

Pembaca tengah fefeeling baca setiap bait-bait kata, best ni, baca
sampai ke penghujung, tengok-tengok ada remark “CnP”, “Copy
Paste”. Aduh! Pembaca akan rasa tertipu dan sangat kecewa tau.

Semoga anda berjaya tanpa copy paste.

L R I G HT
L
S
A

HT
C O PY R I G
R
D

ES ER V E

Formula Rahsia Personal Branding & Harith Faisal


Penulisan Viral di Facebook 17 Hartanah & Kewangan Anak Muda
Langkah
Langkah 12
5
Penting Sangat Buat
Gaya Bahasa
Perenggan

Ini resepi penulisan yang saya pakai sejak dulu sampailah


follower ratusan ribu orang. Dah terbukti berkesan kalau anda
amalkan.

1 Tajuk dan perenggan awal kena catchy


kerana perenggan itu yang akan membuatkan orang
berhenti scroll news feed dan mula baca posting anda.
Kalau gagal part ni, tak guna anda taip panjang-panjang
pun.

2 Isi kandungan atau perenggan tengah


kena menarik. Kalau panjang sangat, buat poin dan
kena ada perenggan. Noktah dan koma, anda kena tahu
nak letak bila dan kat mana. Cikgu bahasa Melayu dah ajar
kan dulu-dulu.

Formula Rahsia Personal Branding & Harith Faisal


Penulisan Viral di Facebook 18 Hartanah & Kewangan Anak Muda
3 Poin kedua ni sangat penting. Pastikan jangan
mendatar sangat. Ia penentu sama ada orang akan
kekal membaca sampai perenggan terakhir atau orang
akan komen, "Panjangnya tulis. Kenapa tak lukis je?".

4 Perenggan terakhir lagilah penting. Pastikan


ayat
penutup adalah kesimpulan posting anda.
Ayat kena menarik gila. Kalau perlu samakan rima akhir,
buat. Kalau perlu tegas, buat.

5 Kalau perlu buat lawak, buat. Ia penentu sama


ada orang akan LIKE, COMMENT atau SHARE.

Berlatihlah kalau nak jadi mahir menulis di media sosial. Tak


sama dengan cara menulis tesis dan surat rasmi. Kena berlatih.
Saya pun, kalau baca posting sendiri masa tahun 2015 dulu, rasa
malu ya amat. Teruk.

Posting 2015

Posting 2019

Formula Rahsia Personal Branding & Harith Faisal


Penulisan Viral di Facebook 19 Hartanah & Kewangan Anak Muda
Langkah 5
Penutup
Gaya Bahasa

Bermula dengan kosong. Dalam perjalanan anda nak


menyimpan RM10K, anda akan belajar untuk berkorban nafsu dan
kehendak, belajar tentang konsistensi dan cari ilmu untuk urus
dan laburkan duit tu nanti.

Bila anda dah berjaya dapat RM10K pertama, anda


akan
tahu cara untuk buat RM10K yang kedua pula.
Tapi kalau tiba-tiba anda diberi RM10K tanpa anda sendiri sedia,
RM10K tu akan habis macam tu saja.

Sama juga untuk dapatkan 10K Follower, dalam proses tu, anda
akan belajar skil konsisten menulis konten, tambahbaik skill
menulis jadi menarik dan tahu skil nak kekalkan engagement
dengan Follower.

Dah dapat 10K Follower pertama, anda akan tahu cara nak
dapatkan 10K kedua dan seterusnya. Ada banyak cara nak dapat
follower segera.

Mungkin dipetik oleh artis ternama atau buat


benda bodoh sampai viral.
Bayangkan esok follower anda naik ke angka
10K tiba-tiba dari kosong. Tapi anda tak lalui pun proses
secara natural untuk dapat skil tadi tu. Anda jadi blur tak tahu nak
buat apa dan susah nak tarik 10K follower kedua.

Formula Rahsia Personal Branding & Harith Faisal


Penulisan Viral di Facebook 20 Hartanah & Kewangan Anak Muda
Jadi, kepada kekawan yang rajin menulis konten di Facebook,
teruskan berkarya untuk manfaat orang lain.
Follower yang ramai hanyalah bonus, kerana jika kita betul ikhlas,
inilah saham akhirat sebenar kita.

Ramai yang tanya saya, bila nak buat kelas


penulisan media sosial. Saya kata saya takkan
buat. Sebab saya tak belajar teori, semuanya try and error dan
ikut pemerhatian peribadi saya sahaja. Saya pun tak tahu nak ajar
apa kalau buat kelas tu.

Sekian. Terima kasih.

Formula Rahsia Personal Branding & Harith Faisal


Penulisan Viral di Facebook 21 Hartanah & Kewangan Anak Muda
Tips pantas

8
Langkah
Menulis
Gaya Harith Faisal
di

1
Sediakan foto wajah jelas untuk profile

2
Lengkapkan profile sebelum menulis

3
Kongsikan hantaran berilmu

4
Memilih dan menulis topik yang viral

5
Pilih gaya bahasa yang sesuai

6
Tetapkan sasaran followers yang ingin dicapai

7
Tetapkan nisbah perkongsian dan iklan

8
Tentukan format penulisan terutamanya
perenggan dalam penulisan

Formula Rahsia Personal Branding & Harith Faisal


Penulisan Viral di Facebook 22 Hartanah & Kewangan Anak Muda
Apa info dan formula berguna yang saya dapat daripada
naskhah ini?

Info dan formula berguna yang akan saya amalkan pada


penulisan di Facebook saya nanti adalah :

Formula Rahsia Personal Branding & Harith Faisal


Penulisan Viral di Facebook 23 Hartanah & Kewangan Anak Muda
Mulai hari ini saya akan konsisten :

“Ilmu yang tak diamalkan


umpama duit yang tidak dilabur.”

Formula Rahsia Personal Branding & Harith Faisal


Penulisan Viral di Facebook 24 Hartanah & Kewangan Anak Muda

You might also like