You are on page 1of 26

Topik Kanak kanak!

Berkeperluan!
2
Khas
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Membincangkan tentang klasifikasi kanak-kanak berkeperluan khas;
2. Menjelaskan perbezaan di antara beberapa kategori kanak-kanak
berkeperluan khas;
3. Menerangkan pentingnya intervensi awal;
4. Membincangkan tentang peranan penyaringan dan pengujian
diagnosti dalam pendidikan khas; dan
5. Menerangkan peranan ibu bapa dalam pendidikan khas.

PENGENALAN
Dalam Topik 1, kita telah membincangkan tentang definisi pendidikan khas serta
perkembangan pendidikan khas di Malaysia, Amerika Syarikat dan Britain.
Dalam Topik ini kita mendalami perbincangan tentang kanak-kanak
berkeperluan khas dan klasifikasi yang lebih terperinci tentang kanak-kanak ini.
Juga diberi perhatian ialah istilah-istilah yang telah digunakan untuk melabel
kanak-kanak khas. Kemudian, perbincangan bertumpu kepada isu penaksiran
dan intervensi awal sewajarnya bagi mempertingkatkan potensi kanak-kanak
berkeperluan khas.

Hakikatnya, tidak semua individu di dunia mempunyai ciri-ciri fizikal, mental,


emosi dan jasmani yang sama. Begitu juga dengan kanak-kanak berkeperluan
khas. Walau pun mereka berbeza daripada pelajar biasa, mereka juga berbeza di
TOPIK 2 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS ! 25

antara satu sama lain. Mereka juga memerlukan pendidikan, seperti rakan-rakan
mereka yang biasa atau normal.

2.1 SIAPAKAH KANAK-KANAK


BERKEPERLUAN KHAS?
Semua kanak-kanak berbeza antara satu sama lain. Contohnya, dalam sebuah
kelas biasa, kamu akan dapati kanak-kanak yang lebih tinggi daripada kanak-
kanak lain, ada diantara mereka yang lebih cekap menyelesaikan masalah
matematik, manakala ada yang lebih cepat menguasai kemahiran membaca.
Lazimnya, setelah melalui suatu program pendidikan, beberapa perbezaan ini
dapat dikurangkan. Bagaimana pun, terdapat sekumpulan kecil kanak-kanak
yang mana ciri-ciri mental, fizikal atau emosi mereka berbeza daripada norma
sehingga mereka memerlukan program pendidikan khas atau pendidikan yang
khusus. Mereka ini dipanggil kanak-kanak berkeperluan khas (exceptional
children) dan terdiri daripada kanak-kanak yang mengalami kesukaran belajar.
Kanak-kanak pintar cerdas (gifted) yang mempunyai kebolehan yang jauh lebih
tinggi daripada norma juga diklasifikasikan sebagai kanak-kanak berkeperluan
khas. Kedua-dua kumpulan pelajar ini memerlukan pengubahsuaian kepada
kurikulum dan kaedah mengajar supaya mereka dapat merealisasi potensi
mereka (Heward, 2003).

Menurut Kail (2001), hampir 4% daripada populasi dunia terdiri daripada


individu luar biasa atau kanak-kanak berkeperluan khas. Terdapat kanak-kanak
yang dilahirkan tanpa boleh mendengar apa-apa bunyi, manakala ada juga yang
dilahirkan tanpa mempunyai keupayaan untuk melihat objek atau cahaya
termasuk muka ibu bapa sendiri. Terdapat kanak-kanak yang mengalami
kesukaran memberi tumpuan atau mengalami kerencatan mental sejak dilahir.
Secara umumnya, kanak-kanak berkeperluan khas berbeza daripada kanak-
kanak normal dari segi ciri-ciri mental (pencapaian akademik), keupayaan deria
(melihat dan mendengar), keupayaan berkomunikasi (menulis dan bertutur),
tingkah laku (mengawal diri) dan emosi (bercampur gaul), dan ciri-ciri fizikal
(bergerak dan menjaga diri sendiri).

Walaupun istilah kurang upaya dan kecacatan digunakan sebagai sama, kedua-
dua istilah ini mempunyai maksud yang berlainan.

(a) Kurang upaya [atau Bermasalah] (disability or disorder) berlaku apabila


sesuatu kekurangan menghad individu berkenaan melakukan tugas harian
atau kerja tertentu seperti berjalan kaki, melihat, mendengar atau pun
menyelesai masalah matematik yang mudah seperti 10 + 5. Individu
kurang upaya tidak cacat, kecuali kekurangan itu membawa kepada
26 TOPIK 2 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

masalah pembelajaran, masalah peribadi, masalah bercampur gaul masalah


melakukan pekerjaan dan masalah-masalah lain (Heward, 2003).
Contohnya, seorang kanak-kanak yang lumpuh pada kedua-dua kakinya
tetapi boleh pergi ke sekolah menggunakan kerusi roda dan belajar
bersama pelajar lain tidak cacat.

Istilah Definisi
Kurang upaya Sesuatu yang menghalang seseorang melakukan kerja tertentu yang
(disability) dapat dilakukan oleh individu normal.

Kecacatan Sesuatu kelemahan yang terdapat pada seseorang akhibat daripada


(handicap) sesuatu kekurangan yang menghadkan atau menghalang dia
memenuhi peranan sebagai seorang yang normal.

(b) Kecacatan (handicap) merujuk kepada sesuatu masalah atau penghalang


yang dihadapi oleh seorang kurang upaya apabila dia berinteraksi dengan
alam sekeliling. Sesuatu jenis kecacatan mungkin menjadi masalah dalam
suatu persekitaran tetapi tidak menjadi penghalang dalam persekitaran
yang berlainan. Contohnya, seorang pelajar yang pekak mungkin berasa
tercacat kerana sukar bermain alat muzik dalam pancaragam sekolah
dengan kanak-kanak biasa. Sebaliknya, kanak-kanak yang sama tidak
berasa tercacat ketika dalam makmal sains.

SEMAK KENDIRI 2.1


1. Apakah perbezaan di antara istilah kurang upaya dan kecacatan?
2. Bagaimana orang ramai mentafsir istilah ÂkecacatanÊ?

2.2 PERANAN PAKAR PERUBATAN DAN


PAKAR PENDIDIKAN KHAS
Dari perspektif perubatan, kanak-kanak berkeperluan khas dilihat sebagai
mengalamai kecacatan atau terdiri daripad kanak-kanak kurang upaya. Oleh itu
pendekatan perubatan terhadap kanak-kanak ini adalah untuk memulih atau
mengubati kecacatan yang dialami. Umpamanya, usaha ke atas kanak-kanak
pekak dilakukan untuk memulih pendengaran dan melatih mereka bertutur.
Begitu juga usaha perubatan yang dilakukan ke atas kanak-kanak buta adalah
untuk memulih penglihatan mereka dengan menggunakan pendekatan
teknologi dan perubatan terkini yang pesat membangun dari semasa ke semasa.
TOPIK 2 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS ! 27

Rajah 2.1: Prosedur penempatan kanak-kanak berkeperluan khas


dalam Sekolah Pendidikan Khas di Malaysia
Sumber: Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2004,
[http://apps2.emoe.gov.my/jpkhas/htm/web/profil_program.php]

Pakar perubatan merupakan kumpulan profesional yang memainkan peranan


penting dalam pelaksanaan pendidikan khas di Malaysia. Klasifikasi kanak-
kanak berkeperluan khas (exceptional children) yang dilakukan oleh ahli
28 TOPIK 2 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

perubatan berasaskan kepada ciri-ciri perubatan. Pengesahan sama ada


seseorang kanak-kanak perlu belajar di sekolah biasa atau sekolah khas
dilakukan oleh ahli perubatan. Lihat Rajah 2.1 yang menunjukkan prosedur
penempatan dalam kelas pendidikan khas dan peranan pakar perubatan serta
guru pendidikan khas dalam prosedur berkenaan.

1. Mengenal pasti kanak-kanak sama ada dari sekolah sendiri, kawasan


berhampiran, melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat ataupun hospital.

2. Guru pendidikan khas mengadakan perbincangan dengan ibu bapa untuk


mengumpul maklumat awal diri murid dan memberikan borang penapisan
kanak-kanak pendidikan khas (KP /8530-PP /No 1.111) untuk dipenuhi.

3. Ibu bapa kemudiannya dikehendaki memenuhi segala butir-butir peribadi


dan latar belakang murid.

4. Ibu bapa membawa kanak-kanak ke hospital untuk menerima pengesahan


masalah kesihatan dan cadangan penempatan.

5. Borang yang lengkap akan diserahkan kepada Jabatan Pendidikan Khas.

6. Jabatan Pendidikan Khas akan menempatkan kanak-kanak berkenaan ke


sekolah atau kelas yang bersesuaian atau Jabatan Kebajikan Masyarakat.

7. Surat penempatan akan dihantar kepada ibu bapa.

8. Merekod pendaftaran.

Biasanya ahli perubatan akan menilai kanak-kanak berasaskan kecacatan atau


kekurangan yang dimiliki berdasarkan ciri-ciri perubatan. Pakar perubatan
menekankan kepada pemulihan daripada kecacatan atau kekurangan. Sebab
atau punca kecacatan atau kekurangan diberi fokus utama dan cadangan untuk
mengatasi kecacatan berkenaan diberikan. Pemuliharaan (rehabilitation)
dilakukan dengan menggunakan pelbagai kaedah perubatan dengan tujuan
untuk memastikan kecacatan atau kekurangan yang ada pada seseorang itu
tidak bertambah teruk. Sebaliknya, pakar pendidikan khas bermatlamat
memberi pendidikan sebaik mungkin, yang bersesuaian dengan potensi yang
ada pada murid berkeperluan khas dengan mengambil kira bahawa kecacatan
yang ada pada seseorang bukan penghalang kepada mereka untuk mendapat
dan berjaya dalam pendidikan. Kanak-kanak berkeperluan khas dilihat sebagai
satu golongan manusia yang memerlukan pendidikan yang sesuai dengan
kebolehan mereka. Oleh itu, kanak-kanak berkeperluan khas yang mempunyai
ciri-ciri boleh mengurus diri sendiri dan mempunyai keupayaan untuk
TOPIK 2 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS ! 29

menerima pendidikan (educable) seharusnya diterima untuk bersekolah. Dalam


pelaksanaan pendidikan khas, tumpuan diberi kepada perkara-perkara berikut:

(a) Penyampaian
Contohnya ialah bahasa isyarat bagi kanak-kanak pekak dan huruf Braille
bagi pelajar buta.

(b) Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran


Strategi pengajaran khusus yang sesuai dengan jenis kurang upaya.

(c) Peralatan
Alat yang membantu proses pendidikan seperti alat bantuan pendengaran
bagi kanak-kanak pekak dan mesin Brailler bagi mereka yang buta.

(d) Bilangan Pelajar dalam Kelas


Bilangan pelajar dalam kelas pendidikan khas di Malaysia ialah 5-10 murid.

(e) Guru Pendidikan Khas Terlatih


Guru-guru dilatih khas untuk mengajar kanak-kanak bermasalah
pembelajaran atau kanak-kanak bermasalah penglihatan.

(f) Pengubahsuaian Kurikulum


Kandungan kuríkulum diubah suai dengan mengambil kira jenis kurang
upaya yang diajar.

(g) Aktiviti Kokurikulum


Disesuaikan dengan jenis murid khas.

SEMAK KENDIRI 2.2


Apakah perbezaan antara perspektif perubatan dan perspektif pendidikan
berkenaan kanak-kanak berkeperluan khas?
30 TOPIK 2 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

2.3 KLASIFIKASI KANAK-KANAK


BERKEPERLUAN KHAS
Ramai pakar pendidikan khas di merata dunia, menggunakan klasifikasi yang
dicadangkan oleh IDEA (1990) di Amerika Syarikat untuk mengklasifikasi
kanak-kanak berkeperluan khas. IDEA (PL 105-117) mencadangkan 13 kategori
kurang upaya (disability). Untuk tujuan kursus ini, kanak-kanak berkeperluan
khas di kategorikan kepada 8 kategori sahaja. Untuk memudahkan perbincangan
beberapa kategori telah dicantumkan. (lihat Rajah 2.2).

Rajah 2.2: Klasifikasi kanak-kanak berkeperluan khas


Sumber: Adaptasi Akta Pendidikan Kurang Upaya (IDEA), 1990

(a) Kanak-kanak Kurang Upaya Pendengaran atau Bermasalah Pendengaran


Kanak-kanak kurang upaya pendengaran terbahagi kepada beberapa
kumpulan berdasarkan tahap kehilangan deria pendengaran. Kehilangan
deria pendengaran dibezakan sama ada seseorang itu boleh mendengar
bunyi pada desibel (dengan ringkas dB yang merupakan ukuran kekuatan
bunyi) yang berlainan. Individu yang hanya boleh mendengar bunyi antara
27 hingga 65 dB dikatakan sebagai mengalami kesukaran pendengaran
(hard of hearing) manakala individu yang hanya boleh mendengar bunyi
pada 90 dB dan ke atas dikatakan sebagai pekak (deaf). Kehilangan deria
pendengaran boleh mempengaruhi pertuturan dan penguasaan bahasa. Ini
secara langsung akan memberi kesan ke atas kebolehan membaca,
perkembangan tatabahasa dan kemahiran membaca. Penguasaan bahasa
akan terjejas bagi kanak-kanak yang menjadi pekak pada usia yang muda
(sebelum 3 tahun). [Kita akan membincang dengan lebih mendalam
tentang kurang upaya pendengaran dalam Topik 8].
TOPIK 2 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS ! 31

(b) Kanak-kanak Kurang Upaya Penglihatan atau Bermasalah Penglihatan


Kanak-kanak bermasalah penglihatan selalunya dibahagikan kepada dua
kumpulan sahaja iaitu:
(i) Kanak-kanak buta (blind) adalah mereka yang tidak dapat melihat
apa-apa, termasuk objek atau sumber cahaya. Mereka belajar melalui
deria sentuhan, pendengaran, hidu, dan rasa. Mereka mengunakan
tulisan Braille. Mereka juga perlu menggunakan tongkat putih
apabila bergerak dari satu tempat ke satu tempat.
(ii) Kanak-kanak berpenglihatan terhad atau rabun (low vision)
mempunyai keupayaan melihat dan boleh membaca, melihat muka
orang lain, objek atau gambar setelah diberikan peralatan khas seperti
cermin mata, kanta pembesar dan lain-lain. Mereka perlu
ditempatkan di bahagian hadapan kelas dan dibantu dengan cahaya
yang sesuai dan tulisan bersaiz besar.
Kurang upaya penglihatan atau bermasalah penglihatan tidak
mempengaruhi kapasiti intelek atau kebolehan untuk belajar.
Bagaimana pun kanak-kanak yang buta atau berpenglihatan terhad
memerlukan perkhidmatan pendidikan khas untuk berjaya dalam
pendidikan. Antaranya ialah bahan dengan saiz huruf besar, buku-
buku yang dirakam pada pita audio atau cakera padat dan buku-
buku Braille [Kita akan membincang dengan lebih mendalam tentang
kurang upaya penglihatan dalam Topik 9].

(c) Kurang Upaya Mental atau Kerencatan Mental


Kurang upaya mental atau kerencatan mental dikaitkan dengan individu
yang tidak dapat belajar secepat orang yang normal; tidak dapat
menyimpan maklumat sebaik mereka yang normal dan yang dan tidak
dapat memahami dengan jelas dan sukar untuk menggunakan maklumat
yang diperlukan dalam sesuatu situasi kepada situasi lain. Dengan
perkataan lain kanak-kanak kerencatan mental kecelaruan fungsian
intelektual dan dua atau lebih daripada kemahiran adaptif berikut:
komunikasi, urus diri, kemahiran hidup, kemahiran sosial, arahan kendiri,
kesihatan dan keselamatan, akademik, beriaya dah dan kerja. Kerencatan
mental lazim berpunca sebelum umur 18 tahun

(d) Kurang Upaya Fizikal


Kurang Upaya Fizikal meliputi kanak-kanak yang diserang penyakit yang
merosakkan otak, otot dan tulang belakang seseorang. Terdapat beberapa
jenis penyakit sedemikian. Contonya, kanak-kanak palsi serebral (cerebral
palsy) mengalami kesukaran mengerakkan kaki atau tangan atau leher atau
lebih daripada satu anggota badan. Keadaan ini wujud disebabkan
kecederaan kepada otak yang mengawal fungsi motor atau pergerakan.
32 TOPIK 2 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

Keadaan ini bermula pada peringkat bayi dan awal perkembangan seorang
kanak-kanak.
Lagi satu penyakit yang membawa kepada kurang upaya fizikal ialah spina
bifida (spina bifida) yang menyerang dan merosakkan tulang belakang
seseorang. Penyakit ini menyebabkan badan menjadi bengkok dan
akhirnya lumpuh. Distropi otot (muscular dystrophy) ialah sejenis penyakit
yang menyebabkan otot-otot skeletal menjadi lemah. Kanak-kanak yang
diserang penyakit ini lama-kelamaan dapati sukar bergerak dan terpaksa
menggunakan kerusi roda dan ramai di antara mereka meninggal dunia
apabila sampai remaja [Kita akan membincang dengan lebih mendalam
tentang kurang upaya fizikal dalam Topik 7].

(e) Kurang Upaya Pertuturan atau Bahasa


Masalah bahasa merujuk kepada ketidakupayaan seseorang kanak-kanak
menguasai kemahiran berbahasa yang terdiri daripada lima komponen
bahasa iaitu fonologi, morforlogi, sintaksis, semantik dan aspek pragmatik.
Kanak-kanak bermasalah bahasa mengalami kesukaran untuk mengeluar
atau menyebut sesuatu perkataan. Masalah berbahasa menyebabkan
kanak-kanak mendiamkan diri daripada bertanya dan tidak mahu
bertindak balas atau menjawab soalan-soalan, memberi penerangan atau
arahan. Mereka akan terus mendiamkan diri kecuali kalau dipaksa untuk
menjawab soalan. Kanak-kanak ini akan mengambil masa yang lama untuk
memahami dan mengeluarkan pendapat apabila bercakap [Kita akan
membincang dengan lebih mendalam tentang kurang upaya pertuturan
dalam Topik 6].

(f) Kurang Upaya Pembelajaran


Kanak-kanak kurang upaya pembelajaran atau bermasalah pembelajaran
adalah kanak-kanak yang telah dikenal pasti sebagai mengalami kecacatan
yang mengganggu pembelajaran. Mereka terdiri daripada kanak-kanak
yang mempunyai keupayaan mental yang rendah dan pengubahsuaian
tingkah laku yang rendah. Kecacatan yang dialami mempengaruhi
kebolehan kognitif, tingkah laku sosial, penguasaan bahasa lisan dan
pertuturan, penguasaan membaca, kemahiran dan kemahiran matematik.
Masalah pembelajaran dianggap berpunca daripada ketidakfungsian
sistem saraf pusat.

(g) Gangguan Emosi


Emosi bermaksud perasaan pada jiwa yang kuat seperti sedih, marah,
gembira dan sebagainya. Emosi berpunca daripada mental seseorang dan
wujud bergantung kepada keadaan tertentu. Sesetengah kanak-kanak tidak
menunjukkan emosi kanak-kanak lain pula emosi dipamerkan melalui
sesuatu tingkah laku. Gangguan emosi mempengaruhi keupayaan untuk
TOPIK 2 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS ! 33

belajar, kesukaran membina dan mengekalkan hubungan interpersonal


yang baik dengan rakan sebaya dan guru dan mudah merasai sedih.
Kanak-kanak yang mengalami gangguan emosi mempamerkan tingkah
laku luaran seperti kerap berjalan dalam kelas, menjerit, mengacau pelajar
lain dan sebagainya; dan tingkah laku dalaman seperti memencilkan diri,
berkhayalan dan sebagainya [Kita akan membincang dengan lebih
mendalam tentang gangguan emos dalam Topik 5].

(h) Pintar Cerdas


Pelajar pintar cerdas dan berbakat tidak hanya terdiri daripada mereka
yang mempunyai pencapaian akademik yang tinggi tetapi mereka yang
mempunyai daya imaginasi yang luas, kebolehan untuk mengemukakan
idea-idea yang unik, kepintaran memimpin, mempunyai bakat dalam
bidang seni dan muzik. Kadang-kala, pelajar ini disalah sangka oleh guru
sebagai pelajar nakal kerana suka mengganggu pelajar lain atau pun tidak
memberi perhatian semasa guru mengajar. Mereka mudah merasa bosan
kerana apa yang diajar telah mereka fahami. Mereka sebenarnya suka
aktiviti-aktiviti yang lebih kompleks dan mencabar [Kita akan membincang
dengan lebih mendalam tentang pintar cerdas dalam Topik 10].

Ringkasnya, kanak-kanak yang dikategorikan dalam kumpulan-kumpulan di


atas memiliki ciri-ciri umum tertentu yang dikongsi oleh kanak-kanak dalam
kumpulan yang sama. Contohnya, kanak-kanak yang dikategorikan sebagai
bermasalah pendengaran berkongsi ciri-ciri ketidakupayaan mendengar bunyi
dan menghadapi masalah bertutur. Bagaimana pun, perlu ditegaskan bahawa
ciri-ciri ini hanya wujud dari segi teori sahaja kerana setiap individu adalah tidak
sama dan berbeza.

Dalam keadaan sebenar, kanak-kanak yang dikategorikan sebagai pekak tidak


semua mempunyai tahap kepekakan yang sama atau ketidakupayaan
menghasilkan bahasa pertuturan yang sama. Ada di kalangan kanak-kanak ini
yang boleh mendengar sedikit dan boleh bertutur. Begitu juga dengan kanak-
kanak yang dikategorikan dalam kumpulan yang lain. Mereka mungkin
memiliki persamaan dari segi ciri-ciri umum tetapi tidak sama dari segi ciri-ciri
khusus. Memahami persamaan dan perbezaan ciri-ciri umum dan khusus
ini amat penting bagi guru pendidikan khas. Kanak-kanak dalam sesuatu
kategori berbeza dan mempunyai potensi diri yang berbeza. Oleh itu, guru
seharusnya memberi layanan yang berbeza kepada setiap kanak-kanak dalam
sesuatu kumpulan atau kategori.
34 TOPIK 2 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

SEMAK KENDIRI 2.3


1. Senaraikan perbezaan di antara lapan kategori kanak-kanak
berkeperluan khas.
2. Apakah yang harus diambil kira ketika membahagikan kanak-
kanak berkeperluan khas kepada kumpulan-kumpulan tertentu?

2.4 INTERVENSI AWAL

2.4.1 Definisi
Intervensi awal (early intervention) yang diatur untuk kanak-kanak
berkeperluan khas sejak dilahirkan hingga 6 tahun adalah sangat penting.
Intervensi awal terdiri daripada gabungan usaha pendidikan, maklumat tentang
pemakanan, perkembangan kemahiran motor, penjagaan diri, interaksi sosial
dan sokongan keluarga yang dilaksanakan sejurus selepas ketidakupayaan
dikenal pasti (Hanson & Lynch, 1989). Intervensi awal boleh merupakan
pengukuhan penguasaan bahasa, mempertingkatkan kemahiran matematik,
memperkembangkan kemahiran motor dan interaksi sosial. Intervensi awal yang
intensif bertujuan untuk mengurangkan kesan sesuatu kurang upaya kepada
pembelajaran dan mengelaknya menjadi lebih ketara apabila kanak-kanak
memasuki sekolah rendah. Mengapa amalan intervensi awal tidak berleluasa?
Salah satu sebab ialah kadar pertumbuhan kanak-kanak yang sukar dijangkakan
terutama pada peringkat umur yang muda. Golongan pendidik enggan
mencadangkan kanak-kanak pra-sekolah yang menghadapi kesukaran belajar
mengikuti program pendidikan khas (Lerner, 2003). Mereka lebih cenderung
untuk mengaitkan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran
dengan perkembangan lewat (late developers) dan perlu diberi lebih banyak
masa. Ini telah menyebabkan kanak-kanak berkenaan tidak mendapat
perkhidmatan pendidikan khas yang sewajarnya dan akhirnya gagal untuk
menguasai kemahiran asas. Contohnya, kanak-kanak dyslexia [disebut Âdis-lek-
sia] (sejenis masalah penyakit yang menjejaskan kemahiran bacaan), tidak dapat
membaca pada tahap kanak-kanak lain ditafsir oleh guru sebagai lewat
berkembang dan perlu diberi lebih banyak masa.

Bagi kebanyakan murid sekolah rendah, masalah pembelajaran menjadi jelas


apabila mereka gagal untuk menguasai kemahiran membaca, menulis dan
menyelesai masalah matematik. Tingkah laku yang sering dilihat ialah
ketidakupayaan untuk memberi tumpuan dan lemah dalam kemahiran motor
(contohnya, tidak boleh bergerak dengan pantas). Lama kelamaan kurikulum
menjadi semakin susah, apabila mereka dikehendaki mempelajari bidang-bidang
TOPIK 2 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS ! 35

ilmu lain seperti sains dan sains sosial. Setelah beberapa tahun mengalami
kegagalan dalam bidang akademik, masalah emosi mula muncul yang
menghalang interaksi dengan murid lain. Oleh itu, intervensi awal sangat
penting untuk membantu kanak-kanak ini (Lerner, Lowenthal dan Egan 2003).
Para ibu bapa dan guru tidak harus berputus asa terhadap kanak-kanak
berkeperluan khas. Sebaliknya, mereka harus memberikan sokongan
sepenuhnya melalui usaha intervensi awal.

Rajah 2.3: Intervensi awal dilakukan untuk


mengurangkan masalah pembelajaran yang
dihadapi apabila umur meningkat
Sumber: Pikiran Rakyat
[www.pikiran-rakyat.com/
cetak/2005/0405/14/06.htm]

2.4.2 Pentingnya Intervensi Awal


Kajian-kajian menunjukkan bahawa intervensi awal membawa kesan positif
kepada kanak-kanak kurang upaya dan yang berisiko tinggi dalam jangka masa
pendek dan jangka masa panjang. Di Amerika Syarikat perkhidmatan intervensi
awal (3 tahun ke bawah) diwajibkan untuk kanak-kanak yang mengalami
perkembangan lewat dan kanak-kanak berisiko tinggi (IDEA, 1990). Mengapa?
Intervensi awal memainkan peranan penting dalam melengkapkan kanak-
kanak berkeperluan khas dengan kemahiran asas sebelum mereka masuk ke
sekolah rendah.
Intervensi awal yang komprehensif dan intensif adalah berfaedah kepada
keluarga dan masyarakat. Intervensi awal mempunyai impak yang positif
kepada persekitaran terdekat kanak-kanak berkeperluan khas. Atas sebab ini
juga, setiap individu dalam sesebuah komuniti perlu sedar akan
tanggungjawab masing-masing ke atas kanak-kanak berkeperluan khas
(Lerner, 2003).
Intervensi awal dapat membantu perkembangan pelbagai kebolehan kanak-
kanak. Contohnya, seorang kanak-kanak bermasalah pendengaran yang
diajar menggunakan bahasa isyarat secara tidak langsung dapat
mempertingkatkan mindanya dan membuka peluang untuk dia berinteraksi
dengan kanak-kanak lain.
Kejadian masalah lain yang terikat dengan kesukaran awal boleh diatasi
melalui perkhidmatan intervensi awal. Contohnya kanak-kanak yang
36 TOPIK 2 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

mengalami masalah penglihatan tetapi tidak diberi intervensi awal, mungkin


mengalami masalah emosi seperti perasaan kecewa.
Intervensi awal juga menawarkan penjimatan wang bagi sesuatu masyarakat.
Intervensi awal yang intensif dan berkesan mengurangkan beban penyediaan
pendidikan khas pada peringkat sekolah rendah dan menengah. Bilangan
kanak-kanak yang memerlukan perkhidmatan pendidikan khas mungkin
berkurangan.

Ringkasnya, intervensi awal boleh meningkatkan intelek, meningkatan


perkembangan fizikal dan meningkatkan penguasaan bahasa kanak-kanak
berkeperluan khas. Intervensi awal yang sistematik menghalang kewujudan
masalah lain, mengurangkan tekanan kepada keluarga, dan mengurangkan
pembinaan institusi khas. Dengan adanya intervensi awal yang teratur,
keperluan untuk pendidikan khas di peringkat persekolahan dapat dikurangkan
dan ini menjimatkan perbelanjaan negara yang dikhaskan untuk kemudahan
penjagaan, kesihatan dan pendidikan.
TOPIK 2 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS ! 37

AKTIVITI 2.1

1. Pada pendapat anda, bagaimana intervensi awal dapat membantu


kanak-kanak berkeperluan khas berfungsi dengan lebih berkesan
apabila mereka menyertai sekolah?
2. Sejauh manakah intervensi awal untuk kanak-kanak berkeperluan
khas dilaksanakan di Malaysia?

2.4.3 Perlaksanaan Intervensi Awal


Sama ada memilih intervensi awal secara individu, secara kumpulan kecil atau
seluruh kelas bergantung kepada tahap keterukan sesuatu ketidakupayaan.
Seperti mana guru telah menentukan sama ada untuk melaksanakan strategi
intervensi berpusatkan guru atau berpusatkan pelajar, guru juga harus
menentukan kesesuaian strategi-strategi tersebut ke atas seluruh kelas,
sekumpulan kecil atau orang perseorangan. Pemilihan ini bergantung kepada
kebijaksanaan guru untuk menilai strategi intervensi yang terbaik mengikut
jumlah pelajar dan jenis ketidakupayaan.

Rajah 2.4: Pendekatan intervensi awal

(a) Intervensi Berpusatkan Guru


Intervensi berpusatkan guru adalah satu kaedah yang berkesan untuk
mengajar dan mengawal pelajar bermasalah pembelajaran dan tingkah laku
(Gersten, 1998). Atas sebab ini, golongan pendidik seharusnya sedar
tentang peranan mereka yang tidak hanya terbatas untuk memberi ilmu
38 TOPIK 2 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

pengetahuan, tetapi mencegah sesuatu ketidakupayaan itu menjadi lebih


kronik apabila pelajar-pelajar tersebut sudah dewasa.
Intervensi berpusatkan guru sepenuhnya memerlukan guru memainkan
peranan utama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Dalam intervensi
ini, guru yang menentukan jenis strategi yang perlu digunakan, model dan
demonstrasi, memberi arahan kepada kanak-kanak dan memantau
kemajuan mereka. Intervensi berpusatkan guru sepenuhnya sesuai
digunakan pada tahap pemerolehan pengetahuan dan kemahiran.

(b) Intervensi Berpusatkan Pelajar


Intervensi berpusatkan pelajar lebih sesuai bagi pelajar yang
berkemampuan mengawal tingkah laku sendiri (Graham, Harris dan Reid,
1993). Oleh itu, pelajar yang boleh mengawal tingkah laku sendiri dikenal
pasti dan barulah intervensi berpusatkan pelajar dilaksanakan. Istilah
Âberpusatkan pelajarÊ membawa imej tentang pelajar yang berdikari,
bergantung pada diri sendiri dan berjaya mengendalikan proses-proses
pembelajaran dalam kelas biasa. Dalam intervensi berpusatkan pelajar,
pelajar memainkan peranan utama tetapi masih mendapat bimbingan
dalam beberapa perkara daripada guru kelas. Pelajar akan diajar prosedur-
prosedur kawalan diri, menentukan matlamat yang realistik, menangani
kekecewaan dan cara mengatasi masalah. Intervensi ini melatih pelajar
untuk Âberdiri di atas kaki sendiriÊ.

(c) Intervensi Berpusatkan Keluarga


Dalam pendekatan intervensi berpusatkan keluarga, kanak-kanak dilihat
sebagai sebahagian daripada sistem sesebuah keluarga. Apabila ibubapa
dilibatkan dalam proses intervensi, keluarga itu akan menjadi elemen yang
mustahak dalam proses pembelajaran kanak-kanak berkenaan. Ini turut
memperbaiki interaksi di antara kanak-kanak dengan golongan dewasa.
Intervensi berpusatkan keluarga memerlukan komitmen yang tinggi
daripada setiap ahli sesebuah keluarga. Secara tidak langsung, pendekatan
ini juga mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan dan meningkatkan
kefahaman tentang keperluan individu berkeperluan khas.

SEMAK KENDIRI 2.4


Apakah persamaan dan perbezaan di antara intervensi berpusatkan
pelajar, berpusatkan guru dan berpusatkan keluarga?
TOPIK 2 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS ! 39

2.4 PENYARINGAN DAN PENGUJIAN


DIAGNOSTIK
Sebelum program intervensi awal dapat dilaksanakan, penaksiran, sama ada
secara formal atau tidak formal perlu dilakukan (Dowker, dalam Gersten dan
Jordan, 2005). Penaksiran ialah proses pengumpulan maklumat berkenaan
kanak-kanak yang diajar dengan bertujuan membuat keputusan tentang
kekuatan, kelemahan dan keperluan mereka. Daripada penaksiran yang teratur
keputusan-keputusan penting tentang strategi pengajaran dan pembelajaran
dapat dibuat dengan lebih tepat. Penaksiran bertujuan untuk mengenal pasti
intervensi awal yang sesuai bagi seseorang individu atau kumpulan kanak-
kanak. Penaksiran, sama ada berbentuk formal atau tidak, haruslah bergantung
kepada situasi dan instrumen yang digunakan. Sebagai contoh, Ujian Kecerdasan
Weschler digunakan untuk menilai tahap kecerdasan kanak-kanak yang syaki
mengalami kerencatan mental. Penaksiran juga dilakukan untuk menilai
keberkesanan sesuatu intervensi awal. Maklumat yang diperolehi boleh
digunakan untuk mengubahsuai strategi pengajaran ke arah memperbaiki lagi
kaedah intervensi awal. Secara umum, penaksiran digunakan untuk
penyaringan dan diagnosis.

2.5.1 Penyaringan
Sebelum bermula intervensi awal, masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak
hendak ditentukan. Kadang kala, masalah yang dihadapi sesetengah kanak-
kanak sangat nyata dan pengujian tidak diperlukan. Contohnya, sindrom Down
dan kurang upaya fizikal boleh ditentukan dengan memerhati ciri-ciri fizikal
kanak-kanak berkenaan. Bagi sesetengah kanak-kanak pula adalah sukar untuk
menentukan masalah yang dihadapi. Oleh itu, penyaringan (screening) perlu
dilakukan. Proses saringan melibatkan pemeriksaan yang singkat tentang
sesuatu perkara, contohnya kemahiran bahasa. Lazimnya, teknik saringan dapat
dilakukan dengan cepat dan mudah dengan melibatkan bilangan pelajar yang
ramai. Setelah dikenal pasti, guru akan membuat pengubahsuaian pengajaran
sesuai dengan pelajar berkenaan. Sekiranya pengubahsuaian tersebut tidak
membantu, maka guru akan merujuk pelajar itu untuk menjalani pengujian
diagnostik yang lebih terperinci.

2.5.2 Pengujian Diagnostik


Apabila proses penyaringan menunjukkan bahawa terdapat sesuatu masalah
atau beberapa masalah di kalangan kanak-kanak yang diuji, kanak-kanak
berkenaan dirujuk untuk pengujian diagnostik. Ujian diagnostik khusus yang
40 TOPIK 2 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

digunakan tertakluk kepada jenis masalah yang dihadapi (McLean, Bailey &
Wolery, 1996). Lazimnya, pengujian diagnostik dilakukan terhadap lima domain
untuk menentukan sama ada seseorang kanak-kanak itu menghadapi masalah
yang menghalang perkembangan dirinya (Heward, 2003).

Rajah 2.5: Reaksi terhadap sesuatu


rangsangan dapat menunjukkan tahap
perkembangan bayi berkenaan

(a) Perkembangan Motor


Kebolehan bergerak dan manipulasi objek boleh mempengaruhi
pembelajaran (lihat Rajah 2.5). Pengujian tentang perkembangan motor
dapat menunjukkan tahap kekuatan, kelenturan, ketahanan lasak dan
kordinasi mata-tangan seseorang kanak-kanak. Pergerakan otot besar
(seperti berjalan kaki, berlari and melontar sesuatu objek) dan pergerakan
otot halus (seperti mengambil sesuatu objek permainan, mengikat tali
kasut) menunjukkan tahap perkembangan motor seseorang kanak-kanak.

(b) Perkembangan Kognitif


Pengujian dijalankan untuk menentukan kemahiran kognitif kanak-kanak
seperti kemahiran mengira, mengingat perkara yang mereka telah lakukan
pada masa lampau, merancang dan membuat keputusan tentang apa
mereka akan buat pada masa depan. Kebolehan mereka mengintegrasi
maklumat yang baru dipelajari dengan maklumat sedia ada, menyelesai
masalah dan menghasil idea-idea baru adalah petanda-petanda
perkembangan kognitif.

(c) Komunikasi dan Perkembangan Bahasa


Komunikasi melibatkan penyampaian maklumat seperti perasaan, keinginan,
keperluan, pengetahuan dan sebagainya. Kanak-kanak berkomunikasi dengan
menggunakan bahasa untuk berkongsi maklumat dengan orang lain dan
menerima maklumat daripada orang lain. Komunikasi lisan melibatkan
penggunaan perkataan, frasa, ayat dan bunyi. Komunikasi bukan lisan
melibatkan gerak-geri tangan dan anggota badan, penumpuan mata, riak air
muka dan sebagainya. Pengujian ciri-ciri tersebut dapat mengesan tahap
keupayaan komunikasi dan perkembangan bahasa kanak-kanak berkeperluan
khas.
TOPIK 2 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS ! 41

(d) Perkembangan Emosi dan Sosial


Kanak-kanak yang telah mencapai kompetensi sosial rela berkongsi barang
permainan dan tidak keberatan berkerjasama dengan kanak-kanak lain.
Mereka tahu pentingnya mengikut giliran dan menyelesaikan konflik yang
timbul. Mereka juga dapat meluahkan perasaan dan emosi dengan cara
teratur. Pengujian terhadap ciri-ciri tersebut dapat mengesan tahap
perkembangan emosi dan sosial kanak-kanak berkeperluan khas.

(e) Kemahiran Adaptif


Perkembangan kanak-kanak juga ditentukan sama ada mereka mempunyai
kemahiran adaptif seperti boleh memakai baju tanpa dibantu orang lain,
makan sendiri tanpa disuap, menggunakan tandas dengan sempurna,
memberus gigi dengan sendiri, membasuh tangan dan sebagainya.
Pengujian ciri-ciri ini melalui pemerhatian dapat mengesan tahap
kemahiran adaptif kanak-kanak berkeperluan khas.

Lazimnya, kelima-lima domain ini diperincikan kepada ciri-ciri tertentu yang


boleh diperhatikan dan diukur. Sesuatu kebolehan atau keupayaan itu dikaitkan
dengan umur tertentu. Contohnya, pada umur 4 tahun, disenaraikan kebolehan
dan keupayaan yang patut dilakukan oleh kanak-kanak pada peringkat umur
tersebut. Oleh itu, perbandingan boleh dibuat dengan kanak-kanak berkeperluan
khas yang diuji. Perlu ditekankan bahawa kelima-lima domain ini tidak
berasingan tetapi banyak bertindih. Contohnya, kanak-kanak yang bermain bola
sepak menggunakan kelima-lima domain: kemahiran motor (berlari dan
menendang bola), kemahiran kognitif (dapat meramal gerak-geri pemain),
kemahiran berkomunikasi (menerima dan memberi arahan), kemahiran sosial
(mematuhi peraturan permainan) dan kemahiran adaptif (memakai kasut bola
tanpa bantuan).

SEMAK KENDIRI 2.5


1. Nyatakan tujuan penyaringan dalam pendidikan khas.
2. Apakah tujuan pengujian diagnostik?
3. Jelaskan lima domain yang diberi perhatian dalam pengujian
diagnostik.
4. Pada pendapat anda, mengapa lima domain ini diberi tumpuan
dalam pengujian diagnostik?
42 TOPIK 2 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

2.6 KOMPETENSI SOSIAL

2.6.1 Apa Kompetensi Sosial?


Dalam beberapa dekad yang lampau, terdapat bukti-bukti penyelidikan yang
mengatakan iaitu, sehingga kanak-kanak mencapai kompetensi sosial minima
pada umur 6 tahun, kemungkinan besar mereka menghadapi masalah apabila
dewasa (Ladd, 2000). Kompetensi sosial ditakrifkan sebagai kebolehan dan
kemampuan seseorang berinteraksi dengan orang lain seperti rakan sebaya,
adik-beradik, guru dan individu lain. Menurut Hartup (1992), kebolehan kanak-
kanak bergaul dan bukan pencapaian akademik yang menentukan kejayaan
sebagai dewasa. Kanak-kanak yang agresif dan tidak disukai oleh rakan-
rakannya, tidak dapat mengekal hubungan rapat dengan kanak-kanak lain.
Contohnya, seorang kanak-kanak yang mengambil pensel seorang kanak-kanak
lain tanpa meminta kebenaraan menunjukkan kompetensi sosial yang rendah.
Kanak-kanak ini tidak peka terhadap perasaan orang lain.

Oleh kerana perkembangan sosial bermula sejak lahir dan berlarutan sehingga
ke akhir hayat, adalah jelas bahawa pada peringkat pendidikan awal kanak-
kanak harus diberi peluang yang cukup untuk memperkembangkan kompetensi
sosial mereka. Contoh tingkah laku yang mempamerkan kompetensi sosial ialah
keupayaan menunjuk empati, merunding untuk menyelesai sesuatu masalah,
menunggu giliran, mengambil kira perasaan orang lain, sanggup bertolak-ansur,
berkompromi, mudah berkawan dan sebagainya. Kompetensi sosial diperolehi
melalui pembelajaran dan dipamerkan melalui tingkah laku lisan (pertuturan)
dan tingah laku bukan lisan (gerak-geri anggota badan).

Bagi kanak-kanak berkeperluan khas pula, penguasaan kompetensi sosial


menjadi lebih mencabar. Mereka menghadapi kesukaran berinteraksi dengan
orang lain, enggan menyatakan perasaan mereka, tidak dapat berasa empati,
tidak mahu menerima pendapat orang lain, bersifat agresif dan anti-sosial, tidak
cekap menyelesai masalah dalam kumpulan dan tidak cekap merancang masa
depan (Vaughn, 2003). Contohnya, kanak-kanak autistik kerap memencilkan diri
(lihat Rajah 2.6).
TOPIK 2 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS ! 43

Rajah 2.6: Kanak-kanak autistik kerap mengasingkan diri

2.6.2 Strategi Mempertingkatkan Kompetensi Sosial


Pelbagai strategi telah digunakan bagi mempertingkatkan kompetensi sosial.
Bagaimana pun strategi yang digunakan bergantung kepada umur kanak-kanak
dan masalah yang dialami. Strategi yang kerap digunakan ialah latihan
kemahiran sosial (social skills training). Kemahiran yang lazim diajar ialah
tolong-menolong, perkongsian dan bekerjasama. Melalui kaedah ini, kanak-
kanak diajar cara bagaimana memasuki sesuatu kumpulan, bagaimana menjadi
peserta yang berkesan dalam kumpulan, pentingnya menunggu giliran dan
mematuhi peraturan dan bagaimana berbual dengan dengan rakan sebaya.

Kemahiran-kemahiran lain boleh diajar ialah seperti pengurusan kemarahan,


resolusi konflik dan penyelesaian masalah (mengenal pasti masalah,
mewujudkan alternatif, pemilihan penyelesian). Sesuatu kemahiran sosial boleh
diajar secara individu atau secara kumpulan kecil. Sesuatu kemahiran itu
diperkenalkan dan kanak-kanak diberi peluang membincang tentang kemahiran
berkeaan. Kemudian, kanak-kanak menonton sesuatu filem pendek atau
mendengar cerita yang mengilustrasi penggunaan kemahiran berkenaan.
Seterusnya, kanak-kanak diberi peluang untuk mempraktik kemahiran yang
diajar melalui drama atau main peranan bersama dengan kanak-kanak lain
dalam kumpulan. Guru memandu penggunaan kemahiran tersebut sambil
pengukuhan dan maklum balas positif supaya kemahiran itu dipamerkan secara
spontan.

AKTIVITI 2.2
Sejauh manakah anda setuju dengan pernyataan bahawa „Kompetensi
sosial‰ ialah punca kejayaan seseorang dan bukan semata-mata
pencapaian akademik?
44 TOPIK 2 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

2.7 PENGLIBATAN KELUARGA DALAM


PENDIDIKAN KHAS
Selain guru dan pihak sekolah, keluarga juga memainkan peranan penting dalam
pendidikan khas. Kini, lebih ramai guru berpendapat bahawa penglibatan ibu
bapa adalah mustahak untuk menjayakan pendidikan khas. Ibu bapa pada
seorang kanak-kanak kurang upaya sudah tentu mengetahui dengan mendalam
tentang anak mereka. Mereka mempunyai banyak maklumat tentang ciri-ciri
kurang upaya anak mereka. Oleh itu, adalah sangat berfaedah sekiranya guru
melibatkan ibu bapa dalam pendidikan anak mereka. Pada suatu ketika dahulu,
tugas mendidik kanak-kanak berkeperluan khas diserahkan kepada sekolah dan
guru pendidikan khas. Ibu bapa tidak terlibat dan pihak sekolah pun tidak
menggalakkan campur tangan keluarga dalam pendidikan anak mereka. Ibu
bapa juha berpendapat bahawa pihak sekolah yang serba mengetahui dan
biarlah guru yang mendidik anak mereka. Lagi pun, guru adalah seorang pakar
dan ibu bapa tidak begitu arif tentang strategi dan kaedah pendidikan khas
walau pun merekalah yang paling rapat dengan anak mereka.

Sejak tahun 80-an peranan ibu bapa telah berubah. Peranan ibu bapa yang
dahulunya pasif telah berubah kepada penglibatan aktif dalam perkembangan
anak mereka. Kini kolaborasi di antara ibu bapa, pelajar kurang upaya dan guru
pendidikan khas digalakkan (lihat Rajah 2.7). Program pendidikan khas tidak
hanya bertumpu kepada pelajar sahaja tetapi seluruh keluarga pelajar berkenaan
termasuk ibu bapa, adik-beradik, nenek dan datuk.

Rajah 2.7: Kolaborasi di antara pelajar, guru


dan keluarga dalam pelaksanaan Pendidikan Khas
TOPIK 2 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS ! 45

Menurut Gargiulo dan Gaves (1991), untuk menggalakkan penglibatan keluarga


dalam pendidikan anak mereka, pihak sekolah dan guru pendidikan khas perlu
mengambil langkah-langkah berikut:

(i) Menerangkan Istilah Penting kepada Ibu Bapa


Ramai ibu bapa tidak ada pengalaman dengan kanak-kanak berkeperluan
khas. Ia mungkin merupakan pengalaman pertama dengan seorang anak
kurang upaya. Contohnya, konsepsi mereka terhadap kerencatan mental
atau kurang upaya penglihatan berlainan daripada konsepsi seorang
profesional seperti guru pendidikan khas. Oleh itu, pihak sekolah perlu
menerangkan kepada ibu bapa tentang ciri-ciri kurang upaya yang
dihadapi oleh anak mereka serta istilah-istilah yang kerap digunakan
(contohnya penglihatan terhad, intervensi awal, kompetensi sosial,
perkembangan motor dan sebagainya)

(ii) Mengambil Kira Perasaan Ibu Bapa


Lazimnya, ibu bapa akan berasa kecewa dan mempunyai perasaan negatif
apabila mengetahui bahawa anak mereka adalah pelajar kurang upaya.
Ahli profesional seperti guru pendidikan khas hendaklah meyakinkan ibu
bapa bahawa tidak salah mereka mempunyai perasaan sedemikian dan
anak mereka boleh berkembang dengan asuhan yang teratur. Contohnya:
„Mengapa anda menyalahkan diri sendiri?‰
„Ini bukan salah anda‰
„Anak anda berkemampuan untuk lebih maju‰

(iii) Mendengar Apa yang Dikatakan oleh Ibu Bapa


Jika guru pendidikan khas ingin mengetahui pemikiran dan perasaan ibu
bapa, dia perlu mendengar apa yang diluahkan oleh ibu bapa berkenaan
anak mereka. Dengan ini, dia dapat mencari jalan untuk meyakinkan
mereka tentang masa depan anak mereka.

(iv) Memberi Maklumat kepada Ibu Bapa


Guru perlu sentiasa berkomunikasi dengan keluarga anak yang diajar. Ibu
bapa perlu diberitahu tentang prestasi yang dicapai oleh anak mereka dan
tunjukkan bahawa guru mengambil berat tentang anak mereka dan ingin
bekerjasama.

(v) Meyakinkan Ibu Bapa


Guru hendaklah meyakinkan ibu bapa iaitu pihak sekolah ingin membantu
anak mereka merealisasi potensinya. Ibu bapa perlu menganggap guru
sebagai sahabat yang ingin bekerjasama membantu anak mereka
46 TOPIK 2 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

menguasai pengetahuan dan kemahiran ke arah melahirkan individu yang


berdikari.

Dalam usaha memupuk kerjasama di antara pihak sekolah dan keluarga, guru
harus sedar bahawa hubungan dengan ibu bapa mungkin berbeza tertakluk
kepada latar belakang keluarga. Ibu bapa berpelajaran rendah mungkin lebih
berhati-hati berinteraksi dengan guru berbanding dengan ibu bapa berpelajaran
tinggi. Oleh itu, guru harus sabar dan mengambil kira perbezaan kepercayaan
dalam usaha mendidik kanak-kanak berkeperluan khas atau kurang upaya.

AKTIVITI 2.3
Adakah anda setuju keluarga pelajar kurang upaya digalakkan terlibat
dalam program pendidikan khas? Jelaskan dengan memberi contoh-
contoh spesifik.

2.8 PENDIDIKAN INKLUSIF


Satu isu yang masih dipertikaikan ialah sama ada pelajar kurang upaya
sederhana harus di tempatkan dalam kelas yang sama dengan pelajar normal
atau biasa. Contohnya, pelajar yang mengalamai kerencatan mental sederhana
atau pelajar penglihatan terhad ditempatkan dalam kelas bersama dengan
pelajar normal. Pendidikan inklusif (inclusive education) ialah amalan
mengintegrasi pelajar berkeperluan khas dalam kelas yang sama dengan pelajar
biasa atau normal. Lihat Rajah 2.8 yang menunjukkan pelbagai kaedah
penempatan pelajar kurang upaya. Pelajar kurang upaya yang tidak teruk
diintegrasikan dengan pelajar biasa, manakala pelajar yang mengalami masalah
yang teruk diasingkan. Dengan perkataan lain, pelajar diasingkan menurut tahap
keterukan masalah yang dihadapi. Contohnya, kanak-kanak yang mengalami
kerencatan mental yang teruk ditempatkan dalam institusi atau hospital khas.
Pelajar yang mempunyai masalah yang sama mungkin ditempatkan dalam
sekolah khas seperti sekolah untuk pelajar bermasalah penglihatan atau
bermasalah pendengaran.
TOPIK 2 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS ! 47

Rajah 2.8: Tahap integrasi pelajar berkeperluan khas


Sumber: Adaptasi S. Graves, R. Gargiulo & L. Sluder, Young Children:
An Introduction to Early Childhood Education. St. Paul, MN. 1996, h: 398

Isu pendidikan inklusif adalah topik yang penuh kontroversi. Penyokong


pendidikan inklusif berpendapat bahawa pengintegrasian pelajar kurang upaya
dengan pelajar biasa dalam satu kelas adalah lebih berfaedah untuk semua
pelajar. Dalam kelas yang sama, guru pendidikan khas akan bekerjasama dengan
guru biasa dan ini menghasilkan pendidikan yang lebih baik untuk semua
pelajar. Mereka menegaskan bahawa mengasingkan pelajar kurang upaya dan
menempatkan mereka dalam kelas khas atau sekolah khas adalah tidak berkesan
(Skrtic,1995; Sailor, 1991). Pelajar-pelajar kurang upaya yang diasingkan
ditakrifkan sebagai ÂberlainanÊ dan ini telah menjejaskan harga diri dan semangat
mereka (Laski, 1991). Bagaimana pun, penyelidikan yang menyokong pendapat-
pendapat ini tidak konklusif. Oleh itu isu ini akan terus dipertikaikan.

AKTIVITI 2.4
Pada pendapat anda, adakah pelajar kurang upaya patut di
integrasikan dalam kelas yang sama dengan pelajar biasa atau
normal? Jelaskan dengan memberi contoh-contoh spesifik.
48 TOPIK 2 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

Kanak-kanak berkeperluan khas (exceptional children) merupakan


sekumpulan kecil kanak-kanak dimana ciri-ciri mental, fizikal atau emosi
mereka berbeza daripada kanak-kanak biasa.

Kanak-kanak berkeperluan khas mengalami kesukaran belajar dan


memerlukan program pendidikan khas.

Kurang upaya (disability or disorder) berlaku apabila sesuatu kekurangan


menghad individu berkenaan melakukan tugas harian atau kerja.

Kecacatan (handicap) merujuk kepada sesusatu masalah atau penghalang


yang dihadapi oleh seorang kurang upaya apabila dia berinteraksi dengan
alam sekeliling.

Pendekatan perubatan terhadap kanak-kanak berkeperluan khas adalah


untuk memulih atau mengubati kecacatan yang dialami.

Intervensi awal (early intervention) diaturkan untuk kanak-kanak


berkeperluan khas sejak dilahir hingga 6 tahun kerana sangat penting.

Kajian-kajian menunjukkan iaitu intervensi awal membawa kesan positif


kepada kanak-kanak kurang upaya dan berisiko tinggi dalam jangka masa
pendek dan jangka masa panjang.

Sama ada memilih intervensi awal secara individu, secara kumpulan kecil
atau seluruh kelas bergantung kepada tahap keterukan sesuatu
ketidakupayaan.

Sebelum program intervensi hendak dilaksanakan, penaksiran, sama ada


secara formal atau tidak formal perlu dilakukan.

Penyaringan melibatkan pemeriksaan yang singkat tentang sesuatu perkara


dengan cepat dan mudah dan melibatkan bilangan pelajar yang ramai.

Pengujian diagnostik dilakukan terhadap lima domain untuk menentukan


sama ada seseorang kanak-kanak itu menghadapi masalah yang menghalang
perkembangan dirinya.
TOPIK 2 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS ! 49

Kompetensi sosial ditakrifkan sebagai kebolehan dan kemampuan seseorang


berinteraksi dengan orang lain seperti rakan sebaya, adik-beradik, guru dan
individu lain.

Pendidikan inklusif (inclusive education) ialah amalan mengintegrasi pelajar


berkeperluan khas dalam kelas yang sama dengan pelajar biasa atau normal.

Intervensi awal Pendidikan inklusif


Kanak-kanak berkeperluan khas Pengintegrasian
Kecacatan Penglibatan keluarga dalam
pendidikan khas
Khas
Pengujian diagnostik
Klasifikas kanak-kanak berkeperluan
Perkembangan intelek
Kompetensi sosial
Perkembangan motor
Kurang upaya

You might also like