You are on page 1of 2

SITI NADIRA BINTI ABU SAMAH

PAI 2
D21121068
LATIHAN 3 OGOS 2021
Beri pandangan anda secara kritis terhadap pencapaian dan kegagalan PPPM 2013
2025 berdasarkan kepada bukti-bukti yang kukuh.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 telah menghadapi kejayaan
dan juga kegagalan sehingga waktu ini. Antara kejayaan yang dikecapi oleh PPPM ialah
hasil usaha mengkoordinasikan pra sekolah awam dan juga swasta diseluruh negara, KPM
telah berjaya meningkatkan enrolmen prasekolah kebangsaan daripada 84.3% pada tahun
2017 kepada 85.4% pada tahun 2018. Kejayaan seterusnya pula ialah dengan pengwujudan
program Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) sebagai alternatif untuk
mengukuhkan perpaduan rakyat bermula dari peringkat rendah lagi. Penggunaan teknologi
digital secara holistik dalam dunia Pendidikan pada hari ini juga merupakan kejayaan PPPM
kerana ia telah membuka platform kepada murid-murid menguasai teknologi dalam
menongkah arus bagi kelangsungan hidup bagi menghadapi dunia globalisasi ini. Ia dilihat
lebih menggalakkan lebih-lebih lagi dimusim pandemik yang melanda negara kini. Kejayaan
yang dapat dilihat dari sudut sekolah pula ialah wujudnya pelaksanaan pengisian mata
SSDM (Sistem Sahsiah Diri Murid) daripada guru kepada murid. Ini dilihat memberi kesan
yang baik kerana menggalakkan murid untuk sentiasa berakhlak baik dan sentiasa
melakukan kerja-kerja kesukarelawanan berbentuk kebajikan. Seterusnya, penglibatan
ibubapa dan komuniti sebagai sukarelawan disekolah-sekolah kini menjadi lumrah.Pelbagai
bantuan, sokongan dan kepakaran dikongsi bersama dalam menyumbang kepada
pembangunan holistik anak-anak mereka disekolah. Antara hasrat PPPM juga ialah
Pendidikan untuk semua termasuk Orang Asli dan kejayaan yang dapat dilihat dari aspek ini
ialah guru-guru kini dilihat lebih bersedia dengan pedagogi yang berkesan disamping
mengintegrasikan elemen-elemen hiburan dan nilai yang dapat melibatkan murid-murid
orang Asli dalam pembelajaran. Kejayaan terakhir telah dicapai oleh PPPM yang dapat
dilihat ialah KPM telah melaksanakan usaha-usaha dalam memastikan keseimbangan
Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial murid-murid tidak dipinggirkan sekaligus
melahirkan generasi pelapis waris negara yang berminda kelas pertama dan terpuji
sahsiahnya.

Seterusnya, melihat kepada kegagalan PPPM dalam mencapai hasrat yang dirangka
pula ialah, dasar Bahasa Melayu sebagai Bahasa perpaduan yang disarankan dalam
Laporan Pendidikan Razak 1956, dan kemudiannya diangkat pula dalam Akta Pendidikan
Negara 1961 dan 1996, sebagai antara matlamat utama sistem Pendidikan negara, juga
didapati gagal menyatukan anak bangsa daripada pelbagai etnik melalui Bahasa Melayu
sebagai bahasa negara. Kegagalan seterusnya pula ialah pelaburan duit demi
meningkatkan prestasi subjek Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu gagal kerana keputusan
peperiksaan subjek Bahasa Inggeris tidak memuaskan.Masalah asas yang dikenal pasti
dalam pelan pembangunan ialah kelemahan dalam penguasaan Bahasa Inggeris, faktor
yang dikenal pasti sebagai 5 isu utama yang dihadapi oleh majikan di Malaysia. Kegagalan
lain yang turut dilihat ialah polarisasi etnik kian menjadi-jadi disekolah dan berterusan ke
peringkat universiti akibat dari pengasingan etnik yang digalakkan pada usia muda, di tadika
dan sekolah rendah lagi akibat membenarkan wujudnya pelbagai aliran persekolahan dan
akhirnya tidak dapat membentuk perpaduan.

You might also like