You are on page 1of 10

BAHASA MALAYSIA PEMAHAMAN TAHUN 4

NAMA : _________________________ Markah : ___________


Hari : Isnin Tarikh : 19/04/2021

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Antaranya, ada
satu jawapan sahaja yang betul. Pilih jawapan yang betul.

 Soalan 1 hingga Soalan 25

Soalan 1 berdasarkan Gambar 1.

 Gambar 1
     1. ___________di restoran itu dijual dengan harga yang berpatutan.
A.  Lauk-pauk                 B.  Sayur-sayuran         
C.  Rumput-rumpai           D.  Paku-pakis

2.    __________ juadah telah terhidang di atas meja apabila kami sampai.


A.  Para                           B.  Segala   
C.  Seluruh                         D.  Pelbagai

Soalan 3 berdasarkan Gambar 2.

Gambar 2
     3.    Puan Azura _________ tangan kepada anaknya yang hendak ke sekolah.
A.  mengibar-ngibar                                      C.  menggamit-gamit
B.  melambai-lambai                                      D.  menggoyang-goyang
     4.    Pelancong asing itu boleh _________ dalam Bahasa Malaysia dengan baik.
A.  bersuara    B.  bertutur   
C.  berkata             D.  bertitah

     5.    ____________dinaikkan pangkat, Encik Hamidi tidak lagi menghadapi masalah


kewangan.
A.  Agar                           B.  Walaupun          
C.  Sejak                D.  Tetapi

6.    Abu Bakar meraut mata penselnya _________ sebilah pisau sehingga tajam.
A.  pada                     B.  dengan             
C.  tentang             D.  untuk

7.    Rumput di halaman rumah Joshua sentiasa _______ supaya kelihatan cantik.


A.  dipangkas                     B.  memangkas                 
C.  pemangkas         D.  berpangkas

     8.    Kereta baharu itu _________ untuk abang sebagai hadiah kecemerlangannya
dalam peperiksaan SPM yang diumumkan kelmarin.
A.  ialah                            B.  adalah
C.  tidak                           D.  bukan

Soalan 9 berdasarkan Gambar 3.

Gambar 3
 9.     Malina sangat __________ akan kucing peliharaannya.
A.  Rindu                            B.  sayang
C.  gembira                       D.  main

Soalan 10 berdasarkan Gambar 4.

 
 Gambar 4
    10.    Ibu _________ sedulang minuman kepada kami sekeluarga di ruang tamu.
A.  mengepit           B.  menjinjing
C.  menatang                D.  membimbit

 Soalan 11 berdasarkan Gambar 5.

 Gambar 5

     11.    Puan Kwan sedang ___________bawang dengan menggunakan sebilah pisau yang
          tajam.
A.  menghiris                    B.  membelah
C.  menyiang            D.  menebang

12.    Keadaan jalan raya yang _______ sering menyebabkan berlakunya


kemalanganjalan raya.
A.  licin                            B.  luas
C.  kesat                 D.  kasar

13.    Berita penculikan itu menjadi __________ orang ramai.


A.  buah hati                     B.  anak buah  
C.  buah mulut         D.  buah tangan

14.    __________ kamu berputus asa, kalah atau menang adalah adat bertanding.
A.  Sila                             B.  Tolong              
C.  Jangan                D.  Jemput

15.    Mary akan sentiasa berada di _________ ibu apabila ada tetamu datang ke
rumah.
A.  atas                            B.  sisi                      
C.  hujung               D. bawah

Soalan 16-17 berdasarkan Gambar 6.
 Gambar 6
     16.    Makanan di atas meja itu ditutup dengan __________.
A.  tudung saji              B.  bekas makanan       
C.  mangkuk lonjak          D.  bekastangan 
 
     17.     Makanan itu perlu ditutup __________ tidak dihinggapi lalat.
A.  kerana B.  supaya             
C.  hingga               D.  kecuali

Soalan 18 berdasarkan Gambar 7.

Gambar 7

     18.     Hasrul rela __________ daripada makan di gerai yang kotor itu.
A.  angkat kaki            B.  makan hati
C.  ikat perut                   D.  makan suap

19.    Murid-murid Tahun Lima Merah mengadakan latihan memukul gendang setiap


petang untuk __________ pada Hari Guru nanti.
A.  perhimpunan           B.  persembahan  
C.  pembatasan               D.  percantuman
 
20.    Beberapa _________ gigi adik telah rosak dan perlu dicabut.
A.  papan                        B.  rangkap
C.  butir                           D.  batang

21.    Sesiapa yang mendapat markah ________ tinggi dalam peperiksaan akan


menerima hadiah daripada cikgu.
A.  paling                          B.  sekali 
C.  agak                             D.  nian

Soalan 22berdasarkan Gambar 8.

 Gambar 8

    22.    Zafran mendapat _______ selepas menyertai pertandingan itu.


A.  batu api            B.  mata duitan
C.  durian runtuh               D.  gaji buta

23.    Suet Ni mengajak rakan-rakannya datang ke majlis hari jadinya.


Perkataan seerti bagi mengajak ialah
A.  melarang         B.  mempelawa  
C.  menegur                     D.  menyuruh

Soalan 24 berdasarkan Gambar 9. 

Gambar 9
    24.    Mak Piah menjemur kain baju yang telah dicucinya tadi.
Perkataan berlawan bagi menjemur ialah
A.  membilas                 B.  mengering
C. membasuh               D.  merendam

   25.     Nasihat yang diberi oleh emak kepada adik _________ kerana adik tidak ingin
menuruti kata-kata emak.
A.  bagai kaca jatuh ke batu                         B.  bagai kacang lupa akan kulit
C.  bagai tikus membaiki labu                        D.  bagai mencurah air di daun keladi

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

  26.    “Lain kali kamu tidak boleh lagi ponteng sekolah ,” kata Cikgu Chong kepada Pui
Kwan.
A.  Cikgu Chong dinasihati Pui Kwan supaya tidak lagi ponteng sekolah.
B.  Pui Kwan dinasihati oleh Cikgu Chong kerana tidak ponteng sekolah.
C.  Cikgu Chong menasihati Pui Kwan supaya tidak lagi ponteng sekolah.
D.  Pui Kwan dinasihati supaya tidak lagi ponteng sekolah cikgunya.

Pilih ayat yang betul.


27.     A.  Semua murid-murid diminta menghadiri seminar yang dianjurkan oleh pihak 
              sekolah.
         B.   Penduduk di Taman Megah hidup aman dan damai.
        C.   Pendapat bulanan peniaga itu sungguh lumayan.
        D.  Kempen membaca mendapat sambutan yang lesu dari orang ramai.

     28.    Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.


Menurut akhbar yang saya baca, enam orang mangsa telah terkorban dalam
kebakaranitu.
A.  Berapakah jumlah mangsa yang terkorban dalam kebakaran itu?
B.  Bagaimanakah kamu mendapat berita tentang kebakaran itu?
C.  Berapakah jumlah rumah yang telah musah dalam kebakaran itu?
D.  Akhbar manakah yang menerbitkan berita tentang kebakaran itu?

29.    Pilih jawapan yang paling sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.


Mengapakah kita perlu menjaga kebersihan diri?
A.  Mandilah sekurang-kurangnya dua kali sehari.
B.  Kita perlu menjaga kebersihan diri supaya tidak mudah dijangkiti penyakit.
C.  Cikgu selalu menasihati kami supaya menggosok gigi.
D.  Makanlah makanan yang berkhasiat supaya badan kita menjadi sihat.

Soalan 30
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
30.       I     Sesiapa yang tidak menghadiri ceramah itu akan didenda.
         II    Apakah harga sekilo gula?
       III    Semenjak kehilangan adiknya hari itu, tiada apa-apa berita tentangnya
lagi.
        IV     Bila-bila kamu hendak memulangkan buku saya?
 
A.  I dan III             B.  II dan IV
C. I, III dan IV                D.  I, II, III

Soalan 31 -35
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
              Aiman tekun mengelap meja yang basah. Wajahnya riang. Langsung tidak
menunjukkan wajah letih walaupun hampir seharian dia bekerja di situ. Mengambil
pesanan pelanggan, meletakkan pinggan-pinggan kotor ke dalam besen dan meletakkan
makanan pelanggan di atas meja merupakan rutin kerja seharian Aiman.
            Sebaik saja melihat iklan Angkasawan Negara di kaca televisyen, hatinya
bernyanyi riang. Dia akan berhenti sejenak untuk melihat iklan itu dengan penuh
semangat biarpun sudah puluhan kali ditayangkan.

            “Aiman mahu jadi macam Sheikh Muszaphar. Aiman mahu pergi ke bulan!”
ucapnya jika orang bertanya. Cita-cita Aiman tinggi. Aiman berazam untuk menjadi
angkasawan juga suatu hari nanti. Walaupun dia tergolong dalam golongan kurang
berupaya, namun dia tidak kisah. Kecacatan bukan penghalang kekayaan seseorang.

            Dari awal lagi dia mengikuti perkembangan Angkasawan Pertama Negara itu.
Malah, dia sanggup merayu kepada majikannya, Pak Daud untuk pulang awal semata-mata
mahu melihat pelancaran roket Soyuz TMA-II yang membawa Angkasawan Negara ke
ISS di kaca televisyen. Di rumah Aiman penuh dengan poster dan maklumat mengenai
Angkasawan Negara. Aiman mengumpulnya daripada surat khabar dan majalah.

            “Alah, lupakan sahaja cita-cita kau itu!” kata salah seorang pelanggan. “Mana
mungkin orang cacat dapat pergi ke Bulan. Ha!Ha!Ha!” katanya lagi menambahkan pedih
di hati Aiman. Namun Aiman pekakkan telinga. Dengan izin Tuhan, mudah-mudahan cita-
citanya tercapai.

            “Manalah tahu, aku menjadi angkasawan cacat pertama di dunia,” bisik Aiman di
dalam hati sambil tersenyum.
31.     Mengapakah hati Aiman bernyanyi riang?
A.  Dapat mengelap meja yang basah             B.  Dapat melihat iklan Angkasawan
Negara
C.  Dapat mengambil pesanan pelanggan         D.  Dapat pergi ke bulan.

 
32.    Apakah rayuan Aiman terhadap majikannya?
A.  Dapat menonton televisyen                B.  Dapat mengikuti perkembangan
angkasawan
C.  Dapat pulang awal                               D.  Dapat menjadi seorang angkasawan

33.    Di manakah Aiman bekerja?


A.  Kedai makan                B.  Kedai kain
C.  Pejabat              D.  Sekolah

34.    Pernyataan yang benar tentang petikan ialah


A.  Aiman banyak mengumpul poster tentang Angkasawan Negara
B.  Dua orang pelanggan telah mengejek Aiman
C.  Aiman seorang insan yang sempurna
D.  Aiman seorang yang pemarah
 
35.    Perkataan riang dalam petikan bermaksud
A.  Segar                B.  mesra
C.  kagum                D.  gembira

Soalan 36 - 40
Baca surat di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
                                                                                                               Aman bin Haji Amran,
Maktab Rendah Sains Mara,
                                                                                                               82000 Pontian,
                                                                                                               Johor.
                                                                                                               8 Jun 2009

 Ke hadapan ayahanda dan bonda di Sandakan dengan selamatnya. Apa khabar
ayahanda dan bonda? Anakanda berdoa semoga ayahanda dan bonda berada dalam
keadaan yang sihat. Anakanda di sini sihat hendaknya.

Ayahanda dan bonda,

          Pada hujung bulan ini,semua sekolah akan bercuti. Pada mulanya anakanda
merancang hendak balik ke kampung. Anakanda teringin hendak berjumpa dengan
ayahanda dan bonda. Maklumlah enam bulan anakanda tidak pulang ke kampung.
Anakanda juga teringin hendak makan Hinava Udang masakan ibu. Nampaknya
rancangan anakanda itu tidak tertunai kerana sekolah anakanda akan mengadakan
lawatan ke utara Malaysia . Jangan ayahanda dan bonda bimbang kerana kami
diiringi oleh empat orang guru.

          Rombongan kami akan melawat tapak sejarah di Lembah Bujang. Selepas itu,


kami akan ke Pulau Langkawi. kami dijangka berada di sana selama tiga hari sebelum
ke Pulau Pinang. Anakanda yakin banyak pengalaman baru yang dapat ditimba
sepanjang lawatan itu nanti. Peluang sebegini tidak harus dilepaskan. Anakanda
berharap ayahanda dan bonda memahami keadaan tersebut. Setakat ini sahaja
warkah anakanda. Sebelum berpisah sambutlah sembah salam daripada anakanda.

          Sekian, terima kasih.

Anakandamu yang jauh,


                                                                                                                                   Aman

36.     Keluarga penulis tinggal di


A.  Johor           B.  Pontian
C.  Sandakan           D.  utara Malaysia

37.    Tujuan utama penulis menulis surat ini adalah untuk


A.  pulang ke kampungnya                         B.  memberitahu tentang lawatannya
C.  bertanya khabar                                 D.  merancang hendak pulang ke kampung

38.    Pilih pernyataan yang tidak benar tentang surat di atas.


A.  Penulis akan melawat ke Kedah dan Pulau Pinang
B.  Sudah enam bulan penulis tidak berjumpa dengan keluarganya
C.  Sekolah penulis mengadakan lawatan ke utara Malaysia 
D.  Penulis akan pulang ke kampungnya pada masa cuti nanti

39.    Maksud melawat dalam petikan ialah


A.  memantau               B.  mendatangani 
C.  menziarahi                  D.  menghadiri

40.    Berikut ialah kebaikan yang diperoleh daripada lawatan yang akan


diadakan kecuali
A.  menanam semangat cinta akan negara.
B.  pelajar akan mendapat pengalaman baru.
C.  membantu murid-murid lulus dalam peperiksaan.
D.  dapat melihat tinggalan sejarah pada zaman dahulu
Disediakan oleh : Disemak oleh :

Tandatangan ibu bapa / penjaga : _____________

You might also like