You are on page 1of 7

SUMBANGAN CIKGU KU JAISMAN BIN KU ISMAIL DALAM ARENA SUKAN SEPAK

TAKRAW DI SMK DATO’HAJI HUSSEIN DARI TAHUN 2005 SEHINGGA 2010


Menurut ensiklopedia,definisi sukan adalah amalan latihan fizikal yang teratur dan kompetitif.
Sukan boleh menjadi rekreasi, professional, atau sebagai cara untuk meningkatkan kesihatan.
Sukan merupakan latihan, tontonan, dan gaya hidup dalam dimensi sosial dan budaya. Oleh itu,
sukan merangkumi pelbagai bidang.
Wikipedia menyatakan Sepak takraw merupakan sejenis permainan antara dua pasukan atau
regu yang dianggotai oleh tiga orang pemain bagi setiap regu. Terdapat jaring yang memisahkan
di antara kedua- dua regu dan dimainkan di gelanggang badminton. Bola takraw pula pada
asalnya diperbuat daripada rotan dan kini telah digantikan dengan penggunaan bola buatan.
Perkataan 'sepak' diambil daripada perkataan Bahasa Melayu. Manakala, 'takraw' pula berasal
daripada negara Thailand yang bermaksud 'bola yang dianyam'.
Terdapat perdebatan hangat dengan banyak negara yang mengakui mereka adalah pencipta
asal sukan sepak takraw. Walaupun demikian, banyak pihak bersetuju yang sukan ini dicipta
daripada sejenis permainan masyarakat China satu masa dulu. Masyarakat China menggunakan
bola yang dipasangkan bulu pelepah burung serta perlu ditimangkan di udara selama mana yang
mungkin. Ianya dimainkan di antara dua atau lebih orang.
Sukan itu kemudiannya diperkenalkan Di kawasan Asia Tenggara sebelum diubahsuai
bolanya kepada bola yang diperbuat daripada rotan.
Pada awalnya sukan sepak takraw hanya dikenali sebagai sukan sepak raga, di mana
pemainpemain tidak bertanding tetapi bersama-sama bekerjasama memastikan bola tidak jatuh
ke tanah dalam tempoh yang panjang.
Versi sepak takraw yang ada ketika ini pula dipercayai datang daripada dua sejarah yang
berbeza dengan dua negara mengakui mereka adalah pengasas sepak takraw iaitu negara
Malaysia dan Thailand.
Pada tahun 1929, persatuan sukan Siam telah menyediakan draf pertama peraturan sepak
takraw sebelum memperkenalkan penggunaan jaring. Manakala versi Malaysia pula rekodnya
berbeza sedikit. Pada tahun 1935 semasa sambutan Jubli Perak King George V di Negeri
Sembilan, sepak raga dimainkan buat kali pertama di atas gelanggang badminton dan
menggunakan peraturan serupa dengan badminton.
Sepak Takraw dimainkan oleh tiga orang pemain. Pemain yang pertama digelar tekong.
Merupakan pemain yang berada Di bahagian tengah berhampiran bulatan sepak mula, bertindak
melakukan sepak mula atau servis serta mengawal bahagian tengah dan belakang gelanggang.
Seterusnya, pemain kedua sebagai apit kanan yang berada di bahagian sebelah kanan tekong dan
bertindak mengawal bahagian kanan dan bahagian hadapan gelanggang. Manakala apit kiri
merupakan pemain yang berada di bahagian kiri tekong dan bertindak mengawal bahagian kiri
dan bahagian hadapan gelanggang.
Setelah beberapa perlawanan dianjurkan, tubuhlah Asian Sepak Takraw Federation (ASTAF)
bagi mempopularkan lagi sukan tersebut Di seluruh Asia sebelum International Sepak Takraw
Federation (ISTAF) ditubuhkan pada tahun 1992. Kini sukan sepak takraw sudah tidak asing lagi
dan dimainkan di serata dunia.

SMK Dato Hj Hussein merupakan sebuah sekolah yang terletaknya di satu kawasan yang
agak pedalaman di dalam negeri Perak Walaubagaimanapun hal ini bukanlah merupakan faktor
kepada sekolah ini untuk mencipta kejayaan dalam pelbagai bidang termasuklah aktiviti sukan
Sukan sepak takraw di sekolah ini adalah salah satu sokan yang bukan lag asing dikalangan
warga ekolah mahupun masyarakat tempatan Sejarah kehebatan dan kecemerlangan sepak
takraw sekolah ini telah terbuk apabila lahima pemain pemain sepak takraw yang hebat yang
telah mewakih negen Perak dan Malaysia sekitar tahun 80an dan 90an Beberapa nama pemain
yang masih gah hingga kini dan masih akt dengan sepak takraw adalah Abdul Hamid Bin
V.Zakariah Abdul Rahman Bin Zakariah, Fazlan Amini Zulkif Syarizal Khalid dan beberapa lagi
pemain yang kalau dipangel semula pasti akan mendapat sambutan hebat

Berdasarkan sejarah ini maka tercetusnya dea untuk mengembalikan kegemilangan Sepak
Takraw di Smk Dato' Hj Hussein Kajian yang dibuat melalui perbualan dengan rakan-rakan gura
masyarakat setempat dan pemerhatian didapati terdapat beberapa halangan dan masalah yang
timbul untuk melaksanakan sukan sepak takraw in Antaranya adalah tiada guru yang berminat
untuk menyambung tradsi ini diperingkat sekolah walaupun peminat untuk sukan ini tidak
pernah pudar. Ini semua terbuk apabila masih banyak gelanggang sepak takraw di setiap
kampung di kawasan selama masih aktif dengan permainan ini terutamanya diwaktu petang.

Bermula pada penghujung tahun 2003, perlaksanaan untuk mengembalikan kegemilangan


pasukan sepak takraw sekolah ini telah dimulakan. Perkara pertama pelaksanaan ini dilakukan
dengan mengumpul seramai mungkin peminat dan pemain sekolah untuk persiapan kejohanan
sepak takraw sekolah-sekolah peringkat daerah Larut Matang Dan Selama utk tahun 2004
Hasilnya ramai pelajar telah hadir untuk sesi latihan dan kenal pasti bakat walaupun latihan dan
pemilihan dijalankan digelanggang terbuka dengan cuaca yang agak panas. Berbekalkan
semangat yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar ini maka timbul difikiran untuk menjadikan
sepak takraw sebagai satu sukan yang boleh mengharumkan nama sekolah di semua peringkat.

Alhmdulillah dengan izin Allah serta kerjasama pelbagai pihak termasuk masyarakat
setempat maka projek sepak takraw ini mula berjalan dan masih berjalan hingga kini dan secara
tidak langsung pada hari ini nama Smk Dato' Hj Hussein bukanlah lagi satu nama yang asing
dikalangan peminat dan pemain sepak takraw.
Cikgu Ku Jaisman bin Ku Ismail ataupun dikenali sebagai cikgu Jaisman, merupakan sorang
tokoh sukan sepak takraw yang disegani ramai. Beliau merupakan anak kelahiran Jeniang, Kedah
lahir pada 30 May 1980. Beliau mula berkhidmat di SMK Dato’ Haji Hussein pada 16
September 2003 dan merupakan sekolah pertama beliau berkhidmat sehinggalah kini.
Didapati bahawa Cikgu Ku Jaisman mendapat pendidikan rendah di tiga buah sekolah di Kedah.
Bermula dengan Sek. Kebangsaan Felda Lubuk Merbau, Kedah pada 1987. Tidak lama
kemudian beliau bertukar ke Sekolah Kebangsaan Felda Teloi Kanan selama tiga tahun pada
tahun 1987 sehingga tahun 1989. Kemudian, pada usia 10 tahun beliau berpindah ke Sek.
Kebangsaan Felda Teloi Timur dan mendapat pendidikan selama tiga tahun dari tahun 1990
sehingga 1992.
Seterusnya pada usia 13 tahun beliau menuntut di Yayasan Khariah ( Pondok Pisang) selama
satu tahun. Pada tahun 1994 sehingga 1995 beliau menduduki sekolah menengah di Sekolah
Menengah Kebangsaan Teloi Kanan. Selepas dua tahun beliau berpindah ke Sekolah Menengah
Kebangsaan Tunku Putera di Baling, Kedah selama satu tahun. Kemudian berpindah ke Sekolah
Menengah Kebangsaan Singkir selama dua tahun sehingga menamatkan pendidikan menengah
beliau pada tahun 1997.
Pada tahun 1998 sehingga 1999 cikgu Ku Jaisman menduduki tingkatan enam di Sekolah
Menengah Kebangsaan Merbok selama dua tahun. Seterusnya, beliau melanjutkan pelajaran
beliau di Universiti Putra Malaysia pada tahun 2000 sehingga 2003.
Pengalaman beliau sebagai pemain sepak takraw bermula dengan mewakili sekolah ketika
berumur 10 tahun. Kemudian mewakili daerah ke Kejohanan Sepak Takraw Sekolah-sekolah
Kedah ketika berumur 12 tahun. Seterusnya, mewakili negeri Kedah untuk kategori bawah 18
tahun ke Kejohanan Sepak Takraw MSSM tahun 1997. Selanjutnya, cikgu Kujaisman mewakili
negeri Kedah ke Temasya Sukma 2000 di Penang. Beliau turut mewakili negeri Kedah ke
Kejohanan Sepak Takraw Piala Emas Khir Johari Kebangsaan dan Kejohanan Grand Prix
Kebangsaan selama tiga tahun berturut- turut pada. tahun 2000 sehingga 2003.

Setelah datang ke negeri Perak untuk berkhidmat sebagai jurulatih sepak takraw, Cikgu Ku
Jaisman masih aktif dalam mewakili sukan sepak takraw dan mewakili negeri Perak dalam
beberapa Kejohanan. Kejohanan pertama yang diwakili beliau di negeri Perak ialah Kejohanan
Sepak Takraw Piala Emas Khir Johari Kebangsaan dan Kejohanan Grand Prix Kebangsaan pada
tahun 2005 sehingga 2015. Seterusnya, beliau mewakili negeri Perak ke Kejohanan Jemputan
Antarabangsa di Pattani, Thailand 2010. Selanjutnya, cikgu Kujaisman mewakili negeri Perak ke
Kejohanan Sepak Takraw MAKSAK Kebangsaan dan Kejohanan Sepak Takraw PSKPP
Kebangsaan
Pengalaman cikgu Kujaisman sebagai jurulatih sukan sepak takraw bermula pada tahun 2004.
Beliau merupakan ketua jurulatih sukan sepak takraw di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’
Haji Hussein dan juga merangkap ketua jurulatih sepak takraw MSSD LMS ke Kejohanan Sepak
Takraw MSSM Kebangsaan bermula pada tahun 2006. Cikgu Ku Jaisman juga berpengelaman
sebagai ketua jurulatih sepak takraw Pusat Latihan Negeri Perak, Kejohanan Sepak Takraw
Remaja Kebangsaan, Kejohanan Belia Kebangsaan, Kejohanan Sukan Sepak Takraw
Kebangsaan, Kejohanan Sukan Sepak Takraw Piala Emas Khir Johari Kebangsaan, Kejohanan
Grand Prix Kebangsaan, Sukma Perak, dan Ketua jurulatih Malaysia ke Kejohanan Sepak
Takraw Sekolah-sekolah ASEAN .
Cikgu Ku Jaisman memperolehi beberapa pencapaian yang membanggakan iaitu dianugerahi
sijil kejurulatihan level 3 yang merupakan level paling tinggi dalam kejurulatihan dalam
Malaysia. Seterusnya, Johan MSSD Larut Matang Selama, Johan MSSPK, dan Johan MSSM
bawah 18.
Selain itu, beliau telah menyumbangkan beberapa pemain sukan sepak takraw yang berbakat
setiap tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Haji Hussein bagi mewakili Malaysia ke
Sekolah-sekolah ASEAN. Antaranya ialah Muhammad Hafiz bin Zulkili, Yus Hanif bin Rosli,
Muhammad Azlan bin Alias, Muhammad Zarfan bin khairon Anuar, Amirul Ramadhan bin
Fazillah Suhaimi, Muhammad Fazdril bin Badrul Hisham, Muhammad Fathul Afiq bin Azlan,
dan Muhammad Nazrul Iman bin Yusof.
Terdapat beberapa cabaran dan halangan yang dihadapi beliau dalam memastikan latihan yang
berterusan kepada pemain agar sentiasa bersedia. Oleh itu, beberapa permasalahan dapat dikenal
pasti untuk memastikan latihan yang berterusan dan pemain sentiasa bersedia untuk menghadapi
kejohanan.
Antaranya ialah jurulatih. Didapati hanya seorang sahaja jurulatih yang mengemudi pasukan.
Pandangan ini telah dikemukakan kepada pihak atasan termasuklah PPD. Malangnya, masih
tiada pembantu di kalangan guru. Menurut cikgu Kujaisman, salah satu faktor yang dikenal pasti
adalah mungkin kerana kedudukan Selama yang agak pedalaman untuk menarik minat cikgu
untuk berkhidmat di Smk, Dato’ Haji Hussein.
Selain itu, kekangan dari segi masa belajar. Tiada sebarang peruntukan masa mengajar yang
diberi sehingga menyebabkan latihan kadang- kadang terpaksa dibatalkan akibat mendahulukan
tugas hakiki untuk masuk ke kelas. Walaubagaimanapun, perkara ini perlu diterima beliau atas
alasan jurulatih adalah pendidik dan sehingga kini tiada pertemuan khas dibuat bersama barisan
pentadbir untuk membincangkan tentang jadual waktu mengajar dan sebarang kepistimewaan.
Seterusnya, apabila jurulatih terlibat bertugas di luar kawasan. Latihan akan terbatal setiap kali
jurulatih terlibat dengan tugasan di luar seperti terlibat dengan jurulatih negeri dan sebagainya.
Jika latihan tetap dijalankan tanpa pemantauan guru, beliau risau akan risiko berlakunya sesuatu
yang tidak diingini kepada anak buahnya. Jadi,beliau perlu bertanggungjawab atas kecederaan
anak buahnya.
Cabaran dan halangan yang seterusnya adalah tempat latihan. Kemudahan gelanggang sepak
takraw yang ada buat masa sekarang adalah satu gelanggang terbuka di asrama Sekolah
Menengah Dato’Haji Hussein dan empat gelanggang di Dewan Bakti sekolah. Masalah yang
dihadapi adalah jumlah pelatih terlalu ramai sekiranya dewan sekolah tidak dapat digunakan.
Satu gelanggang di asrama tidak mencukupi untuk menjalani latihan. Hal ini akan lebih parah
sekiranya pemain akan menghadapi kejohanan dalam tempoh terdekat. Disebabkan itu, cikgu
Ku Jaisman mengambil jalan terbaik dengan cara mengeluarkan duit poket beliau sendiri untuk
menyewa dewan Majlis Daerah Selama. Disini menunjukkan cikgu Ku Jaisman adalah sorang
jurulatih yang komited dalam melatih anak buahnya.
Terdapat 11 perlawanan yang terlibat sepanjang tahun . Oleh itu cikgu Ku Jaisman perlu
memastikan pemain-pemain sepak takraw sentiasa bersedia untuk menghadapi kejohanan.
Antara perlawanan yang terlibat sepanjang tahun ialah kejohanan Sepak Takraw MSSD LMS,
kejohanan Sepak Takraw MSSPK, kejohanan Sepak Takraw MSSM, kejohanan Sepak Takraw
SPTS, kejohanan Sepak Takraw Sirkit Remaja Kebangsaan, Kejohanan Sepak Takraw Antara
Pusat Latihan Negeri, Kejohanan Sepak Takraw Jemputan Kebangsaan, Kejohanan terbuka
seluruh Malaysia, Kejohanan Piala Pengetua Sekolah Sukan Malaysia Terengganu, kejohanan
Sepak Takraw Piala President, dan Kejohanan Sepak Takraw Amatur Terbuka.
Ketokohan cikgu Ku Jaisman bin Ku Ismail dalam arena sukan sepak takraw memberi impak
kepada nama Sekolah Menengah Dato’Haji Hussein kepada sekolah-sekolah sukan yang lain..
Sekolah Menengah Dato’Haji Hussein terkenal dengan sukan sepak takraw yang sangat hebat
kerana memenangi pingat johan setiap tahun.
Berkat usaha gigih cikgu Ku Jaisman dalam mendidik pemain-pemainnya, beliau telah
mengharumkan nama sekolah dengan melahirkan pemain-pemain yang berbakat. Beliau telah
melahirkan beberapa pemain sepak takraw yang berbakat bagi mewakili sekolah sekolah Asean
untuk membawa nama Malaysia.
Cikgu Ku Jaisman adalah jurulatih yang berjasa kerana beliau mampu melatih pemain-pemain
sepak takraw yang ramai walaupun beliau tiada pembantu yang dapat membahagikan masa untuk
melatih pemain-pemain sepak takraw.
Selain itu, kita dapat melihat bahawa beliau merupakan cikgu yang garang di Sekolah Menengah
Dato’Haji Hussein. Namun begitu beliau adalah seorang yang penyayang. Cikgu Ku Jaisman
mengambil berat terhadap pemain-pemain sepak takraw. Oleh itu, pemain-pemainnya amat
menghormati beliau dan disegani ramai.
Cikgu Ku Jaisman merupakan seorang yang tegas dan komited dengan kerjanya. Beliau telah
banyak berjasa kepada Sekolah Menengah Dato’Haji Hussein kerana mengharumkan nama
sekolah di semua sekolah.
Cikgu Ku Jaisman dikenali ramai kerana ketokohan beliau dalam arena sukan sepak takraw.
Ramai anak muda yang berminat untuk mengikuti sukan sepak takraw yang dilatih beliau. Cikgu
Ku Jaisman bukan sahaja dikenali oleh guru-guru sekolah menengah lain malah, dikenali oleh
sekolah-sekolah Asean. Beliau juga merupakan ketua jurulatih Malaysia ke Kejohanan Sepak
Takraw Sekolah- Sekolah Asean. Bukan itu sahaja, murid-murid di sekolah rendah pon turut
mengenali beliau sebagai jurulatih sepak takraw yang hebat dan berpengalaman.
Sekolah Menengah Dato’Haji Hussein sangat berbangga dengan cikgu Ku Jaisman kerana masih
teguh di sekolah ini untuk mendidik pemain-pemain sepak takraw di Sekolah Menengah
Dato’Haji Hussein dan mengekalkan kejohanan setiap tahun. Bagi beliau Sekolah Menengah
Dato’Haji Hussein lah sekolah pertama beliau berkhidmat sebagai jurulatih dan beliau telah
tertumpah kasih di sekolah ini.
Walaupun beliau menghadapi pelbagai cabaran dan halangan bagi mendidik pemain-pemain
sepak takraw, beliau tetap hadapi dengan hati yang teguh.

You might also like