You are on page 1of 11

KAJIAN TINDAKAN SABK 2018

TAJUK:
PROGRAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN
MEMBACA DALAM KALANGAN MURID
TAHUN 1 AL-JAZARI DI SEKOLAH RENDAH
KEBANGSAAN AGAMA SIBU, SARAWAK.

DISEDIAKAN OLEH:
KUMPULAN 7

SAFTUYAH BINTI OMAR


RAHMAH BINTI DEN
MIMNAJWA BIN MAD RIBAN
NUR MAHIRAH BINTI ABDUL JALIL
HAJAH FATIMAH BINTI KUSHAIRI

1
KAJIAN TINDAKAN

TAJUK: PROGRAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM


KALANGAN MURID TAHUN 1 AL-JAZARI DI SEKOLAH RENDAH
KEBANGSAAN AGAMA SIBU, SARAWAK.

1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), telah dilaksanakan di sekolah rendah mulai tahun
1982. Kurikulum ini telah memperkenalkan pelajaran pemulihan sebagai salah satu terasnya
dan untuk menunaikan inovasi kurikulum ini, banyak guru khas pemulihan telah ditempatkan
di sekolah rendah. Dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah ini, 3 kemahiran asas telah
ditekankan yang perlu dikuasai oleh pelajar iaitu Kemahiran 3M (Membaca, Menulis,
Mengira). Kemahiran 3M merupakan tiga kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh pelajar
bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Dalam Kajian Tindakan ini, kemahiran membaca dalam kalangan murid tahun 1 telah
dikenalpasti tahap pencapaian mereka. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti
tahap pencapaian pengetahuan dan kemahiran membaca murid Tahun 1 Al-Jazari, Sekolah
Kebangsaan Agama Sibu. Pendekatan Kaedah yang digunakan ialah Gabungan Bunyi Kata
(KGBK) dan kaedah fonik telah digunakan untuk meningkatkan kemahiran membaca.
Setelah mengenalpasti tahap penguasaan setiap kemahiran, tindakan diambil untuk
mempertingkatkan kemahiran membaca agar mereka memahami teks yang dibaca.

3.0 PERNYATAAN MASALAH

Masalah yang sering dihadapi oleh guru-guru bahasa Melayu ialah murid-murid masih
belum dapat menguasai kemahiran membaca walaupun sudah berada di dalam tahun satu
ataupun tahun yang seterusnya. Masalah ini juga sekarang mendapat perhatian umum.

2
Keadaan ini semakin lama semakin membimbangkan apabila ramai pelajar gagal membaca
walaupun sudah memasuki sekolah menengah.

Masalah bacaan yang dihadapi oleh murid-murid dapat dilihat melalui aktiviti bacaan
nyaring manakala aktiviti bacaan senyap hanya dapat dilihat melalui aspek bacaan
kefahaman. Kebiasaan murid akan menyebut sesuatu suku kata semasa membaca dengan
berulang-ulang tetapi masalah ini bukan disebabkan oleh gagap. Malah terdapat juga murid
yang tidak mengenal huruf. Masalah tidak mengenal huruf ini menjadi punca utama
kebanyakkan kanak-kanak gagal membaca dengan baik. Keadaan ini akan menyebabkan
murid-murid akan menyebut sesuatu perkataan dengan sesuka hati atau dengan meneka
sahaja. Hal ini akan menyebabkan sesuatu perkataan itu tidak akan bermakna atau berlainan
makna.

Selain itu, murid-murid juga seringkali salah sebut huruf atau perkataan. Salah
sebutan ini biasanya terjadi akibat murid-murid ini tidak mengenal huruf ataupun tidak tahu
membunyikan sesuatu huruf sehingga sesuatu perkataan tidak bermakna lagi dalam konteks
ayat. Permasalahan seterusnya ialah murid-murid suka membaca huruf, perkataan atau frasa
secara terbalik atau songsang. Contohnya seperti “bala” disebut “laba”.

Permasalahan yang dihadapi oleh murid-murid dalam menguasai kemahiran membaca


ini perlu diatasi dengan segera sebelum murid-murid ini melangkah ke peringkat yang lebih
tinggi lagi. Dalam situasi ini jika murid tersebut masih tidak dapat menguasai kemahiran
membaca maka mereka akan ketinggalam dalam kurikulum biasa dan seterusnya akan
tercicir dalam bidang pelajaran juga. Jika keadaan ini tidak di kawal dengan segera, keadaan
ini akan berterusan sehingga ke sekolah menengah. Murid-murid akan meningkat ke
peringkat sekolah menengah tanpa masalah akademik mereka pada peringkat sekolah rendah
dapat diselesaikan terlebih dahulu. Oleh yang demikian, siapakah yang patut dipersalahkan
dalam hal ini?.

4.0 TUJUAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid dalam menguasai kemahiran
membaca. Berbagai usaha telah dilaksanakan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan
3
peringkat nasional. Satu usaha terbesar yang dilaksanakan adalah KBSR yang
bermatlamatkan kecemerlangan pendidikan sekolah rendah dan diikuti dengan KBSM di
sekolah menengah. Namun demikian, selepas fasa pertama KBSM didapati ramai pelajar
yang masih gagal dalam menguasai kemahiran 3M. Keadaan ini sangat menakitkan apabila
semakin ramai pelajar yang gagal membaca walaupun sudah memasuki sekolah menengah.

Oleh yang demikian, penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk mengetahui sejauh
manakah kemahiran membaca murid tahun 1 Al-Jazari di Sekolah Kebangsaan Agama, Sibu
ini menguasai kemahiran membaca. Kajian ini melibatkan empat jenis ujian yang melibatkan
murid-murid membaca perkataan-perkataan mengikut konsonan dan vokal tertentu dan juga
kemahiran membaca teks pendek. Kemudian murid-murid akan dianalisis mengikut
kefahaman mereka terhadap setiap ujian yang telah dijalankan.

4.0 METODOLOGI PENYELIDIKAN

Dalam metodologi pendidikan ini akan menghuraikan tentang reka bentuk kajian, sasaran
kajian, batasan kajian, dan juga instrumen kajian.

4.1 Reka Bentuk Kajian


Dalam kajian tindakan ini, reka bentuk kajian yang digunakan ialah kaedah tinjauan
awal. dalam tinjauan awal terhadap murid Tahun 1 SK Agama Sibu, pencapaian
murid dalam kemahiran-kemahiran asas membaca dikenalpasti. Ujian awal
(diognostik) dilaksanakan. Antara ujian yang dilaksanakan ialah ujian 1 iaitu ujian
membaca perkataan suku kata KVKV, ujian 2 ialah ujian membaca perkataan
KVKVK, ujian 3 ialah ujian membaca perkataan VKVK, ujian 4 ialah membaca teks
pendek.

4.2 Sasaran Kajian


Kumpulan sasaran bagi kajian tindakan ini ialah terdiri daripada 30 orang murid tahun
1 Al-Jazari, Sekolah Kebangsaan Agama Sibu, Sarawak. Murid tahun 1 ini terdiri
daripada murid-murid yang belum menguasai kemahiran membaca dengan lancar.
Murid telah mengenal huruf vokal dan konsonan, namun belum berapa fasih
membaca suku kata perkataan dengan lancar.
4
4.3 Batasan Kajian
Aspek yang ditekankan dalam kajian ini ialah meningkatkan kemahiran membaca
dalam kalangan murid Tahun 1 Al-Jazari di Sekolah Kebangsaan Agama Sibu,
Sarawak. Fokus kajian ini ialah untuk memperkukuhkan kemahiran membaca KVKV,
KVKVK, VKVK, dan teks mudah agar pelajar boleh membaca pada aras seterusnya.
Faktor murid tidak boleh menguasai kemahiran membaca dengan lancar juga dikaji.

4.4 Instrumen Kajian


Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soalan-soalan ujian diagnostik yang
merangkumi 4 bahagian iaitu, ujian pertama ialah ujian membaca perkataan suku kata
KVKVK, ujian yang kedua ialah ujian membaca perkataan KVKVK, ujian yang
ketiga ialah ujian membaca perkataan VKVK, dan ujian yang keempat ialah ujian
membaca teks pendek iaitu 15 hingga 20 patah perkataan.. Setiap ujian ini dianalisis
keputusannya bagi mengenalpasti kelemahan yang dihadapi.

5.0 ANALISIS DATA KAJIAN

Tinjauan awal telah dilaksanakan pada 24 April 2018 yang melibatkan 30 orang murid
tahun 1 Al-Jazari, Sekolah Kebangsaan Agama Sibu, Sarawak.. Murid-murid ini didedahkan
dengan kemahiran membaca. Dalam tinjauan awal, pencapaian pelajar dalam kemahiran-
kemahiran asas membaca dikaji. Ujian dagnostik awal telah dilaksanakan. Ujian dan
temubual berikut dilaksana:

Ujian 1 : Membaca perkataan suku kata KVKV


Ujian 2: Membaca perkataan KVKVK
Ujian 3: Membaca perkataan VKVK
Ujian 4: Membaca Teks pendek (15-20) perkataan

5
Analisis Data Ujian 1:

Pencapaian Tahap Bilangan Murid Peratus


0–8 Sangat lemah 7 23.3
9 – 16 Lemah 4 13.3
17 – 24 Sederhana 6 20
25 – 32 Baik 5 16.7
33 – 42 Sangat Baik 8 26.7

Dari data yang diperolehi sebanyak 43.4 peratus murid sahaja yang dapat menguasai
kemahiran ini dengan baik manakala 36.6 peratus berada pada tahap lemah. Ini menunjukkan
murid masih belum dapat menguasai kemahiran membatangkan suku kata.

Analisis Data Ujian 2:


Pencapaian Tahap Bilangan Murid Peratus
0–4 Sangat lemah 10 33.4
5 -8 Lemah 7 23.3
9 – 12 Sederhana 3 10
13 – 16 Baik 4 13.3
17 – 20 Sangat Baik 6 20

Daripada data yang diperolehi daripada ujian ini mendapati, hanya 33.3 peratus murid sahaja
yang dapat menguasai kemahiran membaca aras KVKVK dan 66.7 peratus masih belum
menguasai kemahiran membaca KVKVK. Hal ini kerana murid-murid masih tidak dapat
membatangkan suku kata sebelum menyebut keseluruhan perkataan. Hal ini menyebabkan
murid-murid tidak dapat membaca perkataan yang telah diberikan.

Analisis Data Ujian 3:


Pencapaian Tahap Bilangan Murid Peratus
0–4 Sangat lemah 6 20
5– 8 Lemah 5 16.7
9 –12 Sederhana 5 16.7

6
13- 16 Baik 7 23.3
17 – 20 Sangat Baik 7 23.3

Daripada ujian ini pula, adalah didapati sebahagian murid iaitu sebanyak 63.3 peratus boleh
memberi membaca VKVK dan hanya 36.7 peratus masih belum menguasai kemahiran ini.
Hal ini kerana murid-murid lebih mengenal huruf vokal yang terdiri daripada a.e,i,o dan u
tetapi masih lemah dalam menguasai huruf konsonan yang lain.

Analisis Data Ujian 4:


Pencapaian Tahap Bilangan Murid Peratus
0–4 Sangat lemah 4 13.3
5– 8 Lemah 4 13.3
9 –12 Sederhana 5 16.7
13- 16 Baik 7 23.3
17 – 20 Sangat Baik 10 33.4

Daripada ujian yang terakhir iaitu kemahiran membaca teks didapati sebahagian murid iaitu
sebanyak 73.4 peratus boleh memberi membaca teks dan hanya 26.7 peratus masih belum
menguasai kemahiran ini.

6.0 CADANGAN TINDAKAN

Bagi cadangan tindakan ini, tindakan awal yang boleh dijalankan bagi membantu murid-
murid ini menguasai kemahiran membaca terutamanya yang melibatkan gabungan suku kata
KV dan KVK ialah dengan mengenal pasti kaedah pengajaran yang sesuai. Dalam kajian ini,
pengkaji mencadangkan kaedah pembelajaran masteri. Kaedah pembelajaran masteri ini
dilaksanakan dengan mewujudkan beberapa Stesen Bacaan di dalam kelas di mana, guru
menggunakan beberapa sudut di dalam bilik darjah sebagai stesen bacaan. Di setiap stesen
bacaan ini disediakan dengan pelbagai bahan bacaan seperti kad suku kata, kad perkataan,
kad ayat, dan cerita-cerita pendek.

Tujuan stesen ini diwujudkan ialah untuk memberi ruang kepada murid-murid untuk
mengisi masa terluang mereka selepas mereka selesai melakukan sesuatu aktiviti. Bagi
murid-murid yang telah berjaya membaca bahan-bahan yang disediakan di setiap stesen

7
dengan lancar, bolehlah diberikan ganjaran sebagai peneguhan positif kepada murid-murid
berkenaan. Contoh-contoh setiap stesen adalah ditunjukkan seperti dibawah:

STESEN 1

Di stesen 1 bahan yang digunakan adalah dalam bentuk kad suku kata yang menggabungkan
KV dan KVK seperti ‘sabut’ dan ‘melur’. Murid-murid dikehendaki mengeja dan
membunyikan suku kata terbuka dan tertutup berdasarkan warna-warna tulisan pada kad
tersebut.

KAD SUKU KATA

sa + but = sabut
t

me + lur = melur

be la yar
+ + = belayar

se ko lah
+ + + = sekolah

8
Penggunaan warna untuk setiap suku kata dalam kad bacaan adalah penting. Ini bagi
memudahkan murid mengeja suku kata tersebut berdasarkan warna tersebut.

STESEN 2
KAD PERKATAAN

menolak tembikai

menyapu permata

Kad perkataan ini juga dihasilkan dalam bentuk warna yang mana setiap suku kata
diwakilkan dengan warna yang berlainan. Penggunaan warna ini juga bertujuan untuk
memudahkan para murid membaca perkataan tersebut berdasarkan warna dan juga sekaligus
menarik perhatian mereka terhadap kad-kad bacaan yang dipamerkan.

STESEN 3
KAD AYAT

Ani sibuk memasak nasi di dapur

Adik saya suka membaca


buku
9
Aktiviti pada stesen tiga ini merupakan aktiviti pengukuhan dan pengayaan. Stesen tiga ialah
aktiviti yang berkesinambungan daripada stesen-stesen yang sebelumnya.

STESEN 4

Aktiviti dalam stesen 4 ini ialah murid disediakan dengan sebuah buku yang mengandungi
gambar dan ilustrasi yang menarik dan dilengkapi dengan ayat-ayat pendek yang mudah
dibaca oleh murid. Jika murid berjaya melepasi tahap ini, bermakna mereka sudah fasih
membaca ayat-ayat pendek.

7.0 JADUAL PERLAKSANAAN KAJIAN

PERKARA TARIKH
Penerimaan Projek 15 April 2018
Kajian awal 26 April 2018
Pernyataan masalah 15 April 2018
Pembentukan soalan ujian murid 20 April 2018
Kajian lapangan 26 April 2018
Pengumpulan data 4 Mei 2018
Cadangan kajian 8 Mei 2018
Penyerahan projek 6 September 2018

8.0 KESIMPULAN

Keupayaan membaca dalam kalangan kanak-kanak adalah berbeza-beza dan guru seharusnya
memberi perhatian kepada masalah kemahiran membaca ini. Justeru, guru perlu
memperkemaskan diri dalam kemahiran dalam menyampaikan pengajaran bacaan. Hal ini
demikian kerana, pengetahuan tentang kaedah-kaedah mengajar bahan bacaan semata-mata
tidak mencukupi. Oleh itu, guru seharusnya mempunyai kreativiti dalam penyampaian
pengajarannya.

10
Daripada kajian yang telah dijalankan, didapati bahawa kemahiran membaca murid
Tahun Satu dapat ditingkatkan dengan kaedah KGBK dan Kaedah Fonik dalam pengajaran
guru. Terdapat juga faktor yang mempengaruhi penguasaan kemahiran iaitu sikap pelajar dan
kadar kehadiran mereka untuk datang ke sekolah. Penggunaan kaedah diagnostik ini akan
dapat membantu guru untuk mengesan ketidakbolehan membaca murid. Kesimpulan yang
dibuat berdasarkan kepada hasil analisis daripada borang selidik yang telah diedarkan kepada
pelajar. Kesimpulan juga berdasarkan perbandingan antara sebelum dan selepas tindakan
yang diambil untuk mengatasi masalah yang dikaji dan perbandingan dibuat.

BIBLIOGRAFI

Kamarudin Hj. Husin, (1998). Pedagogi Bahasa. Kuala Lumpur: Longman


Malaysia Sdn. Bhd.

11

You might also like