You are on page 1of 5

SULIT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


Semester 1 Tahun 1

PSIKOLOGI DALAM PENDIDIKAN

KOD KURSUS : EDUP2082 PEPERIKSAAN : SEPT 2021

SKEMA PEMARKAHAN (SP)

© 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia SULIT


SULIT EDUP2082

BAHAGIAN A
(20 markah )
Jawab semua soalan.

1. Seorang Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid mendapati sebahagian


pelajarnya menunjukkan ciri konsep kendiri yang negatif. Secara tidak
langsung, ciri ini membentuk personaliti diri yang kurang sesuai dengan
penampilan diri pelajar yang sebenar.
Bincangkan usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh Guru Penolong Kanan
tersebut untuk memastikan keberkesanan sesi pengajaran dan
pemudahcaraan pelajar-pelajar berkenaan.
Rujuk Rubrik Pemarkahan
Jawapan:
• Mengenal pasti jenis trait personaliti murid-muridnya. Personaliti pelajar
terhasil daripada dua faktor utama iaitu faktor baka dan faktor
persekitaran.
• Mendapatkan maklumat latar belakang murid berkenaan melalui sistem
data . Latar belakang aspek sosio ekonomi dan keluarga dapat
diketahui melalui sistem berkenaan. Murid yang datang dari sosio
ekonomi yang rendah lazimnya mempamerkan konsep kendiri yang
perlu diberi perhatian.
• Meminta kerjasama daripada Guru Bimbingan dan Kaunseling –
Program Minda Sihat. Pelajar diberi pendedahan aspek penampilan diri
yang lebih baik sesuai dengan personaliti seorang pelajar. Nilai positif
seperti konsep kendiri positif juga diterapkan.
• Anugerah khas pelajar – Satu anugerah khas diberikan kepada pelajar
yang berpenampilan kemas dan bersih serta menunjukkan sikap yang
baik dan boleh diteladani.
• Poster dan banting – Kata-kata positif seperti ‘Penampilan Bersih Minda
Sejahtera’ ataupun ‘Kesopanan dan Kesusilaan Amalan Hidup Kita’
boleh ditampal di ruang yang sesuai di bangunan sekolah.

Jumlah = 20 markah

2 SULIT
© 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT EDUP2082

BAHAGIAN B
( 40 markah )

Jawab satu soalan.

1. Cikgu Z mendapati tiga orang muridnya agak lambat daripada segi


perkembangan fizikal, kognitif, psikososial dan moralnya.
Berikan strategi yang dapat dilakukan oleh Cikgu Z bagi mengatasi masalah
yang dihadapi oleh murid-muridnya.

Rujuk Rubrik Pemarkahan


Jawapan:

• Mendapatkan kerjasama daripada guru Pendidikan Jasmani – Ujian


kecergasan dan pemeriksaan kesihatan di bawah program ‘Klinik Sihat’
boleh dibuat ke atas pelajar-pelajar yang bermasalah daripada aspek
perkembangan fizikal.
• Ujian kecerdasan boleh diberikan kepada murid yang lambat daripada
segi kognitifnya. Pengesanan awal dapat membantu murid untuk
mengikuti kelas pendidikan pemulihan atau pendidikan khas sekiranya
mereka layak untuk mengikuti kelas berkenaan.
• Psikosoial – Aktiviti sihat secara berkumpulan boleh dibuat dari semasa
ke semasa. Aktiviti pembelajaran berkumpulan memberi ruang dan
peluang kepada murid untuk bersosial, berinteraksi dan bertukar idea
sesama mereka.
• Moral – Beberapa sesi interaksi boleh dibuat bersama pelajar
melibatkan tema tertentu seperti kisah teladan dan cerita-cerita rakyat.
Bagi yang beragama Islam boleh dikongsikan kisah-kisah atau sirah
para Nabi agar dapat diteladani nilai akhlaknya.
• Peneguhan seperti kata-kata pujian dan ganjaran diberikan kepada
pelajar yang menunjukkan perkembangan positif dari aspek tingkah laku
mahupun moralnya.

Jumlah = 20 markah

3 SULIT
© 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT EDUP2082

2. Sekolah Kebangsaan Y telah menerima Anugerah Sekolah Berpotensi


daripada Pejabat Pendidikan Daerah.
Huraikan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Y tersebut daripada aspek perbezaan individu murid sehingga
layak untuk menerima anugerah berkenaan.

Rujuk Rubrik Pemarkahan


Jawapan:

• Program mentor-mentee. Guru-guru diberi beberapa orang murid untuk


memberi bimbingan dari semasa ke semasa sekiranya murid-murid
menghadapi masalah sama ada dalam pelajaran mahupun sosial.
• Fokus khusus kepada 3 kumpulan utama di dalam kelas iaitu Pemulihan,
Peneguhan dan Pengayaan. Pendekatan mengajar dan pemberian latihan
adalah berdasarkan kemampuan aras kognitif mengikut kumpulan berkenaan.
• Panitia mata pelajaran – mengusahakan aktiviti-aktiviti latih tubi berupa
lembaran-lembaran kerja yang disaringkan mengikut aras kognitif yang
berbeza iaitu tinggi, sederhana dan rendah namun masih mencapai objektif
yang sama.
• Bantuan prihatin – Pelajar miskin diberi bantuan khas berupa pakaian dan alat
tulis agar dapat menikmati proses pembelajaran sebagaimana murid-murid lain
yang bernasib baik.
• Pengajaran pembelajaran berbantukan modul – Murid yang lemah dapat
dibantu dengan modul khas yang boleh digunakan oleh ibu bapa agar dapat
membimbing anak-anak dengan berkesan di rumah.

Jumlah = 20 markah

4 SULIT
© 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT EDUP2082

RUBRIK PEMARKAHAN

Skala
GRED 20 markah DESKRIPTOR
● Mempamerkan satu pemahaman yang jitu dan menyeluruh
Amat 18.0 – 20.0 terhadap soalan
Cemerlang ● Pemahaman sangat mendalam tentang kandungan yang relevan
● Menggunakan banyak hujah beserta contoh dan data untuk
(A+) menyokong generalisasi
● Menjawab soalan dengan tepat dan mengkomunikasikan idea
90 - 100 dengan cemerlang
● Interpretasi yang menyeluruh dan pengolahan idea logikal dan
koheren

● Mempamerkan satu pemahaman yang tepat dan baik terhadap


Cemerlang 15.0 – 17.9 soalan
● Pemahaman yang mendalam tentang kandungan yang relevan
(A, A-) ● Menggunakan beberapa hujah beserta contoh dan data untuk
menyokong generalisasi
75 - 89 ● Menjawab soalan dengan tepat dan mengkomunikasikan idea
dengan berkesan
● Interpretasi yang jelas dan pengolahan idea yang jelas dan logikal

● Mempamerkan pemahaman yang baik terhadap soalan


Kepujian 12.0-14.9 ● Pemahaman agak mendalam dan kandungan yang relevan
● Menggunakan beberapa hujah beserta contoh dan data untuk
(B+, B & menyokong generalisasi
B-) ● Menjawab soalan dengan agak tepat dan berkomunikasikan idea
dengan jelas
60 – 74 ● Beberapa interpretasi yang jelas dan pengolahan idea agak jelas
dan logikal

● Mempamerkan pemahaman yang minima terhadap soalan


Lulus ● Pemahaman minimum kandungan yang relevan
10.0 – 11.9 ● Menggunakan hanya sebilangan kecil hujah bersama beberapa
(C+, C) contoh dan data untuk menyokong generalisasi
● Beberapa ketidaktepatan dalam jawapan dan beberapa kekaburan
50 - 59 dalam pengolahan idea
● Interpretasi idea yang lemah

● Tidak mempamerkan pemahaman terhadap soalan


Gagal < 10 ● Tidak menjurus kepada isu dalam soalan
● Hujah tidak disokong dengan contoh dan data
(C-, D+, D ● Banyak hujah yang tidak relevan, jawapan yang kabur dan
& F) pengolahan idea yang kabur
● Interpretasi idea yang sangat lemah
0 - 49

5 SULIT
© 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

You might also like