You are on page 1of 30

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

BAHASA MELAYU
Kertas 1

910/1
TAJUK-
TAJUK Disediakan oleh;

PENTING
Cikgu Zulkarnain Farihin

BAHAGIAN C
Penulisan Karangan
ISU SAINS DAN TEKNOLOGI
TAJUK FOKUS 1: PUNCA-PUNCA PENCEMERAN ALAM SEKITAR
Pendahuluan Pencemaran alam boleh ditakrifkan sebagai kotoran sekeliling yang menjejas kualiti
kebersihan air, udara dan bumi. Isu berkaitan dengan pencemaran alam sekitar sentiasa
dibincangkan kerana kesannya yang semakin membimbangkan. Pelbagai usaha telah
dilaksanakan untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar namun masih gagal. Alam
sekitar terus tercemar oleh pelbagai aktiviti manusia yang tidak terkawal.

Isi 1 Pada pendapat saya, pembebasan asap dan gas bertoksik oleh kilang-kilang telah
menyebabkan berlakunya pencemaran udara. Sektor perindustrian telah berkembang
pesat di negara kita. Kebanyakkan kilang yang didirikan tidak menggunakan penapis
asap yang berkesan sehingga mengakibatkan pembebasan asap yang kotor dan
beracun ke udara.

Isi 2 Pencemaran udara di negara kita semakin kritikal berpunca daripada pertambahan
bilangan kenderaan. Peningkatan taraf hidup menyebabkan semakin ramai rakyat
mampu memilik kenderaan sendiri. Bilangan kenderaan yang berjuta-juta di atas
jalanraya, menyebabkan pembebasan asap dan gas karbon monoksida yang banyak
hingga mencemarkan kualiti udara.

Isi 3 Pembakaran terbuka yang dilakukan oleh pengusaha-pengusaha ladang turut


mengakibatkan pencemaran alam sekitar, iaitu jerebu. Syarikat-syarikat besar cuba
menjimatkan kos pelupusan bahan-bahan buangan dari ladang-ladang dengan
membakar tanpa menghiraukan kesannya terhadap alam sekitar. Pemaju-pemaju
perumahan juga melakukan pembakaran terbuka bagi bahan-bahan lebihan binaan
seperti kayu, barangan getah, dan plastik.

Isi 4 Pembuangan bahan-bahan domestik ke dalam sungai turut mengakibatkan


pencemaran air. Sisa-sisa domestik dari kawasan perumahan, hotel-hotel, premis-
premis kerajaan juga turut mencemarkan alam sekitar. Sisa-sisa yang terdiri dari minyak,
bahan pencuci sangat berbahaya ini mengalir ke laut yang akhirnya menjejaskan
hidupan akuatik. Dalam jangka masa yang lama, kesuluruhan ekosistem akan terjejas.

Isi 5 Faktor semula jadi juga turut mengakibatkan berlakunya pencemaran alam sekitar.
Fenomena alam semula jadi seperti letusan gunung berapi, ribut taufan, gempa bumi,
banjir besar dan sebagainya boleh berlaku pada bila-bila masa. Pencemaran ini boleh
mendatangkan kesan yang negatif terhadap masyarakat setempat. Sebagai contoh,
apabila berlakunya letusan gunung berapi, secara tidak langsung akan mengakibatkan
berlakunya jerebu. Jerebu akan menyebabkan penduduk setempat mudah terkena
penyakit seperti asma,batuk,paru-paru,penglihatan yang tidak jelas dan sebagainya.

Penutup Bumi yang indah ini merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai harganya. Kita
seharusnya menjaga alam kurniaan Tuhan ini dengan sebaik mungkin. Keprihatinan kita
untuk menghormati dan menjaga kelestarian alam sekitar amat perlu. Tragedi
pencemaran Sungai Kim-Kim dan kejadian tanah runtuh yang berlaku di Pulau Pinang
perlu diambil iktibar oleh masyarakat dan pihak berkuasa agar peristiwa tragis
berkenaan tidak berulang kembali. Penguatkuasaan undang-undang perlu diutamakan
agar setiap pesalah dapat diadili dan menerima hukuman sewajarnya dengan kesalahan
yang mereka lakukan. Hal ini penting untuk memastikan kelestarian dan kehijauan flora
dan fauna yang bebas daripada pencemaran dapat dikekalkan.
ISU SAINS DAN TEKNOLOGI
TAJUK FOKUS 2: KESAN-KESAN PEMBALAKAN HARAM
Pendahuluan Pembalakan haram ialah aktiviti penebangan balak secara tidak terancang dan
menyalahi undang-undang. Pengusaha pembalakan haram ini akan mengeluarkan kayu
yang ditebang tanpa kebenaran atau dari kawasan dilindungi penebangan spesies
dilindungi atau pengeluaran balak melampaui had yang dipersetujui. Terdapat beberapa
kesan negatif akibat pembalakan haram.

Isi 1 Pembalakan haram mampu menyumbang kepada terjadinya bencana alam.


Pembalakan yang tidak terkawal akan menjadikan permukaan bumi gondol dan terdedah
kepada hakisan. Bahan yang terhakis akan dibawa dan dimendapkan di dasar sungai.
Hal ini menyebabkan sungai menjadi cetek. Apabila hujan lebat, sungai tidak mampu
menampung air yang banyak lalu ia melimpah ke kawasan sekitar. Banjir yang sering
kali memusnahkan perkampungan orang asli mengakibatkan kehidupan masyarakat ini
diambang penderitaan.

Isi 2 Kemusnahan habitat flora dan fauna juga merupakan kesan aktiviti pembalakan
haram. Umum mengetahui bahawa hutan merupakan tempat tinggal semula jadi bagi
pelbagai jenis tumbuhan dan spesies haiwan liar. Kemusnahan hutan bermaksud
musnahnya tempat tinggal hidupan-hidupoan yang tinggal didalamnya. Jika tiada
tindakan yang diambil bagi mengawal kegiatan manusia yang tidak bermoral ini, nescaya
perkara yang lebih teruk lagi akan berlaku.

Isi 3 Pembalakan haram turut mengakibatkan peningkatan suhu di negara kita. Aktiviti
pembalakan haram akan meningkatkan kandungan gas karbon dioksida dalam udara.
Gas ini mampu memerangkap haba di atmosfera daripada dipantulkan semula.
Fenomena inilah yang menyebabkan peningkatan suhu persekitaran. Keadaan menjadi
bertambah teruk apabila kurangnya tumbuhan yang menyerap gas ini. Selain
peningkatan suhu, fenomena ini turut mengakibatkan kesan rumah hijau dan perubahan
suhu setempat.

Isi 4 Pembalakan haram boleh menjejaskan punca rezeki dan kehidupan penduduk
setempat. Hutan merupakan tempat untuk membekalan makanan seperti sayur-
sayuran, buah-buahan, dan binatang buruan akan berkurangan. Keadaan ini akan
menggurangkan pencarian hasil-hasil hutan sehingga turut menjejaskan pendapatan
mereka.

Isi 5 Aktiviti manusia menebang pokok-pokok akan menjejaskan kawasan tadahan hujan di
tanah tinggi. Hal ini akan mengurangkan kadar serapan dan penyimpanan air dalam
tanih sekali gus menjejaskan bekalan air.

Penutup Intihanya, kita harus berkolaboratif bagi membendung kegiatan ini daripada terus
berleluasa. Pihak kerajaan haruslah mengambil tindakan yang tegas terhadap pesalah
yang didapati menjalankan kegiatan pembalakan haram. Pembangunan yang
keterlaluan sehingga mengorbankan hutan wajar dihentikan sejajar dengan matlamat
kerajaan untuk memastikan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keluasan tanah
negara dikekalkan sebagai kawasan berhutan sepertimana komitmen yang dinyatakan
semasa Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro, Brazil pada tahun 1992. Seperkara
lagi, kita perlulah ingat bahawa kita tidak mewarisi bumi ini daripada nenek moyang kita,
tetapi kita hanya meminjamnya daripada anak cucu kita.
ISU SAINS DAN TEKNOLOGI
TAJUK FOKUS 3: PUNCA-PUNCA PENYAKIT BERJANGKIT
Pendahuluan Penularan wabak penyakit dikaitkan sebagai merebaknya sesuatu penyakit dalam
kalangan masyarakat sehingga menimbulkan kegawatan yang melampau pula. Wabak
penyakit yang sering melanda negara ini meliputi penyakit taun, malaria, denggi dan
selesema burung dan virus COVID-19 yang mengorbankan banyak nyawa. Pelbagai
punca yang menyebabkan wabak penyakit berjangkit ini berlaku.

Isi 1 Amalan negatif masyarakat kita yang menyebabkan penyebaran wabak penyakit
dikaitkan dengan sikap masyarakat yang tidak membersihkan kawasan persekitaran
kediaman mereka. Ada pihak yang membiarkan sahaja kawasan longkang mereka
bertakung untuk beberapa bulan sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes
yang berbahaya itu. Pembiakan nyamuk ini telah membawa penyebaran demam denggi
yang boleh meragut nyawa manusia apabila tidak menerima rawatan segera itu.

Isi 2 Kekurangan ilmu kesihatan atau maklumat tentang penyakit turut menjadikan risiko
penyebaran penyakit di negara ini terus meningkat saban tahun. Penduduk negara ini
seolah-olah tidak mahu memahami amaran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa
tentang sesuatu penyakit yang melanda negara. Golongan sebegini berpendapat
mereka tidak akan menerima penyakit berbahaya itu kerana tidak memahami kesan atau
cara penyakit tertentu berjangkit kepada orang lain.

Isi 3 Amalan membuang sampah merata-rata atau bukan ke dalam tong sampah telah
menjadi kemelut ini meruncing. Sikap buruk ini menyukarkan pihak majlis perbandaran
untuk mengutip sampah lalu menjadikan kawasan persekitaran lebih bersih begitu sukar.
Apabila perkara ini berlanjutan sudah pasti terdapat longgokan sampah di kawasan
perumahan yang menjadi tempat pembiakan tikus dan lalat yang menyebarkan wabak
penyakit itu.
Isi 4 Penyebaran wabak penyakit di Malaysia boleh disebabkan oleh sikap pengusaha
premis makanan yang mengabaikan aspek kebersihan terutamanya dalam
penyediaan makanan. Mereka tidak memastikan pekerja sihat dan bersih serta kawasan
premis makanan mereka dibiarkan begitu sahaja sehingga menjadi tempat pembiakan
pelbagai jenis virus penyakit berbahaya. Kejadian keracunan makanan kerap berlaku di
kawasan premis makanan bersama-sama wabak taun kerana semua ini dikaitkan
dengan tahap kebersihan yang rendah.
Isi 5 Kawasan rekreasi yang tidak dijaga kebersihannya - pembuangan sampah yang
tidak diselenggara dengan baik - berlaku pencemaran - menjadi tempat pembiakan
nyamuk / lalat / tikus - vektor-vektor tersebut menjadi penyebar penyakit berjangkit -
seperti denggi, kepialu, kencing tikus dan sebagainya - orang ramai yang mengunjungi
kawasan tersebut mudah terdedah kepada jangkitan penyakit tersebut.

Penutup Wabak penyakit berlaku akibat kesilapan manusia sendiri dalam menjalani kehidupan
harian mereka. Jika kita masih enggan mengakui perkara ini semakin mudahlah
masyarakat kita dilanda pelbagai wabak penyakit pada masa depan. Pihak kerajaan
hendaklah mengambil langkah tegas dalam mengekang penularan wabak penyakit
tanpa kompromi itu. Bak kata pepatah hendak seribu daya tak hendak seribu dalih yang
menekankan pentingnya usaha gigih kerajaan dalam menyelesaikan kemelut ini.
ISU KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
TAJUK FOKUS 4: SEBAB-SEBAB FILEM SERAM DIMINATI
Pendahuluan Kejayaan filem Munafik 2 mendapat kutipan 48 juta menandakan sambutan masyarakat
terhadap filem seram semakin menggalakkan. Filem seram merupakan satu genre filem
yang menguasai pasaran filem dunia dan sekali gus mampu mempengaruhi
perkembangan industri tempatan. Mempunyai sejarah yang panjang dalam industri
perfileman dunia, filem seram adalah genre yang popular di kalangan khalayak.

Isi 1 Minat terhadap filem seram mungkin lahir kerana filem bergenre seram sering
memaparkan konsep dan elemen seram itu berdasarkan budaya serta
kepercayaan setempat. Sebagai contoh jika di Malaysia, representasi elemen seram
kebiasaannya berdasarkan budaya atau kepercayaan serta mitos masyarakat Melayu
seperti pontianak yang dipercayai adalah jelmaan wanita mati ketika melahirkan anak.

Isi 2 Mereka yang kaki filem seram sebenarnya gemarkan aktiviti yang mencabar
adrenalin. Golongan peminat filem seram ini memilih cara dengan menonton filem
bukannya aktiviti fizikal. Memang ada sebilangan orang sengaja menonton filem seram
kerana ingin mencari sensasi dan meningkatkan adrenalin. Ada yang sengaja mencabar
rakan rakan mereka duduk menonton movie sama sama kerana hendak tahu siapa lagi
berani. Dorongan adrenalin itu dinikmati karena kita merasa takut dan pada masa yang
sama rasa tenang.

Isi 3 Filem seram diminati kerana membantu masyarakat merungkaikan perasaan ingin
tahu masyarakat tentang alam ghaib. Masyarakat mempunyai keinginan yang tinggi
tentang alam ghaib seperti wujudnya hantu dan jin. Contohnya, filem “Susuk” lakonan
Umi Aida memaparkan watak utama Soraya yang menggunakan amalan terlarang iaitu
susuk untuk menjadi terkenal.

Isi 4 Masyarakat tertarik dengan filem seram kerana jalan cerita filem tersebut yang
banyak menonjolkan unsur-unsur pengajaran. Kebiasaannya, watak-watak yang
digambarkan menggunakan sihir, minyak pengasih, menggunakan susuk, dan
sebagainya akan mendapat pembalasan di hujung cerita kerana perbuatan tersebut
menyalahi hukum-hukum agama. Dengan ini, timbul keinsafan dalam diri penonton untuk
tidak menggunakan jalan yang salah demi menjatuhkan orang lain.

Isi 5 Perkembangan filem seram di Malaysia telah menggalakkan ramai anak-anak muda
lepasan kolej dan universiti berminat melibatkan diri sebagai tenaga kerja di
belakang tadbir. Hal ini dikatakan demikian kerana penglibatan tersebut akan membuka
ruang kreativiti seni reka dan teknologi baru seperti penataan cahaya, penataan bunyi
dari sudut pengarahan. Secara tidak langsung, masalah pengangguran dalam kalangan
belia dapat dikurangkan.

Penutup filem merupakan salah satu medium yang penting dalam mencorak personaliti
masyarakat di samping faktor rakan sebaya, keluarga dan persekitaran. Filem-filem
seram yang keterlaluan boleh menyumbang kepada penyelewengan akidah.
Kepercayaan seperti adanya kuasa ghaib yang divisualkan dan mempunyai kuasa luar
biasa boleh menyebabkan masyarakat terpengaruh serta mempercayainya. Unsur-
unsur seram, tahyul, dan ganas yang berlebihan perlulah ditapis terlebih dahulu oleh
agensi yang bertanggungjawab dalam penapisan filem ini.
ISU SAINS DAN TEKNOLOGI
TAJUK FOKUS 5: SEBAB RAWATAN ALTERNATIF MENJADI
PILIHAN MASYARAKAT
Pendahuluan Aliran perubatan selain perubatan moden yang diguna pakai di klinik dan hospital sama
ada yang dimiliki oleh kerajaan mahupun pihak swasta. Perubatan alternatif bertujuan
untuk menyembuhkan penyakit, mencegah daripada berlakunya penyakit, dan
menambah baik tahap kesihatan. Antara contoh perubatan alternatif yang popular ialah
rawatan menggunakan bomoh, akupuntur, bekam, urut, dan sebagainya. Semakin
banyak pusat rawatan alternatif diwujudkan di bandar-bandar dan kampung kerana
mendapat sambutan daripada orang ramai.

Isi 1 Keberkesanan dalam merawat sesuatu penyakit terutama yang kronik, kritikal, kes
kecemasan atau dianggap tiada harapan untuk sembuh. Sesetengah rawatan
alternatif dapat menyelesaikan penderitaan pesakit terutamanya penyakit-penyakit yang
wujud akibat buatan orang. Rawatan bagi penyakit sebegini hanya boleh disembuhkan
melalui bomoh. Bukti rawatan menyebabkan timbul keyakinan dalam kalangan orang
ramai tentang keberkesanan rawatan alternatif.

Isi 2 Kaedah rawatan alternatif lebih selamat, berkesan dan semula jadi. Perubatan
alternatif yang menggunakan teknik urutan nyata berbeza daripada rawatan moden yang
merawat melalui teknik pembedahan. Oleh itu, masyarakat lebih serasi dengan rawatan
alternatif bagi mengubati penyakit berkaitan saraf kerana tiada proses pembedahan.
Kesannya pula adalah baik dan mujarab untuk mengubati penyakit berkaitan saraf
seperti patah, , lumpuh, dan strok.

Isi 3 Kesan penyembuhan memakan masa yang lebih pantas melalui perubatan
alternatif. Rawatan alternatif tidak menggunakan cara pembedahan dan tiada kesan
luka. Rawatan penyakit kronik seperti kanser tidak menggunakan teknologi tinggi seperti
laser dan kemoterapi. Rawatan alternatif hanya menggunakan ubat-ubat tradisional
berasaskan alam semulajadi.

Isi 4 Kos rawatan menggunakan rawatan alternatif lebih murah berbanding dengan rawatan
moden. Ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat pesakit menggunakan bahan-
bahan asli yang didapati daripada tumbuhan, akar kayu, dan daun-daun herba. Sebagai
contohnya, herba yang digunakan untuk merawat penyakit seperti belalai gajah, pegaga,
tunjuk langit, hempedu bumi, tongkat ali, kacip fatimah, dan sebagainya. Kos untuk ubat-
ubatan juga lebih murah.

Isi 5 Rawatan alternatif kurang kesan sampingan berbanding dengan rawatan moden.
Rawatan alternatif menggunakan ramuan asli bukan peralatan atau ubat-ubatan yang
boleh menyebabkan kesan sampingan. Rawatan moden banyak menggunakan ubat-
ubatan yang diperbuat daripafa bahan kimia memberikan kesan yang tidak baik terhadap
buah

Penutup Terdapat banyak sebab yang mendorong masyarakat memilih rawatan alternatif. Oleh
itu, pelbagai pihak perlu bekerjasama untuk menaiktaraf perubatan altermatif tetapi perlu
kawalan daripada Kementerian Kesihatan. Dengan ini diharapkan rawatan alternatif
Malaysia terkenal di persada dunia, penggunaan meluas.
ISU SAINS DAN TEKNOLOGI
TAJUK FOKUS 6: PUNCA PELAJAR GAGAL MENGUASAI
KEMAHIRAN LISAN BAHASA MELAYU
Pendahuluan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara. Bahasa Melayu
diajar di semua peringkat persekolahan bermula sekolah rendah hingga ke tingkatan 6.
Namun begitu, masih ramai pelajar gagal menguasai bahasa Melayu dengan baik,
terutama kemahiran berkomunikasi secara lisan. Terdapat pelbagai punca dikenal pasti
sebagai penyebab kelemahan seseorang pelajar tidak dapat berkomunikasi
menggunakan bahasa Melayu dengan baik.

Isi 1 Pelajar gagal menguasai ilmu tatabahasa bahasa Melayu dengan baik. Kemahiran
lisan harus bermula dengan penguasaan aspek tatabahasa yang baik terutama dari segi
pembinaan ayat yang gramatis. Idea yang hendak disampaikan menjadi kurang
berkesan apabila penguasaan aspek tatabahasa kita lemah. Hal ini dikatakan demikian
kerana menyampaikan idea secara lisan tidak sama dengan menulis. Kemahiran lisan
memerlukan kita bercakap secara spontan.

Isi 2 Bahasa lisan pelajar pelajar dipengaruhi oleh bahasa ibunda seperti bahasa Cina,
Tamil, bahasa Iban, bahasa Kadazan, dan sebagainya. Pelajar Melayu pula dipengaruhi
oleh dialek-dialek daerah apabila bercakap secara lisan. Keadaan ini menyebabkan
mereka tidak dapat bertutur menggunakan bahasa Melayu dengan baik.

Isi 3 Pelajar kurang pengetahuan tentang isi yang hendak disampaikan. Hal ini
disebabkan oleh kurang pembacaan bahan-bahan umum atau kurang pengetahuan am.
Akibatnya, penyampaian mereka tersekat-sekat kerana kurang keyakinan. Mereka selalu
kehilangan idea kerana tidak pernah membaca.

Isi 4 Pelajar kurang mahir dari aspek gaya penyampaian menyebabkan penyampaian isi
tidak berkesan. Isi kurang difahami oleh pendengar. Hal ini dikatakan demikian kerana
pelajar tidak diajar untuk berkomunikasi secara lisan dengan betul. Mereka diajar cara-
cara untuk lulus dengan cemerlang daa

Isi 5 Pelajar kurang keyakinan diri dalam berkomunikasi. Mereka mudah gemuruh dan
gugup semasa berhadapan dengan khalayak, apatah lagi jika berhujah di pentas.
Komunikasi menjadi tidak lancar. Keadaan ini menyebabkan mereka kehilangan idea
untuk mengulas sesuatu perkara kerana tidak dapat menyampaikan isi perbincangan
dengan bahasa yang lancar.

Isi 6 Amalan berkomunikasi pelajar yang menggunakan bahasa rojak juga menjadi
penyebab pelajar gagal menguasai kemahiran lisan. Pelajar terbawa-bawa dengan
bahasa daripada laman sosial seperti “Facebook”, “WhatApps”,dan sebagainya.
Penggunaan media sosial yang terlalu kerap telah mempengaruhi pelajar sehingga tidak
tahu membezakan yang betul dan yang salah semasa berkomunikasi

Penutup Amalan berkomunikasi secara lisan dengan menggunakan bahasa Melayu baku sangat
penting. Bahasa Melayu baku sebagai wahana perpaduan dan mencerminkan imej
negara.
ISU KEMASYARAKATAN
TAJUK FOKUS 7: PUNCA HUBUNGAN KELUARGA SEMAKIN
RENGGANG
Pendahuluan Pada masa dahulu, hubungan kekeluargaan lebih erat dan akrab berbanding pada masa
ini. Semua anggota keluarga saling mengenal dan mengambil berat antara satu sama
lain. Akibat arus pemodenan, hubungan kekeluargaan tampaknya semakin renggang.
Banyak faktor yang menjadi punca kerenggangan hubungan kekeluargaan.

Isi 1 Pada pendapat saya, hubungan sesebuah keluarga semakin renggang disebabkan
ahli keluarga sibuk bekerja dan melakukan urusan masing-masing. Ibu bapa turun
awal pagi balik lewat petang, anak-anak pula sibuk bersekolah atau mengikuti pelbagai
program yang adakan di sekolah. Akibatnya, ahli keluarga jarang berjumpa untuk
berbual-bual, makan bersama, bersenam dan lain-lain lagi.

Isi 2 Perbezaan taraf hidup menyebabkan ada ahli keluarga yang tergamak
menyisihkan ahli keluarga yang lain. Ahli keluarga yang berjaya sehingga hidup
mewah dan berjawatan tinggi selalu menyisihkan ahli keluarga yang bekerja sebagai
buruh dan petani. Keadaan ini disebabkan mereka tidak mahu orang lain melihat
keturunan mereka yang bekerja sebagai kuli atau tidak setaraf dengan mereka.

Isi 3 Kerenggangan hubungan ahli keluarga juga disebabkan oleh pergaduhan


berebutkan harta pusaka terutamanya tanah pusaka. Perebutan harta menyebabkan
ada ahli keluarga yang menjauhkan diri daripada keluarga. Terdapat ahli keluarga yang
menyimpan dendam terhadap ahli keluarga yang lain hingga ada yang nekad berpatah
arang berkerat rotan dengan darah daging sendri.’

Isi 4 Kehidupan pada zaman moden menyebabkan ada dalam kalangan ahli keluarga yang
tidak pandai bersosial dengan orang lain terutamanya ahli keluarga sendiri.
Golongan ini takut dikatakan sombong kerana mereka tidak tahu cara memulakan
perbualan apabila berdepan dengan ahli keluarga. Oleh itu, mereka tidak suka
menziarahi ahli keluarga yang lain kerana segan atau rimas dengan situasi sebegitu.

Isi 5 Punca hubungan keluarga semakin renggang kerana mereka terpaksa tinggal
berjauhan dan jarang berjumpa. Setelah hidup berumah tangga ada ahli keluarga
yang terpaksa berhijrah ke daerah, negeri, atau negara lain. Apabila sudah mempunyai
ahli keluarga sendiri mereka fokus untuk membangunkan keluarga sendiri menyebabkan
mereka tidak ada masa balik ke kampung untuk beramah mesra dengan ahli keluarga
yang lain.

Penutup Generasi pada masa sekarang tidak sepatutnya mengetepikan hubungan kekeluargaan
hanya semata-mata untuk mengejar status, darjat dan kebendaan. Usaha untuk
mengeratkan hubungan kekeluargaan merupakan usaha yang murni dan dituntut oleh
agama. Walau apa pun yang terjadi dalam sesebuah keluarga, didikan agama dan moral
harus ditancapkan ke dalam jiwa anak-anak agar mereka mengamalkan sikap-sikap
yang terpuji. Ibu bapa juga perlu menjadi teladan yang baik kepada anak-anak, seperti
kata pepatah, ‘bapa borek, anaknya rintik’. Anak-anak sebagai bakal pewaris kepimpinan
negara harus dikuatkan jati dirinya dan diberikan tarbiah sebagai penyuluh supaya
mereka dapat terus berjalan pada jalan yang terang dalam menghadapi masalah
keluarga.
ISU KEMASYARAKATAN
TAJUK FOKUS 8: KEBAIKAN DAN KEBURUKAN TINGGAL DI
RUMAH PANGSA ATAU PANGSAPURI
Pendahuluan Rumah pangsa merujuk kepada rumah yang bertingkat-tingkat dan berpetak-petak.
Manakala pangsapuri merupakan rumah pangsa moden yang lazimnya besar dan luas
serta dilengkapi dengan kelengkapan dan kemudahan yang selesa. Kediaman sebegini
boleh ditemui di kawasan pinggir bandar dan di sekitar ibu kota. Terdapat kebaikan dan
keburukan rumah pangsa dan pangsapuri.

Kebaikan tinggal di rumah pangsa/ pangsapuri

Isi 1 Kebaikan tinggal di rumah pangsa/ pangsapuri kerana lokasi yang strategik, iaitu
berada di tengah-tengah kota dan berhampiran dengan tempat kerja. Kebanyakkan
rumah pangsa/ pangsapuri.tedapat akses mudah untuk ke tempat-tempat strategik
seperti hospital, sekolah, pusat membeli belah dan pusat hiburan. Lokasi yang strategik
ini dapat memjimatkan masa orang ramai. Mereka dapat mengelakkan diri daripada
terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Isi 2 Masyarakat memilih untuk tinggal di rumah pangsa/ pangsapuri kerana kemudahan
yang lengkap. Kebanyakkan rumah jenis ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan
seperti pusat kecergasan, kolam renang, taman permainan, trek berjoging, dan sistem
parkir kereta yang canggih dan selamat yang diselia selama 24 jam. Kemudahan-
kemudahan ini memberi keselesaan kepada penghuni.

Isi 3 Rumah pangsa/ pangsapuri mempunyai tahap keselamatan yang tinggi. Penghuni
mempunyai keyakinan terhadap dalam aspek keselamatan kerana kebanyakkan rumah
jenis ini dilengkapi dengan sistem kawalan kad pintar. Penghuni atau pelawat perlu
mengesahkan kad pintar di pintu pagar. Kad pintar juga diperlukan untuk mengaktifkan
lif. Sebahagian besar rumah pangsa memiliki jeriji pada pintu masuk masuk apartmen.
Terdapat pondok jaga dan pengawal keselamatan yang bertugas dari semasa ke
semasa. Dengan ini, keselamatan penghuni lebih terjamin

Isi 4 Penghuni memilih untuk tinggal di rumah pangsa/ pangsapuri kerana bersifat lebih
privasi. Hal ini dikatakan demikian kerana lokasi sesetengah kediaman yang jauh
daripada kesibukan kota memberi kesan privasi kepada penghuni. Kedudukan rumah
yang tidak berhadapan secara langsung dengan rumah-rumah lain memberi keselesaan
kepada penghuni, khususnya kepada mereka yang inginkan ketenangan dan
kedamaian. Penghuni tidak perlu risaukan orang yang suka ambil tahu hal orang lain.

Isi 5 Pembinaan rumah pangsa/ pangsapuri di bandar-bandar besar dapat mengatasi


masalah kekurangan tanah. Pembinaan rumah jenis ini dapat menampung jumlah
penduduk yang semakin bertambah terutamanya di bandar-bandar besar. Dengan ini,
kerajaan dapat menjimatkan ruang dan kos pembinaan rumah/ bangunan kediaman.
Kerajaan juga dapat mendirikan lebih banyak rumah jenis ini memandangkan trend
penghijrahaan belia dari desa ke kota semakin meningkat.
Keburukan tinggal di rumah pangsa/ pangsapuri

ISI 6 Penghuni rumah pangsa/ pangsapuri menghadapi kesukaran untuk membuat kerja-
kerja pengubahsuaian rumah. Hal ini dikatakan demikian kerana ruang yang terhad
membataskan kerja-kerja pengubah suaian rumah. Oleh itu, jika mereka tidak puas hati
dengan susun atur bilik atau ingin menambahbaik ruang dalam rumah, mereka terpaksa
membatalkan niat untuk mengubahsuai kerana ruang amat terhad untuk meletakkan
bahan binaan dan alatan.

Isi 7 Penghuni rumah pangsa/ pangsapuri berkemungkinan akan menghadapi masalah


ketidakselesaan dengan karenah penghuni lain. Lokasi rumah yang saling
berhimpitan menimbulkan ketidakselesaan apabila ada penghuni yang tidak
menghormati penghuni lain. Oleh itu, penghuni perlu perlu menjaga tingkah laku/
tatatertib supaya tidak menganggu ketenteraman penghuni yang lain.

Isi 8 Penghuni rumah pangsa/ pangsapuri tiada interaksi antara jiran kerana bentuk rumah
yang tidak berhadapan antara satu sama lain. Keadaan ini akan membataskan interaksi
antara jiran. Penggunaan kad pintar untuk masuk ke kawasan kediaman turut
membataskan pergaulan. Orang yang memiliki kad pintar itu sahaja yang boleh masuk
ke kawasan kediaman.

Isi 9 Remaja yang menjadi penghuni rumah pangsa/ pangsapuri mudah terjebak dalam
gejala sosial. Hal ini dikatakan demikian kerana kawasan yang terhad membataskan
pergerakan penghuni. Ruang rumah yang sempit memberi tekanan kepada ahli keluarga
penghuni. Kesannya, gejala melepak dan vandalisme yang tidak terkawal banyak
berlaku. Pergaulan bebas dalam kalangan remaja menimbulkan bermacam-macam
masalah seperti bersekedudukan tanpa ikatan sah dan penyalahgunaan dadah.

Isi 10 Rumah bertingkat seperti rumah pangsa/ pangsa puri telah menghalang aktiviti harian
penghuni terutamanya bagi penghuni yang tinggal di tingkat paling atas. Mereka tidak
dapat melakukan aktiviti seperti berkebun tidak dapat dilakukan kerana tiada ruang yang
sesuai. Ruang rumah yang sempit menghalang mereka untuk bersenam. Jika kerajaan
menyediakan kemudahan seperti padang dan taman, orang ramai akan berebut
menggunakannya kerana bilangan penghuni yang ramai.

Penutup Pembinaan rumah pangsa/ pangsapuri memang perlu terutama di kota metropilitan
seperti Kuala Lumpur, Shah Alam, dan Georgetown. Akan tetapi, pihak pembinaan tidak
boleh terlalu mengejar keuntungan semata-mata. Ruang tangga dan koridor perlu
diperbesar agar penghuni lebih selesa bergerak. Kemudahan lain seperti lif, taman
permainan, dan padang juga perlu diperluas dan diperbanyak agar semua penduduk
dapat menggunakan kemudahan tersebut.
ISU PENDIDIKAN
TAJUK FOKUS 9: USAHA MENGGALAKKAN RAKYAT MALAYSIA
MENGAMALKAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DAN
KEPENTINGANNYA
Pendahuluan Pembelajaran sepanjang hayat telah lama diamalkan di negara-negara maju.
Pembelajaran sepanjang hayat (PSH) merupakan pembangunan potensi manusia
melalui proses pembelajaran berterusan yang memotivasikan dan mengupayakan
individu menguasai ilmu dan menghayati nilai murni yang diperlukan sepanjang hayat
untuk meluaskan pengalaman hidup. Pembelajaran sepanjang hayat menjadi asas
penting untuk membina masyarakat dan negara yang bertamadun tinggi dan maju. Bagi
mencapai status negara maju, pembelajaran sepanjang hayat menjadi satu kemestian di
dalam usaha kerajaan menterjemah pelbagai inisiatif serta memastikan transformasi
negara mencapai status ekonomi berpendapatan tinggi mencapai kenyataan.

Usaha menggalakkan PSH

Isi 1 Strategi penting adalah pelaksanaan pembelajaran dalam talian bagi pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran (P&P). Kaedah ini dapat meluaskan akses PSH melalui
penggunaan sistem berasaskan web dan perkakasan mobil yang boleh diakses pelajar
bila-bila masa, secara dalam talian. Pelaksanaan pembelajaran dalam talian ini
memasukkan elemen sidang video, sidang audio, nota multimedia, Web 2.0 (interaksi
dan pengukuhan maya, Facebook dan media sosial) serta lain-lain bagi menyediakan
pembelajaran fleksibel kepada warga industri yang mengikuti PSH, selari perkembangan
Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0).

Isi 2 Agensi PSH akan dapat menyalurkan program yang mempunyai permintaan
industri dan berimpak tinggi dilaksanakan kepada golongan sasaran, di samping
mendapat faedah pemindahan kepakaran dan kemahiran kepada pengajar terbabit.
Dalam usaha membantu masyarakat menyertai PSH, kerajaan perlu menyediakan dana
dan ia hendaklah disokong mekanisme pembiayaan bagi golongan pekerja yang terbabit
dengan program berkenaan. Agensi yayasan negeri, syarikat berkaitan kerajaan,
pertubuhan bukan kerajaan (NGO), badan antarabangsa dan parti politik dicadangkan
mewujudkan dana dan pinjaman kepada golongan sasar. Untuk membantu
menggalakkan majikan membenarkan pembabitan pekerja di dalam program PSH,
dicadangkan insentif pengecualian cukai dan kemudahan perbelanjaan modal bagi
pembinaan infrastruktur dan kemudahan diperuntukkan kepada majikan yang
menyokong agenda program itu.

Isi 3 Kerajaan perlu memberi penekanan kepada kesinambungan dan pengiktirafan PSH
dengan memperkukuhkan kerangka sedia ada (P&P, tadbir urus, syarat kemasukan
dan penilaian program) dengan mewujudkan Pusat Nasional Jaminan Kualiti dan
Pengiktirafan program PSH. Pusat itu akan menyelaras aktiviti jaminan kualiti dan
pengiktirafan program membabitkan institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta
serta memastikan masyarakat dan industri yakin dengan penawaran program PSH.

Isi 4 Hubungan strategik di antara agensi pembelajaran sepanjang hayat dan industri
berkaitan dapat memberi faedah bersama menerusi perkongsian program,
kepakaran, kemudahan infrastuktur, pemindahan kemahiran dan teknologi. Faedah
yang didapati oleh industri adalah peluang peningkatan kemahiran pekerja di samping
menjadikan kolaborasi ini sebagai salah satu sumbangan atau tanggungjawab social
kepada komuniti. Agensi PSH akan dapat menyalurkan program pembelajaran
sepanjang hayat yang mempunyai permintaan industri dan berimpak tinggi untuk
dilaksanakan kepada golongan sasaran disamping mendapat faedah pemindahan
kepakaran dan kemahiran kepada pengajar yang terlibat.
Isi 5 Dalam usaha membantu masyarakat menyertai program pembelajaran sepanjang hayat,
pihak kerajaan perlu menyediakan dana untuk terlibat di dalam aktiviti dan
program pembelajaran sepanjang hayat. Pendanaan ini juga haruslah disokong
dengan mekanisma pembiayaan bagi golongan pekerja yang terlibat dengan program.
Agensi Yayasan Negeri, syarikat berkaitan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, badan
antarabangsa dan parti politik dicadangkan untuk mewujudkan dana dan pinjaman
kepada golongan sasaran yang berkaitan. Selain itu, untuk membantu menggalakkan
majikan membenarkan penglibatan pekerja di dalam program pembelajaran sepanjang
hayat, dicadangkan insentif pengecualian cukai dan kemudahan perbelanjaan modal
bagi pembinaan infrastruktur dan kemudahan diperuntukan kepada majikan yang
menyokong agenda program pembelajaran sepanjang hayat.

Kepentingan PSH

Isi 6 PSH akan meningkatkan minat seseorang dalam sesuatu pekerjaan. Ilmu yang
diperoleh akan menjadikan seseorang lebih yakin dengan pekerjaan mereka.
Sesetengah pekerja yang sudah kehilangan minat, belajar sesuatu yang baru dapat
menyemarakkan semangat mereka dan membantu mereka menjadi termotivasi lagi
untuk mencapai matlamat kerjaya mereka. Ilmu baharu yang dipelajari akan menjadikan
kita lebih positif dan kreatif.

Isi 7 PSH akan melahirkan masyarakat yang berilmu yang mampu meningkatkan
ekonomi negara. Perubahan persekitaran baharu dunia di era globalisasi mencorakkan
ekonomi berasakan pengetahuan atau K-ekonomi. Ekonomi berasakan pengetahuan
menjadi keutamaan bagi menjamin dan menentukan daya saing sesebuah negara.
Produktiviti dan kualiti sesuatu produk pada masa ini ditentukan oleh daya inovatif dan
aplikasi pengetahuan atau pengguna teknologi. Setiap pemimpin negara dunia sedar
bahawa aset utama bagi kemajuan sesebuah negara itu ialah rakyat. Aset utama rakyat
pula ialah pengetahuan kemahiran yang mereka peroleh untuk menyumbang kepada
kemajuan diri,masyarakat dan negara.

Penutup Pembelajaran sepanjang hayat mestilah dijadikan sebagai sebahagian daripada budaya
dan gaya hidup bagi membolehkan masyarakat menyesuiakan diri dengan arus
globalisasi dan kemajuan teknologi masa kini. Kerajaan menekankan agenda
pembelajaran sepanjang hayat (PSH) yang merupakan agenda utama negara dalam
memastikan masyarakat mendapat peluang pendidikan merentasi peringkat umur, latar
belakang pendidikan dan lokasi pembelajaran dan perkara ini disokong oleh Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) dan Pelan Induk Pembudayaan
PSH 2011-2020. Ini adalah tonggak dalam merealisasikan Malaysia sebagai sebuah
negara kompetitif dan ada kelebihan bersaing, malah di negara maju seperti Amerika
Syarikat, United Kingdom dan Korea Selatan telah menjadikan pembelajaran sepanjang
hayat sebagai satu elemen pendidikan untuk melahirkan modal insan yang relevan
dengan kehendak industri.
ISU SAINS DAN TEKNOLOGI
TAJUK FOKUS 10: NOVEL CARONAVIRUS ATAU COVID-19 :
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN
Pendahuluan Novel Caronavirus bermula di Wuhan, China dinamakan sebagai COVID-19. Virus ini
merupakan sejenis virus yang lazimnya akan menjangkiti saluran pernafasan. Novel
Caronavirus ini merupakan spesies virus baharu yang belum pernah ditemui oleh
manusia. Virus ini boleh merebak saksama haiwan dan manusia. Jangkitan virus ini
sama seperti jangkitan selsema yang lain, bezanya pesakit akan mengalami komplikasi
yang lebih teruk terutamanya bagi golongan yang lemah imunisasi badan. Sehingga Mac
2021, jumlah pesakit yang dijangkiti COVID-19 di seluruh dunia melebihi 115 juta orang
dengan jumlah kematian melebihi 2 juta orang. Malaysia mencatat kes melebihi 300,000
dengan 1141 kematian.

Isi 1 Kerajaan telah melancarkan Program Imunisasi Covid-19 yang dilaksanakan dalam
tiga fasa sehingga Februari 2022. Matlamat imunisasi Covid-19 ini untuk memutuskan
rantaian wabak penyakit. Kedua, adalah untuk melindungi kita semua daripada terus
dicengkam wabak dan ketiga untuk mengembalikan semula ekonomi negara serta
kehidupan normal seluruh rakyat. Vaksin adalah salah satu bentuk ikhtiar yang
dibuktikan melalui sains perubatan. Melalui kajian-kajian yang telah dijalankan, vaksin
dibina untuk mencegah sesuatu penyakit. Bagi Covid-19, vaksin ini ditemui dan dibina
oleh beberapa syarikat pengeluar dan semuanya dihasilkan berlandaskan kajian bahawa
vaksin yang kita berikan kepada rakyat adalah berkesan, selamat dan stabil.

Isi 2 Kita harus mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi iaitu kerap mencuci
tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan. Sekiranya kita
berada dalam tempoh lawatan ke lokasi-lokasi yang berlakunya wabak ini, kita harus
sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung serta bahan pencuci tangan.
Kita mesti mengelakkan diri dari melawat ladang haiwan, pasar menjual haiwan hidup,
tempat sembelihan atau menyentuh sebarang jenis haiwan. Kita juga harus tidak
mengunjungi tempat tumpuan ramai dan bergaul rapat dengan individu yang mempunyai
gejala serta elak dari makan sebarang produk haiwan mentah atau tidak dimasak
dengan sempurna.

Isi 3 Orang ramai perlu segera mendapatkan rawatan perubatan sekiranya jatuh sakit
iaitu mengalami gejala jangkitan pernafasan seperti demam, batuk atau sukar bernafas
dalam tempoh 14 hari selepas pulang dari lawatan dan maklumkan mengenai sejarah
perjalanan kepada doktor yang merawat. Sekiranya anda baru pulang daripada mana-
mana negara terutamanya China, Korea Selatan, Itali, Jepun dan Iran, anda
dinasihatkan untuk melaporkan kepada pusat kesihatan dan melakukan kuarantin diri
selama 14 hari berturut-turut

Isi 4 Sekiranya memerlukan anda untuk keluar seperti membeli barang atau ke tempat kerja
atas urusan yang tidak dapat dielakkan, pastikan diri kita menjaga jarak satu meter
supaya tidak bersentuhan. Asasnya ialah semakin dekat kita dengan orang yang telah
dijangkiti COVID-19 semakin tinggi peluang untuk kita terkena jangkitan. Jarak satu
meter ini disokong WHO dan majoriti negara menggunakan jarak ini sebagai jarak
minima untuk penjarakan sosial seperti China, Hong Kong, Denmark, Perancis termasuk
Malaysia.
Isi 5 Kita harus membiasakan diri dengan amalan Bekerja dari Rumah (BDR). Ketika
penularan COVID-19, bekerja dari rumah membantu mengurangkan risiko jangkitan
melalui kurangnya kontak langsung antara pekerja dengan mereka yang berpotensi
menjadi pembawa virus. Keadaan ini ditambah dengan penyebaran wabak ini yang juga
boleh berlaku bagi mereka yang tidak mempunyai tanda-tanda awal jangkitan.
Penjarakan sosial (social distancing) dapat dijalankan dan hal ini akan dapat
memutuskan rangkaian COVID-19 dan menjadi antara mekanisma kawalan.

Penutup Semua rakyat Malaysia seharusnya mengikuti arahan dan nasihat yang dikeluarkan oleh
KKM dan pakar kesihatan yang diiktiraf dari masa ke semasa dalam menghadapi
pandemik COVID-19 ini. Usah kita terperangkap dengan berita dan nasihat palsu di
media sosial atau promosi ubatan dan makanan tambahan yang meragukan. Kita harus
terus menjaga kesihatan, kebersihan diri, kerap mencuci tangan, menggunakan topeng
muka semasa keluar dari rumah, menggelakkan tempat yang dikunjungi ramai orang,
menjaga jarak sosial dan lain-lain bagi memastikan kita sama-sama berusaha
memutuskan rantaian jangkitan virus ini.
ISU KEMASYARAKATAN
TAJUK FOKUS 11: KEPENTINGAN TAMAN REKREASI
Pendahuluan Taman rekreasi merupakan satu kawasan lapang yang penting terutama di kawasan
perumahan. Usaha kerajaan mewajibkan setiap projek perumahan mempunyai taman
rekreasi merupakan satu langkah bijak. Tindakan ini sepatutnya dilakukan sejak dahulu
kerana kewujudan taman rekreasi memastikan pelbagai impak positif muncul.

Isi 1 Taman rekreasi merupakan syurga bagi kanak-kanak yang dahagakan kebebasan.
Umum mengetahui bahawa dalam dunia yang penuh cabaran ini, ibu bapa sibuk bekerja
sehingga menyebabkan anak-anak bersendirian di rumah. Jadi, kewujudan taman
rekreasi di kawasan perumahan menjadi satu medan untuk golongan kecil ini
bergembira dan melepaskan perasaan mereka sebagai kanak-kanak. Hidup kanak-
kanak terkongkong di rumah tetapi bebas di taman rekreasi.

Isi 2 Taman rekreasi menjadi tempat berkumpul ahli keluarga dan jiran tetangga pada
masa lapang atau pada hujung minggu. Kebiasaannya ibu bapa akan menghantar
anak-anak mereka bermain di taman ini dan sementara menunggu anak-anak bermain,
ibu bapa akan berbual dengan jiran-jiran yang turut menunggu anak-anak mereka.
Interaksi ini memastikan hubungan antara masyarakat lebih mesra dan terjalin rapat.
Mereka akan saling mengenali dan bertukar-tukar pendapat tentang pelbagai perkara.

Isi 3 Taman rekreasi boleh dijadikan tempat untuk menjalankan sesuatu majlis yang
bercorak kejiranan. Majlis seperti majlis perkahwinan, pesta kejiranan, dan rumah
terbuka boleh dijalankan di kawasan taman rekreasi itu. Kawasannya yang luas dan
selalunya di tengah-tengah kawasan perumahan memudahkan untuk semua pihak
datang dan terlibat dalam majlis itu. Dalam masa yang sama kos majlis mampu
dikurangkan berbanding majlis yang diadakan di dewan serba guna atau dewan hotel.

Isi 4 Taman rekreasi boleh menjadi tempat menghilangkan penat setelah bekerja.
Suasananya yang tenang dengan kehijauan dan mungkin ada tasik di sekitarnya
memberi satu perasaan hening yang diperlukan oleh manusia setelah penat bekerja di
pejabat. Keadaan ini dapat mengurangkan tekanan di pejabat dan memastikan
seseorang itu memperoleh tenaga untuk meneruskan kehidupannya.

Isi 5 Taman reakreasi akan mencantikkan dan menceriakan lagi persekitaran sesuatu
kawasan perumahan. Kawasan perumahan akan lebih menarik kalau mempunyai
taman rekreasi. Habitat serangga yang kecil turut terhasil dengan kewujudan taman ini.
Kawasan hijau ini turut membuktikan kesegaran dan suasana nyaman mastih wujud di
kawasan perumahan tersebut. pokok pokok yabng ditanam di sekitar tamanrekreasi juga
mampu melahirkan suasana yang aman dan damai bagi orang orang yang
beristerihatstelah penat bekerja .taman rekreasi juga mendapat sambutan yang baik
dikalangan masyarakat yangingin bersenam , berjoging dan melakukan senaman ringan
di waktu pagi dan petang

Penutup Kawasan rekreasi bukanlah satu pilihan tetapi wajib dibina oleh pemaju
perumahan.Kerajaan harus memantau perkara ini supaya pemaju perumahan tidak
berdolak-dalih dalampembinaannya. Kerajaan perlu bertegas dalam isu ini kerana sudah
agak lama isu ini dibiarkan tanpadiberi perhatian oleh kerajaan. Malah, pemaju
perumahan seharusnya menggunakan taman rekreasisebagai unsur penting dalam
mengiklankan projek perumahan mereka.
ISU PENDIDIKAN
TAJUK FOKUS 11: BULI DI SEKOLAH: PUNCA, KESAN, DAN
LANGKAH

Pendahuluan Gejala buli boleh didefenisikan sebagai masalah yang meliputi kegiatan seperti memeras
ugut, menghina, mengejek, menumbuk, memaki dan sebagainya yang dilakukan oleh
seseorang terhadap pemangsanya. kes buli ini menjadi semakin meningkat pada setiap
tahun dalam kalangan pelajar terutamanya pelajar sekolah dan institut pengajian tinggi
awam. Gejala buli ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu buli mental dan buli fizikal. Buli
mental ialah aktiviti buli yang melibatkan kutuk-mengutuk, ejek-mengejak, dan menyindir
seseorang. Buli fizikal pula melibatkan pukul-memukul dan sepak terajang hingga
menyebabkan kecederaan kepada mangsa buli.

Punca berlakunya kes buli di sekolah. (huraian tidak boleh umum, perbincangan harus berfokus
kepada bagaimana punca yang dinyatakan menyebabkan pembuli melakukan buli ke atas
mangsa. Huraian yang umum tidak akan mendapat markah)

Isi 1 Faktor kegagalan ibu bapa melakanakan tanggungjawab terhadap anak merupakan
akar tunjang kepada berlaku gejala negatif seperi ini. Anak juga tidak mengetahui
perkara yang dilakukan oleh mereka adalah betul atau salah,baik atau buruk akibat tiada
bimbingan ibu bapa sehingga menjejak kaki ke alam gejala sosial seperti gejala
membuli.

Isi 2 Kekurangan pengawasan dan disiplin yang longgar di sekolah juga mendorong
berlakunya gejala membuli ini.Pihak sekolah yang kurang peka dan tidak mengambil
peduli tentang disiplin sekolah serta kelonggaran disiplin member peluan emas kepada
para pelajar untuk mengambil kesempatan dalam melakukan gejala sosial seperti gejala
membuli.

Isi 3 Kekurangan penghayatan nilai –nilai moral dan agama juga menyebabkan para
remaja terlibat dalam gejala negatif seperti membuli ini.Ini adalah disebabkan,seseorang
pelajar yang mempunyai nilai moral dan agama yang tinggi tidak mudah pengaruh untuk
melibatkan diri dalam gejala negatif.

Isi 4 Pengaruh rakan sebaya juga merupakan antara faktor gejala buli semakin menular.
Tindakan remaja yang sanggup menuruti kata-kata kawannya tanpa memikirkan risiko
amatlah bahaya. Kebanyakan remaja tidak ingin dipulaukan atau disisihkan oleh ahli
kumpulan sekiranya enggan menuruti perlakuan dan kata-kata mereka. Ekoran sikap
remaja yang tersalah memilih rakan menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh
anasir-anasir negatif seperti membuli.

Isi 5 Majoriti pelaku jenayah buli mempunyai latar belakang masalah emosi yang
melampau-lampau. Masalah yang timbul dalam keluarga ataupun kerja menyebabkan
tekanan yang membebankan seseorang individu. Akibat tidak dapat menyelesaikan
masalah yang dihadapi dan kekurangan pengetahuan dalam menangani tekanan telah
menyebabkan mereka hilang kawalan ke atas emosi mereka. Seterusnya mereka akan
bertindak membuli orang lain sebagai salah satu cara bagi melepaskan tekanan.
Sesetengah pembuli turut mengaku bahawa mereka berasa gembira dan puas hati
selepas berbuat demikian.
Kesan buli ke atas mangsa

Isi 6 Kesan utama gejala buli di sekolah ialah pelajar-pelajar yang dibuli akan berasa takut
datang ke sekolah. Kita sedia maklum bahawa kebanyakan mangsa buli biasanya
bersaiz lebih kecil dari segi fizikal jika dibandingkan dengan pembuli. Oleh sebab itu,
mereka tidak mampu melawan kerana takut dengan pembuli. Pembuli biasanya akan
menyuruh mereka melakukan sesuatu untuk kepentingan pembuli sendiri. Jika mereka
membantah, mereka akan dipukul dan didera.

Isi 7 Mangsa buli tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap pelajaran.
Kejadian kes buli secara tidak langsung telah menyukarkan mangsa untuk melibatkan
diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Hal ini demikian kerana
mereka sentiasa memikirkan tentang hal tersebut. Mereka juga sering ketakutan dan
sentiasa memikirkan perkara yang dilakukan oleh pembuli ke atas diri mereka. Mereka
akan menjadi pasif dan tidak ceria.

Isi 8 Gejala buli yang keterlaluan boleh menyebabkan mangsa buli bertindak untuk
membunuh diri bagi menamatkan penderitaan yang mereka tanggung. Sudah
terang lagi bersuluh, mangsa buli biasanya akan mengalami trauma dan ketakutan
sepanjang masa.

Isi 9 Kes buli yang keterlaluan boleh menyebabkan kecederaan fizikal dan kecacatan
seumur hidup serta kematian. Pembuli yang kejam biasanya menggunakan objek
tajam seperti pisau, sterika panas, dan memukul mangsa dengan objek keras seperti
kayu sehingga mangsa tidak sedarkan diri. Banyak kes yang mengakibatkan kematian
sehingga pembuli diadili di mahkamah.

Langkah pencegahan kes buli di sekolah (huraian tidak boleh umum, huraian mesti
membincangkan bagaimana langkah yang dicadangkan itu dapat mengatasi buli sahaja)

Isi 11 Ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk membendung
kemelut ini. Ibu bapa haruslah menampilkan teladan yang baik kepada anak-anak
mereka supaya anak akan mencontohi kelakuan ibu bapa mereka kerana pada
tanggapan anak mereka, perbuatan ibu bapa adalah sentiasa betul dan patut diikuti.

Isi 12 Para pelajar juga harus berganding bahu dengan pihak sekolah dalam usaha untuk
membendung gejala ini. Para pelajar yang ternampak kes buli itu berlaku atau menjadi
mangsa pembuli harus memberanikan diri untuk melaporkan kepada pihak sekolah
dengan segera agar masalah itu dapat diatasi dengan secepat mungkin demi
kesejahteraan sekolah.Manakala, pihak sekolah yang telah menerima laporan aduan
daripada pelajar juga harus berusaha mengatasi masalah itu dengan bersungguh-
sungguh dan bukan sebaliknya dengan menutup kes itu dengan sesuka hati sahaja.

Isi 13 Kementerian Pelajaran dan juga pihak sekolah harus menitikberatkan isu kes buli
ini dalam pelajaran di sekolah dengan melalui mata pelajaran tertentu seperti
Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik dan sebagainya.Melalui
pendidikan ini,para pelajar dapat kesedaran dan menpelajari kebaikan serta menjauhi
gejala kurang baik.
Isi 14 Peranan guru bimbingan dan kaunseling di sekolah hendaklah diperhebat. Mereka
hendaklah mengesan dan memberikan kaunseling motivasi kepada pelajar yang selalu
dibuli. Biasanya, mangsa buli tidak mahu berkongsi masalah mereka dengan orang lain
kerana takut. Dengan ini, guru bimbingan dan kaunseling dapat memulihkan semangat
mangsa buli. Mereka juga akan lebih yakin untuk melaporkan kes yang hadapi.

Isi 15 Peranan media massa amat penting sebagai wahana yang berkesan untuk mendidik
manusia / berupaya mempengaruhi tingkah laku dan pemikiran manusia. Filem-filem
yang mengandungi adegan ganas yang keterlaluan dan yang boleh mendidik remaja
untuk meniru aksi buli hendaklah disekat daripada tontonan umum. Media juga perlu
memaparkan filem, gambar, cerita dan rencana yang menonjolkan kesan-kesan buruk
buli. Di samping itu media juag perlu sentiasa menayangkan iklan-iklan larangan
membuli buli seperti larangan merokok.

Penutup Kesimpulannya, masalah ini perlu ditangani dengan segera kerana jika gejala ini menjadi
semakin serius, mangsa buli akan berdepan dengan pelbagai risiko termasuk kehilangan
nyawa. Lebih-lebih lagi, kebanyakan kes buli berlaku di kawasan sekolah yang
merupakan institusi formal untuk kita menjana modal insan yang bakal memimpin negara
pada masa hadapan. Kita tidak mahu melahirkan generasi muda yang kejam, dan suka
menindas orang lain untuk kepentingan dirinya sendiri.
TEKNIK MENULIS KARANGAN TINGKATAN ENAM

LANGKAH 1: MEMBACA SOALAN

Amalan berbudi bahasa amat penting dan perlu menjadi budaya rakyat negara ini.
Huraikan langkah-langkah yang dapat dilaksanakan untuk melahirkan generasi muda yang
berbudi bahasa.
2013

LANGKAH 2 : MENGANALISIS SOALAN


Apabila memilih soalan untuk dijawab, calon harus tentukan mengecam tiga perkara penting dalam soalan
iaitu, tema, isi utama, dan tugasan.

Tema Amalan berbudi bahasa


Isu utama Generasi muda yang berbudi bahasa
Tugasan Langkah-langkah melahirkan generasi muda yang berbudi bahasa

LANGKAH 3 : MEMBINA RANGKA PENDAHULUAN

UNSUR PELENGKAP UNSUR PERSOALAN JAWAPAN PERSOALAN

Tema Amalan berbudi Definisi - Sentiasa amalkan budaya sopan


bahasa Apakah makna amalan santun
berbudi bahasa? (ikut - Bercakap dengan nada lemah lembut
pemahaman calon) - Menghormati dan memuliakan orang
lain tanpa mengira umur, pangkat,
darjat, agama, dan bangsa.
Isu utama Generasi muda yang Situasi sebenar yang - Semakin diabaikan oleh generasi muda
berbudi bahasa boleh dikaitkan/ contoh/ - Tidak menghormati orang tua
isu semasa - Suka bercakap kasar tanpa rasa malu

Tugasan Langkah-langkah melahirkan generasi muda yang berbudi bahasa


LANGKAH 4 : MENULIS PENDAHULUAN
Amalan berbudi bahasa merupakan budaya yang mementingkan kesopanan dan kesantunan dalam
diri setiap individu. Orang yang mengamalkan amalan berbudi bahasa sentiasa bercakap dengan nada yang
lemah lembut. Mereka akan menghormati dan memuliakan orang lain tanpa mengira umur, pangkat, darjat,
agama, dan bangsa seseorang. Walau bagaimanapun, generasi muda masa kini semakin mengabaikan amalan
berbudi bahasa dalam pergaulan sehari-harian mereka. Mereka tidak menghormati orang yang lebih tua
daripada mereka. Mereka juga tidak berasa malu mengujarkan kata-kata yang kasar dan kesat di khalayak
ramai. Oleh itu, langkah-langkah untuk melahirkan generasi muda yang berbudi bahasa akan dihuraikan demi
kepentingan bersama.

(96 patah perkataan)

LANGKAH 5 : MEMIKIRKAN ISI KARANGAN (BERDASARKAN TUGASAN)


1. Ibu bapa harus menjadi suri teladan kepada anak-anak
2. Aktiviti kokurikulum di sekolah perlu menekankan amalan
berbudi bahasa dalam kalangan murid-murid.
Langkah-langkah untuk
3. Pihak sekolah harus mengiktiraf murid yang mengamalkan
melahirkan generasi muda amalan berbudi bahasa melalui anugerah
yang berbudi bahasa
4. Kerajaan harus memperbanyakkan program yang memerlukan
generasi muda bergaul dan bercampur dengan masyarakat.
5. Generasi perlu mendalami ilmu dan ajaran agama masing-
masing.
PENGIMPLEMENTASIAN TEKNIK BORPIKA
LANGKAH 6 : MERANGKA ISI 1
ISI HURAIAN
APA BAGAIMANA MENGAPA IMPAKNYA
Tidak bercakap kasar di Percakapan ibu bapa Anak-anak sentiasa
depan anak-anak akan ditiru oleh anak- bersopan santun
anak mereka apabila bercakap
Ibu bapa harus menjadi
Menegur anak jika Anak-anak tidak sedar Anak-anak akan
suri teladan kepada
berkelakuan tidak sopan kata-kata mereka boleh berhati-hati apabila
anak-anak
menyakiti hati orang lain bercakap
Menekankan amalan Amalan berbudi bahasa Akan menjadi amalan
berbudi bahasa di rumah harus disemai dalam mereka selama-lamanya
jiwa anak-anak sejak
kecil

LANGKAH 7 : MENULIS ISI 1

Pada pendapat saya, ibu bapa harus menjadi suri teladan kepada anak-anak mereka dalam usaha
untuk melahirkan generasi muda yang berbudi bahasa. Ibu bapa tidak boleh berkomunikasi menggunakan
bahasa kasar di hadapan anak-anak kerana mereka terdorong untuk meniru percakapan orang tua mereka.
Dengan ini, anak-anak akan sentiasa bersopan santun apabila bercakap. Ibu bapa juga harus menegur anak-
anak mereka jika berkelakuan tidak sopan. Hal ini dikatakan demikian kerana anak-anak tidak sedar bahawa
kata-kata mereka boleh menyakiti hati orang lain. Hasilnya, mereka akan lebih berhati-hati dalam percakapan
dan perbuatan. Amalan berbudi bahasa harus dalam jiwa anak-anak sejak kecil lagi. Anak-anak akan sentiasa
berbudi bahasa walaupun mereka berjauhan dengan ibu bapa.

107 patah perkataan


LANGKAH 8 : MERANGKA ISI 2
ISI HURAIAN
APA BAGAIMANA MENGAPA IMPAKNYA
Prinsip Rukun Negara Murid-murid perlu Tahu memberi salam,
iaitu kesopanan dan diberikan pendedahan meminta maaf, dan
Aktiviti kokurikulum di kesusilaan diberikan tentang adab dan sebagainya
sekolah perlu
penekanan tatasusila
menekankan amalan
berbudi bahasa dalam Elemen budi bahasa Murid-murid akan Susana akan menjadi
kalangan murid-murid. menjadi salah satu belajar cara-cara lebih harmoni dan ceria
aspek penilaian menjaga perlakuan dan
kokurikulum tatasusila

LANGKAH 9 : MENULIS ISI 2

Aktiviti kokurikulum di sekolah perlu menekankan amalan berbudi bahasa dalam kalangan murid-

murid. Prinsip Rukun Negara kelima iaitu kesopanan dan kesusilaan harus dimasukkan dalam sukatan

pelajaran semua jenis kokurikulum yang dijalankan di sekolah. Murd-murid perlu diberikan pendedahan

tentang adab dan tatasusila bangsa Malaysia. Hasilnya, mereka akan tahu memberikan salam, memohon maaf,

dan merendah diri semasa bergaul dengan orang lain. Seterusnya, elemen budi bahasa perlu menjadi salah

satu aspek yang dinilai dalam memberikan markah kokurikulum supaya pelajar sedar akan kepentingannya.

Dengan ini, susana semasa perjumpaan kokurikulum akan menjadi lebih ceria dan harmoni.

90 patah kata
LANGKAH 10 : MERANGKA ISI 3
ISI HURAIAN
APA BAGAIMANA MENGAPA IMPAKNYA
Anugerah Pelajar Amalan berbudi bahasa Mendapat pengiktirafan
Cemerlang – aspek harus menjadi amalan dan penghargaan hasil
Pihak sekolah harus penilaian amalan pelajar sepanjang masa daripada kelakuan yang
mengiktiraf murid yang
berbudi bahasa berada di sekolah baik
mengamalkan amalan
berbudi bahasa melalui Memberi penghargaan Mendorong murid Amalan bantu-
anugerah kepada murid-murid supaya lebih membantu dapat
yang menolong rakan bersemangat melakukan mengeratkan hubungan
dan guru kebaikan silaturrahim

LANGKAH 11 : MENULIS ISI 3


Pihak sekolah harus memberikan pengiktirafan terhadap murid-murid yang sentiasa menjadikan

amalan berbudi bahasa sebagai rutin harian mereka. Salah satu aspek yang perlu menjadi kriteria penilaian

calon yang mendapat Anugerah Pelajar Cemerlang ialah aspek budi bahasa. Oleh itu, pelajar-pelajar akan

sentiasa menjaga peradaban dan tatasusila baik di sekolah mahupun di luar sekolah. Hasilnya, mereka akan

mendapat pengiktirafan dan penghargaan berkat kelakuan yang baik dan keperibadian yang terpuji. Murid-

murid yang melakukan kebaikan dan perlakuan terpuji harus dijadikan ikon atau suri tauladan kepada murid-

murid lain. Dengan ini, murid-murid lain akan lebih bersemangat untuk melakukan amalan terpuji. Secara

tidak langsung kita dapat memupuk budaya bantu membantu dan merapatkan hubungan silaturrahim dalam

kalangan murid di sekolah.

111 patah perkataan


LANGKAH 12 : MERANGKA ISI 4
ISI HURAIAN
APA BAGAIMANA MENGAPA IMPAKNYA
Program Latihan Membina keperibadian Lahirnya modal insan
Kerajaan harus Khidmat Negara perlu mulia dan terpuji dalam yang berbudi bahasa
memperbanyakkan diteruskan dan kalangan generasi muda dan bersemangat waja
program yang diperkasakan pengisian
memerlukan generasi
Hari Belia Negara perlu Generasi muda dapat Lahirnya generasi muda
muda bergaul dan
disambut di seluruh membina keyakinan diri yang bukan sahaja
bercampur dengan
negara dengan pelbagai dalam pelbagai aspek berilmu tetapi berbudi
masyarakat.
aktiviti perkerti mulia

LANGKAH 13 : MENULIS ISI 4

Kerajaan harus memperbanyakkan program yang memerlukan generasi muda bergaul dan bercampur

dengan masyarakat agar mereka lebih peka tentang kepentingan amalan berbudi bahasa. Program Latihan

Khidmat Negara (PLKN) perlu diteruskan dan diperkasakan pengisiannya dengan modul yang bermanfaat.

Modul Fit4Life, Service Learning, Malaysiaku, dan Kerohanian mampu membina keperibadian mulia dan

terpuji dalam kalangan generasi muda yang mengikuti PLKN. Natijahnya, kita dapat melahirkan modal insan

yang bukan sahaja cintakan negara tetapi berkeperibadian mulia dan bersemangat waja. Hari Belia Negara

perlu diraikan secara menyeluruh di seluruh negara dengan pelbagai aktiviti yang dapat membina keyakinan

diri para belia. Hasilnya, generasi muda yang bukan sahaja berilmu malahan berbudi pekerti mulia dapat

dilahirkan di negara kita.

109 patah perkataan


LANGKAH 14 : MERANGKA ISI 5
ISI HURAIAN
APA BAGAIMANA MENGAPA IMPAKNYA
Ajaran agama mengajar Memberikan kesedaran Tahu membezakan baik
seseorang supaya kepada generasi muda dan buruk setiap
berkelakuan baik dan supaya bersikap terbuka perbuatan yang
Generasi perlu terpuji dan bersederhana dilakukan
mendalami ilmu dan
ajaran agama masing- Menghayati dan Generasi muda Lahirnya generasi yang
masing. mengamalkan ajaran terdorong untuk mudah membantu
agama masing-masing melakukan kebaikan orang yang
secara sukarela memerlukan

LANGKAH 15 : MENULIS ISI 5

Generasi muda harus mendalami ilmu dan ajaran agama masing-masing untuk membina adab dan

keperibadian diri. Umum mengetahui bahawa ajaran agama mengajar seseorang supaya berkelakuan baik dan

terpuji. Generasi muda yang sentiasa mendekatkan diri dengan Tuhan akan sentiasa sedar akan kesilapan dan

kertelanjuran diri. Mereka tahu membezakan membezakan baik atau buruk setiap perbuatan yang mereka

lakukan. Generasi muda juga harus menghayati dan mengamalkan ajaran agama masing-masing. Dengan ini,

mereka akan terdorong untuk melakukan kebaikan secara sukarela. Mereka mudah membantu orang yang

memerlukan tanpa mengharapkan ganjaran atau balasan.

86 patah perkataan
LANGKAH 16 : MERANGKA KESIMPULAN
Pendirian calon Rakyat Malaysia memang terkenal melalui amalan berbudi bahasa

Cadangan perlu berusaha untuk melahirkan generasi muda yang berbudi bahasa.

Harapan Diharapkan lahirnya generasi muda yang berilmu dan berkeperibadian mulia

Peringatan Setinggi manapun ilmu kita, segah manapun pangkat kita, sebanyak manapun
kekayaan kita, tanpa budi bahasa, orang ramai tidak akan menghormati kita.

LANGKAH 17 : MENULIS KESIMPULAN


Kesimpulannya, rakyat Malaysia memang terkenal dengan amalan berbudi bahasa yang terpuji. Oleh

itu, semua pihak perlu berusaha dan bekerjasama untuk melahirkan generasi muda yang berbudi bahasa.

Mudah-mudahan, kita mampu melahirkan generasi muda yang berilmu dan berkeperibadian mulia demi

keharmonian dan kesejahteraan negara. Setinggi manapun ilmu kita, segah manapun pangkat kita, sebanyak

manapun kekayaan kita, jika tiada budi bahasa, orang ramai tidak akan menghormati kita.
KARANGAN LENGKAP
Amalan berbudi bahasa merupakan budaya yang mementingkan kesopanan dan kesantunan dalam

diri setiap individu. Orang yang mengamalkan amalan berbudi bahasa sentiasa bercakap dengan nada yang

lemah lembut. Mereka akan menghormati dan memuliakan orang lain tanpa mengira umur, pangkat, darjat,

agama, dan bangsa seseorang. Walau bagaimanapun, generasi muda masa kini semakin mengabaikan amalan

berbudi bahasa dalam pergaulan sehari-harian mereka. Mereka tidak menghormati orang yang lebih tua

daripada mereka. Mereka juga tidak berasa malu mengujarkan kata-kata yang kasar dan kesat di khalayak

ramai. Oleh itu, langkah-langkah untuk melahirkan generasi muda yang berbudi bahasa akan dihuraikan demi

kepentingan bersama.

Pada pendapat saya, ibu bapa harus menjadi suri teladan kepada anak-anak mereka dalam usaha

untuk melahirkan generasi muda yang berbudi bahasa. Ibu bapa tidak boleh berkomunikasi menggunakan

bahasa kasar di hadapan anak-anak kerana mereka terdorong untuk meniru percakapan orang tua mereka.

Dengan ini, anak-anak akan sentiasa bersopan santun apabila bercakap. Ibu bapa juga harus menegur anak-

anak mereka jika berkelakuan tidak sopan. Hal ini dikatakan demikian kerana anak-anak tidak sedar bahawa

kata-kata mereka boleh menyakiti hati orang lain. Hasilnya, mereka akan lebih berhati-hati dalam percakapan

dan perbuatan. Amalan berbudi bahasa harus dalam jiwa anak-anak sejak kecil lagi. Anak-anak akan sentiasa

berbudi bahasa walaupun mereka berjauhan dengan ibu bapa.

Aktiviti kokurikulum di sekolah perlu menekankan amalan berbudi bahasa dalam kalangan murid-

murid. Prinsip Rukun Negara kelima iaitu kesopanan dan kesusilaan harus dimasukkan dalam sukatan

pelajaran semua jenis kokurikulum yang dijalankan di sekolah. Murd-murid perlu diberikan pendedahan

tentang adab dan tatasusila bangsa Malaysia. Hasilnya, mereka akan tahu memberikan salam, memohon maaf,

dan merendah diri semasa bergaul dengan orang lain. Seterusnya, elemen budi bahasa perlu menjadi salah

satu aspek yang dinilai dalam memberikan markah kokurikulum supaya pelajar sedar akan kepentingannya.

Dengan ini, susana semasa perjumpaan kokurikulum akan menjadi lebih ceria dan harmoni.
Pihak sekolah harus memberikan pengiktirafan terhadap murid-murid yang sentiasa menjadikan
amalan berbudi bahasa sebagai rutin harian mereka. Salah satu aspek yang perlu menjadi kriteria penilaian
calon yang mendapat Anugerah Pelajar Cemerlang ialah aspek budi bahasa. Oleh itu, pelajar-pelajar akan
sentiasa menjaga peradaban dan tatasusila baik di sekolah mahupun di luar sekolah. Hasilnya, mereka akan
mendapat pengiktirafan dan penghargaan berkat kelakuan yang baik dan keperibadian yang terpuji. Murid-
murid yang melakukan kebaikan dan perlakuan terpuji harus dijadikan ikon atau suri tauladan kepada murid-
murid lain. Dengan ini, murid-murid lain akan lebih bersemangat untuk melakukan amalan terpuji. Secara
tidak langsung kita dapat memupuk budaya bantu membantu dan merapatkan hubungan silaturrahim dalam
kalangan murid di sekolah.

Kerajaan harus memperbanyakkan program yang memerlukan generasi muda bergaul dan bercampur

dengan masyarakat agar mereka lebih peka tentang kepentingan amalan berbudi bahasa. Program Latihan

Khidmat Negara (PLKN) perlu diteruskan dan diperkasakan pengisiannya dengan modul yang bermanfaat.

Modul Fit4Life, Service Learning, Malaysiaku, dan Kerohanian mampu membina keperibadian mulia dan

terpuji dalam kalangan generasi muda yang mengikuti PLKN. Natijahnya, kita dapat melahirkan modal insan

yang bukan sahaja cintakan negara tetapi berkeperibadian mulia dan bersemangat waja. Hari Belia Negara

perlu diraikan secara menyeluruh di seluruh negara dengan pelbagai aktiviti yang dapat membina keyakinan

diri para belia. Hasilnya, generasi muda yang bukan sahaja berilmu malahan berbudi pekerti mulia dapat

dilahirkan di negara kita.

Generasi muda harus mendalami ilmu dan ajaran agama masing-masing untuk membina adab dan

keperibadian diri. Umum mengetahui bahawa ajaran agama mengajar seseorang supaya berkelakuan baik dan

terpuji. Generasi muda yang sentiasa mendekatkan diri dengan Tuhan akan sentiasa sedar akan kesilapan dan

kertelanjuran diri. Mereka tahu membezakan membezakan baik atau buruk setiap perbuatan yang mereka

lakukan. Generasi muda juga harus menghayati dan mengamalkan ajaran agama masing-masing. Dengan ini,

mereka akan terdorong untuk melakukan kebaikan secara sukarela. Mereka mudah membantu orang yang

memerlukan tanpa mengharapkan ganjaran atau balasan.

Kesimpulannya, rakyat Malaysia memang terkenal dengan amalan berbudi bahasa yang terpuji. Oleh

itu, semua pihak perlu berusaha dan bekerjasama untuk melahirkan generasi muda yang berbudi bahasa.
Mudah-mudahan, kita mampu melahirkan generasi muda yang berilmu dan berkeperibadian mulia demi

keharmonian dan kesejahteraan negara. Setinggi manapun ilmu kita, segah manapun pangkat kita, sebanyak

manapun kekayaan kita, jika tiada budi bahasa, orang ramai tidak akan menghormati kita.

653 patah perkataan


CATATAN CIKGU ZUL

Bahasa Melayu Kertas 1 (910/1) STPM, Bahagian C, iaitu


Penulisan Karangan memperuntukan markah sebanyak 50%
kepada calon. Calon yang mahu mendapat Gred A haruslah
mendapat markah dalam lingkungan 35 hingga 50%. Penulisan
karangan di Tingkatan Enam amat berbeza dengan penulisan
karangan semasa berada di Tingkatan Lima. Pelajar perlu
menghuraikan isi karangan dengan matang sesuai dengan
tahap umur pelajar yang berada dalam lingkungan 18 hingga 20
tahun. Penggunaan bahasa yang bombastik dan peribahasa
tidak banyak membantu calon memperoleh markan. Kesalahan
sintaksis, fakta, dan semantik dalam ayat yang dibina akan
menjejaskan markah calon secara keseluruhannya. Semoga
modul ini mendatangkan manfaat kepada anda.

SEMOGA BERJAYA
Yang Ikhlas Berkongsi Ilmu
Cikgu Zulkarnain Farhin Abdullah @ Philip Seli
Sibu, Sarawak.

You might also like