You are on page 1of 7

PELAN MAKMAL SAINS

Penunjuk:

Papan Hitam

Meja Murid

Tempat duduk guru

Meja Panjang

Tempat membaca
Sudut bacaan

Tempat letak alat kebersihan

Papan kenyataan
1. Huraikan bagaimanan bahan dan sumber pengajaran pembelajaran
dipamerkan di bilik darjah tersebut digunakana secara berkesan.
J: Bahan dn sumber pengajaran pembelajaran kebanyakkan dilekat di papan
kenyataan. Iaitu di belakang kelas. Dinding yang terdapat dalam sekeliling
kelas juga digunakan oleh guru untuk melekatkan bahan-bahan bacaan atau
hasil pelajar. Cikgu membahagikan papan kenyataan mengikut mata
pelajaran iaitu Bahasa Cina, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik,
Pendidikan Seni dan Pendidikan Mora. Semua bahan yang dilekat adalah
disediakan oleh guru dan pelajar-pelajar. Murid-murid akan menolong guru
dalam sepanjang proses melekat bahan-bahan bacaan. Semua bahan
bacaan atau hasil pelajar ditukar sekali setiap bulan. Terdapat sudut
pembelajaran dalam belakang kelas. Jenis bahan bacaan terdiri daripada
buku cerita, majalah dan buku rujukan. Semasa waktu pagi sebelum kelas
mula dan semasa waktu rehat, pelajar-pelajar boleh membaca di sudut
bacaan ini.

2. Manakah bahan dan sumber pengajaran pembelajaran yang mudah


digunakan oleh murid? Mengapa?
J: Sudut bacaan merupkan bahan dan sumber pengajaran pembelajaran
yang mudah digunakan oleh murid. Ini disebabkan murid-murid membaca
buku di sudut bacaan adalah secara ikhlas dan bukan paksaan. Begitu minat
membaca dapat dipupuk dengan baik. Jadi buku yang terdapat di sudut
bacaan perlulah selalu dikemaskini.

3. Sejauh manakah murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam


setiap aktiviti pembelajaran?
J: Cikgu selalu mengalakkan murid melibatkan diri dalam setiap aktiviti
pembelajaran. Saya nampak semasa cikgu menanya soalan kepada murid,
banyak murid yang mengangkat tangan untuk menjawab soalan. Jikalau
jawapan yang diberi adalah betul, cikgu dan rakan-rakan sekalian akan
memberi tepukan kepada pelajar tersebut. Sekiranya silap, guru tidak
memarahi kepada mereka.

4. Kenal pasti bagaimana murid-murid dibahagikan dalam kumpulan-


kumpulan tertentu.
J: Murid-murid dibahagi kumpulan melalui keputusan peperiksaan masing-
masing. Mereka dibahagi kepada empat kumpulan iaitu cemerlang, selamat,
harapan dan didik.
Pemerhatian
5.1.1 Memerhati Cikgu Saw Lian Hwa mengajar Bahasa Cina di Kelas 5
Merah.
1. Bilakah pemerhatian ini dijalankan?
Saya telah menjalankan aktiviti ini pada pukul 11.30am 18-03-2008. tempoh
pemerhatian ini adalah selama 30 minit.

2. Apakah yang telah diajar oleh Cikgu Saw?


Dalam waktu ini, Cikgu Saw telah mengajarkan lapan simpulan Bahasa Cina
yang baru kepada murid-murid sekalian. Semasa dia mengajar lapan
simpulan Bahasa Cina ini, dia juga mengajarkan beberapa simpulan Bahasa
Cina yang lain yang mempunyai maksud yang sama.

3. Adakah Cikgu Saw menggunakan Bahan Bantu Mengajar?


Cikgu Saw menggunakan Bahan Bantu Mengajar semasa dia menjalankan
P&P. Bahan Bantu Mengajar yang digunakan adalah merupai kad.

4. Bagaimanakah cara mengajar Cikgu Saw?


Cara yang digunakan oleh Cikgu Saw semasa mengajar adalah sangat
berkesan. Walaupun tiada ada set induksi dalam kuliah ini, tetapi cara yang
digunakan adalah sangat menarik. Dalam keseluruhannya, saya paling suka
cara yang digunakan oleh Cikgu Saw untuk mengukuhkan apa yang telah
diajarkan.

5. Adakah Cikgu Saw menerapkan nilai Moral dalam waktu p&p ini?
Hanya sedikit sahaja nilai moral yang diterapkan oleh Cikgu Saw dalam waktu
ini. Cikgu sangat mementingkan tatasusila murid. Semasa murid menjawab
soalan, dia meminta murid mengangkat tangan dahulu, lalu mendiri untuk
menjawab soalan. Dua nilai lain yang ada direrap adalah kerajinan dan
bertanggungjawab.
5.1.2 Perhimpunan Mingguan
1. Bilakah dan dimanakah perhimpunan diadakan?
Perhimpunan mingguan diadakan pada setiap hari Ahad awal pukul 7.40 pagi.
Perhimpunan ini diadkan di dewan sekolah. Semua murid-muri dan guru-guru
adalah wajib menyertai perhimpunan mingguan.

2. Agenda Perhimpunan.
1. Menyanyikan lagu Chung Hwa.
2. Menyanyikan lagu negeri Kedah
3. Ucapan Guru Penolong Kanan 1
4. Ucapan Guru Penolong Kanan 2
5. Ucapan guru-guru lain
6. Menyanyikan lagu Kedah Gemilang.
7. Menyanyikan lagu Negaraku.

3. Apakah yang telah disampaikan oleh Guru Penolong Kanan 1?


Hari ini merupakan hari pertama sekolah buka selepas cuti penggal semester
pertama 2009. Guru Penolong Kanan 1 menasihati murid-murid yang tidak
mengemaskan diri yang terutamanya tidak menguntingkan rambut. Selain itu,
Guru Besar telah memperkenalkan satu buku yang baru yang boleh
meningkatkan ilmu Bahasa Inggeris. Di akhir ucapan Guru Penolong Kanan
1, dia telah memperkenalkan kami kepada semua murid-murid.

4. Apakah yang telah disampaikan oleh guru lain?


Guru Penolong Kanan 2 telah menegurkan kepada murid-murid yang tidak
hadir ke sekolah untuk kelas tambahan semasa cuti sekolah. Dia meminta
murid yang gagal hadir, selepas habis perhimpunan tunggu di tapak. Selain
itu Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum telah mengumumkan pemenang-
pemenang dalam pertandingan seni lukis.

You might also like