You are on page 1of 5

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT HAJI ADNAN


81500 PONTIAN
JOHOR

KERTAS KERJA PERMOHONAN


SUMBANGAN KELENGKAPAN
KOMPUTER PENGURUSAN SEKOLAH
1.0 Pendahuluan

Sekolah merupakan sebuah institusi percambahan pusat ilmu pengetahuan


daripada sejak dahulu lagi. Keberkesanan sesebuah institusi intelektual yang yang
kompeten memerlukan pengurusan yang mahir, cekap dan berkesan. Oleh yang
demikian, Sekolah Kebangsaan Parit Haji Adnan bercadang untuk memperkasakan
pengurusan sekolah menerusi penyediaan pengurusan sekolah yang ‘mesra ICT’.
Pengurusan sekolah buat masa ini tidak mempunyai sebarang komputer atau komputer
riba. Justeru, pihak sekolah bercadang untuk memohon sumbangan komputer / komputer
riba sebagai strategi memperkasakan pengurusan sekolah ke tahap optimum.

2.0 Rasional

2.1 Tiada komputer rasmi sekolah di bangunan pengurusan (Pejabat)


2.2 Bilangan printer dan komputer yang tidak mencukupi terutama di ruangan
pejabat/pengurusan sekolah.

3.0 Objektif

3.1 Memberi keselesaan kepada warga sekolah menggunakan kemudahan di pejabat


pengurusan.
3.2 Meningkatkan kecekapan dan semangat bekerja warga sekolah terutamanya
bidang pentadbiran.
3.3 Memperkasakan bahagian kurikulum, Hal Ehwal Murid dan kokurikulum agar
proses Pdpr (di rumah) berjalan dengan baik.
3.4 Kemudahan komputer di ruangan pejabat bukan sahaja memudahkan pentadbir,
malah guru mendapatkan maklumat semasa, ilmu pengetahuan dan sebagai alat
memudahkan Pdp.
3.5 Kemudahan printer untuk memudahkan pentadbir dan AKP mengurus tadbir
operasi sekolah.

4.0 Keperluan-keperluan Sekolah

4.1 2 buah komputer/komputer riba diperlukan iaitu:


- Sebuah di pejabat – pengkeranian.
- Sebuah di bilik cetak / pengurusan sekolah
4.2 2 buah printer diperlukan iaitu:
- Sebuah di pejabat – pengkeranian.
- Sebuah di bilik cetak / pengurusan sekolah
5.0 Anggaran Perbelanjaan

A) Senarai peralatan komputer yang diperlukan

Bil Peralatan Kuantiti Harga Kegunaan


1 Komputer/komputer 1 RM 3000.00 Diletakkan di
riba pejabat, digunakan
oleh kerani sekolah.
2 Komputer/komputer 1 RM 3000.00 Diletakkan di bilik
riba cetak (sebelah
pejabat) –
digunakan oleh
pentadbir / warga
sekolah untuk
pengisian PBD/
urus tadbir sekolah
3 Printer 2 RM 500 x 2 Diletakkan di
= RM 1000 kaunter sirkulasi
dan ruang Pusat
Sumber.
Memudahkan
proses mencetak
bahan bagi urusan
P&P.
JUMLAH RM 9 000.00
6.0 Penutup

Diharap dengan adanya peralatan komputer akan memudahkan urus tadbir


sekolah sekaligus melahirkan warga sekolah yang cekap dan kompeten. Kemudahan ini
amat penting jika kita ingin memperkasakan akar umbi yang cemerlang di sekolah.
kemenjadian murid bermula dengan pengurusan sekolah yang cekap. Oleh itu, Pihak
sekolah melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) berharap pihak tuan dapat
memenuhi hasrat ini bagi mencapai status ‘mesra ICT’. Diharap kerjasama yang
diberikan oleh pihak tuan akan dapat meningkatkan kecemerlangan sekolah seterusnya
murid-murid SK Parit Haji Adnan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………........ ………………………………
(AHMADI ABIDIN BIN MUHAMMAD) (EN. ZULIZAN BIN AMIT)
Setiausaha, Yang Dipertua,
Persatuan Ibu Bapa & Guru Persatuan Ibu Bapa & Guru
SK Parit Haji Adnan SK Parit Haji Adnan
81500 Pekan Nenas, Pontian 81500 Pekan Nenas, Pontian
Johor Johor
PERSATUAN IBU BAPA - GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT HAJI ADNAN
SKK FASA 8
81500 PEKAN NANAS, PONTIAN Tel : 010-6536026
JOHOR DARUL TAKZIM e-mail : jba6026skpha@yahoo.com.my

Ruj.kami: JBA6026.100-13/1/4/21(04)
Tarikh :

Menteri Besar,
Datuk IR. Haji Hasni bin Haji Mohammad
Pejabat Menteri Besar Johor,
Aras 4,
Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar,
79503 Iskandar Puteri,
Johor Darul Takzim.
u.p:Tuan Haji Jamaludin Bin Haji A. Hamid

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN SUMBANGAN KELENGKAPAN KOMPUTER PENGURUSAN


SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT HAJI ADNAN

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu pihak sekolah ingin memohon jasa baik pihak tuan untuk menyumbangkan 2
set komputer / computer riba bersama-sama dengan pencetak bagi memudahkan urusan kerja guru dan
pentadbiran sekolah.

3. Memandangkan tugas-tugas pada masa kini sangat memerlukan peralatan komputer untuk urusan-
urusan dokumentasi dan tugas atas talian yang seiring dengan kemajuan dan peredaran zaman. Kami seluruh
warga SK. Parit Haji Adnan sangat-sangat mengharapkan agar pihak tuan sudi menyumbangkan peralatan
komputer tersebut.

4. Bersama ini dilampirkan kertas kerja permohonan sumbangan kelengkapan komputer Sekolah
Kebangsaan Parit Haji Adnan. Sebarang pertanyaan atau makluman bolehlah menghubungi YDP PIBG Encik
Zulizan bin Amit (0197211954) atau Setiausaha PIBG Cikgu Ahmadi Abidin bin Muhammad (0136380321)
Sekolah Kebangsaan Parit Haji Adnan.

4. Adalah menjadi harapan kami agar pihak tuan dapat menunaikan hajat kami ini dan segala kerjasama
yang diberikan, kami dahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.

Sekian, terima kasih.

”WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah ,

-----------------------------------
(EN. ZULIZAN BIN AMIT)

Sk ; 1. Guru Besar
2. Fail PIBG

You might also like