You are on page 1of 27

MATEMATIK TAMBAHAN

(KOD: 3472)
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM)

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia


Diterbitkan oleh:

Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia

© Lembaga Peperiksaan 2020


Cetakan Pertama 2020

Hak Cipta Terpelihara.


Sebarang artikel, ilustrasi, isi kandungan dari mana-mana bahagian dalam buku
Sijil Pelajaran Malaysia: Format Pentaksiran Mulai Tahun 2021
ini adalah tidak dibenarkan untuk diterbitkan semula, disimpan dalam cara
yang boleh dipergunakan lagi atau dipindahkan dalam apa jua bentuk dan
dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal,
rakaman atau lain-lain sebelum mendapat izin daripada:
Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
FORMAT PENTAKSIRAN MATEMATIK TAMBAHAN

KATA PENGANTAR

Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia telah dipertanggungjawabkan untuk


menggubal dasar-dasar pentaksiran, peperiksaan dan pengujian pendidikan berasaskan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan matlamat kurikulum. Sehubungan dengan itu, perekaan bentuk format
pentaksiran baharu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dilaksanakan oleh LP sebaik sahaja Kementerian
Pendidikan Malaysia meluluskan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Tingkatan Empat
dan Tingkatan Lima mulai tahun 2020. Perekaan bentuk tersebut dilaksanakan dalam lima fasa
utama iaitu pengkonsepsian, penentuan instrumen, pembinaan instrumen, kajian kesesuaian instrumen
dan pemurnian serta penyediaan dokumen pentaksiran. Hal yang demikian bertujuan untuk
memastikan agar kualiti pentaksiran dan peperiksaan kebangsaan mempunyai suatu
standard atau piawai. Perekaan bentuk ini melibatkan semua mata pelajaran, termasuklah
mata pelajaran Matematik Tambahan yang merupakan mata pelajaran elektif pada peringkat SPM.

Dalam perekaan bentuk format pentaksiran, aspek penjajaran dengan kurikulum


kebangsaan sangat diberikan keutamaan. Oleh sebab itu, format pentaksiran direka bentuk
berdasarkan matlamat, objektif dan kandungan kurikulum standard seperti terkandung dalam
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Prinsip-prinsip asas
pentaksiran terutama aspek kesahan, kebolehpercayaan, kebolehlaksanaan dan penjaminan kualiti
juga amat dititikberatkan. Pentaksiran turut memberikan fokus khusus kepada pencapaian objektif
mata pelajaran dan aspek-aspek yang ditaksir, iaitu bidang pengetahuan, kemahiran dan nilai
di samping memastikan keseluruhan pentaksiran mempunyai kerelevanan dan
kecukupcakupan dari aspek standard kandungan dan standard pembelajaran. Melalui perekaan
bentuk, LP berjaya menghasilkan format pentaksiran bagi mata pelajaran tersebut. Format
pentaksiran ini telah diluluskan pada 21 Februari 2020 oleh Mesyuarat Jawatankuasa
Kurikulum Kebangsaan (MJKK) dan digunakan sepenuhnya dalam SPM mulai tahun 2021.

Buku format pentaksiran ini diterbitkan dengan hasrat untuk mendekatkan


pentaksiran dengan masyarakat, terutama semua guru, ibu bapa, murid dan calon peperiksaan. Harapan LP
agar semua maklumat yang terkandung dalam buku ini dapat memberikan huraian yang jelas tentang
perkara, cara dan bentuk pentaksiran dapat dilaksanakan. Usaha murni ini sangat penting untuk
memberikan keadilan kepada semua calon yang menduduki peperiksaan dan menjaga kewibawaan
institusi LP. LP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua
pihak yang terlibat dalam perekaan bentuk dan penghasilan format pentaksiran ini. Semoga
pelaksanaan format pentaksiran ini akan dapat mencapai hasrat dan matlamat Sistem Pendidikan
Kebangsaan serta mendukung Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

DATO’ HJ. PKHARUDDIN BIN HJ. GHAZALI


Pengarah Peperiksaan
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2


FORMAT PENTAKSIRAN MATEMATIK TAMBAHAN

ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan 4

2.0 Asas Pertimbangan Dalam Pentaksiran 4

3.0 Punca Kuasa 6

4.0 Matlamat Mata Pelajaran 7

5.0 Objektif Mata Pelajaran (OM) 7

6.0 Objektif Pentaksiran (OP) 7

7.0 Elemen dan Aspek Yang Ditaksir 9

8.0 Aras Kesukaran Item 9

9.0 Format Pentaksiran 10

10.0 Contoh Item dan Senarai Rumus 12

11.0 Lampiran 1 13

12.0 Lampiran 2 16

13.0 Lampiran 3 21

14.0 Lampiran 4 24

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 3


FORMAT PENTAKSIRAN MATEMATIK TAMBAHAN

1.0 PENGENALAN

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang dilaksanakan secara berperingkat


mulai tahun 2017 menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang
telah dilaksanakan sejak tahun 1989 bagi memenuhi hasrat yang terkandung dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Selaras dengan perubahan itu, Lembaga Peperiksaan telah mengadakan perekaan bentuk
format pentaksiran berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK). Seterusnya, perekaan
bentuk format pentaksiran menjadi asas kepada pembinaan instrumen pentaksiran.

2.0 ASAS PERTIMBANGAN DALAM PENTAKSIRAN

Beberapa prinsip yang menjadi asas pertimbangan dalam proses perekaan bentuk format
pentaksiran Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ialah:

2.1 KESAHAN

Kesahan merujuk ciri ujian dan melibatkan dua perkara, iaitu kerelevanan dan
kecukupcakupan. Perekaan bentuk instrumen pentaksiran ini telah
memastikan semua konstruk (perkara yang ditaksir) dijelmakan berdasarkan
objektif mata pelajaran. Item-item yang dikemukakan adalah akur dengan
kurikulum standard dan spesifikasi ujian serta mempunyai kesesuaian dari segi
kumpulan sasaran, aras kesukaran, konteks dan situasi. Kandungan instrumen
pentaksiran mencakupi semua aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
diperoleh dalam pendidikan mata pelajaran berkenaan, seperti yang dihasratkan
oleh kurikulum standard.

2.2 KEBOLEHPERCAYAAN

Kebolehpercayaan merujuk ciri skor ujian dan melibatkan dua perkara iaitu
ketekalan dan ketepatan. Di peringkat pembinaan, satu spesifikasi ujian direka
bentuk bagi setiap instrumen pentaksiran untuk dijadikan piawaian. Hal ini adalah
untuk memastikan ketepatan, kesetaraan dan ketekalan instrumen pentaksiran
yang dihasilkan setiap tahun. Analisis data peperiksaan juga dapat menunjukkan
tahap kebolehpercayaan sesuatu instrumen pengukuran.

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 4


FORMAT PENTAKSIRAN MATEMATIK TAMBAHAN

2.3 KEOBJEKTIFAN

Keobjektifan merujuk kejelasan fungsi setiap instrumen yang dibina. Setiap


instrumen pentaksiran dibina dengan tujuan khusus mengikut spesifikasi ujian
tertentu. Jadual Spesifikasi Ujian berfungsi mengawal kefungsian instrumen yang
dibina. Setiap pembina harus jelas dengan kehendak setiap instrumen pentaksiran
yang dibina. Antaranya, konstruk yang ditaksir dan inferens boleh dibuat daripada
skor yang akan diperoleh.

Dalam item berbentuk subjektif, keobjektifan juga merujuk ketepatan seseorang


pemeriksa memeriksa skrip jawapan atau ketepatan seseorang pentaksir
memberikan skor calon. Dalam konteks ini, ciri keobjektifan pemberian markah
atau skor boleh dipertingkatkan dengan menyediakan skema penskoran yang
objektif serta markah atau skor yang diselaraskan melalui mesyuarat
penyelarasan. Hal ini dapat mengurangkan perselisihan dalam pemberian markah
atau skor dalam kalangan pemeriksa atau pentaksir bagi menjamin
kebolehpercayaan skor.

2.4 KEBOLEHTADBIRAN

Kebolehtadbiran merujuk kebolehlaksanaan sesuatu program pentaksiran dari segi


kos, masa dan personel sama ada program berpusat atau pentaksiran berasaskan
sekolah.

2.5 KEMUDAHTAFSIRAN

Kemudahtafsiran merujuk keupayaan skor daripada proses pentaksiran dalam


memberikan maklumat tentang seseorang murid dalam perkara yang ditaksir.
Skor yang baik berupaya untuk mendiskriminasikan murid yang mempunyai
kepelbagaian keupayaan. Di samping itu, kemudahtafsiran dapat memberi sebab
serta tujuan sesuatu ujian dan pentaksiran itu diadakan.

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 5


FORMAT PENTAKSIRAN MATEMATIK TAMBAHAN

2.6 KEKOMPREHENSIFAN

Kekomprehensifan sesuatu ujian atau pentaksiran merujuk sejauh mana sesuatu


ujian itu mengandungi item yang mewakili semua objektif yang penting dalam
kurikulum. Jelasnya, prinsip-prinsip pentaksiran yang dinyatakan itu merupakan
landasan penting dalam menjalankan pentaksiran. Justeru, mereka yang terlibat
dengan proses pentaksiran dalam pendidikan sewajarnya akur prinsip-prinsip
pentaksiran yang telah ditetapkan itu agar matlamat dan objektif pentaksiran dapat
dicapai dengan jayanya.

3.0 PUNCA KUASA

Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan format


pentaksiran bagi mata pelajaran Matematik Tambahan SPM mulai tahun 2021. Format
tersebut telah dibentangkan dan dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa
Kurikulum Kebangsaan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Bil. 1/2020 pada 21 Februari
2020.

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 6


FORMAT PENTAKSIRAN MATEMATIK TAMBAHAN

4.0 MATLAMAT MATA PELAJARAN

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Matematik Tambahan bermatlamat


untuk mempertingkatkan lagi fikrah matematik murid agar mereka berupaya
menghayati dan menggunakan matematik secara bertanggungjawab dan berkesan serta
dapat menyelesaikan masalah yang lebih kompleks. Ia juga bertujuan memastikan
murid mempunyai persediaan yang mencukupi untuk melanjutkan pelajaran serta
berfungsi secara produktif terutamanya dalam kerjaya yang menjurus kepada sains,
teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

5.0 OBJEKTIF MATA PELAJARAN (OM)


KSSM Matematik Tambahan bertujuan membolehkan murid mencapai objektif seperti
yang berikut:

OM1: Memperkembang keterampilan dalam bidang algebra, geometri, kalkulus,


trigonometri dan statistik;

OM2: Memperkukuh kemahiran proses matematik;

OM3: Memperkembang kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif serta menaakul secara
logik;

OM4: Membuat inferens dan pengitlakan yang munasabah berdasarkan situasi dan
pelbagai syarat.;

OM5: Menghubungkaitkan pembelajaran dan idea matematik dengan situasi kehidupan


sebenar;

OM6: Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menterjemah dan


menyelesaikan masalah yang lebih kompleks;

OM7: Menggunakan heuristik dan pelbagai strategi penyelesaian masalah yang


memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi;

OM8: Menghujahkan penyelesaian menggunakan bahasa dan perwakilan matematik yang


tepat dan berkesan;

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 7


FORMAT PENTAKSIRAN MATEMATIK TAMBAHAN

OM9: Menggunakan teknologi dalam membina konsep, menguasai kemahiran, menyiasat


dan meneroka idea matematik dan menyelesaikan masalah; dan

OM10:Mengamalkan nilai murni, bersikap positif terhadap matematik serta menghargai


kepentingan dan keindahannya.

Sumber: DSKP KSSM MATEMATIK TAMBAHAN 2018


Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia

6.0 OBJEKTIF PENTAKSIRAN (OP)


Berdasarkan objektif mata pelajaran, berikut ialah Objektif
Pentaksiran (OP) Matematik Tambahan yang dikenal pasti untuk mentaksir
penguasaan murid:

OP1: Pengetahuan dan Kefahaman


• Mengetahui dan memahami tentang konsep, takrifan, syarat, prinsip,
petua, rumus dan hukum tertentu dalam bidang algebra, geometri,
kalkulus, trigonometri dan statistik.

OP2: Kemahiran Mengaplikasi


• Keupayaan menggunakan konsep, takrifan, syarat, prinsip, petua, rumus
dan hukum dalam konteks situasi baharu.

OP3: Kemahiran Menyelesaikan Masalah


• Berupaya mengenalpasti masalah, merancang dan memilih strategi
penyelesaian, melaksanakan strategi itu serta menyemak semula
penyelesaian yang telah diperoleh. Masalah boleh dikaitkan dengan situasi
kehidupan sebenar dan memerlukan kognitif pada peringkat aplikasi,
analisis, menilai dan mencipta yang melibatkan pemikiran kritis dan
kreatif.

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 8


FORMAT PENTAKSIRAN MATEMATIK TAMBAHAN

7.0 ELEMEN DAN ASPEK YANG DITAKSIR

7.1 Konstruk untuk Kertas 1 (3472/1)

• Mengingat dan Memahami


• Mengaplikasi
• Menganalisis
• Menilai
• Mencipta

7.2 Konstruk untuk Kertas 2 (3472/2)

• Mengingat dan Memahami


• Mengaplikasi
• Menganalisis
• Menilai
• Mencipta

8.0 ARAS KESUKARAN ITEM

Item yang dibina mestilah menepati aras kesukaran yang dihasratkan, iaitu sama ada aras
kesukaran rendah (R), sederhana (S) atau tinggi (T).

8.1 Aras R
Item yang mempunyai aras kesukaran rendah, boleh dijawab betul oleh lebih
60% calon (sebahagian besar calon).

8.2 Aras S
Item yang mempunyai aras kesukaran sederhana, boleh dijawab betul oleh 40%
hingga 60% calon.

8.3 Aras T
Item yang mempunyai aras kesukaran tinggi, boleh dijawab betul oleh kurang
40% calon (sebahagian kecil calon).

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 9


FORMAT PENTAKSIRAN MATEMATIK TAMBAHAN

9.0 FORMAT PENTAKSIRAN

Pentaksiran mata pelajaran Matematik Tambahan menggunakan dua instrumen


iaitu;

9.1 3472/1 – Matematik Tambahan Kertas 1

9.2 3472/2 – Matematik Tambahan Kertas 2

Format pentaksiran ini ditunjukkan pada halaman 11.

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 10


FORMAT PENTAKSIRAN MATEMATIK TAMBAHAN

FORMAT INSTRUMEN PEPERIKSAAN SPM MULAI TAHUN 2021


MATA PELAJARAN MATEMATIK TAMBAHAN (3472)
Kertas 1 Kertas 2
Bil. Perkara (3472/1) (3472/2)

1 Jenis instrumen Ujian Bertulis

• Subjektif Respons Terhad


2 Jenis item
• Subjektif Respons Terhad Berstruktur

Bahagian A
7 soalan (50 markah)
Bahagian A (Jawab semua soalan)
12 soalan (64 markah)
(Jawab semua soalan) Bahagian B
3 Bilangan soalan 4 soalan (30 markah)
Bahagian B (Jawab tiga soalan)
3 soalan (16 markah)
(Jawab dua soalan) Bahagian C
4 soalan (20 markah)
(Jawab dua soalan)

4 Jumlah Markah 80 100

• Mengingat & Memahami • Mengingat & Memahami


• Mengaplikasi • Mengaplikasi
5 Konstruk • Menganalisis • Menganalisis
• Menilai • Menilai
• Mencipta • Mencipta

6 Tempoh Ujian 2 jam 2 jam 30 minit

Cakupan Standard kandungan dan standard pembelajaran dalam Dokumen


7 Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSM
Konstruk
(Tingkatan 4 dan Tingkatan 5)
Rendah : Sederhana : Tinggi
8 Aras Kesukaran
5:3:2
9 Kaedah Penskoran Analitik

10 Alatan Tambahan Kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogram

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 11


FORMAT PENTAKSIRAN MATEMATIK TAMBAHAN

10.0 CONTOH ITEM DAN SENARAI RUMUS

10.1 Contoh item ialah item yang telah disediakan untuk memberikan idea kepada
pengguna tentang kepelbagaian konstruk, konteks dan aras yang ditaburkan pada
keseluruhan kertas peperiksaan berdasarkan piawaian spesifikasi ujian.
Rujuk Lampiran 1, 2 dan 3.

10.2 Pembinaan instrumen bagi setiap tahun berdasarkan satu spesifikasi ujian yang
piawai. Wajaran konstruk dan aras kesukaran mengikut spesifikasi ujian tersebut
tetapi boleh diukur pada konteks yang berbeza.

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 12


FORMAT PENTAKSIRAN MATEMATIK TAMBAHAN

LAMPIRAN 1

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA


MULAI TAHUN 2021

MATEMATIK TAMBAHAN
(3472)

CONTOH-CONTOH ITEM

3472/1 – MATEMATIK TAMBAHAN KERTAS 1

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 13


FORMAT PENTAKSIRAN MATEMATIK TAMBAHAN

CONTOH ITEM BAHAGIAN A


[64 Markah]

Contoh 1

Given log p 7 =r , express in terms of r


Diberi log p 7  r , ungkapkan dalam sebutan r
(a) log p 49 ,
(b) log 7 p ,
(c) log p 343 p .
[4 marks]
[4 markah]

Contoh 2

(a) Solve the equation:


Selesaikan persamaan:
33 (32 x 4 )  1
[2 marks]
[2 markah]
(b) Simplify:
Ringkaskan:

6x y 
2
4 3

9 x5 y
[2 marks]
[2 markah]

Contoh 3

(a) The quadratic equation mx2 ( +1 +2m)x +m −1 = 0 has two equal real roots.
Find the value of m. [2 marks]

Persamaan kuadratik mx 2 ( +1 +2m)x +m −1 =0 mempunyai dua punca nyata yang sama.


Cari nilai m. [2 markah]

(b) The quadratic function f (x)  x 2  4x  p 2 , such that p is a constant, has maximum value 8.
Find the possible values of p. [3 marks]

Fungsi kuadratik f (x)  x 2  4x  p 2 , dengan keadaan p ialah pemalar mempunyai


nilai maksimum 8.
Cari nilai-nilai yang mungkin bagi p. [3 markah]

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 14


FORMAT PENTAKSIRAN MATEMATIK TAMBAHAN

CONTOH ITEM BAHAGIAN B


[16 Markah]

Contoh 1

(a) Siva has planted several types of vegetables on a rectangular shape of land. He plans to fence
the land which has a dimension of 6x metre and (4  x) metre.
Find the length, in metre, the fence he has to buy when the area of the land is maximum.
[4 marks]
Siva telah menanam beberapa jenis sayur di kawasan berbentuk segi empat tepat.
Dia bercadang untuk memagar kawasan tersebut yang berukuran 6x meter dan
(4  x) meter.
Cari panjang, dalam meter, pagar yang perlu dia beli apabila luas kawasan itu
adalah maksimum. [4 markah]
(b) Diagram 1 shows a conical container of diameter 0.6 m and height 0.5 m. Water is poured
into the container at a constant rate of 0.2 m3 s-1.
Rajah 1 menunjukkan sebuah bekas berbentuk kon berdiameter 0.6 m dan tinggi 0.5 m.
Air dituang ke dalam bekas pada kadar malar 0.2 m3 s–1.

Water
Air

Diagram 1
Rajah 1

1 2
[Use/Guna   3.142 , Volume of cone/Isi padu kon = r h ]
3
Calculate the rate of change of the height, in cm s–1, of the water level at the instant when
the height of the water level is 0.4 m.
Hitung kadar perubahan tinggi, dalam cm s–1, paras air pada ketika ketinggian paras
air ialah 0.4 m.
[4 marks]
[4 markah]

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 15


FORMAT PENTAKSIRAN MATEMATIK TAMBAHAN

LAMPIRAN 2

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA


MULAI TAHUN 2021

MATEMATIK TAMBAHAN
(3472)

CONTOH-CONTOH ITEM

3472/2 – MATEMATIK TAMBAHAN KERTAS 2

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 16


FORMAT PENTAKSIRAN MATEMATIK TAMBAHAN

CONTOH ITEM BAHAGIAN A


[50 Markah]

Contoh 1

(a) Prove that 2 tanθ cos 2 θ = sin 2θ. [2 marks]


Buktikan bahawa 2 tan  kos2  sin 2 . [2 markah]
(b) (i) Sketch the graph of y  sin 2 for 0    2 .
Lakar graf y  sin 2 untuk 0    2 .
(ii) Hence, by using same axes, sketch a suitable straight line to find the number of solution
for the equation 4 tan  cos 2     2 for 0    2 .
State the number of solutions.
Seterusnya, dengan menggunakan paksi yang sama, lakar satu garis lurus yang sesuai
untuk mencari bilangan penyelesaian bagi persamaan 4 tan  kos 2    2 untuk
0    2 .
Nyatakan bilangan penyelesaian itu.
[6 marks]
[6 markah]

Contoh 2

It is given that 567, y, 5103 are three positive consecutive terms of a geometric progression
and the sum of first five terms of the progression is 847.
Diberi bahawa 567, y, 5103 ialah tiga sebutan positif berturutan daripada suatu janjang geometri
dan hasil tambah lima sebutan pertama janjang itu ialah 847.
Find
Cari
(a) the common ratio, [2 marks]
nisbah sepunya, [2 markah]
(b) the first term, [2 marks]
sebutan pertama, [2 markah]
(c) the smallest value of n when the nth term exceed 10 000. [3 marks]
nilai n yang paling kecil apabila sebutan ke-n melebihi 10 000. [3 markah]

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 17


FORMAT PENTAKSIRAN MATEMATIK TAMBAHAN

Contoh 3

Diagram 1 shows a campsite OPQR that have been cleared by a group of scouts. Point A, B and C
are the centre of the tents A, B and C respectively. A, B and C are collinear.
Rajah 1 menunjukkan sebuah tapak perkhemahan OPQR yang telah dibersihkan oleh
sekumpulan pengakap. Titik-titik A, B dan C ialah masing-masing pusat khemah A, B dan C.
A, B dan C ialah segaris.
y (m)
Q(14, 18)

C(11, 10)

P(–5, 3) B(2, 4)
A
R(15, 1)

O x (m)
Diagram 1
Rajah 1

Given the distance of point C is 3 times from point B and 4 times from point A.
Diberi jarak titik C ialah 3 kali dari titik B dan 4 kali dari titik A.
(a) Find
Cari
(i) the area, in m2, of the campsite OPQR,
luas, dalam m2, tapak perkhemahan OPQR,
(ii) the coordinates of point A.
koordinat titik A.
[4 marks]
[4 markah]
(b) A scout spread sulphur powder around tent C such that the distance of the sulphur powder track
from the centre of tent C is always 3 m.
Find the equation of the track of the sulphur powder. [3 marks]
Seorang pengakap menabur serbuk belerang di sekeliling khemah C dengan keadaan jarak
laluan serbuk belerang dari pusat khemah C ialah sentiasa 3 m.
Cari persamaan laluan serbuk belerang itu. [3 markah]

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 18


FORMAT PENTAKSIRAN MATEMATIK TAMBAHAN

CONTOH ITEM BAHAGIAN B


[30 Markah]

Contoh 1

Diagram 3 shows triangle OAB. The straight line AP intersects the straight line OQ at R. It is given that
1 1  
OP  OB , AQ  AB , OP  6x and OA  2 y .
3 4  
Rajah 3 menunjukkan segi tiga OAB. Garis lurus AP bersilang dengan garis lurus OQ pada R.
1 1  
Diberi bahawa OP  OB , AQ  AB , OP  6x dan OA  2 y .
3 4  
A
Q
R

O P B

Diagram 3
Rajah 3
(a) Express in terms of x and/or y :
 
Ungkapkan dalam sebutan x dan/atau y :
 

(i) AP,
 
(ii) OQ.
[4 marks]
[4 markah]
  
(b) (i) Given AR  h AP , state AR in terms of h, x and y .
 
  
Diberi AR  h AP , nyatakan AR dalam sebutan h, x dan y .
 
  
(ii) Given RQ  kOQ , state RQ in terms of k, x and y .
 
  
Diberi RQ  kOQ , nyatakan RQ dalam sebutan k, x dan y .
  [2 marks]
[2 markah]
  
(c) Using AR and RQ from 1b), find the value of h and of k. [4 marks]
 
Menggunakan AR dan RQ dari 1(b), cari nilai h dan nilai k. [4 markah]

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 19


FORMAT PENTAKSIRAN MATEMATIK TAMBAHAN

CONTOH ITEM BAHAGIAN C


[20 Markah]

Contoh 1

A particle moves along a straight line and passes through a fixed point O. Its velocity, v m s−1 , is given
by v  10  3t  t 2 , where t is the time, in seconds, after passing through O.
Suatu zarah bergerak di sepanjang suatu garis lurus dan melalui satu titik tetap O.
Halajunya, v m s 1 , diberi oleh v  10  3t  t 2 , dengan keadaan t ialah masa, dalam saat,
selepas melalui O.
[Assume motion to the right is positive]
[Anggapkan gerakan ke arah kanan sebagai positif]
Find
Cari

(a) the initial velocity, in m s 1 , of the particle, [1 mark]


halaju awal, dalam m s 1 , bagi zarah itu, [1 markah]
(b) the values of t, in seconds, when the particle stops instantaneously, [2 marks]
nilai-nilai t, dalam saat, apabila zarah itu berhenti seketika, [2 markah]
(c) the maximum velocity, in m s 1 , of the particle, [3 marks]
halaju maksimum, dalam m s 1 , bagi zarah itu, [3 markah]
(d) the total distance, in m, travelled by the particle in the first 8 seconds. [4 marks]
jumlah jarak, dalam m, yang dilalui oleh zarah itu dalam 8 saat yang pertama.
[4 markah]

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 20


FORMAT PENTAKSIRAN MATEMATIK TAMBAHAN

LAMPIRAN 3

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA


MULAI TAHUN 2021

MATEMATIK TAMBAHAN
(3472)

CONTOH-CONTOH ITEM

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 21


FORMAT PENTAKSIRAN MATEMATIK TAMBAHAN

CONTOH ITEM SUBJEKTIF RESPONS TERHAD

Contoh 1

Diagram 1 shows the plan of a rectangular garden PQRS. The graden consists of
a semicircular pond PTS and grassy area PQRST.
Rajah 1 menunjukkan pelan bagi sebuah taman berbentuk segi empat tepat PQRS. Taman itu
terdiri daripada sebuah kolam berbentuk semi bulatan PTS dan kawasan berumput PQRST.

P Q

S R
Diagram 1
Rajah 1

It is given SR = 6y metre and QR = 7x metre, . The area of the rectangular garden


PQRS is 168 metre2 and the perimeter of the grassy area is 60 metre. The pond with uniform
depth contains 15.4 metre3 of water.
Find the depth, in metre, of water in the pond.
Diberi SR = 6y meter dan QR = 7x meter, . Luas taman berbentuk segi
empat tepat PQRS ialah 168 meter dan perimeter kawasan berumput ialah 60 meter.
2

Kolam dengan kedalaman seragam mengandungi 15.4 meter3 air.


Cari kedalaman, dalam meter, air dalam kolam itu.
[8 marks]
[8 markah]

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 22


FORMAT PENTAKSIRAN MATEMATIK TAMBAHAN

CONTOH ITEM SUBJEKTIF RESPONS TERHAD BERSTRUKTUR

Contoh 1

Diagram 1 shows the side elevation of part of stairs built of cement blocks.
Rajah 1 menunjukkan pandangan sisi sebahagian tangga yang dibina daripada
blok-blok simen.

925 cm
955 cm 15 cm

985 cm

Diagram 1
Rajah 1

The thickness of each block is 15 cm. The length of the first block is 985 cm. The length
of each subsequent block is 30 cm less than the preceding block as shown in Diagram 1.
Tebal setiap blok itu ialah 15 cm. Panjang blok yang pertama ialah 985 cm. Panjang setiap
blok yang berturutan yang berikutnya ialah 30 cm kurang daripada blok yang sebelumnya
seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1.
(a) If the height of the stairs to be built is 3 m, calculate
Jika tinggi tangga yang hendak dibina itu ialah 3 m, hitung
(i) the length, in cm, of the top most block,
panjang, dalam cm, blok yang paling atas,
(ii) the total length, in cm, of the blocks.
jumlah panjang, dalam cm, blok-blok itu.
[5 marks]
[5 markah]
(b) Calculate the maximum height, in cm, of the stairs. [3 marks]
Hitung tinggi maksimum, dalam cm, tangga itu. [3 markah]

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 23


FORMAT PENTAKSIRAN MATEMATIK TAMBAHAN

LAMPIRAN 4

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA


MULAI TAHUN 2021

MATEMATIK TAMBAHAN
(3472)

SENARAI RUMUS

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 24


FORMAT PENTAKSIRAN MATEMATIK TAMBAHAN

SENARAI RUMUS

b  b 2  4ac 15 cosec2 A = 1 + cot2 A


1 x 
2a kosek2 A = 1 + kot2 A

log c b 16 sin  A  B   sin A cos B  cos A sin B


2 loga b = log a
c sin  A  B   sin A kos B  kos A sin B

3 Tn = a + (n – 1)d
17 cos  A  B   cos A cos B  sin A sin B
4 Tn = arn – 1 kos  A  B   kos A kos B  sin A sin B

n tan A  tan B
5 Sn = 2a  n  1 d  18 tan  A  B  
2 1  tan A tan B

6 Sn =

a rn 1

a 1 rn   , r 1
19 sin 2A = 2 sin A cos A
sin 2A = 2 sin A kos A
r 1 1 r
20 cos 2A = cos2 A – sin2 A
X  = 2 cos 2 A – 1
7 Z 
 = 1 – 2 sin2 A

8 P  X  r  = nC r p r q n – r , p + q = 1 kos 2A = kos2 A – sin2 A


= 2 kos2 A – 1
n n! = 1 – 2 sin2 A
9 Pr 
n  r !
2 tan A
21 tan 2 A 
n n! 1  tan 2 A
10 Cr 
n  r ! r !
a b c
22  
sin A sin B sin C
11 I = Q1  100
Q0
23 a2 = b2 + c2 – 2bc cos A
a2 = b2 + c2 – 2bc kos A
12 I 
Wi Ii
24 Area of triangle / Luas segi tiga
Wi
1
= ab sin C
13 sin2 A + cos2 A = 1 2
sin2 A + kos2 A = 1

14 sec2 A = 1 + tan2 A
sek2 A = 1 + tan2 A

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 25


Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

You might also like