You are on page 1of 2

Tenaga yang boleh diperbaharui dan yang tidak boleh

diperbaharui

Sumber-sumber tenaga yang terdapat di dunia ini adalah boleh dikelaskan kepada dua
kumpulan, iaitu:
1. Sumber tenaga yang boleh diperbaharui.
2. Sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui.

Sumber tenaga yang boleh diperbaharui (renewable energy sources) merupakan


tenaga yang boleh ditambah atau diperbaharui selepas ianya digunakan. Contoh-contoh
sumber tenaga yang boleh diperbaharui adalah seperti:
 Hidroelektrik (pergerakan air).
 Tenaga angin.
 Tenaga ombak.
 Tenaga biojisim.
 Tenaga suria (Matahari).
 Kayu api.
 Tenaga geoterma.

Sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui (non-renewable energy sources)


merupakan tenaga yang tidak boleh ditambah, digantikan atau diperbaharui, ianya
terhad dan akan kehabisan pada masa akan datang. Contoh-contoh sumber tenaga
yang tidak boleh diperbaharui adalah seperti:
 Bahan api fosil (petroleum, gas asli, arang batu).
 Bahan radioaktif (tenaga nuklear).

Kedua-dua jenis sumber tenaga ini mempunyai kelebihan dan kelemahannya sendiri.


Jadual di bawah menunjukkan kelebihan dan kelemahan kedua-dua jenis sumber
tenaga tersebut.

Sumber Tenaga Kelebihan Kelemahan


Pembinaan empangan dan stesen
penjana kuasa adalah mahal.
Kuasa elektrik yang
Ianya hanya sesuai dibina di
dihasilkan adalah murah dan
Tenaga hidroelektrik kawasan pergunungan dengan
tidak mencemarkan alam
hujan yang banyak.
sekitar.
Pembinaan empangan yang besar
merosakkan habitat.
Turbin angin akan berhenti
Tidak mencemarkan alam
Tenaga angin berputar sekiranya tiada tiupan
sekitar.
angin.
Tenaga ombak / Tidak mencemarkan alam Penjanaan kuasa elektrik hanya
Tenaga air pasang sekitar. boleh dilakukan dua kali sehari
sewaktu air laut pasang dan surut.
Membebaskan gas yang boleh
Mengurangkan beban alam mencemarkan alam sekitar seperti
Tenaga biojisim
persekitaran. gas karbon dioksida dan sulfur
dioksida.
Membekalkan tenaga secara
Tidak boleh digunakan pada waktu
berterusan.
malam atau hanya boleh
Tenaga suria
digunakan ketika terdapatnya
Tidak mencemarkan alam
cahaya matahari.
sekitar.
Digunakan untuk memasak di
Membebaskan asap yang
Kayu api kawasan yang kurang
mencemarkan alam sekitar.
bekalan tenaga.
Hanya terdapat pada air panas
Tidak mencemarkan alam
Tenaga geoterma yang hampir dengan permukaan
sekitar.
Bumi.
Bahan api fosil Menghasilkan gas beracun dan
Mempunyai nilai tenaga yang
(petroleum, gas membentuk hujan asid seperti
tinggi.
asli, arang batu) sulfur dioksida.
Menyinar sinaran berbahaya yang
Bahan radioaktif boleh menyebabkan kanser.
Mempunyai nilai tenaga yang
(uranium,
amat tinggi.
plutonium) Pembinaan stesen kuasanya
melibatkan kos yang sangat tinggi.

Kesemua sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui mengakibatkan


pencemaran, disebabkan oleh perlombongan dari teras Bumi, tetapi punca utama
pencemaran adalah pembakarannya.

You might also like