You are on page 1of 1

Selamat sejahtera, nama saya How Xin Yi. Nombor metrik SB20092.

Saya akan
membincangkan faktor kedua tuduhan anti-semitik ke atas Malaysia iaitu kritikan bekas Perdana
Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kelakuan Israel. Beliau hanya menggunakan hak
kebebasan bersuara apabila memberi komen mengenai Israel. Kritikan beliau menyebabkan
anggota penyokong Komuniti Israel menyifatkan Dr Mahathir berbangga digelar sebagai seorang
anti-Yahudi. Kesalahan tanggapan bahawa Tun Dr Mahathir adalah anti-semitik juga disebabkan
oleh kerajaan Israel yang mendakwa bahawa mereka bercakap dan bertindak atas nama semua
orang Yahudi di dunia, walaupun sekarang telah terbukti dengan jelas bahawa ini adalah tidak
benar. Tindakannya dengan sengaja menyamakan istilah ‘Yahudi’ dengan istilah ‘Israel’ telah
menimbulkan banyak kekeliruan, terutama sekali kerana Israel telah terlibat dengan tindakan
yang jelas melanggar hak asasi rakyat Palestin. Kebencian terhadap kezaliman Israel telah
mengakibatkan ramai pihak yang keliru dan membenci semua orang Yahudi dan oleh itu menjadi
antisemitik. Sebenarnya Tun Dr Mahathir Muhamad hanya memberi pandangan terhadap perkara
yang dilakukan oleh Israel terhadap Palestin dan bukannya mengamalkan sikap anti-semitik yang
bermaksud kebencian terhadap bangsa Yahudi. Jika dikaitkan dengan ilmu Falsafah LMEA,
Tindakan Tun Dr Mahathir Muhamad tidak bersalah kerana semua individu mempunyai hak
kebebasan bersuara dalam memberi pandangan terhadap sesuatu perkara. Beliau mempunyai hak
untuk menyatakan pandangannya tentang kekejaman Israel terhadap Palestin. Jika dikaitkan
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu Israel tiada unsur emosi yang bermaksud
memperoleh perasaan tenaga dan tingkah laku yang terkawal dan memiliki perasaan kasih
saying. Tindakan Israel yang kejam terhadap rakyat Palestin jelas dilihat mereka tiada perasaan
simpati dan kasih sayang terhadap Palestin. Faktor ini juga dapat dikaitkan dengan prinsip Rukun
Negara iaitu keluhuran perlembagaan yang bermaksud ketinggian dan keagungan undang-
undang atau perlembagaan itu sendiri. Perlembagaan memberi jaminan terhadap hak asasi,
kebebasan rakyat dan keadilan sosial untuk semua kaum di negara bagi memupuk perpaduan
sosial. Kekejaman Israel jelas tidak menghormati hak asasi rakyat Palestin. Penindasan dan
kekejaman kekejaman yang dilakukan terhadap penduduk Palestin bukan hanya dilakukan oleh
kalangan tentera Israel malah turut disertai beberapa persatuan serta rakyat Israel sendiri. Sudah
ramai masyarakat Palestin yang sudah menjadi mangsa penindasan dan kekejaman Israel
merangkumi warga tua, wanita, remaja dan kanak-kanak.

You might also like