You are on page 1of 19

1.

0 PENDAHULUAN
Kerajaan Turki Uthmaniyyah merupakan sebuah kerajaan yang telah diasaskan oleh
Uthman bin Ertughrul bin Sulaiman Shah yang berasal daripada suku Qayi iaitu
sebuah Kabilah Al-Ghuzz dari kalangan orang Islam Turki yang tinggal berdekatan
dengan laut Caspian. Beliau merupakan individu yang bertanggungjawab dalam
membantu kesultanan Saljuq dalam memerangi kaum Monggol dan telah berjaya
mengalahkan Byzantine. Ekoran daripada itu Sultan Ali al-Din telah menjadikannya
Amir dengan nama Bad al-Shah atau Uthman. 1 Kesannya, Empayar Uthmaniyyah ini
telah dikenali bersempena namanya.2

Kecekapan yang dimiliki Uthman dalam memerintah Turki Uthmaniyyah telah


diteruskan oleh pemimpin-pemimpin kerajaan selepasnya. Antaranya ialah Sultan
Murad I, Sultan Murad II, Sultan Bayazid I, Sultan Muhamad al-Fatih, Sultan Salim I
dan Sultan Sulaiman Qanuni. Pemimpin-pemimpin ini memiliki kewibaan seperti
Uthman yakni mempunyai kekuatan peribadi dan moral yang tinggi, hingga mampu
membawa Uthmaniyyah ke tahap yang lebih tinggi iaitu telah membuat empayar ini
berkembang sehingga ke Afrika Utara di sebelah Barat Daya dan Parsi di sebelah
timur. Secara amnya, kesultanan Uthmaniyyah ini lebih banyak memiliki taklukan di
Eropah berbanding di Asia.3 Maka, ini membuktikan bahawa pemimpin-pemimpin
kerajaan ini lebih cenderung untuk memperluaskan kekuasaan dan wilayah mereka
di Eropah.

Namun malangnya, Empayar Turki Uthmaniyyah mula mengalami


kemerosotan semasa pemerintahan Sultan Salim II. Kekuatan yang dimiliki kerajaan
ini tidak mampu bertahan lama hingga akhirnya kerajaan ini tumbang seperti yang
terjadi kepada pemerintahan khalifah yang terdahulu. Tetapi perlu kita ingat bahawa
kejatuhan empayar ini bukan semata-mata kerana kelemahan pemerintahnya tetapi
juga didorong oleh faktor-faktor lain.

1
Eeman Mohamed Abbas. 2002. Sultan Abd Al-Hamid II dan Kejatuhan Khilafah Islamiah: Peranan Gerakan
Nasionalis dan Golongan Minoriti. Kuala Lumpur. Pustaka Salam. Hal 5.
2
Fadhlullah Jamil. 2000. Islam di Asia Barat Moden: Sejarah Penjajahan dan Pergolakan . Batu Cave. Thinker’s
Library. Hal 123.
3
Mohammed Redzuan Othman. 1991. Timur Tengah dan Afrika Utara Moden . Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan
Pustaka. Hal 56.
2.0 SEJARAH KERAJAAN UTHMANIYYAH
“Kerajaan Uthmaniyyah merupakan sebuah kuasa Islam yang muncul di Barat
Anatolia kira-kira pada awal abad ke-14 Masihi”.( Kemunculannya berkait rapat
dengan keadaan dunia Islam yang kucar-kacir selepas serangan Monggol pada
abad ke-13 Masihi. Keadaan politik yang kucar-kacir pada waktu itu memberi
peluang kepada Kerajaan Uthmaniyyah untuk meluaskan kekuasaan mereka di
Balkan pada pertengahan abad ke-14 Masihi dengan kejayaan besar di Kosnovo
pada tahun 1839 Masihi dan Nicoplis pada tahun 1396 Masihi. Kerajaan ini mampu
bertahan selama kira-kira enam abad iaitu selepas berlakunya Perang Dunia
Pertama.)

Dalam bahasa Turki Osmanli, kerajaan Uthmaniyyah juga dikenali sebagai


Ottoman iaitu sebuah empayar Islam terbesar yang telah memerintah lebih dari 6000
tahun, bermula dari tahun 680 H/1281 M sehingga 1342 H/1924 M. 4 “Perkataan
Uthmaniyyah ini diambil sempena nama datuk kepada pengasas kerajaan ini iaitu
Uthman bin Ertoghrul”( (Ertoghril) bin Sulaiman Shah dari suku Qayi (Qayigh) yang
merupakan salah satu cabang keturunan Oghus Turki. Mereka merupakan golongan
yang tinggal di sebuah perkampungan di Mahan iaitu terletak di Asia Kecil).5 “Pada
abad ke 7 M, Sulaiman Syah yang mempunyai pengikut seramai 1000 orang telah
meninggalkan Mahan dan menuju ke Anatolia yang terletak di Asia Minor”. (Semasa
perjalanan menuju ke Anatolia, Sulaiman Syah telah meninggal dunia dan
tempatnya telah diambil alih oleh anaknya iaiatu Ertoghrul. Beliau telah meneruskan
usaha ayahnya dan telah memikul tanggungjawab dalam memimpin puak dan
meneruskan perjalanan mereka)

“Setelah sampai di Anatolia, Ertoghrul telah menghantar anaknya Uthman


berjumpa dengan Sutan Ala’al Din II iaitu Raja Saljuk”. (Tujuannya adalah
mendapatkan kebenaran untuk mereka tinggal di Anatolia. Pada waktu itu juga, telah
berlaku pertempuran antara tentera Monggol dan tentera Ala’al Din. Justeru itu,
Ertoghrul telah memimpin puaknya untuk membantu tentera Ala’al Din bagi
mengalahkan tentera Monggol dan Byzantine). Maka sejak daripada itu, ikatan yang

4
Wan Abdul Rahman Latif et.al. 2001. Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa
dan Pustaka. hal 66.
5
Mahayudin Hj. Yahya dan Ahmad Jelani Halimi. 1994. Sejarah Islam. Selangor. Fajar Bakti Sdn Bhd. hal 395.
terjalin di antara Ertoghrul dan Ala’al Din semakin akrab dan kukuh. Ini boleh
dibuktikan apabila Ertoghrul menyertai setiap ekspedisi tentera Ala’al Din. 6

“Apabila Ertoghrul dan pengikutnya berjaya mengalahkan tentera Byzantine di


Sogut dan Domanich”,(kemudian Raja Saljuk Rom telah menghadiahkan kedua-dua
wilayah itu kepada mereka iaitu sogut dan domanich. Sejak daripada itu, Ertoghrul
telah menjadikan Sogud sebagai pusat pemerintahan beliau).7 “Pada tahun 1299
Masihi, Ertoghrul telah meninggal dunia”.(Kemudian anak beliau iaitu Uthman bin
Ertoghrul telah mengantikan beliau. Majoriti ahli sejarah mengatakan bahawa
Uthman merupakan pengasas kepada Empayar Turki Uthmaniyyah. 8 Setelah beliau
mengambil alih pucuk kepimpinan daripada ayahnya, Uthman telah mula meluaskan
kuasanya dari sebelah utara hingga ke kawasan Yani Shehir. Sejak daripada itu
juga, pusat pemerintahan baru Uthman telah beralih ke Melangenon). Uthman juga
telah melancarkan beberapa ekspedisi peperangan menentang musuh terutamanya
dengan tentera Byzantine. Menjelang tahun 1301, kawasan Bursa dan Izniq telah
berjaya ditawan olehnya. “Selepas memerintah bermula dari 1299 sehingga 1326,
akhirnya Uthman telah meninggal dunia dan beliau telah digantikan oleh anaknya
iaitu Orkhan”.

(Sepanjang tempoh pemerintahan kerajaan Uthmaniyyah terdapat 37


pemimpin yang pernah mentadbir kerajaan ini. Antara pemimpin yang terkenal ialah
Uthman I(1299-1326) dan Urkhan I(1326-1362), Muhammad II yang digelar Abu al-
Fatih (1450-1481) dan Sulaiman II yang digelar sebagai Abu al Qanuni (1520-1566)
dan Abdul Hamid II (1876-1909).)9

3.0 ZAMAN KEGEMILANGAN


Zaman kegemilangan merupakan fasa kedua dalam sejarah Empayar Uthmaniyyah.
Ianya bermula pada zaman Sultan Muhammad Mehmet II atau lebih dikenali sebagai
Al-Fateh pada tahun 1403 M hinggalah tahun 1566 M oleh Sulaiman V (Al-Qanuni).
Semasa zaman keemasan ini, empayarnya telah berkembang ke banyak negara.

6
Wan Abdul Rahman Latif et.al. Op. cit. hal 67.
7
Waine S. Vucinich. 1965. The Ottoman Empire: Its Record and Legacy . Canada. D Van Nostrand Company LTD.
hal 10.
8
Wan Abdul Rahman Latif et.al Op. cit.
9
Ibid.
Sebagai contoh beberapa jajahan takluk Uthmaniyyah seperti Mesir, Balkan, Syria,
dan juga Afrika Utara. Untuk melihat kegemilangan sekitar abad ke-17 dan ke-18,
kita perlu melihat melalui pentadbiran Sultan Salim III kerana beliaulah yang
memimpin Uthmaniyyah ketika itu.

Walau bagaimanapun, sepanjang kurun ke-16 Empayar Uthmaniyyah juga


terus berkembang daripada segi wilayah dan kekuasaan dengan berkembang
sehingga ke beberapa kawasan di Afrika Utara dan Parsi. Semasa perang Chaldiran
berlangsung, iaitu tahun 1514, tentera di bawah pimpinan sultan Salim I telah
memenangi pertempuran menentang Parsi. Apa yang dilakukan oleh Empayar
ketika itu adalah disebabkan ingin menjaga aspek keselamatan bahagian timur
wilayah Uthmaniyyah.

Tidak lama kemudian, Empayar beralih pula kepada pentadbiran Sultan


Sulaiman I setelah baginda menaiki takhta pada tahun 1518. Pada ketika itu,
baginda Sulaiman I juga merupaan pemimpin yang bijak dengan strategi
peperangannya sehingga berjaya menguasai Hungary, Belgrade dan Vienna.

3.1 Pentadbiran Sultan Salim III


Salim III merupakan anak kepada Mustafa III yang lahir pada 24 Disember 1761 dan
telah memerintah sekitar 1789-1809. 10 Beliau merupakan seorang yang diharapkan
dapat mengembalikan kegemilangan empayar Uthmaniyyah. Beliau diajar oleh
ayahnya sendiri untuk mengenali dunia sekeliling. Selepas itu, beliau telah
memulakan usaha-usaha pembaharuan terutama dari aspek pentadbiran dan
ketenteraan. Pada permulaan pemerintahannya iaitu pada 1789, beliau
memperkenalkan sebuah pembaharuan yang dinamakan The New-Order yang
diaplikasikan daripada model Barat yakni Revolusi Perancis. Hal ini demikian
kerana, pembaharuannya yang ingin dia lakukan adalah pembaharuan yang bebas
dari aspek atau sentimen keagamaan.

3.1.1 Pembaharuan Pentadbiran

10
Dr. Ali Muhammad Ash-Shalabi, Samson Rahman (penterjemah). 2003. Bangkit dan Runtuhnya Khilafah
Utsmaniyah. Pustaka Al-Kautsar. Penerbit Buku Islam Utama. hal 238.
Beliau yang mewarisi pentadbiran Uthmaniyyah mendapati bahawa perlunya
penambahbaikan disebabkan pentadbiran sebelumnya tidak teratur. Pertama sekali,
beliau telah memusatkan pentadbiran yang sebelum ini berpecah mengikut wilayah
dan ditadbir oleh pasha (gabenor) untuk mengelakkan wilayah tersebut cenderung
untuk melepaskan diri daripada Empayar Uthmaniyyah. Sultan Salim III juga telah
melantik sebanyak 12 orang menteri untuk mengurangkan bebanan tugas yang
sebelumnya hanya dipikul oleh seorang Perdana Menteri. Beberapa pembaharuan
yang turut dilakukan ialah:
a) Menetapkan jawatan Perdana Menteri hanya boleh bertukar selepas tempoh lima
tahun.
b) Gabenor (pasha) di peringkat wilayah dihadkan selama tiga tahun. Untuk mengelak
penentangan demi memisahkan wilayah-wilayah tersebut.

Beberapa pembaharuan yang lebih teratur ini tetap tidak mampu menghapuskan
penyelewangan kuasa seperti rasuah, tidak amanah dan pentadbiran yang tidak
produktif daripada terus berlaku. Hal ini demikian kerana, usaha membanteras sikap
ini hanya dilakukan pada golongan bawahan sahaja dan tidak kepada pihak atasan.
Hal ini dapat kita lihat pada kes Malek Mehmed Pasha yang datang berjumpa
dengan Salim III untuk memberikan laporan tentang aktiviti para pekerja. Kemudian,
Mehmed Pasha mendapat sogokan dan hadiah daripada para pekerja tanda ucapan
terima kasih kerana menutupi sebahagian sikap mereka yang tidak telus dalam
pentadbiran.11

3.1.2 Pembaharuan Ketenteraan


Sultan Salim III juga begitu menitikberatkan soal ketenteraan. Beliau telah
memulihkan semula tentera Janissari,12 yakni merupakan tentera yang telah wujud
sejak abad ke-14 itu lagi. Salim III memberi pertimbangan semula terhadap insentif
timar (pemberian tanah sebagai balasan setelah berjuang dalam satu peperangan).
Beliau bimbang sekiranya insentif ini disalahgunakan oleh mereka. Gabenor di
setiap wilayah diminta untuk melatih para belia bagi menggantikan anggota yang
sedia ada. Keahlian dibuka kepada sesiapa yang mempunyai kebolehan. Tidak
cukup dengan itu, pembaharuan juga dilaksanakan dari aspek material yakni alatan
11
Mehmet Maksugodlu. 1999. Osmanli History 1281-1922, Based On Osmanli Sources . IIUM Publication. hal 201
12
J. Shaw, Stanford, Turkey, Vol. 1. Empire of The Gazis: The Rise and Decline of The Ottoman Empire, 1280-
1808. New York. Cambridge University Press. hal 261.
peperangan seperti meriam, sebagaimana yang dicadangkan oleh Baron de Tott,
pelatih yang merupakan pegawai Perancis yang ditugaskan untuk memberikan
latihan ketenteraan dan disiplin kepada para belia.

Selepas pembaharuan, akhirnya The New Order mempunyai ramai anggota


pasukan dengan bekalan senjata baru. Buktinya, tidak sampai 10 tahun jumlah
tentera telah bertambah seramai 60 000 orang. Kekuatan pasukan ini boleh
dibuktikan apabila tentera Uthmaniyyah menang dalam peperangan menentang
Perancis sekali gus berjaya mengusir Perancis daripada Syria. 13

3.1.3 Pembaharuan Ekonomi


Selim III sejak awal pemerintahannya telah mengubah sistem kewangan
Uthmaniyyah iaitu pembaharuan sistem mata wang. Hal ini demikian kerana
sebelumnya selepas peperangan dengan Rusia, nilai mata wang Empayar
Uthmaniyyah telah jatuh dan inflasi berlaku. Apa yang dilakukan adalah Selim III
bertindak untuk meminjam kewangan dari Barat disebabkan negara-negara Islam
yang tidak dapat membantu memberi pinjaman berbentuk wang. Bendahari kerajaan
pula telah ditubuhkan untuk mengutip cukai pertanian sebagai pendapatan tetap
kerajaan ketika itu.14

Usaha yang tidak menyeluruh menyebabkan pembaharuan ekonomi tidak


begitu berjaya. Hal ini demikian kerana Salim III begitu mengutamakan bidang
ketenteraan semata-mata. Disamping itu, kekangan sumber kewangan
menyebabkan sistem pentabiran ekonomi tidak dapat dijalankan dengan begitu baik.
Sebagai contoh, para petani sendiri tidak mempunyai tanah untuk diusahakan
menjadikan mereka tidak punya pekerjaan. 15

3.1.4 Pembetukan The New Order


The New Order merupakan sebuah pasukan infantri dengan institusi baru. Anggota
New Order telah disusun, dilatih, dan direkrut untuk berpakaian seragam seperti

13
Bogle, Emory C. 1996. The Modern Middle East From Imperialism to Freedom, 1800-1958. New Jersey. Prentice
Hall. hal 16.
14
Halil Inalcik and Donald Quartaert (editor). An Economic and Social History of The Ottoman Empire 1300-1600 .
United Kingdom. Cambridge Unversity Press. hal103.
15
Ibid.
Eropah. Pelbagai serapan cara daripada Eropah telah digunakan dalam
memperkembangkan The New Order ini. Antaranya, taktik peperangan, senjata dari
Perancis, Jerman dan England, dan juga disiplin diri. Terdapat juga tentera yang
dihantar ke Anatolia untuk sesi latihan. Kemudian mereka akan kembali sebagai
tentera tempatan yang siap terlatih. Hasil daripada pembaharuan ini, akhir 1806
Empayar Uthmaniyyah mempunyai sebanyak 22 695 kor lelaki dan 1590 pegawai. 16

Semua pembaharuan yang dilakukan oleh Salim III ini sudah pasti bertujuan
untuk menaikkan kegemilangan Empayar Uthmaniyyah. Secara tidak langsung
Salim III sebenarnya terlebih dalam memberi perhatian kepada aspek ketenteraan
semata-mata sehingga terdapat bahagian yang rasa tercirir. Hal ini demikian kerana,
Salim III menginginkan empayar terus diperluas dan diperkukuhkan sekiranya
terdapat benteng ketenteraan yang kuat dan lengkap. Tambahan pula, apa yang
cuba dilakukan oleh Salim III adalah mengambil pembaharuan berdasarkan konsep
dan teori Barat yang dianggap sekular semata-mata terutamanya oleh golongan
yang paling kuat menentang beliau, iaitu golongan ulama Uthmaniyyah. Inilah yang
menjadi ujian hebat dalam perjuangan beliau menaikkan lagi kegemilangan
Uthmaniyyah kerana tidak mendapat sokongan padu rakyat sebaliknya mendapat
tentangan yang begitu hebat termasuklah wujudnya golongan yang memberontak.

4.0 FAKTOR KELEMAHAN DAN KEJATUHAN EMPAYAR UTHMANIYYAH


Awal kemerosotan khalifah bermula pada pertengahan abad ke-15 apabila Sultan
Salim II memerintah Turki Uthmaniah. 17 Terdapat banyak faktor yang mendorong
kepada kelemahan seterusnya menjadi faktor kejatuhan Kerajaan Uthmaniah. Pada
akhir abad ke-18, kerajaan Uthmaniah mula lemah, dan sedikit demi sedikit
wilayahnya di Eropah Timur dan Afrika terlepas kepada pihak lain. Akibat dari
kejatuhan Uthmaniyyah, Sultan Abdul Hamid II telah digulingkan oleh Mustafa Kamal
Attartuk iaitu Pemimpin Kumpulan Belia Turki.

4.1 Kelemahan Pemerintah


Pada abad ke-16, pemerintahan Turki Uthmaniah dilihat tidak stabil. Terdapat
kuasa-kuasa asing yang telah mencampuri urusan pemerintahan Khalifah. Antara
16
J. Shaw, Stanford. Op. cit. hal 262.
Ali Muhammad Ash-Salabi. 2003. Bangkit dan Runtuhnya Khilafah Utsmaniyah . Jakarta. Pustaka Al-Kautsar. hal
17

365.
Khalifah yang lemah adalah Sultan Mustafa (1617 M), perlantikan beliau adalah
melalui pemilihan kuasa asing. Beliau hanya dapat memerintah selama 3 bulan, dan
akhirnya dipecat dan digantikan oleh anak saudaranya Uthman II yang ketika itu
hanya berumur 13 tahun. Kuasa pemerintahan pada masa itu dipegang oleh
Janissari iaitu pasukan elit Uthmani. Khalifah pada awal pemerintahannya hanyalah
sebagai Raja Boneka. Namun, pada 1620 M Khalifah telah mula berfikir mengenai
nasib rakyatnya. Baginda telah memerintahkan untuk membentuk pasukan
ketenteraan baru di wilayah-wilayah Asia. Pasukan Inkisyariyah telah dapat
menghidu rancangan beliau dan menangkap semua ahli tentera yang direkrut oleh
Uthman II. Pada 20 mei 1622, Sultan Uthman II telah dihukum bunuh dan digantikan
semula dengan Sultan Mustafa. Semasa pemerintahan Sultan Mustafa, pasukan elit
Turki memegang penuh kuasa pemerintahan. Kuasa melantik dan memecat menteri
menjadi tanggung jawab pasukan elit, sehinggakan semasa pemerintahan Sultan
Mustafa selama 1 tahun 4 bulan, pelantikan dan pemecatan perdana menteri adalah
sebanyak 7 kali.18

Kelemahan pemerintahan juga dapat dilihat semasa pemerintahan Sultan


Murad V yang hanya sempat memerintah selama 93 hari. 19 Sultan Murad V dikenali
sebagai seorang yang bijak dan memiliki pengetahuan yang luas mengenai Turki
dan Arab. Semasa lawatannya ke Eropah, beliau telah bertemu dengan Namiq
Kamil iaitu seorang anggota gerakan Freemason yang merupakan gerakan orang
Yahudi. Gerakan inilah yang telah membantu beliau menaiki takhta. Namun, beliau
telah mengalami sakit jiwa akibat terlalu takut dengan berita pembunuhan Sultan
Abdul Aziz. Beliau telah menjadi seorang kaki mabuk dan senang ditipu. Gerakan
Freemason telah mengambil kesempatan atas keadaan Sultan Murad V. Akhirnya,
baginda telah dipecat dari jawatannya kerana ketidak siumannya memerintah
sebuah negara.20

Selain itu, Orientalis barat seperti Karl Brockelman mengatakan bahawa


Kelemahan dalam Pemerintahan Sultan Salim II merupakan faktor kepada kejatuhan
Empayar Turki Uthmaniah. Beliau pernah menyatakan bahawa Sultan Salim II

18
Ibid. hal. 403.
19
Robert Mantran. 1996. Great Dates in Islamic History. New York. Fack On File Inc. hal 153.
20
Mehmet Maksudglu. 1999. Osmanli History 1282-1922. Bangi: Universiti Islam Antarabangsa. hal 220-221.
merupakan seorang yang suka minum arak dan suka berfoya-foya dengan dayang
istana sehingga beliau meninggal dunia disebabkan terlalu banyak minum arak. 21
Kelemahan baginda juga dapat dilihat apabila beliau telah bertindak untuk
menyerahkan urusan pentadbiran negara kepada wazir yang bernama Muhammad
Pasya Secili. Tuduhan ini telah disangkal oleh Dr. Jamal Abdul Hadi, kerana beliau
beranggapan hasil tulisan orientalis barat tidak boleh digunakan kerana mereka
“Europe Centered” dalam menghasilkan karya mereka. Sultan Salim II merupakan
seorang pemimpin yang bijak dalam mengatur perancangan dan berkoloborasi
dengan Perdana Menterinya iaitu Muhammad Pasya Secili. Kematian Sultan Salim II
adalah disebabkan oleh kemalangan yang menimpa dirinya dibilik mandi. Baginda
telah jatuh sakit selama beberapa hari dan kemudiannya meninggal dunia pada
1574 M.22

Pemerintah juga dipengaruhi oleh golongan Harem kerana mereka hidup


terkurung di dalam Istana Harem. 23 Harem merupakan golongan wanita yang tinggal
di dalam istana termasuklah bonda dan isteri-isteri sultan. Menurut Fadhullah Jamil,
Harem merujuk kepada ruangan dalam rumah yang menjadi kediaman para wanita,
iaitu yang terdiri daripada kelompok isteri dan gundik kepada tuan rumah. 24 Bakal-
bakal sultan akan dikurung di Istana Harem untuk mengelakkan mereka bergaduh
demi merebut takhta sehinggakan mereka tidak pandai memerintah kerajaan. Hal ini
telah terjadi kepada Sultan Ibrahim 1639-1648 M. Baginda telah tinggal didalam
penjara sangat lama sehingga saat beliau dilantik menjadi sultan untuk
menggantikan Sultan Murad IV. Kesempatan ini telah diambil oleh bonda dan 3
orang isteri baginda untuk masuk campur dalam pemerintahan baginda. Golongan
Harem telah menghasut Sultan Ibrahim untuk menyingkirkan wazir Kara Mustafa
yang bertugas semasa pemerintahan Sultan Murad IV. Walaupun begitu,
kebijaksanaan Perdana Menteri Mustafa Pasya telah menghentikan campur tangan
golongan Harem dalam pentadbiran kerajaan. 25

21
Fadhlullah Jamil. 2000. Islam di Asia Barat Moden: Sejarah Penjajahan dan Pergolakan . Shah Alam. Thinkers
Librarys. hal 3
22
Ali Muhammad Ash-Shalabi. Op. cit. hal 382-384.
23
Fadhlullah Jamil. Op. cit.
24
Ibid. hal 4.
25
Ali Muhammad Ash-Shalabi. Op. cit. hal 404.
4.2 Kelemahan dalam Sistem Pentadbiran dan Ekonomi
Kelemahan sistem pentadbiran dan ekonomi dapat dilihat melalui cara perlantikan
pegawainya. Dalam sistem ekonomi, jawatan pemungut cukai diberikan kepada
sesiapa sahaja yang berikrar untuk memberikan sumbangan cukai yang terbesar.
Cara perlantikan tidak mengira tahap pendidikan dan kelayakan seseorang. 26
Pegawai pemungut cukai menaikkan cukai sesuka hati untuk meningkatkan hasil
kewangan negara.27 Keadaan ini bertambah buruk apabila cukai sentiasa dinaikkan
dan hal ini telah memberi beban yang sangat besar kepada pegawai kerajaan dan
rakyat Turki Uthmaniyyah. Akibat dari peningkatan cukai, pegawai-pegawai atasan
telah terlibat dengan penjualan jawatan kerajaan. 28 Rakyat biasa yang tidak
mempunyai pendidikan dan kelayakan boleh menjadi pegawai asalkan mereka
sanggup unutk membayar sejumlah wang untuk membeli jawatan tersebut. Hal ini
sangat memberi kesan yang negatif terhadap kerajaan Turki Uthmaniyyah.

4.3 Kelemahan Sistem Ketenteraan


Sistem ketenteraan semasa zaman kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniah telah mula
goyah akibat disiplin ketententeraan tidak lagi diambil peduli. 29 Tentera tidak lagi
tinggal di dalam kem, mereka juga terlibat dalam pekerjaan lain seperti berniaga.
Selain itu, mereka juga telah dibenarkan berkahwin dan bergaul dengan masyarakat.
Malah, segelintir dari mereka juga terlibat dengan aktiviti yang tidak bermoral seperti
berjudi, rasuah dan minum arak. Janissari seringkali kekurangan latihan ketenteraan
dan tidak lagi berminat untuk menjadi askar. 30 Selain itu, pasukan khas ini tidak lagi
setia kepada Sultan dan seringkali memberontak. 31 Pasukan tentera yang lain juga
terlibat dengan rasuah kerana keperluan hidup yang mendesak. Peningkatan cukai
secara tidak lansung mendorong kepada penjualan jawatan kerajaan dan rasuah
secara meluas demi mengimbangi pendapatan. 32 Selain itu, mereka juga telah
berjaya menguasai sistem pentadbiran. Kerajaan Uthmaniyyah merupakan kerajaan
yang sangat besar. Tanpa sistem ketenteraan yang cekap, kerajaan tidak akan
26
Eeman Mohamed Abbas. 2002. Sultan ‘Abd Al-Hamid II dan Kejatuhan Khilafah Islamiah (Peranan Gerakan
Nasionalis dan Golongan Minoriti). Kuala Lumpur. Prospecta Printers. hal 166.
27
Dina Rizk Khuory. 2002. State and Provincal Society in the Ottoman Empire: Monsul, 1540-1834 . United
Kingdom. Cambridge University Press. hal 157
28
Ibid.
29
Bosworth C. E. Ilyas Hasan (terj.). 1993. Dinasti-dinasti Islam. Bandung. Penerbit Mizan. hal 165.
30
Mohammad Redzuan Othaman. 1991. Timur Tengah dan Afrika Utara Moden . Kuala Lumpur. Dewan Bahasa
dan Pustaka. hal 65.
31
Fadhlullah Jamil. Op. cit. hal 4.
32
Ibid.
mampu mempertahankan negaranya dari ancaman kuasa asing yang lain. Bagi
mengakhiri masalah ini, Sultan Mahmud II telah bertindak membubarkan pasukan
Janissary. Namun, perkara ini tidak disetujui oleh golongan Janissary, yang akhirnya
membawa kepada pemberontakan. Sultan Mahmud II telah bersetuju untuk
menghapuskan golongan ini atas nasihat Mufti dan Perdana Menteri Pasya. 33
Baginda telah melancarkan serangan penghapusan terhadap golongan Janissary
yang memberontak.34

4.4 Keruntuhan Akhlak


Keruntuhan akhlak telah berlaku dalam kalangan masyarakat Turki Uthmaniyyah.
Mereka tenggelam dalam perkara syirik, bid’ah dan khurafat. Masyarakat dan
pemerintah lali dengan keduniaan, ramai antara mereka menghiasi diri dengan
tangkal, azimat dan jampi untuk mengelakkan diri mereka dari bencana. Selain itu,
terdapat juga pemujaan kubur wali atau orang yang dianggap keramat. 35 Semasa
pemerintahan Sultan Abdul Hamid, baginda turut mengarahkan agar kuburan Zubair
dan Uthbah bin Ghazwan diberi kelambu yang diperbuat dari sutera merah dan
perak.36 Kubur dianggap sebagai tempat keramat dan tempat untuk meminta apa
yang dihajatkan. Masyarakat lain pula sanggup hanya memegang tasbih dan berzikir
tanpa membuat sebarang pekerjaan.

4.5 Peranan Golongan Yahudi dan Armenia.


Golongan ini lebih dikenali sebagai golongan minoriti. Walaupun golongan mereka
ini sedikit, tetapi mereka merupakan penyumbang kepada kajatuhan Kerajaan
Uthmaniyyah itu sendiri. Orang Yahudi mempunyai pengalaman 400 tahun dalam
cubaan untuk menjatuhkan Turki Uthmaniyyah. Mereka ini sangat penting kepada
kerajaan kerana terdiri daripada golongan bangsawan yang melibatkan diri dalam
perniagaan, perubatan dan beberapa jawatan penting kerajaan. Orang Yahudi
terutamanya Yahudi Dunamah merupakan golongan yang paling aktif berusaha
untuk menjatuhkan Turki Uthmaniyyah. Pelbagai usaha yang telah mereka lakukan
untuk menjatuhkan Kerajaan Turki Uthmaniyyah seperti seruan perkauman Arab,
Turki dan puak Kurdish dengan mengajak mereka menyertai Freemason.
33
Ali Muhammad Ash-Shalabi. Op. cit. hal 455.
34
Ibid. hal 456.
35
Fadhlullah Jamil. Op. cit., hal 6.
36
Ali Muhammad Ash-Shalabi. Op. cit. hal 676.
Rancangan menjatuhkan kerajaan Turki Uthmaniyyah adalah untuk menguasai
Palestin kerana pada masa itu Palestin sebahagian dari kerajaan Uthmaniyyah.
Rancangan mereka dihalang oleh kerajaan Turki Uthmanyyiah kerana Palestin
merupakan kota suci bagi umat Islam. Theodore Hezrl telah berazam untuk
menjatuhkan Sultan Abdul Hamid demi menguasai Palestin. 37 Hal ini jelas
menggambarkan bahawa kejatuhan Empayar Turki Uthmaniyyah sebenarnya
didalangi oleh Yahudi Dunamah.

Bangsa Armenia juga merupakan faktor kejatuhan Empayar Turki


Uthmaniyyah. Masyarakat Armenia Mempunyai jawatan dalam jabatan kerajaan,
wilayah dan kedutaan pada zaman Sultan Hamid. Pada awalnya, mereka sangat
berpuas hati dengan pemerintahan Uthmaniyyah, namun akibat daripada pendidikan
sekular38 dan hasutan barat, mereka telah mula menentang Turki Uthmaniyyah.
Bangsa Armenia telah bertindak membantu Rusia pada tahun 1876 kerana
terpengaruh dengan idea nasionalisme yang dibawa oleh barat. Perjuangan mereka
telah didukung oleh pihak Inggeris dan Yahudi dengan memberikan bantuan
kewangan. Armenia juga mempunyai 9 akhbar yang menghubungkan mereka
dengan negara Barat semasa pemerintahan Sultan Al-Hamid. 39 Pihak barat
menggunakan Bangsa Armenia untuk menjatuhkan kerajaan Turki Uthmaniyyah
kerana mereka beragama Kristian sama seperti barat. Pelajar berbangsa Armenia
yang belajar di Barat telah membuat perjanjian dengan pemimpin Parti al-Ittihad wa
al-Taraqqi. Dalam perjanjian ini mereka bertekad untuk mengubah Perlembagaan
dan menukar Sultan. Pengkhianatan yang dilakukan oleh orang dalam
merupakan punca kepada masyarakat seterusnya mendorong kepada
kejatuhan Turki Uthmaniyyah.

4.6 Serangan dan Pertempuran dari Askar Eropah


Sebelum Perang Dunia I berlaku yang telah menghancurkan Kerajaan Turki
Uthmaniyyah, serangan raja-raja dari Eropah sememangnya telah wujud sejak abad
ke 16. Hal ini kerana, Sri Paus V dan Raja Philip dari Perancis telah mencapai kata

37
Fadhlullah Jamil. Op. cit. hal 163.
38
Marshall G.S. Hogson. Mohd Razali Masrun (terj.) 2004. Kebangkitan Islam: Gambaran dan sejarah dalam
Tamadun Dunia. Empayar Serbuk Letupan dan Zaman Moden Jilid II . Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
hal 302.
39
Eeman Mohamed Abbas. Op. cit. hal 622.
sepakat untuk melancarkan perang Ofensif dan Defensif terhadap orang-orang
Turki. Tujuan perang ini adalah untuk merebut kembali wilayah-wilayah yang telah
dikuasai Turki seperti Tunisia dan Al-Jazair. Sejak itulah pertahanan Turki menjadi
lemah. Pada 2 ogos 1914, Turki telah terlibat dalam Perang Dunia I. Landasan
kereta api di Baghdad yang dikuasai oleh Jeman dijadikan alasan kepada
pertelingkahan kuasa-kuasa barat. 40 Pada awalnya, kerajaan Turki Uthmaniyyah
menang dalam peperangan tersebut. Namun, di Caucacus tentera Turki
Uthmaniyyah telah mengalami kekalahan teruk kepada Rusia. Kesempatan ini telah
digunakan oleh Mustapa Kamal Atartuk untuk menguasai Turki dan mengakibatkan
empayar tersebut musnah dengan kemasukan askar musuh ke Istanbul. 41

5.0 KESAN KEJATUHAN EMPAYAR UTHMANIYYAH


Dalam sejarah empayar Uthmaniyyah, terdapat beberapa peringkat-peringkat yang
boleh dibahagikan untuk melihat dengan lebih jelas lagi sistem pentadbiran kerajaan
Uthmaniyyah yang bermula pada akhir abad ke-13 sehinggalah kejatuhannya.
Peringkat pertama iaitu awal penubuhannya yang bermula sekitar 1299–1453
Masihi. Peringkat kedua ialah zaman perkembangan dan juga pengukuhan empayar
Uthmaniyyah iaitu sekitar tahun 1453–1682 Masihi, diikuti zaman perkembangan
mendatar, kebangkitan nasionalisme dan cabaran pihak Barat pada tahun 1683–
1827 Masihi. Peringkat keempat merupakan zaman kemerosotan dan juga
kejatuhan bagi empayar ini sehingga membawa kepada pembubaran terhadap
pemerintahan Empayar Uthmaniyah bermula pada 1908 Masihi. Justeru itu, maka
tidak hairanlah apabila kemerosotan yang dialami sangat memberi kesan terhadap
empayar Uthmaniyyah itu sendiri serta kepada masyarakat Islam amnya. Terdapat
beberapa kesan kejatuhan Kerajaan Uthmaniyyah yang boleh dibincangkan.

Kesan pertama yang boleh dilihat ialah hilangnya institusi khilafah 42 yang
telah diamalkan sejak berkurun lamanya dalam pentadbiran masyarakat Islam.
Kehilangan ini adalah disebabkan perpecahan Negara Islam di bawah satu
pemerintahan. Ini jelas apabila kejatuhan Turki Uthmaniyyah akhirnya membawa
kepada pertukaran sistem pentadbiran yakni menjadi sebuah Negara Republik
40
Marshall G.S. Hogson. Mohd Razali Masrun (terj.). Op. cit. hal 200.
41
Bosworth C. E. Ilyas Hasan (terj.). Op. cit. hal 166.
42
Ninian Smart. 2009. Falsafah Dunia (World Philosophies). Kuala Lumpur. Institut Terjemahan Negara Malaysia
Berhad. hal 438.
sehingga akhirnya istitusi khalifah yang diamalkan hilang. Individu yang
bertanggungjawab terhadap pertukaran sistem pentadbiran ini adalah Mustafa
Kamal.43 Akibatnya, Negara Islam turut terkena tempiasnya apabila Negara Iran di
bawah pemerintahan Reza Shah hanya memperkenalkan sebuah parti sahaja yakni
sama dengan Parti Republik Rakyat Atartuk. Rentetan itu, pembaharuan yang
diperkenalkan ini akhirnya menyebabkan lenyapnya sistem pemerintahan Khalifah di
Negara-negara Islam. Dapat kita simpulkan bahawa sistem Khalifah lenyap
bersama-sama dengan kejatuhan empayar Uthmaniyah.

Kesan kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah ini turut membawa kepada


perpecahan wilayah umat Islam kerana Negara di bawah naungannya telah
membebaskan diri daripada cengkaman empayar Uthmaniyyah. Namun malangnya,
wilayah tersebut telah ditakluk pula oleh pihak Eropah apabila mereka berjaya
mengalahkan kerajaan Uthmaniyyah dalam Perang Dunia Pertama. 44 Perpecahan ini
boleh dilihat apabila berlakunya pemberontakan oleh Negara seperti Montenegro,
Bosnia, Balkan, Serbia, Herzegovina serta beberapa Negara lain. Pemberontakan
yang dilakukan ini adalah bertujuan untuk membebaskan diri mereka dari
Uthmaniyyah setelah sekian lama menjadi wilayah naungan empayar Islam ini.
Perpecahan ini boleh dilihat apabila Raja Husein yang berusaha untuk menguasai
wilayah Islam lain hanya berjaya menguasai tidak lebih dari bumi Hijaz itu sendiri,
manakala Raja Faizal pula telah berusaha memerdekakan bumi Syam dari kuasa
Turki. Oleh yang demikian, perpecahan ini sangat memberi impak yang besar
tehadap dunia Islam itu sendiri.

Selain itu, kemerosotan ekonomi turut berlaku kesan daripada kejatuhan


Kerajaan Uthmaniyyah. Kemerosotan ini adalah akibat daripada perbelanjaan yang
sangat besar untuk tujuan pembiayaan perang yang berlaku antara kuasa Berikat
dan juga kuasa Pusat. Kerajaan Uthmaniyyah terlibat dalam Perang Dunia Pertama
bersama dengan sekutunya iaitu Jerman melawan kuasa Berikat. 45 Hal ini telah
menyebabkan Negara Islam yang dahulunya di bawah pengaruh Uthamniyyah
seperti Timur Tengah dan juga Afrika Utara mengalami kemerosotan ekonomi

43
Acmad Munif. 2007. 50 Tokoh Politik Legendaris Dunia. Yogyakarta. Penerbit NARASI. hal 146-149.
44
Adian Husaini. 2005. Wajah Peradaban Barat: Dari Hegemoni Kristen Ke Dominasi Sekular-Liberal . Jakarta.
Gema Insani Press. hal 77.
45
Ninian Smart. Op. cit.
terutamanya setelah tamat Perang Dunia Pertama rentetan daripada persetujuan
Sykes-Picot 1916.46 Wilayah Turki Uthmaniyyah telah dibahagikan kepada kuasa
Eropah iaitu Perancis, Inggeris, Rusia dan juga Itali. Akibat penguasaan kuasa
Eropah inilah menyebabkan ekonomi Negara Islam akhirnya terjejas akibat dasar
Eropah yang mengeksploitasi ekonomi demi keuntungan mereka disamping
menguasai perdagangan di Lautan Hindi, Laut Mediterranean, Terusan Suez dan
juga jalan perdagangan yang lain. 47 Contohnya, Perancis dan juga Inggeris telah
mengawal syarikat Terusan Suez dan orang Yahudi di Mesir memiliki hampir seluruh
gedung besar perniagaan dan banyak melibatkan diri dalam pasaran saham.
Keadaan inilah menyebabkan ekonomi Negara Islam semakin lemah.

Kesan kejatuhan Turki Uthmaniyyah turut menyebabkan pemodenan Turki


yang menjadi ikutan Negara Islam yang lain. Pemodenan ini telah dilakukan oleh
Mustafa Kamal Atartuk setelah kekalahan empayar Uthmaniyyah. 48 Kepercayaan
sosialis Fabian Qibti Salama Musa di Iran menyatakan bahawa kebudayaan Barat
menjadi kunci kepada berlakunya reformasi sosial sehingga menyebabkan
keruntuhan akhlak mayarakat di Negara-negara Islam. Inggeris juga telah
mengambil langkah yang difikirkan memberi keuntungan kepada mereka dengan
menggalakkan pemisahan kaum Assyria dengan menubuhkan tentera khas untuk
menindas kaum Kurdi dan juga Turki yang tinggal di utara Iraq sehingga membawa
kepada keretakan perpaduan umat Islam.

Kejatuhan empayar Uthmaniyyah dalam Perang Dunia Pertama turut


memberi impak besar kepada wilayah-wilayah Islam apabila tidak ada lagi kuasa
yang melindungi mereka. Ini jelas boleh dilihat seperti yang dihadapi oleh Palestin.
Sebelum kekalahan Daulah Uthmaniyyah, Palestin merupakan salah satu wilayah
naungannya. Namun, kekalahan daulah ini pada tahun 1917 menyebabkan akhirnya
Palestin menjadi naungan British hasil daripada mandat yang diberikan oleh Liga
Bangsa kepada Britisih.49 Dengan mandat yang telah diberikan, British cuba
46
Lois A. Aroian & Richard P. Mitchell. 1991. Timur Tengah dan Afrika Utara Moden . Terjemahan Mohammad
Redzuan Othman. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. hal 171.
47
Mohd Roslan Mohd Nor & Nor Dalila Zakaria. 11 September 2010. http://e-
journal.um.edu.my/filebank/published_article/4330/Jurnal.%20Usuluddin.30.2009.11.Roslan.Zionis..pdf. Diakses
pada 25 April 2013.
48
Francis Fukuyama. 2009. Penamat Sejarah dan Manusia Terakhir (The End of History and The Last Man) . Kuala
Lumpur. Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. hal 280-281.
49
Rory Miller. 2010. Britain, Palestine and Empire: The Mandate Years. Ashgate Publishing Limited. hal 15-20.
mengeksploitasi sehabis mungkin wilayah Palestin. Melalui mandat British ini jugalah
akhirnya Palestin terikat dengan Deklarasi Balfour. 50 Rentetan inilah menyebabkan
Palestin kehilangan tanah mereka apabila orang Yahudi mula membina penempatan
di tanah penduduk Palestin dan mereka sangat menindas orang-orang Palestin.
Sehingga ke hari ini, derita terus dirasakan masyarakatnya. Ketiadaan kuasa
perlindungan seperti sebelum kekalahan Uthmaniyyah akhirnya membawa kepada
isu pelarian di bumi sendiri masyarakat Palestin.

6.0 PENILAIAN
Kegemilangan pemerintahan Islam semasa era Empayar Uthmaniyyah
memperlihatkan bahawa pentadbiran yang diasaskan oleh keluarga Osman ini
sangat digeruni oleh pihak Barat ketika itu. Ini kerana empayar ini telah berjaya
menguasai banyak wilayah sehingga mencetuskan rasa bimbang dikalangan kuasa-
kuasa Eropah lain kerana berjaya menggugat kedudukan mereka. Justeru itu,
banyak cubaan yang dilakukan untuk menggulingkan Empayar Uthmaniyyah.
Namun begitu, usaha-usaha yang dilakukan oleh kuasa Eropah ini gagal.

Jika kita telusuri sejarah awal kerajaan Uthmaniyyah, dapat kita simpulkan
bahawa peranan pemerintah itu sangat penting dalam memajukan sesebuah
kerajaan yakni pemerintah tersebut haruslah mempunyai ciri kepimpinan yang tinggi
disamping bijak dalam mengurus pentadbiran Negara. Maka, dapat kita kaitkan
bahawa kelicinan pentadbiran kerajaan Uthmaniyyah telah membawa kepada
kegemilangan Empayar tersebut. Tetapi malangnya, empayar ini akhirnya
mengalami kelemahan sehingga membawa kepada kejatuhannya.

Oleh yang demikian, dapat diringkaskan bahawa zaman kegemilangan dan


juga kejatuhan Empayar Uthmaniyyah ini sangat didorong oleh faktor
pemerintahannya. Sepanjang ditadbir oleh pemerintahnya seramai 37 orang,
kerajaan ini mengalami jatuh bangun dalam pentadbirannya sehinggalah berjaya
dikalahkan semasa Perang Dunia Pertama. Oleh itu, apa yang dapat kita pelajari
daripada Empayar Uthymaniyyah ialah peranan pemerintah itu sangat penting dalam
menstabilkan pentadbiran kerajaannya. Pemerintah yang lemah sudah pasti tidak
akan berjaya mempertahankan tampuk pemerintahan kerajaannya.
50
Tiar Anwar Bachtiar. 2008. HAMAS: Kenapa Dibenci Israel?. Jakarta. PT Mizan Publika. hal 47.
KESIMPULAN
Secara tuntasnya, apa yang berlaku dalam kerajaan Uthmaniyyah ini sangat
memberi pengajaran kepada kerajaan yang ada hari ini. Seharusnya setiap kerajaan
meneliti dan memikirkan jalan bagi masalah yang dihadapi oleh kerajaan
Uthmaniyyah ini sebagai satu garis panduan kepada mereka agar dapat memerintah
dan juga mentadbir dengan lebih baik. Dalam isu kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah
ini, faktor pemerintah merupakan aspek paling dominan disamping didorong oleh
faktor-faktor lain.

Kejatuhan Empayar Uthmaniyyah ini memberi tamparan hebat kepada umat


Islam khususnya, kerana kejatuhannya menyebabkan umat Islam hilang kuasa
besar yang digeruni masyarakat dunia suatu ketika dahulu. Kejatuhannya juga turut
membawa kepada tertubuhnya satu Republik Turki yang telah diperkenalkan oleh
Mustafa Kamal Atartuk, yang akhirnya membawa kepada terkuburnya era Empayar
Uthmaniyyah. Oleh yang demikian, kejatuhan empayar ini harus dijadikan
pengajaran untuk masyarakat yang ada dalam mentadbir kerajaan mereka. Setiap
masalah yang dihadapi harus diatasi dengan sebaik mungkin melalui langkah-
langkah mahupun cara yang sesuai agar tidak memberi impak negatif kepada
semua.

RUJUKAN
1) Buku
Acmad Munif. 2007. 50 Tokoh Politik Legendaris Dunia. Yogyakarta. Penerbit
NARASI.
Adian Husaini. 2005. Wajah Peradaban Barat: Dari Hegemoni Kristen Ke Dominasi
Sekular-Liberal. Jakarta. Gema Insani Press.
Ali Muhammad Ash-Salabi. 2003. Bangkit dan Runtuhnya Khilafah Utsmaniyah.
Jakarta: Pustaka Al-Kautsar.
Bogle, Emory C. 1996. The Modern Middle East From Imperialism to Freedom,
1800-1958. New Jersey: Prentice Hall.
Dina Rizk Khuory. 2002. State and Provincal Society in the Ottoman Empire:
Monsul, 1540-1834. United Kingdom: Cambridge University Press. Bosworth
C. E. Ilyas Hasan (terj.). 1993. Dinasti-dinasti Islam. Bandung: Penerbit
Mizan.
Eeman Mohamed Abbas. 2002. Sultan Abd Al-Hamid II dan Kejatuhan Khilafah
Islamiah: Peranan Gerakan Nasionalis dan Golongan Minoriti. Kuala Lumpur.
Pustaka Salam.
Fadhlullah Jamil. 2000. Islam di Asia Barat Moden: Sejarah Penjajahan dan
Pergolakan. Shah Alam: Thinkers Librarys.
Francis Fukuyama. 2009. Penamat Sejarah dan Manusia Terakhir (The End of
History and The Last Man). Kuala Lumpur. Institut Terjemahan Negara
Malaysia Berhad.
Halil Inalcik and Donald Quartaert (editor). An Economic and Social History of The
Ottoman Empire 1300-1600. United Kingdom: Cambridge Unversity Press.
J. Shaw, Stanford, Turkey, Vol. 1. Empire of The Gazis: The Rise and Decline of
The Ottoman Empire, 1280-1808. New York. Cambridge University Press.
Lois A. Aroian & Richard P. Mitchell. 1991. Timur Tengah dan Afrika Utara Moden.
Terjemahan Mahayudin Hj. Yahya dan Ahmad Jelani Halimi. 1994. Sejarah
Islam. Fajar Bakti Sdn Bhd.
Mehmet Maksugodlu. 1999. Osmanli History 1281-1922, Based On Osmanli
Sources. IIUM Publication.
Mohammed Redzuan Othman. 1991. Timur Tengah dan Afrika Utara Moden. Kuala
Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ninian Smart. 2009. Falsafah Dunia (World Philosophies). Kuala Lumpur. Institut
Terjemahan Negara Malaysia Berhad.
Robert Mantran. 1996. Great Dates in Islamic History. New York: Fack On File .Inc.
Rory Miller. 2010. Britain, Palestine and Empire: The Mandate Years. Ashgate
Publishing Limited.
Tiar Anwar Bachtiar. 2008. HAMAS: Kenapa Dibenci Israel?. Jakarta. PT Mizan
Publika.
Wan Abdul Rahman Latif et.al. 2001. Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Waine S.Vucinich. 1965. The Ottoman Empire: Its Record and Legacy. Canada: D
Van Nostrand Company LTD.

2) Jurnal
Marshall G.S. Hogson. Mohd Razali Masrun (terj.) 2004. Kebangkitan Islam:
Gambaran dan Sejarah dalam Tamadun Dunia. Empayar Serbuk Letupan
dan Zaman Moden Jilid II. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

3) Internet
Mohd Roslan Mohd Nor & Nor Dalila Zakaria. 11 September 2010. http://e-
journal.um.edu.my/filebank/published_article/4330/Jurnal.%20Usuluddin.30.2
009.11.Roslan.Zionis..pdf. Diakses pada 25 April 2013.

You might also like