You are on page 1of 12

ASIAN PEOPLE JOURNAL 2020, VOL 3(2), 50-61

e-ISSN: 2600-8971 ASIAN PEOPLE JOURNAL, 2020, VOL 3(2), 50-61


http://dx.doi.org/10.37231/apj.2020.3.2.183
https://journal.unisza.edu.my/apj

COACHING PENGAJARAN SEBAGAI PEMBELAJARAN PROFESIONAL GURU: SATU TINJAUAN

(Instructional Coaching as A Teacher Professional Learning: An Overview)

Wan Fadhlurrahman W. Md Rasidi1*, Al-Amin Mydin1, Azian Ismail1


1 Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia

*Corresponding author: fadhlurrahman@student.usm.my

Received: 4 April 2020 • Accepted: 8 May 2020 • Published: 31 October 2020

Abstract

Teacher professional learning is a process of improvement and enhancement of excellence that requires the
school community towork collaboratively to improve outcomes. Under the Malaysian Education
Development Plan (PPPM) 2013 - 2025, a full-time position was created in the District Education Office
(PPD) known as the School Improvement Specialist Coaches (SISC +) to implement professional learning
of teachers through teaching coaching strategies. Teaching coaching strategies are expected to enhance the
professional practice of teachers in low-performing schools. This study was conducted using a quantitative
method approach by survey using aquestionnaire. The main purpose of this study was to evaluate the
effectiveness of the implementation of professional learning for teachers through teaching coaching
strategies by SISC + personnel. The study participants consisted of 200 teachers in Kuala Muda / Yan
district, Kedah. The review of this study uses a set of SISC + Teaching Coaching questionnaires adapted
from the Teacher Education Division (2011). Inferential statistics were used to analyze the relationship of
SISC + teaching coaching with teacher professional practice in teaching and learning (PdP) in the
classroom using Pearson correlation coefficient through SPSS version 22. Through SISC + teaching
coaching strategies conducted in schools, the level of professional practice of teachers in PdP has increased
and is in good category. Further findings of the study also found that there is a significant relationship
between teaching coachingby SISC + with the professional practice of teachers in the classroom.

Keywords: Teacher professional learning, teaching coaching, SISC +, teacher professional practice

50
ASIAN PEOPLE JOURNAL, 2020, VOL 3(2), 50-61

Abstrak

Pembelajaran profesional guru merupakan satu proses penambahbaikan dan peningkatan kecemerlangan
yang memerlukan komuniti sekolah bekerja secara kolaboratif untuk meningkatkan keberhasilan. Di bawah
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025, satu jawatan sepenuh masa diwujudkan di
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dikenali sebagai School Improvement Specialist Coaches (SISC+) bagi
melaksanakan pembelajaran profesional guru melalui strategi coaching pengajaran. Strategi coaching
pengajaran dijangkakan dapat meningkatkan amalan profesional guru di sekolah-sekolah berprestasi rendah.
Kajian ini dijalankan menggunakan pendekatan kaedah kuantitatif secara tinjauan menggunakan soal selidik.
Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk menilai keberkesanan pelaksanaan pembelajaran
profesional guru melalui strategi coaching pengajaran oleh personel SISC+. Peserta kajian terdiri daripada
200 orang guru di daerah Kuala Muda/Yan, Kedah. Tinjauan kajian ini menggunakan set soal selidik
Coaching Pengajaran SISC+ yang diadaptasi daripada Bahagian Pendidikan Guru (2011). Statistik inferensi
digunakan untuk menganalisis hubungan coaching pengajaran SISC+ dengan amalan profesional guru dalam
pengajaran dan pembelajaran (PdP) di bilik darjah menggunakan pekali korelasi Pearson melalui perisian
SPSS versi 22. Hasil kajian menunjukkan pelaksanaan pembelajaran profesional guru di sekolah-sekolah
yang dikaji berada pada tahap tinggi. Melalui strategi coaching pengajaran SISC+ yang dijalankan di
sekolah, tahap amalan profesional guru dalam PdP telah meningkat dan berada dalam kategori baik.
Seterusnya dapatan kajian juga mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara coaching
pengajaran oleh SISC+ dengan amalan profesional guru di bilik darjah.

Kata kunci: Pembelajaran profesional guru, coaching pengajaran, SISC+, amalan profesional guru

Cite as: Wan Fadhlurrahman, W.M.R., Al Amin, M., Aziah, I. (2020). Instructional Coaching as A
Teacher Professional Learning: An Overview. Asian People Journal, 3(2), 50-61.

PENGENALAN

Coaching pengajaran merupakan suatu strategi untuk memperbaiki pelaksanaan kurikulum terhadap strategi, teknik
dan kemampuan guru dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) (Knight, 2007). Sebagai salah satu strategi
pembelajaran profesional guru, coaching pengajaran ialah suatu proses yang melibatkan dua atau lebih rakan
profesional yang bekerja bersama-sama untuk mencerminkan amalan semasa, berkembang, menghalusi, membina
kemahiran baharu, berkongsi idea, menjalankan penyelidikan atau bersama-sama menyelesaikan masalah di tempat
kerja. Coaching pengajaran yang bersistematik perlu melalui proses pra konferensi, pemerhatian PdP di bilik darjah
dan pasca konferensi (Franey, 2015). Dalam konteks pembelajaran profesional guru di sekolah, coaching
pengajaran ialah suatu perkongsian pengalaman pengajaran dan pengetahuan pedagogi bersama rakan lain yang
bermatlamat kepada peningkatan pembelajaran murid (Darling-Hammond, 2000; Hegedus, Tapper, & Dalton,
2016; Tella, 2017).

Mulai tahun 2013, di bawah anjakan ke-6 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025,
program coaching pengajran telah dilaksanakan oleh personel SISC+ di dua buah negeri rintis iaitu Kedah dan
Sabah. Peranan SISC+ ini adalah melaksanakan coaching pengajaran dengan matlamat untuk meningkatkan amalan

51
ASIAN PEOPLE JOURNAL, 2020, VOL 3(2), 50-61

profesional guru-guru di sekolah-sekolah berprestasi rendah (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Kajian ini
dijalankan bertujuan menilai keberkesanan pelaksanaan pembelajaran profesional guru melalui strategi coaching
pengajaran yang dilaksanakan oleh personel SISC+ di sekolah-sekolah yang menerima bimbingan mereka. Impak
coaching pengajaran terhadap perubahan PdP guru boleh ditinjau berdasarkan perubahan positif terhadap amalan
profesional guru yang dibimbing oleh SISC+.

PERNYATAAN MASALAH

Berdasarkan anjakan ke 6 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, strategi pengupayaan
JPN dan PPD, melalui pewujudan perjawatan sama seperti di Amerika Syarikat bagi menyediakan penyelesaian
khusus kepada guru-guru di sekolah telah dilaksanakan. Perjawatan tersebut dikenali sebagai Jurulatih Pakar
Pembangunan Sekolah atau School Improvement Specialist Coaches (SISC+). Fungsi dan peranan SISC+ adalah
untuk meningkatkan amalan profesional guru-guru di sekolah band 4, 5 dan 6 (Kementerian Pendidikan Malaysia,
2013). Sebagai seorang jurulatih, SISC+ akan memberi fokus kepada pelaksanaan coaching pengajaran yang
mensasarkan kepada perubahan positif amalan profesional guru di dalam bilik darjah.

Pelaksanaan pembelajaran profesional guru di peringkat sekolah sangat ditekankan di dalam PPPM 2013-
2025. Chong, Muhammad Faizal dan Zuraidah (2013) mendapati bahawa guru-guru telah mula berkongsi amalan
terbaik melalui aktiviti pembelajaran profesional di sekolah. Amalan pembelajaran profesional dalam kalangan
guru di Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) juga menunjukkan impak yang baik terhadap amalan guru di bilik darjah
(Muhammad Zaini, 2013). Laporan Tahunan PPPM pada tahun 2013 menyatakan kehadiran SISC+ ke sekolah-
sekolah berprestasi rendah di negeri Kedah dan Sabah bagi melaksanakan coaching pengajaran telah meningkatkan
prestasi sekolah (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2014). Namun, tidak banyak dapatan kajian secara spesifik
melihat perkaitan amalan pembelajaran profesional guru melalui strategi coaching pengajaran oleh SISC+ terhadap
peningkatan amalan profesional guru dalam PdP. Kajian oleh Ng (2014) mendapati bahawa perubahan amalan
pedagogi guru yang terlibat dengan coaching pengajran berlaku dalam suatu jangka masa yang panjang dan
bukannya merupakan suatu impak segera. Proses coaching pengajaran perlu dilaksanakan pada masa, situasi dan
tempat yang betul kerana dapatan kajian menunjukkan bahawa amalan profesional pekerja dalam suatu organisasi
sangat bergantung kepada bimbingan yang diterima dalam bentuk intervensi di tempat kerja mereka secara
berterusan (Junaidah, 2015).

Kajian di luar negara menunjukkan pendekatan pembelajaran profesional memberi kesan positif dalam
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran profesional guru. Kajian White dan Lim (2007) menunjukkan melalui
aktiviti pembelajaran profesional, peningkatan budaya kolaboratif dalam kalangan guru akan meningkatkan
pengetahuan kandungan (content knowledge) dan pengetahuan tentang pedagogi kandungan (pedagogical content
knowledge). Kajian mengenai jurulatih di Chicago, Boston dan Sekolah Awam Sacramento di South Carolina,
Amerika Syarikat menunjukkan bahawa berlakunya peningkatan prestasi pelajar dalam subjek Matematik dan
Sains apabila jurulatih bekerja secara langsung dengan guru-guru di sekolah mereka (Neufeld & Roper, 2003).
Manakala Knight dan Carlson (2015) membuktikan bahawa kadar pelaksanaan strategi baharu pengajaran
meningkat daripada 10% (dengan pembangunan profesional tradisional) kepada 85% (pendekatan coaching
pengajaran). Justeru, pengkaji ingin meninjau sejauh mana pelaksanaan pembelajaran profesional guru di sekolah-
sekolah melalui strategi coaching pengajran oleh SISC+ memberi kesan kepada peningkatan kemahiran pedagogi
guru dalam konteks sistem persekolahan di Malaysia khususnya daerah Kuala Muda/Yan, Kedah.

52
ASIAN PEOPLE JOURNAL, 2020, VOL 3(2), 50-61

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menilai keberkesanan pelaksanaan pembelajaran profesional secara coaching
pengajaran oleh SISC+ dan hubungannya dengan amalan profesional guru-guru sekolah di daerah Kuala
Muda/Yan, Kedah. Bagi mencapai tujuan kajian ini, objektif kajian secara spesifik dikemukakan seperti berikut:
1. Menganalisis tahap pelaksanaan pembelajaran profesional guru melalui strategi coaching
pengajaran oleh SISC+ di sekolah-sekolah band 4, 5 dan 6 yang terpilih di daerah Kuala
Muda/Yan.
2. Menganalisis hubungan antara strategi coaching pengajaran oleh SISC+ dengan amalan
profesional guru dalam PdP di bilik darjah.

Diharapkan kajian ini dapat menjawab dan menyediakan indikator yang betul dan terarah terhadap persoalan-
persoalan kajian seperti berikut:
1. Apakah tahap pelaksanaan pembelajaran profesional guru melalui strategi coaching pengajaran
oleh SISC+ di sekolah-sekolah band 4, 5 dan 6 yang terpilih di daerah Kuala Muda/Yan, Kedah?
2. Adakah terdapat hubungan antara strategi coaching pengajaran oleh SISC+ dengan amalan
profesional guru dalam PdP di bilik darjah?

SOROTAN LITERATUR

Pembelajaran Profesional Guru


Pembelajaran profesional guru merujuk kepada para pendidik yang komited dan bekerja secara kolaboratif serta
berterusan dalam usaha membuat inkuiri atau kajian tindakan untuk mencapai prestasi yang lebih baik untuk murid-
murid mereka (Kraft, Blazar, & Hogan, 2016). Pembelajaran profesional yang dilaksanakan di sekolah berteraskan
lima strategi utama sebagai usaha menyokong dan memperbaiki pencapaian murid dan sekolah (Spelman, Bell,
Thomas, & Briody, 2016). Pembelajaran profesional sebagai salah satu inisiatif dalam meningkatkan kualiti guru
adalah trend dan perkembangan pendidikan di negara-negara maju yang memberi perhatian kepada pemantapan
komuniti pembelajaran profesional dalam kalangan pendidik dilihat sebagai usaha meningkatkan profesionalisme
guru (Chong et al., 2018).

Konsep pembelajaran profesional guru di Jepun, Amerika Syarikat, Taiwan, Korea Selatan dan Singapura
merangkumi aktiviti-aktiviti kolaboratif antara pihak sekolah dengan pihak di luar komuniti sekolah (Darling-
Hammond, 2000). Sekolah boleh membawa masuk pihak berkepentingan dari luar sekolah ke dalam bilik darjah
untuk menterjemahkan kurikulum dan penyampaian kurikulum, serta aktiviti kolaboratif antara pihak
berkepentingan dengan pihak sekolah untuk memantapkan penyampaian pendidikan bagi meningkatkan
pencapaian pelajar.

Coaching Pengajaran
Coaching pengajaran adalah satu situasi yang membolehkan guru-guru berkongsi pengalaman pengajaran dan
kemahiran pedagogi di dalam bilik darjah tanpa sebarang paksaan (Shulman, 1991). Perkongsian ini akan
mengakibatkan permuafakatan sesama guru yang berpegang teguh kepada kepercayaan antara satu sama lain dan
bukanlah merupakan suatu penilaian untuk menentukan pencapaian mereka. Aktiviti Coaching pengajaran
menerapkan budaya kerjasama dan amalan dialog reflektif dalam usaha menambahbaik pengajaran guru di dalam

53
ASIAN PEOPLE JOURNAL, 2020, VOL 3(2), 50-61

bilik darjah. Ia merupakan satu proses tertutup di mana guru-guru berkongsi kepakaran, memberi maklum balas
antara satu sama lain, sokongan dan bantuan yang bertujuan untuk meningkatkan pembelajaran melalui pemurnian
kemahiran terkini, pembelajaran kemahiran baharu dan menyelesaikan masalah yang dihadapi di dalam bilik darjah
(Ainon Mohd, 2006).

Coaching pengajaran merujuk kepada strategi secara sistematik untuk memerhatikan pengajaran guru lain
dengan menggunakan kitaran pra konferensi, pemerhatian dan pasca konferensi. Coaching pengajaran ialah salah
satu strategi untuk memperbaiki pelaksanaan kurikulum terhadap strategi, teknik dan kemampuan guru dalam
pembelajaran (Hasbrouck & Christen, 1997). Melalui coaching pengajaran, dua atau lebih rakan profesional
bekerja bersama-sama untuk mencerminkan amalan semasa, berkembang, menghalusi dan membina kemahiran
baharu, berkongsi idea, mengajar antara satu sama lain, menjalankan penyelidikan bilik darjah, atau menyelesaikan
masalah di tempat kerja.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013) menjangkakan guru-guru dapat berkongsi amalan terbaik PdP
di bilik darjah selain menjadikan coaching pengajaran ini sebagai suatu medium pembelajaran sepanjang hayat.
Proses pembelajaran ini memperlihatkan perkembangan guru mengikut fasa demi fasa sehingga wujudnya
perubahan dalam amalan profesional guru. Kajian oleh Zuraidah (2014) menyatakan bahawa aktiviti bimbingan
yang berterusan akan menghasilkan suatu profil pembelajaran profesional guru yang diukur berdasarkan tiga fasa
perubahan iaitu permulaan, pelaksanaan dan pembudayaan.

Kajian oleh Rozita Radziah (2016) terhadap 180 orang personel SISC+ bagi subjek Bahasa Melayu seluruh
negara menunjukkan coaching pengajaran yang dijalankan mampu untuk meningkatkan kualiti PdP dan
profesionalisme guru. Tahap pengetahuan dan kefahaman personel SISC+ Bahasa Melayu terhadap skop PdP
berada pada tahap tinggi dengan skor min 4.49. Sebanyak 76.5% responden menunjukkan skor pada tahap
cemerlang pada item yang berkaitan dengan fungsi coaching pengajaran. Walau bagaimanapun, kajian yang
dijalankan hanya tertumpu kepada Model Standard Guru Malaysia (SGM) yang memberi fokus kepada Standard 2
sahaja iaitu elemen pengetahuan dan kefahaman.

METODOLOGI KAJIAN

Reka Bentuk Kajian


Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif berdasarkan rekabentuk kajian tinjauan berbentuk deskriptif bagi
mengenalpasti dan mengkaji secara empirikal dan sistematik (Creswell, 2015). Menurut Creswell (2015) reka
bentuk kajian tinjauan adalah prosedur utama dalam penyelidikan kuantitatif yang mana pengkaji menjalankan satu
tinjauan terhadap sampel atau keseluruhan populasi kajian bagi memperoleh data dan menjawab persoalan kajian.
Reka bentuk kajian tinjauan mengutamakan data kuantitatif yang dianalisis secara statistik bertujuan membantu
penyelidik memahami sebab dan akibat kepada sesuatu isu secara signifikan (Noraini, 2010).

Penyelidik menggunakan set soal selidik yang dijawab oleh responden iaitu guru yang terlibat dengan
program coaching pengajaran oleh SISC+. Kajian kuantitatif yang dirancang adalah berbentuk deskriptif (tinjauan)
yang bertujuan mengenalpasti dan mengkaji secara empirikal dan sistematik berkaitan pelaksanaan pembelajaran
profesional guru melalui strategi coaching pengajaran oleh SISC+ dan hubungannya dengan amalan profesional
guru di dalam bilik darjah.

54
ASIAN PEOPLE JOURNAL, 2020, VOL 3(2), 50-61

Persampelan
Sampel yang dipilih adalah secara persampelan bertujuan untuk menjawab persoalan kajian secara lebih khusus
dan terarah. Responden yang dipilih melibatkan seramai 200 guru dalam daerah Kuala Muda/Yan, Kedah sahaja
yang terlibat secara langsung dengan pelaksanaan coaching pengajaran oleh SISC+. Hanya guru yang terlibat
dengan coaching sahaja menjadi analisis unit dalam kajian ini.

Instrumen Kajian
Instrumen kajian bagi data kuantitatif yang akan digunakan dikenali sebagai “Set Soal Selidik Coaching Pengajaran
SISC+”. Set soal selidik ini akan dijawab oleh responden yang terdiri daripada guru yang dibimbing secara
coaching pengajaran oleh SISC+ merangkumi perkara-perkara berikut:

Bahagian A : Maklumat peribadi responden


Bahagian B : Maklumat sekolah
Bahagian C : Status pelaksanaan pembelajaran profesional guru di sekolah
Bahagian D : Amalan profesional guru di bilik darjah

DAPATAN KAJIAN

Analisis Deskriptif
Pada bahagian ini, statistik deskriptif seperti nilai kekerapan, peratusan, min, sisihan piawai dan varians digunakan
untuk memudah, meringkas dan merumuskan maklumat asas yang diukur daripada kumpulan sampel kajian. Skor
min dan sisihan piawai ditafsir berdasarkan Pallant (2010) bagi menjelaskan hubungan yang wujud antara
pembolehubah. Skala likert 5 mata dibahagikan untuk menentukan tahap rendah, sederhana dan tinggi (Pallant,
2010). Jadual 1 menunjukkan pengukuran tahap yang digunakan oleh Pallant (2010) bagi membuat rumusan.

Jadual 1: Penentuan Tahap Berdasarkan Skor Min


Skor min Tahap
1.00 – 2.33 Rendah
2.34 – 3.67 Sederhana
3.68 – 5.00 Tinggi
Sumber: Pallant (2010)

Analisis Latar Belakang Responden


Seramai 200 orang responden yang terdiri daripada guru-guru yang melalui proses coaching pengajaran oleh SISC+
dalam daerah Kuala Muda/Yan, Kedah terlibat dalam kajian ini. Ringkasan maklumat latar belakang responden
ditunjukkan dalam Jadual 2 di bawah. Hasil daripada pentadbiran soal selidik, seramai 46 orang (23%) responden
adalah lelaki dan 154 orang (77%) perempuan. Komposisi mengikut jawatan di sekolah pula melibatkan guru
subjek seramai 128 orang (64%) diikuti ketua panitia 52 orang (26%), penolong kanan 8 orang (4%) dan pentadbir
sekolah seramai 12 orang (6%). Dari segi lokasi sekolah pula, kebanyakan responden terdiri daripada guru-guru
yang bertugas di sekolah luar bandar (N=170, 85%). Seramai 30 (15%) orang responden bertugas di sekolah yang
terletak di bandar. Taburan lokasi sekolah yang lebih banyak di kawasan luar bandar disebabkan permasalahan
kajian yang memfokuskan sekolah-sekolah yang berada di band 4, 5 dan 6 dalam daerah Kuala Muda/Yan, Kedah.

55
ASIAN PEOPLE JOURNAL, 2020, VOL 3(2), 50-61

Jadual 2: Analisis Latar Belakang Responden


Kategori Kekerapan (%)
Lelaki 46 (23%)
Perempuan 154 (77%)
Pentadbir Sekolah 12 (6%)
Penolong Kanan 8 (4%)
Ketua Panitia 52 (26%)
Guru Subjek 128 (64%)
Bandar 30 (15%)
Luar Bandar 170 (85%)
Sekolah Kebangsaan 132 (66%)
SJKT 38 (19%)
SJKC 30 (15%)

Tahap Pelaksanaan Pembelajran Profesional di Sekolah


Pelaksanaan pembelajaran profesional di sekolah-sekolah dianalisis menggunakan statistik deskriptif dengan
pendekatan huraian min dan sisihan piawai bagi setiap item yang berkaitan. Ujian statistik Skewness & Kurtosis
yang dijalankan menunjukkan data yang diperolehi bertabur secara normal kerana nilai kedua-duanya terletak di
antara -1.96 dan +1.96 seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.

Jadual 3: Skor Min Item Pelaksanaan Pembelajaran Profesional di Sekolah

Min Sishan Varians Skewness Kurtosis Tahap


Piawai
C1 Berapa kerapkah aktiviti
pembelajran profesional 3.86 .78 .61 -.79 .71 Tinggi
sekolah anda?
C2 Berapa kerapkah anda
menyelesaikan tugasan 3.09 1.01 1.01 -.12 -.15 Sederhana
dalam kumpulan?
C3 Berapa kerapkah sekolah
anda membincang 3.90 .79 .62 -1.23 1.31 Tinggi
program-program
intervensi untuk murid?
C4 Berapa kerapkah sekolah
anda meluangkan masa 3.78 .91 .82 -.79 .35 Tinggi
dengan isu pengurusan
dan pentadbiran PdP?
C5 Berapa kerapkah sekolah
anda membincangkan
pembelajaran murid 3.86 .78 .61 -.93 .97 Tinggi
sebagai panduan
pengajaran?
C6 Berapa kerapkah anda
membincangkan 3.52 .96 .92 -.44 .035 Sederhana
pentaksiran murid
bersama rakan guru?

56
ASIAN PEOPLE JOURNAL, 2020, VOL 3(2), 50-61

C7 Berapa kerapkah sekolah


anda membincang
pendekatan pengajaran 3.89 .80 .64 -1.11 1.87 Tinggi
berdasarkan analisis
pentaksiran?

Kesemua tujuh item soal selidik bahagian ini item telah diolah (computed) untuk menjadi satu konstruk yang
dikenali sebagai pembolehubah Pelaksanaan PLC di Sekolah seperti di Jadual 4.

Jadual 4: Skor Min Pembolehubah Pembelajaran Profesional di Sekolah


Konstruk Min Sisihan Piawai Varians Skewness Kurtosis
Pelaksanaan
Pembelajaran 3.70 .65 .42 -.63 1.22
Profesional Guru

Dapatan data menunjukkan pelaksanaan pembelajaran profesional guru di sekolah berada pada tahap yang tinggi
dengan nilai min 3.70 dan sisihan piawai 0.65 (Pallant, 2010). Skor min yang diperolehi menunjukkan responden
kajian bersetuju bahawa sekolah-sekolah di daerah Kuala Muda/Yan telah mengadakan pembelajaran profesional
yang melibatkan guru-guru di sekolah band 4, 5 dan 6.

Tahap Amalan Profesional Guru dalam PdP.


Dapatan bagi tinjauan terhadap amalan profesional guru dalam PdP di bilik darjah seperti yang ditunjukkan dalam
Jadual 5.

Jadual 5: Skor Min Tahap Amalan Profesional Guru Dalam PdP di Bilik Darjah
Item Min Sisihan Piawai
D1 Saya didedahkan secukupnya kepada pembelajaran 3.88 0.67
kolaboratif
Pengajaran menggunakan pendekatan tradisional
D2 (berpusatkan guru, kapur dan papan tulis…) lebih 3.01 0.93
berkesan dan sesuai dipraktikkan untuk murid saya
D3 Aktiviti pembelajaran kolaboratif atau berkumpulan 4.22 0.48
sesuai dan berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran
Guru memainkan peranan penting sebagai fasilitator
D4 bukan seperti pendeta yang bercakap di atas pentas 4.37 0.49
kepada pendengarnya.
D5 Pengajaran dan pembelajaran adalah pengalaman yang 4.32 0.51
dikongsi antara murid dan guru.
D6 Pembelajaran dalam bentuk aktif perlu sentiasa 4.36 0.58
diberikan kepada pelajar
D7 Saya menilai keberkesanan pengajaran saya 4.17 0.40
D8 Saya dapat meningkatkan ilmu pengetahuan melalui 4.25 0.48
pengajaran dan pembelajaran yang saya laksanakan
D9 Saya menyesuaikan keadaan sosio budaya murid dengan 4.26 0.49
pendekatan pengajaran saya
D10 Sebagai guru, saya berkongsi kuasa autoriti dengan 3.99 0.56
murid dalam beberapa keadaan tertentu
D11 Saya mewujudkan persekitaran pembelajaran yang aktif 4.15 0.44
dan kaya dengan idea baharu
D12 Saya memberi aktiviti secara kolaboratif dengan 4.17 0.53
menyediakan pelbagai tugasan bermakna kepada murid
D13 Saya menyediakan ruangan jurnal, majalah, buku 3.85 0.66
rujukan, akhbar dalam bilik darjah bagi memudahkan

57
ASIAN PEOPLE JOURNAL, 2020, VOL 3(2), 50-61

mendapatkan maklumat kendiri


Saya memberikan murid peluang bertanya untuk
D14 penjelasan, menyumbangkan idea, menghargai pendapat 4.29 0.48
berbeza termasuk membuat bantahan
D15 Saya menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran 4.22 0.54
melalui pembangunan kemahiran sosial dan kumpulan
D16 Saya menggalakkan murid melibatkan diri secara aktif 4.35 0.48
dalam aktiviti kelas

Kesemua item telah diolah (computed) bagi membincangkan tahap amalan profesional guru dalam bilik darjah.
Satu pembolehubah yang dikenali sebagai Amalan Profesional Guru di Bilik Darjah diperolehi seperti Jadual 6.

Jadual 6: Pembolehubah Amalan Profesional Guru di Bilik Darjah


Sisihan Varians Skewness Kurtosis
Min Piawai
Amalan Profesional 4.19 0.38 0.14 -0.93 -0.11
Guru di Bilik Darjah

Secara keseluruhannya, skor min bagi tahap amalan profesional guru ialah 4.19 dengan sisihan piawai 0.38. Sisihan
piawai yang agak kecil menunjukkan kecenderungan responden untuk memilih skor menghampiri nilai min.
Justeru, dengan skor min 4.19 ditafsir oleh Pallant (2010) sebagai tinggi, terbukti tahap amalan profesional guru-
guru dalam bilik darjah di daerah Kuala Muda/Yan, Kedah adalah dalam kategori baik.

Hubungan Coaching Pengajaran SISC+ Dengan Amalan Profesional Guru dalam PdP.
Sebelum analisis korelasi Pearson antara pembolehubah coaching pengajaran oleh SISC+ dan amalalan profesional
guru dijalankan, ujian normaliti Kolmogorov-Smirnov telah dilaksanakan. Dapatan ujian adalah seperti dalam
Jadual 7.

Jadual 7: Hubungan Coaching Pengajaran SISC+ dengan Amalan Profesional Guru


Kolmogorov-Smirnova
Statistik df Sig.
Coaching Pengajaran SISC+ .19 100 .000
Amalan Profesional Guru .26 100 .000

Hipotesis nol bagi ujian Kolmogorov-Smirnov ditolak kerana p<0.05, Maka skor sampel diandaikan tidak
bertaburan secara normal dalam populasi. Namun, saiz sampel > 30 tidak banyak mempengaruhi ketepatan ujian
Pearson r (Yockey, 2008). Justeru, andaian bagi ujian pekali korelasi Pearson, r iaitu sampel dipilih secara rawak
daripada populasi dan skor-skor bagi setiap pembolehubah adalah bertaburan secara normal dalam populasi adalah
dipenuhi.
Seterusnya analisis korelasi Pearson dijalankan menggunakan perisian SPSS. Penetapan aras signifikan
dilakukan bagi menerima atau menolak hipotesis nol. Aras signifikan adalah pada nilai α = .05. Jika p ≤ .05,
maka hipotesis nol ditolak dan jika p ≥ .05, maka hipotesis nol gagal ditolak.

Ho: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara coaching pengajaran SISC+ dengan amalan
profesional guru dalam populasi
H1: Terdapat hubungan yang signifikan antara coaching pengajaran SISC+ dengan amalan profesional
guru dalam populasi

58
ASIAN PEOPLE JOURNAL, 2020, VOL 3(2), 50-61

Keputusan analisis korelasi Pearson, r yang diperolehi adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 8.

Jadual 8: Keputusan Analisis Korelasi Pearson, r


Amalan Profesional
Guru
Pearson Correlation .53**
Coaching Pengajaran oleh SISC+ Sig. (2-tailed) .000
N 100
**. Korelasi adalah signifikan pada tahap 0.05

Nilai p < .05 iaitu .00, maka hipotesis nol adalah ditolak. Dapatan menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan
anatara coaching pengajaran oleh SISC+ dengan amalan profesional guru dalam populasi. Statistik korelasi
menunjukkan bacaan seperti berikut:

r(100) = .529, p< .01, r2=0.28

Pekali penentuan korelasi menunjukkan 28% varians dalam skor coaching pengajaran oleh SISC+ berkait dengan
amalan profesional guru. Terdapat hubungan positif yang sederhana dan signifikan antara kedua-dua
pembolehubah berdasarkan nilai pekali korelasi Pearson, r=0.53 berada pada indeks korelasi 0.41 - 0.70 yang
menginterpretasikan hubungan yang sederhana (Mohd Majid, 2000).

KESIMPULAN

Daripada dapatan kajian yang diperoleh, data tinjauan menunjukkan pelaksanaan pembelajaran profesional guru di
sekolah-sekolah band 4, 5 dan 6 daerah Kuala Muda/Yan berada pada tahap yang tinggi. Melalui aktiviti-aktiviti
pembelajaran profesional yang dijalankan di sekolah, tahap amalan profesional guru dalam PdP juga telah
meningkat dan berada dalam kategori baik. Tinjauan juga menunjukkan perspektif guru terhadap pelaksanaan
coaching pengajaran oleh SISC+ adalah positif. Seterusnya dapatan kajian juga mendapati bahawa terdapat
hubungan yang signifikan antara coaching pengajaran oleh SISC+ dengan amalan profesional guru dalam PdP di
bilik darjah.

RUJUKAN

Ainon Mohd, A. H. (2006). Guru Sebagai Pendorong Dalam Darjah. PTS Professional.

Chong, C. K., Muhammad Faizal, A. G., & Zuraidah, A. (2018). Cabaran Amalan komuniti pembelajaran dalam
kalangan guru sekolah rendah berprestasi tinggi Malaysia. Jurnal Kurikulum & Pengajara Asia Pasifik, 6(3),
1–14.
Creswell, J. W. (2015). Educational research: Planning, conducting, and evaluating quantitative and
qualitative research. Upper Saddle River, N.J: Merrill.
Darling-Hammond, L. (2000). Teacher quality and student achievement: A review of state policy
evidence. Educational Policy Analysis Archives, 8(1), 1-46.
Franey, J. J. (2015). Developing an understanding of instructional coaching. Dimuat turun daripada
http://www.developingdifferencemakers.com/uploads/6/0/5/5/60557285

59
ASIAN PEOPLE JOURNAL, 2020, VOL 3(2), 50-61

Hasbrouck, J.E., & Christen, M.H (1997). Providing Peer Coaching In Inclusive Classrooms. A Tool
for Consulting Teachers. Intervension in School and Clinic Journal
Hegedus, S. J., Tapper, J., & Dalton, S. (2016). Exploring how teacher-related factors relate to student
achievement in learning advanced algebra in technology-enhanced classrooms. Journal of
Mathematics Teacher Education, 19(1), 7-32.
Jasmi, K.A. (2012). Kesahan dan Kebolehpercayaan dalam Kajian Kualitatif in Kursus Penyelidikan
Kualitatif Siri 1 2012 at Puteri Resort Melaka on 28-29 Mac 2012. Organized by Institut
Pendidikan Guru Malaysia Kampus Temenggong Ibrahim, Jalan Datin Halimah, 80350 Johor
Bahru, Negeri Johor Darul Ta'zim.
Junaidah, M. (2015). Meneroka Coaching Sebagai Daya Perubahan Organisasi Di Malaysia. E-LPTA
(tidak diterbitkan). UNIMAS
Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Ringkasan Eksekutif Pelan Pembagunan Pendidikan
Malaysia 2013 – 2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah).
Kementerian Pendidikan Malaysia (2014). Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
Putrajaya.
Knight, J. (2007). Instructional coaching: A partnership approach to improving instruction. Thousand
Oaks, CA: Corwin Press.
Knight, J. R., & Carlson, C. (2015). Better conversations: Coaching ourselves and each other to be more
credible, caring, and connected. Thousand Oaks, CA: Corwin Press.
Kraft, M. A., Blazar, D., & Hogan, D. (2016). The effect of teacher coaching on instruction and
achievement: A meta-analysis of the causal evidence. Review of Educational Research, 88(4),
547-588.
Mohd Majid Konting (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka.
Muhammad Zaini, M.Z. (2013). Kajian Amalan Terbaik Di Sekolah Cemerlang Pisa: Satu Kajian Kes
Di SMK Bukit Jambul, Pulau Pinang. Persidangan Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan 2013.
Neufeld, B. & Roper, D. (2003). Coaching: A Strategy for Developing Instructional Capacity.
Providence: Annenberg Institute for School Reform.
Ng Kee Chuan (2014). Tinjauan Awal Persepsi School Improvement Specialist Coach Plus (SISC+):
Perkembangan, Cabaran dan Ekspektasi. IPG Kampus Gaya
Noraini, I. (2010). Penyelidikan Dalam Pendidikan. McGraww Hill Education.
Pallant, J. (2010) SPSS survival manual: A step by step guide to data analysis using SPSS. 4th Edition,
Open University Press/McGrawHill, Maidenhead.
Rozita Radziah, S. (2016). Bimbingan Dan Pementoran Berfokus Oleh Sisc+ BM: Impak Terhadap
Kualiti Pengajaran Guru Bahasa Melayu Di Sekolah-Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan
Malaysia, UKM.
Shulman, L.S. (1991). “Ways of seeing, ways of knowing: Ways of teaching, ways of learning about
teaching.”. Journal of Curriculum Studies (23.5), 393-395.
Spelman, M., Bell, D., Thomas, E., & Briody, J. (2016). Combining professional development &
instructional coaching to transform the classroom environment in PreK-3 classrooms. Journal of
Research in Innovative Teaching, 9(1), 30-46.
Tella, A. (2017). Teacher variables as predictors of academic achievement of primary school pupils
mathematics. International Electronic Journal of Elementary Education, 1(1), 16-33.
White & Lim. (2007). Third International Handbook of Mathematics Education. DOI: 10.1007/978-1-
4614-4684-2_27

60
ASIAN PEOPLE JOURNAL, 2020, VOL 3(2), 50-61

Yockey, R. D. (2008). SPSS Demystified: A Step-By-Step Guide to Successful Data Analysis. Upper
Saddle River, NJ: Pearson Education, Inc.
Zuraidah, A. (2014). Professional Learning Community in Secondary Schools Community in Malaysia.
Journal of Education and Learning (EduLearn), 2014

61

You might also like