You are on page 1of 128

BAB 1

KONSEP DAN PRINSIP KOKURUKULUM

1.1 Pendahuluan

1.2 Definisi

1.3 Hakikat Kokurikulum Dalam Program Pendidikan

1.4 Kewajipan Pelaksanaan Kokurikulum Di Sekolah

1.5 Fungsi Kokurikulum Dalam Kependidikan

1.6 Unsur-unsur Kependidikan Dalam Kokurikulum

1.7 Kepentingan Kokurikulum

1.8 Skema Pelaksanaan Kokurikulum Di Sekolah

1.9 Prinsip Pelaksanaan Kokurikulum

1.10 Ciri-ciri Murid/Pelajar Yang Dihasratkan Melalui Kokurikulum

1.11 Indikator Pelaksanaan Kokurikulum Yang Berkesan Di Sekolah

Lampiran 1A : Menilai Semula Pelaksanaan Kokurikulum Di Sekolah

Lampiran 1B : 20 Tonggak Pelaksanaan Kokurikulum Di Sekolah


BAB 1
KONSEP DAN PRINSIP KOKURIKULUM

Kekeliruan mengenai kokurikulum sebagai sebahagian daripada proses pendidikan adalah salah
satu daripada pelbagai faktor yang menyebabkan pelaksanaannya di sekolah-sekolah kurang
memberangsangkan. Apatah lagi apabila konsep dasar dan prinsip kokurikulum tidak difahami dan
dihayati sepenuhnya (atau disalahertikan) dalam konteks kependidikan dan pembangunan kemanusiaan
yang menyeluruh dan berterusan demi melahirkan murid-murid yang mewarisi dan menghayati ciri-ciri
insan seimbang dan cemerlang serta sanggup memberi sumbangan kepada usaha memajukan keluarga ,
masyarakat, bangsa dan negara seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Sehubungan itu, kandungan bab ini akan cuba menjelaskan konsep, dasar dan prinsip
pelaksanaan bidang kokurikulum sebagai sebahagian daripada proses pendidikan yang wajib
dilaksanakan di sekolah-sekolah. Aspek-aspek mengenai fungsi dan kepentingan kegiatan kokurikulum
serta skema pelaksanaannya juga akan disentuh. Sebahagian daripada penjelasan yang dikemukakan
adalah dalam bentuk petikan-petikan daripada pelbagai sumber yang autentik supaya penjelasan yang
dikemukakan lebih ringkas dan mudah difahami.

1.1 Definisi:

1.1.1 Kokurikulum adalah “kegiatan kumpulan”. Rujuk Warta Kerajaan No. 5652 Jil.
11/Bil. 27 (Tambahan No. 2)
bertarikh 28hb Disember 1967

1.1.2 “Kegiatan kokurikulum” ertinya apa-apa Rujuk Peraturan 2 dalam Peraturan-


Peraturan Pendidikan (Kurikulum
kegiatan yang dirancang lanjutan daripada Kebangsaan) 1997 seperti dalam
Warta Kerajaan Jil. 42/No. 11
proses pengajaran dan pembelajaran dalam (Tambahan No.41) Perundangan
(A)/P.U.(A) 196 bertarikh 21hb Mei
bilik darjah yang memberikan murid peluang 1998.

untuk menambah, mengukuh dan


mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan
nilai yang dipelajari di bilik darjah.
1.1.3 Kokurikulum adalah kegiatan atau aktiviti Rujuk Kamus Dewan(Edisi Ketiga),
Dewan Bahasa dan Pustaka (2002),
selain mata pelajaran yang diajarkan dalam m.s
692
bilik darjah tetapi yang dianggap sebagai
sebahagian daripada kursus pendidikan
pelajar di sekolah (misalnya kegiatan dalam
persatuan-persatuan, kegiatan sukan dan lain-
lain)

1.1.4 Kokurikulum merupakan satu saluran Rujuk Buku Penerangan Kurikulum


Bersepadu Sekolah Menengah,
pembelajaran yang berasaskan gerak kerja Dewan Bahasa dan Pustaka (1992,
m.s 11)
yang terancang. Gerak kerja ini merupakan
lanjutan daripada proses pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah. Oleh itu,
aktiviti-aktiviti kokurikulum dapat
menyediakan peluang kepada pelajar untuk
menambah, mengukuh dan mengamalkan
pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang
telah dipelajari di bilik darjah.

1.1.5 Kokurikulum adalah bidang pengajian luar Rujuk Laporan Jawatankuasa


Kabinet Mengkaji Pelaksanaan
bilik darjah atau yang tidak formal. Dasar Pelajaran , Dewan Bahasa
Dan Pustaka (1984), m.s 269

1.1.6 Kokurikulum adalah wadah pembinaan Rujuk Ramlan Abd. Wahab Dewan
Masyarakat, Januari 2002,
jasmani, emosi dan rohani dengan Karangkraf Publications Sdn. Bhd.
m.s 44
menawarkan pelbagai pengetahuan,
pengalaman, kemahiran dan latihan
berteraskan konsep pendidikan dan
pembangunan insan yang bersepadu dan
menyeluruh. Pengetahuan, pengalaman dan
kemahiran yang mengandungi unsur-unsur
intelek, disiplin kendiri, kepimpinan,
keusahawanan, kreativiti dan inovasi,
kecintaan kepada alam semula jadi,
kewarganegaraan dan kesetiaan kepada
bangsa dan negara, kebudayaan integrasi
nasional dan sebagainya, akan membantu
murid-murid menentukan hala tuju kehidupan
masa depan masing-masing.

1.1.7 Kokurikulum adalah aktiviti pembelajaran Rujuk Ramlan Abd. Wahab Dewan
Masyarakat, Januari 2002,
tidak formal yang berteraskan keperluan Karangkraf Publications Sdn. Bhd.
m.s 44
pelajar mengalami sendiri aktiviti-aktiviti
kependidikan dalam keadaan sebenar.

1.2 Hakikat Kokurikulum Dalam Bidang Pendidikan

1.2.1 Kokurikulum adalah sebahagian daripada


Rujuk subperaturan 3(1) dalam
Kurikulum Kebangsaan. peraturan-peraturan (Kurikulum
Kebangsaan) 1997 yang
diterbitkan sebagai PU(A)
“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program 531/97___________

pendidikan yang termasuk kurikulum dan


kegiatan kokurikulum yang merangkumi
semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai,
unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk
membantu perkembangan seseorang murid
dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani,
mental dan emosi serta untuk menanam dan
mempertingkatkan nilai moral yang diingini
dan untuk menyampaikan pengetahuan”

1.2.2 Pengiktirafan seperti yang dinyatakan dalam


1.2.1 di atas secara langsung membatalkan
tanggapan bahawa kokurikulum adalah
“sekadar aktiviti sampingan” atau “extra
mural activities” dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) yang membawa konotasi
bahawa aktiviti kokurikulum tidak penting
atau sekadar hiasan yang tidak merupakan
amanah dan tanggungjawab yang mesti
ditunaikan. Tegasnya, berdasarkan
pengiktirafan ini, aktiviti kokurikulum
mestilah dianggap sebagai aktiviti
kependidikan dan dengan demikian perlu
dilaksanakan secara terancang dan berkesan
seperti juga aktiviti-aktiviti P&P yang lain.

1.2.3 Pengiktirafan ini juga secara langsung


menegaskan bahawa kegiatan kokurikulum
mestilah mengandungi elemen-elemen
pendidikan yang menjadi teras kepada
pembangunan keintelektualan dan
kemanusiaan murid secara beransur-ansur
tetapi menyeluruh dan berterusan.

1.2.4 Aktiviti kokurikulum pula mestilah


dilaksanakan seperti aktiviti kurikulum (iaitu
aktiviti-aktiviti pembangunan kognitif) yang
pada asasnya merangkumi lima fasa teras
iaitu perancangan, pelaksanaan, pemantauan
dan penyeliaan, penilaian dan
penambahbaikan.

1.2.5 Sebagai kegiatan kependidikan yang menjadi


wadah pelaksanaan kurikulum kebangsaan,
maka program atau aktiviti kokurikulum
hendaklah dilaksanakan dengan tujuan untuk
membantu merealisasikan Dasar Pendidikan
Kebangsaan dan Dasar Pembangunan Negara
khususnya Wawasan 2020, di samping untuk
melahirkan warga negara cemerlang yang
menghayati sepenuhnya Rukun Negara.

1.2.6 Sebagai sebahagian daripada program


pendidikan, maka setiap kegiatan atau aktiviti
kokurikulum hendaklah mempunyai
kurikulum yang jelas, pragmatik, praktik dan
realistik, di samping mempunyai aspek-aspek
yang boleh diukur/dinilai bagi menentukan
keberkesanannya dan untuk menghasilkan
dapatan-dapatan yang boleh dimanfaatkan
sebagai panduan dan rujukan dalam usaha
menambahbaik pelaksanaannya pada masa
hadapan.

1.2.7 Kegiatan dan aktiviti kokurikulum sebagai


sebahagian daripada proses pendidikan
hendaklah dikelola dan dikendalikan oleh
mereka yang berkelayakan, berkemahiran dan
berpengalaman.

1.3 Kandungan Kegiatan Kokurikulum di Sekolah

1.3.1 Kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan Rujuk Subperaturan 3(3) dalam


peraturan-peraturan (Kurikulum
dan bantuan kerajaan akan mengandungi yang Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan
sebagai PU(A) 531/97
berikut:-
(a) penyertaan dalam sukan dan permainan.
(b) penyertaan dalam persatuan dan kelab.
(c) penyertaan dalam badan beruniform.
(d) penyertaan dalam kegiatan-kegiatan lain
sebagaimana ditentukan oleh Menteri.

1.3.2 Kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan Rujuk Peraturan 4 dalam


dan bantuan kerajaan meliputi kegiatan dalam peraturan-peraturan pendidikan
(Peersatuan Sekolah) 1998 yang
persatuan yang ditubuhkan di sekolah diterbitkan sebagai Warta
Kerajaan Jil.42No.11 (Tambahan
daripada kategori berikut:- No. 41), Perundangan (A) P.U.
(A)196 bertarikh 21hb. Mei 1998
(a) mata pelajaran yang diajar di sekolah
sebagaimana yang dinyatakan dalam
Peraturan-Peraturan Pendidikan
(Kurikulum Kebangsaan) 1997.

(b) hobi dan rekreasi.


(c) sukan dan permainan.
(d) badan beruniform; atau
(e) apa-apa persatuan lain yang diluluskan
oleh Pendaftar.

1.4 Kewajipan Pelaksanaan Kokurikulum di Sekolah

1.4.1 Sebagai sebahagian daripada Kurikulum


Kebangsaan, maka pelaksanaan kokurikulum
di sekolah adalah wajib. Rujuk Seksyen 18,
Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Kegagalan
atau keengganan melaksanakan kegiatan
kokurikulum di sekolah adalah suatu
kesalahan dan apabila disabitkan boleh
didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi
tiga bulan atau kedua-duanya (Rujuk
Subseksyen 135(1) Akta Pendidikan 1996
(Akta 550) dan jika kesalahan itu dilakukan
secara berterusan, maka apabila disabitkan
sedemikian, seseorang itu dikenakan
hukuman denda harian yang tidak melebihi
lima ratus ringgit sebagai tambahan kepada
apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan
kepadanya di bawah Akta ini berkenaan
dengan kesalahan itu, bagi setiap hari
kesalahan itu terus dilakukan. (Rujuk
Subseksyen 135 (2) Akta 550)

1.4.2 Matlamat gerak kerja kokurikulum yang Rujuk Subperkara 5.1 dalam Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985
dikehendaki ialah penyertaan oleh setiap KP(BS)8591/Jld.11(29) bertarikh
2hb. Januari 1985
orang pelajar yang belajar di sekolah kerajaan
atau bantuan kerajaan. Setiap pelajar
hendaklah mengambil bahagian sekurang-
kurangnya dalam salah satu gerak kerja
pakaian seragam(badan beruniform), satu
kegiatan persatuan atau kelab, dan satu
kegiatan sukan atau permainan. Seberapa
yang boleh, peningkatan penyertaan pelajar-
pelajar dalam kegiatan pakaian seragam
hendaklah diusahakan.

1.4.3 Penyertaan semua guru adalah dikehendaki Rujuk Subperkara 5.2 dalam Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985
bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan KP(BS)8591/Jld.11(29) bertarikh
2hb. Januari 1985
gerak kerja kokurikulum di sekolah.

1.4.4 Sekolah-sekolah, khususnya yang kurang Rujuk Subperkara 5.3 dalam Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985
kemudahan untuk menjalankan gerak kerja KP(BS)8591/Jld.11(29) bertarikh
2hb. Januari 1985
kokurikulum ini hendaklah menggalakkan
pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam
membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat
setempat: bergotong-royong memperbaiki
kawasan sekolah; dan dalam pelbagai gerak
kerja yang menekankan perpaduan kaum,
ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang
sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan
pembentukan keperibadian.

1.4.5 Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
16/2000KP(BS)8591/Jld.XVI(16)
hendaklah berasaskan prinsip penyertaan bertarikh 13hb.November 2000
beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur
diskriminasi atau paksaan dan yang
bercanggah dengan Dasar Pendidikan
Kebangsaan dan Perlembagaan Negara.
1.4.6 Penyertaan pelajar dalam aktiviti Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
1/1986,KP(BS)8591/Jld.11(41)
kokurikulum adalah wajib. Sehubungan itu, bertarikh 15hb.Januari 1986
kehadiran pelajar dalam aktiviti kokurikulum
mestilah direkodkan.
1.4.7 Peruntukan masa untuk kegiatan kokurikulum
seperti dalam warta Kerajaan No. 5652 Jil.
11/Bil27 bertarikh 28 Disember 1967 adalah
seperti berikut:-

Sekolah Menengah

Tingkatan Peralihan 180 minit seminggu


1-3 & 6

Tingkatan 4&5 180 minit seminggu


Sastera/Perdagangan/SRT

Tingkatan 4&5 Teknik 100 minit seminggu

Sekolah Rendah
Tahun 5&6 120 minit seminggu

Tahun 3&4 60 minit seminggu

1.4.8 Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh Rujuk Subperkara 5.2.3 dalam


Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985
dilaksanakan dengan menggunakan atau KP(BS)8591/Jld.11(32) bertarikh
2hb. Februari 1985
memanfaatkan penglibatan dan kepakaran
anggota-anggota masyarakat setempat.

1.5 Fungsi Kokurikulum

Sebagai kegiatan kependidikan, kegiatan kokurikulum berfungsi untuk membantu dan


membolehkan pelajar-pelajar:-

(a) Mengembang dan mengukuhi ilmu


pengetahuan, pengalaman dan kemahiran
formal yang diperoleh di bilik darjah,
khususnya ilmu pengetahuan dan kemahiran
yang berkaitan dengan perkembangan
psikomotor, afektif, sosialisasi dan kerohanian.
(b) Mengaplikasikan ilmu pengetahuan dan
kemahiran yang diperoleh melalui
pembelajaran formal di bilik darjah, khususnya
ilmu pengetahuan dan kemahiran yang
berkaitan dengan kesihatan dan kesejahteraan
diri, ikhtiar hidup, kekaryawanan,
keusahawanan dan kelestarian alam sekitar.

(c) Mengalami sendiri dan proses yang menjana


ilmu pengetahuan, pengalaman dan kemahiran
yang telah dan akan dipelajari dalam bilik
darjah.

(d) Melatih diri berdikari dalam apa jua keadaan


dan situasi, khususnya ketika menghadapi
cabaran dan masalah, di samping memupuk
sikap yakin kepada diri sendiri.

(e) Berinteraksi secara langsung dengan alam


sekitar untuk mengukuhi keinsafan tentang
hakikat kewujudan dan menyemarakkan
perasaan penuh kesyukuran serta menyedari
kebertanggungjawaban diri sendiri ke atas
kelestarian dan kesejahteraan alam semula jadi.

(f) Mengembangkan bakat, minat dan potensi diri


sendiri dalam bidang-bidang yang diceburi.

(g) Mengalami sendiri hakikat pentingnya diri


sendiri dan individu lain mempunyai nilai-nilai
murni kemanusiaan dan keinsanan yang luhur.
(h) Mengalami sendiri hakikat pentingnya
perpaduan, kerjasama, permuafakatan dan
semangat sepasukan.

(i) Menguji dan mempertingkatkan ciri-iri


kepimpinan, ketabahan dan kecekalan
menghadapi masalah dan cabaran.

(j) Memanfaatkan peluang yang ada dan


meneroka peluang-peluang baru untuk
memajukan diri sendiri dan rakan-rakan.

(k) Memperoleh pengetahuan, pengalaman dan


kemahiran baru yang tidak mungkin diperoleh
di bilik darjah.

(l) Meningkatkan kreativiti, inovasi dan


kekaryawanan dalam bidang-bidang yang
diminati.

(m) Memperluaskan persepsi dan pandangan hidup.

(n) Berinteraksi dengan rakan-rakan dan anggota


masyarakat untuk mewujudkan suasana yang
harmoni, ceria, aman dan sejahtera serta saling
bekerjasama.

(o) Mengisi masa lapang dengan kerja-kerja yang


berfaedah di samping membina kesihatan dan
kesejahteraan diri.
(p) Memberi sumbangan tenaga, idea, buah fikiran
yang bernas, khidmat dan kepakaran kepada
yang memerlukan.

(q) Menyuburkan sifat-sifat penyayang (caring),


bertimbang rasa (understanding), toleransi
(tolerance), menerima dengan senang hati
(acceptance), positivisme (positivism), berbudi
bahasa dan bersopan santun (politeness),
kepemimpinan (leadership), empati (empathy),
dan tegas (assertive).

(r) Memperkembangkan lagi kesejahteraan dan


ketangkasan jasmani, ketenangan dan
kematangan emosi, keluhuran rohani, dan
kecemerlangan serta keterampilan intelek.

(s) Menyemarak, menghayati dan mengamalkan


budaya cemerlang seperti budaya membaca,
budaya ilmu, budaya mengasihi ibu bapa dan
warga tua, budaya berfikir, budaya berterima
kasih dan bersyukur, budaya berjimat cermat
dan sebagainya.

(t) Mempertingkatkan ketahanan diri dan


ketabahan jiwa dalam menghadapi kesukaran,
kesusahan dan cabaran-cabaran hidup semasa
dan akan datang.

(u) Memperoleh dan mempertingkatkan


kemahiran-kemahiran ikhtiar hidup.
1.6 Unsur-unsur Kependidikan Dalam Kokurikulum

Unsur-unsur kependidikan yang perlu dijelmakan dalam kegiatan kokurikulum termasuklah


yang berikut :-

(a) Kepercayaan kepada Tuhan


(b) Kesetiaan kepada raja dan negara

(c) Keluhuran perlembagaan

(d) Kedaulatan undang-undang

(e) Kesopanan dan kesusilaan

(f) Pendidikan seumur hidup

(g) Keilmuan dan kepengetahuan

(h) Kemanusiaan yang murni

(i) Disiplin dan kebertanggungjawaban

(j) Protokol dan Etiket

(k) Kemahiran berfikir

(l) Ketahanan fizikal dan semangat

(m) Kreativiti dan inovasi

(n) Kerjaya dan keusahawanan

(o) Kepimpinan

(p) Kepengurusan dan kepentadbiran

(q) Etika dan amanah

(r) Komitmen, iltizam dan dedikasi

(s) Kesetiaan dan ketaatan


(t) Kesukarelawanan

(u) Kewarganegaraan dan kemasyarakatan

(v) Rekreasi dan riadah

(w) Penyelidikan dan pembangunan

(x) Kebudayaan dan kesenian

(y) Komunikasi dan pergaulan

(z) Perpaduan dan integrasi nasional

(aa) Penilaian dan pengiktirafan

(ab) Peningkatan kebolehan, kemahiran dan kepakaran


(ac) Penghargaan
(ad) Bersyukur dan terima kasih

1.7 Kepentingan Kokurikulum

1.7.1 Matlamat dasar Pendidikan Kebangsaan ialah Y.A.B Datuk Seri


Abdullah Hj. Ahmad
untuk mewujudkan suatu bangsa bercorak
Badawi (1985)
Malaysia yang bersatu padu dan dihormati.
Hasrat ini akan dapat dicapai jika generasi
muda sekarang dapat diberi pendidikan yang
seimbang dan sempurna. Pendidikan yang
seimbang dan sempurna sentiasa memberi
penekanan kepada kedua-dua aspek iaitu
akademik dan gerak kerja ko-kurikulum. Ini
bermakna seseorang pelajar itu diberi didikan
yang menyeluruh merangkumi aspek mental,
fizikal dan spiritual.

1.7.2 Penekanan baru pada gerak kerja kokurikulum Dato’ Abdul Rahman Hj.
Arshad (1985)
di sekolah-sekolah adalah sesuai dengan masa
dan keperluan pendidikan di negara kita
sekarang. Ini akan menjadikan pendidikan
yang menyeluruh merangkumi bidang
akademik dan kokurikulum. Kedua-dua
bidang ini seharusnya digabungkan, diberi
penekanan baru, dan diberi penilaian dan
pengiktirafan yang sesuai supaya keseluruhan
pelajar dan guru dapat memahami konsep
pendidikan yang berasaskan kepada
penekanan yang sama kepada bidang
kokurikulum dan bidang akademik.

1.7.3 Gerak kerja kokurikulum “… adalah penting Laporan Jawatankuasa


Kabinet Mengkaji
untuk menyemai, memupuk dan menanam
Pelaksanaan Dasar
perasaan kekitaan ataupun ‘esprit de corps” di Pelajaran (1979)
antara pelajar-pelajar pelbagai keturunan yang
mempunyai latar belakang dan cara hidup
yang berlainan. Ia juga bertujuan melatih
pelajar-pelajar supaya bersikap
bertanggungjawab. Kegiatan ini juga boleh
melatih mereka
berdisiplin, berdikari dan berkemahiran dalam
sesuatu lapangan yang mereka sertai.”

1.7.4 Dengan andaian bahawa pelajar-pelajar tidak Buku Panduan


Pengurusan Gerak Kerja
dapat pengalaman-pengalaman tertentu di
Kokurikulum Sekolah
bilik darjah, maka gerak kerja kokurikulum Menengah Kementerian
Pendidikan Malaysia
boleh menyediakan pengetahuan dan
(1989)
pengalaman tersebut bagi perkembangan
mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan
pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial
yang positif.
1.7.5 Peranan dan tanggungjawab utama sekolah Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil.1/1985
bukan hanya semata-mata kepada
menyampaikan ilmu pengetahuan dan
memupuk kemahiran tertentu kepada pelajar-
pelajar, bahkan juga bagi melahirkan pelajar-
pelajar yang dapat memberi sumbangan ke
arah hidup yang lebih harmonis, bersatu padu,
bertoleransi, berdisiplin, dan mempunyai
sikap serta menghayati nilai-nilai hidup
berasaskan prinsip-prinsip Rukun Negara.

1.7.6 Pada keseluruhannya, setakat ini sekolah- Surat Pekeliling Ikhtisas


Bil.1/1985
sekolah telah dapat melahirkan pelajar-pelajar
yang berjaya dalam bidang akademik melalui
kurikulum yang sedia ada. Sungguh pun
demikian, melalui kokurikulum sahaja,
seperti mata pelajaran-mata pelajaran Sivik,
Sejarah, Geografi and Kesusasteraan,
misalnya belum boleh menjamin tercapainya
matlamat bagi melahirkan nilai-nilai akhlak,
kesusilaan dan ketatanegaraan sepenuhnya
atau yang mempunyai semangat patriotik yang
tinggi. Sekarang terdapat tanda-tanda yang
menunjukkan pembentukan sahsiah secara
menyeluruh di kalangan pelajar-pelajar
amnya, belum dapat tercapai sepenuhnya
seperti mana yang diharapkan.

1.7.7 Seperti mana kurikulum, gerak kerja Surat Pekeliling Ikhtisas


Bil.4/1985
kokurikulum juga mempunyai peranan dalam
pembentukan perkembangan jasmani dan
rohani pelajar-pelajar. Oleh yang demikian,
kokurikulum juga seharusnya dapat
dititikberatkan oleh sekolah-sekolah.

1.7.8 Dalam konteks pendidikan kebangsaan, Surat Pekeliling Ikhtisas


Bil.4/1985
kokurikulum merupakan satu program penting
demi membangunkan potensi pelajar secara
menyeluruh. Secara umum kegiatan
kokurikulum yang sedia ada telah berjaya
membina disiplin pelajar serta meningkatkan
minat mereka terhadap pembelajaran.

1.7.9 Sekolah-sekolah yang tidak memberi Surat Pekeliling Ikhtisas


Bil.7/1985
keutamaan yang sewajarnya bagi
mengimbangkan antara kepentingan gerak kerja
kokurikulum dengan akademik, dan kurang
pula menekankan tentang penyertaan
menyeluruh pelajar-pelajar dalam gerak kerja
tersebut, boleh menyebabkan pendidikan
menyeluruh tidak dapat dicapai.

1.7.10 Kementerian Pendidikan sentiasa Surat Pekeliling Ikhtisas


Bil.7/1985
menggalakkan penyertaan para pelajar dalam
apa jua aktiviti sukan sememangnya penting
untuk membina ketahanan diri dan kesihatan di
samping memupuk perkembangan jasmani,
rohani dan emosi pelajar-pelajar. Di samping
itu sukan sebagai sebahagian daripada kegiatan
kokurikulum yang diwajibkan di sekolah-
sekolah juga adalah merupakan satu-satunya
saluran yang berkesan bagi memupuk
persefahaman dan perpaduan di kalangan para
pelajar.

1.7.11 “…Kementerian Pendidikan Malaysia telah Dato Dr. Abdul Shukor


bin Abdullah, Ketua
membuat keputusan dan menetapkan bahawa
Pengarah Pendidikan
dasar dan syarat pemilihan pelajar ke tingkatan Malaysia dalam surat KP
(BS)8575-196 Jld.IV(26)
satu di Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
bertarikh 2 Jun 1999
bermula kemasukan tahun 2000, memberi
penekanan utama kepada penglibatan dan
pencapaian pelajar dalam aspek kepimpinan,
sukan dan kokurikulum di samping
mengekalkan syarat kecemerlangan akademik.”

1.7.12 Sesuai dengan matlamat falsafah Pendidikan Surat Pekeliling Ikhtisas


Kebangsaan, Kementerian Pendidikan Malaysia Bil.7/1985

ingin menegaskan bahawa murid-murid di


sekolah perlu diberi ruang untuk
mengembangkan potensi mereka secara
menyeluruh dan bersepadu agar mereka
menjadi insan yang seimbang dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani. Berbagai-bagai
cara boleh dilakukan di peringkat sekolah
supaya perkembangan potensi individu dapat
disesuaikan dengan minat dan bakat murid itu
sendiri.

1.7.13 “ I don’t believe in purely academic Datuk Maznah Hamid;


Going Places, June 2002;
achievements. I read law to help me draft
p.16.
agreements. I learnt accountancy to understand
finance. But academic intelligence alone
doesn’t make you successful. You must know
how to turn what you know into ‘ringgit and
sen’. In short, you need a “Master’s in
Common Sense” and a “Bachelor’s in
Streetsmart” more than a MBA and Ph.D.
There’s no substitute for the “University of
Hard Knocks” in life. A university degree
alone could produce a manager, I suppose.”

1.7.14 True co-curriculum in education enable Anonymous; 2002


everyone to become the person he or she to
fully capable of becoming and the person they
dream of being.

1.7.15 “ True education means building on your skills. Datuk Maznah Hamid;
People skills, communication skills, living Going Places, June 2002;
p.16.
skills, thinking skills, accelerated learning,
speed reading, how to realise your vision and
dreams, etc. True education shapes you to
maximise your creativity and use what you
have learn to become the that you are in
whatever field.”

1.7.16 “… perpaduan akan terus menjadi agenda Y.B. Tan Seri Musa bin
Mohamad, Menteri
utama bagi memupuk perpaduan kaum melalui
Pendidikan Malaysia;
sistem pendidikan di negara kita. Kita akan dalam Perutusan Tahun
Baru 2002
terus mempergiatkan lagi program dan aktiviti
yang melibatkan penyertaan pelajar dari
pelbagai kaum untuk memupuk perpaduan,
terutamanya melalui kegiatan kokurikulum
seperti program sukan dan berpersatuan.”

1.7.17 The object of education, in very general terms, Ivor Morrish, The
Sociology of Education;
is to provide pupils and students with the means
An Introduction (2nd
for understanding their society and its edition,1978), London,
George Allen & Unwin,
structures, and to open up for them a way of
m/s 59
creating ‘meaning’ out of their relationships.
This is certainly a part of what culture implies,
and from an educational point of view it will
mean, in specific terms, that the child is
assisted both in language and thought to
classify and provide meaning and relationships
to things, ideas and events.
1.7.18 “Hasrat kerajaan bukan sahaja melahirkan belia Yang Amat Berhormat
Dato’ Seri Abdullah
yang cemerlang, tetapi mereka yang memiliki
Ahmad Badawi dalam
semangat yang tinggi dan mempunyai daya ucapan sempena Hari Anti
Dadah Kebangsaan pada
kepimpinan yang unggul serta berkualiti.
19.2.2001
Sekiranya para belia memiliki nilai-nilai
tersebut mereka mampu menghadapi apa jua
cabaran dan pengaruh negatif yang bakal
dilalui.”

1.7.19 “Kalau kita jadi manusia yang membuat Yang Amat Berhormat
Datuk Seri Dr. Mahathir
penilaian secara robot maka pelajaran kita di Mohamad dalam ucapan
sempena lawatan ke
universiti tidak mencukupi. Di universiti kita
Universiti Teknologi
mesti bangunkan keupayaan berfikir, buka Malaysia pada 24.8.2002
fikiran dan buat penilaian ikut asa budaya dan
sistem nilai kita supaya kita tidak tolak yang
baik dan terima yang buruk.”

1.8 Skema Pelaksanaan Kokurikulum di Sekolah

Untuk memastikan pelaksanaan kokurikulum di sekolah memberi impak yang positif atau
sumbangan yang konstruktif kepada pembangunan intelektualan dan kemanusiaan murid-murid
dan pelajar-pelajar, maka pelaksanaan kokurikulum itu perlu dilaksanakan secara terancang,
sistematik, telus dan mematuhi panduan dan peraturan-peraturan yang telah
ditetapkan/diluluskan oleh agensi-agensi yang berkuasa ke atasnya. Khususnya Kementerian
Pendidikan Malaysia. Berikut adalah suatu skema pelaksanaan kokurikulum yang dicadangkan
untuk dilaksanakan di sekolah-sekolah. Skema ini merangkumi langkah-langkah berikut :-

1.8.1 Menubuhkan Jawatankuasa dan


penyelarasan Kokurikulum Sekolah yang
dipengerusikan oleh Pengetua/Guru Besar
sekolah. Guru Penolong Kanan
Kokurikulum (GPK Koku) menjadi
Timbalan Pengerusi. Di antara fungsi
jawatankuasa ini adalah untuk menetapkan
dasar dan matlamat pelaksanaan
kokurikulum di sekolah selagi tidak
bercanggah dengan dasar dan matlamat
pelaksanaan kokurikulum yang telah
ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia.

1.8.2 Menubuhkan Jawatankuasa Bimbingan Ruiuk Surat Pekeliling


Ikhtisas Bil.1/1985 bertarikh
Pelajar Sekolah.
2hb. Januari 1985

1.8.3 Merumus dan menetapkan visi dan misi Visi dan misi sekolah dalam
bidang kokurikulum sebaik-
kegiatan kokurikulum sekolah dan
baiknya ditetapkan dalam
menghebahkannya kepada guru-guru dan mesyuarat bersama di
antara jawatankuasa
pelajar-pelajar.
pengurusan dan
penyelarasan kokurikulum
sekolah dengan
jawatankuasa Bimbingan
Pelajar Sekolah

1.8.4 Menubuhkan Jawatankuasa Kerja


Pengurusan dan Penyelarasan Kegiatan
Kokurikulum yang terdiri daripada guru-
guru penasihat persatuan/kelab, pasukan
pakaian seragam dan sukan/permainan.
Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh
Guru Penolong Kanan Kokurikulum.

1.8.5 Mengkaji dan mengenal pasti kekuatan dan


kelemahan dalam pelaksanaan kegiatan
kokurikulum pada tahun-tahun sebelumnya
dan merumuskan dasar, pendekatan dan
kaedah baru pelaksanaan.

1.8.6 Memberi taklimat kepada guru-guru


tentang dasar pendekatan dan kaedah baru
pelaksanaan kokurikulum yang telah
dirumuskan.

1.8.7 Menyediakan keperluan asas pentadbiran


(termasuklah fail, dokumen-dokumen
rujukan berkaitan prosedur, undang-
undang atau peraturan dan tatacara
pelaksanaan, kurikulum kegiatan, borang-
borang penilaian dan sijil-sijil.)

1.8.8 Menyediakan atau memperoleh keperluan


prasarana d an kemudahan-kemudahan
asas.

1.8.9 Mengenal pasti keupayaan sekolah dari


aspek pelaksanaan seperti sumber tenaga
dan kepakaran, kesesuaian persekitaran,
sumber bantuan dan kewangan dan
kecenderungan pelajar.
1.8.10 Memperoleh dan mengemas kini inventori,
bekalan pejabat dan harta modal bidang
kokurikulum.

1.8.11 Menyediakan perancangan dan jadual


tahunan (takwim) kegiatan kokurikulum
sekolah.

1.8.12 Menubuhkan persatuan/kelab/badan Rujuk Peraturan-peraturan


Pendidikan (Persatuan Sekolah)
beruniform dan melantik guru-guru
1998 seperti dalam Warta
penasihat. Kerajaan bertarikh 21hb Mei
1998 Jil.42/No.11:PU(A)196

Menyediakan kurikulum kegiatan setiap


1.8.13 persatuan/kelab.

1.8.14 Melaksanakan kursus-kursus pengurusan


kokurikulum kepada guru-guru.

1.8.15 Menyelaraskan kegiatan atau aktiviti


persatuan/kelab/badan beruniform
berdasarkan objektif/matlamat setiap
persatuan/kelab/badan beruniform
berkenaan, rangka perancangan
kokurikulum sekolah, dan jadual aktiviti
kokurikulum peringkat daerah dan negeri.

1.8.16 Memantau dan menyelia pelaksanaan


kegiatan kokurikulum.

1.8.17 Menyedia, mengumpul dan menyemak


dokumentasi pelaksanaan oleh setiap
persatuan/kelab/badan beruniform dan
persatua/kelab sukan dan permainan.

1.8.18 Melaksanakan Skema Penilaian Aktiviti


Kokurikulum untuk setiap pelajar.

1.8.19 Merancang dan melaksanakan kursus-kursus


kejurulatihan.

1.8.20 Meneroka dan mewujudkan peluang-


peluang penyertaan dan penglibatan pelajar
dalam kegiatan kokurikulum di peringkat
daerah, negeri, kebangsaan dan
antarabangsa.

1.8.21 Mengelolakan majlis-majlis penyampaian


penghargaan atau anugerah kecemerlangan
dalam bidang kokurikulum kepada murid
dan guru.

1.8.22 Menyediakan laporan Tahunan Kokurikulum.

1.8.23 Menjalankan kajian tindakan berkaitan usaha


dan strategi pelaksanaan bidang kokurikulum
secara bersepadu dan sepanjang tahun.

1.8.24 Menyebarkan hakikat pentingnya bidang


kokurikulum kepada ibu bapa dan
menggalakkan penglibatan mereka.

1.9 Prinsip Pelaksanaan Kokurikulum

Kegiatan, program atau aktiviti kokurikulum yang dirancang untuk dilaksanakan sewajarnya
mengambil kira prinsip-prinsip berikut:-

1.9.1 Menyediakan ruang, peluang, kesempatan


dan kemudahan pembelajaran yang
menarik, menyeronokkan dan merentasi
kurikulum, bagi membantu murid/pelajar
mengikuti, melalui dan mengalami alam
persekolahan dalam keadaan selesa,
selamat dan sejahtera dengan pewujudan
iklim, budaya dan persekitaran sekolah
yang kondusif, ceria dan bersih.
1.9.2 Merancang, menganjur dan mengelolakan
kegiatan kokurikulum yang berbentuk
aktiviti bagi tujuan mempelbagaikan
pengalaman pembelajaran dan
persekolahan murid/pelajar dalam usaha
untuk melengkapkan dan memantapkan
lagi pelaksanaan program akademik dan
menjadikannya lebih berkaitan dan relevan
dengan alam dan kehidupan di luar sekolah.

1.9.3 Dalam semua program kokurikulum,


penekanan diberi kepada pemerolehan dan
peningkatan ilmu dan kemahiran baru, dan
pemupukan sikap positif dan nilai-nilai
murni kemanusiaan dan keinsanan demi
meningkatkan kualiti sahsiah, disiplin,
ketahanan diri, daya saing, dan
kesejahteraan diri murid/pelajar dan
masyarakat.
1.9.4 Dalam semua program kokurikulum,
penekanan diberi secara sedar kepada
semua bersepadu ke arah memperkukuhkan
semangat patriotisme dan semangat
perpaduan antara kaum dan wilayah bagi
kesejahteraan masyarakat, bangsa dan
negara.
1.9.5 Menyediakan peluang, ruang dan
kemudahan yang mencukupi dengan
mempelbagaikan program dan aktiviti
kokurikulum bagi membolehkan
penyertaan murid/pelajar secara beramai-
ramai; penyertaan seramai mungkin murid-
murid terpilih; dan peragaan murid kepada
khalayak yang lebih ramai dan terbuka.

1.9.6 Menyediakan skema peningkatan


pengetahuan, kemahiran, pencapaian dan
kepimpinan dalam setiap bidang
kokurikulum supaya murid/pelajar dapat
mengenal pasti kelemahan dan kekuatan
masing-masing dalam bidang-bidang yang
mereka sertai dan berpeluang mengatasi
atau mempertingkatkannya secara
berterusan.
1.9.7 Semua program dan kegiatan kokurikulum
yang dirancang, dianjur dan dikelolakan
memberi peluang dan kesempatan kepada
murid/pelajar mengembangkan minat,
bakat kreatif dan inovatif masing-masing;
dan menatarkan idea, pendapat, buah
fikiran, ilham dan cita rasa secara berhemah
dan bijaksana melalui pelbagai genre dan
budaya warisan bangsa.

1.9.8 Menyediakan peluang dan kesempatan


kepada pelajar-pelajar memperagakan
kepada khalayak, bakat dan kebolehan
masing-masing dalam bidang-bidang yang
mereka nikmati.

1.9.9 Menerapkan elemen-elemen kerjaya dalam


program dan kegiatan kokurikulum yang
dirancang, dianjur dan dikelolakan.

1.9.10 Seberapa boleh mewujudkan rangkaian


kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan,
syarikat-syarikat swasta, pertubuhan-
pertubuhan bukan kerajaan dan institusi-
institusi pengajian tinggi (IPT), untuk
memperluas, mempelbagai dan
mempertingkatkan penglibatan
murid/pelajar dalam kegiatan-kegiatan
kokurikulum.

1.9.11 Mewujudkan peluang kepada pelajar-


pelajar mempertingkatkan daya saing dan
daya tahan, di samping memperteguh
semangat kesukarelawan dan kekendirian
masing-masing.

19.12 Merealisasikan unsur-unsur penghargaan


dalam setiap aktiviti/kegiatan kokurikulum
yang dianjur dan dikelolakan di setiap
peringkat.

1.10 Ciri-ciri Murid / Pelajar Yang Dihasratkan Melalui Kokurikulum

Sebagai sebahagian daripada kurikulum kebangsaan, maka kegiatan, program dan aktiviti
kokurikulum wajarlah menjadi wadah kepada usaha melahirkan murid-murid atau pelajar-pelajar
yang mewarisi sepenuhnya ciri-ciri yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Secara terperinci, di antara ciri-ciri yang dimaksudkan itu termasuklah yang berikut iaitu:-

a) Celik huruf dan menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira.


b) Menguasai kemahiran asas belajar.

c) Menyedari dan memahami kepentingan dan faedah pengetahuan, kemahiran dan


pengalaman bagi diri sendiri.

d) Mengetahui dan mengamalkan pelbagai kaedah untuk memperoleh ilmu pengetahuan,


kemahiran dan pengalaman.

e) Menggunakan ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman bagi mengurus dan


mengelolakan hal-hal berkenaan kehidupannya.

f) Mampu dan berkebolehan menyelesai masalah dan membuat keputusan dengan berhemah
dan bijaksana.

g) Berusaha mencari dan memperoleh ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman baru.

h) Memikir dan menemukan ilmu pengetahuan, kemahiran, kaedah, rumusan, produk dan
teknologi baru.

i) Bersungguh-sungguh mencari dan mencintai ilmu untuk mengetahui rahsia dan nikmat
kehidupan yang dikurniai Tuhan.

j) Menjadikan ilmu pengetahuan sebagai pembimbing kehidupan.

k) Terus belajar dan meningkatkan pengetahuan, kemahiran, kepakaran dan pengalaman.

l) Senantiasa bersiap sedia untuk belajar dan berusaha memperbaiki diri sendiri.

m) Suka dan gembira belajar.


n) Sihat tubuh badan serta pemikiran dan terhindar daripada bahaya.

o) Senantiasa hadir ke sekolah dan berada dalam sistem pendidikan.

p) Menghayati dan mengamalkan gaya hidup sihat.

q) Berbudi pekerti mulia dan menghayati nilai-nilai murni terpuji.

r) Menjaga dan mengurus kebajikan, keselamatan dan kebersihan dan keselamatan diri.

s) Mendapat layanan dan perhatian yang secukupnya dan saksama semasa mengikuti
pelajaran.

t) Menerima sokongan dan kemudahan yang mencukupi untuk belajar.

u) Maju dan menunjukkan perubahan yang lebih baik bagi setiap tingkat pelajaran dari
semasa ke semasa.

v) Mendapat peluang dan cabaran baru bagi menyuburkan pembelajaran dan kebajikan diri.

w) Mendapat peluang dan cabaran baru mengembangkan bakat dan potensi.

x) Berpeluang mengembangkan keintelektualan masing-masing.

y) Mengetahui bakat dan potensi diri dan berusaha membangunkannya.

z) Suka berbakti kepada rakan, keluarga, sekolah dan masyarakat.

aa) Suka mencipta dan berkarya.

bb) Berani bersaing dan bertanding.

cc) Berani merebut, meneroka dan mencipta peluang.

dd) Rajin dan bijaksana membuat penyelidikan dan meneroka dapatan-dapatan baru.

ee) Menguasai teknologi pembelajaran terkini.

ff) Mampu memimpin diri sendiri dan rakan-rakan.

gg) Mampu mengemukakan idea-idea yang kritis, analitis dan kreativitis secara berhemah dan
spontan di hadapan khalayak.
hh) Mampu berkomunikasi secara berhemah, bijaksana dan berkesan.

ii) Mampu melahir dan meluah perasaan secara berhemah, bijaksana dan berkesan.

jj) Mempu berdikari dan menyumbang kepada kemakmuran dan kesejahteraan sekolah dan
masyarakat.

kk) Berketerampilan dalam pelbagai bidang.

ll) Mencintai alam sekitar.

mm) Mempunyai dan merealisasikan sifat penyayang.

nn) Mencintai bangsa dan negara.

oo) Bersyukur, bertawakal, beriman dan bertakwa.

pp) Mempelbagaikan pengetahuan, kemahiran, kepakaran dan kegemaran diri sendiri.

qq) Amanah, jujur dan ikhlas.

rr) Berusaha mempertingkatkan potensi masing-masing.

ss) Mampu berkarya dan menghasilkan ciptaan-ciptaan baru.

tt) Berkebolehan dan berkemahiran menyesuaikan (atau mengadaptasikan) diri dalam semua
situasi dan keadaan dalam masa yang singkat.

uu) Berusaha dengan bersungguh-sungguh, gigih, tekun dan teliti.

vv) Bersopan santun dan berbudi pekerti mulia.

ww) Mencintai dan menghargai unsur-unsur dan nilai-nilai budaya bangsa.

xx) Berusaha memantapkan emosi.

yy) Mengetahui bakat dan potensi diri sendiri dan berusaha secara berterusan menggilap dan
mempertingkatkannya ke tahap kecemerlangan.

zz) Bersikap toleran, sabar dan berfikiran terbuka.

aaa) Mampu membincangkan sesuatu isu secara adil dengan matlamat mencari kebenaran.
bbb) Berusaha mempertingkatkn nilai-nilai kepemimpinan dan kesukarelawan.

ccc) Setia dan sanggup berkorban untuk bangsa dan negara.

1.11 Indikator Kepada Pelaksanaan Kokurikulum Yang Berkesan di Sekolah

Mengenal pasti sama ada kegiatan, program atau aktiviti kokurikulum telah dilaksanakan di
sekolah atau sebaliknya, mungkin suatu langkah yang mudah dilakukan, sama ada secara
kualitatif mahu pun kuantitatif. Dari segi pengurusan dan pentadbiran, langkah ini boleh
dilakukan dengan meneliti jadual kehadiran guru dan murid bagi setiap kegiatan atau aktiviti
kokurikulum, takwim kegiatan atau aktiviti, laporan-laporan pelaksanaan mingguan dan
laporan-laporan pemantauan yang dikemukakan oleh guru-guru penasihat yang dilantik.

Langkah yang mungkin lebih mencabar adalah untuk mengenal pasti sama ada kegiatan,
program atau aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan itu berkesan atau sebaliknya ke atas
pembangunan diri pelajar dan peningkatan kecemerlangan pendidikan di sekolah. Langkah ini
lebih mencabar kerana sebahagian besar daripada kesan pelaksanaan kegiatan, program atau
aktiviti kokurikulum itu bukan sahaja organik (yakni intrinsik, bersebati dengan sifat diri,
perwatakan dan jati diri murid) dan sukar dianalisis serta diukur, tetapi juga berjangka masa
panjang, abstrak dan relatif. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai indikator yang boleh
digunakan sebagai premis atau bukti. Indikator-indikator itu mungkin merupakan perubahan-
perubahan pada sikap, pandangan hidup, nilai, pemikiran dan perwatakan serta jati diri murid.

1.11.1 Indikator yang merujuk kepada perubahan-perubahan luaran:

Di antara pelbagai indikator yang merujuk kepada perubahan-perubahan luaran adalah


seperti berikut:-
(a) Peningkatan masa berkualiti di sekolah; murid-murid menggunakan waktu yang
terluang dan masa senggang untuk melaksanakan kerja-kerja atau tugasan yang
berkaitan dengan kegiatan, program atau aktiviti kokurikulum yang mereka sertai;
bilangan murid yang membuang masa dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak
berfaedah dan tidak berdisplin berkurangan.
(b) Bilangan atau frekuensi penggunaan perkakasan, peralatan dan kemudahan-
kemudahan asas sukan dan kokurikulum meningkat.

(c) Jumlah kes perlakuan tidak berdisiplin dan yang melanggar peraturan dan undang-
undang di kalangan murid-murid berkurangan.

(d) Jumlah penyertaan dan tahap pencapaian dalam pertandingan-pertandingan sukan


dan kokurikulum meningkat dari semasa ke semasa.

(e) Lebih banyak kelab atau persatuan baru ditubuhkan dan lebih banyak kegiatan,
program dan aktiviti dilaksanakan.

(a) Kehadiran murid dan guru dalam kegiatan, program dan aktiviti kokurikulum
meningkat.

(b) Keceriaan, keindahan dan kebersihan kawasan sekolah meningkat.

(c) Penglibatan sekolah dalam aktiviti kemasyarakatan meningkat.

(d) Konsep “sekolah berwatak” menjadi kenyataan.

(e) Sekolah menjadi pusat kependidikan yang dinamik dan progresif.

(a) Tahap dan taraf sekolah dalam aspek kokurikulum meningkat.

1.11.2 Indikator yang merujuk kepada perubahan-perubahan dalaman (instrinsik):-

Pelbagai perubahan dalaman yang boleh digunakan sebagai indikator kepada


pelaksanaan kokurikulum di sekolah boleh digabungkan dalam konsep-konsep berikut:-

(a) Tahap Kemenjadian Murid.


(b) Tahap Penyungguhan Kendiri Murid.

(c) Tahap Keperpaduan Murid.

(d) Tahap Kepatriotikan Murid.


(e) Tahap Kebahagiaan dan Kesejahteraan Murid.

1.11.3 Tahap Kemenjadian Murid

Tahap kemenjadian murid meujuk kepada sejauh atau sebanyak mana kemajuan
maksimum potensi murid telah berjaya dicapai atau direalisasikan di akhir peringkat-
peringkat persekolahan yang ditetapkan berdasarkan kriteria-kriteria tertentu.
Kriteria-kriteria yang dimaksudkan ini adalah berdasarkan ciri-ciri murid yang
dihasratkan dapat dibangunkan melalui kegiatan, program atau aktiviti kokurikulum
(seperti disenaraikan dalam perkara 1.10 bab ini). Jemaah Nazir Sekolah,
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mencadangkan kriteria-kriteria berikut:-

(a) Setiap sekolah pada akhir Tahap Satu Sekolah Rendah (Tahun 1 hingga Tahun
3) hendaklah telah dapat:

(i) Menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.

(i) Menguasai hukum akal.

(ii) Mengetahui peranan dan tanggungjawab individu dalam masyarakat.

(iii) Mengetahui amalan asas nilai murni secara sedar dan bersengaja
berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara.

(iv) Mengurus diri dari segi fizikal dan emosi; dan

(v) Berinteraksi, berkomunikasi dan bekerjasama secara beradab dengan rakan,


guru, ibu bapa, keluarga dan sesiapa sahaja yang berhubungan dengannya.

(b) Setiap murid pada akhir Tahap Dua Sekolah Rendah (Tahun 4 hingga Tahun 6)
hendaklah telah dapat :

(i) Menguasai kemahiran belajar;

(i) Menguasai kemahiran berfikir;


(ii) Menguasai kemahiran berkomunikasi;

(iii) Menguasai kemahiran saintifik;

(iv) Menguasai kemahiran menyelesaikan masalah;

(v) Menguasai kemahiran membuat keputusan;

(vi) Menguasai kemahiran merancang;

(vii) Dapat membentuk identitinya sendiri berteraskan Falsafah Pendidikan


Kebangsaan, Rukun Negara dan nilai murni;

(viii) Melaksanakan tanggungjawab mengurus kebersihan persekitarannya.

(c) Setiap murid pada akhir persekolahan menengah rendah (kelas peralihan, tingkatan 1
hingga tingkatan 3) hendaklah telah dapat :

(i) Memiliki kemahiran belajar secara saintifik.

(ii) Belajar daripada maklum balas.

(iii) Membentuk badan ilmunya sendiri menerusi kaedah-kaedah mendapatkan


ilmu secara sah dan boleh dipercayai.

(iv) Boleh membina cita-cita dan kemahuan berdasarkan ilmu yang betul dan
benar.

(v) Mengamalkan nilai murni berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan


Rukun Negara.

(i) Membuat keputusan dan menyelesai masalah secara rasional dan saintifik; dan

(ii) Memikul tanggungjawab dan mengurus kehidupan sendiri.

(d) Setiap murid pada akhir persekolahan menengah atas (Tingkatan4, Tingkatan 5 dan
Tingkatan 6) hendaklah telah dapat:

(i) Memiliki kemahiran berfikir secara berfalsafah.


(i) Menjiwai pengetahuan am dan khusus merangkumi semua aspek kehidupan
bermasyarakat.

(ii) Dapat merancang, melaksana, membuat keputusan dan menyelesai masalah


secara rasional dan saintifik.

(iii) Mempunyai keupayaan mencipta kesejahteraan diri dan persekitaran.

(iv) Berpenyungguhan kendiri; dan

(v) Dapat memberi sumbangan kepada kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat,


agama, negara dan sejagat.

1.11.4 Tahap Penyungguhan Kendiri Murid

Penyungguhan kendiri murid merujuk kepada dorongan dan kesanggupan dari dalam diri murid
untuk melaksanakan tugas, peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan bersungguh-
sungguh, sepenuh daya dan tenaga, komitmen yang tinggi, gigih, tekun dan teliti. Murid-murid
yang melaksanakan peranan dan tanggungjawab masing-masing dengan bermati-matian kerana
didorong oleh kehendak dan kesanggupan sendiri dikatakan mempunyai tahap penyungguhan
kendiri yang tinggi. Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia menyenaraikan
tujuh ciri penyungguhan kendiri murid seperti berikut:-

(i) Bersungguh-sungguh dengan maksud membuat sesuatu kerja dengan sepenuh daya dan
tenaga atas dorongan dan kehendak diri sendiri dengan tidak begitu disebabkan oleh
rangsangan dari luar diri seperti paksaan atau arahan ataupun hadiah, penghargaan dan
ganjaran, apatah lagi sogokan.
(ii) Bersengaja dengan maksud melaksanakan sesuatu kerja dengan penuh kesedaran tentang
kepentingannya dan halangan-halangan atau masalah yang berkaitan dengan kerja itu
perlu diatasi.

(iii) Berdikari dengan maksud melaksana dan menjayakan sesempurnanya sesuatu tugasan,
peranan atau tanggungjawab menggunakan sepenuhnya tenaga, kemahiran, ilmu
pengetahuan, pengalaman, kebolehan dan keupayaan diri sendiri tanpa bergantung pada
sokongan dan bantuan orang lain. Dalam konteks penyelesaian masalah, berdikari
merujuk kepada kemampuan kendiri untuk mengenal pasti, menganalisis, menyelidik,
merumus dan melaksanakan operasi penyelesaian bagi sesuatu masalah tanpa terlalu
bergantung pada nasihat, bimbingan, panduan dan pertolongan orang lain.
(iv) Kenal diri dengan maksud menyedari dan mengetahui kekuatan dan kelemahan diri
sendiri dalam sesuatu perkara atau bidang dan sanggup bermati-matian memanfaat dan
mempertingkatkan kekuatan yang ada, di samping memperbaiki dan mengatasi segala
kelemahan.

(v) Berinisiatif, inovatif dan kreatif dengan maksud bersedia, sanggup dan berani mengambil
tindakan, membuat keputusan dan meneroka pelung-peluang baru tanpa mengikut atau
menggunakan pendekatan yang ortodoks dan kaedah-kaedah konvensional.

(vi) Berusaha melampaui keperluan, mendahului dan memimpin dengan maksud bekerja
sepenuh daya dan tenaga untuk menghasilkan sesuatu yang melebihi apa yang dirancang
dan dihasratkan, dan rela serta sudi menjadikan usaha sendiri sebagai sumber galakan,
pengalaman, pengetahuan dan panduan atau teladan kepada orang lain.

1.11.5 Tahap Keperpaduan Murid

Kesedaran tentang pentingnya perpaduan sebagai landasan atau teras untuk membina
bangsa Malaysia yang aman, maju dan makmur mengikut acuan sendiri, dan komitmen
serta kesanggupan murid berbuat dan berkorban apa saja untuk mengekalkan perpaduan,
adalah di antara pelbagai premis yang boleh dijadikan rujukan untuk menganggarkan
tahap keperpaduan murid. Secara langsung, murid-murid yang telah mencapai tahap
keperpaduan yang timggi adalah aset yang penting untuk membangunkan bangsa yang
bersatu padu dan negara yang sejahtera dan maju. Murid-murid ini sekurang-kurangnya
mempunyai ciri-ciri berikut:-

(i) Menyedari dan memahami hakikat pentingnya perpaduan dalam masyarakat


majmuk dalam konteks keharmonian, keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan
bangsa dan negara.

(i) Mengetahui, memahami dan menghayati unsur-unsur yang membina perpaduan


seperti disiplin kendiri yang tinggi; sikap saling hormat-menghormati, percaya
mempercayai dan faham memahami; perasaan muhibah dan toleransi; semangat
permuafakatan dan bergotong-royong; dan kesopanan pekerti serta kesantunan
bahasa.

(ii) Mengetahui, memahami dan menghormati budaya, adat resam, agama dan
pandangan hidup kaum-kaum lain.
(iii) Mengetahui, memahami dan melaksana peranan dan tanggungjawab memupuk
dan memelihara perpaduan seperti membanteras penyebaran berita-berita angin
dan fitnah; membangkit-bangkitkan dan menghebahkan isu perkauman;
menghasut dan menyebarkan diayah atau propaganda anasir-anasir anti perpaduan
dan integrasi perpaduan dan integrasi nasional.

(iv) Menganjur atau melaksana atau menyemarakkan program atau aktiviti-aktiviti


yang boleh memupuk perpaduan seperti “rumah terbuka”, gotong-royong
perpaduan dan sebagainya.

1.11.6 Tahap Kepatriotikan Murid

Kecintaan yang mendalam dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi terhadap negara
adalah dua lagi ciri kewarganegaraan yang wajib diwarisi oleh setiap murid. Murid-
murid yang cinta dan setia kepada negara sekurang-kurangnya..

(i) Mengetahui, memahami dan menghayati prinsip-prinsip Rukun Negara


(ii) Mengetahui, memahami dan menghayati dasar, prinsip dan tanggungjawab
kewarganegaraan.

(iii) Mengetahui, memahami dan menghayati Perlembagaan Negara dan


dokumen-dokumen lain yang berkaitan undang-undang dan kedaulatan
negara.

(iv) Menghormati dan merayakan hari-hari sambutan kebangsaan dan mengetahui


serta memahami maksud, signifikan sejarah dan matlamat setiap sambutan
itu.

(v) Mengetahui, memahami dan menghayati unsur-unsur kesetiaan, kecintaan


dan kepengorbanan kepada bangsa dan negara.

1.11.7 Tahap Kebahagiaan dan Kesejahteraan Murid

Membangunkan kebahagiaan dan kesejahteraan diri dan keluarga pada masa hadapan
adalah matlamat yang tidak boleh dikesampingkan begitu sahaja. Mengabaikan
matlamat ini tidak akan menjadikan seseorang murid itu warganegara yang lebih
berguna kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, bangsa, negara dan agamanya.
Malah dalam banyak keadaan, matlamat tersebut menjadi pemangkin kepada usaha
yang gigih dan bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan dan
keterbilangan pada masa akan datang. Demi membangunkan kebahagiaan dan
kesejahteraan itu, murid-murid perlulah sekurang-kurangnya:

(i) Berupaya memenuhi keperluan asas kehidupan tanpa menggugat dan


mengancam kebahagiaan dan kesejahteraan orang lain.
(ii) Bersikap optimis dan progresif dalam mengejar kejayaan tanpa menjelaskan
keamanan dan kemajuan bangsa dan negara.

(iii) Memupuk dan menghayati budaya-budaya kecemerlangan seperti “budaya


ilmu”, “budaya membaca”, “budaya menyimpan dan berbelanja dengan
bijaksana” dan “budaya bersyukur dan berterima kasih”.

(iv) Tekun dan berani mencari, meneroka dan memanfaatkan peluang untuk
berjaya dengan cemerlang dalam semua bidang.

(v) Mempelbagaikan minat dan kebolehan, khususnya yang berkaitan dengan


keusahawanan dan kerjaya.

Pelbagai usaha untuk mewujud dan mengembangkan indikator-indikator yang


disenaraikan di atas adalah secara langsung merupakan langkah penting ke arah
meningkatkan keberkesanan pelaksanaan kokurikulum di sekolah.

Lampiran 1A

MENILAI SEMULA PELAKSANAAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH


Oleh: RAMLAN ABD. WAHAB
Secara langsung atau tidak, kejayaan Malaysia menganjur dan melaksanakan Sukan Komanwel Ke XVI,
1998 pada 11 hingga 21 September yang lalu, memberi implikasi positif kepada bidang pendidikan,
khususnya bidang kokurikulum. Apa yang paling jelas ialah, kejohanan yang kedua terbesar di dunia itu
membuktikan bahawa sukan bukan lagi merupakan suatu aktiviti sampingan dan riadah semata-mata,
tetapi kini telah diiktiraf sebagai suatu komoditi bertaraf antarabangsa dari perspektif ekonomi, dan
sebagai suatu bidang kerjaya dari perspektif sumber pendapatan. Demikian juga, terbukti bahawa sukan
bukan lagi sekadar aktiviti bermain-main, tetapi perjuangan yang menuntut kesungguhan, komitmen,
disiplin, pengorbanan, kemahiran, kepakaran, dan ketahanan emosi yang tinggi.

Dalam konteks yang sama, atlet-atlet yang mengambil bahagian bukan lagi sekadar peserta atau pemain,
tetapi telah diiktiraf sebagai profesional dan pejuang-pejuang yang boleh menjulang maruah sesuatu
bangsa dan sesebuah negara. Demikian juga, kejayaan seseorang atlet itu bukan sahaja suatu pencapaian
cemerlang dalam keprofesionalannya, tetapi suatu sumbangan kepada bangsa dan negaranya. Walau
bagaimanapun, pada hakikatnya, atlet-atlet yang cemerlang tidak wujud secara spontan, melainkan
melalui didikan, bimbingan, dan latihan yang sistematik dan berterusan. Ini bermakna, proses
melahirkan seseorang atlet cemerlang bermula daripada usia muda, yakni semasa beliau masih di
bangku sekolah lagi, di mana bakat dan potensinya dipupuk dan diperkayakan dengan kemahiran dan
pengetahuan melalui aktiviti-aktiviti dalam bidang kokurikulum.

Selain melahirkan atlet-atlet cemerlang, bidang kokurikulum di sekolah-sekolah, dengan aktiviti-aktiviti


yang dirancang selaras dengan perkembangan fizikal dan kognitif murid-murid atau pelajar-pelajar
boleh menyumbang kepada cita-cita melahirkan pemimpin, penggiat-penggiat seni dan kebudayaan dan
berketerampilan, pereka cipta-pereka cipta yang kreatif dan inovatif, usahawan-usahawan berjaya dan
sebagainya. Malangnya sejak beberapa tahun kebelakangan ini pelaksanaan aktiviti-aktiviti kokurikulum
di sekolah semakin kurang memberangsangkan, khususnya jika dinilai dari perspektif pendidikan
bersepadu dan menyeluruh.

Kebanyakan daripada aktiviti-aktiviti yang dijalankan lebih cenderung kepada sekadar memenuhi
keperluan dan arahan pentadbiran seperti yang diprogramkan di dalam takwim sekolah. Justeru itu,
aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan tidak berlandaskan matlamat pendidikan yang jelas dan kurang
berkesan untuk merealisasikan konsep ‘pengetahuan dan kemahiran merentas kurikulum’ atau
‘pensejagatan ilmu, pengalaman dan kemahiran’. Malah ada di antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan itu
‘ad hoc’ tanpa sebarang skema pelaksanaan yang komprehensif meliputi aspek-aspek perancangan,
pelaksanaan, pemantauan dan penilaian. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan itu juga tidak banyak
memberi peluang kepada para pelajar mendapat pengetahuan, pengalaman dan kemahiran secara hands
on (yakni dengan berbuat dan mengalami sendiri) selaras dengan prinsip pembelajaran konstektual
(contextual learning).
Dalam pada itu penglibatan dan penyertaan para pentadbir, guru dan pelajar dalam pelaksanaan aktiviti
kokurikulum di sekolah umumnya hanyalah di tahap minimum. Tanggapan bahawa aktiviti kokurikulum
adalah tidak sepenting aktiviti kurikulum masih membelenggu komitmen kebanyakan
pentadbir/pengurus, guru-guru, para pelajar dan ibu bapa atau penjaga mereka. Apatah lagi apabila
masyarakat terlalu mengutamakan kejayaan akademik dan perkembangan kognitif pelajar, sehingga
sekolah dikategorikan mengikut peratus kelulusan para pelajarnya dalam peperiksaan-peperiksaan awam
seperti Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dan Sijil Tinggi
Persekolahan Malaysia (STPM). Fenomena ini menyebabkan tiada pengiktirafan yang sewajarnya
diberikan kepada penglibatan dan pencapaian dalam bidang kokurikulum.

Pada masa yang sama, kekurangan infrastruktur, kewangan dan peralatan dijadikan faktor utama yang
menghalang pelaksanaan aktiviti-aktiviti kokurikulum. Kekurangan ini juga dijadikan alasan untuk
membatalkan/menangguhkan aktiviti-aktiviti yang sedia ada sehingga peluang kepada para pelajar untuk
menyertai aktiviti-aktiviti yang diminati semakin tertutup. Usaha mengoptimumkan penggunaan
kemudahan-kemudahan yang ada, atau memanfaatkan sumber-sumber tempatan, tidak banyak
dilaksanakan. Peralatan-peralatan dan kemudahan-kemudahan yang ada juga tidak diselenggara dengan
baik.

Di samping itu, kebanyakan aktiviti-aktiviti yang dijalankan bersifat eksklusif dan tertutup, khususnya
dari segi penyertaan dan kandungan. Misalnya terdapat beberapa pertubuhan/kelab sesebuah sekolah
yang menjalankan aktiviti-aktiviti yang sama secara berasingan. Demikian juga ada beberapa buah
sekolah yang berhampiran melaksanakan aktiviti yang sama secara bersendirian. Keadaan ini
menyebabkan berlakunya pembaziran masa, tenaga dan sumber. Sebaliknya, jika sesuatu aktiviti itu
dilaksanakan secara bersama dan terbuka, maka bukan sahaja masa, tenaga dan sumber dapat dikongsi
bersama, tetapi juga manfaat dari aktiviti yang dijalankan. Dalam konteks ini, kesedaran tentang
pentingnya permuafakatan dan perkongsian perlu dipupuk dan dikembangkan.

Usaha dan inisiatif beberapa buah sekolah mewujudkan rangkaian kerjasama dengan agensi-agensi
tempatan, syarikat-syarikat swasta, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan sebagainya telah banyak
memberi manfaat kepada sekolah-sekolah berkenaan., khususnya dari segi pelaksanaan aktiviti-aktiviti
kokurikulum. Secara tidak langsung, usaha ini membuktikan bahawa ada pihak di luar sekolah yang
bersedia dan mempunyai kemampuan untuk memberikan bantuan dan sokongan.

Dengan menggiatkan lagi usaha-usaha begini dan usaha-usaha lain yang bertujuan untuk mengatasi
beberapa kelemahan pelaksanaan seperti yang dinyatakan di atas, prestasi pencapaian dan keberkesanan
aktiviti-aktiviti kokurikulum pasti dapat dipertingkatkan. Secara langsung juga, kebimbangan yang
matlamat pendidikan negara untuk melahirkan generasi pelajar yang seimbang dari segi rohani, emosi,
jasmani dan intelek tidak akan berjaya direalisasikan, apatah lagi cita-cita untuk menjadikan institusi-
institusi pendidikan di semua peringkat sebagai pusat kecemerlangan yang menyeluruh, khususnya dari
segi pembangunan kemanusiaan dapat dileraikan.

Untuk mempertingkatkan lagi prestasi pelaksanaan aktiviti-aktiviti kokurikulum di sekolah, maka


beberapa perubahan dan tindakan strategik perlu diambil dan dilaksanakan. Di antaranya ialah:-

1. Mengubah persepsi negatif semua pihak terhadap bidang kokurikulum.

1.1 Strategi ini penting dilaksanakan secara meluas dan berterusan dengan objektif untuk
memberi kesedaran dan keyakinan tentang pentingnya aktiviti-aktiviti kokurikulum dari
aspek pembangunan dianggap sebagai bidang aktiviti ‘di luar bilik darjah’ semata-mata,
kerana dengan tanggapan ini, bidang kokurikulum seolah-olah tidak penting diberi
keutamaan, dan berkonotasi ‘sampingan’. Bidang kokurikulum juga kini telah diiktiraf
sebagai sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan yang secara langsung mengiktiraf
kegiatan-kegiatan atau aktiviti-aktiviti kokurikulum adalah usaha-usaha kependidikan, yang
wajib dilaksanakan di sekolah secara terancang, sistematik, meriah dan bermatlamat.

1.2 Bidang kokurikulum juga sudah tidak lagi wajar dianggap sebagai bidang yang menyokong
kurikulum semata-mata, sebaliknya diiktiraf sebagai suatu disiplin pendidikan yang memberi
sumbangan secara langsung kepada proses pembangunan kemanusiaan. Kepelbagaian
pengetahuan, kemahiran, pengalaman, dan latihan, yang diperoleh dari bidang kokurikulum,
melayakkan bidang ini menjadi saluran pendidikan menyeluruh, selaras dengan teori-teori
terbaru mengenai pembangunan kemanusiaan, seperti Teori Kepelbagaian Intelek (Theory of
multiple intelligence) yang dipelopori oleh Howard Gardner dan Teori Keintelektualan
Emosi (Emotional Intelligence) yang dipelopori oleh Danial Goleman.

1.3 Bidang kokurikulum turut menawarkan kemahiran-kemahiran yang membolehkan para


pelajar menceburi bidang-bidang kerjaya yang mereka minati. Pengetahuan, kemahiran dan
pengalaman yang mengandungi unsur-unsur disiplin ketenteraan, kesukanan, keusahawanan
dan kepimpinan, sekurang-kurangnya akan membantu seseorang pelajar mencorakkan
kehidupan masa depannya dan memilih bidang-bidang untuk mengembangkan potensi
dirinya.
1.4 Kini, sukan/permainan sebagai suatu komponen dalam bidang kokurikulum telah diiktiraf
sebagai suatu komoditi. Demikian jugalah dengan beberapa komponen lain seperti aktiviti
kesenian dan kebudayaan, aktiviti pertahanan diri, dan aktiviti-aktiviti rekreasi yang kini
telah diakui mempunyai nilai-nilai ekonomi. Meskipun kepentingan ekonomi bukan
matlamat sebenar bidang kokurikulum, namun realiti kehidupan semasa tidak boleh
diabaikan begitu sahaja.

2. Mempelbagaikan kelab/persatuan dan aktiviti-aktiviti kokurikulum.

1.5 Strategi ini penting untuk memberikan peluang seluas-luasnya kepada para pelajar menyertai
dan menceburi bidang aktiviti yang mereka minati, di samping menguji bakat kepimpinan
masing-masing. Dalam konteks ini, selain daripada memperkemaskan organisasi dan
mengaktifkan kelab/persatuan yang sedia ada, beberapa kelab/persatuan baru boleh
ditubuhkan, khususnya persatuan/kelab yang berkaitan dengan sesuatu kerjaya, kebajikan,
hobi, komunikasi, penyelidikan dan pembangunan, patriotisme dan sebagainya dengan
syarat tidak melanggar peraturan-peraturan yang telah diaktakan atau tidak mematuhi
prosedur yang tertentu.

1.6 Kepelbagaian kelab/persatuan perlu diiringi oleh kepelbagaian aktiviti. Memperbanyakkan


aktiviti-aktiviti yang penggemblengan tenaga, usaha dan kreativiti pelajar (pupil-centred
activities) dan pada masa yang sama menilai semula aktiviti-aktiviti yang berorientasikan
masa (mass-oriented activities) dan mata pelajaran (subject-oriented activities), wajar
dilaksanakan. Aktiviti-aktiviti rutin seperti mengemas dan menghiaskan bilik
persatuan/kelab atau aktiviti-aktiviti yang terlalu dikongkong oleh keperluan dan matlamat
perkembangan kognitif seperti kuiz, peraduan melukis atau mengarang, perlu diubahsuai,
khususnya dari segi konsep, pendekatan, atur cara, dan kaedah pelaksanaan. Misalnya,
aktiviti membersihkan bangunan atau menceriakan kawasan sekolah akan menjadi suatu
aktiviti kokurikulum yang kaya dengan elemen-elemen pembangunan kemanusiaan apabila
dilaksanakan di atas konsep pupil-centred dalam rangka membina kepimpinan,
mengembangkan kreativiti dan inovasi pelajar, mewujudkan rangkaian kerjasama dalaman
dan luaran, dan menyemai semangat kepunyaan (sense of belonging) serta meneguhkan
watak sepunya.
3. Mewujudkan suasana aktiviti kokurikulum yang meriah

1.7 Suasana meriah lazimnya menjadi faktor penarik dan juga perangsang kepada pelaksanaan
sesuatu aktiviti. Dalam keadaan kemeriahan ini, dorongan untuk berusaha lebih bersungguh-
sungguh dan komitmen untuk mempertingkatkan prestasi diri, biasanya meningkat.
Meskipun belum ada kolerasi yang muktamad untuk mengesahkan fenomena ini, namun
situasi-situasi yang pernah dilalui dan dialami membuktikannya. Sekadar contoh, seseorang
atlet olahraga biasanya akan lebih bersemangat untuk mempertingkatkan prestasi larian atau
lompatannya jika dia diberi saingan dan sokongan bergemuruh dari para penonton. Oleh itu,
bukanlah sesuatu yang tidak realistik jika suasana meriah dijadikan suatu rangsangan untuk
mempertingkatkan prestasi pelaksanaan aktiviti-aktiviti kokurikulum di sekolah.

1.8 Situasi meriah dan kondusif ini boleh diwujudkan jika aktiviti-aktiviti dilaksanakan secara
terbuka dengan melibatkan peranan banyak pihak, sama ada sebagai peserta, penyokong,
penyumbang, penasihat, pemudah cara atau sebagainya. Selaras dengan ini, usaha
melibatkan ibu bapa atau penjaga (melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru, PIBG),
badan/kesatuan profesional, agensi-agensi kerajaan, dan pihak swasta di atas dasar
perkongsian dan permuafakatan, perlu diperhebatkan. Maka aktiviti-aktiviti seperti Pesta
Tahunan, Hari Pasukan Pakaian Seragam, Hari Kantin, Hari Ucapan dan Penyampaian
Hadiah, Hari Terbuka, Pesta Kesenian dan Kebudayaan, Hari Kanak-kanak Sedunia, Hari
Guru, Hari Kemerdekaan, Pameran Tahunan, dan sebagainya wajar dilaksanakan dengan
penyertaan maksimum dari pelbagai pihak.

1.9 Kemeriahan juga boleh diwujudkan apabila kelab/persatuan kokurikulum menganjurkan


lebih banyak pertandingan, bukan sahaja pertandingan-pertandingan di peringkat sekolah
tetapi juga pertandingan-pertandingan persahabatan di antara sekolah-sekolah yang
berhampiran. Selain daripada mewujudkan situasi meriah, pertandingan-pertandingan ini
juga menyumbang kepada usaha membina rangkaian kerjasama, dan hubungan persahabatan
serta persefahaman di antara pelbagai pihak yang terlibat. Melalui pertandingan-
pertandingan ini juga, sesebuah sekolah akhirnya akan dapat memunculkan watak atau
identitinya yang tersendiri.
1.10 Simbol-simbol kemeriahan seperti bendera-bendera, logo-logo dan sebagainya yang menjadi
identiti atau lambang kelab/persatuan wajar dikibar atau dipamerkan di dalam kawasan
sekolah.

1.11 Pada masa yang sama, penyertaan dan penglibatan para pelajar di dalam aktiviti-aktiviti
yang dilaksanakan di peringkat daerah, negeri, dan kebangsaan perlulah digalakkan,
Peraturan dan prosedur yang diwujudkan untuk menjamin kebajikan dan keselamatan pelajar
tidak wajar dijadikan batu penghalang kepada penyertaan dan penglibatan para pelajar itu.
Walaupun terdapat berbagai-bagai pendapat dan rumusan mengenai faedah-faedah yang
boleh diperoleh daripada penyertaan dan penglibatan di dalam pelbagai peringkat
pertandingan itu, namun yang pasti ialah pelajar-pelajar berkenaan akan mendapat
pengalaman-pengalaman dan pengetahuan-pengetahuan baru yang lebih luas dan
menyeluruh serta kepuasan psikologi dan intelek yang akan menjadikan pelajar itu warga
yang mampu menempa kejayaan-kejayaan yang lebih cemerlang dan gemilang pada masa
hadapan.

1.12 Dalam pada itu aspek kemeriahan juga perlu dititikberatkan bagi acara-acara
penganugerahan seperti majlis penyampaian hadiah, watikah kenaikan pangkat, sijil
kemahiran, sijil pencapaian, sijil penyertaan, dan cenderamata kepada murid-murid yang
berjaya meraih kejayaan yang cemerlang dan gemilang atau keputusan yang membangga dan
memberangsangkan dalam aktiviti dan pertandingan kokurikulum yang mereka sertai atau
petugas-petugas, guru-guru dan jurulatih-jurultih yang telah memberi sumbangan yang besar
ke arah memajukan lagi bidang kokurikulum di sekolah.

4 Menjalankan aktiviti atau kegiatan kokurikulum sepanjang tahun

4.1 Dengan mengiktiraf bidang kokurikulum sebagai suatu disiplin pendidikan yang
menyumbang terus kepada proses pembangunan kemanusiaan, maka aktiviti-aktiviti
kokurikulum perlulah dilaksanakan secara berterusan. Aktiviti-aktiviti ad hoc atau yang
dilaksanakan berdasarkan keperluan pentadbiran/pengurusan sekolah secara berkala, atau
yang berdasarkan jadual atau takwim yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia melalui Jabatan Pendidikan dan Pejabat Pendidikan Daerah, lazimnya akan
menghasilkan pengalaman-pengalaman dan kemahiran-kemahiran sementara yang tidak
signifikan dari segi peneguhan disiplin, watak, persepsi dan world-view murid-murid yang
terlibat.

4.2 Pelaksanaan aktiviti-aktiviti kokurikulum secara berterusan (sepanjang tahun) ini tidak akan
mencetuskan kebosanan di kalangan para pelajar jika aktiviti-aktiviti itu dirancang dengan
bijaksana (berdasarkan objektif dan matlamat) terlebih dahulu. Sebaliknya, pelaksanaan
berterusan ini membolehkan para pelajar mencapai tahap matang masing-masing secara
beransur-ansur melalui latihan yang lebih panjang.

4.3 Satu lagi kesan sampingan yang penting ialah pemaksimuman penggunaan peralatan dan
kemudahan-kemudahan asas yang secara tidak langsung menjurus kepada penjimatan dan
keberkesanan kos (cost-effectiveness). Pelaksanaan aktiviti-aktiviti kokurikulum yang
berterusan ini juga membolehkan bahan-bahan sumber dimanfaatkan sepenuhnya.

5 Mewujudkan sistem dokumentasi yang kemas kini, informatif dan lengkap

5.1 Strategi ini penting daripada segi pentadbiran dan pengurusan aktiviti-aktiviti
kokurikulum. Melalui sistem dokumentasi yang kemas kini ini, kemajuan dan keaktifan
serta kelemahan sesebuah kelab/persatuan dapat dikesan, dan dengan demikian, tindakan-
tindakan susulan yang sepadan dapat dirumus dan dilaksanakan dengan cepat dan
berkesan. Demikian juga, penglibatan dan pencapaian seseorang pelajar dapat dikesan
supaya kemajuan seterusnya dapat dirancang, dan penilaian yang tepat boleh dilakukan
untuk tujuan pengiktirafan.

5.2 Sistem dokumentasi yang lengkap dan kemas kini adalah juga penting untuk
membangunkan pangkalan data yang boleh diakses oleh pelbagai pihak untuk
mendapatkan maklumat-maklumat yang penting dan relevan, pengetahuan-pengetahuan
teknikal dan strategik, serta panduan-panduan pelaksanaan yang penting.

6 Mewujudkan sistem penilaian dan pengiktirafan yang diperakukan, adil dan


memberangsangkan

6.1 Dalam apa bidang sekalipun, penilaian yang adil dan pengiktirafan yang sewajarnya ialah
faktor yang merangsangkan peningkatan prestasi. Faktor ini seperti yang telah
dipersetujui oleh ramai pakar psikologi dan motivasi , berpotensi untuk menjana
dorongan intrinsik ke arah mencapai kecemerlangan. Faktor ini juga dikatakan boleh
merangsangkan deria kebertanggungjawaban (sense of responsibility) yang mendorong
seseorang bertindak cekap dan tepat. Berdasarkan rasional ini, maka usaha mewujudkan
suatu sistem penilaian yang adil dan pengiktirafan yang sewajarnya ialah suatu langkah
strategik yang penting untuk mempertingkatkan lagi prestasi pelaksanaan aktiviti-aktiviti
kokurikulum.

6.2 Dengan demikian, tindakan memberi sijil berdasarkan tahap penglibatan, penyertaan dan
pencapaian murid di dalam setiap aktiviti yang diceburinya adalah wajar. Apatah lagi
apabila pemberian sijil itu diiringi dengan pemberian hadiah. Adalah juga digalakkan agar
murid-murid yang mencapai tahap cemerlang di dalam aktivit-aktiviti yang disertainya
diberi anugerah khas, dan maklumat mengenai kecemerlangan mereka itu disebarkan
kepada semua pelajar.

6.3 Sehubungan itu, suatu sistem penilaian dan pengiktirafan yang standard dan diperakukan
sah perlu diwujud dan dikuatkuasakan di semua Sekolah Agama Negeri (SAN) Selangor.

7. Menjalankan pemantauan yang berkesan dan berterusan.

7.1 Strategi ini adalah penting sebagai langkah untuk memastikan aktiviti-aktiviti kokurikulum
yang diprogram dan dilaksanakan di sekolah menepati dasar dan falsafah pendidikan
kebangsaan serta mematuhi undang-undang, peraturan-peraturan dan prosedur yang telah
ditetapkan serta menepati fungsinya sebagai aktiviti-aktiviti kependidikan formal dan tidak
formal.

7.2 Strategi ini juga penting untuk memperoleh data dapatan-dapatan dan rumusan-rumusan
daripada aktiviti-aktiviti sebenar untuk dijadikan premis dan bukti semasa memberi
cadangan, sokongan dan bimbingan yang berterusan demi menambah baik keberkesanan
dan meningkatkan kemanfaatan aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan.

7.3 Melalui pemantauan dan penyeliaan yang berkesan dan berterusan, prestasi para fasilitator
dan jurulatih yang mengelolakan pelaksanaan aktiviti-aktiviti kokurikulum itu dapat
dipertingkatkan daripada semasa ke semasa.

7.4 Melalui pemantauan dan penyeliaan juga, kesilapan-kesilapan teknikal dan teoritikal yang
kecil tetapi menggugat kelancaran dan keberkesanan keseluruhan kegiatan atau aktiviti
kokurikulum yang dilaksanakan dapat diperbetulkan in situ dan tindakan-tindakan
penambahbaikan dapat dicadangkan dengan serta merta.
7.5 Strategi ini juga penting untuk memastikan bahawa kurikulum bagi aktiviti-aktiviti yang
dilaksanakan sepadan dan relevan dengan perkembangan fizikal dan minda murid-murid.

8. Mewujudkan sumber manusia yang berkemahiran dan komited.

8.1 Untuk melaksanakan strategi-strategi meningkatkan prestasi pelaksanaan kokurikulum,


maka bilangan guru yang mempunyai pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kepakaran dan
komitmen yang tinggi dan cekap perlu ditambah. Sehubungan itu, program-program latihan
sama ada di peringkat asas mahu pun lanjutan yang dilaksanakan sebagai latihan dalaman
atau luaran perlu dilaksanakan.

8.2 Demikian juga kumpulan jurulatih yang berpengetahuan, berkemahiran dan perkepakaran
tinggi serta mempunyai komitmen dan semangat kesukarelawanan yang berkobar-kobar
perlu diwujudkan. Jabatan Agama Islam Selangor perlu mewujudkan Pusat Latihan untuk
melatih guru-guru dan murid-murid menjadi jurulatih dan penolong jurulatih yang mahir
dan berwibawa sewajarnya dialu-alukan dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh sekolah-
sekolah.

8.3 Menyediakan jurulatih-jurulatih profesional dalam kegiatan-kegiatan kokurikulum tertentu


sukan/permainan dan kelab/persatuan hobi dan rekreasi adalah suatu lagi usaha strategik
yang penting untuk memajukan bidang kokurikulum keseluruhannya.

9. Membangunkan infrastruktur atau prasarana dan menyediakan perkakasan dan peralatan


yang mencukupi dan berkualiti.

9.1 Kecukupan dan kepelbagaian prasarana, kemudahan-kemudahan asas, perkakasan dan


peralatan yang ada, secara langsung, mempengaruhi kelancaran pelbagai aspek pelaksanaan
aktiviti-aktiviti kokurikulum, misalnya kelancaran aktiviti-aktiviti yang dijalankan,
kepelbagaian aktiviti, tahap keberkesanan aktiviti, kemeriahan aktiviti dan keselamatan
murid-murid yang melakukan aktiviti-aktiviti kokurikulum berkenaan.

9.2 Peningkatan tahap aktiviti daripada yang asas kepada yang lebih tinggi tidak mungkin dapat
dilaksanakan tanpa perkakasan peralatan yang sesuai dan sepadan dengan peningkatan
tahap itu.

10. Menyediakan sumber maklumat, data dan informasi yang komprehensif dan kemas kini.
10.1 Untuk berfungsi sebagai sumber rujukan bagi mendapatkan pengetahuan dan keterangan
terkini mengenai bidang kokurikulum di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

11. Menjalankan program penyelidikan dan pembangunan yang berterusan.

Program penyelidikan dan pembangunan ( R&D) yang berterusan adalah penting dirancang dan
dilaksanakan untuk mencapai objektif-objektif berikut :-

11.1 Mendapatkan input dan dapatan-dapatan yang yang boleh digunakan unuk meningkatkan
keberkesanan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan atau memprogramkan tahap pelaksanannya
mengikut tahap perkembangan fizikal minda pelajar.

11.2 Menghasilkan aktiviti-aktiviti baru yang lebih pragmatif, efektif dan kreatif dalam usaha
memeriah dan menyemarakkan lagi kegiatan atau aktiviti kokurikulum sebagai aktiviti
kependidikan menyeluruh.

11.3 Menghasilkan kurikulum yang lebih menyeluruh dan mantap bagi setiap kegiatan, program
atau aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan.

Berdasarkan kepada perbincangan di atas jelaslah bahawa usaha memastikan kegiatan atau aktiviti
kokurikulum menepati fungsinya dalam aspek pembangunan kemanusiaan yang komprehensif dan
berterusan sukar dilaksanakan. Walau bagaimana pun, semua pemimpin pendidikan peringkat
tertinggi, pengetua/guru besar dan guru-guru serta ibu bapa, perlulah menjadikannya cabaran yang
mesti diatasi dengan sepenuh daya dan tenaga serta bijaksana.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Lampiran 1B :
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
20 Tonggak Pelaksanaan Kokurikulum Di Sekolah

1. Mengetahui Dasar Pelaksanaan Kokurikulum.

2. Mengetahui Undang-Undang Dan Peraturan Yang Berkaitan Dengan Pelaksanaan Kokurikulum.


3. Mengetahui Prinsip-Prinsip Pelaksanaan.

4. Mengetahui Skema Pelaksanaan Yang Berkesan.

5. Menetapkan Visi Dan Misi Bidang Kokurikulum Berdasarkan Konsep “ Pendidikan


Menyeluruh“ Dan “ Sekolah Berwatak”.

6. Mewujudkan Struktur Dan Keperluan Asas Pelaksanaan.

7. Membangun Dan Mengoperasikan Kepentadbiran Dan Kepengurusan Yang Berkesan.

8. Membangunkan Kepakaran Dan Kejurulatihan.

9. Membina Infrastruktur Dan Mendapatkan Perkakasan Serta Peralatan Yang Pelbagai Dan
Mencukupi.

10. Mewujudkan Sumber Rujukan.

11. Membina Jaringan Kerjasama Yang Meluas Dan Berkesan.

12. Menyediakan Rancangan Kegitan Sepanjang Tahun.

13. Mewujud Dan Melaksanakan Program Pembangunan Kecemerlangan ( Elite And Excellence
Developments ) Tanpa Mengabaikan Penyertaan Massa Atau Penyertaan Beramai-Ramai.
14. Membangun Dan Menyebarkan Kemahiran-Kemahiran Pelaksanaan Seperti Pengurusan Dan
Pengelolaan Majlis, Protokol Dan Sebagainya.
15. Mewujudkan Tabung/Dana Kewangan Untuk Membantu Membiayai Kos Pelaksanaan.

16. Sentiasa Menjalankan Usaha-Usaha Penambahbaikan Dalam Semua Aspek Pelaksanaan.

17. Mewujudkan Skema Peningkatan Pencapaian Dan Pengiktirafan.

18. Mewujudkan Sistem Penganugerahan.

19. Membina Pangkalan Data Dan Dokumentasi.

20. Mengembleng Kerjasama Ibu Bapa Dan Masyarakat Sekitar.

BAB 2

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PENUBUHAN KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pendahuluan

2.1 Kelab
2.1.1 Definisi

2.1.2 Ciri-ciri

2.2 Persatuan

2.2.1 Definisi

2.2.2 Ciri-ciri

2.3 Kelab dan Persatuan di Sekolah.

2.4 Peraturan-peraturan Penubuhan dan Pengurusan.

2.5 Kaedah Pengurusan Kelab atau Persatuan di Sekolah.

2.6 Carta Aliran Penubuhan Kelab atau Persatuan di Sekolah.

2.7 Senarai dan Contoh Dokumen-dokumen Penubuhan Kelab/Persatuan di Sekolah.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
BAB 2
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
PENUBUHAN KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH

Pendahuluan :

Pelbagai kelab dan persatuan yang ditubuhkan di sekolah adalah entiti penting untuk melaksana dan
membangunkan bidang kokurikulum di sekolah. Keaktifan dan keberkesanan kelab dan persatuan ini
merancang dan mengelolakan pelbagai program, aktiviti atau kegiatan yang melibatkan ramai murid,
adalah secara langsung menentukan keaktifan dan keberkesanan bidang kokurikulum di sesebuah
sekolah. Ringkasnya, semakin banyak kelab dan persatuan
beroperasi dengan aktif di sekolah-sekolah, maka semakin meriah RAMLAN ABD, WAHAB (2002)

dan produktiflah bidang kokurikulum di sekolah-sekolah berkenaan.


Seterusnya apabila tahap aktiviti atau kegiatan kelab dan persatuan
itu berjaya dipertingkatkan dan penyertaan diperluaskan, maka kemeriahan dan pencapaian bidang
kokurikulum juga akan meningkat.

Hakikat ini atas secara langsung menegaskan bahawa usaha membangun dan memajukan bidang
kokurikulum di sekolah perlu dimulai dengan langkah mewujudkan kelab dan persatuan yang sah dan
ditadbir serta diurus dengan cekap dan berkesan. Bab ini akan cuba menjelaskan aspek-aspek yang
dimaksudkan itu.

2.1 Kelab

2.1.1 Definisi Kamus Dewan ( Edisi Ketiga,


2000), Dewan Bahasa dan
Pustaka, m.s 605.

2.1.1.1 Perkumpulan atau persatuan WEBSTER’S II New Riverside


Dictionary,
Berkeley Book, New York (1984)
2.1.1.2 A group of persons organized together for m.s. 135

a common purpose.
Oxford Advance Learner’s
Dictionary, m.s 213.
2.1.1.3 A group of people who meet together
regularly, especially for particular
activity such as a sport.

2.1.1.4 Sejenis perkumpulan atau persatuan yang berasaskan suatu aktiviti


utama yang tertentu dan dianggotai oleh individu-
individu yang mempunyai minat, kegemaran, kerjaya atau latar belakang
yang sama.

2.1.2 Ciri-ciri

Berdasarkan definisi di atas, maka sesebuah kelab pada umumnya mempunyai ciri-ciri
berikut :
2.1.2.1 Dianggotai oleh individu-individu yang mempunyai minat, kegemaran,
kerjaya atau latar belakang kehidupan yang sama.

2.1.2.2 Keanggotaannya adalah eksklusif dengan maksud bilangan ahli adalah


kecil dan terhad.

2.1.2.3 Penubuhannya adalah berasaskan suatu aktiviti utama yang spesifik.

2.2 Persatuan

2.2.1 Definisi

2.2.1.1 Gabungan, ikatan, kumpulan.

2.2.1.2 An association og people with mutual aims of interests.

2.2.1.3 An organisation og people formed for a partiular and shared purpose; an


association.

2.2.1.4 Sejenis perkumpulan, gabungan atau perikatan yang dianggotai oleh


individu-individu yang mempunyai tujuan atau matlamat yang sama.

2.2.2 Ciri-ciri

Berdasarkan definisi di atas maka sesebuah persatuan pada umumnya mempunyaiciri-


ciri berikut:

2.2.2.1 Dianggotai oleh individu-individu yang mempunyai kepentingan, tujuan dan


matlamat yang sama.

2.2.2.2 Keanggotaannya adalah tidak terhad, sebaliknya terbuka kepada semua


individu yang berminat walaupun mempunyai kegemaran, kerjaya atau latar
belakang yang berbeza.
2.2.2.3 Penubuhannya adalah berasaskan cita-cita, objektif atau matlamat yang
dikongsi bersama oleh setiap anggota.

2.2.2.4 Aktivitinya pelbagai dan rencam tetapi berteraskan atau berfokus kepada
usaha merealisasikan cita-cita, objektif atau matlamat yang dikongsi bersama
oleh setiap anggotanya.

2.3 Kelab dan persatuan di Sekolah.

2.3.1 Dalam konteks kegiatan kokurikulum di sekolah, “persatuan sekolah” ertinya apa-apa
kelab persatuan murid dan guru sekolah.

2.3.2 Berdasarkan Peraturan 4 dalam Peraturan-Peraturan _____________________


Perkara 3 dalam
Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, lima kategori Peraturan-Peraturan
kelab/persatuan yang boleh ditubuhkan di sekolah adalah Pendidikan (Persatuan
Sekolah) 1998 seperti
kelab/persatuan yang berasaskan mata pelajaran yang dalam Warta Kerajaan
Malaysia Jil 42, No.11,
diajar di sekolah sebagaimana yang dinyatakan dalam Tambahan No 41,
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) Perundangan(A), P.U(A)
196 bertarikh 21 Mei
1997; kelab/persatuan yang berasaskan hobi dan rekreasi ; 1998.
_____________________
kelab/persatuan yang berasaskan sukan dan permainan;
kelab/persatuan badan beruniform dan apa-apa persatuan
lain yang diluluskan oleh pendaftar.

2.4 Peraturan-Peraturan Penubuhan dan Pengurusan

2.4.1 Penubuhan dan pengurusan apa-apa kelab atau persatuan di sekolah adalah tertakluk kepada
Peraturan-Peraturan Pendidikan ( Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta
Kerajaan Malaysia Jil.42, No. 11, Tambahan No. 41, Perundangan (A): P.U.(A) 196
bertarikh 21 Mei 1998. Peraturan-Peraturan Pendidikan ( Persatuan Sekolah) 1998 ini
mengandungi 13 perkara dan berkuat kuasa mulai 21 Mei 1998. Di antara perkara-perkara
yang terkandung adalah pernyataan mengenai pembatalan peraturan-peraturan di bawah
Seksyen 92 Ordinan Pelajaran 1952.

2.4.2 Perkara-perkara yang termaktub dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan


Sekolah) 1998 dan implikasinya kepada kaedah penubuhan dan pengurusan kelab dan
persatuan di sekolah dirumuskan dalam jadual 2A berikut ini:
DOKUMEN
BIL.
PERNYATAAN PERKARA IMPLIKASI PENGURUSAN DAN
PERKARA
PENUBUHAN
Pada menjalankan kuasa yang
diberikan oleh seksyen 130 Akta
Pendidikan 1996, Menteri
membuat peraturan-peraturan
yang berikut:
1. Perturan-peraturan ini bolehlah Perturan-peraturan di Setiap kelab atau
dinamakan Peraturan-Peraturan bawah Seksyen 92 persatuan yang
( Persatuan Sekolah) 1998 dan Ordinan Pelajaran 1952 ditubuhkan di sekolah
hendaklah mula berkuatkuasa dibatalkan. perlu mempunyai
pada 21 Mei 1998 sesalinan peraturan ini.
2. Peraturan-peraturan ini terpakai
bagi Sekolah Agama Negeri
(SAN) Selangor.
3. Tafsiran :
Dalam “Peraturan-Peraturan
ini:-
“guru besar” atau “pengetua”
ertinya Pegawai dalam
Perkhidmatan Pendidikan yang
dilantik oleh Pengarah Jabatan
Agama Islam Selangor untuk
mengurus sekolah;

“jawatankuasa” ertinya Jawatankuasa apa-apa


sekumpulan orang yang dilantik kelab atau persatuan di
atau dipilih untuk menjalankan sekolah boleh dilantik
tugas persatuan sekolah; atau dipilih. Penyataan
bahawa keseluruhan
jawatankuasa atau
sebahagiannya dilantik
atau dipilih hendaklah
dimaktubkan sebagai
suatu peruntukan dalam
perlembagaan kelab
atau persatuan.

“penasihat” ertinya guru yang Guru atau guru-guru Surat rasmi perlantikan
dilantik oleh guru besar atau penasihat apa-apa kelab kepada setiap ahli
pengetua untuk memberi nasihat atau persatuan jawatankuasa yang
kepada persatuan sekolah; hendaklah dilantik oleh dilantik (jika ada,
“persatuan sekolah “ ertinya guru besar atau seperti yang
apa-apa kelab atau persatuan pengetua. Persatuan diperuntukkan dalam
murid dan guru sekolah. sekolah dianggotai oleh perlembagaan kelab
guru dan murid sekolah atau persatuan yang
sahaja. Persatuan ini berkenaan). Surat
juga hendaklah beribu rasmi perlantikan guru
pejabat di sekolah. sebagai guru penasihat
kepada apa-apa kelab
atau persatuan
daripada guru besar
atau pengetua.

“persatuan sekolah “ ertinya Persatuan sekolah


apa-apa kelab atau persatuan dianggotai oleh guru
murid dan guru sekolah dan murid sekolah
sahaja. Persatuan ini
juga hendaklah beribu
pejabat di sekolah.

4. Guru besar atau pengetua Proses penubuhan apa-


setelah menerima permohonan apa kelab atau persatuan
secara bertulis, hendaklah di sekolah mestilah
menubuh persatuan sekolah dimulai dengan
daripada kategori yang berikut: penghantaran surat
permohonan rasmi
a) mata pelajaran yang diajar di daripada guru atau
sekolah sebagaimana yang murid kepada guru
dinyatakan dalam Peraturan- besar atau pengetua.
Peraturan Pendidikan
(Kurikulum Kebangsaan) 1997; Proses penubuhan apa- Surat Kelulusan
apa kelab atau persatuan Penubuhan
b) hobi dan rekreasi; di sekolah boleh
diteruskan setelah guru
c) sukan dan permainan; besar atau pengetua
mengeluarkan surat
d) badan beruniform; atau kelulusan penubuhan.

e) apa-apa persatuan lain yang Proses penubuhan apa-


diluluskan oleh Pendaftar. apa kelab atau persatuan Surat Permohonan
di sekolah yang tidak Penubuhan Kepada
termasuk dalam Pendaftar (jika
kategori a), b), c) dan d) berkenaan)
hanya boleh diteruskan
setelah Pendaftar Surat Kelulusan
mengeluarkan surat Penubuhan Daripada
kelulusan penubuhan. Pendaftar (jika
berkenaan)
(sila rujuk para 2 dalam
Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil. 20/2000 bertarikh
16 Disember 2000
berkaitan penubuhan
Persatuan atau Kelab
berasaskan agama)

5 (1) Jawatankuasa tiap-tiap persatuan Kelab atau Persatuan Surat Permohonan


sekolah hendaklah yang ditubuhkan perlu Pengesahan
mengemukakan secara bertulis mendapat Surat Perlembagaan dan
kepada guru besar atau pengetua Pengesahan atau Sijil Peraturan Kelab atau
laporan yang lengkap mengenai Pendaftaran Penubuhan Persatuan, Senarai
perkara-perkara yang berikut: daripada guru besar Ahli Jawatankuasa
a) perlembagaan dan peraturan atau pengetua dengan Kelab atau Persatuan
persatuan; menghantar Surat dan Senarai Aktiviti
b) Senarai ahli jawatankuasa Permohonan Utama Kelab atau
persatuan; dan Pengesahan Penubuhan Persatuan
c) Senarai aktiviti utama dengan menyertakan
persatuan. bersama dokumen-
dokumen yang Surat Pengesahan
5 (2) Laporan itu hendaklah berkaitan, iaitu, Perlembagaan dan
dikemukakan dalam tempoh Perlembagaan dan Persatuan Kelab atau
empat belas hari mula Peraturan Kelab atau Persatuan, Senarai
berkuatkuasanya Peraturan- Persatuan, Senarai Ahli Ahli Jawatankuasa
Peraturan ini atau dalam hal Jawatankuasa Kelab Persatuan dan Senarai
persatuan yang ditubuhkan atau Persatuan dan Aktiviti Utama
selepas Peraturan-Peraturan ini Senarai Aktiviti Utama Persatuan dariapada
berkuatkuasa, dalam tempoh Kelab Atau Persatuan. guru besar atau
empat belas hari selepas pengetua.
mesyuarat pertama persatuan
tersebut.

Perlembagaan dan peraturan


5 (3) persatuan sekolah hendaklah Perlembagaan dan
diluluskan oleh guru besar atau Peraturan Kelab atau
pengetua. Persatuan, Senarai
Ahli Jawatankuasa
Kelab atau Persatuan
dan Senarai Aktiviti
Utama Kelab atau
Persatuan yang telah
disah dan
ditandatangani oleh
guru besar atau
pengetua.

Surat Pengesahan
Pendaftaran Kelab atau
Persatuan daripada
guru besar atau
pengetua.

6(1) Jawatankuasa tiap-tiap persatuan Sebarang perubahan ke Surat Permohonan


sekolah hendaklah atas perlembagaan Membuat Pindaan atau
mengemukakan secara bertulis peraturan, aktiviti Perubahan
kepada guru besar atau utama, jawatankuasa Perlembagaan/
pengetua, laporan yang lengkap atau ahli kelab atau Peraturan/Aktiviti
mengenai apa-apa perubahan persatuan hendaklah Utama/Jawatankuasa/
dalam perlembagaan, peraturan, mendapat kebenaran Ahli Kelab atau
jawatankuasa atau ahli bertulis daripada guru Persatuan kepada guru
persatuan. besar atau pengetua. besar atau pengetua.

6(2) Laporan itu hendaklah Surat Kelulusan


dikemukakan dalam tempoh Membuat Pindaan atau
empat belas hari dari tarikh yang Perubahan
laporan tentang perubahan itu Perlembagaan/
dibuat dan hendaklah disahkan Peraturan/Aktiviti
dengan tandatangan pengerusi Utama/Jawatankuasa/
dan setiausaha persatuan yang Ahli Kelab atau
berkenaan. Persatuan kepada guru
besar atau pengetua.

6(3) Guru besar atau pengetua boleh Sebarang perubahan Dokumen Pindaan atau
menerima atau enggan untuk kepada perlembagaan Perubahan
menerima perubahan yang persatuan dan kelab Perlembagaan/
dinyatakan dalam hanya sah setelah Peraturan/Aktiviti
subperaturan(1). mendapat kelulusan Utama/Jawatankuasa/
daripada guru besar/ Ahli Kelab atau
pengetua. Persatuan yang
disahkan oleh guru
besar atau pengetua.
7 Guru besar/pengetua hendaklah Setiap kelab atau Daftar atau Rekod
menyimpan atau menyebabkan persatuan yang Keahlian Kelab atau
supaya disimpan sesuatu rekod ditubuhkan di sekolah persatuan yang
tentang ahli-ahli persatuan hendaklah menyediakan disahkan oleh guru
sekolah dalam tempoh tiga dan mengemaskinikan besar atau pengetua.
puluh hari selepas daftar atau rekod
berkuatkuasanya perturan- keahlian dan
peraturan ini dan hendaklah mendapatkan
sedia ada bagi pemeriksaan oleh pengesahan daripada
Pendaftar. guru besar atau
pen4getua.

8 Guru besar atau pengetua Guru atau guru-guru Surat Perlantikan Guru
hendaklah melantik seorang atau penasihat apa-apa kelab Penasihat daripada
beberapa orang guru untuk atau persatuan guru besar atau
bertindak sebagai penasihat atau hendaklah dilantik pengetua.
penasihat-penasihat bagi setiap secara rasmi dan
persatuan sekolah dan guru bertulis oleh guru besar
besar atau pengetua itu atau pengetua.
hendaklah menyimpan atau
menyebabkan supaya disimpan
suatu rekod bertulis tentang
maklumat itu dan hendaklah
sedia adda bagi pemeriksaan
oleh pendaftar.

9 (1) Akaun bagi tiap-tiap persatuan Setiap kelab atau Penyata Akaun
sekolah hendaklah di bawah persatuan yang Kewangan Kelab atau
kawalan guru besar atau ditubuhkan di sekolah Persatuan yang
pengetua atau penasihat. hendaklah menyedia disahkan.
dan mengemaskinikan
Akaun Kewangan
Kelab atau Persatuan
dan mendapatkan
pengesahan dariapda
guru besar tau pengetua
atau pun guru penasihat.
9 (2) Guru besar atau pengetua Akaun Kewangan Surat Penurunan Kuasa
hendaklah menyimpan atau Kelab/Persatuan menyimpan Akaun
menyebabkan supaya disimpan hendaklah disimpan Kewangan
suatu akaun yang sewajarnya oleh guru besar atau Kelab/Persatuan
dan hendaklah menyimpannya pengetua atau pun oleh kepada pihak ketiga
di bawah jagaannya bagi tempoh pihak yang diberi kuasa (jika perlu).
tidak kurang dari enam bulan olehnya.
setelah berakhir tiap-tiap tahun
kewangan dan hendaklah sedia
ada bagi pemeriksaan oleh
pendaftar.

9 (3) Apa-apa tajaan atau kutipan Kelab atau persatuan Surat Permohonan
derma bagi setiap persatuan tidak dibenarkan Untuk Mengutip
sekolah hendaklah mendapat mengutip yuran atau Derma kepada guru
kelulusan guru besar atau derma tanpa kelulusan besar atau pengetua.
pengetua. guru besar atau Surat Kelulusan
pengetua. Mengutip Derma
dariapda guru besar
atau pengetua.

10 Tiap-tiap mesyuarat persatuan Kehadiran guru Semua dokumen


sekolah atau jawatankuasanya penasihat dalam setiap pengurusan mesyuarat
hendaklah dihadiri oleh mesyuarat yang seperti :-
penasihat dan mana-mana guru diadakan oleh setiap Surat Permohonan
lain yang telah dilantik oelh kelab atau persatuan di untuk mengadakan
guru besar atau pengetua bagi sekolah adalah wajib. mesyuarat kepada guru
maksud itu. Seorang guru lain yang besar atau pengetua,
dilantik oleh guru besar Surat Panggilan
atau pengetua sebagai Mesuarat, Kertas
pemerhati juga wajib Agenda, Minit
hadir. Mesyuarat yang lalu,
Kertas Cadangan dan
sebagainya.

Daftar atau rekod


kehadiran mesyuarat
termasuk kehadiran
guru penasihat dan
guru pemerhati.

Senarai
resolusi/keputusan/
rumusan mesyuarat.

Surat Lantikan Guru


Pemerhati daripada
guru besar/pengetua.

11 Pendaftar, guru besar atau Pengurusan dan Surat Peringatan


pengetua boleh mengarah mana- pentadbiran kelab atau daripada guru besar
mana persatuan sekolah persatuan di sekolah atau pengetua.
mematuhi peraturan tentang mestilah mematuhi
pengurusan, aktiviti, keahlian sepenuhnya peraturan
atau yng selainnya berkenaan dan amalan yang telah
dengan persatuan itu. ditetapkan oleh
Bahagian Pengurusan
Sekolah / Bahagian
Pembangunan
Kemanusiaan.

12 (1) Pendaftar, guru besar atau Pembubaran sesuatu Surat


pengetua boleh, secara bertulis, kelab atau persatuan di Peringatan/tunjuk
mengarahkan mana-mana sekolah hanya boleh sebab/arahan daripada
persatuan sekolah dibubarkan dibuat oleh guru besar, guru besar atau
jika dia berpuas hati bahawa pengetua atau pengetua sekolah.
persatuan itu mungkin Pendaftar.
digunakan bagi maksud :-

a) yang tidak memberi manfaat


kepada guru atau murid;

b) Propaganda politik yang


memudaratkan kepentingan
Malaysia atau awam;

c) Yang memudaratkan
kepentingan murid; atau

d) Yang melanggar mana-mana


peruntukan Peraturan-Peraturan
ini.

12 (2) Tiap-tiap arahan yang dibuat di Sebarang tindakan Salinan pemberitahuan


bawah subperaturan (1) atau pembubaran sesebuah atau kenyataan yang
peraturan 10 hendaklah kelab atau persatuan disebarkan atau
disiarkan dengan menampalkan hendaklah ditampalkan di papan
suatu salinan mengenainya di dimaklumkan kepada kenyataan
papan kenyataan sekolah atau di ahli dan warga sekolah.
mana-mana tempat yang boleh
dilihat di premis sekolah.

13 Peraturan-peraturan Di Bawah
Seksyen 92 Ordinan Pelajaran
1952 dibatalkan.

JADUAL 2A:
PERATURAN-PERATURAN PENUBUHAN KELAB DAN PERSATUAN DI SEKOLAH
2.5 Kaedah Penubuhan Kelab atau Persatuan di Sekolah:

Selaras dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti yang


dinyatakan dalam 2.4 di atas, maka kaedah penubuhan kelab atau persatuan di sekolah wajarlah
sekurang-kurangnya mematuhi langkah-langkah seperti yang dirumuskan dalam Jadual 2B di
bawah:-

DOKUMEN
BIL.
PERNYATAAN PERKARA IMPLIKASI PENGURUSAN DAN
PERKARA
PENUBUHAN
Menubuhkan Jawatankuasa
2.5.1
Penaja.
2.5.2 Mengadakan Mesyuarat Menghasilkan draf
Jawatankuasa Penaja. perlembagaan,
peraturan-peraturan,
aktiviti utama, dan
syarat-syarat keahlian.
2.5.3 Mengemukakan Surat Untuk mendapatkan Peraturan 4 dalam
Permohonan Menubuhkan kelulusan penubuhan Peraturan-Peraturan
Kelab atau Persatuan kepada kelab atau persatuan Pendidikan (Persatuan
guru besar atau pengetua. yang dirancangkan. Sekolah) 1998 seperti
dalam
(Surat Permohonan disertakan
dengan draf perlembagaan, Warta Kerajaan
peraturan-peraturan , senarai Malaysia Jil. 42, No
aktiviti utama dan senarai 11, Tambahan No.41,
jawatankuasa). Perundangan (A):P.U.
(A) 196 bertarikh 21
Mei 1998.
2.5.4 Mengadakan Mesyuarat Agong (a) Merumuskan
Penubuhan setelah Surat perlembagaan dan
Kelulusan Penubuhan diterima Peraturan-Peraturan
daripada guru besar atau Kelab atau Persatuan.
pengetua.
(b) Menetapkan
Aktiviti-Aktiviti Utama
Kelab atau Persatuan

(c) Melantik Ahli


Jawatankuasa.
2.5.5 Mengajukan Surat Permohonan Untuk memastikan Subperaturan 5 (1)
Pengesahan Pendaftaran Kelab kelab atau persatuan dalam Peraturan-
atau Persatuan kepada guru yang ditubuhkan sah Peraturan Pendidikan
besar atau pengetua dengan dan berdaftar. (Persatuan Sekolah)
mengemukakan bersama 1998 seperti dalam
Perlembagaan dan Peraturan- Warta Kerajaan
Peraturan Kelab atau Persatuan, Malaysia Jil. 42, No
Senarai Aktiviti Utama dan 11, Tambahan No.41,
Senarai Ahli Jawatankuasa. Perundangan (A):P.U.
(A) 196 bertarikh 21
Mei 1998.

2.5.6 Mendaftarkan ahli setelah Surat Untuk menghasilkan


Kelulusan dan Pengesahan sebuah Rekod atau
Pendaftaran diterima daripada Daftar Ahli yang telah
guru besar atau pengetua. dikemaskini.

2.5.7 Memfailkan Perlembagaan dan Untuk dijadikam bahan Subperaturan 5 (3)


Peraturan-Peraturan Kelab atau rujukan dan panduan dalam Peraturan-
Persatuan, Senarai Ahli dalam melaksanakan Peraturan Pendidikan
Jawatankuasa dan Senarai aktiviti. (Persatuan Sekolah)
Aktiviti Utama yang telah 1998 seperti dalam
diluluskan dan disahkan oleh Warta Kerajaan
guru besar atau pengetua. Malaysia Jil. 42, No
11, Tambahan No.41,
Perundangan (A):P.U.
(A) 196 bertarikh 21
Mei 1998.
2.5.8 Mengemukakan Rekod atau Peraturan 7 dalam
Daftar Ahli Kelab atau Peraturan-Peraturan
Persatuan kepada guru besar Pendidikan (Persatuan
atau pengetua untuk Sekolah) 1998 seperti
pengesahan. dalam Warta Kerajaan
Malaysia Jil. 42, No
11, Tambahan No.41,
Perundangan (A):P.U.
(A) 196 bertarikh 21
Mei 1998.

2.5.9 Memfailkan Rekod atau Daftar Untuk rujukan dan Peraturan 7 dalam
Ahli yang telah diluluskan. panduan serta Peraturan-Peraturan
pemeriksaan oleh Pendidikan (Persatuan
pendaftar. Sekolah) 1998 seperti
dalam Warta Kerajaan
Malaysia Jil. 42, No
11, Tambahan No.41,
Perundangan (A):P.U.
(A) 196 bertarikh 21
Mei 1998.

2.5.10 Guru besar atau pengetua Peraturan 8 dalam


melantik guru penasihat. Peraturan-Peraturan
Pendidikan (Persatuan
Sekolah) 1998 seperti
dalam Warta Kerajaan
Malaysia Jil. 42, No
11, Tambahan No.41,
Perundangan (A):P.U.
(A) 196 bertarikh 21
Mei 1998.

2.5.11 Mengemukakan Surat


Permohonan Mengutip Derma Subperaturan 9(3)
kepada guru besar atau dalam Peraturan-
pengetua. Peraturan Pendidikan
(Persatuan Sekolah)
(Fasal mengenai kutipan derma 1998 seperti dalam
daripada ahli mestilah ada Warta Kerajaan
dalam Perlembagaan Kelab Malaysia Jil. 42, No
atau Persatuan.) 11, Tambahan No.41,
Perundangan (A):P.U.
(A) 196 bertarikh 21
2.5.12 Mula mengutip derma setelah
Mei 1998.
menerima Surat Kelulusan
Mengutip Derma daripada guru
besar atau pengetua dengan
mematuhi prosedur kewangan
yang sedia ada.

2.5.13 Menyediakan Akaun Kewangan


Kelab atau Persatuan dan Subperaturan 1(1) dan
menghantarnya kepada guru 9(2) dalam Peraturan-
besar atau pengetua atau guru Peraturan Pendidikan
penasihat untuk pengesahan. (Persatuan Sekolah)
1998 seperti dalam
Warta Kerajaan
Malaysia Jil. 42, No
11, Tambahan No.41,
Perundangan (A):P.U.
(A) 196 bertarikh 21
Mei 1998.

2.5.14
Menyimpan dan Untuk menjadi rujukan Subperaturan 1(1) dan
mengemaskinikan Akaun dan pemeriksaan oleh 9(2) dalam Peraturan-
Kewangan Kelab atau Persatuan Pendaftar. Peraturan Pendidikan
yang telah disahkan. (Persatuan Sekolah)
1998 seperti dalam
Warta Kerajaan
Malaysia Jil. 42, No
11, Tambahan No.41,
Perundangan (A):P.U.
(A) 196 bertarikh 21
Mei 1998.
2.5.15 Merumuskan Takwim Kegiatan Sebagai panduan
Tahuanan dan mendapatkan pelaksanaan aktiviti
pengesahan daripada guru mingguan.
penasihat.
2.5.16 Menyediakan Jadual Jadual Kedatangan Ahli Surat Pekeliling
Kedatangan Ahli dalam setiap adalah dokumen Ihktisas Bil.2/1986.
aktiviti yang dijalankan. penting dalam
pelaksanaan Skema
Penilaian Aktiviti
Kokurikulum.
2.5.17 Mengemukakan Surat
Permohonan untuk menjadi Ahli
Gabungan dengan Badan Luar
kepada guru besar atau
pengetua.

2.5.18 Mengemukakan Surat


Permohonan menjadi Ahli
Gabungan kepada Badan Induk
setelah mendapat kelulusan
daripada guru besar atau
pengetua.

2.5.19 Menyediakan Laporan Tahunan

JADUAL 2B:
LANGKAH-LANGKAH PENUBUHAN KELAB DAN PERSATUAN DI SEKOLAH
2.6 Carta Aliran Penubuhan Kelab dan Persatuan di Sekolah:
GURU/ PENGETUA/
GURU PENASIHAT NOTA
MURID GURU BESAR

1. Mula
1
2. Tubuhkan sebuah
Jawatankuasa Penaja

2 3. Adakan Mesyuarat
Jawatankuassa Penaja

4. Sediakan surat
3 permohonan penubuhan
dan kemukakan kepada
pengetua atau guru besar
beserta semua dokumen
4 sokongan.

5. Terima surat
permohonan dan
pertimbangkan
TL : Tidak Lulus TL
L : Lulus 5 6A. Sediakan surat
kelulusan penubuhan dan
kembalikan kepada
L pemohon.

6B. Sediakan Surat


Perlantikan Guru
6A Penasihat dan
6B
kemukakan kepada guru
berkenaan.

7A. Terima dan kaji surat


kelulusan.
TT
7B. Terima surat
7A 7 perlantikan dan
B pertimbangkan.

8A. Adakan Mesyuarat


8A Agong Penubuhan
8B TT : Tidak Terima
T : Terima
8B. Sediakan Surat
Penerimaan Lantikan dan
kemukakan kepada
pengetua atau guru besar
9A. Sediakan dokumen-
dokumen penubuhan.

9B. Terima Surat


Penerimaan Lantikan
daripada guru.
9A 9B 10A. Sediakan Surat
Permohonan Pengesahan
Penubuhan dan
10A 10B Pendaftaran
Persatuan/Kelab dan
kemukakan kepada Guru
Penasihat.

10B. Dokumentasikan
TL Surat penerimaan
TL : Tidak Lengkap 1 perlantikan daripada
L : Lengkap 1 guru.
L
11. Terima dan semak
Surat Permohonan
1 Pengesahan Penubuhan
2 dan Pendaftaran
Persatuan/Kelab.

12. Panjangkan surat


permohonan kepada
pengtua/guru besar.
TL
1 13. Terima surat
TL : Tidak Lulus 3 permohonan dan
L : Lulus pertimbangkan
permohonan.
L
14. Sediakan Surat
Pengesahan Pertubuhan
14 dan Pendaftaran
Persatuan/Kelab dan
kemukakan kepada guru
penasihat.

15 15. Terima surat dan


semak.
9A

16. Minitkan tindakan-


tindakan susulan
berdasarkan Surat
Pengesahan Penubuhan
dan Pendaftaran
16
Persatuan atau Kelab
daripada pengetua/guru
besar dan kemukakan
bersama-sama surat
berkaitan kepada
17 Setiausaha
Persatuan/Kelab.

17. Terima Surat


18 Pengesahan Penubuhan
dan Pendaftaran
Persatuan/Kelab daripada
Guru Penasihat dan
laksanakan tindakan-
tindakan susulan.
19

18. Adakan Mesyuarat


Jawatankuasa untuk
memulakan kegiatan,
program atau aktiviti
persatuan/kelab.

19. Dokumentasikan
semua keputusan,
tindakan dan matlamat
penubuhan
persatuan/kelab

2.7 Senarai dan contoh dokumen-dokumen penubuhan kelab/persatuan di sekolah.


2.7.1 Surat Permohonan Penubuhan Kelab/Persatuan. (Lampiran 2.7.1)

2.7.2 Surat Kelulusan Penubuhan Kelab/Persatuan daripada (Lampiran 2.7.2)

Pengetua/Guru Besar
2.7.3 Surat Permohonan Pengesahan Penubuhan dan Pendaftaran (Lampiran 2.7.3)

Kelab/Persatuan.
2.7.4 Surat Pengesahan Penubuhan dan Pendaftaran (Lampiran 2.7.4)

Kelab/Persatuan.daripada pengetua/guru besar.


2.7.5 Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Kelab/Persatuan. (Lampiran 2.7.5)

2.7.6 Senarai Aktiviti Utama Kelab/Persatuan. (Lampiran 2.7.6)

2.7.7 Senarai Ahli Jawatankuasa Kelab/Persatuan. (Lampiran 2.7.7)

2.7.8 Surat perlantikan Sebagai Ahli Jawatankuasa (Lampiran 2.7.8)

Kelab/Persatuan.
2.7.9 Surat perlantikan Sebagai Guru Penasihat (Lampiran 2.7.9)

Kelab/Persatuan. Daripada pengetua/guru besar.


2.7.10 Surat Penerimaan Perlantikan Sebagai Guru Penasihat (Lampiran 2.7.10)

Kelab/Persatuan.
2.7.11 Surat Permohonan Kelulusan Mengutip Derma. (Lampiran 2.7.11)

2.7.12 Surat Kelulusan Mengutip Derma. (Lampiran 2.7.12)

2.7.13 Akaun Kewangan Kelab/Persatuan. (Lampiran 2.7.13)

2.7.14 Surat Permohonan Kebenaran Menjadi Ahli Gabungan. (Lampiran 2.7.14)

2.7.15 Surat Kelulusan Untuk Memohon Menjadi Ahli Gabungan. (Lampiran 2.7.15)

2.7.16 Surat Permohonan Menjadi Ahli Gabungan (Lampiran 2.7.16)

2.7.17 Takwim Aktiviti Tahunan (Lampiran 2.7.17)

2.7.18 Jadual Aktiviti Mingguan (Lampiran 2.7.18)

2.7.19 Borang Permohonan Menjadi Ahli (Lampiran 2.7.19)

2.7.20 Surat Pengesahan dan Kebenaran Ibu Bapa (Lampiran 2.7.20)

2.7.21 Rekod atau Daftar Ahli (Lampiran 2.7.21)

2.7.22 Jadual Kehadiran Ahli (Lampiran 2.7.22)

2.7.23 Surat Melepaskan Jawatan Sebagai Sebagai Guru (Lampiran 2.7.23)

Penasihat

Lampiran 2.7.1
Setiausaha
Jawatankuasa Penaja
Persatuan Penulis Muda
Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) Pandan Indah,
Jalan Pandan Mewah,
Pandan Indah,
56100 Kuala Lumpur
Selangor Darul Ehsan
Tarikh: 13 Rejab 1423H
20 September 2002.

Pengetua
Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) Pandan Indah
Jalan Pandan Mewah,
Pandan Indah,
56100 Kuala Lumpur,
Selangor Darul Ehsan

Tuan,

Permohonan Menubuhkan Persatuan Penulis Muda Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS)
Pandan Indah.

Saya dengan segala hormat dan takzimnya merujuki perkara di atas .

2. Sukacita dimaklumkan bahawa sebuah Jawatankuasa Penaja Persatuan Penulis Muda Maahad
Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) Pandan Indah diwujudkan pada 15 September 2002 yang lalu dengan
tujuan untuk menyemarakkan lagi aktiviti penulisan di kalangan warga Sekolah Menengah Kebangsaan
Lembah Permata ini.

3. Sehubungan itu, saya bagi pihak Jawatankuasa Penaja dengan penuh harapan memohon sudilah apa
kiranya tuan membenarkan penubuhan Persatuan Penulis Muda Maahad Integrasi Tahfiz Selangor
(MITS) Pandan Indah berasaskan Peraturan 4 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan
Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jil. 42, No 11, Tambahan No.41, Perundangan
(A):P.U.(A) 196 bertarikh 21 Mei 1998.
4. Bersama-sama ini disertakan draf perlembagaan dan peraturan-peraturan persatuan, senarai ahli
Jawatankuasa Penaja dan senarai aktiviti utama sebagai dokumen sokongan kepada permohonan ini.

5. Jasa baik dan keehsanan tuan meluluskan permohonan ini amatlah dihargai dan disanjung tinggi.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas,

(NORDIN BIN MOHD. RADZI)


Setiausaha Jawatankuasa Penaja
b.p Pengerusi Jawatankuasa Penaja
Persatuan Penulis Muda
Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) Pandan Indah
s.k

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid


Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) Pandan Indah

Guru Penolong Kanan Kokurikulum


Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) Pandan Indah

Setiausaha Kokurikulum
Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) Pandan Indah

NMR/nmr/ppmsmklp/penubuhan

Lampiran 2.7.2

MAAHAD INTEGRASI TAHFIZ SELANGOR (MITS) PANDAN INDAH


JALAN PANDAN MEWAH, PANDAN INDAH
56100 KUALA LUMPUR, SELANGOR.
Ruj. Tuan:
Ruj. Kami: Bil: (21) dlm. MITSPI 03/03/02.
Tarikh: 18 Rejab 1423H
25 September 2002

Nordin bin Mohd. Radzi


Setiausaha
Jawatankuasa Penaja
Persatuan Penulis Muda
Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) Pandan Indah,
Jalan Pandan Mewah,
Pandan Indah,
56100 Kuala Lumpur
Selangor Darul Ehsan

Tuan,

Permohonan Menubuhkan Persatuan Penulis Muda Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS)
Pandan Indah.

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuki berasaskan surat tuan mengenai perkara yang sama bertarikh
20 September 2002.

2. Saya terlebih dahulu mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada tuan dan semua ahli
Jawatankuasa Penaja yang berhasrat untuk menyemarakkan lagi kegiatan penulisan di sekolah ini.

3. Sehubungan itu berdasarkan kuasa yang diberikan kepada saya mengikut Peraturan 4 dalam
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jil.
42, No 11, Tambahan No.41, Perundangan (A):P.U.(A) 196 bertarikh 21 Mei 1998, maka saya dengan
sukacitanya meluluskan penubuhan Persatuan Penulis Muda Maahad Integrasi Tahfiz Selangor dengan
syarat pihak tuan mengemukakan kepada saya Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Persatuan, Senarai
Ahli Jawatankuasa dan Senarai Aktiviti Utama dalam tempoh empat belas hari daripada tarikh
Mesyuarat Penubuhan yang akan pihak tuan adakan.
4. Sukacita juga dimaklumkan bahawa kelulusan ini bukan bermaksud Persatuan Penulis Muda
Maahad Integrasi Tahfiz Selangor sudah boleh bergerak sebagai sebuah persatuan yang sah dan
berdaftar.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

(BONG SALEH ADNAN)


Pengetua
Maahad Integrasi Tahfiz Sains Pandan Indah
Pandan Indah, Kuala Lumpur
Selangor.

s.k

Guru Penolong Kanan Kokurikulum


Maahad Integrasi Tahfiz Sains Pandan Indah

Setiausaha Kokurikulum
Maahad Integrasi Tahfiz Sains Pandan Indah

SKM/fmm/persatuan.

Lampiran 2.7.3

Setiausaha
Setiausaha
Jawatankuasa Penaja
Persatuan Penulis Muda
Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) Pandan Indah,
Jalan Pandan Mewah,
Pandan Indah,
56100 Kuala Lumpur
Selangor Darul Ehsan
Tarikh: 24 Rejab 1423H
1 Oktober 2002.

Pengetua
Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) Pandan Indah,
Jalan Pandan Mewah,
Pandan Indah,
56100 Kuala Lumpur
Selangor Darul Ehsan

Tuan,

Permohonan Pengesahan Penubuhan dan Pendaftaran Persatuan Bahasa Penulis Muda Maahad
Integrasi Tahfiz Selangor Pandan Indah.

Saya dengan segala hormat dan takzimnya merujuki perkara di atas berasaskan surat tuan Bil: (21) dlm.
MITSPI 03/03/02 bertarikh 25 September 2002.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Penubuhan Persatuan Penulis Muda Maahad Integrasi
Tahfiz Selangor telah diadakan pada 29 September 2002 jam 9.00 pagi di Dewan Mesyuarat Maahad
Integrasi Tahfiz Selangor. Mesyuarat telah memutus dan mengesahkan dengan sebulat suara
Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Persatuan, Senarai Aktiviti Utama dan Senarai Ahli
Jawatankuasa yang akan melaksanakan tugas masing-masing sehinggalah ke tarikh Mesyuarat Agong
yang pertama yang akan diadakan secepat mungkin.
3. Sehubungan itu, saya bagi pihak Jawatankuasa Persatuan Penulis Muda Maahad Integrasi Tahfiz
Selangor atau ringkasnya PPMMITS dengan penuh harapan memohon sudilah apa kiranya tuan
mengesahkan penubuhan PPMMITS ini dan mendaftarkannya sebagai sebuah persatuan dalam bidang
kokurikulum di sekolah ini berasaskan Peraturan 4 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan
Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jil. 42, No 11, Tambahan No.41, Perundangan
(A):P.U.(A) 196 bertarikh 21 Mei 1998.
4. Bersama-sama ini disertakan Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Persatuan, Senarai Ahli
Jawatankuasa dan Senarai Aktiviti Utama yang telah diputuskan dan dipersetujui secara konsensus
dalam mesyuarat penubuhan yang dinyatakan di atas untuk pertimbangan dan pengesahan pihak tuan
selaras dengan Subperaturan 5(1) dan 5(3) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998
seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jil. 42, No 11, Tambahan No.41, Perundangan (A):P.U.(A) 196
bertarikh 21 Mei 1998.

5. Jasa baik dan keehsanan tuan meluluskan permohonan ini amatlah dihargai dan disanjung tinggi.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas,

(NORDIN BIN MOHD. RADZI)


Setiausaha Jawatankuasa Penaja
b.p Pengerusi Persatuan Penulis Muda
Maahad Integrasi Tahfiz Selangor
s.k

Guru Penolong Kanan Kokurikulum


Maahad Integrasi Tahfiz Selangor

Setiausaha Kokurikulum
Maahad Integrasi Tahfiz Selangor

NMR/nmr/ppmsmklp/penubuhan.

Lampiran 2.7.4

MAAHAD INTEGRASI TAHFIZ SELANGOR (MITS) PANDAN INDAH


JALAN PANDAN MEWAH, PANDAN INDAH
56100 KUALA LUMPUR, SELANGOR.
Ruj. Tuan:
Ruj. Kami: Bil: (22) dlm. MITSPI 03/03/02.
Tarikh: 27 Rejab 1423H
4 Oktober 2002

Nordin bin Mohd. Radzi


Setiausaha
Persatuan Penulis Muda
Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) Pandan Indah,
Jalan Pandan Mewah,
Pandan Indah,
56100 Kuala Lumpur
Selangor Darul Ehsan

Tuan,

Permohonan Pengesahan Penubuhan dan Pendaftaran Persatuan Penulis Muda Maahad


Integrasi Tahfiz Selangor Pandan Indah (PPMMITSPI)

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuki berasaskan surat tuan mengenai perkara yang sama bertarikh
1 Oktober 2002.

2. Saya terlebih dahulu mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada tuan dan semua ahli
Jawatankuasa yang telah berusaha dengan bersungguh-sungguh bagi merealisasikan penubuhan
PPMMITSPI ini.

3. Sehubungan itu berdasarkan kuasa yang diberikan kepada saya mengikut Peraturan 4 dan 5 dalam
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jil.
42, No 11, Tambahan No.41, Perundangan (A):P.U.(A) 196 bertarikh 21 Mei 1998, maka saya dengan
sukacitanya mengesahkan penubuhan dan pendaftaran Persatuan Penulis Muda Maahad Integrasi Tahfiz
Selangor Pandan Indah dengan Nombor Pendaftaran: 27/2002 MITS Pandan Indah. Pengesahan ini
adalah berkuatkuasa mulai tarikh surat ini sehinggalah persatuan ini dibubarkan.

4. Dengan pengesahan ini Persatuan Penulis Muda Maahad Integrasi Tahfiz Selangor Pandan Indah
sudah boleh bergerak sebagai sebuah persatuan yang sah dan berdaftar dalam bidang kokurikulum
sekolah ini dengan diterajui oleh Ahli Jawatankuasa yang telah dilantik dan mematuhi sepenuhnya
Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Persatuan dan Senarai Aktiviti Utama yang dikemukakan kepada
saya.
Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

(BONG SALEH ADNAN)


Pengetua
Maahad Integrasi Tahfiz Sains Pandan Indah
s.k

Guru Penolong Kanan Kokurikulum


Maahad Integrasi Tahfiz Sains Pandan Indah

Setiausaha Kokurikulum
Maahad Integrasi Tahfiz Selangor Pandan Indah

SKM/fmm/persatuan.

Lampiran 2.7.5

PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN-PERATURAN PERSATUAN

ARTIKEL SATU
PERATURAN-PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG (PERLEMBAGAAN)
BAGI PERSATUAN BAHASA MELAYU MAAHD INTEGRASI TAHFIZ SELANGOR
PANDAN INDAH

1.1 Nama:
Persatuan ini dikenali dengan nama bagi Persatuan Penulis Muda Maahad Integrasi Tahfiz Selangor
Pandan Indah atau ringkasnya PPMMITSPI yang selepas ini disebut sebagai Persatuan sahaja.
1.2 Alamat:
Persatuan Penulis Muda Maahad Integrasi Tahfiz Selangor Pandan Indah
Jalan Pandan Mewah,
Pandan Indah,
56100 Kuala Lumpur
Selangor Darul Ehsan

ARTIKEL DUA
2.1 Pendaftar:
Pendaftar persatuan ini ialah Pengetua Maahad Integrasi Tahfiz Selangor Pandan Indah,
Jalan Pandan Mewah, Pandan Indah, 56100 Kuala Lumpur, Selangor mengikut Peraturan 4 dan
5 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan
Malaysia Jil. 42, No 11, Tambahan No.41, Perundangan (A):P.U.(A) 196 bertarikh 21 Mei
1998.

2.2 No. Pendaftaran:


27/2002/MITS Pandan Indah.

2.3 Dokumen Pendaftaran:


Bil: (22) dlm. MITSPI 03/03/02 bertarikh 4 Oktober 2002.

ARTIKEL TIGA

3.1 Penasihat:
Penasihat persatuan ini dilantik oleh Pengetua Maahad Integrasi Tahfiz Selangor mengikut
Peraturan 8 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti
dalam Warta Kerajaan Malaysia Jil. 42, No 11, Tambahan No.41, Perundangan (A):P.U.
(A) 196 bertarikh 21 Mei 1998.

ARTIKEL EMPAT

4. Tujuan:-
Persatuan ini ditubuhkan dengan tujuan untuk:-

4.1 Mengumpulkan pelajar-pelajar yang berminat dalam bidang bahasa dan bercita-cita
menjadi penulis-penulis yang memberi sumbangan kepada penyebaran maklumat
dan idea-idea kreatif.
4,2 Memupuk semangat sepasukan dan bersatu padu di kalangan ahli-ahli persatuan.
4.3 Menyemarakkan kegiatan-kegiatan kependidikan yang berkaitan dengan bidang
penulisan seperti penyelidikan, pembacaan, penyuntingan dan percambahan fikiran.
4.4 Mewujudkan peluang kepada ahli-ahli persatuan mengembangkan bakat dan potensi
masing-masing dalam bidang penulisan.
4.5 Meningkatkan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran ahli-ahli dalam pelbagai
genre penulisan.

ARTIKEL LIMA

5.1 Keahlian:

5.1.1 Syarat-syarat keahlian:-

5.1.1.1 Keahlian adalah terbuka kepada semua pelajar Maahad Integrasi Tahfiz
Selangor
5.1.1.2 Permohonan untuk menjadi ahli boleh dibuat menggunakan Borang
Permohonan Menjadi Ahli (Borang PMA) dan dikemukakan kepada
Setiausaha tidak lewat daripada 31 Januari setiap tahun.
5.1.1.3 Kelulusan permohonan menjadi ahli akan dipertimbang dan diluluskanoleh
Jawatankuasa. Keputusan Jawatankuasa menerima atau menolak sesuatu
permohonan adalaah muktamad.
5,1.1.4 Setiap permohonan untuk menjadi ahli hendaklah atas kerelaan sendiri
tanpa dipaksa atau dipengaruhi oleh mana-mana pihak dan mendapat
persetujuan daripada ibu bapa atau penjaga masing-masing.

5.1.2 Hak ahli:-

Seseorang yang telah disahkan keahliannya berhak untuk:-


5.1.2.1 Mengundi dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa persatuan;
5.1.2.2 Menjadi calon dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa persatuan;
5.1.2.3 Menghadiri dan menyertai aktiviti-aktiviti persatuan;
5.1.2.4 Menggunakan peralatan, prasarana dan kemudahan-kemudahan
kepunyaan persatuan;
5.1.2.5 Mengemukakan cadangan, aduan, idea dan pendapat kepada persatuan
mengenai isu-isu yang berbangkit.

5.1.3 Kewajipan ahli:-

Seseorang pelajar yang telah disahkan menjadi ahli persatuan ini wajib:-

5.1.3.1 Menghormati, mendukung dan mematuhi Perlembagaan dan


Peraturan-Peraturan Persatuan ini sepanjang masa dan dalam semua
keadaan;
5.1.3.2 Mematuhi, menghormati dan melaksanakan semua keputusan yang dibuat
oleh Jawatankuasa Persatuan;
5.1.3.3 Menjaga dan mempertahankan nama baik, maruah dan identiti persatuan;
5.1.3.4 Memelihara dan menjaga harta benda persatuan;
5.1.3.5 Tidak menyebarkan kepada sesiapa sahaja rahsia-rahsia persatuan;
5.1.3.6 Tidak mementingkan diri sendiri sebaliknya sentiasa bekerjasama dan
bermuafakat dengan ahli-ahli lain;
5.1.3.7 Tidak mengkhianati sebarang usaha atau program-program yang
dianjurkan oleh persatuan;
5.1.3.8 Menjelaskan derma keahlian sebelum 31 Januari setiap tahun.

5.1.4 Pemberhentian dan Pemecatan Ahli:-

5.1.4.1 Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli persatuan hendaklah
menyerahkan permohonan bertulis sebulan terlebih dahulu kepada
Setiausaha. Permohonan untuk berhenti daripada menjadi ahli akan
diluluskan oleh Jawatankuasa Persatuan atas nasihat Guru Penasihat.

5.1.2.2 Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang dan peraturan-


peraturan persatuan atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan
nama baik persatuan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu
tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa
Persatuan atas nasihat Guru Penasihat. Sebelum Jawatankuasa Persatuan
memecat atau menggantung ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan
sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli
tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan
membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan
melainkan mesyuarat agong menunda atau membatalkan keputusan itu atas
rayuan oleh ahli tersebut.

ARTIKEL ENAM

6.1 Jawatankuasa Persatuan:

6.1.1 Ahli Jawatankuasa:-


Jawatankuasa Persatuan akan dianggotai oleh :-

6.1.1.1 Seorang Timbalan Pengerusi


6.1.1.2 Dua orang Naib Pengerusi
6.1.1.3 Seorang Setiausaha
6,1.1.4 Seorang Penolong Setiausaha
6.1.1.5 Seorang Bendahari
6.1.1.6 Seorang Penolong Bendahari
6.1.1.7 Tujuh orang Ahli Jawatankuasa

6.1.2 Pemilihan Jawatankuasa:

Pemilihan Jawatankuasa adalah secara demokratik dalam Mesyuarat Agong tahunan


persatuan. Senarai Jawatankuasa yang terpilih hendaklah disahkan oleh Pendaftar
sebelum boleh berfungsi.

6.1.3 Tugas Utama Jawatankuasa:

Jawatankuasa Persatuan adalah bertanggungjawab sepenuhnya atas semua aspek


pengurusan dan pentadbiran persatuan, termasuklah yang berikut:-

6.1.3.1 Menentu dan menetapkan dasar persatuan berlandaskan


perlembagaan dan peraturan-peraturan persatuan;
6.1.3.2 Merancang dan menganjurkan kegiatan-kegiatan persatuan
berdasarkan senarai Aktiviti utama yang diluluskan oleh pendaftar;

6.1.3.3 Mengurus, meramcang dan mengawal perbelanjaan tahunan


persatuan dengan mengambil kira bimbingan dan nasihat penasihat
persatuan;

6.1.3.4 Mengurus pengutipan derma seperti yang diluluskan oleh Pendaftar dan
menyimpan atau menggunakannya untuk kegiatan dan kepentingan
persatuan mengikut prosedur pengurusan kewangan yang berkuatkuasa di
institusi Kerajaan;

6.1.3.5 Mengambil berat kebajikan ahli-ahli dan mengawal disiplin mereka


sebagai ahli persatuan;

6.1.3.6 Meneroka dan mewujudkan peluang untuk ahli-ahli mendapat dan


mempertingkatkan pengalaman, pengetahuan dan kemahiran masing-
masing secara berterusan.

6.1.3.7 Mengawal, menjaga dan menyelenggara harta benda, inventori dan


bekalan pejabat kepunyaan persatuan;

6.1.3.8 Menjadi penghubung di antara ahli-ahli persatuan dengan guru


penasihat, pihak pengurusan sekolah, kelab atau persatuan lain di
sekolah dan badan gabungan di peringkat daerah, negeri atu
kebangsaan.

6.1.3.9 Menganjur, mengurus dan mengelolakan mesyuarat-mesyuarat dan


melaksanakan sepenuhnya keputusan -keputusan yang dihasilkan
daripada mestuarat-mesyuarat tersebut, khususnya Mesyuarat Agung
Tahunan.

6.1.3.10 Menyediakan Laporan Tahunan Persatuan.

6.1.4 Tugas dan kuasa Pengerusi :


6.1.4.1 Mengetuai usaha-usaha merancang, mengurus dan melaksana serta
memantau semua Tugas Utama Jawatankuasa seperti disenaraikan
dalam perkara 6.1.3 di atas.

6.1.4.2 Mengetuai pentadbiran dan pengurusan persatuan.

6.1.4.3 Mempengerusikan semua mesyuarat yang dirancang, diurus dan


dikelolalakan oleh jawatankuasa persatuan.

6.1.4.4 Pengerusi berhak menggunakan undi pemutus dalam setiap


mesyuarat yang dipengerusikannya selagi tidak melanggar atau
bertentangan dengan tujuan, perlembagaan dan peraturan-peraturan
persatuan.

6.1.4.5 Pengerusi berkuasa memanggil Mesyuarat Jawatankuasa dan


Mesyuarat Jawatankuasa Tergempar apabila difikirkannya perlu.

6.1.4.6 Mengetuai Jawatankuasa Disiplin persatuan.

6.1.4.7 Menandatangani semua dokumen kewangan persatuan seperti resit


terimaan, arahan pembelian dan penyata pembayaran bersama-sama
dengan Setiausaha dan Bendahari.

6.1.4.8 Mewakili persatuan dalam semua perjumpaan atau mesyuarat dengan


kelab atau persatuan lain, dan dengan badan induk gabungan.

6.1.4.9 Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru Penasihat dan


Pengerusi.

6.1.5 Tugas dan kuasa Timbalan Pengerusi :

6.1.5.1 Membantu Pengerusi mengetuai usaha-usaha merancang, mengurus


dan melaksana serta memantau Tugas Utama Jawatankuasa seperti
disenaraikan dalam perkara 6.1.3 di atas.
6.1.5.2 Melaksanakan tugas dan kuasa Pengerusi ketika ketiadaan atau
ketidakhadiran Pengerusi atau pun dengan kebenaran bertulis
daripada pengerusi.

6.1.5.3 Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru Penasihat dan


Pengerusi.

6.1.6 Tugas dan Kuasa Naib Pengerusi.

6.1.6.1 Membantu Pengerusi dan Timbalan Pengerusi mengetuai


usaha-usaha merancang, mengurus dan melaksana serta memantau
semua Tugas Utama Jawatankuasa seperti disenaraikan dalam
perkara 6.1.3 di atas.

6.1.6.2 Melaksanakan tugas dan kuassa Pengerusi dan Timbalan Pengerusi


ketika ketiadaan atau ketidakhadiran kedua-duanya dengan
kebenaran bertulis daripada Pengerusi atau Timbalan Pengerusi. \

6.1.6.3 Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru Penasihat,


Pengerusi dan Timbalan Pengerusi.

6.1.7 Tugas dan Kuasa Setiausaha

6.1.7.1 Membantu merancang, mengurus dan melaksana serta memantau


semua Tugas Utama Jawatankuasa seperti disenaraikan dalam
perkara 6.1.3 di atas.

6.1.7.2 Menyedia, mengurus dan menyelenggara tugas dan fungdi


kesetiausahaan persatuan seperti surat menyurat, perekodan dan
penyimpanan maklumat, penyimpanan dan pengemaskinian fail
persatuan, penyebaran maklumat kepada ahli-ahli persatuan dan
pendokumentasian aktiviti-akviti persatuan.

6.1.7.3 Mengurus dan mengelolakan mesyuarat-mesyuarat persatuan seperti


mengeluarkan notis dan surat jemputan menghadiri sesuatu mesyuarat
kepada ahli-ahli dan semua Ahli Jawatankuasa Persatuan, menyedia dan
mengedarkan minit mesyuarat, menyediakan tempat mesyuarat dan
mencatat minit mesyuarat.

6.1.7.4 Melaksanakan semua keputusan yang diluluskan dalam Mesyuarat


Agung Persatuan dan mendokumenkan semua pelaksanaan.

6.1.7.5 Menyedia, mengedar, mengumpul dan memproses Borang Permohonan


Keahlian.

6.1.7.6 Mendaftar ahli-ahli baru dan menyedia serta mengemaskinikan Rekod


atau Daftar Keahlian Persatuan dan mendapatkan pengesahan daripada
guru Penasihat dan Pendaftar.

6.1.7.7 Menyediakan Buku Rekod Kehadiran Ahli dan menandakan kehadiran di


dalam setiap aktiviti yang dianjur, diurus dan dikelolakan oleh persatuan.

6.1.7.8 Menyediakan laporan bagi setiap aktiviti yang dijalankan.

6.1.7.9 Menyedia dan mengemaskinikan Rekod Pencapaian Ahli serta


mendapatkan pengesahan daripada Guru Penasihat.

6.1.7.10 Menyediakan Laporan Tahunan persatuan dan membentangkannya


dalam Mesyuarat Agung Tahunan persatuan.

6.1.7.11 Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru Penasihat, Pengerusi


atau Timbalan Pengerusi atau pun Naib Pengerusi.

6.1.7.12 Menerima, mengumpul dan memproses aduan-aduan, cadangan-


cadangan, pendapat dan idea-idea yang dikemukakan oleh ahli-ahli
persatuan,

6.1.7.13 Menyediakan Kertas Konsep dan Kertas Cadangan Pelaksanaan bagi


setiap program ,projek dan aktiviti yang dianjur, diurus dan dilaksanakan
oleh Jawatankuasa persatuan.
6.1.7.14 Menandatangani dokumen-dokumen kewangan persatuan seperti resit
terimaan, arahan pembelian dan penyata pembayaran bersama-sama
Pengerusi dan Bendahari.

6.1.8 Tugas dan Kuasa Penolong Setiausaha

6.1.8.1 Membantu Setiausaha melaksanakan tugas dan kuasanya seperti yang


disenaraikan dalam perkara 6.1.7 di atas.

6.1.8.2 Menjalankan tugas dan kuasa Setiausaha semasa ketiadaan atau


ketidakhadirannya atau pun apabila diarahkan oleh Pengerusi secara
bertulis.

6.1.8.3 Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengerusi, Timbalan


Pengerusi, Naib Pengerusi atau Setiausaha.

6.1.9 Tugas dan Kuasa Bendahari

6.1.9.1 Mentadbir dan mengurus kewangan persatuan.

6.1.9.2 Menerima, mengutip, menyimpan dan mengakaunkan pendapatan


persatuan.

6.1.9.3 Membayar b agi pihak persatuan segala perbelanjaan atau tuntutan yang
dikemukakan oleh pembekal dan mengakaunkan pembayaran yang
dibuat.

6.1.9.4 Menandatangani semua dokumen kewangan persatuan seperti resit


terimaan, arahan pembelian dan penyata pembayaran bersama-sama
dengan Pengerusi dan Setiausaha.

6.1.9.5 Menyimpan wang tunai di tangan tidak lebih daripada RM 20.00.

6.1.9.6 Merancang dan mencadangkan kepada Jawatankuasa Persatuan akan


aktiviti-aktiviti atau projek-projek untuk menambah kewangan
persatuan.
6.1.9.7 Menyedia dan memaparkan penyata kewangan bulanan persatuan dengan
sesalinan diserahkan kepada Guru Penasihat dan sesalinan kepada
Pengetua Sekolah.

6.1.9.8 Menyediakan penyata kewangan tahunan persatuan dan menyerahkannya


kepada pemeriksa kira-kira untuk diaudit.

6.1.9.9 Membentangkan penyata kewangan tahunan yang telah diaudit dalam


Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan.

6.1.9.10 Menyerahkan sesalinan Penyata Kewangan Tahunan Persatuan yang


telah disahkan dalam mesyuarat Agung Tahunan Persatuan kepada
pengetua sekolah.

6.1.9.11 Melaksanakan keputusan Mesyuarat Agung yang berkaitan dengan hal


ehwal kewangan persatuan.

6.1.9.12 Menyerahkan wang terkumpul persatuan kepada pengetua sekolah


selepas 31 Oktober tahun berkenaan.

6.1.9.13 Menunaikan tugas-tugas yang diarahkan oleh pengerusi dan setiausaha.

6.1.10 Tugas dan kuasa Penolong Bendahari.

6.1.10.1 Membantu bendahari melaksanakan tugas dan kuasanya seperti yang


disenaraikan dalam perkara 6.1.9 di atas.
6.1.10.2 Menjalankan tugas dan kuasa bendahari semasa ketiadaan atau
ketidakhadirannya atau pun apabila diarahkan oleh pengerusi secara
bertulis.
6.1.10.3 Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengerusi, Timbalan
Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha, atau Bendahari.
6.1.11 Tugas dan kuasa Ahli Jawatankuasa:
6.1.11.1 Menghadiri semua mesyuarat jawatankuasa.
6.1.11.2 Mengemukakan cadangan, ulasan, kritikan, dan pendapat berkaitan hal-
ehwal pengurusan dan pentadbiran persatuan.
6.1.11.3 Mengetuai sesuatu jawatankuasa kerja yang ditubuhkan untuk mengurus
dan mengelola sesuatu aktiviti atau projek persatuan.
6.1.11.4 Membantu melaksanakan keputusan-keputusan yang diluluskan dalam
Mesyuarat Agung Persatuan.
6.1.11.5 Mengundi untuk meluluskan sesuatu keputusan yang dibuat oleh
Jawatankuasa Persatuan.
6.1.11.6 Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengerusi, Timbalan
Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha atau Bendahari.

ARTIKEL TUJUH
7. Kewangan
7.1 Tahun Kewangan.
Tahun kewangan bagi persatuan ini ialah daripada 2 Januari hingga 31
Oktober tahun berkenaan.

7.2 Derma Keahlian.


Derma keahlian adalah sebanyak RM 1.00 sebulan berdasarkan kelulusan
yang diberikan oleh Pengetua Sekolah berdasarkan Subperaturan 9(3) dalam
peraturan-peraturan pendidikan (persatuan sekolah) 1998, Akta Pendidikan
1996 seperti dalam Warta Kerajaan Jil.42 No. 11 Tambahan No. 41
Perundangan (A); P.U. (A) 196 bertarikh 21 Mei 1998.

7.3 Tabung Persatuan


7.3.1 Tabung Kewangan Persatuan adalah wang terkumpul yang
diakaunkan oleh Bendahari persatuan dan disimpan oleh Pengetua
atau Guru Penasihat seperti yang diarahkan oleh Pengetua.

7.3.2 Sumber Tabung Kewangan Persatuan adalah daripada:-


7.3.2.1 derma keahlian tahunan daripada setiap ahli yang
berdaftar.
7.3.2.2 sumbangan daripada sekolah.
7.3.2.3 sumbangan daripada pihak-pihak yang diluluskan oleh
Pengetua Sekolah
7.3.2.4 Keuntungan daripada aktiviti atau projek yang dijalankan
oleh Persatuan

7.3.3 Wang daripada Tabung Kewangan persatuan boleh digunakan


untuk:-

7.3.3.1 Membiayai kos pelaksanaan aktiviti atau projek yang


dianjurkan oleh persatuan.
7.3.3.2 Membayar sebarang pembelian barangan, peralatan, dan
aksesori untuk kegunaan persatuan.
7.3.3.3 Membayar sebarang perkhidmatan yang diperlukan oleh
persatuan.

7.3.4 Akaun Tabung Kewangan Persatuan hendaklah diaudit pada tiap-tiap


akhir bulan oleh Pemeriksa kira-kira dan pada setiap hujung tahun
kewangan persatuan.

7.4 Pentadbiran Kewangan Persatuan.

7.4.1 Wang daripada Tabung Kewangan Persatuan hanya boleh digunakan untuk
perkara-perkara yang berfaedah sesuai dengan tujuan dan matlamat persatuan.
7.4.2 Setiap pengeluaran dan penggunaan wang daripada Tabung Kewangan
Persatuan hendaklah disahkan oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari
dengan persetuajuan daripada Guru Penasihat.
7.4.3 Bendahari dibolehkan menyimpan wang tunai tidak lebih daripada RM20.00
pada sesuatu masa. Wang yang selebih daripada itu hendaklah disimpan oleh
Pengetua sekolah atau Guru Penasihat seperti yang diarahkan oleh Pengetua
sekolah.
7.4.4 Penyata wang yang diterima dan yang dibelanjakan serta imbangan kira-kira
bagi setahun kewangan hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diaudit oleh
Pemeriksa kira-kira.
7.4.5 Penyata Kewangan Tahunan Persatuan hendaklah diluluskan dalam Mesyuarat
Agung Tahunan Persatuan.
7.4.6 Tabung Kewangan Tahunan Persatuan akan diserahkan kepada Pengetua
sekolah pada setiap akhir tahun kewangan persatuan.

7.5 Pemeriksa Kira-Kira

7.5.1 Dua orang pemeriksa kira-kira akan dilantik dalam mesyuarat Agung
Persatuan.
7.5.2 Pemeriksa kira-kira bertanggungjawab mengaudit dan mengesahkan penyata
bulanan Tabung Kewangan Persatuan dan Penyata Kewangan Tahunan
Persatuan.
7.5.3 Pemeriksa kira-kira bertanggungjawab mengaudit dan mengesahkan penyata
bulanan Tabung Kewangan Persatuan dan Penyata Kewangan Tahunan
Persatuan.
7.5.4 Tempoh perkhidmatan Pemeriksa Kira-Kira adalah bagi setahun kewangan
persatuan.

ARTIKEL LAPAN
8. MESYUARAT AGUNG:
8.1 Jenis Mesyuarat Agung:
8.1.1 Mesyuarat Agung Tahunan.
8.1.2 Mesyuarat Agung Luar Biasa.
8.1.3 Mesyuarat Agung Tergempar.

8.2 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN.


8.2.1 Tujuan:
(a). Membentangkan kepada ahli segala aktiviti dan program yang
telah dilaksanakan sepanjang sesuatu tahun kewangan persatuan.
(b). Membentangkan kepada ahli penyata pendapatan dan perbelanjaan
kewangan persatuan bagi sesuatu tahun kewangan.
(c). Membentangkan kepada ahli rancangan aktiviti yang akan
dilaksanakan pada tahun kewangan akan datang.
(d). Mendapatkan kelulusan kepada sebarang pindaan perlembagaan
atau dasar yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Persatuan.
(e) Mendapatkan pandangan, idea, dan usul daripada ahli-ahli untuk
mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan,
pentadbiran, dan pengoperasian persatuan untuk tahun kewangan
yang berikutnya.

8.2.2 Pengurusan dan Pengelolaan

(a). Setiausaha hendaklah mengeluarkan notis mesyuarat sekurang-


kurangnya dua minggu sebelum tarikh mesyuarat yang ditetapkan.
(b). Setiausaha hendaklah mengeluarkan notis pelawaan kepada ahli-
ahli untuk mencadangkan usul atau pindaan-pindaan yang hendak
dibincangkan tidak lewat daripada 21 hari sebelum tarikh
mesyuarat yang ditetapkan. Notis pelawaan hendaklah diletakkan
ditempat-tempat strategik dan boleh dilihat oleh semua ahli.
(c). Setiausaha hendaklah menyediakan minit Mesyuarat Agung
Tahunan yang lalu dan minit-minit Mesyuarat Agung Luar Biasa
dan Mesyuarat Agung Tergempar yang telah dijalankan
sebelumnya (jika ada).
(d). Setiausaha hendaklah menyediakan Laporan Tahunan Persatuan,
Takwim Aktiviti Tahunan, dan Perancangan Tahunan bagi tahun
berikutnya.
(e). Bendahari hendaklah menyediakan penyata kewangan Tahunan
Persatuan bagi tahun kewangan berkenaan dan Anggaran
Pendapatan dan Belanjawan Persatuan untuk tahun kewangan yang
berikutnya.
(f). Setiausaha hendaklah menyampaikan Minit Mesyuarat Agung
Tahunan yang lalu, Laporan Tahunan, Perancangan Tahunan,
Penyata Kewangan bagi tahun kewangan yang lalu. Anggaran
Pendapatan dan Belanjawan Persatuan untuk tahun kewangan yang
berikutnya, dan usul-usul atau cadangan-cadangan yang akan
dibincang dan dikhaskan kepada ahli-ahli selewat-lewatnya
sebelum 48 jam mesyuarat diadakan.
8.2.3 Tarikh:
Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan hendaklah diadakan dengan secepat mungkin
setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31 Oktober pada
tarikh, masa, dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Persatuan.

8.2.4 Kehadiran:
(a). Semua ahli Jawatankuasa Persatuan.
(b). Semua ahli yang berdaftar.

8.2.5 Korum:
(a). Korum bagi Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan ialah dua pertiga daripada
jumlah ahli yang berdaftar.
(b). Jika korum tidak cukup setelah setengah jam daripada waktu yang telah
ditetapkan untuk bermesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada satu tarikh
(tidak lebih daripada tiga puluh hari) yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa
Persatuan dan jika korum masih tidak cukup, selepas setengah jam daripada
waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka
berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidak berkuasa
untuk meminda undang-undang dan peraturan-peraturan persatuan dan
membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.

8.2.6 Agenda
(a). Membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu dan
minit-minit Mesyuarat Agung Luar Biasa dan Mesyuarat Agung Tergempar
sekiranya telah diadakan sebelumnya.
(b). Perkara-perkara berbangkit daripada agenda (a) diatas.
(c). Membentang dan menerima Laporan Tahunan Persatuan.
(d). Membentang dan mengesahkan Penyata Kewangan Tahunan Persatuan bagi
tahun kewangan yang lalu.
(e). Membentang dan meluluskan Takwim Tahunan Persatuan dan Perancangan
Tahunan Persatuan (jika ada) untuk tahun kewangan berikutnya.
(f). Membentang dan meluluskan anggaran pendapatan dan Belanjawan Tahunan
bagi tahun kewangan berikutnya.
(g). Membahaskan usul-usul atau cadangan daripada ahli yang disampaikan melalui
setiausaha kepada Jawatankuasa Persatuan sekurang-kurangnya seminggu
sebelum tarikh mesyuarat yang ditetapkan.
(h). Melantik 2(dua) orang pemeriksa kira-kira untuk tahun kewangan yang
berikutnya.

8.3 MESYUARAT AGUNG LUAR BIASA

8.3.1 Setiausaha hendaklah mengeluarkan notis panggilan Mesyuarat Agung Luar Biasa
sekiranya:
(a) diarah dan difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa Persatuan.
(b) Setiausaha menerima permohonan bertulis daripada sekurang-kurangnya
sepertiga daripada jumlah ahli dengan menyatakan tujuan yang difikirkan
munasabah oleh setiausaha.
8.3.2 Setiausaha hendaklah mengedarkan notis panggilan mesyuarat dan agenda
mesyuarat dalam tempoh lima hari sebelum tempoh tarikh mesyuarat yang
ditetapkan.
8.3.3 Pemberitahuan dan agenda mesyuarat Agung Luar Biasa itu hendaklah dipaparkan
di papan kenyataan persatuan sekurang-kurangnya 48jam sebelum mesyuarat
diadakan.
8.3.4 Mesyuarat Agung Luar Biasa akan hanya membincangkan satu agenda sahaja,
yakni perkara yang menyebabkan mesyuarat itu dipanggil.
8.3.5 Korum bagi sesuatu Mesyuarat Agung Luar Biasa adalah dua pertiga daripada
jumlah ahli berdaftar. Sekiranya korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari
waktu yang telah ditetapkan maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan
dalam masa 6 bulan dari tarikh itu. Mesyuarat agung Luar Biasa dengan tujuan
yang sama tidak boleh diadakan.

8.4 MESYUARAT AGUNG TERGEMPAR


8.4.1 Mesyuarat Agung Tergempar boleh diadakan sekiranya:-
(a). diarahkan oleh Jawatankuasa Persatuan.
(b). diminta oleh dua pertiga ahli yang berdaftar.
8.4.2 Pemberitahuan tentang Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah dibuat oleh
setiausaha dengan memaparkan notis pemberitahuan di papan kenyataan persatuan
selewat-lewatnya 24jam sebelum mesyuarat itu diadakan.
8.4.3 Hanya perkara yang menyebabkan mesyuarat itu dipanggil sahaja yang menjadi
agenda untuk dibincangkan.
8.4.4 Korum bagi sesuatu Mesyuarat Agung Tergempar adalah dua pertiga daripada
jumlah ahli berdaftar. Sekiranya korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari
waktu yang telah ditetapkan maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan
dalam masa 6 bulan dari tarikh itu. Mesyuarat Agung Tergempar dengan tujuan
yang sama tidak boleh diadakan.

ARTIKEL SEMBILAN

9. MESYUARAT JAWATANKUASA
9.1 Jawatankuasa persatuan hendaklah bermesyuarat sekali bagi setiap bulan.

9.2 Setiausaha hendaklah memberitahu ahli-ahli yang lain sekurang-kurangnya 48 jam


sebelum mesyuarat diadakan dan sekiranya sesuatu perkara memerlukan tindakan segera
maka pemberitahuan mesyuarat bolehlah dibuat sekurang-kurangnya 24 jam sebelum
mesyuarat diadakan.

9.3 Jika timbul sesuatu perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan sesebuah
jawatankuasa berkenaan dan mesyuarat jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka
setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan daripada ahli-ahli jawatankuasa dengan cara
mengedarkan surat pekeliling. Kaedah ini hendaklah dilaksanakan dengan mematuhi
sepenuhnya syarat-syarat berikut, iaitu:
(a). Masalah yang dibangkitkan atau perkara yang memerlukan keputusan segera itu
hendaklah dibutirkan dengan terang, tepat, jelas, dan terperinci, di samping
cadangan tindakan atau keputusan dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada
tiap-tiap ahli jawatankuasa;
(b). Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli jawatankuasa mestilah
menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap tindakan atau keputusan
yang dicadangkan itu; dan
(c). Keputusan atau tindakan yang dicadangkan dianggap lulus jika keputusan atau
tindakan itu menerima undi yang terbanyak.
Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dipaparkan
oleh setiausaha kepada mesyuarat jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan
dicatatkan dalam peringatan mesyuarat.

ARTIKEL SEPULUH

10. UNDI
10.1 Pengerusi mempunyai undi pemutus.
10.2 Pengundian dalam segala perkara, kecuali bila diputuskan oleh mesyuarat,
hendaklah dengan mengangkat tangan. Mengundi dengan proksi tidak
dibenarkan.

ARTIKEL SEBELAS

11. PENAMATAN DAN PERLETAKAN JAWATAN


11.1 Mana-mana ahli jawatankuasa boleh memohon meletak jawatan dengan
menyampaikan surat perletakan jawatannya kepada setiausaha dan Guru
Penasihat.
11.2 Sebarang perletakan jawatan tidak sah sebelum dipersetujui dan diluluskan oleh
Jawatankuasa Persatuan atas nasihat Guru Penasihat.
11.3 Sekiranya Setiausaha hendak meletakkan jawatan, maka hendaklah
menyampaikan surat perletakan jawatan kepada Pengerusi dan Guru Penasihat.
11.4 Ahli jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat yang diadakan sebanyak
tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai
telah meletakkan jawatan dalam jawatankuasa yang berkenaan.

ARTIKEL DUA BELAS

12. TATATERTIB
12.1 Jawatankuasa Disiplin dan Tatatertib.
Demi menjaga dan menjamin nama baik dan maruah persatuan serta kepentingan
ahli-ahli sebuah Jawatankuasa Disiplin dan Tatatertib ditubuhkan. Jawatankuasa
ini berkuasa mengambil tindakan ke atas mana-mana ahli yang disabitkan
bersalah melakukan sesuatu perbuatan yang bertentangan dengan undang-undang
dan peraturan-peraturan persatuan dan mencemarkan nama baik persatuan.

12.2 Jawatankuasa Disiplin dan Tata Tertib akan dianggotai oleh:-


(a). Guru Penasihat Persatuan sebagai penasihat.
(b). Pengerusi Jawatankuasa Persatuan sebagai pengerusi.
(c). Setiausaha Jawatankuasa Persatuan sebagai setiausaha.
(d). Lima orang yang dilantik oleh Jawatankuasa Persatuan daripada kalangan
ahli yang berdaftar.

12.3 Tugas dan Kuasa Jawatankuasa Displin dan Tata Tertib:


(a) Menerima aduan dan laporan, menyiasat mendakwa dan membicarakan ahli
yang disyaki melakukan kesalahan.
(b). Mencadangkan hukuman ke atas ahli-ahli yang disabitkan bersalah kepada
Guru Penasihat, dan menjalankan hukuman dengan persetujuan daripada
Guru Penasihat.
(c). Merujukkan kes-kes yang dianggap berat dan serius kepada pengetua
sekolah.
(d). Menyediakan laporan penyiasatan, perbicaraan, dan hukuman kepada Guru
Penasihat dan Pengetua Sekolah.

12.4 Jenis-jenis hukuman.


(a). Digantung daripada menyertai semua aktiviti persatuan.
(b). Tidak dibenarkan menggunakan sebarang kemudahan peralatan, bahan-bahan
cetak, dan bilik persatuan.
(c). Ahli-ahli yang disabitkan bersalah dihadapkan kepada Pengetua Sekolah.

12.5 Lembaga Rayuan.


12.5.1 Sebuah Lembaga Rayuan ditubuhkan untuk:
(a). mengkaji dan meneliti dari semasa ke semasa segala keputusan
perbicaraan dan hukuman yang dibuat oleh Jawatankuasa Disiplin
dan Tata Tertib.
(b). mengkaji dan membicarakan semula sebarang kes yang telah
dibicarakan oleh Jawatankuasa Disiplin dan Tata Tertib yang
dirujukkan oleh yang terdakwa.
12.5.2 Lembaga Rayuan akan dianggotai oleh:
(a). Guru Penasihat Persatuan sebagai pengerusi.
(b). Tiga orang ahli yang dilantik oleh Guru Penasihat.
(c). Seorang setiausaha yang dilantik oleh Guru Penasihat.

ARTIKEL TIGA BELAS

13. PERWAKILAN PERSATUAN


Pengerusi dan Setiausaha akan mewakili persatuan ke sebarang mesyuarat yang diadakan
oleh sekolah atau dengan persatuan-persatuan lain. Sekiranya kedua-duanya tidak dapat
hadir maka Pengerusi hendaklah digantikan oleh Timbalan Pengerusi dan setiausaha oleh
Penolong Setiausaha. Demikianlah seterusnya mengikut hierarki jawatan dalam
Jawatankuasa Persatuan. Sekiranya bilangan perwakilan yang dijemput lebih daripada dua
orang maka Jawatankuasa Persatuan hendaklah menamakan perwakilan tersebut selain
daripada Pengerusi.
ARTIKEL EMPAT BELAS

14. TAFSIRAN UNDANG-UNDANG

14.1 Selepas berlangsungnya Mesyuarat agung Tahunan persatuan sehinggalah ke


Mesyuarat Agung Tahunan persatuan yang berikutnya, Jawatankuasa Persatuan
boleh memberikan tafsirannya kepada undang-undang dan peraturan-peraturan ini
dan Jawatankuasa Persatuan jika mustahak boleh memutuskan perkara-perkara
yang tidak terkandung dalam undang-undang dan peraturan-peraturan ini.
14.2 Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang
telah diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan, keputusan Jawatankuasa
Persatuan ke atas perkara-perkara berbangkit berkaitan pengurusan, pentadbiran
dan pengoperasian persatuan adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan
Mesyuarat Agung Tahunan yang berikutnya.

ARTIKEL LIMA BELAS

15. PINDAAN UNDANG-UNDANG


Undang-undang dan persatuan-persatuan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan
keputusan Mesyuarat Agung. Permohonan untuk perubahan atau pindaan kepada undang-
undang hendaklah kemukakan untuk kelulusan kepada Pengetua Sekolah dalam masa 14
hari dan tarikh keputusan Mesyuarat Agung yang meluluskan perubahan dan pindaan itu,
dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh perubahan atau pindaan itu
diluluskan oleh Pengetua Sekolah seperti dalam subperaturan 6(1) dalam Peraturan-
Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta
Kerajaan Jil. 42 No. 11 Tambahan No. 41 Perundangan (A); P.U.(A) 196. Bertarikh 21 Mei
1998.
ARTIKEL ENAM BELAS

16. PEMBUBARAN
Persatuan ini boleh dibubarkan oleh Pengetua Sekolah seperti dalam subperaturan 12(1)
dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996
seperti dalam Warta Kerajaan Jil. 42 No.11 Tambahan No. 41 Perundangan (A); P.U. (A)
196. Bertarikh 21 Mei 1998.
………………………………..
Tandatangan Pengerusi
Tarikh:…………………………

………………………………….
Tandatangan Setiausaha
Tarikh:………………………..

……………………………………
Tandatangan Guru Penasihat
Tarikh:……………………….
…………………………………..
Tandatangan Pengetua
Tarikh:……………………………..
Lampiran 2.7.15

MAAHAD INTEGRASI TAHFIZ SELANGOR(MITS)


PANDAN INDAH
JALAN PANDAN MEWAH
PANDAN INDAH
56100 KUALA LUMPUR
SELANGOR. DARUL EHSAN
____________________________________________________________________________________
_
Ruj.Tuan : Bil: (02) dlm. PPMMITSPI 01/01/010 Jld. 1
Ruj. Kami : Bil: (28) dlm MITSPI 03/03/02
Tarikh : 23 Oktober 2002.

Encik Razali bin Sihab


Setiausaha
Persatuan Penulis Muda
Maahad Integrasi Tahfiz Selangor(Mits)
Pandan Indah
Jalan Pandan Mewah
Pandan Indah
56100 Kuala Lumpur

Tuan,
Memohon Kebenaran untuk Menjadi Ahli Gabungan Persatuan Penulis-Penulis Nasional
(PENA).
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuki berasaskan surat tuan Bil: (02) dlm. PPMMITSPI 01/01/010
Jld 1 bertarikh 20 Oktober 2002 yang berkaitan.
2. Saya dengan sukacitanya memaklumkan bahawa permohonan tuan untuk memohon menjadi ahli
gabungan Persatuan Penulis-Penulis Nasional (PENA) telah pun saya pertimbangkan dengan saksama.
3. Sehubungan itu, maka saya dengan ini memberi kebenaran kepada tuan untuk mengemukakan
permohonan yang dicadangkan kepada pihak yang berkenaan dengan syarat surat permohonan yang
berkaitan hendaklah dikemukakan melalui saya.
Sekian, Terima Kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan tugas,
……………………………….
(BONG SALEH BIN ADNAN)
Pengetua
MITS Pandan Indah Selangor.
SKM/fmm/persatuan.
Lampiran 2.7.16

PERSATUAN PENULIS MUDA


MAAHAD INTEGRASI TAHFIZ SELANGOR
PANDAN INDAH
JALAN PANDAN MEWAH
PANDAN INDAH
56100 KUALA LUMPUR
SELANGOR. DARUL EHSAN
NO. PENDAFTARAN: 27/2002/MITS PANDAN INDAH
____________________________________________________________________________________

Ruj.Tuan :
Ruj. Kami : Bil: (03) dlm PPSMKLP 01/01/010
Jld.1
Tarikh :

Setiausaha Agung
Persatuan Penulis-Penulis Nasional (PENA)
d/a Dewan Bahasa dan Pustaka
Peti Surat 10803
Kuala Lumpur.

Melalui dan sesalinan kepada:

Pengetua
Maahad Integrasi Tahfiz Selangor
Pandan Indah
Jalan Pandan Mewah
Pandan Indah
56100 Kuala Lumpur
Selangor. Darul Ehsan

Tuan,
Permohonan Menjadi Ahli Gabungan
Saya dengan segala hormat dan takzimnya merujuki perkara di atas.
2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa Persatuan Penulis Muda Maahad Integrasi Tahfiz Selangor atau
PPMMITSPI telah dilulus dan disahkan penubuhannya sebagai sebuah persatuan dalam bidang
kokurikulum sekolah ini, dengan No. Pendaftaran 27/2002/MITSPI.
3. Di antara pelbagai tujuan dan matlamat penubuhan dan pemfungsian PPMMITSPI adalah untuk
memberi peluang kepada setiap ahli mengembangkan bakat, minat dan potensi masing-masing dalam
bidang penulisan, di samping menambah pengetahuan, pengalaman, dan kemahiran untuk menjadi
penulis yang mampu menyumbang kepada kemajuan masyarakat, bangsa dan negara. PPMMITSPI juga
berhasrat untuk mewujudkan peluang kepada ahli-ahli melibatkan diri dan menyertai aktiviti-aktiviti dan
program-program kepenulisan di peringkat negeri dan kebangsaan.
4. Sehubungan itu, PPMMITSPI dengan rendah hati dan penuh harapan memohon untuk menjadi ahli
gabungan Persatuan Penulis-Penulis Nasional (PENA). Permohonan ini dikemukakan dengan keyakinan
bahawa PENA boleh dan berkemampuan membantu PPMMITSPI merealisasikan tujuan dan matlamat
serta hasrat yang dinyatakan di atas.
5. Sekiranya permohonan ini diluluskan, PPMMITSPI bersedia mematuhi syarat-syarat dan peraturan-
peraturan yang ditetapkan, kecuali mana-mana syarat dan peraturan yang tidak sesuai dengan status
PPMMITSPI sebagai sebuah persatuan dalam bidang kokurikulum di sekolah yang dianggotai oleh
pelajar-pelajar, dan yang perlu mematuhi sepenuhnya Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan
Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jil. 42, No.11 Tambahan
No. 41 Perundangan (A); P.U. (A) 196. Bertarikh 21 Mei 1998.
6. Demikian juga, sekiranya permohonan ini diluluskan, PPMMITSPI tidak akan mengubah identiti,
status, tujuan dan matlamat penubuhannya, malah ahli-ahli PPMMITSPI yang ingin mengambil
bahagian dalam aktiviti, projek, dan program kepenulisan anjuran PENA perlu mematuhi sepenuhnya
peraturan-peraturan dan syarat-syarat yang terkandung dalam surat pekeliling Ikhtisas Bilangan 24/1998
bertarikh 10 Oktober 1998 dan surat pekeliling Ikhtisas Bilangan 9/2000 bertarikh 10 Mei 2000.
7. Bersama-sama ini disertakan Sesalinan Surat Kebenaran untuk Memohon Menjadi Ahli Gabungan
daripada Pengetua, Undang-undang, dan Peraturan-Peraturan (Perlembagaan) PPMMITSPI dan Senarai
Aktiviti Utama PPMMITSPI untuk rujukan dan perhatian tuan.
8. Pertimbangan dan jasa baik tuan meluluskan permohonan di atas amatlah dihargai dan disanjung
tinggi.

Sekian, Terima Kasih.


“BERKHIDMAT UNTUK KECEMERLANGAN PERSATUAN”
Saya yang menjalankan tugas,
………………………………….
(RAZALI BIN SIHAB)
Setiausaha
Persatuan Penulis-Penulis Muda Maahad Integrasi Tahfiz Selangor
s.k
Guru Penolong Kanan kokurikulum
MITS Pandan Indah.
Guru Penasihat PPMMITSPI.
NMR/nmr/ ahli gabungan

Lampiran 2.7.17

PERSATUAN PENULIS MUDA


MAAHAD INTEGRASI TAHFIZ SELANGOR
PANDAN INDAH
JALAN PANDAN MEWAH
PANDAN INDAH
56100 KUALA LUMPUR
SELANGOR. DARUL EHSAN
NO. PENDAFTARAN: 27/2002/MITSPI
______________________________________________________________________________

TAKWIM AKTIVITI TAHUNAN

BIL. BULAN AKTIVITI OBJEKTIF TINDAKAN


01 Januari (a) Mengemaskini Mendapat dan Jawatankuasa
pentadbiran persatuan menyediakan semua Persatuan
keperluan yang berkaitan
dengan pengfungsian
pentadbiran dan
pengurusan persatuan
seperti kelengkapan
fizikal, sistem fail, jadual
tugasan, dan sebagainya.

(b) Mengemaskan bilik Menyediakan Bilik Jawatankuasa


gerakan persatuan. Gerakan persatuan Persatuan
sehingga siap sedia untuk
berfungsi.

(c)Melengkapkan Memastikan semua Setiausaha


dokumen-dokumen dokumen yang menjadi
penubuhan persatuan. bukti dan rujukan akan
keesahan persatuan sedia
untuk semakan.

(d)Mempromosikan Menggalakkan dan Setiausaha


persatuan menarik minat pelajar-
pelajar untuk menjadi ahli
dan bergiat aktif dalam
persatuan atau kelab.

(e) Mendaftarkan ahli Memastikan semua ahli Setiausaha


telah berdaftar dengan sah. Bendahari

(f) Mengadakan Menetapkan program, Semua AJK


Mesyuarat kegiatan atau aktiviti yang persatuan
Jawatankuasa akan dijalankan
Persatuan Kali pertama

02. Februari (a) Program Menyebarkan maklumat, AJK


Pembangunan Bakat pengetahuan dan Persatuan
Kepenulisan: Sepetang pengalaman berkaitan yang dilantik.
Bersama Tokoh bidang penulisan.
Penulis.
(b) Aktiviti Memberi peluang kepada AJK
Kepenulisan: ahli untuk mempertingkat Persatuan
Perkhemahan Tahunan wibawa, maruah dan nilai yang dilantik.
Penulis Muda. diri sebagai insan
seimbang daripada segi
jasmani, emosi, rohani,
dan intelek, disamping
mewujudkan kerjasama
dalam menghasilkan
karya.

(c) Menubuhkan Mewujudkan peluang Setiausaha


Jawatankuasa kepada ahli untuk
Penerbitan Majalah mendapatkan pengetahuan,
Tahunan “Tunas kemahiran dan
Karya”. pengalaman dalam usaha
menerbitkan karya,
disamping merangsangkan
ahli-ahli supaya berkarya
secara berterusan.

03. Mac (a)Aktiviti Mendedahkan ahli kepada AJK


Kepenulisan: Lawatan aktiviti-aktiviti yang boleh Persatuan
Sehari ke Dewan diceburi bidang penulisan yang dilantik.
Bahasa dan Pustaka sebagai suatu kerjaya dan
(atau ke tempat lain aspek komoditi bidang
yang sesuai). penulisan.

(b) Program Meningkatkan AJK


Pembangunan Bakat pengetahuan, kemahiran Persatuan
Kepenulisan: Bengkel dan pengalaman ahli yang dilantik.
Penulisan Puisi (siri 1). dalam bidang penulisan
puisi.
(c) Mesyuarat
Jawatankuasa AJK
Persatuan Menilai semua aktiviti Persatuan
yang telah dijalankan dan yang dilantik.
menguruskan pelaksanaan
aktiviti seterusnya.

04. April (a)Program Meningkatkan AJK


Pembangunan Bakat pengetahuan, kemahiran Persatuan
Kepenulisan: Bengkel dan pengalaman ahli yang dilantik.
Penulisan Cerpen(siri dalam bidang penulisan
2). cerpen.

(b) Program AJK


Pembangunan Bakat Meningkatkan Persatuan
Kepenulisan: Bengkel pengetahuan, kemahiran yang dilantik.
Penulisan Rencana/ dan pengalaman ahli
Essei. dalam bidang penulisan
rencana/ essei.
.

05 Mei (a)Aktiviti Memberi peluang kepada AJK yang


Kepenulisan: ahli menikmati karya dilantik.
Sepetang Membaca sastera secara spontan
Karya Sastera. dengan harapan dapat
mengalami sendiri
keindahan seni sastera
yang terdapat dalam
sesebuah karya.

(b)Majlis pelancaran Mewujudkan wadah untuk AJK yang


Pertandingan ahli-ahli mengembangkan dilantik.
mencipta puisi, cerpen bakat dan potensi masing-
dan rencana. masing.

( c)Aktiviti Meningkatkan kemahiran AJK yang


Kependidikan menjawab soalan dalam dilantik.
Kesusasteraan: kalangan ahli-ahli.
Bengkel Menjawab
Soalan.

06 Jun (a)Aktiviti Memberi peluang kepada AJK yang


Kepenulisan: Mari ahli-ahli menghayati dan dilantik.
Menjadi Pengkritik. mengkritik sesebuah karya
dengan tujuan menimba
pengalaman dan
bimbingan kepenulisan
daripada sesebuah karya.

(b)Projek Mewujudkan peluang Setiausaha


Kepenulisan: kepada ahli untuk dan AJK
Mengumpulkan bahan mendapatkan pengetahuan, yang dilantik.
atau karya-karya kemahiran dan
untuk diterbitkan pengalaman dalam usaha
dalam majalah “Tunas menerbitkan karya, di
Muda”. samping merangsangkan
ahli-ahli supaya berkarya
secara berterusan.

07 Julai (a)Aktiviti Memberi peluang kepada Semua AJK


Kepenulisan: Malam ahli-ahli mempersembah Persatuan
Karyawan Muda. hasil karya masing-masing
kepada massa.

Meningkatkan
pengetahuan, kemahiran AJK yang
dan pengalaman ahli dilantik.
(b)Program dalam bidang penulisan
Pembangunan Bakat puisi.
Kepenulisan: Bengkel
Penulisan Puisi (Siri
2) Menilai semula aktiviti Semua AJK
yang telah dijalankan dan Persatuan
menguruskan pelaksanaan
( c)Mesyuarat ahli aktiviti seterusnya.
Jawatankuasa
Persatuan.
08 Ogos (a)Projek Penulisan: Menyebarkan AJK yang
Penerbitan dan pengetahuan, pengalaman dilantik
Pengedaran Majalah dan kemahiran yang
“Tunas Muda”. berkaitan dengan aspek
penerbitan dan pengedaran
kepada ahli-ahli.
(b)Aktiviti
Kepenulisan: Majlis Memberi penghargaan Semua AJK
Penyampaian Hadiah kepada ahli-ahli yang Persatuan
Pertandinagan berjaya dan
Mencipta Puisi, merangsangkan ahli-ahli
Cerpen, dan Rencana. lain yang Berjaya untuk
terus berusaha mencipta
kayra-karya bermutu.

(c )Aktiviti Memberi peluang kepada Semua AJK


Kepenulisan: Malam ahli mempersembahkan Persatuan
Deklamasi Puisi bakat sebagai
Kemerdekaan. pendeklamator di samping
memperteguh semangat
patriotisme dan cintakan
negara.

09 September (a)Aktiviti Memberi peluang kepada AJK yang


Kependidikan ahli mempertingkat dilantik
Kesusateraan: kemahiran menjawab
Bengkel Menjawab soalan-soalan
Soalan (Siri 2) kesusasteraan dalam
SPM/STPM.

(b)Aktiviti Meningkatkan AJK yang


Kependidikan pengetahuan, kemahiran dilantik
Kesusateraan: dan pengalaman ahli
Bengkel Menjawab dalam bidang penulisan
Soalan (Siri 3) cerpen

10 Oktober (a)Program Mewujudkan peluang AJK yang


Pembangunan Bakat kepada ahli menilai semula dilantik
Kepenulisan: Bengkel persepsi masing-masing
Penulisan Puisi tentang kesusasteraan.
Cerpen (Siri 2)
(b)Aktiviti
Kependidikan AJK yang
Kesusasteraan: Forum dilantik
Kesusasteran.

11 November Mesyuarat Agung Semua AJK


Tahunan Persatuan. Persatuan

Lampiran 2.7.18

PERSATUAN PENULIS MUDA


MITS PANDAN INDAH, JALAN PANDAN INDAH ,
56100 KUALA LUMPUR, SELANGOR DARUL EHSAN.
KOD SEKOLAH : ABC 1234

JADUAL AKTIVITI MINGGUAN

Bulan: ………………………………..

BIL. TARIKH MASA AKTIVITI TINDAKAN


MINGGU

PERTAMA

KEDUA

KETIGA

KEEMPAT

KELIMA
Lampiran 2.7.19

PERSATUAN PENULIS MUDA


MITS PANDAN INDAH, JALAN PANDAN INDAH
(PPMMITSPI),
56100 KUALA LUMPUR, SELANGOR DARUL EHSAN.

Borang Permohonan Menjadi Ahli.

A. Maklumat Peribadi Pemohon:-

1. Nama Penuh (gunakan huruf besar): ..................................................................................................


2. Jantina: ................................................. 3. Tarikh lahir: .................................................................
4. No. Kad Pengenalan:

5. Tingkatan: ...................................................
6. Nama Penuh lbubapa/Penjaga (gunakan huruf besar):
..............................................................................................................................................................................
..............................................................................................................................................................................
6. Alamat Tempat Tinggal:-
..............................................................................................................................................................................
..............................................................................................................................................................................
................................................................................................. POSKOD: .....................................................
8. No. Telefon rumah:...................................................................

A. Pengakuan Permohonan:

1. Saya yang bernama di atas memohon menjadi ahli Persatuan Penulis Muda MITS Pandan Indah
(PPMMITSPI).
2. Permohonan ini dikemukakan atas kerelaan saya sendiri tanpa paksaan daripada mana-mana pihak.
1. Untuk pertimbangan, saya dengan penuh keikhlasan mengaku akan mematuhi sepenuhnya
Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan PPMMITSPI, khususnya Artikel Lima yang
berkaitan dengan syarat-syarat keahlian dan hak serta kewajipan ahli.
2. Saya juga akan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan dari semasa ke semasa selagi peraturan-
peraturan itu tidak bercanggah dengan undang-undang dan peraturan-peraturan sekolah, Jabatan
Agama Islam Selangor (JAIS), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan negara.

Tandatangan pemohon : ..............................................................


Nama : ( )
Tarikh : .................................................................
DAFTAR AHLI

NAMA DARJAH/ NO. KEAHLIAN


BIL. NAMA NO. K.P.
IBUBAPA/ DAN TAHUN
TING.
PENJAGA PENDAFTARAN

Daftar di atas diakui benar dan sah.

Tandatangan Guru Penasihat: ........................................................ Tarikh: .............................................

Tandatangan Pengetua: ................................................................... Tarikh: .............................................


JADUAL KEHADIRAN AHLI

TARIKH AKTIVITI
DARJ AH/
BIL. NAMA NO. K.P.
TING. (Tandakan / Jika Ahli Hadir)

Daftar di atas diakui benar dan sah.

Tandatangan Guru Penasihat: ........................................................ Tarikh: .............................................

Tandatangan Pengetua: ................................................................... Tarikh: .............................................

Lampiran 2.7.23
ENCIK RASHDAN BIN RAMLI
MITS Pandan Indah, Jalan Pandan Indah,
56100 Kuala Lumpur, Selangor.

Tarikh : .............................
Yang Berbahagia
Pengetua
MITS Pandan Indah, Jalan Pandan Indah,
56100 Kuala Lumpur, Selangor.

Yang Berbahagia Tuan,

Penyerahan Tugas Sebagal Guru Penasihat Persatuan Penulis Muda MITS Pandan
Indah (PPMMITSPI)

Saya dengan segala hormat dan takzimnya merujuk perkara di atas. Perlantikan saya sebagai Guru Penasihat
Persatuan Penulis Muda MITS Pandan Indah (PPMMITSPI) seperti dinyatakan dalam surat daripada Yang
Berbahagia Tuan Bil. (21) dlm. MITSPI 03/03/19 bertarikh 11 Oktober 2019 dan surat penerimaan
perlantikan daripada saya bertarikh 12 Oktober 2019 adalah berkaitan.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa saya telah pun menjalankan tugas sebagai Guru Penasihat PPMMITSPI
mulai 11 Oktober 2019 yang lalu. Sepanjang menjalankan tugas tersebut saya telah memberikan sepenuh
tenaga dan upaya untuk menunaikan tanggung jawab dan peranan yang diamanahkan kepada saya dengan
sebaik-baiknya. Mudah-mudahan sumbangan khidmat saya kepada PPMMITSPI sebagai suatu entiti
kokurikulum di sekolah ini, khususnya kepada ahli- ahli PPMMITSPI sendiri, memenuhi dan menepati
pelantikan saya sebagai Guru Penasihat PPMITSPI bagi sesi persekolahan tahun 2019 ini.

2. Sehubungan itu, oleh kerana sesi persekolahan bagi tahun 2019 ini akan tamat pada 6 November 2019,
maka saya dengan penuh hormat menyerahkan kembali tugas dan tanggung jawab sebagai Guru Penasihat
PPMMITSPI kepada Yang Berbahagia Tuan mulai tarikh tersebut. Dengan penyerahan kembali tugas dan
tanggung jawab ini, saya memohon supaya tidak lagi disabitkan dengan sebarang implikasi pentadbiran,
kewangan dan undang-undang yang berkaitan dengan fungsi dan aktiviti PPMMITSPI.

3. Bersama-sama ini dikembalikan juga dokumen-dokumen rasmi PPMMITSPI untuk makluman dan
simpanan Yang Berbahagia Tuan, iaitu:

2.1 Laporan Tahunan

2.2 Laporan Belanjawan dan Penyata Kewangan

2.3 Daftar ahli dan jadual kehadiran

2.4 Fail-fail pengurusan dan pentadbiran

2.5 Laporan Skema Penilaian Aktiviti Kokurikulum untuk ahli-ahli.


3. Kerjasama dan bimbingan Yang Berbahagia Tuan amatlah dihargai dan disanjung tinggi.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

ENCIK RASHDAN BIN RAMLI


MITS Pandan Indah, Jalan Pandan Indah,
56100 Kuala Lumpur, Selangor.

s.k.

Guru Penolong Kanan Kokurikulum


MITS Pandan Indah.
BAB 3
PENUBUHAN PASUKAN PAKAIAN SERAGAM (PPS)
DI SEKOLAH

3.1 Definisi PPS.

3.2 Dasar Penubuhan PPS.

3.3 Jenis-jenis PPS.

3.4 Kaedah Penubuhan.

3.5 Matlamat Penubuhan.

3.6 Objektif Am Penubuhan.

3.7 Objektif Khusus Penubuhan.

3.8 Aliran Proses Penubuhan.

3.9 Penubuhan Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia.

3.10 Penubuhan Pasukan Kadet Polis.

3.11 Penubuhan Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) Darat.

3.12 Penubuhan Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) Laut.

3.13 Penubuhan Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) Udara.

3.14 Penubuhan Kadet Jabatan Pertahanan Awam (JPA3).

3.15 Penubuhan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM).

3.16 Penubuhan Pasukan St. John Ambulans.

3.17 Penubuhan Persatuan/Pergerakan Puteri Islam.

3.18 Penubuhan Persatuan/Pergerakan Pandu Puteri.

3.19 Penubuhan Persatuan/Pergerakan Pengakap.

3.20 Penubuhan Persatuan/Kelab Taekwondo.

3.21 Penubuhan Persatuan Silat Gayong.


BAB 3

PENUBUHAN PASUKAN PAKAIAN SERAGAM (PPS) DI SEKOLAH

3.1 Definisi PPS:

Persatuan/Badan/Pasukan/Pertubuhan/Pergerakan Pakaian Seragam umumnya didefinisikan sebagai


Persatuan/Badan/Pasukan/Pertubuhan/Pergerakan yang ditubuhkan secara formal oleh sesebuah
institusi atau agensi berdasarkan sesuatu akta dengan ahli-ahlinya memakai pakaian seragam yang
ditetapkan mengikut peraturan-peraturan yang telah diwartakan atau dimaktubkan dalam peraturan-
peraturan dan undang-undang Persatuan/Badan/Pasukan/Pertubuhan/ Pergerakan berkenaan.

3.2 Dasar Penubuhan PPS di Sekolah:

Subperaturan 4(d) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam
Warta Kerajaan (P.U.(A). 196) bertarikh 21 Mei 1998 menegaskan perlunya guru besar atau
pengetua, setelah menerima permohonan secara bertulis, menubuhkan pasukan pakaian seragam atau
badan beruniform di sekolah masing-masing. Seterusnya peraturan 11 dalam Peraturan-Peraturan
Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan (P.U.(A).196) bertarikh 21 Mei
itu memberi kuasa kepada guru besar atau pengetua "mengarah mana-mana persatuan sekolah
(termasuk badan beruniform) mematuhi peraturan tentang pengurusan, aktiviti, keahlian atau yang
selainnya berkenaan dengan persatuan itu". Maka dalam konteks peraturan ini, khususnya yang
berkaitan dengan frasa "...yang selainnya berkenaan dengan persatuan itu", guru besar atau
pengetua digalakkan supaya menubuhkan persatuan/pasukan/pergerakan pakaian seragam atau
badan beruniform yang boleh didaftarkan sebagai badan/pasukan/unit gabungan dengan
persatuan/pasukan/pergerakan pakaian seragam atau badan beruniform yang sedia ada di peringkat
daerah, negeri atau pun kebangsaan dan antara bangsa.

3.3 Jenis-jenis Pasukan Pakaian Seragam Sekolah (PPS)

Berdasarkan keadaan semasa, mana-mana jenis PPS daripada empat kategori yang berikut boleh
ditubuhkan di sekolah, iaitu:-

3.3.1 PPS agensi/pertubuhan kerajaan (GO), misalnya:-

3.3.1.1 Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (Darat).


3.3.1.2 Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (Laut),
3.3.1.3 Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (Udara),
3.3.1.4 Pasukan Kadet Polis,
3.3.1.5 Pasukan Kadet Trafik,
3.3.1.6 Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat, dan
3.3.1.7 Kadet Pertahanan Awam, Pasukan Jabatan JPАЗ.

3.3.2 PPS agensi/pertubuhan bukan kerajaan (NGO), misalnya:-

3.3.2.1 Pergerakan/Persatuan Pengakap,


3.3.2.2 Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM),
3.3.2.3 Persatuan St. John Ambulan Malaysia (SJAM),
3.3.2.4 Persatuan Pandu Puteri Malaysia,
3.3.2.5 Pergerakan/Persatuan Puteri Islam Malaysia,
3.3.2.6 Pergerakan/Persatuan Briged Puteri Malaysia.

3.3.3 PPS Kementerian Pendidikan Malaysia:

3.3.3.1 Kadet Remaja Sekolah (Menengah)


3.3.3.2 Tunas Kadet Remaja Sekolah (Rendah)
3.3.3.3 Pasukan Pancaragam Sekolah.

3.3.4 Pasukan/Pertubuhan Seni Bela Diri:-

(Pasukan/Pertubuhan Seni Bela Diri telah diiktiraf sebagai Pasukan Pakaian Seragam
seperti dinyatakan dalam Surat Pekeliling Iktisas Bil. 2/1997 bertarikh 2 April 1997).

3.3.4.1 Persatuan Silat Gayong


3.3.4.2 Persatuan Teakwando
3.3.4.3 Persatuan Karate Do
3.3.4.4 Persekutuan Wushu.
3.3.4.5 Persatuan Judo.
3.3.4.6 Persatuan Silambam.
3.3.4.7 Persatuan Silat Cekak.

3.4 Kaedah penubuhan:

Kaedah penubuhan PPS di sekolah umumnya mestilah mematuhi Peraturan-Peraturan Pendidikan


(Persatuan Sekolah) 1998 seperti yang termaktub dalam Warta Kerajaan (P.U.(A).196) bertarikh 21
Mei 1998. Tegasnya kaedah atau tatacara penubuhan PPS adalah sama seperti penubuhan
persatuan/kelab yang lain. Walau bagaimana pun, oleh kerana persatuan/pasukan/ pergerakan/badan
pakaian seragam yang ditubuhkan di sekolah perlu ditubuh dan didaftarkan sebagai unit gabungan
kepada persatuan/pasukan/pergerakan/badan yang berkenaan di peringkat daerah, negeri atau
kebangsaan, maka terdapat beberapa kaedah atau tatacara tertentu yang perlu diberi perhatian.
Apatah lagi apabila persatuan/pasukan/pergerakan pakaian seragam atau badan beruniform yang
akan digabungi itu telah ditubuhkan berasaskan sesuatu akta yang telah diluluskan oleh Parlimen,
misalnya Pasukan Kadet Polis (Akta Polis 1967), Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (Akta 417), dan
sebagainya.

3.5 Matlamat penubuhan

Penubuhan semua jenis PPS di sekolah adalah dengan matlamat untuk melahirkan murid-murid yang
mewarisi selengkapnya ciri-ciri bunga bangsa yang cemerlang dan warga yang gemilang seperti
yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan menepati aspirasi bangsa, agama dan
negara.

3.6 Objektif Am Penubuhan:

Matlamat penubuhan PPS di sekolah akan dapat direalisasikan dengan usaha yang gigih
dan komitmen yang tinggi untuk mencapai objektif am berikut, iaitu:-

3.6.1 Melahirkan murid-murid bersemangat patriotik yang cintakan masyarakat, bangsa,


negara dan agama.

3.6.2 Melahirkan murid-murid yang menginsafi kewujudan mereka sebagai "bunga


bangsa" yang bakal berkembang menjadi warga negara yang bertanggungjawab
sepenuhnya kepada kesejahteraan, keamanan, keselamatan, dan kemakmuran
masyarakat, bangsa dan negara

3.6.3 Melahirkan murid-murid yang bersatu padu menjunjung aspirasi bangsa pelbagai kaum ke
arah pembentukan sebuah bangsa Malaysia yang berbudaya, berdisiplin, berilmu, dan
berperikemanusiaan.

3.6.4 Melahirkan murid-murid yang prihatin kepada masalah-masalah dan cabaran-cabaran yang
mendepani masyarakat, bangsa dan negara, serta berkesanggupan menghadapi dan
mengatasinya.
3.6.5 Melahirkan murid-murid yang memahami dan mencintai agama Islam dengan lebih
teguh dan inklusif.

3.6.6 Melahirkan murid-murid yang meminati dan menghayati nilai-nilai kesukarelawanan dan
kesepasukan yang utuh.

3.6.7 Melahirkan murid-murid yang berani dan cekal menghadapi pelbagai masalah dan cabaran
serta berkemampuan menyelesai dan mengatasi masalah dan cabaran itu dengan bijaksana,
inovatif, kreatif dan penuh berdisiplin.

3.6.8 Melahirkan murid-murid yang mempunyai pengetahuan, pengalaman dan kemahiran asas
dalam bidang-bidang kerjaya yang mereka minati, khususnya kerjaya dalam pasukan
pakaian seragam.

3.7. Objektif Khusus Penubuhan:

Dengan menyertai sekurang-kurangnya satu PPS di sekolah, murid-murid akan berpeluang-

3.7.1 memupuk dan memantapkan lagi penghayatan kerohanian, keimanan, dan akhlak dalam
pengurusan diri.

3.7.2 memperteguh semangat patriotik dan esprit de corps

3.7.3 menambah dan mempertingkatkan kemahiran-kemahiran ikhtiar hidup dan membantu orang
lain;

3.7.4 memupuk semangat dan kemahiran berdikari dalam menghadapi sebarang masalah dan
dugaan;

3.7.5 meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi untuk memupuk keharmonian dan
perpaduan;

3.7.6 menyemai dan menyuburkan semangat kesukarelawanan dan sikap tolong menolong ke arah
pembentukan masyarakat majmuk yang menghayati dan mengamalkan prinsip
permuafakatan dan semangat kekitaan yang utuh.
3.7.7 memantapkan jasmani dan emosi demi meningkatkan ketahanan diri
3.7.8 mempertingkatkan pengetahuan dan pengalaman tentang aspek-aspek keselamatan diri,
masyarakat, bangsa dan negara;

3.7.9 menyalurkan jasa dan bakti kepada rakan-rakan, masyarakat,bangsa, negara dan agama;

3.7.10 memupuk dan memantapkan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran kepemimpinan.

3.7.11 mendapatkan pengetahuan dan pengalaman berkaitan kerjaya yang diminati yang berasaskan
pasukan pakaian seragam.

3.7.12 Menghargai usaha dan pengorbanan ahli-ahli pasukan pakaian seragam dalam membantu
mengawal dan memelihara kesejahteraan, kemakmuran, kedaulatan, keamanan dan
keselamatan masyarakat, bangsa dan negara.

3.8. Aliran Proses Penubuhan PSS:

Proses penubuhan PSS di sekolah adalah proses pentadbiran yang dilaksanakan dengan mematuhi
protokol dan melalui saluran-saluran tertentu kerana proses ini melibatkan agensi-agensi atau
pertubuhan-pertubbuhan luar sama ada agensi atau pertubuhan kerajaan (GO) mahu pun bukan
kerajaan (NGO). Kepatuhan kepada peraturan dan arahan pentadbiran serta kaedah dan protokol
pengurusan agensi-agensi atau pertubuhan-pertubuhan luar itu, di samping tidak menjejaskan
wibawa peraturan pentadbiran dan sistem organisasi sendiri, lazimnya akan memudahkan lagi proses
penubuhan yang hendak dilaksanakan.

Sehubungan itu, maklumat mengenai agensi atau pertubuhan luar yang menjadi badan induk kepada
PPS yang hendak ditubuhkan perlu diperolehi, diteliti dan dikaji terlebih dahulu sebelum proses
penubuhan PPS berkenaan dimulakan, khususnya perkara-perkara yang berkaitan dengan aspek
perlembagaan dan undang-undang serta matlamat penubuhan PPS tersebut.

Sebagai panduan, berikut ini adalah beberapa contoh proses penubuhan PSS yang wajar dirujuki
oleh sekolah-sekolah di bawah pengurusan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), iaitu:

 Penubuhan Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia.


 Penubuhan Pasukan Kadet Polis.
 Penubuhan Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) Darat.
 Penubuhan Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) Laut.
 Penubuhan Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) Udara.
 Penubuhan Kadet Jabatan Pertahanan Awam (JPA3)
 Penubuhan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM).
 Penubuhan Pasukan St. John Ambulans.
 Penubuhan Persatuan/Pergerakan Puteri Islam.
 Penubuhan Persatuan/Pergerakan Pandu Puteri.
 Penubuhan Persatuan/Pergerakan Pengakap.
 Penubuhan Persatuan/Kelab Taekwondo.
 Penubuhan Persatuan Silat Gayong.

[Setiap contoh akan disertakan dengan Carta Aliran, Proses Kerja dan dokumen-dokumen
penubuhan yang penting. Sebahagian daripada dokumen-dokumen penubuhan itu mempunyai
format yang sama, dan dengan itu hanya suatu contoh sahaja yang akan diberikan. Perlu juga
ditegaskan bahawa setiap proses penubuhan adalah tertakluk kepada pindaan-pindaan yang
dicadangkan oleh agensi atau badan induk kepada pasukan pakaian seragam yang berkenaan
dan yang mendapat kebenaran daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Kementerian
Pendidikan].
3.9 Penubuhan Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia

3.9.1 Carta Aliran:

Murid menubuhkan Jawatankuasa Penaja

Jawatankuasa Penaja melalui guru yang


memberi sokongan menyediakan Kertas
Cadangan Penubuhan dan mengemukakan
permohonan kepada Pengetua/Guru Besar.

Pengetua menerima permohonan untuk


menubuhkan Pasukan Kadet Bomba dan
Penyelamat (PKBP) Sekolah.

Pengetua mengkaji permohonan

TIDAK MENYOKONG MENYOKONG

Pengetua mendapatkan sokongan


daripada Balai Bomba dan Penyelamat
yang terdekat dengan sekolah.

Pengetua mengemukakan permohonan


Penubuhan PKBP ke Jabatan Pendidikan
Negeri. Dokumen Permohonan ialah:

(a) Borang Permohonan


Penubuhan РКВР,
(b) Surat Sokongan
daripada Balai Bomba
dan Penyelamat yang
terdekat,
(c) Kertas Cadangan
Penubuhan (Sesalinan
permohonan penubuhan
dihantar ke Pejabat
Pendidikan Daerah)
Jabatan Pendidikan Negeri menerima
dan mengkaji permohonan.

TIDAK DISOKONG
Dikembalikan
ke Sekolah untuk DISOKONG
pembetulan.

Jabatan Pendidikan Negeri mengemukakan


Permohonan penubuhan kepada lbu
Pejabat Bomba dan Penyelamat Negeri.

lbu Pejabat Bomba dan Penyelamat Negeri


TIDAK DILULUSKAN mengkaji dan mempertimbangkan
permohonan.

lbu Pejabat Bomba dan Penyelamat Negeri


menghantar dokumen kelulusan dan
nombor pendaftaran ke Jabatan
Pendidikan Negeri

Jabatan Pendidikan Negeri menghantar


dokumen kelulusan dan nombor
pendaftaran ke Pejabat Pendidikan Daerah
dan sekolah yang memohon.

Sekolah menerima kelulusan dan


memulakan proses penubuhan PKBP
khususnya:
(A) menubuhkan organisasi
pengurusan РКВР:
(B) melantik pegawai PKBP
sekolah dikalangan guru; dan
(C) menguruskan permohonan
menganggotai PKBP dari
pelajar.
3.9.2 Proses Kerja Penubuhan.

PIHAK/PEGAWAI BAHAN RUJUKAN/


BIL PROSES KERJA YANG MENGAMBIL PERATURAN/
TINDAKAN SEMAKAN UNDANG-
UNDANG
3.9.2.1 Tubuhkan Jawatankuasa Murid dengan
Penaja Penubuhan. bimbingan Guru.

3.9.2.2 Kemukakan surat Setiausaha J/Kuasa Peraturan 4 dalam


permohonan untuk Penaja dengan Peraturan-Peraturan
menubuhkan Pasukan bimbingan Guru. Pendidikan
Kadet Bomba dan (Persatuan Sekolah)
Penyelamat Malaysia 1998
kepada pengetua berserta Dokumen:
semua dokumen (a) Surat Permohonan
sokongan Penubuhan.(Seperti
yang perlu. Lampiran 3.9.2.2)

3.9.2.3 Terima permohonan Pengetua Peraturan 4 dalam


bertulis untuk Peraturan-Peraturan
menubuhkan Pasukan Pendidikan
Kadet Bomba dan (Persatuan Sekolah)
Penyelamat Malaysia, 1998
dan pertimbangkan
untuk diberi sokongan Dokumen:(a) Surat
atau tidak. Penyataan
Memberi/Tidak
Memberi Sokongan
kepada J/Kuasa
Penaja. (Seperti
Lampiran 3.9.2.3)

3.9.2.4 Rujukan permohonan Pengetua dan J/Kuasa Dokumen:(a) Surat


yang disokong kepada Penaja Memohon sokongan dan
Balai Bomba dan ulasan yang
Penyelamat yang ditandatangani oleh
terdekat untuk Pengetua.
mendapatkan ulasan dan (Seperti Lampiran
surat sokongan. 3.9.2.4)

3.9.2.5 Terima ulasan dan Surat Pengetua dan J/Kuasa Dokumen permohonan
Sokongan daripada Balai Penaja (a) Surat
Bomba dan Penyelamat Permohonan
yang terdekat dan hantar Penubuhan (Seperti
permohonan penubuhan Lampiran 3.9.2.5a)
Pasukan Kadet Bomba
dan
Penyelamat Malaysia
kepada Jabatan
Pendidikan Negeri.
(b) Surat Sokongan
dan ulasan
daripada Balai
Bomba dan
Penyelamat yang
terdekat.

3.9.2.6 Terima dan kaji serta Jabatan Pendidikan (c) Kertas


proses permohonan yang Negeri Cadangan
diterima. Penubuhan (Seperti
Lampiran 3.9.2.5c).

Jabatan Pendidikan Protokol


3.9.2.7 Panjangkan permohonan Negeri Pentadbiran
yang disokong kepada Jabatan Pendidikan
Jabatan Bomba dan Negeri
Penyelamat Negeri

3.9.2.8 Terima keputusan Jabatan Pendidikan Dokumen 3.9.2.5a, b.


permohonan penubuhan Negeri dan Surat Iringan yang
daripada Jabatan Bomba ditandatangani oleh
dan Penyelamat Negeri Pengetua/Pegawai Yang
dan hantar sesalinan berkuasa. (Surat Iringan
keputusan kepada adalah seperti Lampiran
Pejabat Pendidikan 3.9.2.7)
Daerah dan sekolah yang
berkenaan.

3.9.2.9 Menerima keputusan dan Pengetua dan J/Kuasa


memulakan proses Penaja
penubuhan Pasukan
Kadet Bomba dan
Penyelamat di
sekolah dengan:-

(a) Menubuhkan Dokumen:


organisasi pentadbiran (a) Surat Perlantikan
dan pengurusan Pasukan kepada yang berkenaan.
Kadet;

(b) Melantik pegawai (b) Surat Perlantikan


bagi Pasukan Kadet kepada guru.
daripada kalangan guru;
dan
(c) menguruskan (c) Surat Tawaran
Pendaftaran Keanggotaan.
keanggotaaan daripada
kalangan murid
yang mengemukakan
permohonan.

Dokumen:
3.9.2.10 Menyediakan Laporan Pengetua
(a) Borang Laporan
Penubuhan Pasukan
Penubuhan
Kadet Bomba dan
Pasukan yang
Penyelamat di
disahkan (Seperti
sekolah beserta Jadual
Lampiran 3.9.2.10)
Latihan dan Aktiviti
(a) Jadual Latihan
kepada Jabatan
dan Aktiviti
Pendidikan Negeri
Pasukan.
dan Pejabat Pendidikan
Daerah.
Lampiran 3.9.2.2; Surat Permohonan Penubuhan Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat
Malaysia daripada J/Kuasa Penaja kepada Pengetua Sekolah.

Setiausaha
Jawatankuasa Penaja
Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia
MITS Pandan Indah, Jalan Pandan Indah,
56100 Kuala Lumpur, Selangor.

Tarikh: 3.3.2019
Pengetua
MITS Pandan Indah, Jalan Pandan Indah,
56100 Kuala Lumpur,
Selangor.

Tuan,

Permohonan Menubuhkan Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia Maahad


Integrasi Tahfiz Sains Pandan Indah.

Saya dengan segala hormat dan takzimnya memohon menarik perhatian tuan kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa sebuah Jawatankuasa Penaja Penubuhan Pasukan Kadet Bomba dan
Penyelamat Malaysia Maahad Integrasi Tahfiz Sains Pandan Indah telah ditubuhkan pada mesyuarat yang
diadakan pada 28 Februari 2019 yang lalu.

2. Berdasarkan keputusan yang dipersetujui dengan sebulat suara dalam mesyuarat yang dinyatakan pada
para 2, saya bagi pihak Jawatankuasa Penaja dengan penuh harapan memohon pertimbangan dan jasa baik
tuan, mengikut Peraturan 4 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 (P.U.(A
196) yang berkuatkuasa mulai 21 Mei 1998, sudilah apa kiranya membenarkan penubuhan Pasukan Kadet
Bomba dan Penyelamat Malaysia di sekolah ini dan menyokong penubuhannya sebagai unit gabungan
kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

3. Untuk pertimbangan tuan juga, Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia yang dicadangkan
penubuhannya ini akan menggunakan undang-undang dan peraturan (perlembagaan) yang telah ditetapkan
oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia seperti yang diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia pada tahun 1997.
Sekian, di atas pertimbangan dan jasa baik tuan, inilah dirakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK KESELAMATAN DAN KEJAYAAN"

Saya yang benar,

(RASHDAN BIN

AHMAD)
Setiausaha J/Kuasa Penaja
Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat
Malaysia MITS Pandan Indah, Jalan Pandan
Indah,
56100 Kuala Lumpur, Selangor.
.

s.k.

Guru Penolong Kanan


Kokurikulum MITS Pandan
Indah.

You might also like