You are on page 1of 1

Berdasarkan 4 video yang telah saya tonton yang menerangkan tentang kata terbitan.

Video pertama
adalah mengenai kata terbitan Awalan, video kedua mengenai kata terbitan Akhiran, video ketiga
mengenai kata terbitan Apitan, manakala video yang terakhir adalah mengenai kata terbitan Sisipan.
Seterusnya, melalui kesemua video ini apa yang saya lihat ialah mereka menerangkan terlebih dahulu
mengenai definisi kata terbitan, secara tidak langsung saya telah mengetahui dan memahami apa itu
kata terbitan. Melalui video yang pertama dimana video ini telah menerangkan berkaitan kata terbitan
Awalan. Berdasarkan kefahaman saya mengenai perkara yang dibincang dalam video ini adalah kata
terbitan Awalan hadir sebelum kata dasar dan kata terbitan Awalan juga dapat wujud dalam kata nama
terbitan, kata kerja terbitan, dan kata adjektif terbitan. Seterusnya, untuk video kedua pula yang
menerangkan tentang kata terbitan Akhiran, didalam video ini iainya telah menerangkan bahawa kata
terbitan Akhiran hadir selepas kata dasar. Kata terbitan akhiran wujud dalam kata nama terbitan dan
kata kerja terbitan. Selain daripada itu, kata terbitan akhiran mempunyai tiga bentuk iaitu an-, kan-,
dan i-. Selepas itu, bagi video ketiga yang menerangkan tentang kata terbitan Apitan. Saya
mengetahui bahawa kata terbitan Apitan hadir secara mengapit kata dasar dan secara serentak di awal
dan akhir kata dasar untuk membentuk perkataan baharu. Kata terbitan Apitan wujud dalam kata
nama terbitan, kata kerja terbitan dan kata adjektif terbitan. Serterusnya video itu telah menerangkan
tentang beberapa imbuhan Apitan beserta contohnya. Akhir sekali, video keempat berkaitan kata
terbitan Sisihan yang menerangkan dimana kata terbitan Sisipan hadir dalam sesuatu perkataan yang
masuk secara menyisip, iaitu di celah perkataan. Kata terbitan Sisipan wujud dalam kata nama
terbitan dan kata adjektif terbitan. Kata terbitan sisipan terbahagi kepada empat imbuhan iaitu -el-, -
er-, -em-, dan -in-. Melaui kesemua video yang telah saya lihat saya sangat suka dengan cara mereka
menyampaikan maklumat tentang video mereka kerana mudah untuk difahami.

You might also like