You are on page 1of 5

Fasal (9) Konsep Antropologi Nubuwwah Waliyullah Dihlawi (w.

1762M)

1. (Mahmood Ahmad Ghazi – Islamic Renaissance in South Asia ) Asia Selatan subur dengan
pemikiran ilmiah (keturunan Ham dan Syam) dan Waliyullah Dihlawi antara senarai ulama besar
zaman Mughal (alfa tsani Islam/early modern age) . Karya2nya merupai kemuncak assimilisasi dan
integrasi pelbagai aliran pemikiran dalam Islam //dalam satu teori antropologi nubuwwah yang
melengkapi segala aliran pemikiran manusia sejak Nabi Adam .

2. Antropologi fisikal berkaitan dengan evolusi manusia iaitu dari homo erectus kepada homo
sapiens dan kini homo sapiens sapiens . Falsafah antropologi berkenaan evolusi manusia zahir dan
batin , iaitu antropologi fisikal bersama evolusi psikologi manusia . Antropologi nubuwwah
mengemukakan tesis bahawa anbiya adalah pelopor budaya kognitif jenis manusia , iaitu evolusi
kognitif anbiya dalam sejarah adalah petanda evolusi psikologi manusia . Apa yang dikurniakan
kepada anbiya menyerap dalam masyarakat mereka kemudian kepada manusia secara umum .
Pewaris anbiya adalah mereka yang mencontohi teladan anbiya zahir dan batin iaitu ulama .

3. Al Quran adalah teks utama dalam menghuraikan antropologi nubuwwah iaitu kisah2 anbiya
mengisyarat kepada evolusi kognitif manusia dalam sejarah . Waliyullah telah menyusun semula
serta mengembangkan fakulti2 kognitif /(lathifah2) tariqat tasauf Islam (lihat Tafhimat -Waliyullah)
dan mengembangkan maratib anbiya Ahmad Sirhindi dalam maqamatnya (lihat Maktubat Sirhindi)
pada pihak sosio-ekonomi menjadi peringkat2 tamadun ( irtifaqat – lihat Hujjatullah al Balighah ) .
Peringkat pencapaian anbiya juga bertingkat2 dan kembali kepada tabii mizaj kognitif yang juga
berperingkat (lihat Tafhimat) . Tipologi kognitif yang dijanakan hirarki faktor2 kognisi digunakan
untuk menghuraikan apa yang tersirat dalam al Quran dan hadis berkenaan antropologi nubuwwah .

4. (Merlin Donald – The Origin of the Human Mind ) Kajian terbaru tentang famili bahasa Indo-
Eropah menunjukkan bahawa ia berasal daripada satu bahasa asal 8000 tahun (6000BM) terdahulu
kemudian dibawa bersama pertanian berkembang melengkapi bahasa Inggeris hingga ke Sanskrit .
Dengan leksikon , ingatan episodik dan budaya mimetik yang adalah tahap pencapaian homo erectus
berkembang menjadi budaya mitos iaitu pencapaian manusia purba /homo sapiens . Mitos
melambangkan satu konstruksi koheren untuk memahami alam manusia dan sejarahnya . Mitos
bergantung kepada kapasiti berbahasa , iaitu kelengkapan daripada evolusi fisikal manusia . Mitos
menguasai minda awam , bahkan hingga kini , sekurang2nya pada nilai2 sosial .

5. //Tafhimat 31- Nabi Adam adalah fatih/pembuka era baru// melambangkan awal manusia yang
dipilih Allah untuk dikurniakan (mitos) kerahmatan yang mengiringi era ?homo sapiens sapiens . //
Tafhimat 31- zahir banyak malaikat dan syaithan pada Lauh kerana kejadiannya . // Beliau
dilengkapkan asma/leksikon serta segala keturunannya disuntik kesedaran tentang Rabb yang
menjadi penaung kehidupan mereka . Mempunyai leksikon/konsep bermakna Bani Adam sebagai
khalifah Allah di muka bumi mempunyai khazanah ilmu yang menjadi teras penciptaan dan tadbir
alam nyata (sunatullah) . Nabi Adam dan Hawa adalah awal2 manusia yang merasai serba salah iaitu
peristiwa melanggar peraturan mencetuskan kesedaran refleksif ataupun beraqal/rational
conscience , dan mereka telah lulus peperiksaan untuk meramaikan muka bumi . Konteks budaya
mitos-bahasa adalah peringkat tamadun pertama , iaitu saradiri melalui pemburuan dan pengutipan
hasil2 sekeliling . Mizaj Nabi Adam adalah tarakum/komposit , iaitu keterkaitan latifah2 manusia
adalah longgar , menyebabkan kurang azam . Pembunuhan Habil oleh Qabil tidak terkena hukum
melainkan mencetuskan penyesalan , menggambarkan bagaimana evolusi kesedaran manusia Bani
Adam ditarbiah Allah . Hukum pembunuhan hanya tertulis semasa Bani Israil . Qurbah pertama
adalah iman haqiqi .
6. // Tafhimat 31 – Pada era Nabi Nuh hukum kawakib menjadi jelas dan kuat pada hawadis harian
dan hukum laluan limpahan daripada Hazirat al Quds tersembunyi .// Beliau dikurniakan
penglihatan arkitektonik untuk membina kapal gergasi , iaitu lanjutan perkembangan aqal . ?Beliau
mencapai qurbah syarh sadr/kelapangan dada dan diwahyukan perjanjian pertama (Noachide
Covenant) yang mengandungi beberapa etika kemasyarakatan desa untuk pembinaan peringkat
tamadun kedua antaranya beraqal/berpendapat kulli , kesempurnaan jiwa dan zarafah/estetika .
Qaumnya telah berpaling menyembah objek2 dunia . Selepas banjir besar keturunan Nabi Nuh telah
bersurai dan berlainan bahasa . Kaum Ad dan Tsamud dibinasakan kerana melanggar beberapa
peraturan sedangkan mereka memahami (mustabshirun) asbab larangan . Genetik yang melampau
kerana tidak terkoordinasi mizaj dihapuskan .

7. (Merlin Donald) Transisi daripada budaya episodik (tahap monyet) kepada budaya mimetik
(tahap homo erectus 1 juta tahun purbakala ) dan daripada budaya mimetik kepada budaya mitos
homo sapiens (tahap manusia purba 50 ribu tahun dahulu ) melibatkan evolusi fisikal khasnya
perubahan sistem saraf untuk membawa ucapan . Perkembangan kognitif manusia yang bergantung
kepada perwakilan odio hanya memerlukan memori dalam diri manusia . Perwakilan visi
memerlukan penciptaan grafik baru dan bergantung kepada kapasiti kognisi teoretik . Budaya
teoretik/sirrani melibatkan penggunaan memori simbolik luaran (MSL) , bahkan pergantungan
manusia kepada satu sistem memori luaran . Berbanding budaya mitos yang meletakkan makna
secara analogi/qias , budaya teoretik memerhati dan menganalisa , menjelaskan kategori dan prinsip
, meletakkan hukum dan formula serta prosedur kritik/tahqiq . Ini semua bergantung kepada
pencapaian bahasa matang . Penulisan merupai satu bentuk MSL dan menjadi bentuk penyampaian
budaya teoretik yang dominan dalam masyarakat pasca-industri . Walaupun dikonstruksi mitos
rancak dijalankan kini , namun bekas2 budaya lama masih bermakna sepertimana bekas2 evolusi
budaya lama menjadi otomatik/default dalam respons fithri manusia .

8. // Tafhimat 31 - Pada era Nabi Ibrahim (2000BM) alam di bawah tashkir Tajalli Azhim melalui
malaikat dan tasaruf malaikat atas mawalid . Beliau datang sebagai khatim/penutup era Nabi Nuh
dan fatih era baru . Beliau bermizaj aqrabiah/bersepadu latifah2nya dalam tindakan dan ini punca
kamalat2 fithrah .// Beliau juga dikurniakan pembukaan lathifah ruh serta kesedaran malakut langit
dan bumi , iaitu peraturan sistem langit dan bumi supaya yaqin dengan kebesaran Allah . Perspektif
universal berbanding pandangan dari bumi begitu berbeza . Dengan mencapai qurbah hikmah ,
semestinya pendapat dogmatik kaumnya ditentanginya . Juga Nabi Ibrahim dikurniakan suhuf iaitu
MSL dan // (al Khair al Katsir) bermula dengannya hukum wajib . // Beliau melambangkan satu umat
(Polskie – Philosophical Anthropology ) iaitu matlamat terakhir segala penyempurnaan adalah untuk
pembinaan peribadi manusia . // (al Khair al Katsir ) marifat awliya adalah mengikut mizaj masing2 .

9. Nabi Yusuf (1800BM) pandai banyak bahasa dan mengenal huruf dan takwil ahadith seperti Nabi
Ibrahim . Masyarakat Mesir semasanya mengenal Allah (al Quran 12/52) . Mungkin beliau yang
mengajar pekerja2 Kanaan di lombong2 tembaga dekat Avaris, Sinai bagaimanana menggunakan
huruf abjad untuk memudahkan urusan akaun2 perlombongan yang ditulis dalam hieroglyf
Mesir . //Kaum Madyan dibinasakan kerana seleweng pada kontrak khidmat dalam urusan niaga
antara bangsa .

10. //Tafhimat 31 - Nabi Musa (1450BM) dikurniakan pembukaan lathifah sirr/higher mental dengan
mizaj salabah , iaitu umpama tunduk kepada bentuk jamak dalam qadhiyah // untuk mentarbiah
satu bangsa baru yang berjiwa agama sebagai model misali pembangunan negara bangsa.
Pencapaian beliau adalah qurbah faraidh/ kehakiman , satu ketegasan filosofik/kulli . Semestinya
Taurat adalah dalam tulisan abjad . ?Semasa 40 tahun dalam perjalanan Bani Israil dididik Nabi Musa
berkenaan Taurat melibatkan pemuka2 masyarakat dan kanak2 yang bijak . Masaalah Nabi Musa
cacat sebutan memaksa penyampaian melalui tulisan abjad yang mudah dikuasai . // Tafhimat 31-
ilmu dan hukum yang tergantung dengan Tajalli Azhim belum lagi zahir di alam misal . //Maknanya
hukum urusan bangsa mula diwahyukan kepada Nabi Musa secara berperingkat seperti budaya
memperbesarkan satu hari seminggu untuk mengingati Allah sepenuhnya .

11. Sulthan/kuasa kerajaan Nabi Daud hanya sebagai khalifah/wakil Allah di muka bumi . // Tafhimat
31- terbuka pintu ijtihad hukum daripada kaedah kulli yang bergantung dengan wahyu .// Politik
raja bermatlamat membina tamadun bangsa , iaitu peringkat tamadun tiga dengan mengumpulkan
kelebihan hasil rakyat untuk mendirikan institusi2 pentadbiran awam yang menjamin keselamatan ,
keadilan dan kesihatan (lihat al Budur al Bazighah) . Manthiq thair /bahasa burung/ bird’s eye view,
merujuk kepada global positioning system dan spherical geometry yang berguna untuk pemetaan
dan sistem keselamatan negara merangkumi kependudukan . Teknik komersial menghasilkan besi
dikurniakan Nabi Daud menjadikan Bani Israil bangsa perkasa zaman purba (1000BM) . Oportunis
Bani Israil menggunakan abjad dan teknologi besi dll untuk mendirikan kerajaan2 tempatan
kemudian hilang identiti bangsa namun berbudaya sirrani/intelektual tauhidik pada usul , //(Ruh al
Bayan) sebagai contoh bangsa Yunani .

12. (Eckart Otto – The Study of Law and Ethics in the Hebrew Bible/Old Testament ) Kerajaan purba
mempunyai teori manusia di mana orang awam ditaqdirkan bertungkus untuk raja yang adalah
bayang tuhan . Dalam Kitab Perjanjian Lama , manusia adalah khalifah Allah yang bertungkus untuk
kebajikan sendiri . Iaitu gambaran manusia sebagai bayang tuhan meratai semua secara demokratik .
Kebajikan dalam fahaman tradisi juga menggalak perpaduan sosial di mana keadilan tidak
semestinya bermakna kesamaan sosial . Kebajikan dalam Kitab Perjanjian Lama melengkapi satu
teori kerahmatan di mana kebajikan yang tertangguh menjadi balasan baik di akhirat . Tahap
rasionalisasi dalam Kitab Perjanjian Lama membolehkan agama Yahudi dan cawangan Nasraninya
berdaya tahan sehingga kini . //(Hodgson – Venture of Islam) Agama dualis sebenarnya monoteis
kerana yang baik akhirnya akan menang . // Tasrif agama monoteis kepada dualis membawa kepada
monarki .

13. (Merlin Donald) Bangsa Yunani Purba adalah pendukung budaya teoretik secara menyeluruh
yang pertama . Segala pra-syarat ciptaan simbolik terdapat dalam satu tempat . Evolusi penulisan
Yunani lengkap , sistem hisab dan grafik geometri canggih . Sebagai bangsa peniaga-pesisir laut
mereka terdedah kepada ilmu2 masyarakat serantau seperti astronomi Babilon, matematiks Mesir
(dan budaya kitab Bani Israil .) Masyarakat mereka terbuka , kompetitif dan berlebihan hasil serta
cinta kepada hikmah . Mereka menciptakan geometri abstrak , mengemukakan kaedah formal dalam
pembuktian matematiks dan memperkenalkan taksonomi sistematik untuk semua jenis haiwan
selain kontribusi dalam arkitektur, drama, estetika dan pentadbiran awam . Antara faktor utama
adalah dikonstruksi mitos Yunani dan penciptaan loop baru untuk penghalusan MSL secara iteratif
melalui dialektika , retorika dan logik . Iaitu MSL menjadi medan perang idea yang akhirnya
menghasilkan entri2 MSL yang lebih canggih . //(HAL – The Unity of Science in the Arabic Tradition)
Spekulasi Yunani tertakluk matlamat pendidikan liberal untuk elit dan lebih memihak kepada
kemahiran oral daripada empiris ( iaitu tahap pertama pembinaan masyarakat berbudaya teoretik) .

14. // Tafhimat 31 – Nabi Isa adalah fatih ilmu batin , dan banyak limpahan ruhani memasuki nufus
manusia . Ilmu batin yang dibukakan Nabi Isa menjadi jelas dengan pencahayaan yang sempurna . //
Dakwah beliau tertumpu kepada Bani Israil , sebagai persediaan untuk hukum antarabangsa , iaitu
peranan Nabi Isa adalah dikonstruksi partikularisasi Bani Israil dengan bantuan Ruh al Qudus . Kitab
Perjanjian Lama telah sarat dengan tradisi yang membebankan yang digugurkan Nabi Isa akan
hukumnya . // al Khair al Katsir - Beliau bermizaj subugh/penuh/fully activated , ( dikurniakan
pembukaan operasi latifah khafi) dan pencapaian maqam qurbah malakut . //Daripada subugh mizaj
Nabi Isa apa yang dijadikannya boleh menjadi ketetapan . al Maidah dan lain2 mukjizat Nabi Isa
adalah petanda2 kurniaan umum Allah yang telah zahir zaman moden ini . Bezanya ia dijelaskan kini
secara saintifik/sirrani berbanding pengalaman ruhani zaman Nabi Isa . Iman haqiqi , perlapangan
dada (syarh sadr) dan tawakkal antara tarbiah utama .

15. Paul menggantikan Judas Iscariot sebagai Ansari kepada bukan Yahudi . Politik republika Rum
berdasarkan ketuanan ashbah/patrician tribes iaitu peringkat bangsa seumpama Bani Israil dan
lanjutannya kepada pentadbiran antarabangsa akhirnya runtuh diganti dengan monarki di bawah
Augustus pada 27BM . Empire/otokrasi Rum diberi lanjutan jiwa apabila Constantine pada 324M
membetulkan landasannya dengan rujukan kepada Kitab Perjanjian Baru . Budaya kitab neo-
Platonisma menghasilkan MSL guna menajamkan pemikiran berbanding naratif Nasrani yang beralih
membentengi mitos . Sintesis Pseudo-Dionysius (w.5xxM) menyemarakkan semula jiwa agama
monoteis .

16. //Tafhimat 31 – Kemudian lahir rasul kami yang merupai sebaik2 khatim dan fatih , iaitu khatim
bagi nubuwwah dan fatih bagi wilayah . Setiap khatim dan fatih selepas Nabi saw adalah daripada
pintu wilayah . ( al Khair al Katsir) Beliau bermizaj ummi , iaitu mengalami haqiqat hal sebelum ilmu
dan senentiasa dalam keadaan fithrah secara intensif . Khatam nubuwwah bergantung dengan mizaj
ummi Nabi saw . (Tafhimat) Beliau dikurniakan latifah akhfa dan mencapai qurbah kamal . (al Khair
al Katsir) Asal taayun Nabi saw adalah al Hayy al Qayyum secara tafsil . Kejahatan adalah daripada
bidaah alam campuran ini dan kecemaran bentuk mizaj sedangkan Allah adalah baik semata2 . //al
Quran yang penuh dengan nasihat membangunkan aqal adalah teks mukjizat dari segi kandungan
dan isyarat , kesahihan sanadnya serta terpelihara dan berkesan menyatukan umatnya semasa era
fitnah kemudian menyemarakkan budaya ilmu meratai seluruh masyarakat .

17. (Dalam Saeed Iqbal – Islamic Rationalism in the Subcontinent : Muhammad Iqbal –
Reconstruction of Religious Thought in Islam ) Nabi saw sebagai pembawa wahyu adalah penghuni
zaman klasik manusia , tetapi dari segi ruh misinya beliau manusia moden . Aqal menjadi alat
pembangunan jiwa dan monarki dan kerahiban dimansuhkan . Kedua anfas/jiwa dan afaq/alam
adalah sumber ilmu . Khatam nubuwwah membayangkan kebebasan manusia dalam beragama dan
aktivis dalam masyarakat untuk memajukan jiwa . Iaitu individu/tesis melibatkan diri dengan
alam/anti-tesis untuk menghasilkan sintesis iaitu individu yang lebih matang dan seterusnya cita2
mencapai kesempurnaan mengikut contoh Nabi saw . //Manusia mempunyai kesamaan di
mahkamah Allah ataupun keadilan kulli// dan diperluaskan persaudaraan kepada peringkat
antarabangsa .

18. (al Khair al Katsir) Pada bicara ontologi ataupun taayun nuzul alam , Waliyullah telah
menggunakan salsilah Asma , berbanding bicara uqul Ibn Sina dan anwar Suhrawardi iaitu secara
lebih tertentu , sepertimana dimulakan Ibn Arabi kemudian Sirhindi dan memperkenalkan konsep
jihat/aspek tajuk untuk syarahan tafsil di mana seluruh tafsil termasuk dalam ijmal jihat . Tidak ada
Aqal Aktif Ibn Sina bahkan diganti Nafs Natiqah dalam diri manusia (seumpama pendapat Thomas
Aquinas) namun ada perantaraan , kerana Nafs Natiqah serba benar/infallible sedangkan pendapat
nafs manusia serba mungkin kerana tercemar . Antara tafsil pendekatan aqal , (1) pemikiran
hukama : konsep kulli menjadi tajuk bicara , contohnya konsep genap mengambil 4 sebagai elemen .
(2) mutakalim : 4 menjadi tajuk dengan konsep genap sebagai predikat . (3) sufi memahami 4
sebagai taayun konsep genap . (4) failosuf : 4 dan konsep genap berdikari dan dibicara nisbah antara
keduanya . Hanya pendekatan hukama yang membawa kepada tauhid dan perjalanan kembali
kepada Allah melalui AsmaNya . Ini kerana dalam dunia ini ada tasawur dan tasdiq berkenaan
dengan mufrad ataupun jumlah . Pada alam tinggi hanya ada tasdiq mufrad .

19. (al Khair al Katsir) Illat pasif adalah sains dan illat aktif seperti Iradat hanya diketahui anbiya .
Qadar adalah Iradat Qadim dan Qadha adalah Iradat Mutajadid , iaitu Qadha adalah daripada
Qadar . Wahyu anbiya adalah harfiyun sedangkan ilham awliya bergantung kepada mizaj awliya ,
iaitu tercemar alam . Taqdir kulli adalah tetap sedangkan taqdir juzi menerima perubahan , iaitu satu
mesej positif kepada manusia untuk memajukan diri . Asbab yang memaksa adalah seperti himmah
nafs manusia sedangkan carik adat anbiya adalah seperti himmah Nafs Natiqah anbiya yang
berakhlak dengan akhlak Allah .

20. (al Khair al Katsir ) Sahabat2 Nabi saw adalah ummi secara fithrah dan Ahlu Bait mewarisi
hikmah , asmah dan wajahah . Khulafah Rasyidin mewarisi hifz, talqin dan irsyad . Sahabat2 lain
mewarisi cabang2 batin sebagai kohort beliau . Khalifah hikmah pada alam hissi adalah firasat ,
yaqazah dan kebijaksanaan . Khalifah asmah adalah iffa dan khalifah wajahah adalah kewibawaan ,
sakinah kemudian irsyad . Pada tariqat awliya melihat Allah pada afaal dinamakan muhadarah , isnad
sifat dinamakan mukasyafah dan isnad zat dinamakan musyahadah . Kemudian amalan tabiin
merundum kepada qurbah nawafil/sunnah sehingga lahir Ibn Arabi bermizaj seumpama Nabi saw
iaitu ummi justeru mencapai darjat khatam awliya Muhammadi .

21. (al Khair al Katsir) Hikmah mewajibkan pegangan beberapa aqaid yang benar . Asmah
mewajibkan puasa dan wajahah mewajibkan solat dan zakat . Hudud menyatakan puncak tahap
pembangunan . Sumber istinbath adalah hukum kulli dan ia menjadi pelbagai mengikut persediaan
nasamah anbiya . Tasyrik direpresentasikan oleh bentuk ilmiah dari ain tsabit anbiya yang berfungsi
menghasilkan dan mengkategorikan, tidak menentukan jenis . Kemudian zahir dalam bentuk yang
diridhai hiss dan adat dan ini sebab dikatakan syariat berubah mengikut tempat dan zaman . Contoh
nasakh adalah penggantian kibas untuk Nabi Ismail dalam korban untuk menunaikan haqiqat secara
ijmal . Qias yang jelas bolih diterima juga maslahah kulli . Sujud , rukuk dan qiam adalah representasi
al Hayy , al Qayyum secara tafsil kemudian ditambah tilawah kemudian taharah untuk
membangkitkan sifat tanzih . Sifat2 al Wajib umpama lawazim mahiyah sedangkan makhluk2
al Wajib umpama lawazim al Wujud .

22. (Tafhimat) Abu Bakar mencapai qurbah yang paling dekat kepada Nabi saw //(Hodgson) dan
berperanan menyempurnakan apa yang dilancarkan Nabi saw bersama mengekalkan kuasa pusat
dan kepimpinan . (iaitu mentasdiq visi Nabi saw serta tegas dalam kepimpinan) //(Tafhimat) Umar
mencapai qurbah faraidh (satu kelengkapan) untuk // (Hodgson) mendirikan pentadbiran pusat ,
membina kelas pertengahan dengan sistem diwan (?binary economy) serta mengukuhkan komuniti
beramal dengan pembinaan bandar2 baru dengan peraturan2 jelas .(dengan mengamalkan syura
dan berfikiran strategik ) //(al Khair al Katsir ) Tindakan kedua khalifah ini telah meluaskan wilayah
takluk Islam . //(Hodgson ) Kerajaan Islam menjanjikan stabiliti sosial serta keadilan berbanding
oligarchi lama yang menindas . Rata2 komuniti Arab di bawah perikatan Rum dan Parsi menerima
takluk Islam sedangkan kaum atasan Syam berpindah ke Turki dan kaum atasan Iraq ke Parsi .

23. (Tafhimat ) Usman mencapai qurbah wujud . Naskhah al Quran yang diselenggarakan Usman
diterima sebagai salinan rasmi oleh semua mazhab dan adalah MSL yang unik . ( Salinan Ali yang
didakwah mengikut tertib nuzul bersama catatan asbab nuzul dan takwil ayat2 tidak muncul .) Ali
mencapai qurbah malakut dan adalah awal fatih daripada umat Islam . (iaitu fatih pendekatan
hikmah secara ijmal )

You might also like