You are on page 1of 6

NAVAMALAR A/P MUNIANDY

825317
SGDU5133 LEADERSHIP IN EDUCATION

Tugasan 5 (Individu)

Terangkan andaian teori Big Five Personality Traits dan bincangkan mengapakah
seseorang pemimpin memerlukan sifat-sifat ini.
Kepimpinan adalah penentu kepada hala tuju sesebuah organisasi. Pemimpin

berperanan sebagai pembimbing dan penggerak kepada pengikutnya bagi mencapai matlamat

organisasi. Pemimpin perlu mempunyai kemahiran dan keperibadian yang berkualiti serta

pengetahuan dalam bidangnya untuk melaksanakan tugas pemimpin dengan efektif.

Pemimpin yang kompeten dapat mencapai hasil yang memuaskan melalui kepimpinanya.

Organisasi yang mempunyai kepimpinan yang efektif mempunyai matlamat yang

jelas. Matlamat yang jelas boleh merangsang dan menggerakkan pengikutnya untuk

menyumbang ke arah pencapaian organisasi cemerlang. Pemimpin perlu mempunyai

kemahiran dan kompetensi bagi menghadapi cabaran memimpin dan mengurus organisasi

masa kini. Kompetensi kepimpinan boleh dibangunkan melalui latihan, pemerolehan ilmu

pengetahuan dan pengalaman sepanjang memimpin sesebuah organisasi.

Peranan kompetensi kepimpinan seseorang ditentukan oleh penggabungan beberapa

sifat keperibadian utama dan cara pergaulan dengan orang bawahannya. Teori Big Five

Personality Trait membantu menentukan sifat keperibadian seseorang mengikut lima dimensi

utama iaitu extraversion iaitu bersifat sosial dan suka bergaul, neuroticism iaitu mempunyai

gangguan emosi, openness iaitu mempunyai sifat terbuka, agreeableness iaitu berpendapat

yang sama dan senang mencapai persetujuan dan conscientiousness iaitu mempunyai

kesedaran. Teori Big Five Personality Trait dicetuskan oleh Paul Costa, Jr dan Robert Crea

(1995). Kejayaan kepimpinan seseorang pemimpin berkaitan dengan tahap keterbukaan dan

kesungguhan yang tinggi.

Perincian mengenai setiap dimensi adalah seperti berikut. Openness to experience

menerangkan keterbukaan kepada pengalaman kognitif dan bukan kognitif yang ditunjukkan
NAVAMALAR A/P MUNIANDY
825317
SGDU5133 LEADERSHIP IN EDUCATION

dalam pelbagai kepentingan, kesungguhan untuk mencari dan pengalaman hidup baru dan

luar biasa tanpa kebimbangan dan juga dengan keseronkan. Conscientiousness merupakan

satu dimensi yang menumpukan kepada isu-isu seperti orientasi, tingkah laku kebiasaan dan

kawalan gerak hati. Ia merujuk kepada individu yang bertanggungjawab, berhati-hati, teliti,

teratur, boleh dipercayai, rajin, berdisiplin, menepati masa, kemas, bercita-cita tinggi dan

gerak hati. Extroversion merupakan individu yang tegas, bercita-cita tinggi, pandai bergaul,

aktif, suka bercakap, berorientasikan orang, optimistic dan penyayang. Agreeableness

merupakan orang yang bertolak ansur, mempercayai, fleksibel, pemaaf, bekerjasama, sopan,

lembut hati, baik hati, membantu, mudah tertipu serta terus terang. Neuroticism digambarkan

sebagai marah, malu, cemas, bermusuhan, tertekan, sedar diri, impulsive, bimbang, gelisah,

emosional, tidak selamat dan tidak mencukupi.

Conscientiousness adalah salah satu faktor yang penting dalam kepimpinan, terutama

dalam keadaan tertekan ketika tanggungjawab dan kebolehpercayaan berkaitan. Pemimpin

yang mengamalkan sifat conscientiousness akan mendelegasi dan menyelesaikan tugas-tugas

individu, mengarahkan kesan keputusan ke satu entiti dan masalah sosial dalam kumpulan

diberi pilihan untuk diselesaikan. Mereka juga menjadi individu yang boleh dipercayai dan

mempunyai kecerdasan tentang perkara yang akan dihadapi. Pengetahuan mengenai keadaan

yang relevan yang dihadapi adalah tingkah laku yang penting dimiliki oleh seseorang

pemimpin yang mengikuti sifat conscientiousness. Pemimpin yang memiliki sifat

conscientiousness mempunyai tanggungjawab untuk memastikan semua tugas dilaksanakan

dengan sempurna walaupun orang bawahannya mungkin tidak mempunyai tanggungjawab

tersebut. Pemimpin yang mengamalkan sifat ini mempunyai tanggungjawab moral yang

tinggi, menghargai kebenaran, kejujuran dan memelihara tugas. Sifat-sifat ini penting bagi

seorang pemimpin. Pemimpin ini juga boleh dipercayai, berkelakuan konsisten,

berorientasikan matlamat yang terperinci. Oleh itu, mereka lebih cenderung untuk
NAVAMALAR A/P MUNIANDY
825317
SGDU5133 LEADERSHIP IN EDUCATION

menyampaikan prinsip dan standard yang jelas untuk tingkah laku yang baik kepada pekerja

bawahan mereka.

Seterusnya, openness to experience adalah sifat penting untuk memimpin sesuatu

pasukan kerana keadaan masa kini sentiasa berubah. Ketika menangani sesuatu masalah,

pemikiran kereatif dan mencuba suatu kaedah baru adalah amat penting bagi seseorang

pemimpin. Sifat ini membantu seorang pemimipin untuk menghilangkan kekecewaan,

menjadi kreatif, membina perasaan ingin tahu dan menjadi bijak ketika berlaku perkara yang

tidak dijangka dalam organisasi. Individu yang mendapat penilaian keterbukaan yang tinggi

adalah pemimpin yang berfikiran terbuka, bersemangat menyerap maklumat dan cepat

menyelesaikan masalah. Pemimpin yang mengamalkan sifat openness to experience yang

tinggi sering dianggap sebagai orang yang senang didekati dan pendengar yang baik.

Keadaan ini mewujudkan persekitaran pasukan yang selamat. Hubungan positif antara

pemimpin dan pengikut dapat dibina. Dengan ini ia dapat menyokong suasana kerja di mana

individu merasa selesa berkongsi berita buruk dengan pemimpin dan membincangkan

masalah, kejayaan dan kegagalan tanpa rasa takut.

Selain itu, extroversion merupakan sifat keperibadian yang paling diperlukan untuk

dimiliki oleh seorang pemimpin. Keyakinan diri, ketegasan dan sifat mendorong seseorang

individu sangat mempengaruhi setiap ahli kumpulan. Sekiranya seorang pemimpin tidak

mempunyai kepercayaan yang kuat terhadap diri mereka sendiri, maka orang bawahannya

juga akan meragui diri mereka sendiri dan pasukan. Membuat keputusan dengan keyakinan

membantu untuk menyelesaikan pelbagai masalah dan memberi arahan kepada orang

bawahan dengan keyakinan diri mendorong orang bawahan bekerja ke arah yang betul.

Pemimpin yang meyakinkan kakitangannya bahawa mereka melakukan sesuatu tugas dengan

betul maka lebih banyak tugas diselesaikan tepat pada masanya. Sifat ekstraversi membantu

ketua pasukan mempengaruhi kumpulan walaupun dengan interaksi sosial yang asas kerana
NAVAMALAR A/P MUNIANDY
825317
SGDU5133 LEADERSHIP IN EDUCATION

ia mendorong pasukan untuk melakukan sesuatu perkara dengan betul. Oleh kerana

pemimpin yang mempunyai sifat extroversion merupakan orang yang bersikap positif,

bercita-cita tinggi, dan berpengaruh maka mereka cenderung menimbulkan keyakinan dan

semangat di antara orang bawahannya. Pandangan optimis mereka terhadap masa depan

mendorong mereka untuk dianggap sebagai teladan kepada pengikutnya. Sifat ekstroversion

merupakan sifat yang paling kuat diperlukan seseorang menjadi pemimpin.

Di samping itu, sifat agreeableness merupakan sifat pemimpin yang penting untuk

mewujudkan iklim keadilan dalam organisasi. Pemimpin yang mengamalkan sifat

agreeableness peka terhadap keperluan pekerja bawahan dan prihatin terhadap kebajikan

pekerja. Mereka merupakan orang yang prihatin dan orang yang mempunyai sifat

berperikemanusiaan. Mereka adalah orang yang bertimbang rasa, suka menolong, jujur,

sopan, amanah, memahami, membalas terhadap keperluan dan tujuan orang bawahan dan

orang yang dicintai oleh pengikut. Mereka merupakan orang yang dihormati dan membantu

dalam mengembangkan kekuatan pengikut. Tingkah laku pemimpin yang mempunyai sifat

agreeableness merupakan orang yang berorientasikan hubungan sesama pekerja. Sifat yang

berorientasikan perubahan ini adalah peramal penting bagi keberkesanan keseluruhan

kepimpinan pemimpin.

Neuroticism merupakan individu yang "berkulit nipis dan memusuhi orang lain". Sifat

ini tidak patut ada pada seorang pemimpin. Sifat ini selalu dikaitkan dengan tekanan. Sifat ini

mempengaruhi kepemimpinan secara negatif dan menyukarkan seorang pemimpin menjadi

teladan kepada pengikutnya. Contohnya, pemimpin tentera yang mengamalkan sifat

neuroticism mempunyai kesan negatif yang tinggi, dianggap orang yang tidak dipercayai dan

tidak dirangsang oleh pengikut mereka. Pemimpin ini akan menimbulkan kekeliruan di

kalangan pekerja bawahan mereka. Pemimpin yang mengamalkan sifat ini merupakan

individu yang gagal untuk mempertimbangkan kebajikan orang lain.


NAVAMALAR A/P MUNIANDY
825317
SGDU5133 LEADERSHIP IN EDUCATION

Kesimpulannya, terdapat banyak sifat keperibadian yang perlu ada pada setiap

pemimpin. Conscientiousness, openness to experience, extroversion dan agreeableness adalah

antara ciri-ciri Big Five Personality yang paling terkenal yang menjadikan seseorang

pemimpin itu benar-benar berkesan. Sama ada memimpin sebahagian kecil atau kumpulan,

masing-masing tiga aspek keperibadian ini dapat menjadikan seseorang individu menonjol di

antara yang lain dan membimbing kumpulan ke arah kejayaan.


NAVAMALAR A/P MUNIANDY
825317
SGDU5133 LEADERSHIP IN EDUCATION

Rujukan

Bronti Baptiste (2018). The Relationship Between the Big Five Personality Traits and
Authentic Leadership. Walden Dissertation and Doctorial Studies Collection.

Enoch Ang (2017). Hubungan Antara Kecerdasan Emosi Dan Personaliti ‘Big Five’ Dalam
Kalangan Guru Sekolah Rendah Daerah Kota Tinggi. Fakulti Pengurusan, Universiti
Teknologi Malaysia.

Gonul Kaya Ozbag (2016). The Role of Personality in Leadership: Five Factor Personality
Traits and Ethical Leadership. Procedia - Social and Behavioral Sciences 235 (2016)
235 – 242.

https://www.slideshare.net/nikmanjahidin/teori-personaliti-the-big-5-cattell
https://sites.psu.edu/leadership/2019/05/16/leadership-with-the-big-five-personality-traits/
https://www.michiganstateuniversityonline.com/resources/leadership/lead-your-team-with-
big-five-model/
http://traittheory.weebly.com/big-five.html

You might also like