You are on page 1of 15

BBDH4103

PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA


SEPTEMBER SEMESTER 2021

PENGENALAN

Latihan atau pembangunan sumber manusia merupakan suatu proses untuk


meningkatkan potensi pegawai melalui penguasaan ilmu pengetahuan,
pembinaan kemahiran dan sikap yang diperlukan untuk melaksanakan
sesuatu tugas secara efektif bagi memacu pencapaian misi dan visi
organisasi. Bagi memastikan aspek perancangan dan pelaksanaan latihan
dilaksanakan berasaskan kepada keperluan sebenar pegawai dan organisasi,
proses Analisis Keperluan Latihan (TNA) perlu dilakukan. TNA merupakan
langkah asas yang perlu dilaksanakan terlebih dahulu sebelum sesuatu
perancangan mengenai latihan dibuat. Objektif utama TNA ini dilaksanakan
adalah untuk mengumpul dan menganalisis keperluan sebenar latihan bagi
pegawai sesuai dengan tugas dan tanggungjawab jawatan yang disandang.
Aspek ini penting kerana pelaksanaan latihan merupakan suatu pelaburan
jangka panjang dan oleh itu ianya hendaklah menjadi suatu program
yang cost effective.

Sungguhpun anda boleh bayar untuk mendapatkan perkhidmatan perunding


yang akan jalankan analisis keperluan latihan, juga dikenali sebagai
pengenalan keperluan latihan (TNA) atau analisis keperluan pembelajaran
(LNA) untuk organisasi anda, tetapi anda sepatutnya boleh jalankan latihan
dengan sendiri. Analisis keperluan latihan (TNA) ialah satu tugas yang perlu
dilaksanakan selalu. Sebaik sahaja TNA habis dijalankan, anda boleh tahu
sama ada wujudnya perbezaan antara kemahiran, sikap dan ilmu
pengetahuan yang diperolehi pekerja anda sekarang berbanding dengan
kemahiran, sikap dan ilmu pengetahuan yang diperlukan oleh syarikat anda
sekarang dan pada masa depan yang terdekat.
TNA memberi maklumat seperti:
1. Apakah latihan yang diperlukan untuk pekerja dalam organisasi anda?

2. Siapakah pekerja yang perlukan latihan?

3. Apakah kandungan yang patut ada dalam latihan?

1
BBDH4103
PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
SEPTEMBER SEMESTER 2021

Sebaik sahaja maklumat di atas diperolehi, anda boleh buat keputusan lain
seperti:
1. Siapakah yang akan jalankan latihan?

2. Apakah kandungan terperinci dan kaedah penyampaian yang sesuai


sekali?

3. Di mana latihan akan diadakan?

4. Apakah keperluan bajet untuk program-program?

5. Bilakah latihan akan diadakan?

ANALISIS ORGANISASI :  AKADEMI AUDIT NEGARA

Jabatan Audit Negara telah membina Akademi Audit Negara (AAN) di bawah
Rancangan Malaysia Ke-8 bernilai RM 42.42 juta. Projek ini terletak di Bandar
Enstek, Negeri Sembilan dan siap dibina pada Jun 2005. Pembinaannya telah
mula dijalankan pada 15 Ogos 2002 dan siap dibina sekitar Jun 2005. AAN
mula beroperasi sepenuhnya pada 24 September 2005. Perasmiannya telah
dilaksanakan oleh YBhg. Tan Sri Samsudin bin Osman, Ketua Setiausaha
Negara pada 24 November 2005.
Adalah menjadi hasrat Jabatan Audit Negara agar Akademi ini dapat
digunakan sebagai landasan bagi meningkatkan profesionalisme dan sebagai
Badan Akreditasi untuk Juruaudit Sektor Awam. Selain itu, Akademi ini juga
berfungsi bagi meningkatkan kesedaran pegawai awam mengenai pentingnya
akauntabiliti awam melalui penawaran kursus dalam bidang utama seperti
pengauditan, ICT, perakaunan dan pengurusan.

Visi Akademi Audit Negara

Menjadi Institusi Latihan yang terunggul di dunia dalam bidang pengauditan

sektor awam.

2
BBDH4103
PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
SEPTEMBER SEMESTER 2021

Misi Akademi Audit Negara

Memberi latihan yang berkualiti untuk mempertingkatkan budaya kerja


cemerlang, gemilang dan terbilang.

Objektif Akademi Audit Negara

·   Mengendalikan latihan secara cekap dan berkesan.


·  Membentuk dan melahirkan pegawai yang terlatih, cekap, mahir dan berwibawa
dalam kerja pengauditan.
· Meningkatkan kecekapan dan kepakaran warga Jabatan dalam pelbagai
bidang.
· Menerokai potensi dalam program jarak jauh dan e-pembelajaran.
·Membuat sumbangan terhadap pemantapan pengurusan kewangan sektor
awam melalui latihan yang diberikan

JAWATANKUASA LATIHAN JABATAN AUDIT NEGARA

(sumber : Akademi Audit Negara)

Sekolah Pengauditan berperanan menyediakan latihan kepada pegawai-


pegawai Audit untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam
pengauditan sektor awam. Sekolah Pengauditan diketuai oleh seorang Ketua
Sekolah Gred W48, dibantu oleh 2 Penolong Pengarah Audit Gred W41 dan 2
Penolong Juruaudit Gred W32. Kursus yang disediakan dibahagikan kepada
3 peringkat iaitu Peringkat Asas, Peringkat Pertengahan dan Peringkat
Lanjutan.

Sekolah IT berperanan menyediakan latihan kepada pegawai-pegawai Audit


untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pengauditan IT
sektor awam. Sekolah IT diketuai oleh Ketua Sekolah Gred W44 yang dibantu
oleh seorang Penolong Pengarah Audit Gred W41 dan seorang Penolong

3
BBDH4103
PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
SEPTEMBER SEMESTER 2021

Juruaudit Gred W32. Kursus yang disediakan dibahagikan kepada 3 peringkat


iaitu Peringkat Asas, Peringkat Pertengahan dan Peringkat Lanjutan.
Sekolah Perakaunan bertanggungjawab menyediakan latihan kepada
pegawai-pegawai Audit untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
dalam perakaunan dan pengurusan kewangan sektor awam. Sekolah
Perakaunan diketuai oleh Ketua Sekolah Gred W44 dan dibantu oleh seorang
Penolong Pengarah Audit Gred W41 serta seorang Penolong Juruaudit Gred
W32. Kursus yang disediakan dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu Peringkat
Asas, Peringkat Pertengahan dan Peringkat Lanjutan.

Sekolah Pengurusan bertanggungjawab menyediakan latihan kepada


pegawai Audit yang baru dilantik dan pegawai-pegawai lain untuk
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam aspek pengurusan.
Sekolah Pengurusan diketuai oleh Ketua Sekolah Gred W44 dan dibantu oleh
seorang Penolong Juruaudit Gred W32. Kursus yang disediakan dibahagikan
kepada 4 peringkat iaitu Peringkat Asas, Peringkat Pertengahan, Peringkat
Lanjutan dan Peringkat Peralihan.

Akademi Audit Negara merupakan sebuah Institusi Latihan Awam khusus


untuk melatih warga Jabatan Audit Negara (JAN) dengan ilmu dan kemahiran
yang diperlukan untuk menjadi penyumbang utama ke arah
kecemerlangan  pengauditan pengurusan kewangan, pengauditan aktiviti dan
program serta meningkatkan akauntabiliti. Oleh itu Akademi Audit Negara
telah menyediakan program latihan yang berkesan bagi semua warga JAN
dan memberikan ruang secukupnya untuk mereka mempertingkatkan budaya
kerja cemerlang. Akademi Audit Negara telah melaksanakan kursus untuk
peserta dalam negeri dan luar negara.

Akademi Audit Negara memikul tanggungjawab yang tinggi untuk memastikan


semua warga JAN menerima latihan sekurang-kurangnya tujuh hari dalam
setahun. Akademi Audit Negara perlu memastikan semua kursus yang telah
diluluskan oleh Jawatankuasa Latihan JAN dilaksanakan dengan sempurna.

4
BBDH4103
PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
SEPTEMBER SEMESTER 2021

Pada tahun 2012, Akademi Audit Negara telah melangkah setapak lagi dalam
pendekatan pembelajarannya dengan mewujudkan kerjasama dengan Institut
Perakaunan Negara (IPN) dalam melaksanakan beberapa kursus tertentu,
antaranya ialah CAATT’s Data Downloading dan Kursus Perakaunan
Kerajaan yang dijalankan di IPN, Sabak Bernam. Pencapaian pelaksanaan
kursus bagi tiga tahun mengikut sekolah masing-masing seperti di Jadual.[3]

JADUAL 1 : PENCAPAIAN PELAKSANAAN KURSUS BAGI TAHUN 2010-


2012 OLEH AKADEMI AUDIT NEGARA

SEKOLAH TAHUN 2010 TAHUN 2011 TAHUN 2012

BIL. KURSUS BIL. KURSUS BIL. KURSUS

Sekolah Pengauditan 30 31 32

Sekolah Perakaunan 25 17 21

Sekolah IT 18 27 38

Sekolah Pengurusan 21 17 16

JUMLAH 94 92 107

(sumber : Akademi Audit Negara)

Berdasarkan Jadual 1, saya dapat merumuskan pencapaian penganjuran


kursus oleh Akademi Auidt Negara sepanjang tahun 2010-2012 seperti
di Graf 1 seperti di bawah : -

5
BBDH4103
PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
SEPTEMBER SEMESTER 2021

GRAF 1 : PENCAPAIAN PENGANJURAN KURSUS OLEH AKADEMI


AUDIT NEGARA SEPANJANG TAHUN 2010-2012

Pada tahun 2010, Akademi Audit Negara paling banyak menganjurkan kursus
pengauditan dan paling sedikit ialah kursus IT. Manakala bagi tahun 2011
pula, kursus pengauditan masih menjadi fokus utama dalam memberikan
latihan kepada kakitangan dan yang paling minimum dianjurkan pula adalah
kursus perakaunan. Selain itu, pada tahun 2012, Akademi Audit Negara telah
membuat perubahan drastik apabila lebih mengutamakan kursus
IT  berbanding kursus-kursus yang lain dan yang paling minimum dianjurkan
ialah kursus pengurusan. Ini membuktikan Akademi Audit Negara telah
membuat semakan atau kajian terhadap kursus yang dianjurkan oleh pihak
mereka setiap tahun.

Selaras dengan perubahan masa dan zaman teknologi yang serba moden
sekarang, kerja-kerja pengauditan oleh Jabatan Audit Negara sekarang lebih
mengutamakan penggunaan ICT bagi memudahkan dan mepercepatkan
analisis data dan kerja seharian. Contohnya mereka sudah lama
menggunalan perisian Audit Command Language (ACL) bagi memudahkan
penganalisaan data secara elektronik. Selain itu, dalam tugas pengauditan
Kewangan, warga Jabatan Audit Negara seharusnya mahir dalam beberapa
sistem Kewangan secara elektronik yang diwujudkan dalam agensi Kerajaan
seperti penggunaan sistem Espkb, e-bidding, e-Perolehan, e-terimaan, dan
lain-lain lagi.

Berdasarkan Kalendar Latihan Akademi Audit Negara bagi tahun 2013 seperti
di Lampiran 1, saya dapat merumuskan kesimpulan seperti berikut di Jadual
2 dan Graf 2

6
BBDH4103
PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
SEPTEMBER SEMESTER 2021

Jadual 2 : Jumlah Penganjuran kursus oleh Akademi Audit Negara bagi


tahun 2013.

SEKOLAH BIL. KURSUS ( 2013)

Sekolah Pengauditan 31

Sekolah Perakaunan 16

Sekolah IT 15

Sekolah Pengurusan 25

JUMLAH 87

              (sumber : Akademi Audit Negara)

Graf 2 : Pencapaian Pengajuran Kursus bagi tahun 2013

Mengikut Graf 2 diatas, bagi tahun 2013 Akademi Audit Negara mengubah


corak keutamaan kursus apabila menganjurkan kursus pengauditan paling
banyak dan kursus It paling sedikit. Perubahan ini pastinya berdsarakan
sasaran dan keperluan latihan bagi warga kerja Jabatan Audit Negara yang
semakain bertambah setiap tahun bagi meningkatkan lagi keupayaan serta
kecekapan kerja pengauditan yang semakin hari semakin mencabar.

Permohonan boleh dengan menghantar surat rasmi kepada Pengarah


Akademi Audit Negara. Bagi peserta Jabatan Audit Negara permohonan
hendaklah dibuat melalui eSPP di portal http://eSPP.audit.gov.my AAN akan
menghantar surat memohon pencalonan kepada Ketua Jabatan masing-
masing. Pencalonan peserta adalah berdasarkan nama yang dikemukakan
oleh Ketua Jabatan masing-masing. Akademi Audit Negara bukan sahaja
menawarkan kursus kepada kakitangan Jabatan Auidt Negara sahaja namu

7
BBDH4103
PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
SEPTEMBER SEMESTER 2021

Kakitangan Awam Persekutuan, Negeri dan Badan Berkanun Persekutuan &


Negeri yang lain boleh juga memohon kursus yang dianjurkan oleh AAN .

Antara kemudahan yang terdapat di AAN ialah bilik kuliah, makmal komputer,
bilik sindiket, auditorium, Dewan Syarahan, perpustakaan, asrama lelaki dan
wanita, surau, halangan Team Building, gimnasium, gelanggang tennis,
gelanggang bola tampar, gelanggang Futsal, dan sebagainya.

ANALISIS TUGAS

Analisis tugas melibatkan usaha mengenalpasti aktiviti yang dilaksanakan


dalam sesebuah pekerjaan serta yang diperlukan bagi melaksanakan aktiviti
tersebut. untuk tujuan ini, maklumat daripada deskripsi dan spesifikasi kerja
adalah amat berguna dalam memberikan maklumat yang berkaitan. Maklumat
tentang piawaian prestasi perlu juga didapati bagi menjadi rujukan apakah
tahap prestasi yang dianggap terbaik untuk organisasi. Dengan maklumat
daripada analisis prestasi ini bolehlah ditentukan jenis latihan yang diperlukan
dalam sesebuah pekerjaan. Ringkasnya selepas menjalankan analisis tugas,
akan diketahui sekiranya terdapat pekerjaan yang telah mengalami
perubahan akibat perubahan teknologi dan sebagainya yang menjadikan
mereka yang melakukan pekerjaan tersebut memerlukan kemahiran baru.[5]

Tujuan Melakukan Analisis Pekerjaan


Data yang dikumpulkan dalam analisis pekerjaan mempunyai kesan yang
besar ke atas semua fungsi dalam pengurusan sumber manusia. Misalnya,
sebelum sesuatu aktiviti perekrutan dijalankan, terlebih dahulu pekerjaan
yang hendak ditawarkan ditentukan kategorinya, dimensi tugas, bidang
tanggungjawab, kelayakan bakal penjawat serta peruntukan ganjaran yang
sesuai. Setiap pekerjaan juga memerlukan tahap kemahiran, pengetahuan
dan keupayaan yang berbeza. Tanpa analisis pekerjaan, semua maklumat ini
tidak mungkin diperolehi. Oleh itu analisis pekerjaan bertujuan untuk

8
BBDH4103
PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
SEPTEMBER SEMESTER 2021

mendapatkan jawapan kepada beberapa jawapan kepada persoalan penting


seperti berikut:
1.   Apakah tugasan fizikal dan mental yang dilakukan oleh pekerja?

2.   Bilakah kerja perlu disiapkan?

3.   Tahap manakah kerja perlu dicapai?

4. Bagaimana pekerja melakukan kerja?

5. Kenapa kerja tersebut dilakukan?

6.Apakah kelayakan yang diperlukan untuk melaksanakan sesuatu


kerja?

Analisis pekerjaan juga menyediakan ringkasan tugasan kerja dan


tanggungjawab, menyatakan perkaitan antara kerja-kerja lain, menjelaskan
pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dan suasana persekitaran
kerja. Analisis pekerjaan dilakukan dalam tiga keadaan iaitu:
    i.Semasa organisasi mula ditubuhkan dan program analisis pekerjaan
dicetuskan untuk pertama kali

          ii.Apabila kerja baru mula diperkenalkan

        iii.Apabila kerja berubah secara signifikan disebabkan perubahan


teknologi, kaedah dan prosedur atau sistem serta disebabkan oleh
penstrukturan semula organisasi.

Bagaimanapun, kebiasaannya analisis pekerjaan dilakukan kerana


perubahan dalam sifat pekerjaan itu sendiri. Maklumat analisis pekerjaan
kemudiannya digunakan untuk menyediakan deskripsi dan spesifikasi
pekerjaan seperti di Jadual 3.

9
BBDH4103
PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
SEPTEMBER SEMESTER 2021

Jadual 3 : Analisis terhadap spesifikasi Jawatan utama di Jabatan Audit


Negara : Penolong Juruaudit vs Juruaudit
Kriteria Jawatan
Penolong Juruaudit Juruaudit
Gred W27,W32,W36 W41,W44,W48,W52,W54
Syarat Lantikan Diploma Ijazah Sarjana Muda
(Kepujian)
Jenis Skim Kumpulan Sokongan I Pengurusan & Profesional
Perkhidmatan
Peringkat Pemilihan i.Peperiksaan i.Peperiksaan bertulis
Kakitangan (Assessment centre) ii.Audit Assessment
ii.Temuduga Centre (AAC)
iii.Temuduga
Tahun diperkenalkan 2013 2012
Audit Assessment
Centre
Deskripsi Tugas Menolong Juruaudit Mengaudit dan
dalam menjalankan menyediakan draf
auditan terhadap Laporan Audit, Akaun-
akaun dan aktivit- akaun Kerajaan, Badan-
aktiviti Kerajaan, Badan badan Berkanun, Pihak
Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan,
Berkuasa Tempatan Majlis Agama Islam dan
dan lain-lain kumpulan lain-lain kumpulan wang.
wang yang di bawah
bidang kuasa Ketua
Audit Negara
(sumber : Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia)

Walaupun syarat jawatan tersebut telah ditetapkan oleh Suruhanjaya


Perkhidmatan Awam, namun mulai tahun 2013, Jabatan Audit Negara telah

10
BBDH4103
PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
SEPTEMBER SEMESTER 2021

memohon kepada SPA supaya diadakan Assessment Centre bagi membuat


pra penilaian ke atas calon Penolong juruaudit Gred W27 sebelum diapanggil
temuduga. Antara soalan yang ditanya dalam asseement centre ialah soalan
pengetahuan am, soalan matematik dan soalan kemahiran berfikir. Oleh itu,
pemilihan kakitangan Jabatan Audit Negara menjadi semakin sukar dan
mencabar kerana terpaksa memilih modal insan yang terbaik bagi menggalas
tugas jabatan.

Perekrutan dan pemilihan pula akan menjadi tidak tersusun jika perekrut tidak
memahami kelayakan yang diperlukan oleh calon-calon untuk melakukan
sesuatu pekerjaan tertentu. Tanpa deskripsi dan spesifikasi pekerjaan yang
terkini, pekerja-pekerja akan direkrut dan dipilih tanpa garis panduan yang
jelas. Ini akan memberi kesan ke atas usaha memadankan di antara penawat
jawatan agar keserasian berlaku. Di samping itu, maklumat spesifikasi
pekerjaan adalah penting untuk mengenalpasti keperluan sumber manusia.
Jika sekiranya spesifikasi mencadangkan agar sesuatu pekerjaan
memerlukan pegetahuan, kemahiran dan kebolehan yang tertentu,
sedangkan calon yang menjawat jawatan tersebut tidak memiliki kesemua
syarat  spesifikasi yang telah ditetapkan, maka latihan dan pembangunan
adalah sesuai untuk mereka.

Analisis Individu
Analisis individu atau pekerja pula adalah bertujuan untuk mengenalpasti
pekerja yang memerlukan latihan serta jenis latihan yang diperlukan oleh
setiap daripada mereka. Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah
menyemak rekod penilaian prestasi setiap pekerja. Walau bagaimanapun,
maklumat penilaian prestasi seringkali memberitahu kepada kita prestasi
siapa yang kurang memuaskan, tetapi tidak ada maklumat tentang sebab
prestasi yang kurang baik. Maklumat ini adalah penting kerana tidak semua
masalah prestasi boleh diselesaikan dengan latihan.

11
BBDH4103
PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
SEPTEMBER SEMESTER 2021

Penilaian Keperluan
Menilai keberkesanan latihan adalah satu aspek latihan yang sangat penting.
Namun begitu, kebanyakan organisasi kurang mengambil berat tentang
aspek penilaian ini. Ini merupakan sesuatu yang merugikan kerana
membentuk program latihan dan memberi latihan kepada pekerja melibatkan
kos yang agak besar, bukan sahaja dari segi kewangan, bahkan dari segi
masa dan lain-lain persediaan. Maka dengan itu, sudah tentu kita mahu
memastikan bahawa wang yang dilaburkan ini memberikan pulangan yang
positif kepada organisasi.
Akhir sekali, penilaian juga dilakukan dengan melihat kepada hasil organisasi
seperti peningkatan produktiviti dan keuntungan, serta pengurangan
ketidakpuasan hati pelanggan, kos dan bahan buangan,. Namun begitu,
untuk menentukan samada hasil yang diterima ini adalah hasil daripada
latihan ataupun tidak, bukanlah suatu yang mudah. Ini kerana adalah bagi
satu-satu tahun operasi itu, organisasi biasanya melaburkan wang untuk
pelbagai aktiviti yang dapat meningkatkan keuntungan dan mengurangkan
kos. Walaupun  begitu, ini tidak bermaksud mengukur hasil boleh diabaikan.
Ini menunjukkan bahawa semua pelaburan yang dibuat oleh organisasi
terhadap sumber manusia dan juga sumber-sumber lain, hendaklah
dipastikan memberi pulangan yang baik kepada organisasi. Hasil daripada
kursus yang dianjurkan oleh Akademi Audit Negara kita boleh menilai sejauh
mana pencapaian Jabatan Audit Negara dan Bahagian Audit Dalam di setiap
kementerian bahawa adakah objektif atau sasaran tahunan jabatan tercapai
atau tidak.

Latihan dan pembangunan, mempunyai kedudukan strategik dan ia secara


langsung menyumbang kepada matlamat dan objektif perniagaan organisasi.
Dalam dunia korporat yang sentiasa berubah dan pantas, latihan dan
pembangunan adalah satu fungsi yang amat diperlukan. Latihan dan
pembangunan adalah salah satu perkara paling bawah dalam senarai
keutamaan kebanyakan syarikat. Untuk memenuhi cabaran semasa dan

12
BBDH4103
PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
SEPTEMBER SEMESTER 2021

masa depan perniagaan, latihan dan pembangunan dianggap sebagai aktiviti


pembelajaran , mulai dari latihan pekerja untuk tugas-tugas mereka. Selain
itu, perkongsian pengetahuan untuk meningkatkan ufuk perniagaan dan
perkhidmatan pelanggan. Apabila ia dianjurkan, ia sering menjadi kegigihan
jabatan sumber manusia.

Latihan membolehkan pekerja memperoleh kemahiran baru, mengasah


kemahiran yang sedia ada, melakukan yang lebih baik, meningkatkan
produktiviti dan menjadi pemimpin yang lebih baik. Walau bagaimanapun,
bagi banyak perniagaan, kos latihan dan pembangunan agak mahal. Satu lagi
sebab mengapa banyak majikan mengurangkan peluang latihan untuk
pekerja mereka adalah kerana menghadiri sesi latihan boleh menangguhkan
penyiapan projek kerana pekerja perlu mengambil masa untuk menghadiri
program latihan. Walaupun kekurangan potensi, latihan dan pembangunan
dapat memberi pekerja dan syarikat itu faedah secara menyeluruh yang
membuatkan masa dan wang dihabiskan untuk pelaburan berbaloi.

Berikut adalah beberapa sebab yang menunjukkan pentingnya latihan dan


pembangunan:

Orientasi Pengambilan Pekerja Baru 


Latihan adalah sangat penting untuk pekerja baru. Latihan juga penting dalam
situasi di mana pekerja diperkenalkan kepada sistem baru dan diharapkan
dapat menyesuaikan diri dengan perubahan sistem baru. Ini boleh dilakukan
oleh seseorang dalam syarikat dan harus berfungsi sebagai platform untuk
mendapatkan pekerja baru untuk mempercepat proses kerja di syarikat dan
mengekang sebarang jurang kemahiran.

13
BBDH4103
PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
SEPTEMBER SEMESTER 2021

Peningkatan Prestasi 
Pekerja yang menerima latihan lebih mampu melaksanakan tugas tugasnya.
Latihan memberikan pemahaman yang jelas tentang tanggungjawab mereka
terhadap pekerjaan mereka.JIka kelemahan dapat ditangani, prestasi pekerja
akan menjadi bertambah baik. Latihan dan pembangunan juga dapat
meningkatkan kekuatan anda dan membantu memperoleh kemahiran baru.
Syarikat juga perlu meneliti keperluan latihan dan pembangunan untuk
menyasarkan individu yang relevan. Pekerja yang berwibawa dapat
membantu syarikat anda memegang jawatan sebagai pemimpin dan pesaing
yang kuat dalam industri.

KESIMPULAN

Organisasi sekarang ini dilanda dengan pelbagai bentuk perubahan dari segi
ekonomi, teknologi dan trend sosial. Ini telah menjadikan latihan sebagai satu
perkara yang sangat penting bagi memastikan prestasi dan produktiviti
pekerja yang tinggi. Bagi memastikan program latihan berkesan, adalah
dicadangkan bahawa organisasi menggunakan pendekatan sistem yang
mempunyai empat fasa iaiatu fasa keperluan latihan, fasa rekabentuk, fasa
pelaksanaan program latihan dan fasa penilaian program latihan.  Program
latihan yang berkesan sememangnya sesuatu yang diidamkan oleh semua
majikan.

Melalui pendekatan sistem ini, suatu program latihan yang terancang dapat
dilaksanakan. Oleh yang demikian, semua pihak dalam organisasi perlu
terlibat dalam membentuk program latihan supaya latihan yang disediakan
betul-betul memenuhi keperluan organisasi dan akan memberi pulangan yang
sepatutnya kepada organsiasi.

Pepatah Bahasa Inggeris ada mengatakan : -


“If you’re planning for one year,  grow rice.
If you’re planning for 20 years,  grow trees.
If you’re planning for centuries,  grow human resource.”

14
BBDH4103
PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
SEPTEMBER SEMESTER 2021

Rujukan

1. Human Resource Management: Principles & Practices, by


Maimunah Aminuddin, 2nd ed, Oxford University Press

2. http://www.akademi.audit.gov.my/ (laman rasmi Akademi Audit


Negara)

3.   https://www.audit.gov.my/images/pdf/2013/Laporan_Aktiviti_201
2/laporan%20aktiviti%20jabatan%20audit%20negara%202012.pdf

4.   Kalendar Latihan Tahun 2013 Akademi Audit Negara

5.  Human Resource Management (2nd ed, 2011, Oxford University


Press)

6.    http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas/Diploma/2215

7.     www.audit.gov.my (Laman rasmi Jabatan Auidt Negara)

15

You might also like