You are on page 1of 2

SERAI MAKAN

Nama saintifik : Cymbopogon citratus (DC.)


Stapf. Nama biasa : Lemongrass
Nama tempatan : Serai
makan Famili : Graminae

Pendahuluan.

Serai makan tergolong ke dalam rumput di kawasan tropika


yang berbau dan ia hampir sama dengan serai wangi di Cina.
Dikatakan bahawa pokok serai makan berasal dari India yang
ditanam bagi tujuan penghasilan minyak sejak tahun 1888.
Bau minyak serai makan seakan-akan bau limau atau sitrus
yang digunakan sebagai bahan pewangi dalam pembuatan
sabun, bahan pencuci dan bahan-bahan penghasilan lain.
Serai makan merupakan pembekal utama bahan ‘citral’ yang
digunakan sebagai bahan mentah dalam penghasilan
pewangi, gula-gula dan minuman.

Ciri-Ciri
Tumbuhan

Serai makan merupakan sejenis rumput yang mempunyai


jangkahayat yang panjang dan mengeluarkan bau. Tumbuh
dengan rapat dan daunnya keluar dari rizom. Serai makan
boleh tumbuh mencapai sehingga 1 m tinggi. Daunnya
berbentuk sesil iaitu tidak mempunyai tangkai daun, ringkas,
berwarna hijau, lurus, bersusun secara teratur dan daunnya
boleh mencapai ukuran 40cm x 1cm. Daunnya licin, urat
daun selari, tirus di bahagian hujung dan pangkal daun.
Daunnya berpelepah, memanjang dan berfungsi sebagai
batang. Pokok serai makan juga mengeluar bunga pada
peringkat matang. Rizomnya kuat dan tegap, menjalar, tahan
lasak dan berwarna kuning keputihan apabila dipotong.

Tabiat
Tumbuhan

Serai tumbuh secara liar di kebanyakkan negara di Asia, Amerika dan Afrika. Di Malaysia, serai
makan biasanya ditanam di kawasan belakang rumah. Serai makan merupakan pokok yang tahan
lasak dan boleh hidup dengan subur dalam pelbagai jenis tanah. Walau bagaimanapun sekiranya
ditanam bagi tujuan penghasilan minyak, kawasan yang paling sesuai ialah di kawasan yang
bersaliran baik dan subur.
Bahagian Yang Digunakan : Daun, Batang,
Root

Amalan Tradisi
Perubatan

Minyak pokok serai makan adalah herba yang bernilai tinggi untuk rawatan senak perut, perut
memulas, gastrik dan muntah. Ia bertindak sebagai minyak angin untuk rawatan sakit sendi yang
kronik, terseliuh dan rawatan sakit-sakit yang ringan.

Di Malaysia, serai makan digunakan untuk merawat diuretik iaitu melaawas kencing, tonik dan
meransang pengeluaran peluh, merawat buah pinggang dengan meminum air serai makan
sebagai tea. Batangnya digunakan untuk menghasilkan bau wangi kepada makanan. Tampalan
daunnya yang dilumatkan boleh menghilang sakit gigi dan sakit sendi (reumatik). Ekstrak serai
makan boleh menghalau nyamok. Air rebusan daun dan akar serai makan boleh mencuci buah
pinggang dan sakit perut. Manakala ekstrak akarnya digunakan sebagai pewangi shampoo dan
minyak wangi.

You might also like