You are on page 1of 1

KARANGAN KEPENTINGAN KITAR SEMULA PT3/SPM

Isu-isu yang berkaitan dengan kitar semula kerap menjadi bahan perbincangan dimedia
massa. Pihak kerajaan giat melaksanakan kempen kitar semula di kalanganmasyarakat sejak
beberapa tahun yang lalu. Pada pandangan saya, program kitar semula inimasih belum mendapat
sambutan yang memberangsangkan daripada masyarakat.

Terdapat beberapa kebaikan program kitar semula diperkenalkan kepada masyarakat. Antara
kebaikan program kitar semula ialah kita dapat mengelakkan pencemaran alam sekitar. Melalui
program kitar semula, bahan-bahan buangan seperti kertas, kaca dan plastikakan dikumpulkan dan
dihantar ke kilang kitar semula. Oleh itu, alam sekitar akan menjadibersih kerana bahan buangan
tidak dibuang sesuka hati ke dalam sungai, laut atau semak. Sesungguhnya, alam sekitar yang bersih
akan menghindarkan kita daripada penyakit yangdibawa oleh nyamuk, lipas dan tikus.

Selain itu, program kitar semula dapat menambahkan pendapatan kita. Bahan-bahan buangan
seperti plastik, kertas dan besi ada harganya di pasaran. Kita akan memperolehi wang apabila
menjual barang-barang ini kepada pihak kilang kitar semula. Wang yang kita perolehi ini boleh
digunakan untuk membeli barang-barang keperluan harian kita.

Dengan melakukan aktiviti kitar semula, kita juga dapat memupuk nilai-nilai murnidalam
kehidupan seharian. Antara nilai-nilai murni tersebut ialah berjimat cermat,bertanggungjawab dan
mencintai alam sekitar. Melalui amalan berjimat cermat, kita akan menggunakan bekas plastik
sehingga rosak dan tidak membazir. Melalui amalanbertanggungjawab pula, kita akan mengitar
semula barangan yang boleh dikitar semula dantidak akan membuangnya ke dalam semak atau ke
dalam sungai.

Di samping itu, kita dapat menjimatkan sumber alam yang semakin berkurangan.Dengan
aktiviti kitar semula kertas-kertas lama, kita dapat mengelakkan penebangan pokokbagi
menghasilkan kertas. Kitar semula besi buruk pula dapat mengelakkan logam besi cepathabis. Bagi
bahan plastik pula, kita bukan sahaja dapat menjimatkan sumber untuk membuat bahan plastik
tetapi kita juga dapat mengelakkan kesan buruk daripada bahan kimia yang dihasilkannya.

Aktiviti kitar semula juga dapat membuka satu lagi peluang pekerjaan kepada rakyat dikilang
kitar semula. Secara tidak langsung aktiviti ini juga dapat mengurangkan kadarpengangguran di
kalangan rakyat. Sesungguhnya, rakyat yang mempunyai pekerjaan akandapat meneruskan
kehidupan dengan lebih baik. Rakyat yang mempunyai pekerjaan jugaakan terhindar daripada
melakukan masalah sosial seperti mencuri dan merompak.

You might also like