You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA

TABIKA KEMAS TAMAN SERI DAMAI

Tarikh : 14 Mac 2021 (Ahad)


Masa : 9.00 Pagi
Tempat : TABIKA KEMAS Taman Seri Damai
Perkara : Perlantikan Jawatankuasa 2021 Dan Pertukaran Nama Jawatankuasa
Pemegang Akaun TABIKA

Kehadiran:
1. Encik Ramli Bin Mahat
2. Encik Mustaqim Bin Ahmad
3. Puan Sopiah Binti Abdullah
4. Puan Zarina Binti Nayan
5. Puan Norhidayah Binti Harun
6. Puan Hazleena Binti Harun
7. Encik Fauzi Bin Daud
8. Encik Muhsim Bin Abd Hamid
9. Encik Zainal Abidin Bin Ibrahim
10. Encik Mohd. Syah Rizan Bin Mat Isa

Bil Agenda Tindakan


1 Ucapan Pendidik Masyarakat dan Pengerusi

1.1 Pendidik masyarakat mengalu-alukan kedatangan Pengerusi TABIKA, Ahli-


ahli Jawatankuasa dan waris kanak-kanak TABIKA KEMAS Taman Seri
Damai.

1.2 Sebelum meneruskan majlis, Pendidik Masyarakat meminta semua yang hadir
membaca Surah Al-Fatihah untuk keberkatan mesyuarat pada kali ini.
Makluman
1.3 Agenda diteruskan dengan ucapan Pengerusi TABIKA iaitu Encik Ramli Bin
Mahat. Beliau menerangkan mengenai pertukaran nama Jawatankuasa
pemegang akaun TABIKA yang baharu dan berharap agar urusan, aktiviti dan
program di TABIKA dapat dijalankan dengan lancar.

1.4 Beliau juga berharap ibubapa sentiasa membantu Pendidik Masyarakat dalam
melakukan aktiviti demi masa depan anak-anak mereka di TABIKA seterusnya
ke peringkat lebih tinggi.

2 Pengesahan minit mesyuarat Makluman


2.1 Minit mesyuarat yang lepas telah disahkan.

Pencadang : Encik Mustaqim Bin Ahmad


Penyokong : Puan Sopiah Binti Abdullah

3 Objektif
Makluman
3.1 Pengerusi TABIKA mencadangkan agar pertukaran Ahli Jawatankuasa (AJK)
lama akaun Simpanan CIMB Bank Berhad Cawangan Kepala Batas (No Akaun
7018862744 iaitu :

AHLI JAWATANKUASA LAMA


Bil Jawatan Nama No. Kad Tandatangan
Pengenalan
1 Pengerusi Ramli Binti Mahat 510802-10-5665

…………………….
2 Setiausaha Sopiah Binti 760510-07-5574
Abdullah
…………………….
3 Bendahari Norshafiqa Airini 940827-14-5946
Binti Shahidan
…………………….

3.2 Ditukarkan kepada penama-penama yang baru iaitu :

AHLI JAWATANKUASA BARU


No. Kad Tandatangan
Bil Jawatan Nama
Pengenalan
1 Pengerusi Ramli Binti Mahat 510802-105665

…………………….
2 Setiausaha Sopiah Binti 760510-07-5574
Abdullah
…………………….
3 Bendahari Zarina Binti Nayan 640102-06-5442

…………………….

3.3 Satu daripada tiga penama adalah dibenarkan bagi proses pengeluaran wang.
3.4 Perlantikan penama iaitu Puan Zarina Binti Nayan sebagai Bendahari baharu
menggantikan Puan Norshafiqa Airini Binti Shahidan atas sebab pertukaran tempat
bertugas.

4 Hal-hal lain

4.1 Waris mencadangkan agar aktiviti dan program seperti sebelum ini dapat di
laksanakan seperti sediakala dan waris dapat memberi kerjasama kepada guru dalam
segala aktiviti yang di jalankan di TABIKA KEMAS dengan mengikut Standard
Operasi Prosedur (SOP) yang ditetapkan. Makluman

4.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua AJK dan waris yang hadir.

4.3 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 pagi .

Dicatat oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

………………………… ………………………… …………………………


(Sopiah Binti Abdullah ) (Zarina Binti Nayan) (Ramli Bin Mahat)
Setiausaha, Bendahari, Pengerusi,
TBK KEMAS TBK KEMAS TBK KEMAS
Taman Seri Damai Taman Seri Damai Taman Seri Damai

You might also like