You are on page 1of 2

NOTA KILAT SEJARAH PT3

TINGKATAN 1
3.1 MAKSUD ZAMAN PRASEJARAH

Zaman prasejarah bermaksud zaman sebelum manusia mengetahui dan mengenal tulisan. Zaman ini pula boleh dibahagikan kepada dua, iaitu Zaman
Batu dan Zaman Logam.

TAMADUN ISLAM DAN SUMBANGANNYA


MASYARAKAT ARAB JAHILIAH
✓ Jahiliah berasal daripada perkataan Arab, jahala yangbermaksud jahil. Mereka tidak mempunyainabi dan kitab suci sebagai petunjuk.
✓ Semasa Islam diperkenalkan, mereka juga menolak undang-undang Allah SWT dan nilai-nilai Islam sebagai panduan hidup.
✓ Masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam hidup dalam kelompok kumpulan kabilah iaitu kaum Hadhari dan kaum Badwi.

• Kaum Hadhari tinggal di Kota dengan menjalankan perniagaan dan memiliki binatang ternakan.
• Kaum Badwi pula hidup secara nomad dengan memelihara binatang ternakan.
• Mereka mengamalkan sistem kabilah yang diketuai oleh seorang syeikh.
• Penyatuan masyarakat berkabilah adalah berdasarkan keturunan yang diistilahkan sebagai semangat assabiyah. Mereka bermegah dengan
kabilah masing-masing.

Mereka juga sering berperang untuk merebut kuasa, pengaruh dan harta.
• Di kawasan Makkah terdapat kaum Arab Quraisy yang mentadbir dan memajukan
perdagangan. Namun begitu, Makkah pernah diancam musuh. Contohnya, Abrahah, pemerintah Habsyah yang ingin menghancurkan Kaabah.
• Pentadbiran di Makkah diuruskan oleh badan atau jabatan yang mentadbir beberapa bidang dengan tugas tertentu seperti Darun-Nadwah.
Contoh-contoh perbuatan yang menyerupai orang pada zaman Jahiliah pada masa kini ialah :

(i) Pergaduhan antara kaum / bersifar resis antara kaum atau agama
(ii) Ada antara masyarakat yang memandang hina pada orang-orang miskin
(iii) Terdapat segelintir masyarakat yang mempunyai sifat angkuh jika mereka mempunyai kelebihan diri
(iv) Perbuatan maksiat berleluasa dan masalah social seperti kes buang anak semakin meningkat

TINGKATAN 2
KESULTANAN MELAYU MELAKA

Faktor Kegemilangan
• Kepemimpinan Raja • Sistem Pentadbiran • Sistem Perundangan

PEMILIHAN LOKASI YANG STRATEGIK OLEH PARAMESWARA

Membentuk kerajaan, iaitu di muara Sungai Bertam dikenali sebagai Sungai Melaka. Pada asalnya, muara sungai ini merupakan sebuah perkampungan
nelayan dan tempat berjual beli serta pertukaran barang dagangan.

1. LALUAN PERDAGANGAN:
Kedudukan Melaka di laluan perdagangan utama antara timur dengan barat membolehkannya mengawal laluan kapal dagang.

2. BENTUK MUKA BUMI:


Berbukit-bukau yang sesuai dijadikan benteng pertahanan dan menjadi panduan kapal dagang.

3. BENTENG PERTAHANAN:
Pokok bakau dan api-api yang terdapat di pesisir pantai pula menjadikannya sebagai benteng pertahanan dan pelindung semula jadi yang sukar
ditembusi oleh musuh.

4. TERLINDUNG ANGIN MONSUN:


Muara sungai yang terletak di Selat Melaka terlindung daripada tiupan angin monsun. Keadaan ini membolehkan kapal dagnag datang dan berlabuh
di pelabuhan Melaka dengan selamat.

TINGKATAN 3
Syarat perjanjian London 1824 British
i) berundur dari Sumatera
ii) menyerahkan Bangkahulu kepada Belanda
iii) tidak membuka petempatan baharu di Kepulauan Riau Lingga dan kepulauan lain di selatan Singapura

Belanda 2) Perpecahan Empayar Kesultanan Johor Riau


i) mengiktiraf petempatan British di Singapura i) Singapura menjadi Tanah Jajahan British
ii) menyerahkan Melaka dan jajahan takluknya kepada British ii) Berakhir Kesultanan Riau LIngga
iii) tidak membuka petempatan baru di Tanah Melayu iii) Pengisytiharkan Kedaulatan Pahang

Selat Melaka di bawah Penguasaan British


– perdagangan di Selat Melaka dikuasai sepenuhnya oleh British kerana memiliki tiga pelabuhan strategik
– pengunduran Belanda dari Tanah Melayu membuka peluang kepada British untuk meluaskan kuasa ke negeri Melayu

RENTAP
• Nama asalnya Libau • Rentap bermaksud “penggoncang dunia”. • Beliau lahir pada tahun 1800. • Beliau juga digelar Raja Ulu dan Raja Darat
• Merupakan pemimpin orang Iban diSungai Skrang dan Sungai Saribas.

serangan ini Alan Lee, pegawai James Brooke terkorban.


• pada tahun 1854, James Brooke menyerbu kubu Rentap di Sungai Lang. Rentap mengundurkan diri ke Bukit Sadok.
• Pada tahun 1857, Charles Brooke menggempur Rentap di Bukit Sadok.
• Rentap berjaya mengundurkan pasukan Charles Brooke.

Pada tahun 1858, Charles Brooke menggempur kubu Rentap di Bukit Sadok buat kali kedua.
• Pada tahun 1861, Charles Brooke menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok buat kali ketiga
• Rentap berundur ke Entabai, beberapa tahun kemudian beliau meninggal dunia. Beliau tidak pernah gentar menghadapi kekuatan tentera James
Brooke sehingga titisan darah yang akhir.
• Semangat juang Rentap harus dicontohi oleh generasi muda pada masa ini supaya bersemangat waja dan sedia berkorban untuk mempertahankan
kedaulatan negara tercinta.

KEDATADATANGAN KUASA BARAT


Faktor Kedatangan Kuasa Barat abad ke-16

1. Mendapat barangan mewah


- Kuasa-kuasa Barat ingin mendapat barang mewah dari China seperti teh, sutera dan tembikar
- Juga rempah ratus, minyak wangi, emas, perak, gading batu permata dan hasil hutan

2. Perlu Pusat Pengumpulan


- Syarikat Perdagangan perlukan pusat pengumpulan barang mentah tempatan yang diperlukan China seperti emas, perak, bijih timah dan rempah
ratus
- Pusat pengumpulan itu terletak di tengah-tengah laluan perdagangan China-India

3. Pelabuhan Persinggahan
- Kuasa Barat memerlukan pelabuhan yang sesuai sebagai tempat berlindung sementara sementara menunggu peralihan angin monsun dan
mendapatkan bekalan air, makanan dan membaiki kapal sebelum ke Canton

4. Agama
- Ingin menyebarkan agama Kristian di Timur
- Sepanyol dan Portugal ialah dua buah Negara Katolik yang menekankan usaha penyebaran
agama Kristian di seberang laut.
- Matlamat penjajahan mereka adalah untuk kekayaan, kemasyhuran dan keagamaan

Slogan "Beban Orang Putih"


Slogan "Beban Orang Putih" digunakan untuk sebar pengaruh dan tamadun mereka dan mewajarkan tindakan mereka.
Slogan Beban orang Putih bermaksud tanggungjawab dan tugas mereka membantu dan memberi kesejahteraan kepada wilayah yang ditakluki.
Perancis menggunakan slogan Tugas Menyebar Tamadun kepada penduduk dunia bukan Barat yang dianggap mundur.

You might also like