You are on page 1of 3

Kepada:

Jawatankuasa Pelaksana Program,


Program Duta Guru

Tuan/ Puan, Februari 2024

SURAT PENERIMAAN TAWARAN PROGRAM DUTA GURU (PDG) KOHORT 5

Merujuk kepada tawaran sebagai peserta Program Duta Guru Kohort 5, saya (Nama Penuh Guru)
________________________________________________________________ (No. Kad Pengenalan)
_______________________________________ menerima tawaran tersebut.

Saya memahami dan menerima syarat dan terma seperti berikut:

(1) Bahawa Program Duta Guru akan berlangsung selama tempoh lebih kurang dua (2) tahun
bermula dari 01 Januari 2024 sehingga 31 Disember 2025.

(2) Bahawa jadual aktiviti program mungkin akan berlangsung pada waktu persekolahan, hujung
minggu dan cuti sekolah untuk memastikan keseimbangan masa guru mengajar di sekolah,
menghadiri latihan dan berehat.

(3) Bahawa sebagai peserta, saya mesti mengekalkan kehadiran minimum sekurang-kurangnya
80% daripada semua acara wajib untuk layak mencapai status Duta Guru.

(4) Bahawa adalah menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan saya memenuhi semua syarat
kelayakan sepanjang tempoh program untuk menjadi peserta program. Syarat kelayakan utama
adalah seperti berikut:
● Mengajar subjek Sains, Matematik, Reka Bentuk dan Teknologi (RBT), dan Asas Sains
Komputer (ASK).
● Peserta yang mengajar sekurang-kurangnya satu kelas peringkat menengah rendah
sahaja.
● Mendapat kebenaran daripada Pengetua.

(5) Bahawa saya hendaklah mengekalkan komunikasi yang responsif bersama dengan pihak
Program Duta Guru termasuklah Pembimbing Duta Guru sepanjang tempoh program
berlangsung.

(6) Saya mengesahkan bahawa Pengetua dan pihak sekolah membenarkan saya menghadiri
aktiviti program di luar sekolah, sekiranya sesuai, mengikut keperluan program.

Rakan Pelaksana

Surat Penerimaan Tawaran Program Duta Guru (PDG) Kohort 5 |


1
(7) Saya bersetuju untuk memberikan komitmen sepenuhnya kepada program sepanjang tempoh
dua (2) tahun melainkan di atas sebab perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan.

(8) Sedia maklum bahawa di bawah Personal Data Protection Act (PDPA), dengan menyerahkan
dan menandatangani Surat Setuju Terima ini, pihak Program Duta Guru berhak untuk
menyimpan maklumat-maklumat peserta yang dikumpul sepanjang tempoh program.
Walaubagaimanapun, maklumat peserta hanya akan digunakan bagi tujuan program ini sahaja
(contohnya: borang tinjauan, maklum balas, dan aktiviti-aktiviti berkaitan Program Duta Guru).

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

……………………………………..
Tandatangan Guru

Nama :
Tarikh:

Disokong Oleh,

……………………………………..
Tandatangan Penolong Kanan

Nama :
Tarikh:

Rakan Pelaksana

Surat Penerimaan Tawaran Program Duta Guru (PDG) Kohort 5 |


2
Diluluskan Oleh,

……………………………………..
Tandatangan Pengetua
Nama :
Tarikh:

Nama Sekolah dan Cop Sekolah:

Rakan Pelaksana

Surat Penerimaan Tawaran Program Duta Guru (PDG) Kohort 5 |


3

You might also like