You are on page 1of 5

Syariah Penggal 1 930/1 Us.

Hajida Semkani

PRA
UNIVERSITI
930/1
Pengajian Fiqh

Soalan & Jawapan


Perlu
penelitian

Ustaz Haji Muda Bin Ahmad


GP Syariah
SMKA Nurul Ittifaq
Kuala Besut
Terengganu

Soalan yang perlu diberikan perhatian supaya markah tidak hilang


Contoh soalan dan jawapan
Syariah Penggal 1 930/1 Us.Hajida Semkani

1. Bahagian Muamalat

Contoh Soalan 1
Encik A telah menyewa sebuah kereta menerusi agensi B. Agensi ini telah mengenakan upah
menurut peraturan yang berikut: [6]

(i) Kadar upah sebannyak 5.5% daripada jumlah sewaan setahun


(ii) Upah dikenakan kepada pemilik kereta
(iii) Upah dikenakan kepada penyewa kereta
Berdasarkan peraturan di atas, jelaskan status hukum upah tersebut dan kesahihan sewaan
kereta menerusi agen.

Status hukum upah dan juga kesahihan sewaan rumah melalui agen:

Bi Status/hukum Kesahihan sewaan/Alasan


l

i Harus atau sah Kadar upah sebanyak 5.5% daripada sewaan setahun
kerana ia dimaklumkan atau pun dijelaskan

ii Harus Upah dikenakan kepada pemilik kereta

iii Harus atau boleh atau sah Upah dikenakan kepada kedua dua belah apabila kedua dua
belah pihak bersetuju

Contoh Soalan 2
Berikan ulasan anda tentang amalan wakalah dalam pelantikan peguam syarie di Malaysia [8]

Amalan wakalah dalam perlantikan peguam syarie di Malaysia


1. Diharuskan bila memenuhi rukun dan syarat wakalah.

2. Wakalah dibaca di mahkamah bagi memastikan ia menepati kehendak syarak.

3. Wakalah tamat selepas selesai kes perbicaraan atau peguam menarik diri atau

ditamatkan oleh anak guam.

4. Ulasan Calon

Huraikan sekurangnya 2 daripada 3 isi di atas


Syariah Penggal 1 930/1 Us.Hajida Semkani

2. Bahagian Munakahat
Contoh Soalan 1

Jelaskan empat hak yang diberi kepada seorang isteri yang diceraikan dengan talak tiga:
[8]

Hak yang diberi kepada seorang isteri yang diceraikan degan talak tiga:

1. Hak kepada mahar yang belum dijelaskan dan huraian


2. Hak nafkah `iddah dan huraian
3. Hak terhadap tunggakan nafkah dan huraian
4. Dalil
Firman Allah surah an-Nisa`:19
          
 
         

Contoh Soalan 2

Berikan hukum dan jelaskan alasan bagi perkahwinan tanpa kebenaran untuk kes yang
berikut:
i. Seorang peremuan berkahwin dengan berwalikan wali hakim di luar mukmin
yang jaraknya 83KM dari kediama bapanya. [3]

ii. Seorang perempuan berkahwin di Kota Kinabalu, Sabah tanpa kebenaran


bapanya yang tinggal di Brunai [3]

No Hukum Alasan

I Tidak Sah Jaraknya tidak melebihi 2 marhalah / 90KM ke atas

Ii Sah Negara berbeza / lebih dari 2 marhalah

Hukum = 1 markah
Alasan = 2 markah

3. Bahagian Mirath
Syariah Penggal 1 930/1 Us.Hajida Semkani

Contoh Soalan 1
Jelaskan waris asabah bi al-nafis dan waris asabah bi al-ghair berserta contoh [6]

i. Waris asabah bi al-nafs:


Semua waris lelaki yang mempunyai hubungan kerabat dengan si mati yang tidak
diselangi oleh perempuan. (2)
Contohnya; Anak lelaki ( atau lain-lain contoh yang munasabah ) (1)

ii. Waris asabah bi al-ghair:


Semua waris perempuan yang mendapat fardu ½ jika seorang dan 2/3 jika ramai yang
mewarisi secara bersama-sama dengan waris lelaki yang setaraf dan sedarjat dengan
mereka. (2)
Contohnya; Anak perempuan bersama dengan anak lelaki. (1)

Contoh Soalan 2
Selesaikan kes pembahagian harta pusaka di bawah [4]

Seorang perempuan meninggal dunia dan meninggalkan suami, ibu kepada ibu (nenek sebelah
ibu), dan tiga orang saudara lelaki seibu sebapa

Waris Fardhu Asal Masalah Saham


Suami ½ 3
6
Ibu kepada ibu 1/6 1
3 Saudara lelaki seibu sebapa asobah 2

Contoh Soalan 3

Huraikan kes pembahagian pusaka di bawah. [6 markah]


Pembahagian: [4]

Waris Fardu Asal Masalah Saham

Suami ¼ 3

3 anak lelaki Asabah 12 7

Ibu 1/6 2

Huraian: [2]
i. Kenapa suami dapat ¼ : kerana ada anak lelaki
ii. Kenapa 2 orang anak lelaki dapat asobah: kerana haknya sebagai pewaris asobah
iii. Kenapa ibu mendapat 1/6: kerana ada anak lelaki

4. Bahagian Jenayah
Syariah Penggal 1 930/1 Us.Hajida Semkani

Contoh Soalan 1

Seksyen 14, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997


mempertuntukkan:
“Mana-mana orang lelaki yang baligh, yang tidak menunaikan sembahyang Jumaat di
masjid dalam kariahnya tiga kali berturut-turut ttanpa uzur syarie atau tanpa sebab
yang munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh
didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi
enam bulan atau kedua-duanya.”
Huraikan jenis kesalahan jenayah di atas. (6)
Jawapan
jika disabitkan kesalahan,
denda dikenakan tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali. Hukuman ditentukan
oleh pemerintah.

Contoh Soalan 2
Jelaskan pendapat ulama mengenai pelaksanaan hukuman qisas. [4]

Jawapan:

Bil Mazhab Pandangan/Pendapat

1 Mazhab Hanafi Pelaksanaan qisas ditangguhkan sehingga umur baligh

2 Mazhab Maliki: Pihak berkuasa boleh jalankan hukuman tersebut tanpa


menunggu umur baligh

You might also like